Label

HAID SEDIKIT KERANA DENGGI (SAKIT PUAN)

 
Ubat yang diberikan untuk tujuan menghentikan haid lazimnya menahan sebahagian atau semua tisu endometrium daripada luruh menjadi haid


SEMASA saya disyaki menghidap denggi di hospital, saya berada dalam keadaan haid lalu doktor memberikan saya ubat untuk menahan haid bagi mengelakkan sebarang pendarahan.

Ubat terbabit berbentuk bulat kecil berwarna merah. Saya mengambil ubat itu selama dua hari iaitu pada hari kelima dan keenam haid. Tiga hari kemudian, keluar sedikit darah.

Persoalannya, apakah status darah terbabit? Adakah ia menyambung haid yang sepatutnya sebelum ini, haid yang baru atau ia hanya kesan sampingan ubat? Adakah saya perlu menganggapnya istihadah untuk solat seperti biasa?

Terima kasih atas pandangan doktor.

Mengharap,
Kuala Lumpur


 Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

ZAMAN sekarang, ramai yang lebih bersifat ingin tahu terutama apabila ia membabitkan diri sendiri. Lazimnya sukar untuk meneka nama dan kandungan ubat hanya berdasarkan warna dan saiznya saja.

Kebanyakan hospital malah klinik akan menulis nama ubat, jika tidak, seseorang berhak untuk mendapatkan maklumat ini daripada pihak terbabit.

Ubat yang diberikan untuk tujuan menghentikan haid lazimnya menahan sebahagian atau semua tisu endometrium daripada luruh menjadi haid. Bolehlah dikatakan pendarahan anda ini sebagai haid. Apapun, lebih sesuai jika anda mendapatkan pandangan ulama.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

 Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan