Label

KILANG SPERMA TIDAK BERFUNGSI (SAKIT TUAN)


Jika tahap hormon FSH melambung dua hingga tiga kali ganda, ini petanda kilang buah zakar tidak berfungsi dengan baik

SAYA dua kali pergi ke LPPKN untuk membuat ujian dan keputusan mendapati tiada sperma langsung. Pegawai perubatan mengatakan, mungkin saluran sperma tersumbat atau kilang sperma tidak berfungsi.

Saya disaran merujuk ke bahagian urologi dan sampel darah diambil untuk pemeriksaan lanjut.

Di LPPKN, mereka mengatakan jumlah air mani dikeluarkan tidak banyak, tetapi jumlah ketika bersama isteri lebih banyak daripada yang saya keluarkan di LPPKN.

Apakah punca ketiadaan sperma di dalam air mani dan langkah yang perlu saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Untuk pengetahuan, saya berkahwin setahun lalu dan belum ada anak.

WAFY
Jitra, Kedah


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

ANDA menjalani pemeriksaan awal fertiliti dengan pasangan dan diberitahu air mani tiada sperma. Situasi ini dikenali sebagai Azoospermia.

Biasanya, doktor akan memeriksa kedua-dua buah zakar untuk menyukat isi padu selain semua bahagian untuk mengesan jika ada ketulan atau kebengkakan salur vena.

Jika isi padu air mani kurang satu mililiter setiap kali menjalani ujian air mani, doktor akan jadualkan pemeriksaan imbasan atau ‘scanning’ di kawasan pundi prostat untuk mengesan jika wujud kesempitan sistem ejakulatori.

Jika isi padu buah zakar normal dan tiada sekatan di kawasan prostat, doktor akan lakukan biopsi ke atas kedua-dua buah zakar.

Untuk tujuan itu, sedikit tisu dari kedua-dua buah zakar diambil untuk diteliti jika kilang sperma anda normal atau sebaliknya.

Sebelum melakukan prosedur pembedahan biopsi, doktor menyukat hormon FSH dan hormon testosterone anda untuk mengesan jika tahap kedua-dua hormon itu normal atau sebaliknya.

Jika tahap hormon FSH melambung dua hingga tiga kali ganda, ini petanda kilang buah zakar anda tidak berfungsi dengan baik.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘Testicular Failure’. Kini dengan pendekatan terbaru tentang kesuburan lelaki, prosedur seperti MESA atau TESA menggunakan jarum khusus untuk menyedut keluar cecair dari buah zakar atau pundi epididimis boleh dilakukan bagi mengesan sperma jika ada dan menyimpan sperma (melalui sperm storage) untuk prosedur ICSI (menyuntik sperma ke dalam telur isteri untuk mendapat embrio).

Prosedur ini memerlukan kecekapan serta penelitian dan bukan sebarangan ahli urologis dapat melakukannya.

Anda boleh rujuk kepada mana-mana pusat fertiliti berdekatan untuk mendapat nasihat dan maklumat mengenai kos dan peratusan hasil prosedur ICSI pusat fertiliti sebelum anda dan pasangan menjalani prosedur.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

 Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

2 ulasan:

  1. Salam. Boleh tanya? Dari kecil lagi saya ada tabiat pelik, iaitu menggeselkan kemaluan pada tilam atau bantal. Dan perkara ini berlarutan hingga kini (15 tahun). Mulanya saya tak tau apa yang saya buat tu adalah onani, masuk darjah 6 baru saya tau yang tu rupanya onani sebab kali pertama keluar air mani masa tu. Paling lama saya berhenti 15 hari lepas tu buat balik. Dulu gesel tanpa sebab, sekarang ni gesel dengan bantal sambil tengok video lucah. Boleh tak terangkan akibat perbuatan saya tu? Macam-macam dah baca, rasa takut ada, insaf ada, nak berhenti pun ada, tapi still buat jugak. Setakat ni baru 3 hari saya lepaskan tabiat tu. Tapi takut gak sebab tahun lepas pun pernah terlepas masa bukan Ramadhan. Mohon nasihat tuan. -MALANG-

    BalasPadam