Label

GEMUK BUKAN PENGHALANG (SAKIT TUAN)

Hakikatnya saiz tidak ada kaitan dengan ‘pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks.

GEMUK memang sinonim dengan masalah tubuh. Malah, ada beranggapan kononnya hubungan seks antara pasangan gemuk adalah mustahil.

Pendapat ini mungkin datangnya dari individu yang bertubuh kecil. Namun, hakikatnya saiz tidak ada kaitan dengan ‘pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks.

Malah, dalam tamadun purba yang menganggap kegemukan suatu ketrampilan yang sinonim dengan kejelitaan dan keindahan. Melakukan hubungan seksual dengan pasangan gemuk pada waktu itu dikatakan amat menyeronokkan.

Ini kerana, perkara penting dalam hubungan kelamin adalah kerjasama antara pasangan untuk menjaya dan menikmati hubungan seksual penetratif.

Memang ada yang membayangkan jika lelaki gemuk melakukan persetubuhan dengan wanita kurus mungkin wanita itu akan pengsan kerana ditindih jika pasangan lelaki mengambil posisi di atas. Tetapi, perkara ini tidak pernah berlaku.

Pasangan akan tahu posisi sesuai apabila melakukan hubungan seks sama ada salah seorang iaitu wanita atau lelaki itu yang gemuk.

Malah, jika kedua-dua adalah gemuk, melakukan hubungan kelamin juga bukan suatu yang mustahil.

Mungkin ada yang berpendapat sukar bagi pasangan gemuk untuk melakukan hubungan kelamin kerana perut mereka saja yang dapat rapat dan yang lain tidak.

Sebenarnya, posisi yang betul dapat menentukan kejayaan hubungan kelamin hingga berlakunya ereksi dan penetrasi.

Tidak ada sebab individu gemuk tidak dapat melakukan hubungan seksual penetratif kerana keadaan fizikalnya kecuali dia atau pasangannya yang memutuskan perkara itu.

Sentuhan, pelukan, geselan dan urutan sebahagian daripada hubungan seksual intimasi yang boleh dilakukan sebagai pendekatan alternatif atau suatu pilihan jika gagal untuk melakukan hubungan seksual penetratif.

Untuk mendapat cahaya mata, kedua-dua pasangan perlu berusaha supaya ada hubungan penetrasi faraj dan jika tidak, pasangan itu boleh berjumpa pakar untuk bimbingan dan tunjuk ajar.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

DIET TIDAK SIHAT PUNCA SENGGUGUT (SAKIT PUAN)

Senggugut atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid

Soalan

SETIAP KALI kedatangan haid, saya mengalami sakit perut yang teruk. Adakah sakit tersebut senggugut? Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kesakitan tersebut?

Amy

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

SENGGUGUT atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ini mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kedatangan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.

Proses ini bertujuan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. Kebiasaannya, saluran pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Oleh sebab itu ketulan darah tersebut agak susah untuk dikeluarkan.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.

Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ini menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Oleh sebab itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Lazimnya, kesakitan akan reda dua atau tiga hari kemudian.

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran turut memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk anda mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan dismenorea.

Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan tinggi di tempat kerja serta sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan anda dan seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Dismenorea primer boleh dirawat dengan ubat tahan sakit seperti 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam kes tertentu, ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

MASALAH LELAKI HIDAP DIABETES (SAKIT TUAN)

Terdapat sebilangan daripada pesakit kencing manis yang mengalami masalah tahap glukosa masih tinggi walaupun sedang mendapat rawatan, mengalami keradangan urat saraf

SAYA mengalami masalah tiada air mani atau sebarang cecair keluar apabila ejakulasi. Untuk pengetahuan doktor, saya penghidap diabetis dan berumur 33 tahun. Harap doktor dapat membantu masalah ini.

FIQ
Manjoi, Perak

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

ANDA menghidap penyakit kencing manis, boleh mencapai klimaks tapi tiada ejakulasi air mani di depan.

Terdapat sebilangan daripada pesakit kencing manis yang mengalami masalah tahap glukosa masih tinggi walaupun sedang mendapat rawatan, mengalami keradangan urat saraf. Ini mengganggu perjalanan air mani ketika mencapai klimaks.

Kebiasaan, air mani berkumpul di dalam salur uretera kawasan pundi prostat ketika lelaki itu sedang beraksi seksual dengan pasangan. Ketika klimaks berlaku, air mani itu tidak terpancut ke depan untuk keluar sebagai ejakulasi.

Ia bergerak ke belakang, ke dalam kawasan pundi kencing. Fenomena ini dikenali sebagai ejakulasi retro atau ‘retrograde ejaculation’.

Lelaki itu akan rasa macam pundi kencingnya penuh dan jika dia membuang air kecil, ia akan kelihatan sedikit keruh.

Jika nak tahu sama ada anda mengalami fenomena ‘retrograde ejaculation’, tadah air kencing selepas melakukan seks atau selepas onani dan hantar ke makmal untuk kajian bagi melihat kewujudan sperma dalam air kencing itu.

Jika ada, itu bermakna anda menghidap atau mengalami ejakulasi retro. Ini perlu pemeriksaan dan rawatan khusus.

Sperma dalam air mani akan mudah mati jika terdedah kepada suasana asid. Jika air kencing itu kurang berasid, maka sperma kekal hidup dan boleh ditapis dari air kencing, ‘dibasuh’ dan disalurkan ke dalam rahim pasangan pada waktu pasangan subur.

Ini juga perlu rawatan khusus di klinik atau hospital yang ada menyediakan perkhidmatan ini. Jika anda bercadang untuk berjumpa saya, e-mel kepada dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

BIMBANG KEPUTIHAN GANGGU KESUBURAN (SAKIT PUAN)

Penghasilan hormon progesteron selepas ovulasi (pengeluaran telur) mengubah mukus jernih menjadi keputihan dan pekat.

SAYA berumur 36 tahun dan berkahwin kira-kira dua setengah tahun namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Saya mempunyai masalah keputihan yang tidak begitu banyak. Ia muncul pada hari ke-15 atau ke-16 selepas haid dan keadaan ini berterusan sehingga datang haid berikutnya.

Keputihan itu seolah-olah petanda saya akan didatangi haid. Adakah keputihan itu mengganggu kesuburan atau adakah ia berkaitan dengan masalah sukar hamil?

Rozziah
Petaling Jaya, Selangor.

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

ISTILAH keputihan boleh merujuk kepada beberapa kemungkinan. Penghasilan hormon progesteron selepas ovulasi (pengeluaran telur) mengubah mukus jernih menjadi keputihan dan pekat.

Maka kehadiran mukus jernih cair kemudian bertukar menjadi keputihan dan pekat boleh menjadi petanda seseorang itu subur ovarinya.

Keputihan juga mungkin lelehan akibat jangkitan kulat. Kadangkala ia disebabkan jangkitan bakteria. Kaitannya dengan kesuburan bergantung kepada jenis keputihan itu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

SUKAR BEZA DARAH HAID DENGAN ISTIHADAH (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 23 tahun dan belum berkahwin. Saya menghadapi masalah kitaran haid yang tidak teratur, istihadah dan panjang.

Saya mengalami haid kira-kira 13 hingga 15 hari dan akan didatangi haid semula sebelum tempoh 15 hari suci. Masalahnya, apabila haid datang awal, saya sukar membezakan sama ada itu darah haid atau istihadah memandangkan tempoh keluar darah itu dalam lingkungan 15 hari suci.

Ini juga menyukarkan saya sama ada wajib bersolat atau sebaliknya. Adakah kitaran haid sedemikian punca sebarang masalah? Saya berharap doktor dapat memberi pandangan mengenai masalah saya itu.

Mas,
Kuala Lumpur.

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

ADAKAH haid anda banyak pada kebanyakan 15 hari terbabit atau adakah haid anda sedikit saja? Kedua-dua jenis ini mempunyai punca yang berbeza.

Lazimnya haid yang sedikit-sedikit petanda masalah kesuburan pada ovari yang berpunca daripada ketiadaan ovulasi (pengeluaran telur) yang tetap. Kadangkala ia disusuli dengan satu kitaran haid yang banyak.

Haid yang banyak dan berpanjangan pada kebanyakan bulan pula lazimnya disebabkan oleh masalah di dalam rahim.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

LENDIR COKLAT KELUAR SEBELUM HAID (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 22 tahun dan baru-baru ini bahagian faraj saya mengeluarkan lendir berwarna coklat.

Pada mulanya saya fikir ia sesuatu yang normal kerana biasanya sebelum haid, lendir berwarna coklat muncul terlebih dulu tetapi kini ia kerap muncul yang membuatkan saya sedikit bimbang.

Adakah saya mengalami masalah pada bahagian faraj? Harap doktor dapat membantu.

Yang bimbang,
Kuala Lumpur.

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

LENDIR coklat lazimnya mengandungi darah. Sama ada darah terbabit adalah darah awal haid, darah daripada luka pada bahagian faraj atau serviks (pintu rahim) atau dari dalam rahim.

Ia dapat dibezakan melalui pemeriksaan doktor menggunakan alat spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj dan juga pemeriksaan imbasan ultrabunyi ke atas rahim.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

KITARAN DATANG BULAN PANJANG LEPAS KAHWIN (SAKIT PUAN)

Kitaran haid yang panjang kebiasaannya disebabkan oleh gangguan pembesaran folikel telur sama ada lambat atau tidak berjaya membesar (yang menyebabkan ketiadaan ovulasi)

SAYA wanita berumur 26 tahun, baru berkahwin selama lapan bulan dan belum hamil.

Bacaan BMI saya ialah 25.4. Masalah saya ialah kitaran haid yang panjang selepas tiga bulan berkahwin.

Sebelum berkahwin, kitaran haid saya normal iaitu sekitar 30 hingga 33 hari. Sejak kebelakangan ini, kitaran haid saya antara 58 hingga 61 hari. Aliran haid terbabit masih normal iaitu tujuh hari dan tiada senggugut.

Adakah keadaan ini masih dikatakan normal? Adakah kemungkinan saya mempunyai masalah lain?

Untuk pengetahuan doktor, suami saya berumur 26 tahun, mempunyai masalah ejakulasi pramatang. Namun dia masih mampu melepaskan air mani ke dalam faraj saya.

Pada pandangan doktor, apakah punca saya masih belum hamil?

Ad,
Selangor.

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

KITARAN HAID yang lazim adalah di antara 25 hingga 35 hari. Kitaran haid yang panjang kebiasaannya disebabkan oleh gangguan pembesaran folikel telur sama ada lambat atau tidak berjaya membesar (yang menyebabkan ketiadaan ovulasi). Ini adalah masalah kesuburan ovari.

Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga cukup setahun berkahwin atau terus menjalani pemeriksaan doktor memandangkan anda menghadapi masalah kitaran haid.

Ejakulasi pramatang bukanlah punca masalah kesuburan asalkan ejakulasi dapat berlaku ke dalam faraj.

Namun secara amnya, adanya air mani tidak semestinya bermakna ada sperma di dalamnya. Suami anda juga boleh menjalani ujian analisa sperma awal tahun hadapan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

AWAS KENCING TERSEKAT-SEKAT (SAKIT TUAN)

Mereka yang menderita kanser pundi prostat akan menghadapi masalah kencing tidak puas atau tersekat-sekat.

KANSER anggota reproduktif mungkin jarang didengar di dalam masyarakat berbanding kanser lain seperti payudara, tulang dan otak. Namun, ia biasanya berlaku dengan menyerang pundi prostat, buah zakar dan zakar.

Seperti kanser lain, jangka hayat mereka yang menderita penyakit ini dapat dipanjangkan jika dikesan pada peringkat awal.

Kanser pundi prostat biasanya menyerang lelaki berusia 65 tahun ke atas. Ia jarang dikesan pada mereka berusia di bawah 50 tahun.

Tanda awalnya ialah bengkak pundi prostat, sekali gus menyebabkan salur kencing tersekat. Mereka yang menderita kanser ini akan menghadapi masalah kencing tidak puas atau tersekat-sekat.

Cara mengesan kanser pundi prostat:

- Kemunculan simptom kencing tidak lancar atau tersekat-sekat.
- Buat pemeriksaan DRE (Digital Rectal Examination).
- Ujian darah PSA.
- Pemeriksaan kencing untuk kesan darah.

Cara menghindar kanser pundi prostat:

- Kurangkan memakan makanan berlemak.
- Kurangkan memakan daging merah, sebaliknya banyakkan daging putih.
- Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Kawal berat badan.

Sementara itu, kadar kanser buah zakar dan zakar berlaku adalah sebanyak satu peratus daripada kanser yang menyerang lelaki. Ia biasanya dikesan dalam kalangan mereka yang berusia dari 15 hingga 30 tahun dan jarang berlaku kepada mereka yang berusia lebih 40 tahun.

Kemungkinan penyakit ini menyerang buah zakar yang tidak turun ke dalam kerandut adalah empat kali ganda lebih besar. Satu lagi fakta yang perlu diketahui jika ia berlaku kepada sesiapa, maka kemungkinan penyakit itu turut adik atau abang mereka ialah 10 kali ganda.

Cara mengesan kanser buah zakar:

- Kemunculan ketulan atau bengkak kepada buah zakar.
- Menjalani pemeriksaan kendiri buah zakar (testicular self examination) yang patut dilakukan sebulan sekali atau mengikut kesukaan lelaki. Dilakukan ketika mandi, pemeriksaan dilakukan dengan dua tangan dan dilakukan daripada bawah ke atas serta depan ke belakang dengan meneliti bentuk buah zakar secara menyeluruh.
- Perubahan kepada saiz, bentuk dan kemunculan ketulan perlu diselidik dengan berjumpa doktor.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

ZAKAR SEAKAN-AKAN ORANG TUA (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 17 tahun dan gemar melakukan onani.

Keadaan ini berlarutan sejak kanak-kanak hingga sekarang. Adakah itu penyebab zakar saya mengendur bila saya berdiri dan berjalan.

Saya dapati zakar saya kurang tegang berbanding zakar kawan-kawan saya. Apakah yang perlu saya buat pada masa sekarang?

POKJI
Kemaman, Terengganu

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

MENYENTUH tubuh badan untuk menikmati keselesaan dan kesegaran adalah perkara biasa.

Apabila bahagian tubuh badan yang disentuh itu menyeronokkan, maka perkara itu akan diulangi dan menjadi kelaziman, tanpa mengetahui yang amalan itu sebenarnya amalan yang bergelar ‘onani’.

Anda mungkin jenis yang suka menyentuh tubuh badan dan kebetulan seronok pula dengan menyentuh dan membelai anggota kelamin hingga mencapai kepuasan atau klimaks.

Untuk menikmati keseronokan yang lebih, anda akan menarik zakar dan perbuatan yang dilakukan sejak sekian lama membuatkan anggota itu berbentuk luar biasa atau hilang rupa bentuk normalnya.

Kulit zakar jenis yang mudah mengembang, sama juga dengan otot dalaman. Jika struktur elastik sudah hilang dayanya serta kesan ‘wear and tear’ maka anggota itu akan kelihatan mengendur dan terkulai.

Perubahan ini biasa berlaku kepada lelaki berusia. Nampaknya anda kini mempunyai zakar yang seakan lelaki tua. Jika sayangkan anggota mutlak anda itu, memandangkan ia hanya ada satu saja (tidak sepasang), anda perlu kurangkan aktivti onani tu sehingga mampu menghentikannya sama sekali.

Anggota itu untuk tujuan hubungan silaturahin dengan pasangan dan bukan untuk disia-siakan seperti dilakukan itu.

Jangan sampai zakar anda mati pucuk atau tidak berfungsi dengan baik, baru hendak menyesal. Kerana sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

MUDAH CAPAI EREKSI SPONTAN (SAKIT TUAN)

BARU-BARU ini saya terasa seolah-olah ngilu dan sengal-sengal di bahagian zakar, terutamanya di bahagian kepala zakar.

Kadangkala bila dipegang rasa sakit. Seolah-olah sakit di bahagian dalam zakar. Puas saya cari maklumat di Internet mengenai masalah ini tapi sehingga kini belum jumpa sebarang jawapan.

Harapkan penjelasan dan nasihat doktor.

AZIZ
Shah Alam, Selangor

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

PENGHUJUNG
zakar atau kepala zakar mengandungi banyak penghujung urat saraf atau ‘nerve ends’.

Jika kulit penghujung zakar yang daripada jenis kulit lembut atau mukosa itu disentuh, sudah tentu penghujung urat saraf itu akan tertekan dan zakar akan mula mengeras.

Ini berlaku akibat kemasukan darah yang banyak dalam liang otot zakar dan juga bahagian penghujung zakar.

Jika rangsangan itu berlaku secara berterusan, penghujung zakar akan rasa tidak selesa dan jika disentuh akan terasa ngilu. Jadi, bagi lelaki yang mudah mencapai ereksi spontan, memang dia akan mengalami perasaan ngilu yang kronik.

Situasi ini membuatkan keseluruhan zakar tidak selesa. Jika mahu kurangkan perasaan tidak selesa atau sakit itu, zakar perlu dituam dengan ais.

Apabila ‘congestion’ atau takungan darah dalam zakar itu reda, maka perasaan sakit itu turut lega.

Kadangkala, geselan kain kepada penghujung zakar akan membuatkan bahagian itu rasa amat ngilu. Lama-kelamaan perasaan ngilu itu akan terkawal.

Untuk mengurangkan perasaan ngilu itu kekal, boleh pakai seluar dalam yang selesa. Jika perasaan ngilu itu amat menyukarkan, boleh guna gel anestetik untuk seketika sehingga perasaan ngilu itu terkawal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

SYOK SEKEJAP MERANA LAMA (SAKIT TUAN)

Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya.

TIDAK SALAH untuk dua individu yang berbeza jantina menjalin hubungan. Mereka yang akan menentukan ke arah mana hubungan itu, sama ada berakhir dengan perpisahan, kekal sebagai rakan atau ke jenjang pelamin.

Tidak dinafikan, hubungan lelaki dan wanita membabitkan interaksi minda, emosi dan kadangkala membawa ke tahap intim.

Namun, penting untuk mereka fikirkan risiko yang akan berlaku apabila hubungan intim itu menjadi hubungan seksual jika mereka belum bersedia membuat komitmen.

Lelaki bertanggungjawab akan bersedia untuk berkahwin, tetapi yang tidak bersedia akan melarikan diri.

Wanita pula boleh hamil dan kemungkinan dia tidak lagi diterima lelaki lain berikutan mempunyai anak luar nikah.

Perlu diingatkan, lelaki biasanya terlepas daripada segala tekanan sosial. Malah, dia akan berasa dirinya 'hero' dan bermegah kerana dapat meniduri seseorang wanita dengan tidak teragak-agak memberi 'laporan' kepada rakan lain.

Sehubungan itu, yang jelas rugi ialah wanita! Jika wanita pernah melakukan hubungan seksual, dia bukan lagi anak dara. Sebaliknya, tiada apa-apa tanda kepada lelaki yang pernah meniduri wanita.

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jika wanita itu pernah hamil dan menggugurkan kehamilan pula, dia akan mempunyai sistem reproduktif yang tercemar.

Ketika peringkat awal, proses kehamilan akan mengakibatkan payudara membesar dan kembang. Puting juga membesar dan bertukar warna kepada lebih gelap.

Keadaan ini akan kekal dan tidak pulih kepada sedia kala walaupun selepas menggugurkan kandungannya.

Jika dia pernah berseronok dengan lelaki, sentuhan intim yang dilakukan kepada kemaluan dan payudara sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bahagian berkenaan dan perubahan tumbesaran boleh berlaku.

Bagi wanita yang tidak menghargai diri dan tidak berfikir panjang, semua perubahan mungkin tidak membimbangkan sehingga tiba harinya yang mereka berasa kesal tetapi semuanya sudah terlambat.

Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya.

Inilah wanita yang cemerlang, pilihan lelaki yang sejati!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

BAHAGIAN KULIT KERAP KOYAK (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 25 tahun, sudah berkahwin namun belum ada cahaya mata. Selama setahun ini saya tiada masalah ketika ‘bersama’ isteri.

Namun, sejak dua bulan kebelakangan ini, ketika zakar ereksi, kulit bahagian kepala zakar akan terkoyak dan menyebabkan luka kecil.

Luka itu akan sembuh pada keesokan harinya tetapi terjadi semula apabila ia menegang, tidak kira sama ada ketika bersama isteri atau tidak.

Untuk pengetahuan doktor, ketika bersama isteri, saya tiada masalah dengan kelembapan (pelincir) dan saya juga mencuba menggunakan minyak bayi, tetapi tidak berhasil.

Adakah kulit zakar saya menipis dan adakah sebab lain? Bagaimanakah cara merawat masalah saya kerana selepas bersama, saya berasa pedih kerana luka itu.

HADI
Seremban, Negeri Sembilan

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

KULIT zakar jenis kulit yang nipis, licin, tanpa lapisan lemak dan mudah mengembang apabila zakar menjadi tegang. Jika kulit zakar menebal dan kurang licin, ia mudah merekah dan luka.

Ini berlaku apabila keadaan kulit berubah seperti kering dan menggerutu. Kadangkala tisu pengembang kulit zakar berkurangan dan mengambil masa untuk mengembang, tekanan kepada kulit boleh menyebabkan kulit merekah atau koyak.

Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai disapu kepada kulit zakar setiap kali selepas mandi supaya ia tidak merekah apabila anda melakukan persetubuhan.

Jangan guna minyak atau krim pelembap sebarangan. Ketika hubungan seks, guna air liur sebagai pelincir.

Jika kulit zakar bahagian penghujung terlalu ketat, kulit itu perlu dilegakan dengan pembedahan plastik. Anda perlu jalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui masalah itu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

LAMA TUNGGANG MOTOSIKAL JEJAS SPERMA (SAKIT TUAN)

SAYA pernah terbaca laporan lelaki yang terlalu lama menunggang motosikal atau basikal akan mengalami kerosakan sperma, sekali gus menyebabkan kemandulan.

Adakah ia benar? Bagaimanakah cara mengatasinya kerana saya sudah lama menggunakan motosikal dan risau kesannya apabila berkahwin nanti.

ZAHARI
Rompin, Pahang

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

KILANG SPERMA berada dalam buah zakar, manakala buah zakar pula dalam kerandut yang terletak di luar badan.

Pembiakan sperma memerlukan suhu optimum iaitu tiga hingga empat darjah Celsius kurang daripada suhu badan (37 darjah Celsius).

Apabila suhu dalam kerandut meningkat, pemprosesan sperma tergendala seketika dan jika perkara ini berlanjutan, profil sperma menjadi kucar-kacir, iaitu bilangan dan kualiti sperma menjadi tidak normal dan rupa bentuk sperma cacat.

Peningkatan suhu dalam kerandut boleh berlaku apabila lelaki itu memakai pakaian dalam yang ketat atau tebal dan seluar ketat.

Sama juga jika buah zakarnya terdedah kepada bahang ketika bekerja di kawasan panas atau berendam dalam kolam panas atau sauna.

Dengan pakaian ketat dan padat serta duduk dalam kereta juga boleh membuatkan buah zakar tertarik di atas tundun dan terdedah kepada kepanasan badan. Sama juga jika memakai pakaian ketat dan menunggang motosikal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!