Label

NIKMAT BERBEZA (SAKIT TUAN)

ONANI dan seks bersama pasangan adalah dua perkara berbeza apabila merujuk soal nikmat. Kepada yang biasa dengan amalan onani dan selesa dengan teknik sendiri merangsangkan syahwat, mereka lebih seronok dengan perbuatan itu.

Ada juga pengamal onani yang lebih selesa dan ghairah ketika persetubuhan dengan pasangan berikutan mereka hanya melakukan onani apabila mengalami tekanan syahwat dan melakukannya untuk melepaskan nafsu bersetubuh.

Kepada lelaki yang cepat klimaks ketika beronani, dia yang mengawal pergerakan dan sentalan kepada zakar. Tentu dia tahu bahagian yang sensitif dan menumpukan geselan di situ.

Perkara sebaliknya berlaku apabila dia melakukan hubungan seksual dengan pasangan kerana rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh.

Justeru, seseorang yang kerap onani perlu menumpukan sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan.

Ini memakan masa dan kadangkala membosankan pasangan jika terlalu lama selain meletihkan.

Ini bukan masalah kesuburan atau masalah kurang rangsang dengan pasangan. Ini berlaku kerana, walaupun seronok dan terangsang dengan isteri, individu itu tidak dapat rangsangan yang mampu mencetuskan klimaks yang dia biasa dengan cara amalan onani.

Mungkin jika dia mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, perkara kurang terangsang itu dapat diatasi.

Memang mustahak untuk pasangan kelamin bekerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim yang lebih mengghairahkan dan bukan hanya sekadar melakukannya tanpa perasaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

2 ulasan: