SEJAK kebelakangan saya kerap kencing tak lawas. Untuk pengetahuan, umur saya baru 20 tahun.
Saya buntu kerana hampir setiap malam terpaksa menghabiskan masa untuk kencing berulang kali. Ia membuatkan saya rasa sangat tertekan. Malah, saya dapati kini saiz alat kelamin makin kecil. Apa patut saya buat?
HAFIZ
Alor Gajah, Melaka
PUNDI KENCING mampu mengisi seliter air kencing. Namun, ini jarang berlaku kerana kita akan membuang air kecil apabila terasa mahu kencing dan jarang menahannya.
Individu yang suka menahan kencing akan mendapati ada kalanya pundi kencing meragam dan perlu kencing dengan kerap biarpun air kencing yang keluar sedikit.
Ini berlaku kerana kesan menahan kencing menjadikan pundi radang serta perasaan mahu kencing lebih terasa. Ia akan menyakitkan jika tidak kencing.
Mengenai kencing malam, sesiapa pun akan kencing malam apabila minum banyak pada waktu malam. Malah, kesan makan buah serta minum air sederhana akan menyebabkan seseorang itu mahu kencing dengan kerap pada waktu malam jika lewat tidur.
Jika mahu elak kencing malam terlalu kerap, pastikan anda kurang minum air pada waktu malam dan kencing sebelum tidur biarpun tidak terasa mahu kencing. Cara ini akan meredakan tekanan otot pundi kencing dan dapat bertahan sehingga pagi.
Onani juga boleh menyebabkan salur kencing radang dan pundi prostat tertekan serta mempengaruhi perasaan mahu kencing pada waktu malam. Keradangan salur kencing boleh menular ke pundi kencing dan mengakibatkan infeksi pundi kencing.
Kesudahannya, akan menyebabkan kekerapan kencing malam. Jika ini berlaku dan anda terasa sakit ketika air kencing keluar, itu mungkin petanda infeksi pundi kencing. Anda boleh rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Sudah tentu jika anda kerap kencing malam, ereksi akan jarang berlaku dan zakar akan kelihatan mengecut.
Apabila masalah ini pulih, keadaan kesihatan zakar anda akan kembali seperti sedia kala.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Hai tuan.saya ingin bertanya soalan wanita. Semasa remaja ketika saya bermain basikal dan terjatuh, klit saya cedera dan sehingga kini ( dah 10 thn berlalu ) saya semakin risau. Klit saya tidak bulat. Ianya nipis walaupun sedang teransang.rasa sangat tidak selesa bila suami mengusik klit saya. Tapi saya xpernah memberitahu dia hal ini. Adakah cara untuk memulihkan semula bentuk klitoris saya
BalasPadamhai puan,saya sudah 5 tahun tak cek pap smear..adakah saya akan mengalami apa apa masalah??sekarang saya dah hamil 2 bulan..
BalasPadamHafiz pm
BalasPadamaslkm tuan.. sy juga mengalami situasi yg sama. cuma bezanya pada satu hari saya dapati bila saya kencing saya berasa pedih.. pada keesokannya saya ada melakukan onani dan keadaan semakin jd sakit apabila saluran kencing di bawah kerandut menjadi ngilu dan senak.. ianya terasa sehingga ke kepala zakar. saya telah ke hospital pakar dan doktor beritahu saya mengalami keradangan prostat.. umur saya baru 23 tuan. berapa lama kah masa yang di ambil untuk sembuh ?? saya betul2 buntu dgn apa yg terkadi.. sekarang sudah satu bulan lebih saya menanggung sakit ni tuan.. tp skrg kencing dh tak sakit cuma saluran nya saja yg sakit. boleh tuan bantu saya ??
BalasPadam