SEJAK kebelakangan saya kerap kencing tak lawas. Untuk pengetahuan, umur saya baru 20 tahun.
Saya buntu kerana hampir setiap malam terpaksa menghabiskan masa untuk kencing berulang kali. Ia membuatkan saya rasa sangat tertekan. Malah, saya dapati kini saiz alat kelamin makin kecil. Apa patut saya buat?
HAFIZ
Alor Gajah, Melaka
PUNDI KENCING mampu mengisi seliter air kencing. Namun, ini jarang berlaku kerana kita akan membuang air kecil apabila terasa mahu kencing dan jarang menahannya.
Individu yang suka menahan kencing akan mendapati ada kalanya pundi kencing meragam dan perlu kencing dengan kerap biarpun air kencing yang keluar sedikit.
Ini berlaku kerana kesan menahan kencing menjadikan pundi radang serta perasaan mahu kencing lebih terasa. Ia akan menyakitkan jika tidak kencing.
Mengenai kencing malam, sesiapa pun akan kencing malam apabila minum banyak pada waktu malam. Malah, kesan makan buah serta minum air sederhana akan menyebabkan seseorang itu mahu kencing dengan kerap pada waktu malam jika lewat tidur.
Jika mahu elak kencing malam terlalu kerap, pastikan anda kurang minum air pada waktu malam dan kencing sebelum tidur biarpun tidak terasa mahu kencing. Cara ini akan meredakan tekanan otot pundi kencing dan dapat bertahan sehingga pagi.
Onani juga boleh menyebabkan salur kencing radang dan pundi prostat tertekan serta mempengaruhi perasaan mahu kencing pada waktu malam. Keradangan salur kencing boleh menular ke pundi kencing dan mengakibatkan infeksi pundi kencing.
Kesudahannya, akan menyebabkan kekerapan kencing malam. Jika ini berlaku dan anda terasa sakit ketika air kencing keluar, itu mungkin petanda infeksi pundi kencing. Anda boleh rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Sudah tentu jika anda kerap kencing malam, ereksi akan jarang berlaku dan zakar akan kelihatan mengecut.
Apabila masalah ini pulih, keadaan kesihatan zakar anda akan kembali seperti sedia kala.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Blog yang membincang segala masalah tentang sakit tuan dan puan. Segala masalah lelaki dan masalah perempuan (masalah wanita) boleh didapati di sini.
KESAN SAMPINGAN BERLAINAN (SAKIT PUAN)
SAYA berusia 27 tahun dan baru berkahwin tidak sampai enam bulan. Buat masa ini saya dan suami terpaksa menangguhkan hasrat kami untuk mempunyai cahaya mata kerana kami tinggal berjauhan, saya di Shah Alam dan suami di Jepun.
Namun dalam tempoh dua tahun lagi, barulah kami dapat tinggal bersama. Justeru, saya memikirkan kaedah pil perancang, cuma saya agak keliru kerana pelbagai pil perancang ada di pasaran.
Bolehkah doktor menjelaskan secara ringkas jenis pil perancang yang ada di negara ini serta kesan sampingannya? Adakah semua jenis pil itu sesuai dengan seseorang wanita? Apakah faktor yang menentukan pemilihan satu-satu jenis pil perancang?
Mila,
Shah Alam, Selangor.
TERDAPAT dua kumpulan utama pil perancang iaitu yang mengandungi dua hormon (estrogen dan progestin) dan yang mengandungi satu hormon (progestin saja). Kumpulan yang mengandungi satu hormon saja lebih sesuai diambil oleh ibu yang masih menyusukan anak kerana ia tidak mengurangkan penghasilan susu badan. Hanya terdapat satu saja jenama kumpulan ini. Atas sebab profesional, saya tidak akan menamakan sebarang jenama.
Pilihan yang lebih popular adalah kumpulan yang mengandungi dua hormon. Ia memberikan kesan pencegahan kehamilan yang sangat berkesan jika diambil dengan betul (sistematik).
Terdapat pelbagai jenama yang mengandungi kombinasi dos estrogen (ethinyl-estradiol) yang berbeza (20-35 mcg) serta jenis hormon progestin yang berbeza.
Selain itu, ada jenama yang setiap biji pil itu mengandungi komposisi (jenis dan dos) hormon yang sama manakala ada jenama lain yang dos hormon berbeza mengikut hari yang diambil (berfasa). Ada juga jenis yang mempunyai beberapa biji pil tanpa hormon bagi melengkapkan pusingan pil diambil setiap hari (berbeza dengan jenis paket yang didatangkan dengan pil yang diambil selama 21 hari saja dalam sesuatu pusingan).
Masing-masing mempunyai kecenderungan kesan sampingan berlainan. Apa yang menjadi perhatian kebanyakan wanita adalah kesan sampingan hormon progestin iaitu penambahan berat badan akibat kesan pengumpulan air, jerawat dan seumpamanya.
Dari sudut perubatan pula, kesan sampingan atau risiko yang dipersoalkan adalah penyakit DVT (pembentukan ketulan darah di dalam salur darah yang boleh menyumbatnya).
Semakin tinggi dos estrogen, semakin lebih risiko DVT. Bagi hormon progestin pula, berlainan jenis hormon progestin memberikan kecenderungan DVT yang berbeza.
Sebelum membuat keputusan mengambil pil perancang, seseorang disarankan menjalani pemeriksaan atau saringan oleh doktor untuk mengenal pasti jenis kategori keselamatan diri wanita itu dalam pengambilan pil perancang, memilih jenis berdasarkan kecenderungan risiko atau kesan sampingan, kaedah betul mengambil pil, tindakan yang diambil apabila mengalami muntah atau cirit-birit (keberkesanan pil tergugat), kesan interaksi dengan ubat tertentu dan seumpamanya.

NIKMAT BERBEZA (SAKIT TUAN)
ONANI dan seks bersama pasangan adalah dua perkara berbeza apabila merujuk soal nikmat. Kepada yang biasa dengan amalan onani dan selesa dengan teknik sendiri merangsangkan syahwat, mereka lebih seronok dengan perbuatan itu.
Ada juga pengamal onani yang lebih selesa dan ghairah ketika persetubuhan dengan pasangan berikutan mereka hanya melakukan onani apabila mengalami tekanan syahwat dan melakukannya untuk melepaskan nafsu bersetubuh.
Kepada lelaki yang cepat klimaks ketika beronani, dia yang mengawal pergerakan dan sentalan kepada zakar. Tentu dia tahu bahagian yang sensitif dan menumpukan geselan di situ.
Perkara sebaliknya berlaku apabila dia melakukan hubungan seksual dengan pasangan kerana rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh.
Justeru, seseorang yang kerap onani perlu menumpukan sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan.
Ini memakan masa dan kadangkala membosankan pasangan jika terlalu lama selain meletihkan.
Ini bukan masalah kesuburan atau masalah kurang rangsang dengan pasangan. Ini berlaku kerana, walaupun seronok dan terangsang dengan isteri, individu itu tidak dapat rangsangan yang mampu mencetuskan klimaks yang dia biasa dengan cara amalan onani.
Mungkin jika dia mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, perkara kurang terangsang itu dapat diatasi.
Memang mustahak untuk pasangan kelamin bekerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim yang lebih mengghairahkan dan bukan hanya sekadar melakukannya tanpa perasaan.

Langgan:
Catatan (Atom)