SAYA berusia 21 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Anak saya kini berusia dua tahun lima bulan dan masih menyusu badan.
Persoalannya, setiap bulan saya datang haid, tapi cuma tiga hari saja. Saya waswas sebab selepas berpantang, haid saya teratur tujuh hari. Mohon penjelasan Dr.
Muslimah
Kuala Lumpur
BAGI seorang wanita, darah haid berlaku pada setiap bulan dan tempohnya antara sehari semalam hingga 15 hari 15 malam.
Tempohnya mungkin berlainan antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Pada kebiasaanya tempoh haid adalah dari enam hari enam malam sehingga tujuh hari tujuh malam.
Dalam kes anda ini, tempoh haid itu berlaku mungkin disebabkan anda masih menyusu badan lagi.
Saya menyarankan anda supaya berjumpa doktor di klinik atau hospital untuk pemeriksaan kesihatan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan