MASALAH sakit kepala selepas klimaks atau 'post climax headache' adalah fenomena yang boleh berlaku kepada semua orang. Ia membabitkan sakit kepala teramat sangat selepas klimaks sama ada hasil onani atau hubungan seksual.
Pening kepala ini boleh berpanjangan dan mengganggu kualiti kehidupan. Fenomena ini berlaku mungkin akibat perubahan ketara yang berlaku kepada tubuh individu itu ketika dia klimaks.
Bayangkan ketika dalam tahap rangsangan seksual yang kemuncak, tekanan darah dan tahap pernafasan meningkat manakala otot menegang, termasuk otot tengkuk dan kepala.
Ketika klimaks, pengeluaran kimia dalam badan meningkat dan ini sedikit sebanyak boleh mengakibatkan tindak balas pada otot dan perjalanan darah dalam kepala.
Jika perkara ini kerap berlaku walaupun selepas cuba makan ubat, individu yang mengalaminya dinasihatkan berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan urat saraf atau neurological.
Ini untuk menentukan sama ada wujud sesuatu yang luar biasa dalam otak atau saluran darah dalam otak yang tidak normal seperti Enuerysm atau kelemahan salur darah.
Jika hasil pemeriksaan menunjukkan semuanya normal, individu yang mengalami gejala pening tidak perlu khuatir.
Ini kerana pegawai perubatan yang merawat boleh memberi ubat antiradang. Ubat ini boleh dimakan sebelum bersama atau sebelum anda melakukan onani.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Blog yang membincang segala masalah tentang sakit tuan dan puan. Segala masalah lelaki dan masalah perempuan (masalah wanita) boleh didapati di sini.
SETAHUN TAK DATANG HAID (SAKIT PUAN)
Oleh Dr Adilah Ahmat
SAYA berusia 19 tahun dan kini bekerja sambilan sementara menunggu untuk melanjutkan pelajaran. Masalah saya membabitkan ketidakstabilan hormon. Saya didatangi haid buat pertama kali pada Oktober 2010 ketika berusia 15 tahun.
Kali terakhir saya didatangi haid pada penghujung Disember 2013, itu pun semasa saya masih belajar. Selama dua, tiga bulan saya tidak didatangi haid dan saya sangka akibat tekanan belajar, tidur tidak menentu dan cara pengambilan makanan harian.
Ketinggian saya 149 sentimeter dan berat badan 56 kilogram. Sebelum ini saya pernah mengambil Evening Primrose Oil semasa belajar. Hanya sekali saja saya mengambil pil terbabit dan didatangi haid.
Kini saya tidak didatangi haid selama hampir setahun pada tahun ini. Saya takut untuk mengamalkan pil terbabit sepanjang keadaan hormon tidak stabil kerana mungkin ada masalah lain yang timbul.
Sebelum ini saya pernah berjumpa dengan doktor sakit puan di klinik swasta, tetapi katanya masalah tidak didatangi haid ini perkara normal serta tiada ubat yang perlu diambil kerana ia satu masalah hormon dalam badan.
Harap doktor dapat memberi pandangan kerana saya bimbang ia akan menjejaskan masa depan apabila saya mahu merancang keluarga selepas berkahwin kelak.
Farah,
Perak
DALAM keadaan anda, lebih enam bulan ketiadaan haid dinamakan amenorea sekunder. Lazimnya ia mempunyai punca. Ada antara puncanya boleh mendedahkan seseorang kepada risiko hyperplasia rahim atau mungkin lebih teruk kanser rahim akibat rangsangan daripada hormon estrogen secara berterusan tanpa kawalan oleh hormon progesteron.
Untuk makluman, wanita yang mengalami masalah kesuburan ovari (tiada pengeluaran telur atau dinamakan anovulasi) akan mengalami ketiadaan pengeluran hormon progesteron dari ovari. Maka penting untuk doktor memberikan anda ubat hormon progestin (yang berfungsi seperti hormon progesteron) untuk mengelakkan risiko terbabit.
Bagaimanapun, ubat hormon progesteron tidak mengubati masalah kesuburan ovari. Ini bermakna seseorang itu mungkin akan terus mengalami ketiadaan pengeluaran telur dan akan kelihatan seolah-olah terpaksa bergantung kepada pil progestin untuk mendatangkan haidnya.

KESAN GAMBIR SARAWAK (SAKIT TUAN)
ADAKAH penggunaan gambir Sarawak akan memberi kesan yang buruk walaupun jarang menggunakannya? Saya masih bujang tetapi rakan ada menceritakan perihal gambir Sarawak.
KHAI
Serdang, Selangor
GAMBIR SARAWAK atau nama saintifiknya Uncaria Gambir adalah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak ditemui di dalam hutan Sarawak.
Untuk makluman anda, gambir Sarawak digunakan untuk sakit gusi. Apabila serbuk gambir disental di gusi, bahagian itu akan rasa pijar dan sakit gusi akan rasa lega.
Jadi, gambir Sarawak sebenarnya memanaskan, memijarkan kulit atau mukosa dan boleh membakar serta meradangkan kulit yang sihat menjadi sakit dan melecur.
Kulit zakar dan kulit anggota kelamin perempuan dari jenis kulit lembut yang mengandungi banyak urat saraf. Apabila gambir Sarawak disapu di bahagian itu dan anggota kelamin perempuan menerima kesan dari zakar yang disapu Gambir Sarawak, kulit anggota itu akan radang.
Jika kebetulan bahan itu mengakibatkan alahan kepada kulit, bahagian itu akan bengkak dan melecur. Kawan anda tidak memberi maklumat ini kerana mereka tidak tahu atau mereka mahu menganiaya anda.
Berwaspada apabila anda diberi gambir Sarawak untuk tujuan melambatkan ejakulasi. Kesan sampingan yang berlaku boleh membantutkan hubungan intim dan mengeruhkan keceriaan. Elak guna gambir Sarawak.

ELAK PAYUDARA MEMBENGKAK (SAKIT PUAN)
Soalan:
APA yang patut saya lakukan jika puting payudara saya leper atau tenggelam? Jadi bayi tidak mahu menyusu. Akibatnya payudara saya membengkak, keras dan menyakitkan. Terdapat juga ketulan kecil, keras dan menyakitkan pada payudara. Apakah punca perkara ini berlaku?
Selain itu, bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti berbuat demikian untuk satu tempoh tertentu dan memberinya minum susu formula?
Jasmin,
Machang, Kelantan.
Jawapan:
BERMULA daripada penyusuan kali pertama, galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara anda. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara.
Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku dua hingga empat hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul. Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan jaram panas atau suam ke atas payudara anda. Jika payudara masih berasa keras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun, usah bazirkan susu ini. Anda boleh menyimpannya untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Puting payudara rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan kulat kandida, penggunaan pengepam payudara secara tidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor atau dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan laktasi di hospital yang berdekatan. Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisi yang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih. Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih.
Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian. Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun, krim atau losyen ke atas puting. Sebaliknya, sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.
Ketulan kecil pada payudara adalah disebabkan salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut secara perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan daripada menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.
Usah risau kerana ketumpahan susu antara waktu menyusu menandakan anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan susu dapat mengelakkan bengkak payu dara. Ya, anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap payudara untuk merangsang penghasilan susu. Lakukannya dengan sabar selama beberapa hari dan anda akan dapati payudara anda akan mula menghasilkan susu. Doktor anda juga boleh memberi beberapa preskripsi ubat dan mencadangkan makanan untuk merangsang penghasilan susu.
(Sumber Utusan Malaysia)

KELEBIHAN SENAMAN KEMUT (SAKIT TUAN)
Oleh Dr Ismail Thamby
SENAMAN KEMUT memang kedengaran melucukan namun dalam konteks kesihatan seksual lelaki mahupun wanita, ia mampu memberi kesan positif menakjubkan. Ini kerana senaman ini membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak.
Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku di mana jika membuang air besar akan mengalami sembelit.
Bagi yang ada buasir pula, penyakit itu akan menjadi ketara dan menyakitkan, tetapi sebaliknya pada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan. Namun jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada langsung.
Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki adalah dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis serta lubang kencing pada masa sama dengan padat, menahan nafas antara tiga hingga lima saat sebelum melegakan kemutan. Senaman ini perlu dilakukan berulang sehingga 10 kali. Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali.
Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa, termasuk sudah membuang air besar dan kecil.
Antara khasiat senaman kemut adalah, ia membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan, sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.
Bagi wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj, sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.
Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.
Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.
Namun, perlu diketahui bahawa senaman kemut tidak dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana dipaparkan dalam Internet bahawa kaedah ini adalah amalan orang Arab bagi membesarkan zakar.
Namun yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang ereksi dikemutkan.
Mengemut juga membantu mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi, sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.
Selain itu, jika pergerakan zakar ke dalam faraj dengan keadaan lelaki mengemut, pasangan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.
Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi selagi zakarnya mampu mengeras.

4 BULAN TIADA HAID (SAKIT PUAN)
Soalan
MASALAH saya ini berlarutan sejak dua tahun lalu. Saya kini berumur 17 tahun dan mula datang haid pada umur 13 tahun. Ketika berumur 13 dan 14 tahun, kitaran haid saya teratur, tetapi pada umur 15 tahun, kitaran haid saya tidak teratur hingga berbulan-bulan saya tidak didatangi haid.
Paling lama lapan bulan saya tidak datang haid. Saya kemudian berjumpa pakar sakit puan yang memberikan pil untuk mengembalikan kitaran haid. Sebelum mengambil ubat itu, berat saya hanya 52 kilogram (kg) dan tinggi 162 sentimeter.
Selepas pengambilan ubat itu, berat saya naik mendadak sehingga lebih 65kg manakala selera makan pun bertambah. Selepas pengambilan ubat itu juga, saya didatangi haid kira-kira seminggu, namun haid tidak muncul semula.
Saya berjumpa doktor semula untuk pemeriksaan dan dimaklumkan, saya tiada masalah dan ia mungkin disebabkan stres. Doktor juga memberitahu, pil itu memang menggemukkan, tetapi baik untuk kulit muka yang cantik.
Imbasan doktor juga menunjukkan tiada masalah pada rahim saya. Haid saya ada, tetapi tidak boleh turun. Alhamdulillah saya tak pernah senggugut selepas makan pil yang diberikan doktor cuma selepas berhenti makan pil itu, kitaran haid saya tidak teratur sehingga sekarang.
Sudah lama saya tidak berjumpa doktor kerana saya tahu dia akan memberikan saya ubat sama. Saya pula bimbang berat saya naik semula. Sekarang saya tidak didatangi haid selama empat bulan.
Saya berharap doktor dapat memberi pandangan mengenai masalah saya ini juga saranan untuk saya menjalani sebarang rawatan.
Syaz,
Kuala Lumpur
Jawapan
ANDA mungkin mengalami masalah kekurangan hormon progesteron dan mungkin juga estrogen. Itu sebabnya pengambilan pil terbabit (yang mengandungi kedua-dua hormon itu) menjadikan seolah-olah kitaran haid anda teratur.
Pil itu tidak menyembuhkan punca sebenar. Apabila anda menghentikan pengambilannya, paras hormon terbabit di dalam darah anda menjadi rendah semula.
Ada pilihan ubat lain yang hanya menggantikan hormon progesteron anda, ini kurang memberikan kesan sampingan berbanding sekiranya anda mengambil ubat yang mengandungi hormon estrogen dan progesteron, tetapi pendarahan haid tidak sebanyak biasa kerana ia bergantung kepada estrogen anda sendiri.
Apakah punca sebenar masalah kekurangan hormon anda yang diberitahu oleh doktor? Adakah ia disebabkan gangguan atau ketiadaan ovulasi (pengeluaran telur)?

ONANI PUNCA BADAN LEMAH (SAKIT TUAN)
Soalan
SAYA kerap onani dan sangat sukar menghindari tabiat ini kerana terlalu ketagih.
Sebelum ini saya kerap beronani tanpa mengira masa dan tempat, tetapi jauh dalam hati penat melakukannya kerana ia menjejaskan kerja saya yang lain akibat tiada tenaga lagi.
Apabila mencapai tahap nafsu yang tinggi, diri rasa ghairah dan perasaan mahu beronani timbul membuatkan saya tidak dapat mengelak melakukannya.
Untuk pengetahuan doktor, saya mula beronani sejak darjah lima dan kini saya berusia 22 tahun.
Saya risau jika tidak dapat membahagiakan pasangan saya kelak akibat tabiat ini.
AMIR
Paya Rumput, Melaka
Jawapan
ANDA membuka pekung di dada mengenai tabiat songsang yang dilakukan sejak darjah lima lagi.
Kini anda boleh dikatakan 'veteran' dalam hal onani ni dan sedar bahawa anda sangat ketagih dan tidak pasti boleh meninggalkan atau ketepikannya.
Sebenarnya, anda saja yang tahu mengenai diri serta kemampuan anda, oleh itu hanya anda yang dapat menentukan masa depan sendiri.
Jika anda sedar amalan onani ini banyak masalahnya dan mula rasa kesan buruknya seperti mengganggu kerja dan tugasan harian selain membuatkan badan terasa lemah namun masih tidak mahu meninggalkannya, anda tidak perlu fikir mengenai hasrat untuk berumahtangga.
Ini kerana anda sendiri sudah jangka amalan ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan seksual dan akan memporakperandakan rumahtangga.
Jadi, langkah terbaik adalah ketepikan saja hasrat untuk berumahtangga.
Mengenai masalah onani anda, ia bukan penyakit, sebaliknya tabiat yang mengikat diri anda. Jika anda tidak boleh mengawal diri, tiada sesiapa dapat mengawal anda.
Jika ada ubat atau sesuatu rawatan untuk 'mengubat' perilaku onani, ia memang sesuatu yang baik. Malangnya, tidak ada ubat atau rawatan yang sebegitu.
Kesudahannya, anda sendiri yang akan menanggung risiko amalan onani itu. Tiada sesiapa yang dapat membantu anda kecuali diri sendiri.
Jika anda selalu ingatkan Tuhan dan tidak lupa dengan ibadah wajib, pohon iman yang kuat, semangat serta jati diri untuk mengawal hawa nafsu songsang anda dengan penuh kesedaran dan hentikan amalan itu.
Anda perlu semat di sanubari bahawa anda mahukan kehidupan yang sempurna, menjadi lelaki normal dan sihat dalam fungsi seksual dan menjadi suami yang penuh tanggungjawab, seterusnya dapat membahagiakan pasangan anda.
Ini tidak akan berlaku jika anda teruskan amalan onani anda. Sebaliknya yang pasti, anda akan mengalami masalah mati pucuk, masalah cepat klimaks, tidak dapat memuaskan pasangan dan mandul kerana tidak dapat ejakulasi secara normal (hanya ejakulasi dengan cara sendiri dan tidak dalam faraj isteri).
Buatlah perhitungan anda demi untuk kesejahteraan anda. Insya-Allah, anda akan berjaya.

HAID CUMA 3 HARI (SAKIT PUAN)
SAYA berusia 21 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Anak saya kini berusia dua tahun lima bulan dan masih menyusu badan.
Persoalannya, setiap bulan saya datang haid, tapi cuma tiga hari saja. Saya waswas sebab selepas berpantang, haid saya teratur tujuh hari. Mohon penjelasan Dr.
Muslimah
Kuala Lumpur
BAGI seorang wanita, darah haid berlaku pada setiap bulan dan tempohnya antara sehari semalam hingga 15 hari 15 malam.
Tempohnya mungkin berlainan antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Pada kebiasaanya tempoh haid adalah dari enam hari enam malam sehingga tujuh hari tujuh malam.
Dalam kes anda ini, tempoh haid itu berlaku mungkin disebabkan anda masih menyusu badan lagi.
Saya menyarankan anda supaya berjumpa doktor di klinik atau hospital untuk pemeriksaan kesihatan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Persoalannya, setiap bulan saya datang haid, tapi cuma tiga hari saja. Saya waswas sebab selepas berpantang, haid saya teratur tujuh hari. Mohon penjelasan Dr.
Muslimah
Kuala Lumpur
BAGI seorang wanita, darah haid berlaku pada setiap bulan dan tempohnya antara sehari semalam hingga 15 hari 15 malam.
Tempohnya mungkin berlainan antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Pada kebiasaanya tempoh haid adalah dari enam hari enam malam sehingga tujuh hari tujuh malam.
Dalam kes anda ini, tempoh haid itu berlaku mungkin disebabkan anda masih menyusu badan lagi.
Saya menyarankan anda supaya berjumpa doktor di klinik atau hospital untuk pemeriksaan kesihatan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
LAYU KERANA STRES (SAKIT TUAN)
Soalan
SAYA berusia 23 tahun. Sejak minggu lalu, saya dapati alat kelamin saya tidak dapat menegang dan ia berterusan sehingga sekarang.
Sebelum ini ia masih menegang bila terangsang melihat wanita seksi dan menonton video lucah. Untuk pengetahuan, saya melakukan onani tetapi hanya satu atau dua kali seminggu.
Saya risau jika mengalami mati pucuk dan sangat tertekan sejak masalah ini berlaku.
FARID
Puchong, Selangor
Jawapan
RAMAI lelaki tidak tahu anggota kelaminnya mempunyai fungsi tersendiri. Ia boleh menegang tanpa rangsangan seksual seperti ketika dalam tidur nyenyak atau tidur REM (Rapid Eye Movement), ketika tidur terasa nak kencing dan menahan kencing, ketika mahu terlelap atau mengantuk.
Dalam situasi itu, kelancaran darah dalam otot zakar berlaku akibat pengeluaran kimia yang digelar oksida nitrik.
Waktu teruja seksual, fenomena ereksi berlaku akibat tindak balas rangsangan seksual yang dikawal oleh minda. Jika minda terganggu akibat keletihan atau keresahan, ereksi tidak akan berlaku atau jika berlaku, ia akan terbantut.
Sebahagian besar masalah disfungsi erektil yang berlaku secara tiba-tiba berpunca daripada tekanan atau stres dikenali sebagai 'performance anxiety' atau keresahan ketika beraksi.
Anda masih muda dan tiada masalah kesihatan yang boleh mengganggu kemampuan ereksi zakar anda. Anda yakin selama ini mampu mencapai ereksi pada bila-bila masa mengikut naluri dan perasaan positif atau mengalakkan.
Apabila perasaan anda terganggu atau tertekan, perkara sebaliknya berlaku. Ketika itu 'alat kelamin' tidak akan ikut kehendak anda. Ia mempunyai 'mindanya' yang tersendiri.
Keadaan yang anda alami dikenali sebagai mati pucuk psikologikal atau mati pucuk akibat keresahan. Ia menjadi lebih ketara apabila anda cuba memaksa diri untuk mencapai ereksi secara paksaan seperti mengurut zakar sambil menonton video lucah.
Ereksi yang terjadi tidak kekal dan anda akan rasa lebih tertekan lagi apabila mendapati ereksi pagi tak sekuat yang biasa anda alami.
Ini kerana ketika anda sedar, perasaan keresahan itu muncul lagi dan membuatkan hormon adrenalin mencurah dalam badan, seterusnya membuatkan darah dalam zakar keluar dari otot zakar, lantas membuatkan ia terus mengendur.
Anda perlu bersabar. Amalkan gaya hidup sihat, elak merokok dan lakukan senaman berkala, termasuk juga senaman Kegel (senaman kemut) serta tenangkan fikiran anda.
Jika anda terus dirundung resah dan gelisah, masalah gangguan ereksi akan terus meruncing. Fungsi zakar anda akan kembali seperti sediakala apabila anda tidak fikir mengenainya. Ingat, zakar juga ada 'minda' tersendiri.

DERITA MABUK HAMIL (SAKIT PUAN)
Soalan
BERAPA LAMAKAH mabuk hamil seperti loya dan muntah akan berlangsung? Bolehkah ia menjejaskan perkembangan bayi yang kini lapan minggu dalam kandungan? Bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika simptom ini berterusan atau semakin teruk?
Bakal ibu, Perak.
Jawapan
KIRA-KIRA lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk dan separuh daripada mereka muntah-muntah. Mabuk hamil ialah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari. Kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Wanita yang mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang memahami apa yang mereka sedang lalui.
Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan. Mabuk hamil yang paling teruk dipanggil hyperemesis gravidarum (bermaksud muntah berlebihan semasa hamil). Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka anda mungkin menghidap hiperemesis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hiperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera.
Mabuk hamil biasanya bermula sekitar lima atau enam minggu kehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita apabila menjelang 14 minggu. Sesetengah wanita berterusan sehingga 16 minggu, manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Keadaan ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan daripada awal. Jika anda mengalami kesakitan, demam dan sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor sebab anda mungkin menghidap penyakit lain.
Menjejaskan bayi
Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi selagi anda mampu menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair. Makan makanan seimbang jika boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika - mungkin selama sebulan anda hanya mampu untuk menyimpan nasi putih dan air di dalam perut tetapi cuba jangan bimbang tentang ini.
Jangan bimbang ketinggalan diet pemakanan sihat kerana anda boleh mengejarnya kemudian. Hepar anda menyimpan banyak nutrien yang bayi perlukan untuk membesar secara normal, jadi tidak akan berlaku apa-apa jika anda tidak banyak makan. Adalah penting bagi anda mengambil tambahan asid folik kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi akan berkembang dengan baik. Ambil asid folik pada waktu di mana anda tidak akan memuntahkannya keluar.
Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, serta menurun berat badan, anda perlu berjumpa doktor dari awal sebab anda boleh mengalami dehidrasi. Ada banyak rawatan yang boleh membantu anda merawatnya di rumah, atau anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital.
Dapatkan bantuan dan sokongan
Anda mungkin mendapati bahawa kombinasi perubahan pemakanan mungkin boleh membantu masalah ini. Jika tiada apa pun yang mujarab dan anda masih menderita, berjumpalah dengan doktor seberapa segera. Rawatan menjadi lebih sukar jika dibiarkan. Mereka boleh mempertimbangkan cara-cara lain untuk mengatasi masalah ini, termasuk ubat-ubatan.
Beritahu suami, keluarga dan rakan-rakan anda tentang apa yang sedang dialami dan apa yang diperlukan. Mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak membantu anda. Anda mungkin perlu memberitahu rakan-rakan sekerja tentang kehamilan (dan penyakit) anda lebih awal daripada yang dirancangkan, supaya boleh mendapatkan sokongan yang anda perlukan.
Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)
Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.
Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan sakit puan, boleh e-mel ke adawiyah.koh@utusan.com.my

Langgan:
Catatan (Atom)