SAYA ingin mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dialami tunang saya. Dia tidak didatangi haid hampir empat bulan. Kami sudah berjumpa pakar sakit puan.
Tunang saya itu melakukan imbasan dan dikatakan mengalami ovari bengkak sebelah dan tidak berbahaya. Dia juga tidak dibekalkan dengan sebarang ubat. Adakah benar masalah yang dialami tunang saya tidak berbahaya? Kami sangat mengharapkan nasihat doktor.
Luqman,
Sungai Petani, Kedah
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
APAKAH nama penyakit yang diberitahu oleh doktor terbabit? Bengkak adalah istilah yang umum untuk ovari besar daripada saiz normal. Mengapakah ovari membengkak? Adakah terdapat ketulan di dalamnya? Apakah pula sifat ketulan itu?
Anda mungkin sudah diberitahu nama penyakit terbabit tetapi mungkin anda pertama kali mendengarnya dan terus terlupa. Sekiranya anda tidak pasti, anda bolehlah meminta doktor menulis nama penyakit atau diagnosis untuk anda membuat rujukan kemudiannya.
Bagaimanakah pula keadaan rahimnya? Bagi wanita yang lama tidak didatangi haid, lapisan terdalam pada dinding rahim seeloknya dinilai kerana ada segelintir penyakit yang boleh merangsang penyakit lain yang lebih membimbangkan.
Contohnya, wanita yang mempunyai sindrom ovari polisistik (PCOS) boleh mengalami pembengkakan kedua-dua ovari akibat pengumpulan banyak folikel atau kantung telur lama di dalamnya dan keadaan ini boleh menyebabkan gangguan hormon sehingga merangsang penebalan lapisan terdalam dinding rahim yang kemudiannya boleh mengundang penyakit hiperplasia atau mungkin kanser rahim.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Assalamualaikum... Jika kita bersetubuhan sehari sebelum dtgnya period, adakah kita akan hamil. Sebab saya pernah buat seks dan keesokan harinya saya period. Kemudian, sebulan kemudian saya lewat datang period iaitu skrg ni 12 hari lewat. Saya mengandung ke?
BalasPadam