Oleh Dr Ismail Thamby
SAYA lelaki berusia pertengahan 20-an dan belum pernah melakukan hubungan seks, tetapi kerap melakukan onani. Dalam dua atau tiga minggu lalu, kepala zakar ditumbuhi bintik kecil berwarna merah yang semakin besar seperti gigitan nyamuk dan membengkak. Ia tidak berasa sakit, cuma kadangkala terasa gatal. Sekarang bintik merah itu semakin banyak. Adakah ini satu tanda saya mendapat penyakit kelamin?
BASRI
Butterworth, Pulau Pinang
PENGHUJUNG zakar atau 'kepala zakar' biasa terselindung oleh kulup zakar atau kulit penutup. Untuk lelaki yang berkhatan, kulit penutup tiada kerana dipotong, menyebabkan penghujung zakat terdedah. Akibat terdedah menjadikan lapisan pelembap kulit tiada atau kurang dan mengakibatkan kulit kepala zakar kering seterusnya berlaku radang.
Kadangkala lapisan kulit penghujung zakar menjadi kering dan menggerutu dan ada gelembung atau bintik merah dikenali sebagai 'papilla' yang kelihatan banyak jika keradangan ketara dan kurang apabila keradangan berkurangan.
Papilla ialah penghujung urat saraf terdedah yang timbul apabila tertekan seperti dalam keadaan radang. Jika keradangan reda, papilla akan kurang kelihatan. Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap saperti krim 'aqueous'.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Hi saya nak tya dekat labium minur wanita kly. Ad biji besar kacang , tu apa yee.. Tak sakit cuma bila period nk dtg tu bru rasa sakit dan mula2 nk betsama terasa sakit lpas tu ok tk. Sakit pyn
BalasPadam