Label

KESAN SAMPINGAN CEGAH HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 28 tahun dan sudah berkahwin serta memiliki seorang cahaya mata yang kini berusia empat tahun. Selepas bersalin anak sulung, saya mengambil suntikan perancang. Haid saya sangat bermasalah sepanjang mengambil suntikan terbabit.

Pada 7 Januari lalu, saya perlu mengambil suntikan, tetapi saya ingin bertukar kepada pengambilan ubat jadi saya disarankan ahli farmasi mengambil pil mengeluarkan haid sebelum saya mula mengambil ubat perancang.

Masalahnya, saya masih tidak didatangi haid jadi bagaimana saya mahu memulakan pengambilan ubat perancang? Harap doktor dapat memberikan memberi pandangan.

Nadia,
Kangar, Perlis

SEPATUTNYA anda berbincang terlebih dulu dengan doktor mengenai kemungkinan kesan sampingan sesuatu kaedah pencegah kehamilan sebelum memilih kaedah yang paling sesuai untuk anda.

Ini termasuk suntikan depo yang anda ambil. Keberkesanan suntikan ini dalam mencegah kehamilan lazimnya sehingga 12 minggu, kesan gangguan pada haid pula mungkin menjangkau tempoh itu.

Seeloknya, anda berjumpa doktor dahulu untuk mendapatkan perundingan profesional supaya anda lebih faham mengenai setiap satu pilihan yang ada. Ini bagi mengelakkan anda kesal semula sekiranya mendapat kesan sampingan yang tidak diigini apabila bertukar kepada pilihan lain pula.

Hanya apabila anda sudah serasi atau berpuas hati selepas pengambilannya untuk sekitar tiga bulan, barulah anda mendapatkan bekalan ubat yang sama di farmasi tanpa berjumpa doktor setiap bulan. Itupun, anda disarankan menjalani pemeriksaan atau pengawasan doktor setiap setahun.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BINTIK MERAH PADA KEMALUAN (SAKIT TUAN)

Oleh Dr Ismail Thamby

SAYA lelaki berusia pertengahan 20-an dan belum pernah melakukan hubungan seks, tetapi kerap melakukan onani. Dalam dua atau tiga minggu lalu, kepala zakar ditumbuhi bintik kecil berwarna merah yang semakin besar seperti gigitan nyamuk dan membengkak. Ia tidak berasa sakit, cuma kadangkala terasa gatal. Sekarang bintik merah itu semakin banyak. Adakah ini satu tanda saya mendapat penyakit kelamin?

BASRI
Butterworth, Pulau Pinang

PENGHUJUNG zakar atau 'kepala zakar' biasa terselindung oleh kulup zakar atau kulit penutup. Untuk lelaki yang berkhatan, kulit penutup tiada kerana dipotong, menyebabkan penghujung zakat terdedah. Akibat terdedah menjadikan lapisan pelembap kulit tiada atau kurang dan mengakibatkan kulit kepala zakar kering seterusnya berlaku radang.

Kadangkala lapisan kulit penghujung zakar menjadi kering dan menggerutu dan ada gelembung atau bintik merah dikenali sebagai 'papilla' yang kelihatan banyak jika keradangan ketara dan kurang apabila keradangan berkurangan.

Papilla ialah penghujung urat saraf terdedah yang timbul apabila tertekan seperti dalam keadaan radang. Jika keradangan reda, papilla akan kurang kelihatan. Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap saperti krim 'aqueous'.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

FIBROID SEMASA HAMIL (SAKIT PUAN)

FIBROID sejenis penyakit yang menyerang wanita tanpa menunjukkan sebarang tanda seseorang itu menghidapnya.

Kebiasaannya mereka hanya mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit tersebut pada peringkat fibroid tersebut telah membesar.

'Menyerang' kaum Hawa yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun (usia reproduktif), fibroid adalah satu ketumbuhan yang jinak atau benign tumor yang biasa pada rahim wanita.

Didapati lebih 20 hingga 25 peratus wanita mempunyai fibroid, wanita hamil juga tidak terkecuali daripada penyakit ini.

Menurut Pakar Perunding Sakit Puan dan Perbidanan, Mahkota Medical Centre, Dr. Ahmad Saifuddin Ahmad Yahaya, fibroid yang ada pada wanita hamil bukanlah satu perkara luar biasa kerana ibu-ibu hamil akan menghasilkan lebih estrogen di mana ia akan menyebabkan fibroid tersebut menjadi aktif.

Katanya lagi, majoriti wanita yang menghidap penyakit ini tidak akan mengalami simptom-simptom bagaimanapun ia bergantung di mana fibroid itu berada serta saiznya.

Tambah beliau lagi, individu yang mempunyai fibroid hanya akan berasa sakit sekiranya fibroid mengalami pendarahan dan jangkitan kuman yang kebiasaannya pada fibroid yang bersaiz besar.

Fibroid yang bersaiz besar kadangkala menekan pundi kencing menyebabkan individu mempunyai simptom sering kencing manakala fibroid di dalam ruang endometrium atau submukosa iaitu pada dinding rahim yang akan menyebabkan individu tersebut sukar untuk hamil kerana penyempitan pada salur fallopio boleh berlaku.

"Dalam kalangan wanita hari ini, 20 hingga 25 peratus daripada mereka mempunyai fibroid. Bagaimanapun daripada jumlah ini 10 hingga 12 peratus sahaja yang menghidapinya ketika hamil.

"Bagi wanita sedang hamil tidak semua fibroid akan membesar atau aktif.

"Fibroid membesar ketika hamil adalah disebabkan hormon estrogen yang meningkat ketika hamil, begitupun tidak semua fibroid akan membesar atau aktif ketika hamil.

"Kebiasaannya fibroid yang berukuran lebih daripada enam sentimeter berkemungkinan untuk lebih membesar ketika hamil dan pemantauan perlu dilakukan secara pemeriksaan klinikal atau imbasan ultrasound untuk melihat sama ada fibroid membesar serta melihat perkembangan fibroid ketika hamil," ujarnya.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme