Label

ALAT KELAMIN TIDAK BERFUNGSI

Soalan

SAYA mengalami penyakit kencing manis sejak 13 tahun lalu. Baru-baru ini, saya diarahkan doktor menggunakan insulin dua kali sehari. Masalahnya, sejak dua tahun lalu, saya mengalami mati pucuk dan ia menjadi lebih serius sehingga alat kelamin saya terus tidak berfungsi.

MAT K
Seremban

Jawapan

MASALAH lemah tenaga batin, lemah syahwat atau dikenali 'Disfungsi Erektil' (DE), menjadi agenda utama jika masalah seksual lelaki dipertikaikan.

Dalam kajian dijalankan, kini dianggarkan 2.3 juta lelaki Malaysia mengalami masalah berkenaan dan sebilangan kecil yang tampil mendapatkan rawatan.

Kajian juga menunjukkan ramai lelaki yang menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit koronari dan sakit mental mengalami masalah itu.

Paling ketara di kalangan mereka menghidap penyakit kencing manis ialah perjalanan darah dan urat saraf tergendala untuk memantapkan fungsi ereksi zakar.

Rawatannya termasuk terapi suntikan ubat pengembang salur darah zakar, pam vakum dan terapi oral dengan ubat 'PDE5 Inhibitor Viagra'.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KETULAN PADA PUTING BUAH DADA

Soalan

SAYA berusia 21 tahun dan amat runsing dengan ketulan pada puting buah dada saya sejak berusia 12 tahun.

Sebagai lelaki, saya amat malu kerana bahagian berkenaan akan menonjol seolah-olah saya memiliki buah dada seperti wanita. Bagaimanapun, ketulan itu akan mengecut apabila terdedah kepada suhu sejuk dan ia juga tidak mendatangkan kesakitan. Apa sebenarnya masalah saya?

RAZAK
Taiping, Perak

Jawapan

LELAKI juga memiliki buah dada sebagaimana wanita. Cuma pundi atau salur susunya tidak sempurna dan tidak membesar pada peringkat awal baligh seperti wanita.

Bagaimanapun, ada sedikit proses tumbesaran pada pundi atau salur susu berkenaan yang dikenali sebagai keradangan buah dada akibat baligh atau 'pubertal mastitis'. Keradangan yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah tumbesaran atau rangsangan yang berlaku akibat penghasilan hormon estrogen (hormon wanita) dari pundi adrenal.

Jika tumbesaran itu kelihatan, lelaki itu akan mendapati ada ketulan kekal dan jika dipicit akan terasa sakit. Bagaimanapun, bengkak dan keradangan buah dada lelaki boleh berlaku serta memberi kesan sakit apabila ketulan buah dada itu dipicit.

Jarang sekali ia berubah menjadi kanser buah dada lelaki. Jika berlaku, ia terjadi pada peringkat umur yang tinggi. Jika ada ketulan pada peringkat akhir baligh atau beberapa tahun kemudian, ia mungkin petanda lelaki itu terdedah kepada hormon kewanitaan. Kanser buah zakar kadangkala mengakibatkan penghasilan hormon estrogen, tetapi amat jarang berlaku.

Jika ketulan buah dada itu suatu perkara yang mengaibkan, ia boleh dibedah untuk membuang tisu ketulan terbabit. Jika dibiarkan pun ia tidak akan mendatangkan apa-apa masalah.

Seperti wanita, puting buah dada lelaki juga sensitif kepada sentuhan dan akan menegang jika lelaki itu mengalami rangsangan syahwat.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

EJAKULASI AWAL

Soalan

SAYA sudah berumah tangga dan mengalami masalah ejakulasi awal. Apabila bersama isteri, ejakulasi berlaku dalam masa tidak sampai seminit.

Benarkah penggunaan gambir Sarawak dapat membantu masalah ini? Jika boleh digunakan, adakah ia memberi kesan sampingan?

BIE
Subang Jaya

Jawapan

SEBAHAGIAN besar lelaki yang cepat tewas ketika bersetubuh dapat menanganinya dengan menumpukan tahap ereksi di samping dapat meningkatkan daya kawalan ejakulasi.

Teknik mengemut (seperti menahan membuang air besar atau kecil) juga dapat membantu melambatkan ejakulasi. Jika mahir dalam teknik ini, anda masih dapat mengekalkan ereksi walaupun sudah berlaku ejakulasi.

Ada di kalangan mereka yang masih gagal menggunakan gel anaesthetic (hanya boleh dibeli dengan kebenaran doktor) untuk disapu pada penghujung zakar untuk mengebaskannya. Bagaimanapun, ia tidak begitu sesuai kerana sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj, ubat berkenaan perlu dibersihkan dulu. Jika tidak, faraj pula menjadi kebas!

Gambir Sarawak ialah jenis ramuan yang mengandungi bahan herba dan kimia yang disapu pada penghujung zakar selepas mencampurkannya dengan air sejuk. Selepas beberapa minit, hujung zakar terasa pijar, panas dan tidak selesa.

Rasa tidak selesa itu kononnya dapat memberi ereksi yang padat dan tidak selesa. Jadi apabila dimasukkan ke dalam faraj, sudah tentu dapat bertahan lama.

Bagaimanapun, sebelum itu gambir Sarawak perlu dibersihkan dulu. Jika tidak, isteri terasa panas pada farajnya (seperti terkena cili api kerana gambir Sarawak mengandungi bahan itu).

Kesan sampingannya ialah kulit penghujung zakar akan menggelupas dan mungkin boleh melecet. Jika terkena faraj wanita, mungkin selepas bersetubuh dia mengipasnya pula!

Saya nasihatkan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar. Mungkin ada cara lebih mujarab dan tidak memerlukan penggunaan krim atau bahan pengebas.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RANGSANG ISTERI GUNA TANGAN

Soalan

SAYA sudah mendirikan rumah tangga dan inginkan pandangan tuan berhubung merangsang isteri menggunakan tangan. Adakah ia boleh memberi kesan negatif kepadanya?

KASIM
Putrajaya

Jawapan

HUBUNGAN seksual mengeratkan silaturahim antara lelaki dan pasangan isterinya. Pendekatan hubungan kelamin mengikut citarasa kedua-dua pasangan dan ini bermaksud melakukan aktiviti yang mereka dapat nikmat dan keseronokan.

Jadi terpulanglah kepada kehendak pasangan, sama ada dia ingin sentuhan intim kepada keseluruhan tubuh badannya atau tempat yang merangsangkan nafsunya. Antaranya, menyentuh anggota kemaluan dengan tangan dan jari asalkan perkara ini tidak menyakitkan dirinya.

Hubungan seksual membabitkan sentuhan kulit dan ia termasuk sentuhan kulit anggota kelamin lelaki dan perempuan. Memandangkan kulit anggota yang luas ada pada tubuh manusia maka mudah untuk pasangan kelamin menikmati sentuhan kulit serta menikmati pelbagai perasaan dan keseronokan.

Sentuhan intim kepada badan menyegarkan serta menggelorakan nafsu pasangan kelamin dan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Selain itu dalam melakukan hubungan seksual, pasangan kelamin bertanggungjawab memastikan anggota kelamin mereka sihat, bersih dan tanpa apa-apa gejala penyakit seperti penyakit kulit.

Jika ada sesuatu yang luar biasa kepada anggota kemaluan elok bertemu doktor untuk kepastian. Sehubungan itu, mustahak lelaki dan perempuan yang berkahwin melakukan pemeriksaan kendiri anggota kelamin secara kerap dan berkala.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TAK PERLU BERKHATAN

Soalan

SEJAK berusia 11 tahun dan kini sudah menjangkau 27 tahun, saya tidak pernah berkhatan. Zakar saya agak pelik kerana ia kelihatan seperti sudah berkhatan kerana tidak mempunyai lebihan kulit pada bahagian hujungnya.

Dengan keadaan ini, adakah saya perlu berkhatan?

DEE
Kelantan

Jawapan

PROSES berkhatan bagi lelaki ialah memotong kulit penghujung zakar yang menutupi kepala zakar. Jika kepala zakar sudah terdedah, tidak perlu lagi berkhatan kerana jika kulit yang ada itu dipotong ia akan menjadi pendek dan jika ereksi berlaku, kulit menjadi tegang dan boleh terkoyak.

Memang ada sebahagian lelaki mempunyai masalah seperti anda dan ia perkara semula jadi. Kadang-kadang kulit penghujung zakar melekat kepada kepala zakar dan kelihatan seolah-olah penghujung zakar tiada lekuk dan pembukaan lubang kencing kelihatan tertutup (tetapi masih boleh membuang air kecil). Keadaan itu dikenali sebagai 'phimosis'.

Jika begitu setiap kali lelaki itu mengadakan hubungan seks, dia akan berasa tidak selesa kerana kulit menegang dan menarik penghujung zakar. Cara untuk merawat masalah ini ialah menerusi rawatan di mana doktor akan memisahkan kulit penghujung zakar daripada kulit kepala zakar dan memotong kulit penghujung zakar yang berlebihan itu.

Bagi lelaki yang mempunyai masalah seperti kulit hujung zakar melekat pada zakar atau parut akibat berkhatan secara kampung dan mengalami masalah ketika bersama isteri, jangan biarkan perkara itu berterusan. Jumpa doktor supaya masalah itu dapat diselesaikan demi kebahagiaan rumah tangga.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ALAT SULIT GATAL

Soalan

ADA ketulan kecil pada buah zakar saya yang menyebabkan kegatalan pada bahagian itu dan kawasan sekitarnya. Ia semakin ketara terutama pada waktu malam serta keadaan lembap dan panas.

Kekerapan menggaru membuatkan ia luka sehingga terasa pedih. Apakah punca masalah ini dan apa rawatan atau ubat yang sesuai?

LAMIN
Serdang, Selangor

Jawapan

KULIT anggota sulit lelaki dan perempuan adalah jenis halus dan lembut serta tidak mudah kering kerana dilapisi pelembap kulit semula jadi. Selain faktor itu, kehadiran bulu roma juga membuatkan kulit bahagian itu sentiasa lembap dan selesa.

Apabila bahan pelembap kurang atau lapisan pelembap hilang akibat mencuci dengan sabun kosmetik, maka kulit bahagian itu akan menjadi kering, licin dan gatal. Kemudian jika kerap digaru kulit akan melecet serta luka dan terdedah kepada jangkitan.

Jika bulu roma dicukur, kulit akan terdedah tanpa pelindung yang mengawal bahan pelembap semula jadi. Jika kering, ia akan terasa gatal dan jika digaru keradangan kulit berlaku dan salur pundi pelembap semula jadi 'sebaceous' akan terkandas. Pundi berkenaan pula akan mengeras dan timbul serta kelihatan seperti jerawat.

Jika ada jangkitan, pundi akan membesar dan boleh pecah serta mengeluarkan cecair yang berbau busuk. Pundi yang pecah itu akan dikenali sebagai 'wen'.

Sila berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan sewajarnya. Mencuba segala ubat tanpa diperiksa doktor bukan cara yang bijak.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KEHIDUPAN SEKSUAL HAMBAR

Soalan

SAYA berusia 41 tahun dan isteri berusia 38 tahun. Kami sudah berkahwin selama 12 tahun. Sejak empat tahun lalu saya mengalami masalah dingin seks. Kami hanya mengadakan hubungan seks sekali sebulan atau tiga bulan sekali. Kadang-kadang berbulan-bulan lamanya kami tidak melakukan hubungan seks!

Kami tidak pernah berbincang mengenai masalah ini, tetapi kehidupan kami tetap bahagia dan boleh dikatakan tidak pernah berlaku sebarang pertelingkahan berkaitan masalah itu.

Apakah masalah yang menyebabkan masalah dingin seks dan bagaimana cara menghangatkan kembali kehidupan seksual kami?

SID
Klang, Selangor

Jawapan

MEMANG biasa terdengar keluhan pasangan suami isteri yang menyatakan suami atau isteri kurang melakukan hubungan seks. Jika ini berlaku atas pilihan sendiri, tiada sebab mengeluh.

Jika terpaksa atau keadaan itu berlaku akibat pasangan tidak minat atau kerap menolak atas berbagai alasan mungkin perkara itu boleh disempurnakan kembali apabila sebab penolakan itu diatasi atau ditangani.

Hubungan seks ialah aktiviti fizikal dan memerlukan tenaga serta tubuh badan sihat. Jika aktiviti harian yang biasa dapat dilakukan ini tidak bermakna hubungan seks juga begitu.

Keperluan tenaga berbeza dan tindak balas rangsangan untuk lelaki dan wanita perlu ada. Jika tidak, sukar menunaikannya walaupun satu kewajipan.

Jadi tidak hairan jika pasangan yang separuh umur mengalami perubahan itu. Hubungan seks kebiasaannya menggambarkan kedua-dua pasangan dalam keadaan terangsang dan melakukan persetubuhan dengan aktif.

Mungkin ini satu adegan yang berlaku kepada pasangan intim ketika muda. Malahan pasangan sama apabila sampai ke umur lebih tinggi masih boleh melakukan perkara sama.

Cuma, mungkin caranya tidak seperti dulu dan lebih kepada belaian, sentuhan, kucupan dan urutan. Jika kedua-dua berkemampuan dan berhajat, hubungan penetratif boleh dilakukan.

Bagi pasangan yang mendapati kehidupan seksual mereka hambar, mereka perlu berterus-terang dan membuat sesuatu secara bersama untuk meningkatkan lagi hubungan keintiman jika itu yang mereka mahu.

Keluar dari keadaan rutin mungkin perkara utama perlu dilakukan.

Lakukan aktiviti rutin bersama dengan cara berbeza. Tetapkan waktu dan masa untuk berintim dan pastikan persiapan dibuat terlebih dulu. Jika khuatir terganggu, tempahlah bilik hotel atau pergi bercuti tanpa membawa anak.

Bagi pasangan mengalami masalah syahwat, dapatkan bantuan profesional. Kini masalah seksual lelaki dan wanita dapat diatasi dengan rawatan moden. Jangan menderita dalam diam. Dapatkan bimbingan dan rawatan jika itu diperlukan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme