BUAH ZAKAR kiri saya mempunyai benjolan. Ia terasa berat dan panas.
Untuk pengetahuan doktor, saya berumur 25 tahun. Saya risau jika ia petanda kanser. Harap doktor dapat memberi pencerahan.
Nizam
Hulu Langat, Selangor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
BERDASARKAN pengalaman, saya dapati wanita lebih peka pada isu kesihatan mereka dan tidak teragak-agak untuk berjumpa doktor.
Lelaki pula, sebaliknya. Mereka lebih suka bertanya kawan atau sesiapa yang bukan doktor selain merujuk di Internet.
Apabila mereka terbaca perkara yang menakutkan, barulah mereka terbuka hati untuk berjumpa doktor.
Anda menyatakan terdapat benjolan pada buah zakar kiri dan tahu ia berbeza seperti sebelumnya, tetapi anda masih tidak berbuat apa-apa.
Sepatutnya, anda berjumpa doktor bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan. Doktor berkenaan akan merujuk masalah anda kepada pakar atau ke hospital bagi menjalani ujian imbasan dan ujian makmal.
Anda pula merujuk kepada saya melalui e-mel dalam ruangan ini yang tentunya sukar bagi saya memberi ulasan kerana tidak memeriksanya.
Ini perkara serius kerana benjolan buah zakar yang menggambarkan simpton kanser buah zakar perlu diberi perhatian serius.
Saya tidak dapat menentukan sama ada ia kanser atau sebaliknya tanpa pemeriksaan. Jangan sia-siakan diri anda.
Ini saranan saya kepada semua pembaca ruangan Sakit Tuan. Jika ada masalah kesihatan lelaki, cepat berjumpa doktor.
Jika doktor tidak dapat menyelesaikan, barulah berjumpa pakar.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Blog yang membincang segala masalah tentang sakit tuan dan puan. Segala masalah lelaki dan masalah perempuan (masalah wanita) boleh didapati di sini.
FAHAMI WANITA PCOS (SAKIT PUAN)
![]() |
| PCOS boleh menyebabkan kemandulan, obesiti, gangguan metabolisme gula dan kolesterol |
"BIASALAH. Awal-awal datang haid memang ada yang tidak dapat kitaran yang tepat kerana kitaran masih belum teratur," kata-kata yang sering didengari oleh remaja yang baru kedatangan haid.
Dua hingga tiga bulan sekali kitaran haid tiba dianggap perkara biasa membuatkan seseorang itu tidak merujuk dengan doktor untuk melakukan ujian.
Kerana tanggapan sebegitu, ramai yang membiarkan sahaja masalah kitaran haid tidak teratur sehingga dewasa kerana merasakan ia perkara biasa dan akan normal sendiri satu hari nanti.
Hakikatnya, ia merupakan antara tanda klasik seseorang wanita itu mengalami gangguan hormon yang serius pada seseorang wanita iaitu Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome - PCOS) disertai dengan beberapa simptom lain.
Juga dikenali sebagai sindrom Stein-Levanthal, penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, yang mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam badan pesakit.
Ujar Pakar Kesuburan, Pusat Kesuburan Kuala Lumpur, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor, PCOS tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan saja akan mengganggu kesuburan kerana jarang berlakunya ovulasi akibat ketiadaan haid, malah ia akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain yang serius.
PCOS boleh menyebabkan kemandulan, obesiti, gangguan metabolisme gula dan kolesterol. Kira-kira 10 hingga 20 peratus pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.
"Dalam keadaan yang lebih teruk, PCOS boleh menyebabkan seseorang pesakit berisiko mengalami masalah kolesterol tinggi, darah tinggi, sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi malah kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid," tegas Dr. Natasha.
Dianggarkan lima hingga 10 peratus wanita yang berada dalam umur reproduktif mengalami masalah ini.
Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini ada kaitan dengan genetik.
Terangnya, PCOS tidak boleh disembuhkan, hanya rawatan bagi mengawal simptom-simptomnya daripada menjadi semakin parah serta rawatan untuk mereka yang mahu hamil.
Diagnosis di peringkat awal adalah digalakkan supaya dapat mengawal masalah-masalah lain yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon ini.
(Sumber Utusan Malaysia)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
GEMUK BUKAN PENGHALANG (SAKIT TUAN)
![]() |
| Hakikatnya saiz tidak ada kaitan dengan ‘pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks. |
GEMUK memang sinonim dengan masalah tubuh. Malah, ada beranggapan kononnya hubungan seks antara pasangan gemuk adalah mustahil.
Pendapat ini mungkin datangnya dari individu yang bertubuh kecil. Namun, hakikatnya saiz tidak ada kaitan dengan ‘pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks.
Malah, dalam tamadun purba yang menganggap kegemukan suatu ketrampilan yang sinonim dengan kejelitaan dan keindahan. Melakukan hubungan seksual dengan pasangan gemuk pada waktu itu dikatakan amat menyeronokkan.
Ini kerana, perkara penting dalam hubungan kelamin adalah kerjasama antara pasangan untuk menjaya dan menikmati hubungan seksual penetratif.
Memang ada yang membayangkan jika lelaki gemuk melakukan persetubuhan dengan wanita kurus mungkin wanita itu akan pengsan kerana ditindih jika pasangan lelaki mengambil posisi di atas. Tetapi, perkara ini tidak pernah berlaku.
Pasangan akan tahu posisi sesuai apabila melakukan hubungan seks sama ada salah seorang iaitu wanita atau lelaki itu yang gemuk.
Malah, jika kedua-dua adalah gemuk, melakukan hubungan kelamin juga bukan suatu yang mustahil.
Mungkin ada yang berpendapat sukar bagi pasangan gemuk untuk melakukan hubungan kelamin kerana perut mereka saja yang dapat rapat dan yang lain tidak.
Sebenarnya, posisi yang betul dapat menentukan kejayaan hubungan kelamin hingga berlakunya ereksi dan penetrasi.
Tidak ada sebab individu gemuk tidak dapat melakukan hubungan seksual penetratif kerana keadaan fizikalnya kecuali dia atau pasangannya yang memutuskan perkara itu.
Sentuhan, pelukan, geselan dan urutan sebahagian daripada hubungan seksual intimasi yang boleh dilakukan sebagai pendekatan alternatif atau suatu pilihan jika gagal untuk melakukan hubungan seksual penetratif.
Untuk mendapat cahaya mata, kedua-dua pasangan perlu berusaha supaya ada hubungan penetrasi faraj dan jika tidak, pasangan itu boleh berjumpa pakar untuk bimbingan dan tunjuk ajar.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
DIET TIDAK SIHAT PUNCA SENGGUGUT (SAKIT PUAN)
![]() |
| Senggugut atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid |
Soalan
SETIAP KALI kedatangan haid, saya mengalami sakit perut yang teruk. Adakah sakit tersebut senggugut? Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kesakitan tersebut?
Amy
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
Jawapan
SENGGUGUT atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ini mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kedatangan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.
Proses ini bertujuan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. Kebiasaannya, saluran pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Oleh sebab itu ketulan darah tersebut agak susah untuk dikeluarkan.
Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.
Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ini menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Oleh sebab itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Lazimnya, kesakitan akan reda dua atau tiga hari kemudian.
Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran turut memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk anda mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan dismenorea.
Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan tinggi di tempat kerja serta sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan anda dan seterusnya mengakibatkan dismenorea.
Dismenorea primer boleh dirawat dengan ubat tahan sakit seperti 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam kes tertentu, ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan.
(Sumber Utusan Malaysia)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
MASALAH LELAKI HIDAP DIABETES (SAKIT TUAN)
![]() |
| Terdapat sebilangan daripada pesakit kencing manis yang mengalami masalah tahap glukosa masih tinggi walaupun sedang mendapat rawatan, mengalami keradangan urat saraf |
SAYA mengalami masalah tiada air mani atau sebarang cecair keluar apabila ejakulasi. Untuk pengetahuan doktor, saya penghidap diabetis dan berumur 33 tahun. Harap doktor dapat membantu masalah ini.
FIQ
Manjoi, Perak
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
ANDA menghidap penyakit kencing manis, boleh mencapai klimaks tapi tiada ejakulasi air mani di depan.
Terdapat sebilangan daripada pesakit kencing manis yang mengalami masalah tahap glukosa masih tinggi walaupun sedang mendapat rawatan, mengalami keradangan urat saraf. Ini mengganggu perjalanan air mani ketika mencapai klimaks.
Kebiasaan, air mani berkumpul di dalam salur uretera kawasan pundi prostat ketika lelaki itu sedang beraksi seksual dengan pasangan. Ketika klimaks berlaku, air mani itu tidak terpancut ke depan untuk keluar sebagai ejakulasi.
Ia bergerak ke belakang, ke dalam kawasan pundi kencing. Fenomena ini dikenali sebagai ejakulasi retro atau ‘retrograde ejaculation’.
Lelaki itu akan rasa macam pundi kencingnya penuh dan jika dia membuang air kecil, ia akan kelihatan sedikit keruh.
Jika nak tahu sama ada anda mengalami fenomena ‘retrograde ejaculation’, tadah air kencing selepas melakukan seks atau selepas onani dan hantar ke makmal untuk kajian bagi melihat kewujudan sperma dalam air kencing itu.
Jika ada, itu bermakna anda menghidap atau mengalami ejakulasi retro. Ini perlu pemeriksaan dan rawatan khusus.
Sperma dalam air mani akan mudah mati jika terdedah kepada suasana asid. Jika air kencing itu kurang berasid, maka sperma kekal hidup dan boleh ditapis dari air kencing, ‘dibasuh’ dan disalurkan ke dalam rahim pasangan pada waktu pasangan subur.
Ini juga perlu rawatan khusus di klinik atau hospital yang ada menyediakan perkhidmatan ini. Jika anda bercadang untuk berjumpa saya, e-mel kepada dr_tambi@yahoo.com.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Langgan:
Catatan (Atom)



