Label

Memaparkan catatan dengan label SAKIT TUAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAKIT TUAN. Papar semua catatan

BAHAYA JIKA TAHAN KENCING (SAKIT TUAN)

SEJAK kebelakangan saya kerap kencing tak lawas. Untuk pengetahuan, umur saya baru 20 tahun.

Saya buntu kerana hampir setiap malam terpaksa menghabiskan masa untuk kencing berulang kali. Ia membuatkan saya rasa sangat tertekan. Malah, saya dapati kini saiz alat kelamin makin kecil. Apa patut saya buat?

HAFIZ
Alor Gajah, Melaka

PUNDI KENCING mampu mengisi seliter air kencing. Namun, ini jarang berlaku kerana kita akan membuang air kecil apabila terasa mahu kencing dan jarang menahannya.

Individu yang suka menahan kencing akan mendapati ada kalanya pundi kencing meragam dan perlu kencing dengan kerap biarpun air kencing yang keluar sedikit.

Ini berlaku kerana kesan menahan kencing menjadikan pundi radang serta perasaan mahu kencing lebih terasa. Ia akan menyakitkan jika tidak kencing.

Mengenai kencing malam, sesiapa pun akan kencing malam apabila minum banyak pada waktu malam. Malah, kesan makan buah serta minum air sederhana akan menyebabkan seseorang itu mahu kencing dengan kerap pada waktu malam jika lewat tidur.

Jika mahu elak kencing malam terlalu kerap, pastikan anda kurang minum air pada waktu malam dan kencing sebelum tidur biarpun tidak terasa mahu kencing. Cara ini akan meredakan tekanan otot pundi kencing dan dapat bertahan sehingga pagi.

Onani juga boleh menyebabkan salur kencing radang dan pundi prostat tertekan serta mempengaruhi perasaan mahu kencing pada waktu malam. Keradangan salur kencing boleh menular ke pundi kencing dan mengakibatkan infeksi pundi kencing.

Kesudahannya, akan menyebabkan kekerapan kencing malam. Jika ini berlaku dan anda terasa sakit ketika air kencing keluar, itu mungkin petanda infeksi pundi kencing. Anda boleh rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Sudah tentu jika anda kerap kencing malam, ereksi akan jarang berlaku dan zakar akan kelihatan mengecut.

Apabila masalah ini pulih, keadaan kesihatan zakar anda akan kembali seperti sedia kala.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

NIKMAT BERBEZA (SAKIT TUAN)

ONANI dan seks bersama pasangan adalah dua perkara berbeza apabila merujuk soal nikmat. Kepada yang biasa dengan amalan onani dan selesa dengan teknik sendiri merangsangkan syahwat, mereka lebih seronok dengan perbuatan itu.

Ada juga pengamal onani yang lebih selesa dan ghairah ketika persetubuhan dengan pasangan berikutan mereka hanya melakukan onani apabila mengalami tekanan syahwat dan melakukannya untuk melepaskan nafsu bersetubuh.

Kepada lelaki yang cepat klimaks ketika beronani, dia yang mengawal pergerakan dan sentalan kepada zakar. Tentu dia tahu bahagian yang sensitif dan menumpukan geselan di situ.

Perkara sebaliknya berlaku apabila dia melakukan hubungan seksual dengan pasangan kerana rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh.

Justeru, seseorang yang kerap onani perlu menumpukan sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan.

Ini memakan masa dan kadangkala membosankan pasangan jika terlalu lama selain meletihkan.

Ini bukan masalah kesuburan atau masalah kurang rangsang dengan pasangan. Ini berlaku kerana, walaupun seronok dan terangsang dengan isteri, individu itu tidak dapat rangsangan yang mampu mencetuskan klimaks yang dia biasa dengan cara amalan onani.

Mungkin jika dia mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, perkara kurang terangsang itu dapat diatasi.

Memang mustahak untuk pasangan kelamin bekerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim yang lebih mengghairahkan dan bukan hanya sekadar melakukannya tanpa perasaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BINTIK MERAH PADA KEMALUAN (SAKIT TUAN)

Oleh Dr Ismail Thamby

SAYA lelaki berusia pertengahan 20-an dan belum pernah melakukan hubungan seks, tetapi kerap melakukan onani. Dalam dua atau tiga minggu lalu, kepala zakar ditumbuhi bintik kecil berwarna merah yang semakin besar seperti gigitan nyamuk dan membengkak. Ia tidak berasa sakit, cuma kadangkala terasa gatal. Sekarang bintik merah itu semakin banyak. Adakah ini satu tanda saya mendapat penyakit kelamin?

BASRI
Butterworth, Pulau Pinang

PENGHUJUNG zakar atau 'kepala zakar' biasa terselindung oleh kulup zakar atau kulit penutup. Untuk lelaki yang berkhatan, kulit penutup tiada kerana dipotong, menyebabkan penghujung zakat terdedah. Akibat terdedah menjadikan lapisan pelembap kulit tiada atau kurang dan mengakibatkan kulit kepala zakar kering seterusnya berlaku radang.

Kadangkala lapisan kulit penghujung zakar menjadi kering dan menggerutu dan ada gelembung atau bintik merah dikenali sebagai 'papilla' yang kelihatan banyak jika keradangan ketara dan kurang apabila keradangan berkurangan.

Papilla ialah penghujung urat saraf terdedah yang timbul apabila tertekan seperti dalam keadaan radang. Jika keradangan reda, papilla akan kurang kelihatan. Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap saperti krim 'aqueous'.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAKIT KEPALA SELEPAS KEMUNCAK (SAKIT TUAN)

MASALAH sakit kepala selepas klimaks atau 'post climax headache' adalah fenomena yang boleh berlaku kepada semua orang. Ia membabitkan sakit kepala teramat sangat selepas klimaks sama ada hasil onani atau hubungan seksual.

Pening kepala ini boleh berpanjangan dan mengganggu kualiti kehidupan. Fenomena ini berlaku mungkin akibat perubahan ketara yang berlaku kepada tubuh individu itu ketika dia klimaks.

Bayangkan ketika dalam tahap rangsangan seksual yang kemuncak, tekanan darah dan tahap pernafasan meningkat manakala otot menegang, termasuk otot tengkuk dan kepala.

Ketika klimaks, pengeluaran kimia dalam badan meningkat dan ini sedikit sebanyak boleh mengakibatkan tindak balas pada otot dan perjalanan darah dalam kepala.

Jika perkara ini kerap berlaku walaupun selepas cuba makan ubat, individu yang mengalaminya dinasihatkan berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan urat saraf atau neurological.

Ini untuk menentukan sama ada wujud sesuatu yang luar biasa dalam otak atau saluran darah dalam otak yang tidak normal seperti Enuerysm atau kelemahan salur darah.

Jika hasil pemeriksaan menunjukkan semuanya normal, individu yang mengalami gejala pening tidak perlu khuatir.

Ini kerana pegawai perubatan yang merawat boleh memberi ubat antiradang. Ubat ini boleh dimakan sebelum bersama atau sebelum anda melakukan onani.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN GAMBIR SARAWAK (SAKIT TUAN)

ADAKAH penggunaan gambir Sarawak akan memberi kesan yang buruk walaupun jarang menggunakannya? Saya masih bujang tetapi rakan ada menceritakan perihal gambir Sarawak.

KHAI
Serdang, Selangor

GAMBIR SARAWAK atau nama saintifiknya Uncaria Gambir adalah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak ditemui di dalam hutan Sarawak.

Untuk makluman anda, gambir Sarawak digunakan untuk sakit gusi. Apabila serbuk gambir disental di gusi, bahagian itu akan rasa pijar dan sakit gusi akan rasa lega.

Jadi, gambir Sarawak sebenarnya memanaskan, memijarkan kulit atau mukosa dan boleh membakar serta meradangkan kulit yang sihat menjadi sakit dan melecur.

Kulit zakar dan kulit anggota kelamin perempuan dari jenis kulit lembut yang mengandungi banyak urat saraf. Apabila gambir Sarawak disapu di bahagian itu dan anggota kelamin perempuan menerima kesan dari zakar yang disapu Gambir Sarawak, kulit anggota itu akan radang.

Jika kebetulan bahan itu mengakibatkan alahan kepada kulit, bahagian itu akan bengkak dan melecur. Kawan anda tidak memberi maklumat ini kerana mereka tidak tahu atau mereka mahu menganiaya anda.

Berwaspada apabila anda diberi gambir Sarawak untuk tujuan melambatkan ejakulasi. Kesan sampingan yang berlaku boleh membantutkan hubungan intim dan mengeruhkan keceriaan. Elak guna gambir Sarawak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KELEBIHAN SENAMAN KEMUT (SAKIT TUAN)

Oleh Dr Ismail Thamby

SENAMAN KEMUT memang kedengaran melucukan namun dalam konteks kesihatan seksual lelaki mahupun wanita, ia mampu memberi kesan positif menakjubkan. Ini kerana senaman ini membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak.

Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku di mana jika membuang air besar akan mengalami sembelit.

Bagi yang ada buasir pula, penyakit itu akan menjadi ketara dan menyakitkan, tetapi sebaliknya pada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan. Namun jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada langsung.

Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki adalah dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis serta lubang kencing pada masa sama dengan padat, menahan nafas antara tiga hingga lima saat sebelum melegakan kemutan. Senaman ini perlu dilakukan berulang sehingga 10 kali. Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali.

Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa, termasuk sudah membuang air besar dan kecil.

Antara khasiat senaman kemut adalah, ia membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan, sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Bagi wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj, sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Namun, perlu diketahui bahawa senaman kemut tidak dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana dipaparkan dalam Internet bahawa kaedah ini adalah amalan orang Arab bagi membesarkan zakar.

Namun yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang ereksi dikemutkan.

Mengemut juga membantu mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi, sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.

Selain itu, jika pergerakan zakar ke dalam faraj dengan keadaan lelaki mengemut, pasangan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.

Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi selagi zakarnya mampu mengeras.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ONANI PUNCA BADAN LEMAH (SAKIT TUAN)

Soalan

SAYA kerap onani dan sangat sukar menghindari tabiat ini kerana terlalu ketagih.

Sebelum ini saya kerap beronani tanpa mengira masa dan tempat, tetapi jauh dalam hati penat melakukannya kerana ia menjejaskan kerja saya yang lain akibat tiada tenaga lagi.

Apabila mencapai tahap nafsu yang tinggi, diri rasa ghairah dan perasaan mahu beronani timbul membuatkan saya tidak dapat mengelak melakukannya.

Untuk pengetahuan doktor, saya mula beronani sejak darjah lima dan kini saya berusia 22 tahun.

Saya risau jika tidak dapat membahagiakan pasangan saya kelak akibat tabiat ini.

AMIR
Paya Rumput, Melaka

Jawapan

ANDA membuka pekung di dada mengenai tabiat songsang yang dilakukan sejak darjah lima lagi.

Kini anda boleh dikatakan 'veteran' dalam hal onani ni dan sedar bahawa anda sangat ketagih dan tidak pasti boleh meninggalkan atau ketepikannya.

Sebenarnya, anda saja yang tahu mengenai diri serta kemampuan anda, oleh itu hanya anda yang dapat menentukan masa depan sendiri.

Jika anda sedar amalan onani ini banyak masalahnya dan mula rasa kesan buruknya seperti mengganggu kerja dan tugasan harian selain membuatkan badan terasa lemah namun masih tidak mahu meninggalkannya, anda tidak perlu fikir mengenai hasrat untuk berumahtangga.

Ini kerana anda sendiri sudah jangka amalan ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan seksual dan akan memporakperandakan rumahtangga.

Jadi, langkah terbaik adalah ketepikan saja hasrat untuk berumahtangga.

Mengenai masalah onani anda, ia bukan penyakit, sebaliknya tabiat yang mengikat diri anda. Jika anda tidak boleh mengawal diri, tiada sesiapa dapat mengawal anda.

Jika ada ubat atau sesuatu rawatan untuk 'mengubat' perilaku onani, ia memang sesuatu yang baik. Malangnya, tidak ada ubat atau rawatan yang sebegitu.

Kesudahannya, anda sendiri yang akan menanggung risiko amalan onani itu. Tiada sesiapa yang dapat membantu anda kecuali diri sendiri.

Jika anda selalu ingatkan Tuhan dan tidak lupa dengan ibadah wajib, pohon iman yang kuat, semangat serta jati diri untuk mengawal hawa nafsu songsang anda dengan penuh kesedaran dan hentikan amalan itu.

Anda perlu semat di sanubari bahawa anda mahukan kehidupan yang sempurna, menjadi lelaki normal dan sihat dalam fungsi seksual dan menjadi suami yang penuh tanggungjawab, seterusnya dapat membahagiakan pasangan anda.

Ini tidak akan berlaku jika anda teruskan amalan onani anda. Sebaliknya yang pasti, anda akan mengalami masalah mati pucuk, masalah cepat klimaks, tidak dapat memuaskan pasangan dan mandul kerana tidak dapat ejakulasi secara normal (hanya ejakulasi dengan cara sendiri dan tidak dalam faraj isteri).

Buatlah perhitungan anda demi untuk kesejahteraan anda. Insya-Allah, anda akan berjaya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

LAYU KERANA STRES (SAKIT TUAN)

Soalan

SAYA berusia 23 tahun. Sejak minggu lalu, saya dapati alat kelamin saya tidak dapat menegang dan ia berterusan sehingga sekarang.

Sebelum ini ia masih menegang bila terangsang melihat wanita seksi dan menonton video lucah. Untuk pengetahuan, saya melakukan onani tetapi hanya satu atau dua kali seminggu.

Saya risau jika mengalami mati pucuk dan sangat tertekan sejak masalah ini berlaku.

FARID
Puchong, Selangor

Jawapan

RAMAI lelaki tidak tahu anggota kelaminnya mempunyai fungsi tersendiri. Ia boleh menegang tanpa rangsangan seksual seperti ketika dalam tidur nyenyak atau tidur REM (Rapid Eye Movement), ketika tidur terasa nak kencing dan menahan kencing, ketika mahu terlelap atau mengantuk.

Dalam situasi itu, kelancaran darah dalam otot zakar berlaku akibat pengeluaran kimia yang digelar oksida nitrik.

Waktu teruja seksual, fenomena ereksi berlaku akibat tindak balas rangsangan seksual yang dikawal oleh minda. Jika minda terganggu akibat keletihan atau keresahan, ereksi tidak akan berlaku atau jika berlaku, ia akan terbantut.

Sebahagian besar masalah disfungsi erektil yang berlaku secara tiba-tiba berpunca daripada tekanan atau stres dikenali sebagai 'performance anxiety' atau keresahan ketika beraksi.

Anda masih muda dan tiada masalah kesihatan yang boleh mengganggu kemampuan ereksi zakar anda. Anda yakin selama ini mampu mencapai ereksi pada bila-bila masa mengikut naluri dan perasaan positif atau mengalakkan.

Apabila perasaan anda terganggu atau tertekan, perkara sebaliknya berlaku. Ketika itu 'alat kelamin' tidak akan ikut kehendak anda. Ia mempunyai 'mindanya' yang tersendiri.

Keadaan yang anda alami dikenali sebagai mati pucuk psikologikal atau mati pucuk akibat keresahan. Ia menjadi lebih ketara apabila anda cuba memaksa diri untuk mencapai ereksi secara paksaan seperti mengurut zakar sambil menonton video lucah.

Ereksi yang terjadi tidak kekal dan anda akan rasa lebih tertekan lagi apabila mendapati ereksi pagi tak sekuat yang biasa anda alami.

Ini kerana ketika anda sedar, perasaan keresahan itu muncul lagi dan membuatkan hormon adrenalin mencurah dalam badan, seterusnya membuatkan darah dalam zakar keluar dari otot zakar, lantas membuatkan ia terus mengendur.

Anda perlu bersabar. Amalkan gaya hidup sihat, elak merokok dan lakukan senaman berkala, termasuk juga senaman Kegel (senaman kemut) serta tenangkan fikiran anda.

Jika anda terus dirundung resah dan gelisah, masalah gangguan ereksi akan terus meruncing. Fungsi zakar anda akan kembali seperti sediakala apabila anda tidak fikir mengenainya. Ingat, zakar juga ada 'minda' tersendiri.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESERONOKAN ONANI TIDAK SEJATI (SAKIT TUAN)

SAYA pernah membuat kajian menerusi Internet selain pengalaman masturbasi di mana zakar saya mengalami dua keadaan berbeza apabila dirangsang.

Keadaan pertama, apabila kepala zakar dan batang zakar digosok seperti masturbasi biasa, ia akan mengeluarkan air mani.

Namun, apabila hanya kepala zakar sahaja digosok tanpa mengosok batang zakar, perasaan orgasmanya berbeza. Ia lebih lama dan hanya mengeluarkan air mazi saja. Cecair yang keluar lebih banyak dan tidak pekat serta tiada lendir air mani.

Dari segi saintifik, kenapa begitu? Adakah batang zakar dan kepala zakar mempunyai saraf berbeza?

ACAP
Pekan, Pahang

NAMPAKNYA anda ‘pengonani’ yang tegar, membabitkan diri dalam mengkaji efek dan kesan beberapa teknik onani yang anda reka.

Anda perlu sedar yang anda tiada kemahiran untuk melakukan kajian itu. Anda jangan fikir dengan membaca dan meneroka beberapa cara onani, akan dapat memberikan pelbagai penemuan baru.

Sebenarnya, anda hanya bermain dengan api dan api itu boleh membakar diri anda sendiri.

Mungkin anda sudah tahu yang penghujung zakar mengandungi banyak penghujung urat saraf yang bertindak balas pada sentuhan lembut, sentuhan kasar, sentuhan tekanan (pressure) dan sentuhan getaran.

Batang zakar juga mengandungi urat saraf yang bertindak balas pada sentuhan kasar dan tekanan. Jika rangsangan yang anda alami itu sampai ke pusat kawalan seks dalam otak dan memberi kesan positif, maka tindak balas yang berlaku adalah klimaks.

Jika rangsangan yang berlaku itu hanya memberi keseronokan saja, anda dapati hanya akan berlaku lelehan air mazi saja kerana tiada percetus klimaks.

Anda perlu tahu yang tangan, cara atau teknik melancap atau melakukan onani itu tidak sama dengan interaksi persetubuhan, iaitu kemasukkan zakar dalam faraj.

Cengkaman faraj tidak sama dengan cengkaman tangan atau apa-apa cara yang anda lakukan.

Jika anda sudah ‘terikat’ pada teknik onani dengan tangan, tiba hari berkahwin anda akan dapati tidak balas yang dialami selama ini tidak dapat dihasilkan ketika melakukan persetubuhan dengan pasangan.

Ketika itu anda akan menyesal kerana dengan onani saja anda dapat mencapai klimaks dan tidak melalui persetubuhan bersama pasangan.

Hentikan perilaku sia-sia anda itu kerana kelak anda akan menyesal tak sudah apabila kehidupan seksual dengan pasangan akan menjadi hambar belaka kerana tidak berupaya klimaks secara normal.

Lebih baik anda gunakan masa ‘berekperimentasi’ itu untuk membina kerjaya anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

AIR MANI KELUAR KETIKA TIDUR (SAKIT TUAN)

SAYA pengamal onani tegar dan boleh dikatakan hampir setiap hari sejak umur 13 tahun hingga kini mencapai usia 21 tahun.

Apabila melakukan onani, zakar cepat terangsang tidak sampai seminit pun dan air mani akan keluar.

Malah, ketika tidur terutama pada waktu malam, air mani keluar dengan sendiri.

Keadaan ini membuatkan saya tertekan. Apa yang patut saya buat?

AHN
Petaling Jaya, Selangor

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

JARANG individu yang mengamalkan perilaku onani yang sangat kerap macam anda, mengalami mimpi basah, kecuali jika sistem kawalan urat saraf syahwat tertekan akibat amalan onani yang terlalu kerap.

Ini petanda awal bahawa sistem kawalan syahwat anda mula meragam. Jika anda teruskan amalan onani, lambat laun tahap ereksi anda akan menurun dan boleh mengalami masalah cepat klimaks.

Kajian yang pernah dilakukan di Korea mengenai amalan onani mendapati lelaki yang kerap melakukan amalan itu sering mengalami mati pucuk serta cepat klimaks.

Kajian terperinci mendapati urat saraf kawalan syahwat lelaki itu tertekan dan tisu lembut zakar tercedera serta hilang daya mengawal darah dalam ruangnya.

Sudah tentu individu yang mengalami simptom macam anda akan rasa tertekan. Jika anda rasa tertekan atas apa yang berlaku kepada anda, ia tidak memberi apa-apa kebaikan, malah tekanan tadi boleh memberatkan lagi sistem kawalan syahwat anda.

Daripada anda stres, lebih baik anda berusaha membetulkan keadaan itu. Daripada anda 'memaksa' zakar mencapai kepuasan melalui onani, kenapa tidak membelai anggota kelamin bagi menyegarkannya.

Anda boleh gunakan krim penyegar zakar bernama 'XGENE' yang dijual di pasaran dan dalam talian (Internet).

Kajian menunjukkan krim penyegar zakar itu mengandungi ekstrak tongkat ali yang dapat menyerap melalui tisu lembut penghujung zakar (belaian krim kepada penghujung zakar), membantu menyegarkan tisu dalaman termasuk urat saraf dan tisu pengembang zakar.

Berhenti melakukan onani dan tukar amalan itu kepada amalan membelai zakar untuk menyegarkannya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

BENJOLAN TERASA BERAT DAN PANAS (SAKIT TUAN)

BUAH ZAKAR kiri saya mempunyai benjolan. Ia terasa berat dan panas.

Untuk pengetahuan doktor, saya berumur 25 tahun. Saya risau jika ia petanda kanser. Harap doktor dapat memberi pencerahan.

Nizam
Hulu Langat, Selangor

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

BERDASARKAN pengalaman, saya dapati wanita lebih peka pada isu kesihatan mereka dan tidak teragak-agak untuk berjumpa doktor.

Lelaki pula, sebaliknya. Mereka lebih suka bertanya kawan atau sesiapa yang bukan doktor selain merujuk di Internet.

Apabila mereka terbaca perkara yang menakutkan, barulah mereka terbuka hati untuk berjumpa doktor.

Anda menyatakan terdapat benjolan pada buah zakar kiri dan tahu ia berbeza seperti sebelumnya, tetapi anda masih tidak berbuat apa-apa.

Sepatutnya, anda berjumpa doktor bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan. Doktor berkenaan akan merujuk masalah anda kepada pakar atau ke hospital bagi menjalani ujian imbasan dan ujian makmal.

Anda pula merujuk kepada saya melalui e-mel dalam ruangan ini yang tentunya sukar bagi saya memberi ulasan kerana tidak memeriksanya.

Ini perkara serius kerana benjolan buah zakar yang menggambarkan simpton kanser buah zakar perlu diberi perhatian serius.

Saya tidak dapat menentukan sama ada ia kanser atau sebaliknya tanpa pemeriksaan. Jangan sia-siakan diri anda.

Ini saranan saya kepada semua pembaca ruangan Sakit Tuan. Jika ada masalah kesihatan lelaki, cepat berjumpa doktor.

Jika doktor tidak dapat menyelesaikan, barulah berjumpa pakar.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

GEMUK BUKAN PENGHALANG (SAKIT TUAN)

Hakikatnya saiz tidak ada kaitan dengan ‘pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks.

GEMUK memang sinonim dengan masalah tubuh. Malah, ada beranggapan kononnya hubungan seks antara pasangan gemuk adalah mustahil.

Pendapat ini mungkin datangnya dari individu yang bertubuh kecil. Namun, hakikatnya saiz tidak ada kaitan dengan ‘pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks.

Malah, dalam tamadun purba yang menganggap kegemukan suatu ketrampilan yang sinonim dengan kejelitaan dan keindahan. Melakukan hubungan seksual dengan pasangan gemuk pada waktu itu dikatakan amat menyeronokkan.

Ini kerana, perkara penting dalam hubungan kelamin adalah kerjasama antara pasangan untuk menjaya dan menikmati hubungan seksual penetratif.

Memang ada yang membayangkan jika lelaki gemuk melakukan persetubuhan dengan wanita kurus mungkin wanita itu akan pengsan kerana ditindih jika pasangan lelaki mengambil posisi di atas. Tetapi, perkara ini tidak pernah berlaku.

Pasangan akan tahu posisi sesuai apabila melakukan hubungan seks sama ada salah seorang iaitu wanita atau lelaki itu yang gemuk.

Malah, jika kedua-dua adalah gemuk, melakukan hubungan kelamin juga bukan suatu yang mustahil.

Mungkin ada yang berpendapat sukar bagi pasangan gemuk untuk melakukan hubungan kelamin kerana perut mereka saja yang dapat rapat dan yang lain tidak.

Sebenarnya, posisi yang betul dapat menentukan kejayaan hubungan kelamin hingga berlakunya ereksi dan penetrasi.

Tidak ada sebab individu gemuk tidak dapat melakukan hubungan seksual penetratif kerana keadaan fizikalnya kecuali dia atau pasangannya yang memutuskan perkara itu.

Sentuhan, pelukan, geselan dan urutan sebahagian daripada hubungan seksual intimasi yang boleh dilakukan sebagai pendekatan alternatif atau suatu pilihan jika gagal untuk melakukan hubungan seksual penetratif.

Untuk mendapat cahaya mata, kedua-dua pasangan perlu berusaha supaya ada hubungan penetrasi faraj dan jika tidak, pasangan itu boleh berjumpa pakar untuk bimbingan dan tunjuk ajar.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

MASALAH LELAKI HIDAP DIABETES (SAKIT TUAN)

Terdapat sebilangan daripada pesakit kencing manis yang mengalami masalah tahap glukosa masih tinggi walaupun sedang mendapat rawatan, mengalami keradangan urat saraf

SAYA mengalami masalah tiada air mani atau sebarang cecair keluar apabila ejakulasi. Untuk pengetahuan doktor, saya penghidap diabetis dan berumur 33 tahun. Harap doktor dapat membantu masalah ini.

FIQ
Manjoi, Perak

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

ANDA menghidap penyakit kencing manis, boleh mencapai klimaks tapi tiada ejakulasi air mani di depan.

Terdapat sebilangan daripada pesakit kencing manis yang mengalami masalah tahap glukosa masih tinggi walaupun sedang mendapat rawatan, mengalami keradangan urat saraf. Ini mengganggu perjalanan air mani ketika mencapai klimaks.

Kebiasaan, air mani berkumpul di dalam salur uretera kawasan pundi prostat ketika lelaki itu sedang beraksi seksual dengan pasangan. Ketika klimaks berlaku, air mani itu tidak terpancut ke depan untuk keluar sebagai ejakulasi.

Ia bergerak ke belakang, ke dalam kawasan pundi kencing. Fenomena ini dikenali sebagai ejakulasi retro atau ‘retrograde ejaculation’.

Lelaki itu akan rasa macam pundi kencingnya penuh dan jika dia membuang air kecil, ia akan kelihatan sedikit keruh.

Jika nak tahu sama ada anda mengalami fenomena ‘retrograde ejaculation’, tadah air kencing selepas melakukan seks atau selepas onani dan hantar ke makmal untuk kajian bagi melihat kewujudan sperma dalam air kencing itu.

Jika ada, itu bermakna anda menghidap atau mengalami ejakulasi retro. Ini perlu pemeriksaan dan rawatan khusus.

Sperma dalam air mani akan mudah mati jika terdedah kepada suasana asid. Jika air kencing itu kurang berasid, maka sperma kekal hidup dan boleh ditapis dari air kencing, ‘dibasuh’ dan disalurkan ke dalam rahim pasangan pada waktu pasangan subur.

Ini juga perlu rawatan khusus di klinik atau hospital yang ada menyediakan perkhidmatan ini. Jika anda bercadang untuk berjumpa saya, e-mel kepada dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

AWAS KENCING TERSEKAT-SEKAT (SAKIT TUAN)

Mereka yang menderita kanser pundi prostat akan menghadapi masalah kencing tidak puas atau tersekat-sekat.

KANSER anggota reproduktif mungkin jarang didengar di dalam masyarakat berbanding kanser lain seperti payudara, tulang dan otak. Namun, ia biasanya berlaku dengan menyerang pundi prostat, buah zakar dan zakar.

Seperti kanser lain, jangka hayat mereka yang menderita penyakit ini dapat dipanjangkan jika dikesan pada peringkat awal.

Kanser pundi prostat biasanya menyerang lelaki berusia 65 tahun ke atas. Ia jarang dikesan pada mereka berusia di bawah 50 tahun.

Tanda awalnya ialah bengkak pundi prostat, sekali gus menyebabkan salur kencing tersekat. Mereka yang menderita kanser ini akan menghadapi masalah kencing tidak puas atau tersekat-sekat.

Cara mengesan kanser pundi prostat:

- Kemunculan simptom kencing tidak lancar atau tersekat-sekat.
- Buat pemeriksaan DRE (Digital Rectal Examination).
- Ujian darah PSA.
- Pemeriksaan kencing untuk kesan darah.

Cara menghindar kanser pundi prostat:

- Kurangkan memakan makanan berlemak.
- Kurangkan memakan daging merah, sebaliknya banyakkan daging putih.
- Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Kawal berat badan.

Sementara itu, kadar kanser buah zakar dan zakar berlaku adalah sebanyak satu peratus daripada kanser yang menyerang lelaki. Ia biasanya dikesan dalam kalangan mereka yang berusia dari 15 hingga 30 tahun dan jarang berlaku kepada mereka yang berusia lebih 40 tahun.

Kemungkinan penyakit ini menyerang buah zakar yang tidak turun ke dalam kerandut adalah empat kali ganda lebih besar. Satu lagi fakta yang perlu diketahui jika ia berlaku kepada sesiapa, maka kemungkinan penyakit itu turut adik atau abang mereka ialah 10 kali ganda.

Cara mengesan kanser buah zakar:

- Kemunculan ketulan atau bengkak kepada buah zakar.
- Menjalani pemeriksaan kendiri buah zakar (testicular self examination) yang patut dilakukan sebulan sekali atau mengikut kesukaan lelaki. Dilakukan ketika mandi, pemeriksaan dilakukan dengan dua tangan dan dilakukan daripada bawah ke atas serta depan ke belakang dengan meneliti bentuk buah zakar secara menyeluruh.
- Perubahan kepada saiz, bentuk dan kemunculan ketulan perlu diselidik dengan berjumpa doktor.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

ZAKAR SEAKAN-AKAN ORANG TUA (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 17 tahun dan gemar melakukan onani.

Keadaan ini berlarutan sejak kanak-kanak hingga sekarang. Adakah itu penyebab zakar saya mengendur bila saya berdiri dan berjalan.

Saya dapati zakar saya kurang tegang berbanding zakar kawan-kawan saya. Apakah yang perlu saya buat pada masa sekarang?

POKJI
Kemaman, Terengganu

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

MENYENTUH tubuh badan untuk menikmati keselesaan dan kesegaran adalah perkara biasa.

Apabila bahagian tubuh badan yang disentuh itu menyeronokkan, maka perkara itu akan diulangi dan menjadi kelaziman, tanpa mengetahui yang amalan itu sebenarnya amalan yang bergelar ‘onani’.

Anda mungkin jenis yang suka menyentuh tubuh badan dan kebetulan seronok pula dengan menyentuh dan membelai anggota kelamin hingga mencapai kepuasan atau klimaks.

Untuk menikmati keseronokan yang lebih, anda akan menarik zakar dan perbuatan yang dilakukan sejak sekian lama membuatkan anggota itu berbentuk luar biasa atau hilang rupa bentuk normalnya.

Kulit zakar jenis yang mudah mengembang, sama juga dengan otot dalaman. Jika struktur elastik sudah hilang dayanya serta kesan ‘wear and tear’ maka anggota itu akan kelihatan mengendur dan terkulai.

Perubahan ini biasa berlaku kepada lelaki berusia. Nampaknya anda kini mempunyai zakar yang seakan lelaki tua. Jika sayangkan anggota mutlak anda itu, memandangkan ia hanya ada satu saja (tidak sepasang), anda perlu kurangkan aktivti onani tu sehingga mampu menghentikannya sama sekali.

Anggota itu untuk tujuan hubungan silaturahin dengan pasangan dan bukan untuk disia-siakan seperti dilakukan itu.

Jangan sampai zakar anda mati pucuk atau tidak berfungsi dengan baik, baru hendak menyesal. Kerana sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

MUDAH CAPAI EREKSI SPONTAN (SAKIT TUAN)

BARU-BARU ini saya terasa seolah-olah ngilu dan sengal-sengal di bahagian zakar, terutamanya di bahagian kepala zakar.

Kadangkala bila dipegang rasa sakit. Seolah-olah sakit di bahagian dalam zakar. Puas saya cari maklumat di Internet mengenai masalah ini tapi sehingga kini belum jumpa sebarang jawapan.

Harapkan penjelasan dan nasihat doktor.

AZIZ
Shah Alam, Selangor

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

PENGHUJUNG
zakar atau kepala zakar mengandungi banyak penghujung urat saraf atau ‘nerve ends’.

Jika kulit penghujung zakar yang daripada jenis kulit lembut atau mukosa itu disentuh, sudah tentu penghujung urat saraf itu akan tertekan dan zakar akan mula mengeras.

Ini berlaku akibat kemasukan darah yang banyak dalam liang otot zakar dan juga bahagian penghujung zakar.

Jika rangsangan itu berlaku secara berterusan, penghujung zakar akan rasa tidak selesa dan jika disentuh akan terasa ngilu. Jadi, bagi lelaki yang mudah mencapai ereksi spontan, memang dia akan mengalami perasaan ngilu yang kronik.

Situasi ini membuatkan keseluruhan zakar tidak selesa. Jika mahu kurangkan perasaan tidak selesa atau sakit itu, zakar perlu dituam dengan ais.

Apabila ‘congestion’ atau takungan darah dalam zakar itu reda, maka perasaan sakit itu turut lega.

Kadangkala, geselan kain kepada penghujung zakar akan membuatkan bahagian itu rasa amat ngilu. Lama-kelamaan perasaan ngilu itu akan terkawal.

Untuk mengurangkan perasaan ngilu itu kekal, boleh pakai seluar dalam yang selesa. Jika perasaan ngilu itu amat menyukarkan, boleh guna gel anestetik untuk seketika sehingga perasaan ngilu itu terkawal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

SYOK SEKEJAP MERANA LAMA (SAKIT TUAN)

Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya.

TIDAK SALAH untuk dua individu yang berbeza jantina menjalin hubungan. Mereka yang akan menentukan ke arah mana hubungan itu, sama ada berakhir dengan perpisahan, kekal sebagai rakan atau ke jenjang pelamin.

Tidak dinafikan, hubungan lelaki dan wanita membabitkan interaksi minda, emosi dan kadangkala membawa ke tahap intim.

Namun, penting untuk mereka fikirkan risiko yang akan berlaku apabila hubungan intim itu menjadi hubungan seksual jika mereka belum bersedia membuat komitmen.

Lelaki bertanggungjawab akan bersedia untuk berkahwin, tetapi yang tidak bersedia akan melarikan diri.

Wanita pula boleh hamil dan kemungkinan dia tidak lagi diterima lelaki lain berikutan mempunyai anak luar nikah.

Perlu diingatkan, lelaki biasanya terlepas daripada segala tekanan sosial. Malah, dia akan berasa dirinya 'hero' dan bermegah kerana dapat meniduri seseorang wanita dengan tidak teragak-agak memberi 'laporan' kepada rakan lain.

Sehubungan itu, yang jelas rugi ialah wanita! Jika wanita pernah melakukan hubungan seksual, dia bukan lagi anak dara. Sebaliknya, tiada apa-apa tanda kepada lelaki yang pernah meniduri wanita.

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jika wanita itu pernah hamil dan menggugurkan kehamilan pula, dia akan mempunyai sistem reproduktif yang tercemar.

Ketika peringkat awal, proses kehamilan akan mengakibatkan payudara membesar dan kembang. Puting juga membesar dan bertukar warna kepada lebih gelap.

Keadaan ini akan kekal dan tidak pulih kepada sedia kala walaupun selepas menggugurkan kandungannya.

Jika dia pernah berseronok dengan lelaki, sentuhan intim yang dilakukan kepada kemaluan dan payudara sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bahagian berkenaan dan perubahan tumbesaran boleh berlaku.

Bagi wanita yang tidak menghargai diri dan tidak berfikir panjang, semua perubahan mungkin tidak membimbangkan sehingga tiba harinya yang mereka berasa kesal tetapi semuanya sudah terlambat.

Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya.

Inilah wanita yang cemerlang, pilihan lelaki yang sejati!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

BAHAGIAN KULIT KERAP KOYAK (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 25 tahun, sudah berkahwin namun belum ada cahaya mata. Selama setahun ini saya tiada masalah ketika ‘bersama’ isteri.

Namun, sejak dua bulan kebelakangan ini, ketika zakar ereksi, kulit bahagian kepala zakar akan terkoyak dan menyebabkan luka kecil.

Luka itu akan sembuh pada keesokan harinya tetapi terjadi semula apabila ia menegang, tidak kira sama ada ketika bersama isteri atau tidak.

Untuk pengetahuan doktor, ketika bersama isteri, saya tiada masalah dengan kelembapan (pelincir) dan saya juga mencuba menggunakan minyak bayi, tetapi tidak berhasil.

Adakah kulit zakar saya menipis dan adakah sebab lain? Bagaimanakah cara merawat masalah saya kerana selepas bersama, saya berasa pedih kerana luka itu.

HADI
Seremban, Negeri Sembilan

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

KULIT zakar jenis kulit yang nipis, licin, tanpa lapisan lemak dan mudah mengembang apabila zakar menjadi tegang. Jika kulit zakar menebal dan kurang licin, ia mudah merekah dan luka.

Ini berlaku apabila keadaan kulit berubah seperti kering dan menggerutu. Kadangkala tisu pengembang kulit zakar berkurangan dan mengambil masa untuk mengembang, tekanan kepada kulit boleh menyebabkan kulit merekah atau koyak.

Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai disapu kepada kulit zakar setiap kali selepas mandi supaya ia tidak merekah apabila anda melakukan persetubuhan.

Jangan guna minyak atau krim pelembap sebarangan. Ketika hubungan seks, guna air liur sebagai pelincir.

Jika kulit zakar bahagian penghujung terlalu ketat, kulit itu perlu dilegakan dengan pembedahan plastik. Anda perlu jalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui masalah itu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

LAMA TUNGGANG MOTOSIKAL JEJAS SPERMA (SAKIT TUAN)

SAYA pernah terbaca laporan lelaki yang terlalu lama menunggang motosikal atau basikal akan mengalami kerosakan sperma, sekali gus menyebabkan kemandulan.

Adakah ia benar? Bagaimanakah cara mengatasinya kerana saya sudah lama menggunakan motosikal dan risau kesannya apabila berkahwin nanti.

ZAHARI
Rompin, Pahang

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

KILANG SPERMA berada dalam buah zakar, manakala buah zakar pula dalam kerandut yang terletak di luar badan.

Pembiakan sperma memerlukan suhu optimum iaitu tiga hingga empat darjah Celsius kurang daripada suhu badan (37 darjah Celsius).

Apabila suhu dalam kerandut meningkat, pemprosesan sperma tergendala seketika dan jika perkara ini berlanjutan, profil sperma menjadi kucar-kacir, iaitu bilangan dan kualiti sperma menjadi tidak normal dan rupa bentuk sperma cacat.

Peningkatan suhu dalam kerandut boleh berlaku apabila lelaki itu memakai pakaian dalam yang ketat atau tebal dan seluar ketat.

Sama juga jika buah zakarnya terdedah kepada bahang ketika bekerja di kawasan panas atau berendam dalam kolam panas atau sauna.

Dengan pakaian ketat dan padat serta duduk dalam kereta juga boleh membuatkan buah zakar tertarik di atas tundun dan terdedah kepada kepanasan badan. Sama juga jika memakai pakaian ketat dan menunggang motosikal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

TIADA NIKMAT KETIKA HUBUNGAN (SAKIT TUAN)

Lelaki yang mempunyai badan sihat, fungsi anggota seksual yang cergas dan kesihatan mental yang mantap mampu menghayati tahap keghairahan syahwat yang menggalakkan.

SAYA menghadapi masalah pancutan air mani. Sama ada ia keluar ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri atau menerusi onani, nikmat pancutan itu tiada. Pada masa sama, ia juga tidak sakit.

Untuk makluman, saya berusia 29 tahun dan baru dua tahun berkahwin serta mempunyai seorang anak. Yang menghairankan, masalah ini berlarutan sejak setahun lalu.

SYAHRIN
Pendang, Kedah

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

EJAKULASI untuk lelaki berlaku hasil daripada kemuncak perasaan syahwat akibat rangsangan anggota seksual secara terus atau anggota tubuh badan lain yang menaikkan rasa berahi.

Bagi lelaki, kemuncak perasaan syahwat boleh berlaku dengan rangsangan mental, seperti melalui khayalan seksual dan boleh berlaku juga jika lelaki itu terangsang dengan apa cara sekali pun, termasuk bauan mengghairahkan.

Lelaki yang mempunyai badan sihat, fungsi anggota seksual yang cergas dan kesihatan mental yang mantap mampu menghayati tahap keghairahan syahwat yang menggalakkan.

Dalam keadaan letih, lesu dan tahap hormon testosterone atau hormon kelelakian menurun serta tanpa tumpuan ketika melakukan hubungan seksual, tentu kualiti kemuncak tidak seperti diinginkan.

Selain itu, tekanan atau stres juga boleh menyebabkan kualiti ejakulasi tercabar.

Saudara perlu amalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman berkala supaya ada stamina untuk bersama pasangan.

Selain itu, ambil makanan seimbang dan elak kenaikan berat badan kerana badan yang ringan mudah bergerak aktif tanpa keletihan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!