Label

STRES DAN AKIBATNYA (KESIHATAN)


KEADAAN atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau petanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah Untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan Yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksanakan tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda anda.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksanakan beberapa siri tugas berat. Mendengar muzik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi Dengan Keluarga Dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat bekerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerunsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

2 JUTA LELAKI MALAYSIA MATI PUCUK (SAKIT TUAN)

KIRA-KIRA 2.4 juta lelaki menghadapi masalah lemah tenaga batin dan mati pucuk. Keadaan lebih ketara apabila mereka gagal memberi kepuasan seks kepada isteri masing-masing menyebabkan ramai hilang fokus terhadap seks.

Malah, ada yang takut tidur bersama isteri kerana tidak dapat melayan karenah isteri menjadikan mereka bertambah fobia. Keadaan semakin buruk apabila ramai di kalangan lelaki malu untuk berterus terang kepada isteri masing-masing.

Kesannya, 60% wanita khususnya para isteri mengadu tidak dapat kepuasan seks yang maksimum. Rata-rata mereka mengeluh kerana pasangan mereka mengelakkan diri dari tidur bersama di ranjang.


Seorang penyelidik, Dr Khairil Azhar Ishak berkata masalah seksual berpunca dari beberapa fenomena yang sering dihadapi oleh kaum lelaki.

Ramai lelaki yang berusia 40 tahun ke atas sering menghadapi masalah penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis tegar menyebabkan keinginan seks mereka terjejas.

"Ramai kaum lelaki mengaku mereka menghadapi masalah seksual yang ketara. Ini ditambah lagi apabila malu untuk mendapatkan rawatan doktor," ujarnya.

Tambahnya, selagi masalah penyakit yang mereka hadapi itu tidak pulih, selagi itu masalah seksual akan menyelubungi hidup mereka. Mereka hilang minat terhadap seks menjadikan mereka gagal memberi kepuasan kepada isteri masing-masing.

Dr Khairil juga tidak menolak kemungkinan ramai kaum lelaki yang berusia di bawah 40 tahun turut sama menghadapi masalah serupa.

Selain masalah penyakit, terdapat beberapa faktor lain yang menjurus kepada masalah lemah tenaga batin dan mati pucuk. Antaranya hubungan seks bebas semasa muda, kerap melakukan onani, tidak menjaga pemakanan yang sempurna dan tidak menjalani senaman.

Malah, ada juga punca menjuruskan kepada pembabitan penagihan dadah yang ketara. Mereka ini menghadapi masalah seksual yang kronik.

Ada juga lelaki yang menghadapi masalah seksual mempunyai keinginan seks yang tinggi. Malangnya, mereka mengalami masalah lemah tenaga batin, lebih teruk lagi mati pucuk.

Dr Khairil merupakan salah seorang pakar Perubatan Teknologi Nano mempunyai pengalaman luas dalam masalah seksual menasihatkan mereka yang menghadapi masalah seksual segera dapatkan rawatan doktor tanpa rasa malu.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MISAI KUCING MERAWAT MASALAH KEBATINAN LELAKI (SAKIT TUAN)

 Pokok Misai Kucing

SESIAPA sahaja memang mengenali pokok Misai Kucing (nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus) kerana bunganya mirip misai seekor kucing. Ianya amat popular dalam perubatan tradisional bagi merawat masalah kencing manis dan batu karang. Akan tetapi tahukah anda Misai Kucing mampu merawat masalah kebatinan lelaki?

Organ buah pinggang adalah penentu kepada kesihatan seksual anda. Perubatan tradisional Cina mengatakan bahawa buah pinggang adalah menjadi asas kepada sumber kehidupan seperti memberi essence atau intipati kepada janin, pembesaran, kematangan dan pembangunan. Ianya juga menjadi asas kepada fungsi seksual manusia seperti penghasilan sperma dan ovum, penentu kadar kekuatan nafsu seks dan kesihatan organ seks. Oleh itu jika buah pinggang bermasalah maka masalah kesihatan seperti masalah kesuburan, masalah tenaga batin dan kanak-kanak lambat membesar akan berlaku.

Antara penyakit-penyakit yang akan dialami akibat masalah buah pinggang adalah kepala pusing, wajah bengkak dan berwarna kehitam-hitaman, pandangan kabur, nafas pendek atau sesak, selalu terasa mengantuk, gelisah, kotoran tidak berbentuk, sukar buang air besar, impotensi/masalah tenaga batin, perut kembung dan muntah-muntah.

Misai Kucing

Misai Kucing yang mempunyai pelbagai khasiat

Misai Kucing amat bagus untuk mencuci buah pinggang kerana sifatnya adalah diuretik atau memperbanyakkan air kencing. Ini sangat bagus bagi kesihatan badan kerana melalui air kencing pelbagai kekotoran dapat dibuang secara semulajadi tanpa memberi kesan buruk pada buah pinggang anda. Khasiat lain Misai Kucing adalah:

- mencuci saluran kencing dan buah pinggang

- mengelakkan dari terjadinya batu karang

- membuang asid urik berlebihan dalam badan

- mengeluarkan bendalir berlebihan dari sendi

- merawat masalah kencing manis dengan menstabilkan kandungan gula dalam darah

- mengurangkan masalah sengal-sengal dan lenguh-lenguh badan akibat masalah asid berlebihan

- menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol berlebihan

- merawat masalah keputihan bagi wanita

- mengatasi masalah sembelit

- mengurangkan risiko penyakit gout

- mengelak dari terjadinya kaki dan otot kejang

- menambahkan tenaga setiap hari

Sistem perkumuhan manusia

Gambar di atas menunjukkan zakar merupakan salah satu komponen terpenting di dalam sistem perkumuhan manusia. Oleh itu saluran kencing dan buah pinggang perlu dicuci bagi memastikan zakar sihat. Selain daripada itu, penghasilan sperma akan bertambah pekat dan kuat sekiranya buah pinggang kita sihat. Zakar juga akan lebih tahan lama apabila bersama dengan isteri anda. Proses pencucian boleh dilakukan dengan mengamalkan Teh Misai Kucing.

Bagi menambahkan pemahaman anda, zakar lelaki perlukan air untuk kembali terus kuat dan tahan lama. Jadi amalan minum Teh Misai Kucing sangat digalakkan kerana ianya mempunyai pelbagai khasiat termasuk mengatasi masalah kebatinan lelaki. Akan tetapi terdapat beberapa pantang yang perlu dipatuhi bagi memastikan zakar kembali kuat dan tahan lama iaitu kurangkan onani dan elakkan minum ais/air sejuk (walau dari peti sejuk). Air kosong/air suam yang cukup perlu diamalkan setiap hari. Insya-Allah berkesan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SUAMI MATI PUCUK JIKA ISTERI BERGAJI LEBIH (SAKIT TUAN)


 SEBANYAK 10 peratus lelaki berpotensi mengambil ubat perangsang seks jika isteri bergaji tinggi - gambar hiasan

LELAKI yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil ubat perangsang seks kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian.

Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji membabitkan data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan, pil dan ubat bagi mengatasi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

Kesannya juga dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami.

Kajian yang dijalankan oleh seorang profesor di Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS), Lamar Pierce mendapati, perbezaan gaji antara suami dan isteri tidaklah terlalu ketara dan dilaporkan lelaki yang mempunyai isteri bergaji tinggi cenderung mengambil ubat perangsang seks sebanyak 10 peratus.

Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki.

Perbezaan gaji sebanyak $10,000 (RM47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan penggunaan ubat seks. Menariknya, fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil alih kedudukan itu daripada suami.

"Ia menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu," lapor Pierce yang diterbitkan dalam Buletin Personality and Social Psychology baru-baru ini.

Wanita Beri Nafkah

Pierce memberitahu, peningkatan wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial. Keadaan itu boleh menyebabkan lelaki sukar terangsang atau (alat kelamin) tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.

"Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk," ujarnya.

Dalam tempoh 20 tahun lalu, peratusan isteri di AS yang bergaji tinggi meningkat daripada empat peratus kepada 22 peratus berdasarkan kajian yang dijalankan.

Kajian terbaharu itu memfokuskan kepada dua kategori data iaitu maklumat demografi dan preskripsi ubatan untuk populasi berkenaan. Berdasarkan data yang diperoleh pada tahun 1997 hingga 2006, sebanyak 569,000 pasangan berumur lingkungan 25 hingga 49 tahun, kedua-duanya bekerja secara sepenuh masa.

Kata Pierce, lelaki yang bergaji rendah menerima kesan psikologi disebabkan perbezaan pendapatan. Sebagai contoh, Pierce mendapati bahawa lelaki yang mempunyai isteri bergaji tinggi lebih cenderung mengambil ubat-ubatan untuk insomnia dan kemurungan berbanding situasi di mana lelaki adalah sebagai pencari nafkah utama.

Kajian turut dijalankan oleh profesor pemasaran di Universiti Minnesota Carlson School of Management, Kathleen Vohs yang mendapati, terdapat dua penjelasan yang mungkin iaitu ia mengancam lelaki untuk menjadi lebih baik daripada isteri mereka dan ancaman yang dibawa sepanjang jalan ke bilik tidur.

"Satu lagi penjelasan ialah suami mungkin menggunakan ubat perangsang seks sebagai satu cara untuk menjamin bahawa dia tidak tertekan ketika di bilik tidur," jelasnya yang menjalankan penyelidikan terhadap kesan pendapatan pada psikologi manusia.

Ujar Pierce, ramai lelaki berbangga mempunyai pasangan yang berpendapatan lebih. Bagaimanapun, ia adalah penting bagi pasangan untuk berfikir tentang perkara itu sebelum mereka berkahwin, dan untuk berkahwin dengan seseorang yang mempunyai potensi pendapatan yang lebih pada masa sekarang dan hadapan.

(Sumber Kosmo)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

IBU MEROYAN BOLEH BUNUH BAYI (KESIHATAN)


FAKTOR genetik oleh menyebabkan berlakunya meroyan - gambar hiasan

BUKAN sahaja bentuk fizikal wanita berubah setelah bersalin malah satu daripada lima wanita yang baru bergelar ibu boleh menghidap postpartum psychosis atau dalam masyarakat Melayu dipanggil gila meroyan.

Pakar Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur, Dr. Norni Abdullah dalam satu temu bual berkata, meroyan tidak boleh dipandang ringan kerana penyakit itu boleh membahayakan ibu, anak dan masyarakat sekeliling sekiranya dibiarkan berterusan.

"Namun, ia tidak semestinya berlaku untuk kelahiran pertama sahaja," katanya.

Tambah Norni, ibu boleh mendapat penyakit meroyan akibat genetik, psikologi dan persekitaran sosial.

"Faktor genetik dan biologi ini banyak mempengaruhi terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah ada penyakit mental," ujarnya.

Norni menambah, ibu yang mengandung perlu membuat rawatan susulan sebagai pencegahan awal.

Tahap psikologi ibu juga banyak memainkan peranan. Wanita yang bersifat pendiam, suka memendam perasaan, sensitif dan mempunyai emosi tidak stabil lebih mudah terdedah kepada gila meroyan.

Banyak perubahan yang berlaku dalam diri setiap wanita terutamanya perubahan fizikal dan komitmen.

"Ada segelintir wanita akan berasa tertekan sekiranya tidak dapat menyesuaikan diri dan menerima perubahan ini," jelasnya.

Tekanan Perasaan


Tambahnya, apabila dilanda tekanan perasaan, seseorang yang tidak suka bercerita dan memendam perasaannya boleh menyebabkan emosi dan fikirannya berserabut.

Gangguan emosi untuk penyakit meroyan ini juga dikenali postpartum depression atau postpartum blues.

Terang Norni, gangguan emosi pada peringkat awal ini perlu dibendung supaya tidak melarat hingga menyebabkan berlakunya kemurungan.

Suami atau ahli keluarga terdekat perlu memainkan peranan dengan menyokong dan memberikan semangat kepada ibu bersalin ini supaya mereka lebih kuat semangat.



IBU meroyan boleh membunuh diri-sendiri sekiranya benar-benar tertekan - gambar hiasan
"Mereka juga perlu prihatin supaya dapat memastikan wujudnya simptom-simptom kemurungan yang boleh mengakibatkan postpartum psychosis boleh dikesan dengan lebih awal," tegasnya.

Jelasnya, beliau tidak menafikan rawatan tradisional malah menghormati adat yang ada dalam masyarakat di negara ini.

"Saya tidak menghalang pesakit mendapatkan rawatan tradisional, tetapi mereka juga perlu datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan," ujarnya.

Norni memberitahu, faktor sosial seperti bebanan tanggungjawab yang berubah termasuk beban kewangan juga boleh menyebabkan ibu tertekan.

Gejala yang boleh dilihat adalah berbeza mengikut tahap keseriusan penyakit ini. Pada peringkat awal, pesakit kurang bercakap, suka termenung dan mudah marah.

Apabila makin teruk, ada ibu akan bercakap seorang diri dan wujud gejala psikosis seperti halusinasi dan delusi.

Gejala psikosis yang wujud ini boleh menimbulkan ancaman kepada ibu itu sendiri, bayi dan orang sekelilingnya kerana ibu boleh bertindak agresif sehingga boleh mencederakan malah membunuh.

"Halusinasi yang dialami membuatkan ibu beranggapan bahawa anaknya merupakan ancaman kepadanya," kata Norni.

Pada tahap ini, ibu perlu dijauhkan daripada anaknya untuk menjamin keselamatan kedua-duanya.

Rawatan


Mengulas tentang rawatan yang disediakan, Norni menjelaskan, pihak hospital akan melakukan rawatan melalui tiga cara iaitu rawatan biologi, psikologi dan sosial.

Dari segi biologi, kita akan memberikan ubat mengikut tahap kemurungan yang ada pada seseorang pesakit manakala dari segi psikologi, kita akan memberikan kaunseling dan psikoterapi kepada mereka.

Pakar perubatan akan cuba membimbing mereka supaya dapat menerima perubahan yang ada dan menyesuaikan diri mereka dengan perubahan tersebut.

"Untuk rawatan sosial, sekiranya ada masalah yang perlu dirujuk kepada pihak lain seperti masalah kewangan, pihak hospital akan merujuk kes-kes ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meringankan bebannya," katanya.

Norni memberitahu, masyarakat perlu membetulkan persepsi bahawa ibu meroyan yang datang mendapatkan rawatan psikiatri bukanlah gila tetapi mereka ialah pesakit yang memerlukan rawatan.

Rawatan awal mampu mengelakkan sesuatu penyakit menjadi lebih teruk. Datanglah berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah khususnya masalah emosi.

"Jika emosi anda tidak stabil dan tidak waras, walau kaya manapun anda, anda tidak akan dihormati," jelas Norni mengakhiri perbualan.

(Sumber Kosmo)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme