Label

KURANG ILMU PUNCA GAGAL DI MALAM PERTAMA (SAKIT TUAN)

Pasangan mempelai yang mahu mendirikan rumah tangga wajib terdedah kepada aspek fizikal hubungan intim suami isteri, cara serta gaya menjayakan seks penetratif.

SAYA mendirikan rumah tangga tujuh bulan lalu. Saya berusia 29 tahun dan suami 32 tahun. Sehingga kini kami tidak pernah melakukan hubungan kelamin.

Pernah beberapa kali kami cuba tetapi alat sulit suami tidak menegang ketika hendak memasuki faraj.

Saya pelik kerana dalam keadaan biasa, alat sulit suami mampu menegang (walaupun tidak tahan lama), tetapi apabila hendak memasukkan ke dalam faraj, ia terus kendur. Saya risau suami mengalami masalah mati pucuk.

LAILA
Shah Alam

KELEMBAPAN DAPAT ELAK KEGATALAN (SAKIT TUAN)

SAYA remaja berumur 20 tahun. Sejak akhir-akhir ini saya menghadapi masalah di sekitar alat sulit. Masalah ini berlanjutan seminggu.

Bahagian sekitar alat sulit saya mengalami gatal-gatal. Apabila diperiksa, tiada bintik mahupun gigitan serangga. Apabila digaru ia bertukar warna putih. Saya menyapu bedak di bahagian itu supaya kering dan tidak gatal.

INSAN RESAH
Alor Gajah

KAWASAN anggota kelamin mempunyai kulit lembut dan penuh dengan bulu roma, pundi pelembap apokrin dan pundi peluh.

Bulu roma berfungsi mengekalkan kelembutan kulit dan peranan sama untuk pundi pelembap serta pundi peluh yang menghasilkan pelembap dan peluh.

Jika bulu roma dicukur di kawasan itu, kekeringan akan berlaku. Jika kulit kering, bahagian itu menjadi gatal dan jika digaru, kulit menjadi kasar.

Akar bulu roma dan salur pelembap pundi apokrin akan radang dan timbul sebagai bintik-bintik putih bergelar ‘folliculitis’ dan ‘adenitis’. Jika keradangan menjadi ketara, kulit bahagian itu akan menebal dan boleh mengalami infeksi.

Ada pelbagai punca lain yang menyebabkan kulit anggota kelamin kering dan gatal seperti alahan kepada sabun, jangkitan kutu atau kudis buta. Anda perlu jumpa doktor keluarga dan jika masalah itu tidak dapat diselesaikan, rujuk pakar kulit.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

5 PRINSIP PINJAMAN (KEWANGAN)

1. Meminjam untuk sesuatu yang anda perlukan - bukan apa yang anda mahukan

2. Meminjam sejumlah wang di dalam kemampuan anda untuk membayar balik

3. Elakkan daripada meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai

4. Elakkan daripada menjadi penjamin

5. Si peminjam mempunyai komitmen moral dan mutlak untuk membayar balik

Perbezaan di antara "Hutang Baik" dan "Hutang Tidak Baik"?

Adakah terdapat hutang jenis "Baik"? Ya, ada. Hutang ini membolehkan beban kewangan dijelaskan sepenuhnya. Meminjam untuk membeli rumah, pendidikan anak-anak, memajukan kemahiran dalam kerjaya, atau memulakan perniagaan sendiri akan membolehkan anda mendapat faedah kewangan jangka panjang.

"Hutang Tidak Baik" adalah apabila anda meminjam untuk sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kewangan atau barangan tersebut mempunyai jangka hayat yang lebih singkat daripada jangka masa pinjaman barang itu sendiri. Ini termasuklah pinjaman untuk bercuti, membeli pakaian, perabot, barangan rumah ataupun makan luar.

Di dalam proses mengasingkan perkara-perkara negatif berkaitan hutang, anda sering kali beranggapan bahawa berhutang adalah suatu perkara yang tidak berfaedah dan tidak produktif. Semestinya ia tidak benar kerana hutang boleh digunakan secara produktif oleh individu, peniaga mahupun badan-badan kebajikan.

Pinjaman boleh menjadi produktif, sebagai aktiviti yang menjana kekayaan, atau ia akan menjadi pengalaman sebagai "hamba kepada peminjam". Bijak pandai menggunakan hutang sebagai alat untuk menjana kekayaan, mendapatkan pengecualian cukai atau membesarkan pengurusan harta benda. Bagi mereka yang kurang arif, kebiasaannya mereka merasakan yang hutang adalah alat untuk mendapatkan sesuatu yang mereka tidak berupaya mendapatkan melalui tabungan atau kesabaran. Tidak semua hutang berbentuk tidak produktif.

Keupayaan menguruskan kewangan secara berhemat membolehkan anda menjelaskan kadar bunga dan juga membayar pokoknya sekali.

Apabila anda menggunakan kaedah yang sama dalam perniagaan, hasilnya juga adalah sama. Aliran tunai yang dijana daripada hasil pinjaman mestilah mampu mengembangkan aliran pendapatan bagi membolehkan pembayaran balik tuntutan kredit dan pinjaman asal.

Hutang Jenis Ketiga


Di sebalik usaha-usaha terbaik yang dilaksanakan, anda masih lagi terjerumus dengan masalah hutang yang serius. Ini bukanlah jenis hutang yang anda ingin dapatkan tetapi keadaan tidak dapat dikawal. Tanda-tanda anda terjebak adalah seperti berikut:

- meminjam lagi untuk membayar pinjaman terdahulu.

- pemiutang sering mengganggu anda untuk mendapatkan bayaran

- membuat bayaran minimum untuk kad kredit

- memaksimumkan penggunaan kad kredit

- meminjam untuk membayar bil-bil biasa

- sukar mendapatkan pinjaman

- kawan-kawan dan saudara mara mula menjauhkan diri

- simbahan cat merah di dinding rumah anda!

Bagaimanapun, anda belum terlambat dan tidak keseorangan. Bantuan anda berhampiran anda! Nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) boleh membantu anda menyediakan pelan penyelesaian di antara anda dan pemiutang anda bagi mengurangkan beban hutang anda. Apa yang perlu adalah kesungguhan dan disiplin diri untuk berubah bagi membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih berhemah.

Pedang Dua Mata

Hutang sememangnya seperti pedang dua mata. Sekiranya menggunakan secara bijak, maka anda dapat meningkatkan kekayaan dan memberikan faedah kewangan jangka panjang. Jika salah penggunaan, anda bukan saja terluka bahkan luka yang membawa maut! Oleh itu, sebelum anda mula "menghayunkan pedang" anda, pastikan anda tahu pergerakan yang sesuai serta mampu memikul tanggungjawab daripada penggunaannya.

Artikel ini adalah sumbangan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Hubungi AKPK melalui 1-8000-88-2575 atau layari laman web www.akpk.org.my

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

3 TABIAT KEWANGAN SIHAT (KEWANGAN)

APA yang membezakan orang kaya dan berjaya dengan mereka yang kurang berjaya dalam kewangan? Bezanya adalah, mereka yang berjaya dalam kewangan mempunyai tabiat kewangan yang sihat. Berikut adalah 3 tabiat kewangan sihat yang anda mesti miliki!

1. Bayar diri sendiri terlebih dahulu

Untuk berjaya dalam kewangan, tabiat kewangan yang sihat diperlukan. Tabiat yang paling utama dan penting adalah untuk membayar diri sendiri terlebih dahulu. Ertinya tidak kira perbelanjaan bulanan kita, sebahagian daripada pendapatan kita perlu diketepikan untuk diri sendiri SEBELUM melakukan bayaran bil, kereta, rumah dan apa sahaja perbelanjaan. Dan pastinya, sebahagian ini bukan juga untuk dibelanjakan!

Buku-buku kewangan menyarankan sekurang-kurangnya, ketepikan 10% daripada pendapatan kita untuk diri sendiri. Namun, angka 10% ini adalah untuk permulaan. Apabila kita berjaya menanam tabiat menyimpan untuk diri sendiri, lama-kelamaan, peratusan ini boleh dinaikkan sehingga 20% dan lebih!

Ada juga yang bertanya, apa perlu kita lakukan sekiranya 10% pun kita tidak dapat menyimpan oleh kerana tanggungan perbelanjaan bulanan adalah tinggi? Jawapannya, mulakan bayaran kepada diri sendiri pada 2% dulu. Dan secara beransur-ansur, naikkan nilai ini sehingga 10%.

Kaedah menyimpan sebegini adalah amat penting supaya hingga satu masa, menyimpan tidak menjadi sukar dan ianya menjadi tabiat.

2. Tabiat menjejak wang masuk dan keluar

Kekayaan bukan sekadar berapa banyak yang kita perolehi, tetapi, ia juga bermaksud, berapa banyak kita belanjakan. Sekiranya kita berpendapatan RM10,000 sebulan, tetapi perbelanjaan RM15,000 sebulan (jangan terkejut, ramai yang sebegini!), maka, kewangan kita gagal!

Setiap hari, amalkan tabiat mencatit segala perbelanjaan kita. Dengan mencatit perbelanjaan, kita tahu secara terperinci di mana kewangan kita pergi. Dulu, mungkin saya menyarankan mencatit dalam buku nota 555 :) Tetapi, hari yang serba canggih di mana ramai antara kita memiliki smart phone, apa kata anda download perisian mengurus wang yang boleh didapati secara percuma. Contohnya, Expense Manager untuk Android.

Tabiat mencatit segala wang keluar setiap hari akan membolehkan kita menjejak wang kita setiap minggu, dan setiap bulan. Dengan mengetahui segala wang keluar, kita boleh melakukan analisa sikap perbelanjaan kita - dan pastinya kita akan tahu di mana perlu kita kurangkan perbelanjaan sekiranya perlu.

3. Tabiat menambahkan aliran pendapatan

Untuk menjadi kaya, hanya dua sahaja perkara yang boleh dilakukan. Iaitu, kurangkan perbelanjaan, dan satu lagi adalah, tambahkan pendapatan.

Melalui ilmu yang dimiliki daripada tabiat membaca dan belajar, fikirkan cara-cara menambahkan pendapatan kita. Dengan memiliki pelbagai aliran pendapatan yang berlainan, bukan sahaja kita bersikap berhati-hati sekiranya salah satu rezeki pendapatan kita terputus, tetapi, dengan mempunyai aliran pendapatan berganda, kekayaan dapat dibina dengan lebih pantas.

Aliran pendapatan boleh terdiri berbagai bentuk, termasuk pelaburan, hartanah, menjalankan perniagaan, royalti, komisyen dan sebagainya.

Kebanyakan orang kaya dan berjaya bukan sekadar mempunyai satu punca pendapatan sahaja, tetapi mempunyai banyak aliran pendapatan yang berlainan. Jadikan tabiat ini, sebagai tabiat anda!

(Sumber Irfan Khairi)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TAKUT NAK HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 32 tahun, sudah berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai dua anak masing-masing berumur tujuh dan empat tahun.

Baru-baru ini, saya disahkan mempunyai darah tinggi dan saya diberikan ubat dos rendah yang perlu diambil setiap hari.

Saya teringin untuk hamil lagi, tetapi doktor memberitahu saya hanya boleh hamil sehingga usia 35 tahun saja. Pada masa sama saya melihat kesukaran kakak ipar saya sewaktu melahirkan kedua-dua anaknya, juga disebabkan darah tinggi.

Saya begitu teringin untuk hamil, tetapi takut memikirkan risikonya. Apakah pandangan doktor? Adakah semua kelahiran daripada ibu yang menghidap darah tinggi akan berakhir dengan kematian dan kecacatan?

Nor,
Johor Bahru, Johor.

ELOKLAH kita tidak meletakkan perkataan ‘semua’ dalam perkara yang bukan di dalam kuasa kita. Kematian dan kecacatan (saya jangka ia merujuk kepada kekurangan fungsi otak akibat komplikasi sawan darah tinggi) memang antara risiko penyakit darah tinggi sewaktu kehamilan, tetapi bukanlah semua.

Saya pasti doktor anda sudah pun berbincang mengenai risiko dan komplikasi penyakit darah tinggi kepada anda dan kandungan. Bukan itu saja, anda dan suami juga perlu memikirkan kesan tidak langsung kepada ahli keluarga yang lain apabila risiko atau komplikasi terbabit berlaku.

Jika itulah juga pilihan anda, saya sarankan anda menjalani pemeriksaan pakar terlebih dulu sebelum hamil. Jarang wanita seusia anda mengalami penyakit darah tinggi, lazimnya ia mempunyai sebab.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme