Label

WARGA TUA MASIH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS (SAKIT TUAN)

AYAH saya yang berusia 70-an menghidap penyakit kencing manis (keturunan) dan dua buah pinggangnya sudah rosak. Soalan saya, mengapa ayah masih ingin melakukan hubungan seks dengan ibu walaupun dia sudah tua dan dianggap mati pucuk?

KELIRU
Sandakan, Sabah

Naluri seks dan nafsu syahwat adalah anugerah Tuhan kepada semua makhluk-Nya. Untuk manusia, ia fitrah yang berkekalan hingga ke akhir hayat. Hanya pendekatannya berubah mengikut umur, kesihatan dan kemampuan fizikal.

Hubungan seks bukan sekadar hubungan penetratif antara zakar dan faraj, sebaliknya ia lebih daripada itu. Jika anggota kelamin tidak mampu atau berfungsi dengan sempurna, sentuhan anggota kelamin dengan tangan dan mulut boleh dilakukan jika kedua-dua pihak setuju.

Belaian kepada tubuh badan seperti kucupan, ciuman, sentuhan, pelukan, picitan, urutan, sentalan dan gentelan dapat memberi semangat dan melegakan perasaan berahi. Ayah anda masih bernafas dan masih ada nafsu seks dan syahwat.

Dia masih memerlukan belaian dan sentuhan isterinya, iaitu ibu anda. Tidak salah jika dia masih berkehendakkan pelukan ibu anda selagi dia masih hidup. Mungkin apa yang dikehendakinya ialah sentuhan dan belaian mengikut keupayaan ibu anda.

Anda mungkin akan faham apabila anda masuk ke peringkat umur seperti ayah anda. Tiada sebab kenapa orang tua tidak boleh bermesra, hanya pendekatan mereka tidak macam orang muda.

Seks bukan sentuhan antara anggota kelamin saja. Ia sentuhan emosi, spiritual dan belaian mesra antara pasangan yang masih memerlukannya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN KEKUNINGAN DAN BERBAU BUSUK PADA BAHAGIAN DUBUR (SAKIT TUAN)

SAYA sering menemui kesan kekuningan dan berbau busuk pada bahagian dubur seluar dalam suami. Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi suami saya?

ISTERI RISAU
Kuala Lumpur

KEMUNGKINAN masalah dialami suami anda ialah 'kentut basah' atau 'wet flatulency'. Perkara ini menggambarkan bahagian dalam seluar dalam yang kelihatan kekuningan dan berbau, akibat hasil angin dan najis yang terkeluar ketika individu melepaskan angin.

Jika suami anda tidak sedar perkara itu berlaku, dia akan terus bekerja dengan pakaian itu dan kembali ke rumah tanpa melihat pakaian dalamnya seperti yang berlaku dalam situasi suami anda.

Buat permulaan, suami anda boleh pakai 'adult diapers', iaitu lampin guna hapus untuk orang tua, jika perkara itu ketara dan kerap berlaku. Dia perlu jumpa pakar gastro untuk diperiksa.

Sebahagian besar masalah gastro boleh menyebabkan 'kentut basah' seperti IBS (irritable bowl syndrome), gastrik dan dispepsia atau angin dalam usus.

Jika suami gemar makan kobis, brokoli dan kekacang yang mudah menghasilkan angin dalam perut, dia mudah melepaskan angin.

Jika usus badannya ada bakteria yang menghasilkan gas makanan, ia akan menjadi lebih ketara. Pastikan dia jumpa doktor segera.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ZAKAR SAKIT BILA TEGANG DAN KELUAR NANAH (SAKIT TUAN)

KEMALUAN saya sakit apabila tegang dan keluar cecair (macam nanah) hampir seminggu. Apakah masalah yang saya hadapi?

AMIR
Ampang, Selangor

ANGGOTA kelamin lelaki mempunyai dua fungsi, iaitu menyalurkan air kencing dari pundi kencing dan air mani iaitu campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal dan salur sperma ketika ejakulasi.

Salur kencing atau salur urethra boleh radang jika wujud kandungan kuman dalam pundi kencing.

Sama juga jika pundi prostat mengandungi jangkitan dan ia menular ke keseluruhan salur kencing. Kedua-dua situasi ini jarang berlaku kerana jangkitan itu tiada kaitan dengan hubungan kelamin.

Jika salur kencing radang, zakar sakit ketika ereksi dan wujud cecair kekuningan keluar dari salur kencing, semua petanda ini menggambarkan jangkitan yang berlaku kepada salur kencing akibat hubungan seksual, sama ada hubungan seks penetratif, seks anal, liwat atau seks oral.

Jika jangkitan itu kuman virus chalymidia, tanda pengeluaran cecair dari salur kencing selepas beberapa hari atau minggu.

Saya syorkan anda supaya jangan mendiamkan diri atau mencuba ubatan alternatif tanpa pemeriksaan doktor. Jika sudah berkahwin dan melakukan seks dengan pasangan, pasangan anda juga perlu menjalani pemeriksaan doktor.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAIZ ZAKAR UNTUK KEPUASAN SEKS (SAKIT TUAN)

BERAPAKAH saiz zakar yang sewajarnya bagi seseorang lelaki sejati untuk memuaskan isteri apabila sudah berkahwin kelak?

INGIN TAHU
Serdang, Selangor

ANDA perlu tahu bahawa saiz dan bentuk zakar ditentukan mengikut keturunan, bangsa dan baka. Zakar ialah anggota kelamin untuk melakukan hubungan seks penetratif.

Bentuk dan saiznya berubah mengikut tahap rangsangan seksual dan paling mustahak, ia cukup tegang untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jika gagal, keadaan ini dikenali sebagai disfungsi erektil atau mati pucuk. Mengikut kajian mengenai panjang dan ukur lilit ketika zakar ereksi, purata saiz panjang antara 12 sentimeter (sm) dan 16sm manakala ukur lilit antara 8sm dan 11sm.

Tidak dinafikan sebilangan kecil lelaki memiliki saiz zakar besar secara luar biasa seperti 18sm dan ukur lilit 14sm.

Kesudahannya saiz dan bentuk zakar tidak mempengaruhi kualiti hubungan seksual antara pasangan, asalkan mereka berdua puas dengan apa yang mereka lakukan. Malah, hubungan intim seksual boleh dilakukan walaupun tiada penetrasi zakar faraj.

Bagaimanapun, sebilangan lelaki sememangnya tidak cukup puas dengan saiz dan bentuk zakar mereka serta mungkin mengalami masalah 'body dismorphism' yang tidak senang dengan keadaan tubuh badan tertentu, seperti saiz dan bentuk zakar.

Untuk mereka, lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan perbincangan daripada berjumpa pak karut atau mencuba apa-apa dalam laman tertentu yang boleh memudaratkan kesihatan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MACAM ADA BENDA TERSEKAT PADA ALAT KELAMIN (SAKIT TUAN)

SAYA remaja Melayu berusia 15 tahun. Panjang zakar ketika menegang antara lima hingga enam inci dan ia mempunyai fizikal baik. Begitupun, sejak akhir-akhir ini zakar sering terasa sakit keterlaluan seperti ada sesuatu tersekat di dalamnya. Namun, saya tidak rasa sakit sewaktu membuang air kecil.

Apakah penyakit saya? Mampukah masalah ini menyebabkan saya mandul? Saya akan menjalani rawatan ultrasound pada akhir bulan berikutan masalah kencing kerap dan keluar lelehan selepas kencing.

Lelaki Runsing
Kelantan

NAMPAKNYA anda mempunyai kesihatan sempurna, termasuk perubahan dan tumbesaran anggota kelamin.

Anda kini dalam peringkat awal remaja dan hormon testosterone bergelora. Dalam keadaan begitu, anda mudah mengalami ereksi spontan.

Jika kebetulan mencapai ereksi padat ketika tidur dan kebetulan anda renyah ketika tidur, ada kemungkinan zakar tercedera apabila ereksi tertindih atau bengkok ketika tidur.

Apabila sedar, anda terasa sakit di pangkal atau pertengahan zakar secara langsung atau ketika ereksi. Jika kecederaan itu ketara dan ada parut dalam zakar, lama kelamaan ia boleh bengkok atau melengkung.

Ini hanya berlaku jika berlaku kecederaan ketara. Untuk meredakan sakit pada zakar, anda boleh tuamkannya menggunakan pek ais.

Ini sedikit sebanyak dapat melegakan keradangan dan bengkak akibat 'kecederaan' atau 'trauma' zakar. Bagaimanapun, situasi ini tidak menyebabkan anda mandul kerana yang tercedera ialah zakar, bukan buah zakar.

Mengenai cecair jernih yang keluar dari salur kencing selepas membuang air kecil, itu ialah air mazi dan ia keluar ketika anda mencengkam atau mengemut selepas selesai membuang air kecil.

Mencengkam otot lubang najis atau mengemut berkali-kali boleh membuatkan pundi Cowpers terangsang dan mengeluarkan cecair jernih seperti yang anda alami. Namun, ia adalah normal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme