SAYA berumur 33 tahun dengan berat 47 kilogram dan ketinggian 160 sentimeter. Saya sudah berkahwin selama tujuh tahun dan tidak dikurniakan anak. Haid saya sememangnya tidak teratur.
Saya sudahpun melakukan pemeriksaan perubatan sepenuhnya antaranya ultrabunyi pelvis, ujian darah dan HSG. Keputusannya, saya tidak mengalami masalah, begitu juga dengan sperma suami.
Pada 2008, saya melakukan rawatan permanian berhadas (IUI) dan ketika menjalani rawatan, setiap hari perut saya semakin membengkak sehingga ke peringkat terakhir apabila sperma suami dimasukkan ke dalam ovari, saya mengalami komplikasi yang teruk mengakibatkan darah beku di dalam badan dan perut saya membengkak seperti orang mengandung.
Saya juga mengalami kesukaran bernafas dan dimasukkan ke hospital selama dua minggu. Alhamdulillah, saya masih selamat kerana menurut doktor, saya mengalami PCOS peringkat akhir dan hampir meragut nyawa saya.
Selepas itu, saya berhenti sementara melakukan sebarang rawatan untuk memberi ketenangan kepada diri sehinggalah pada awal tahun ini, saya berjumpa doktor di hospital lain dan menceritakan apa yang berlaku sebelum ini. Tetapi dia memberitahu saya tidak boleh melakukan apa-apa rawatan kesuburan sebelum saya melakukan ovarian drilling dan kosnya amat mahal iaitu mencecah RM7,000.
Adakah cara lain yang dapat saya lakukan untuk meneruskan hasrat menimang cahaya mata selain rawatan terbabit? Adakah jika saya melakukan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF), komplikasi berkenaan akan tetap berlaku? Apakah pandangan doktor dalam hal ini?
NORA
Kota Damansara, Selangor
TERDAPAT salah faham mengenai penyakit yang anda alami.
Anda mengalami ovarian hyper-stimulation syndrome (OHSS) sewaktu menjalani rawatan kesuburan pada 2008 itu, bukannya PCOS. OHSS boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang mengambil ubat kesuburan, terutama wanita yang mempunyai PCOS terutama berat badan yang kurang.
Mengikut pengiraan, dengan ketinggian anda, mempunyai berat badan sedemikian dikategorikan sebagai 'berat badan kurang'. OHSS juga dijangka bertambah teruk dengan pengambilan suntikan hCG (hormon pencetus ovulasi) yang lazimnya diberikan apabila saiz kantung atau folikel telur didapati sudah matang dan bersedia untuk diovulasi.
Selain itu, OHSS juga menjadi lebih teruk apabila wanita itu kemudian hamil, lebih-lebih lagi kehamilan kembar. Bagaimanapun, secara realitinya sukar untuk menjangka siapa yang akan mendapat OHSS, yang lebih penting adalah untuk mengenali bila OHSS mula berlaku supaya tindakan selanjutnya dapat diambil bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.
Ini termasuk membatalkan kitaran rawatan terbabit, menghentikan ubat kesuburan, tidak memberikan suntikan hCG serta memberi bantuan perubatan bagi mengelakkan kejadian darah beku serta embolisma pulmonari.
Dengan penyataan anda sudah menjalani pemeriksaan awal dan didapati normal, doktor mungkin tidak menyangka anda mempunyai PCOS dan ini hanya diketahui apabila anda berjumpa doktor kedua.
Menerusi sejarah pernah mengalami OHSS teruk dan dengan berat badan anda kini, risiko anda untuk mengalami OHSS pada masa akan datang juga lebih tinggi berbanding wanita lain. Tiada cara lain untuk mengelakkan OHSS kecuali dengan tidak mengambil ubat kesuburan.
Sekiranya anda mempunyai masalah ovulasi, doktor akan mengurangkan dos ubat kesuburan kepada sekurang-kurangnya separuh saja daripada dos dahulu bagi mengurangkan risiko OHSS berulang. Anda tidak memberitahu jenis dan dos ubat kesuburan yang anda ambil dahulu.
Sebelum berbincang mengenai jenis rawatan yang sesuai untuk anda kini, anda perlu memberitahu jenis rawatan atau ubat kesuburan yang anda pernah ambil dahulu.
Pembedahan ovarian drilling dapat mengurangkan bilangan cyst ovari yang anda alami, namun risiko OHSS masih boleh berlaku dengan pengambilan ubat kesuburan jika tidak dipantau teliti.
Kelebihan IVF adalah ia dapat mengeluarkan sebahagian besar (atau kesemua) telur matang daripada dalam tubuh anda untuk disenyawakan di makmal bersama-sama sperma suami. Dalam rawatan IUI, sekiranya bilangan kantung atau folikel terlalu banyak, doktor mungkin akan menasihatkan anda bertukar kepada IVF bagi menyedut keluar telur terbabit.
Bagaimanapun, perkara asasnya tetap sama. Langkah pertama yang sangat penting adalah menentukan jenis ubat dan dos yang paling rendah atau selamat bagi anda. Jika tidak, OHSS boleh berlaku, malah rawatan terpaksa dihentikan separuh jalan dan embrio terpaksa dibekukan.
Sekiranya anda sebenarnya tidak mempunyai masalah ovulasi, IUI atau IVF boleh dilakukan tanpa menjalani pembedahan mahupun mengambil ubat kesuburan, cuma peluang kehamilan tanpa ubat kesuburan adalah lebih rendah kerana ia bergantung kepada satu telur saja.
Buat permulaan, anda digalakkan menambah pengambilan makanan berkhasiat bagi meningkatkan berat badan anda. Mungkin anda ingin mendapatkan nasihat pakar dietetik. Berat badan yang berkurangan juga boleh mengganggu ovulasi.
Harian Metro
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Blog yang membincang segala masalah tentang sakit tuan dan puan. Segala masalah lelaki dan masalah perempuan (masalah wanita) boleh didapati di sini.
BENJOLAN DI BIBIR SERVIKS (SAKIT PUAN)
SAYA sudah berumah tangga selama empat tahun. Baru tahun ini saya perasan terdapat ketulan pada bahagian bibir kemaluan (bahagian dalam) di sebelah kiri dalam anggaran sebiji bola pingpong.
Saya tidak pula rasa sakit dan saya tidak pasti sama ada ia satu ketumbuhan atau sebaliknya. Adakah ia boleh memudaratkan?
NIZA
Shah Alam
ANDA tidak menyatakan usia anda, saya andaikan anda masih muda. Benjolan berhampiran bibir kemaluan bahagian dalam lazimnya disebabkan kelenjar Bartholin tersumbat, ini dinamakan sista Bartholin dan mudah dirawat secara pembedahan minor.
Sekiranya ia mengalami jangkitan kuman sehingga menjadi bernanah, ia dinamakan abses Bartholin pula dan memerlukan pembedahan segera.
Bagaimanapun, ia boleh juga sebenarnya sista faraj, varikos salur darah vena dan sebagainya. Berjumpalah pakar sakit puan berhampiran untuk kepastian.
Harian Metro
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Saya tidak pula rasa sakit dan saya tidak pasti sama ada ia satu ketumbuhan atau sebaliknya. Adakah ia boleh memudaratkan?
NIZA
Shah Alam
ANDA tidak menyatakan usia anda, saya andaikan anda masih muda. Benjolan berhampiran bibir kemaluan bahagian dalam lazimnya disebabkan kelenjar Bartholin tersumbat, ini dinamakan sista Bartholin dan mudah dirawat secara pembedahan minor.
Sekiranya ia mengalami jangkitan kuman sehingga menjadi bernanah, ia dinamakan abses Bartholin pula dan memerlukan pembedahan segera.
Bagaimanapun, ia boleh juga sebenarnya sista faraj, varikos salur darah vena dan sebagainya. Berjumpalah pakar sakit puan berhampiran untuk kepastian.
Harian Metro
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Haid Selama Tiga Minggu (Sakit Puan)
SAYA berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami haid tanpa henti sejak tiga minggu lalu, biasanya haid saya hanya tiga hingga lima hari.
Kali ini, selepas satu setengah minggu, haid saya berhenti kemudian selepas dua hari, saya didatangi haid semula dalam kuantiti yang banyak.
Saya bekerja sebagai kerani akaun dan menghidap tekanan darah rendah. Apakah yang harus saya lakukan?
KALA,
Kuala Lumpur
ANDA perlu berhati-hati dalam keadaan ini. Sewaktu pendarahan banyak, aliran darah tubuh boleh berkurangan sehingga menyebabkan kesan seperti tidak bertenaga malah mungkin pitam akibat tekanan darah rendah, lebih-lebih lagi jika berdiri dalam tempoh yang lama. Minum air secukupnya boleh membantu mengekalkan isi padu aliran darah buat sementara waktu.
Walaupun ini pertama kali berlaku dan mungkin tidak berulang, eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor. Haid yang banyak dinamakan menoragia manakala haid banyak dan berpanjangan pula dinamakan polimenorea.
Terdapat beberapa penyebab keadaan ini. Walaupun kebanyakan penyebabnya tidak berbahaya, pendarahan berterusan boleh menyebabkan kekurangan darah (anemia) dan komplikasi lanjut contohnya terhadap jantung.

BELUM DATANG HAID KERANA SUSUKAN ANAK (Sakit Puan)
SAYA berumur 29 tahun dan mempunyai anak sulung berumur lapan bulan. Saya menyusukan anak secara ekslusif sehingga kini. Memandangkan umur makin meningkat, saya mahu cepat menimang cahaya mata untuk kali kedua.
Pada masa sekarang, haid saya masih tidak datang sejak melahirkan anak sulung pada November tahun lalu.
Apa yang perlu saya buat? Saya masih mahu meneruskan menyusu anak saya sehingga dua tahun.
Adakah saya perlu mengambil pil hormon atau kesuburan? Adakah selepas mengambil pil hormon atau kesuburan itu boleh menyebabkan susu saya kering?
MAMA MIMIE
Kajang
PENGHASILAN susu badan dirangsang hormon prolaktin. Hormon prolaktin pula boleh mengganggu kesuburan secara menghentikan pengeluaran telur (ovulasi). Itulah sebabnya penyusuan badan secara ekslusif boleh digunakan sebagai kaedah mencegah kehamilan yang berkesan sehingga enam bulan daripada kelahiran bayi.
Selepas tempoh enam bulan, kaedah ini tidak lagi dijamin dapat mencegah kehamilan. Ini juga bermakna anda sepatutnya berpotensi hamil semula dari dua bulan yang lalu.
Pemeriksaan doktor dapat membantu mengesan apakah puncanya. Ujian darah paras hormon prolaktin juga boleh dibuat di samping ujian yang lain.
Pil hormon yang berkait kesuburan lebih mengandungi hormon jenis antiestrogen. Secara amnya, hormon jenis estrogen sebaliknya yang didapati mengurangkan penghasilan susu badan.
Saya kurang jelas apakah yang anda maksudkan dengan penyusuan ekslusif pada usia bayi lapan bulan sekarang, adakah ia bermakna bayi anda tidak diberikan air atau makanan tambahan selain hanya susu badan sahaja sehingga bayi berusia dua tahun?
Lazimnya ibu digalakkan mengamalkan penyusuan badan ekslusif pada enam bulan pertama tanpa air atau produk susu lain atau makanan tambahan. Makanan tambahan boleh dimulakan apabila bayi berusia empat hingga enam bulan sementara penyusuan badan diteruskan sehingga bayi berusia dua tahun, tetapi ia tidaklah lagi dipanggil penyusuan badan ekslusif.

Payudara Keluar Cecair (Sakit Puan)
SAYA berusia 34 tahun, berat badan 44 kilogram dengan ketinggian lima kaki empat inci. Kesihatan saya normal dan sudah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 13 tahun.
Baru-baru ini saya dapati ada sedikit cecair keluar daripada puting payudara kiri saya. Jika saya memicit pada bahagian puting terbabit, kadangkala ada cecair keluar tetapi jika dibiarkan, tiada pula cecair yang keluar. Saya tidak rasa sakit di sekitar payudara itu. Apakah cecair itu sebenarnya?
PUAN IZWANI,
Johor
ANDA tidak menerangkan lebih lanjut mengenai cecair terbabit sama ada jernih, susu atau darah. Apapun, memandangkan ini tidak dialami dahulunya, saya sarankan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Contoh cecair mungkin akan dihantar untuk ujian sitologi.
Pada masa sama, doktor mungkin akan melakukan imbasan ultra bunyi ke atas kedua-dua payudara anda. Ia boleh sama ada susu (kadangkala disebabkan oleh rangsangan manual seperti kerap menyentuh atau memicit payudara), jangkitan kuman (kurang berkemungkinan memandangkan anda tidak sakit atau payudara tidak membengkak) atau penyakit berbahaya.

Langgan:
Catatan (Atom)