Label

KABUR CARA SEKSUAL

JANGAN ketawa jika diberitahu ada lelaki tidak tahu dia sepatutnya dalam keadaan ereksi sebelum mampu mengadakan hubungan seksual. Ini bukan kisah dongeng, tetapi saya pernah merawat lelaki yang kabur mengenai seksual hingga ke tahap ini.

Perlu diingatkan yang hubungan keintiman seksual hanya menyeronokkan jika pasangan lelaki dan perempuan dapat memainkan fungsi masing-masing.

Apabila berlaku kes seperti di atas, keadaan menjadi huru-hara apabila suami tidak dapat menyalurkan ereksi ke dalam faraj isteri.

Lelaki yang jahil mengenai seks tidak tahu dia memerlukan ereksi untuk menyalurkan zakar ke dalam faraj pasangan. Untuk 'pelayaran' terbaik, ereksi perlu dalam keadaan kekal dan tahap ketegangan yang sesuai untuk disalurkan ke dalam faraj isteri.

Keadaan terbaik ialah dia perlu mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis (otot yang mengawal pembukaan lubang najis dan lubang kencing) supaya zakar ereksi sepadatnya, sekali gus mudah disalurkan ke dalam faraj.

Bagaimanapun, perkara yang dianggap biasa menjadi luar biasa apabila seseorang lelaki itu kabur mengenai fungsi dan keadaan hubungan seksual sebenar, sekali gus menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Bagi lelaki jenis ini, tiada kaedah lain selain berjumpa pakar sakit tuan atau psikologi kerana mereka harus diberikan penerangan secara mendalam dan teknik betul bagi membolehkan hubungan seksual penetratif (memasukkan zakar ke dalam faraj) dilaksanakan.

Berdasarkan pengalaman saya, lelaki yang berdepan masalah ini biasanya boleh mencapai ereksi tetapi tidak sekeras yang boleh disalurkan ke dalam faraj kerana kekuatan penembusan yang diperlukan untuk tujuan itu melebihi satu kilogram.

Ini hanya dapat tercapai jika dia menggunakan otot benteng zakar sebagai penyokong kekuatan ereksi. Jadi apabila dia kemut, ereksinya menjadi lebih padat dan keras dan mampu menjayakan penetrasi faraj.

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Laporan Kes:

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini. Lelaki yang mengalami masalah ini pelik apabila saya menjelaskan kepadanya yang dia perlu memadatkan ereksi ketika hendak menyalurkannya ke dalam faraj isterinya.

Kebetulan isteri lelaki itu arif mengenai fungsi yang harus dimainkan wanita ketika hendak melakukan persetubuhan.

Namun, setiap kali suaminya mendekatkan zakar ke paras faraj, isterinya cuba membantu memasukkan ereksi ke dalam faraj, tetapi ereksi suami kendur dan tidak keras lagi.

Lelaki itu pernah menjalani rawatan tradisional urutan yang menyakitkan, tetapi tidak memberi apa-apa kesan langsung.

Apabila lelaki ini diberitahu yang dia sepatutnya memadatkan ereksi ketika hendak menyalurkan zakar ke dalam faraj dengan mengemutkan otot lantai pelvis (otot kemutan), baru dia sedar dia berkemampuan mengawal tahap dan kekukuhan ereksi dan bukan tukang urut.

Akhirnya dia peka dengan fungsinya dan berjaya melakukan hubungan penetratif dan berjaya membuat isterinya hamil.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

USUS MASUK KERANDUT TELUR

Soalan

SAYA guru berusia 24 tahun dan sudah berkahwin. Saya ada masalah berkaitan kerandut kerana di dalamnya ada satu objek yang pada anggapan saya keluar daripada perut dan memasuki kantung telur saya.

Kadangkala saya rasa sengal dan sakit. Yang menghairankan, urat yang sedikit keras itu keluar pada masa tertentu. Ia memberi kesan kepada keinginan seks saya kerana semakin menurun disebabkan rasa sakit. Saya khuatir saya menghidap sakit angin pasang atau penyakit lain.

ABE
Jitra, Kedah

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

APA yang anda sangka ketulan yang keluar daripada perut dan masuk ke dalam kerandut itu adalah angin pasang, memang tepat. Bagaimanapun, mustahak untuk anda berjumpa doktor untuk pengesahan.

Jika angin pasang, ketulan itu ialah seketul atau segumpal usus yang termasuk ke dalam kerandut anda melalui pembukaan antara perut dan kerandut yang tidak normal.

Jadi caranya ialah untuk doktor memasukkan kembali ketulan atau gumpalan usus balik ke dalam kerandut dan tutup lubang yang tidak normal itu melalui jahitan.

Jawapan bagi masalah anda ialah pembedahan kecil untuk melakukan semua ini. Jangan takut mengenai pembedahan itu. Ia tidak menjejaskan fungsi syahwat anda. Mungkin jika anda biarkan angin pasang itu membesar, fungsi syahwat anda tertekan sebagaimana anda kini alaminya.

Jadi apabila tekanan itu tiada lagi setelah dibedah pulih, fungsi syahwat anda akan kembali sedia kala. Cepat dapatkan temu janji untuk berjumpa doktor pakar bedah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

SALAH ANGGAPAN MENGENAI ONANI

Soalan

SAYA berusia 28 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga. Masalahnya, lutut saya kerap sakit dan ramai memberitahu cecair di dalamnya kering mungkin disebabkan saya selalu melakukan onani sejak zaman sekolah menengah lagi.

Namun, sekarang saya sudah berhenti. Masalahnya ialah, bagaimana ingin mengembalikan keadaan lutut saya kepada keadaan normal.

Saya juga menghadapi masalah berat badan kerana orang cakap kalau kerap onani, selera makan bertambah.

Bagaimanapun, kini saya sukar menurunkan berat badan sekalipun sudah berhenti onani.

JOHN
Klang, Selangor

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

BANYAK salah pendapat dan mitos berkaitan perbuatan onani. Antaranya, orang yang kerap onani tangannya menggerutu dan kadangkala berbulu kerana terkena air mani, mukanya pucat kerana kononnya setiap titik air mani sama seperti sesudu darah yang hilang.

Onani juga dikatakan boleh mengakibatkan air kepala lutut kurang, begitu juga air dalam badan dan tulang belakang, selain orang yang gemar onani mati pucuk lebih awal dan tua cepat.

Semua ini karut belaka! Maklumat karut itu masih dipercayai kebanyakan lelaki. Tidak dinafikan perbuatan onani mengakibatkan lelaki itu berasa letih kerana untuk sampai ke 'kemuncak', wujud aktiviti otot yang tinggi.

Air mani datang dari pundi Seminal, Cowpers dan Prostat dan bukan dihasil daripada darah. Sperma hanya lima peratus daripada air mani. Jika tidak onani, air mani terkeluar apabila pundi berkenaan kembang dan ini berlaku ketika dalam tidur (mimpi basah).

Amalan ini boleh membawa ketagihan dan sukar untuk berhenti, walaupun sudah berpasangan. Kadangkala amalan ini lebih seronok daripada hubungan seksual dan jika ini berlaku, hubungan keintiman seksual dengan pasangan menjadi kurang dan mengganggu silaturahim dengan pasangan. Sehubungan itu, penting untuk cuba mengelakkannya sebelum ia menjadi ketagih.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

ADA BENDA HALANG

BAYANGKAN pasangan berkahwin gagal mengadakan hubungan seks kerana suami gagal menembusi faraj, walaupun isteri bersedia. Namun, si isteri dapat berasa sesuatu, seolah-olah isi di dalam ruang faraj yang menghalang kemasukan zakar!

Keadaan itu mengakibatkan suami menjadi hampa dan kedua-dua pasangan menghabiskan sentuhan intim di luar faraj. Persoalannya, berapa lama pasangan itu mampu bersabar untuk tidak melakukan hubungan seks penetratif.

Masalah lebih besar berlaku apabila isteri gagal hamil dan bagi yang prihatin, mereka berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Ketika itu, baru masalah sebenar dikenal pasti.

Penghalang yang dimaksudkan itu boleh membabitkan cista daripada mukosa faraj atau pangkal rahim yang panjang.

Apabila cista dibedah buang atau pangkal rahim yang panjang dipendekkan, masalah penghalang selesai dan kehamilan boleh berlaku.

Bagaimanapun, jika pasangan itu tidak berjumpa doktor, pasti masalah berkenaan tidak diketahui dan hubungan mereka terus menjadi hambar dan tanpa zuriat.

Laporan Kes:

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini. Sepasang suami isteri berjumpa saya mengenai masalah kesuburan dan selepas pemeriksaan rutin 'Pap Smear' dilakukan, saya dipanggil untuk membuat pemeriksaan. Yang jelas kelihatan, pangkal rahimnya panjang sehingga kelihatan di muka pintu faraj.

Wanita itu tiada selaput dara lagi, tetapi dia mengalami masalah melakukan persetubuhan dan suaminya kerap memberitahu ada sesuatu menghalang kemasukan zakar.

Pembedahan untuk mengecilkan pangkal rahim dilakukan, sekali gus memulihkan keadaan apabila pasangan itu dapat melakukan persetubuhan tanpa apa-apa halangan dan akhirnya wanita itu hamil beberapa bulan selepas pembedahan.

Wanita dinasihat menjalankan pemeriksaan kendiri anggota sulit atau 'Vulval Self Examination' supaya tahu mengenai anggota sulit mereka dan tidak rasa kekok untuk memanipulasinya ketika bersama suami.

Dengan kepekaan itu, mereka tahu jika wujud sesuatu yang luar biasa untuk dirujuk kepada doktor. Jangan berdiam diri dan menderita dalam diam apabila mengalami masalah kepada anggota sulit seperti berasa pedih atau kesakitan ketika 'bersama' kerana kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena.

Sebagai persediaan awal, lakukan pemeriksaan kendiri dengan menggunakan cermin tangan dan meneliti anggota sulit dalam keadaan cahaya terang supaya dapat memahami masalah dan mudah memberitahu doktor apabila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Perlu diingatkan, anggota sulit wanita mempunyai bibir besar, bibir kecil dan 'vestibule' atau bahagian antara bibir kecil, yang mana ada pembukaan lubang kencing di atas dan pembukaan lubang faraj di bawah.

Pembukaan lubang faraj kelihatan seperti isi berkumpul apabila wanita itu mencengkam otot lantai pelvik (otot kemut) dan wujud kerenggangan apabila kemutan dilegakan.

Bagi wanita yang mempunyai selaput dara, akan kelihatan cebisan isi mengelilingi pembukaan faraj. Kadangkala cebisan isi itu tiada dan ini boleh terjadi apabila selaput dara itu tipis atau tiada secara semula jadi.

Jarang ada selaput dara yang menutupi pembukaan faraj. Jika ini berlaku, wanita itu tidak mengalami kedatangan haid dan mungkin berasa tidak selesa di bahagian bawah perut.

Apabila diperiksa dari luar, bahagian di paras ari-ari kelihatan ketulan berbentuk seperti rahim. Namun, jika doktor memeriksa anggota sulit, kelihatan pembukaan faraj tertutup dan selaput yag menutupi pembukaan faraj mengembung.

Jika bahagian ini ditebuk, akan keluar darah haid yang bertakung selama ini. Keadaan ini dikenali sebagai 'Hymenocolpos' dan cara merawatnya ialah dengan menebuk selaput dara yang menutupi pembukaan faraj.

Bagaimanapun, perlu diingatkan selepas proses ini, seseorang wanita itu masih dara kerana belum melakukan persetubuhan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

KEPALA RASA HILANG IMBANGAN

Soalan

KEBELAKANGAN ini kepala saya sering berasa seperti hilang imbangan dan berdenyut-denyut. Maksud saya, badan dan kepala seperti bergoyang-goyang.

Untuk pengetahuan doktor, beberapa tahun lalu saya pernah mengalami 'Hyper Ventilated' dan 'Anxiety Disorder' (seperti dikatakan doktor yang merawat saya) dan pernah dimasukkan ke wad.

Sehingga kini saya masih merasakan trauma di atas kejadian itu, walaupun pernah dirujuk kepada pakar psikologi. Ibu jari kaki kanan saya ada garis berwarna coklat. Adakah ini juga tanda sesuatu penyakit?

MUHAMMAD
Brunei

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

TEKANAN atau stres boleh memberi kesan kepada kesihatan seperti keresahan. Apabila ini berlaku, individu itu mengalami pelbagai perasaan luar biasa. Individu itu juga berasa cemas dan mula berkelakuan ganjil seperti menarik nafas cepat dan memikirkan perkara menakutkan.

Anda mungkin mengalami masalah sama seperti anda alami dulu. Anda perlu berjumpa kembali pakar psikologi untuk bimbingan dan rawatan sewajarnya.

Ini bukan sakit serius, tetapi boleh menggugat kualiti kesihatan dan keharmonian rumah tangga jika anda sudah berkahwin.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!