Label

'INDUCE' BAYI DALAM KANDUNGAN (SAKIT PUAN)

SAYA hamil 35 minggu sekarang pada usia saya 40 tahun. Tarikh jangkaan bersalin saya ialah 9 September ini.

Doktor menyatakan sekiranya saya belum mengalami kontraksi pada 28 Ogos, saya perlu ke hospital untuk ‘induce’. Ini disebabkan faktor umur, bimbang jika bayi dalam kandungan termakan najis dan terberak.

Saya ingin tahu kebenarannya. Adakah sebarang risiko jika saya terpaksa ‘induce’ sehingga tiga kali sekiranya pintu rahim belum terbuka?

Fidah,
Selangor

SAYA memahami kebimbangan doktor anda, lebih-lebih lagi pada usia ini di mana mungkin ini kehamilan terakhir bagi kebanyakan wanita atau sebaliknya kehamilan pertama bagi sebahagian kecil wanita yang lain.

Setiap kehamilan sangat berharga terutama apabila memikirkan keupayaan wanita terbabit untuk hamil lagi apabila usia memasuki 41 atau 42 tahun selepas ini.

Masalah bayi berak dalam kandungan berlaku dalam keadaan bayi lemas (jika berlaku ia lazimnya sewaktu proses atau hari bersalin) ataupun dalam keadaan bayi lebih hari (bayi terlebih matang). Ini tidak berkaitan dengan usia wanita, saya pasti doktor anda juga sudah menerangkan hal ini.

Sekiranya pintu rahim masih belum terbuka selepas dikenakan ‘induce’ tiga kali, doktor lazimnya menasihatkan wanita terbabit menjalani pembedahan Caesarean atau mungkin berehat sehari sebelum dikenakan ‘induce’ sekali lagi.

Pilihan pertama adalah lebih kerap atas kebimbangan keadaan rahim setelah mengalami stres disebabkan ‘induce’ serta keadaan bayi dalam kandungan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TINGGAL SEBELAH TIUB FOLLOPIO (SAKIT PUAN)

SAYA sudah berkahwin, berusia 32 tahun dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun. Pada awal tahun lalu, saya disahkan mengandung luar rahim, ketika itu usia kandungan tujuh minggu.

Saya menjalani pembedahan laparoscopy. Doktor membuang tiub follopio sebelah kanan manakala ovari kanan masih kekal.

Saya ingin hamil lagi tetapi sehingga kini masih gagal untuk hamil. Selepas menjalani pembedahan laparoscopy dan hanya tinggal tiub follopio sebelah kiri, mampukah saya hamil dalam keadaan sedemikian? Buat pengetahuan doktor aturan haid saya normal setiap bulan.

As,
Kuala Lumpur

ANDA masih boleh hamil selagi anda belum menopaus menggunakan kaedah berikut:

Kaedah normal (tanpa menggunakan ubat subur dan cara hubungan seksual) jika pada bulan atau kitaran terbabit berlaku ovulasi (pengeluaran telur) dari ovari kiri.

Anda perlu faham bahawa ovulasi tidak semestinya berlaku pada setiap bulan atau kitaran. Selain itu, jika ovulasi berlaku, ia tiada giliran berselang dari ovari kanan ataupun kiri. Ada kalanya ovulasi hanya berlaku dari sebelah ovari yang sama saja setiap kali. Maka, jika anda berusaha untuk hamil, eloklah anda menjalani pemeriksaan pemantauan pada sekitar waktu subur bagi mengetahui sama ada terdapat pembesaran kantung folikel telur dan ovulasi serta tempat ia berlaku sama ada dalam ovari kanan atau kiri.

Kehamilan masih boleh berlaku jika ovulasi dari ovari kanan dan telur memasuki tiub fallopio kiri tetapi risiko kehamilan ektopik pula lebih tinggi.

Sekiranya ovari anda pula mempunyai masalah kesuburan iaitu telur tidak berkembang, eloklah anda mengambil ubat rangsangan untuk membesarkan kantung folikel telur. Setelah ia dicapai, peluang kehamilan boleh ditinggikan lagi jika anda menjalani permanian berhadas (IUI) kerana dua peluang dapat ditambah iaitu bilangan telur lazimnya lebih apabila mengambil ubat kesuburan dan jarak perjalanan sperma pula semakin dekat dengan IUI.

Jika anda inginkan peluang yang lebih tinggi, anda juga boleh memilih kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) kerana ia dapat menggunakan lebih banyak telur dari kedua-dua ovari kanan dan kiri serta tidak lagi perlu bergantung kepada tiub fallopio untuk mengangkut telur ke dalamnya.

Sebelum anda membuat pilihan, anda disarankan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penilaian sewaktu pembedahan ektopik dahulu :

Apakah kemungkinan penyakit yang menyebabkan kehamilan ektopik? Jika ada, pada tahap apakah penyakit terbabit? Adakah ia membabitkan susun atur organ penting dalam kehamilan? Adakah terdapat tanda perlekatan jangkitan kuman khusus pada permukaan hati anda? Apakah prosedur pembedahan serta rawatan perubatan yang diberikan untuk penyakit itu?

Keadaan tiub fallopio kiri (bentuk lengan, ampula serta jejari atau fimbria). Keadaan dalam tiub lazimnya tidak dinilai sewaktu pembedahan ektopik. Ini boleh dipastikan secara ujian mudah HSG.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KURANG MAKAN KURANG NAFSU (SAKIT TUAN)

SAYA baru berkahwin dua bulan. Pada awal perkahwinan, nafsu saya sentiasa memuncak dan zakar sentiasa tegang secara normal untuk melakukan jimak. Begitupun, ketika bulan Ramadan dan sesudah melakukan mukadimah jimak, zakar yang tegang menjadi kendur sebelum dapat dimasukkan dalam faraj isteri.

Perkara ini terjadi selama beberapa hari dan ia amat membuatkan saya tertekan dan saya amat kasihankan isteri. Saya ingin meminta pandangan doktor kerana risau jika ia adalah penyakit kekal atau cuma simptom penyakit. Terima kasih.

Hamba
Kuala Lumpur

HUBUNGAN kelamin ialah suatu aktiviti fizikal yang lasak. Adegan pemanasan saja akan membakar 100 kalori dan jika aktiviti itu lama ia pasti memenatkan. Apa tidak, ketika teruja seks, degupan jantung meningkat, tahap pernafasan juga meningkat dan semua otot tubuh badan akan turut beraksi dan semua ini memerlukan tenaga.

Pada awal perkahwinan memang biasa untuk kedua-dua pasangan muda beraksi dengan cergas. Tenaga yang didapati ialah daripada makanan yang ketika itu memang amat menyelerakan. Kadangkala tidak kira berapa kali menjamu selera. Jadi tidak hairan jika pada awal perkahwinan semua sistem yang mengawal fungsi syahwat akan bergelora dan aktif.

Ketika bulan puasa pula, sukar untuk menjamu selera walaupun makanan begitu banyak. Ini kerana sistem penghadaman bergerak perlahan pada waktu siang kerana tidak makan dan ketika tidur pula sistem yang sama juga 'tidur'. Secara tidak langsung nafsu makan juga merudum dan ini termasuk juga nafsu seks!

Saya cadangkan anda lakukan seks sebaik bangun bersahur dan lakukan seks secara cepat, iaitu kurangkan pemanasan dan lebih kepada seks tusukan faraj.

Ketika itu badan sudah pulih dan tenaga kuat serta ereksi pagi akan lebih mudah tercapai. Elak beraksi selepas melakukan ibadah dan sebelum tidur. Insya-Allah, anda akan tahu kekuatan badan anda dan tahu cara dan masa terbaik untuk melakukan hubungan intim.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAKIT SETIAP KALI TERANGSANG (SAKIT TUAN)

SEJAK remaja saya sering mengalami rasa sakit bercampur senak di bahagian buah zakar. Kesakitan ini jika berlarutan boleh dirasai sehingga ke pinggang. Sakit itu datang daripada buah zakar yang apabila disentuh atau terkena paha akan terasa sakit bercampur senak.

Rasa sakit amat ketara apabila saya berdiri. Apabila baring terlentang saya akan rasa lega. Pada mulanya saya menyangka jika saya mempunyai ‘Inguinal Hernia’ namun tiada tanda-tanda benda asing berada dalam kantung zakar saya. Malah tiada benjolan di abdomen saya.

Kebelakangan ini, saya kerap rasa sakit berbanding beberapa tahun lalu, yang hanya dalam beberapa kali dalam setahun. Rasa sakit akan menjadi ketara apabila saya terangsang seperti selepas berjumpa tunang. Saya sudah lama meninggalkan onani dan bertekad untuk tidak mengulangi tabiat itu. Minggu lalu, sekali lagi saya terpaksa menahan sakit ini untuk beberapa hari.

Saya cuba memeriksa buah zakar sendiri dan saya rasa seperti buah zakar dan saluran di sekelilingnya seakan-akan membengkak. Namun saya terpaksa melepaskan rasa sakit itu dengan beronani kerana terpaksa untuk melegakan kesakitan itu dan kemudian, rasa sakit itu hilang. Harap doktor dapat membantu.

Emi
Pulau Pinang

PADA peringkat remaja, tumbesaran buah zakar berlaku bersamaan perubahan fizikal yang lain yang ada kaitan dengan perkembangan yang berlaku pada peringkat akil baligh. Hormon testosterone dihasilkan buah zakar pada tahap yang tinggi untuk menampung tumbesaran otot, anggota kelamin, buah zakar, ketumbuhan bulu roma dan penghasilan sperma selain membuatkan lelaki remaja itu mudah teruja seksual.

Anda mengalami semua perubahan itu termasuk perasaan teruja seksual yang membuatkan anda mudah mencapai ereksi. Dalam keadaan teruja seksual, perjalanan darah ke anggota kelamin anda meningkat. Ini termasuk kedua-dua buah zakar anda dan ketika itu anda boleh rasa buah zakar anda ‘besar’ dan pembuluh darah kembang dan kerandut buah zakar menjadi padat. Semua perubahan ini sedikit sebanyak membuatkan anda rasa senak.

Apabila melepaskan perasaan syahwat anda itu dengan onani, anda akan rasa lega dan selesa. Kebengkakan buah zakar atau buah zakar yang ‘congested’ atau kembang akibat kemasukan darah yang banyak membuatkan anda terasa senak akan lega. Kerandut yang padat itu pun akan juga lega. Secara tidak langsung anda sudah mula membiasakan diri anda untuk melakukan onani setiap kali anda teruja seksual yang membuatkan anda rasa tidak selesa.

Apabila anda hentikan perbuatan onani itu, anda mula rasa kebengkakan buah zakar anda kekal dan membuatkan anda rasa tidak selesa dan mahu tak mahu anda terpaksa melegakannya melalui onani.

Memandangkan onani amalan amat dilarang agama dan boleh memberi masalah kesihatan, maka anda perlu menghindarkan onani.

Anda boleh tuamkan kedua-dua buah zakar anda itu dengan pek ais bagi melegakan tekanan dan salur darah. Jika mahu berhubung dengan saya sila e-mel kepada dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KASUT TINGGI PUNCA PENYAKIT (KESIHATAN)

WANITA perlu memikirkan kesihatan selain mengutamakan kecantikan
  
WANITA mana yang tidak mahu kelihatan bergaya apabila berhadapan orang ramai. Berpenampilan menarik dengan pakaian cantik, beg tangan mahal, solekan di wajah dan berkasut tumit tinggi.

Sebahagian wanita berpendapat, dengan menyarungkan kasut tinggi memberi lebih keyakinan terhadap diri. Apatah lagi pekerjaan yang memerlukan mereka bertemu orang ramai.

Ada juga yang menganggap memakai kasut tumit tinggi akan membuatkan diri mereka kelihatan seksi, malah tidak kurang juga yang mengatakan memakai kasut tumit tinggi membuatkan mereka lebih menawan serta anggun.

Meskipun pelbagai andaian dilontarkan, namun ada segelintir wanita yang tidak tahu kesan negatif pemakaian kasut tumit tinggi terhadap diri mereka terutama membabitkan tulang.

Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, pelbagai masalah disebabkan kasut bertumit tinggi seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik.

Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit tiga inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

Perunding Ortopedik Hospital Pantai Cheras, Dr Khairul Faizi Mohammad, berkata, wanita sebaiknya digalakkan memakai kasut bertapak rata (flat) berbanding memakai kasut bertumit tinggi.

"Jika wanita mahu juga memakai kasut tumit tinggi, dinasihatkan tidak lebih daripada dua sentimeter atau kurang. Pemakaian kasut tumit tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang dan lutut menjadi bengkok."

"Pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang tapak kaki selain menyebabkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tertumpu pada jari kaki," katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.

Menurutnya, semakin berusia seseorang wanita, saiz serta tapak kaki juga semakin lebar disebabkan lemak semakin tipis. Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi turut mendorong peredaran darah tidak lancar.

"Bayangkan, waktu kerja saja memakan masa lapan jam atau lebih sehari. Kaki terpaksa bekerja keras untuk berjalan tanpa henti ditambah menampung berat badan si pemakai."

"Tekanan berat badan pada hujung kaki juga akan menyebabkan jari ketiga dan keempat menjadi sempit seterusnya menyebabkan kesakitan pada saraf."

"Keadaan itu juga akan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan betul kerana tersekat lalu menyebabkan kesakitan," katanya.

Selain itu, masalah yang sering dihidapi mereka yang gemar berkasut tumit tinggi ialah bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua lalu menyebabkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki.

"Ini akan menyebabkan rasa tidak selesa timbul terutama ketika memakai kasut yang bertutup di bahagian hadapan dan runcing sehinggakan ada kes memerlukan pembedahan, bergantung kepada tahapnya."

"Kita faham ramai wanita hari ini yang berkerjaya dan mementingkan imej. Tapi perlu diingat juga aspek kesihatan. Jika kerja bagus tapi kaki sudah sakit tiada guna juga," katanya.

Tambahnya, pemilihan saiz kasut yang tepat juga penting bagi mengelakkan memberi tekanan terhadap kaki. Selain bahagian kaki, masalah serius yang dihidapi oleh si pemakai kasut bertumit tinggi yang tegar ialah sakit bahagian tulang belakang. Pemakaian kasut tumit tinggi akan menyebabkan pinggul condong ke depan dan menambahkan lengkungan pada tulang belakang.

"Bentuk kasut lelaki dan perempuan adalah berbeza. Lelaki lebar di bahagian hadapan manakala wanita pula kecil dan lebih tirus di bahagian sama. Keadaan itu akan menyebabkan jari kaki bengkok (claw hammer) dan ia akan kekal."

"Semakin tinggi tumit kasut seorang wanita, semakin teruk kesan yang akan dihidapi. Kasut tumit tinggi turut menyebabkan kesakitan akibat saraf bengkak atau menebal pada bola kaki yang digelar morton’s neuroma dan pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund)," katanya.

Berkasut tumit tinggi dalam tempoh lama juga akan menyebabkan tendon achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit. Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.

Memakai kasut tumit tinggi juga boleh mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoporosis.

Beliau turut menjelaskan, jika seseorang wanita mahu memakai kasut tinggi, sebaiknya hanya pakai untuk tempoh beberapa jam saja dan untuk majlis tertentu.

"Lumrah wanita yang mahu sentiasa kelihatan cantik dan anggun setiap masa. Namun jangan pula hingga membawa padah pada diri sendiri. Sarungkan kasut tumit tinggi anda untuk majlis tertentu seperti makan malam atau korporat."

"Untuk tujuan kerja, adalah dinasihatkan supaya memakai kasut yang bertapak rata. Jangan memberi tekanan kepada kaki anda kerana ia akan digunakan untuk tempoh lama," katanya.

ANTARA rawatan yang dilakukan pakar

Bahaya kasut tumit tinggi

Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

Pergelangan kaki mudah terseliuh.

Sukar mengimbang berat badan.

Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

Peredaran darah terganggu.

Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.

Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESIHATAN REPRODUKTIF JANJIKAN KEBAHAGIAAN (KESIHATAN)


Anak penyeri rumah tangga

MELIHAT kanak-kanak bermain, bergurau dan mengembangkan kreativiti mereka, terdetik di hati betapa bahagianya memiliki insan bergelar cahaya mata. Menjadi aset paling berharga bagi pasangan suami isteri, anak menjadi pengikat kasih dan penghibur kala duka.

Ketika meniti kehidupan berkeluarga, perkara yang terjadi kadangkala tidak seperti kita harapkan. Ada masanya pasangan mengambil masa lama untuk menimang cahaya mata. Puas berikhtiar, akhirnya si kecil yang dinanti hadir menyeri kehidupan.

Tahap kesuburan tinggi memberi peluang lebih cerah untuk pasangan suami isteri mendapat ramai anak. Hakikatnya, wanita mahupun lelaki tidak terlepas mengalami masalah ketidaksuburan.

Sering kita dengar seseorang itu memberi jawapan ‘tiada rezeki’ jika belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun berkahwin.

Sebaik-baiknya, ikhtiar dengan segera mendapatkan nasihat atau jalani pemeriksaan pakar sakit puan jika wanita berusia bawah 35 tahun masih gagal hamil selepas setahun mencuba.

Wanita berusia lebih 35 tahun pula harus menjalani pemeriksaan jika masih gagal hamil selepas enam bulan mencuba.

Sebelum masalah ketidaksuburan terjadi, penting untuk kita mengetahui cara mengukuhkan tahap kesuburan. Kesihatan reproduktif ialah keupayaan melakukan hubungan kelamin yang selamat, memuaskan dan bertanggungjawab.

Ia juga bermaksud pasangan berkenaan berkeupayaan menghasilkan zuriat apabila berkeinginan, pada masa sesuai.

Sistem reproduktif wanita merangkumi vagina (faraj), uterus (rahim), tiub fallopio dan kilang telur manakala bagi lelaki, ia meliputi testis, kelenjar prostat dan penis.

Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, juga Pakar Kesuburan Pusat Perubatan Tropicana, Dr Nurhazinat Mohamed Yunus berkata, kesihatan reproduktif merangkumi kesihatan dari segi mental, fizikal dan hubungan sosial.

Menurutnya, banyak faktor mempengaruhi kesihatan reproduktif seperti usia, gaya hidup, tabiat, genetik, penggunaan ubat-ubatan, pendedahan terhadap bahan kimia dan penyakit.

Pada usia 35 tahun ke atas, penghasilan telur dari kilang telur mulai menurun, sekali gus mengurangkan tahap kesuburan.

Gaya hidup sibuk dan stres selain tabiat merokok, mengambil minuman beralkohol dan dadah juga boleh menjejaskan kesuburan.


PERCUTIAN yang menggembira dan menenangkan boleh bantu meningkatkan kesihatan reproduktif.

Katanya, pendedahan terhadap bahan kimia, misalnya radioaktif, penggunaan ubatan, misalnya bagi rawatan kemoterapi, boleh mempengaruhi kesihatan reproduktif.

Selain itu, penyakit seperti mumps (beguk) dan penyakit kelamin seperti gonorrhea, sifilis dan clamidia boleh merosakkan sistem reproduktif.

Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan kurang sperma manakala bagi wanita, ia memberi kesan ketidakseimbangan hormon dan menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan masalah ovulasi (mengeluarkan telur) kerana kualiti telur dihasilkan tidak baik. Terlalu kurus juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.

Panduan memperkukuhkan kesihatan reproduktif

- Dapatkan berat badan ideal dengan diet seimbang dan senaman.

- Urus tahap stres secara bijak - bercuti atau lakukan perkara yang menggembirakan.

- Amalkan seks selamat.

- Hindarkan merokok - kuat merokok boleh menjejaskan kualiti sperma.

- Elakkan pengambilan alkohol.

- Amalkan diet sihat - diet seimbang, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari, kawal pengambilan daging ayam atau ternakan yang disuntik. Cuba beralih kepada ayam organik.

- Amalkan pengambilan makanan mempunyai pelbagai vitamin

Wanita: Amalkan pengambilan asid folik, makanan mengandungi Vitamin E dan selenium, L-Arginine, Vitamin B6 dan B12, besi, magnesium dan zink.

Lelaki: L-Carnitine, asid ferulic, Vitamin C dan E dan selenium, zink dan Vitamin B (B6, B12 dan Folate).

Pengambilan herba tertentu seperti:

Wanita: spirulina (sejenis alga), bee pollen (debunga lebah), cordyceps (sejenis kulat), vitex agnus-castus (herba chasteberry), teh hijau (antioksidan).

Elakkan makanan berasaskan soya bagi wanita ketika evolusi kerana kajian menunjukkan ia menghasilkan sejenis bahan kimia yang boleh berada dalam cairan faraj yang memberi kesan negatif kepada sperma ketika hubungan kelamin.

Lelaki: potenzhi, bee pollen, cordyceps, dong guai (ginseng).

Langkah tambahan yang boleh diambil:

- Rancang kehamilan ketika usia muda - Usia 22 hingga 30 tahun adalah waktu paling subur bagi wanita.

- Tahap kesuburan wanita menurun secara semula jadi selepas usia 35 tahun.

- Kenali pusingan haid anda.

- Makan makanan semula jadi - kaya dengan nutrisi, antioksidan dan asid folik.

Contoh: buah sitrus, sayuran hijau, brokoli dan bijirin.

Pilih yang organik (bagi mengelak pengambilan hormon dan racun serangga).

Dapatkan nasihat atau pemeriksaan pakar sakit puan sekiranya:


- Mengalami masalah senggugut yang teruk.

- Sakit ketika melakukan hubungan kelamin.

- Keluar cecair/lendir faraj yang tidak normal.

- Kitaran haid tidak teratur.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

WANITA 40-an MUDAH TERKUCIL (KESIHATAN)

PADA usia 40-an, kebanyakan wanita mempunyai karier stabil, kehidupan lebih teratur dan anak yang makin membesar. Mereka lebih mantap dari segi emosi dan tahap keyakinan diri bertambah.

Detik itu benar-benar bermakna dalam hidup mereka kerana memiliki kehidupan ceria dan lebih tenang, sekali gus menyerlahkan aura positif.

Bagaimanapun, pada usia berkenaan, mereka juga mengalami perubahan fizikal dan kesihatan. Bangun pagi melihat cermin, terlihat kedutan di wajah menandakan usia semakin meningkat.

Mereka juga mula ingin menjalani pemeriksaan mamogram serta pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti kemungkinan menghidap penyakit diabetes, darah tinggi mahupun tahap kolesterol tinggi.

Pada usia berkenaan juga, satu lagi masalah mungkin dihadapi iaitu lemah kawalan kencing (LUL) atau terkucil. Ramai menyangka masalah itu perkara normal tanpa berusaha menanganinya. Kesulitan dilalui dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain kerana dianggap memalukan.

Akhirnya, masalah dibiarkan berlarutan dan wanita terbabit menghadapinya kerana menganggap ia sebagai sebahagian daripada proses kehidupan. Malah, ramai tidak tahu di mana mahu mendapatkan bantuan.

Pakar Psikologi dan Penolong Profesor Psikologi, Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid berkata, ramai wanita tidak sedar keadaan itu boleh dirawat dengan pendekatan yang praktikal dan sederhana.

Menurutnya, semakin meningkat usia, kawalan terhadap pundi kencing semakin terjejas. Menghadapi LUL mengurangkan keupayaan untuk wanita terbabit bergerak, selain membataskan aktiviti seharian.

“Ini bermakna mereka hilang kemerdekaan. Mereka mungkin tidak dapat membuat keputusan mengenai ke mana mereka mahu pergi, apa yang mereka mahu lakukan. Katakan sebagai contoh, anda baru saja dijemput untuk memberi ceramah selama dua jam di atas pentas tetapi menolak pelawaan itu kerana tidak mampu melakukannya disebabkan tidak berupaya mengawal LUL.

“Kualiti hidup mereka terjejas dalam cara berbeza dan menjengkelkan. Jika masalah ini gagal ditangani dengan baik, mereka mungkin mengambil keputusan mengasingkan diri daripada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kempen ‘Menghadapi Realiti Kewanitaan dan Masalah Lemah Kawalan Kencing’ anjuran Poise.

Kempen itu disertai pakar sakit puan, Dr Seri Suniza Sufian dan juga pakar fisioterapi kesihatan wanita, Neng Shahidah Sabullah.

Hadir sama, Pengurus Jenama Kumpulan - Penjagaan Dewasa, Kimberly-Clark, (pengeluar produk Poise), Emily Chong dan Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark, Soo Woon Yee dan duta produk Poise yang juga hos TV dan radio, pelakon dan pelawak, Raja Azura.

Kempen itu bertindak sebagai cara relevan untuk meningkatkan semangat wanita yang mengalami LUL untuk menerima kenyataan.

Selepas mengakuinya, mereka boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah itu dan merasa yakin untuk mengambil tindakan iaitu mendapatkan maklumat untuk menangani LUL dengan betul dan berkesan.

Dr Seri Suniza berkata, kebanyakan wanita menganggap kebocoran kecil sesuatu yang normal atau mereka mencuba kaedah salah seperti kurang minum air, membawa bersama banyak pakaian tambahan atau memakai tuala wanita biasa secara berterusan.

Bagaimanapun, katanya, langkah berkenaan tidak berkesan dan boleh memburukkan lagi kesihatan mereka.

“Hakikatnya, kaedah betul dalam menangani LUL adalah sangat mudah dan hanya memerlukan sedikit penyesuaian dalam kehidupan seharian seperti kerap melakukan senaman Kegel dan mengelak minuman dan makanan yang boleh merangsang pundi kencing.

“Selain itu, penting untuk menggunakan produk betul bagi menangani kebocoran yang mengejut. Ini akan membantu wanita berasa lebih selesa dan yakin serta menghalang keradangan kulit dan jangkitan yang boleh berlaku dengan mudah jika kulit terdedah kepada kelembapan secara berterusan,” katanya.

Kajian Malaysia Incontinence Usage and Attitudes 2010; Kimberly-Clark menunjukkan, masalah LUL yang dialami satu daripada empat wanita berusia 35 tahun ke atas sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu adalah masalah yang diselubungi salah tanggapan, perasaan malu dan cara rawatan salah.

Soo berkata, tanpa pengetahuan dan maklumat tepat, ramai wanita akan terus bergantung kepada penyelesaian jangka pendek dan tidak berkesan untuk menyembunyikan masalah ini.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MINUM AIR SUAM ELAK PENGSAN (KESIHATAN)

PENGSAN bermaksud tidak sedarkan diri dan gagal mengawal pergerakan badan secara spontan untuk jangka masa singkat. Ia akan pulih secara sendiri dan berlaku secara tiba-tiba.

Pengsan biasanya disebabkan oleh bekalan darah ke otak tidak mencukupi pada masa berkenaan. Pengsan juga boleh disebabkan pelbagai masalah dan mudah berulang.

Biasanya, ada tanda awal atau aura sebelum berlaku pengsan. Antaranya, pitam atau pandangan menjadi gelap seketika, pening, kebas anggota badan, hilang pendengaran seketika, lemah anggota badan, berpeluh dan jantung berdebar kencang.

Ia biasa berlaku kepada dua golongan usia. Remaja atau warga emas. Pengsan boleh disebabkan beberapa sebab, sama ada perubatan atau psikologi.

Oleh itu, penting bagi sesiapa yang membawa pesakit supaya menyaksikan apa berlaku kepada pesakit ketika pengsan untuk membantu mengenal pasti puncanya.

Antara punca pengsan disebabkan masalah perubatan ialah jantung. Sama ada lemah jantung, serangan sakit jantung atau beberapa sebab lain yang mengakibatkan jantung gagal berfungsi untuk mengepam darah mencukupi ke otak.

Selain itu, tekanan darah yang rendah juga antara punca biasa pengsan. Ini biasanya berlaku terutama kepada pesakit yang mengubah posisi badan dari duduk atau baring ke posisi berdiri.

Disebabkan perubahan postur badan, tekanan darah yang rendah menyebabkan bekalan darah ke otak tidak mencukupi dan akhirnya pengsan.

Sebab lain yang biasa ialah masalah saraf yang gagal mengawal naik turun tekanan darah untuk bekalan ke otak selepas rangsangan tertentu. Ini dipanggil Vasovagal.

Ia lebih kerap berlaku kepada remaja berbanding orang dewasa. Apa saja rangsangan seperti sakit, sedih, penat, tekanan, takut dan pelbagai lagi boleh menyebabkan berlakunya pengsan.

Adalah penting supaya pesakit dibawa ke hospital untuk ujian pemeriksaan lanjut. Ujian darah, pemeriksaan jantung atau electrocardiogram atau ECG dan CT Scan untuk kepala perlu dijalankan. Ini untuk memastikan punca pengsan yang boleh dirawat supaya peristiwa itu tidak berulang.

Penting supaya saksi kejadian berada bersama pesakit ketika ke hospital. Ketika mangsa pengsan, penting bagi membantu darah kembali ke otak dengan segera.

Ini dapat dilakukan dengan mengangkat kaki mangsa tinggi sedikit ketika mangsa baring di lantai. Selain itu, pakaian mangsa perlu dilonggarkan dan elakkan suasana bising.

Bagi pesakit yang sememangnya mempunyai tekanan darah rendah, minum air dengan banyak, terutama jika cuaca panas atau bekerja di bawah sinaran matahari.

Elakkan menukar postur badan secara mendadak. Jika ada tanda sebelum pengsan berlaku, pesakit hendaklah duduk berlunjur atau baring dan tinggikan sedikit kaki untuk mengelak pengsan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MANDI MALAM BUKAN PUNCA PE (KESIHATAN)


MITOS mandi malam "Ali, jangan suka mandi malam nanti sakit. Mandi malam buat paru-paru kamu masuk air, dengar kata ibu," nasihat seorang ibu kepada si anak.

Aktiviti mandi waktu malam sering dilabelkan dengan penyakit paru-paru berair. Apakah benar salah faham ini dan wujudkah penjelasan saintifik untuk merungkaikan isu yang masih diura-urakan sehingga kini?

Penjelasan konsep sebenar paru-paru berair

1. Pulmonari Edema (PE)


Tidak, mandi malam tidak memudaratkan kesihatan mahupun mendatangkan penyakit paru-paru berair, yang dikaitkan dengan masalah Pulmonari Edema dan pneumonia.

PE merujuk kepada masalah pengumpulan air berlebihan pada ruang antara tisu dan organ. Ini menyebabkan bahagian berkenaan kelihatan berair serta bengkak, justeru mengundang salah faham ramai yang tidak peka dan kurang inisiatif dalam pencarian sebenar dunia perubatan.

PE diakibatkan kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi bahagian kiri (left ventricle) jantung. Ia tidak disebabkan oleh jangkitan atau kemasukan wap air ketika mandi. Perkara ini tidak mudah seperti apa yang bermain dalam fikiran pembaca yang mempercayai salah faham mandi malam.

Peredaran darah di kawasan jantung adalah cepat, berterusan dan didorong daya penggerak (momentum) yang konstant (tetap). Bayangkan tiba-tiba jantung berdenyut terlalu kencang atau perlahan. Tekanan pada pengaliran darah yang sepatutnya tetap akan terganggu.

Gangguan pada tekanan (interstitial pressure) ini akan memaksa darah serta komponen lain terkeluar daripada salurannya. Apabila keadaan ini berlaku di paru-paru, tekanan berkenaan memaksa plasma darah meresap keluar ke ruangan interstitial, iaitu ruangan yang kosong di antara saluran darah dan tisu-tisu paru-paru.

2. Pneumonia

Kita harus maklum, pneumonia berlaku akibat jangkitan bakteria streptococcus pneumoniae atau virus di paru-paru, yang menyebabkan keradangan (inflammation) berlaku. Pneumonia berbeza dengan PE.

Hidupan seni ini boleh hadir bersama titisan (droplet) dalam udara dan disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Pneumonia juga boleh diundang dalam penggunaan sesetengah ubat dan penyakit autoimmune seperti AIDS, ekzema, diabetes Melitus (tahap satu) dan banyak lagi.

Impaknya, air akan terbentuk pada paru-paru akibat masalah kesihatan itu.

Air atau lendir?

Adakah pembaca sedar bahawa air dalam paru-paru tidak seperti air biasa pada paip? Air yang terbentuk berikutan masalah pneumonia atau PE, bukan 100 peratus air. Jangan sekali-kali kaitkan lendir pada paru-paru dengan air yang kita biasa minum, mandi mahupun terhirup ketika mandi malam.

Bagi kes pneumonia (jangkitan), air itu mengandungi peratusan nanah (pus) yang tinggi. Komposisi utama kandungan lendir paru-paru akibat PE (kecederaan peparu dan masalah jantung) ialah darah, bendalir tubuh (serous fluid) dan hanya sebahagian kecil atau tiada langsung nanah (pus).

Khasiat mandi

Menurut sumber terkini pada 21 April lalu, 20 nyawa terkorban dan 70 mangsa lain bergelut menghadapi wabak H7N9 di China.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham menegaskan bahawa, tiada vaksin untuk penyakit itu. Walaupun tiada kes H7N9 di negara ini, rakyat wajar mempraktikkan amalan pembersihan diri seperti mandi dan membasuh tangan.

Proses mandian pada apa juga waktu tidak meningkatkan risiko jangkitan mahupun keradangan dan kecederaan pada paru-paru. Malah, aktiviti ini boleh mencegah pelbagai jenis jangkitan dengan teknik pembersihan menggunakan sabun.

Selain mampu menghalang H7N9, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), H1N1 (Influenza A), SARS, dan pelbagai penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis, dan dermatitis sentuhan juga mampu diatasi dengan aktiviti mandi.

Ia juga boleh bantu memulihkan ketahanan fizikal, mental dan emosi setelah seharian penat bekerja.

Mandi juga mengurangkan kesakitan otot (mandian air suam), usus berfungsi dengan lebih cekap untuk proses menyahkan toksin dan mengekalkan kulit yang sihat serta cantik.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PUNCA BENGKAK SEBELAH KAKI (KESIHATAN)

KEADAAN kaki pesakit DVT


BENGKAK pada sebelah kaki secara tiba-tiba boleh disebabkan pelbagai masalah. Tetapi, yang perlu diberi perhatian dan rawatan segera ialah keadaan dipanggil Deep Vein Thrombosis (DVT), di mana ketulan darah terbentuk pada pembuluh darah vena yang terletak di bahagian dalam betis atau paha.

Darah dalam badan kita yang kaya dengan oksigen akan dipam oleh jantung ke semua anggota badan. Darah ini membekalkan makanan dan oksigen kepada semua tisu badan. Darah yang telah dipam ke kaki, akan dipam semula ke jantung oleh otot pada betis dan paha.

Semua darah akan dibawa melalui pembuluh darah vena dari kaki ke atas melalui pembuluh darah vena pada rongga abdomen (perut) dan dihantar semula ke paru-paru untuk menerima bekalan oksigen dan akhirnya ke jantung semula.

Pembentukan darah beku pada pembuluh darah vena di betis atau paha boleh disebabkan tiga faktor.

Faktor pertama ialah gangguan perjalanan darah berkenaan. Sebagai contoh, kanser pada rongga abdomen atau ibu mengandung yang menghimpit saluran pembuluh darah itu.

Orang berusia atau pesakit yang baru menjalani pembedahan pula jarang berjalan seterusnya menyebabkan pergerakan darah dalam pembuluh darah itu menjadi perlahan. Ia juga berlaku pada mereka yang dalam kenderaan menuju perjalanan jauh seperti menaiki kapal terbang.

Faktor kedua ialah masalah darah itu yang menjadi likat. Kejadian ini menyebabkan arus pergerakan darah dari kaki ke jantung menjadi perlahan manakala faktor ketiga ialah kerosakan pada dinding dalam salur darah yang diakibatkan oleh kecederaan fizikal. Semua faktor itu menjadikan peredaran darah perlahan serta menyebabkan darah bergumpal selain membentuk darah beku.

Apabila darah ini terbentuk, ia akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Cecair mula keluar dari pembuluh darah ke ruang antara tisu pada kawasan betis dan paha.

Ini mengakibatkan bahagian itu bengkak, sakit dan kemerahan. Ada kala, ia disalah anggap sebagai jangkitan kuman pada kulit. Oleh itu, untuk mengesahkan pembentukan darah beku ini, ujian ultrasonografi khusus perlu dijalankan dan seterusnya mengenal pasti lokasi dan saiz darah beku itu. Ujian ini dipanggil Doppler. Selain itu, beberapa ujian darah perlu dijalankan untuk mengesahkan dan mencari punca mengapa ia terjadi.

Rawatan segera perlu diberikan. Ubat untuk mencairkan darah beku itu perlu diberikan secepat mungkin dan diberikan melalui suntikan. Selain itu, terdapat beberapa kaedah lain perlu dilakukan untuk mengeluarkan darah beku itu jika perlu.

Penyebab utama perlu dirawat. Rawatan perlu disegerakan untuk mengelakkan daripada darah beku ini pecah menjadi ketulan kecil dan dipam ke anggota badan yang lain.

Darah beku ini boleh menyebabkan berlaku penyumbatan pada salur darah kecil di paru-paru, otak dan jantung yang akhirnya menyebabkan maut.

Individu yang berisiko seperti orang tua, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan besar, pesakit kanser kronik, mereka yang terlantar di katil dan tidak boleh bergerak dinasihatkan supaya memakai sarung kaki khas untuk mengepam darah dari betis ke jantung.

Bagi mereka yang mengalami obesiti, ibu mengandung, kecederaan kaki, melalui perjalanan jauh seperti dalam kapal terbang, dinasihatkan untuk banyak bergerak supaya darah pada bahagian kaki berjalan lancar selain senaman kaki agar otot pada betis dan paha mengecut dan mengepam darah ke jantung.

Ada juga beberapa individu lain yang perlu mengambil pil untuk mencairkan darah bagi mencegah darah menjadi likat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

EKZEMA KRONIK PUNCA ASMA (KESIHATAN)

APABILA sesebuah negara menjadi lebih maju dari segi teknologi dan industri, kes asma dan penyakit alahan akan meningkat secara berterusan. Dalam kesibukan Malaysia dan negara rantau Asia mengejar kemajuan ekonomi, kita tidak dapat menafikan peningkatan kesan penyakit ini kepada pesakit.

Asma terjadi berikutan faktor lain termasuk genetik dan pengaruh alam sekitar seperti pencemaran. Salah satu daripada isyarat awal yang menunjukkan peningkatan risiko alahan asma ialah ekzema.

Perunding Asma, Alahan dan Imunologi Hospital Gleneagles, Dr Kent Woo berkata, penyakit asma bukan entiti tetapi sindrom. Ini bermaksud banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini. "Sehubungan itu, rawatan terhadap asma adalah proses yang rumit dan tindak balas kepada rawatan bergantung kepada tahap keradangan pada saluran pernafasan."

"Pesakit yang mengalami ekzema kronik mengalami 65 peratus risiko untuk dijangkiti asma dalam hayat mereka. Ekzema muncul sebagai suatu gangguan kepada lapisan luar kulit yang membolehkan alergen melepasi untuk menembusi kulit dan menyebabkan imune sensitization kepada alergen berkenaan."

"Serangan asma akan berlaku apabila alergen yang sama disedut dalam paru-paru," katanya pada majlis pelancaran produk baru Efficas Care, anjuran Triniaire Sdn Bhd.

Efficas Care menggabungkan fatty asid Gamma Linolenic Acid (GLA) dengan Eicosapentaenoic Acid (EPA) telah menjalani kajian klinikal dan terbukti berkesan menghalang serta mengurangkan pengeluaran leukotrienes yang menyebabkan serangan asma dan alahan.

Menurutnya, pesakit perlu memahami faktor yang mencetuskan serangan asma selain alahan. Dengan pemahaman yang mendalam mereka akan dapat mengelakkan insiden serangan penyakit ini.

Mengulas lebih lanjut, beliau menjelaskan secara mendalam bahawa 70 peratus pesakit asma lazimnya berunsur alahan dan pendedahan kepada alergen akan memburukkan keradangan bahagian saluran pernafasan.

Justeru, penting untuk mengenal pasti alahan yang mencetuskan asma dan jika langkah pengurangan alergen yang betul diambil, simptom akan bertambah baik sebanyak 50 peratus.

Cuaca juga boleh menyebabkan serangan asma lebih kronik. Sejak 1983, fenomena peningkatan serangan asma secara mendadak di bilik kecemasan selepas tragedi ribut petir yang disebabkan angin yang membawa debunga rumput di udara.

Ia mencetuskan serangan asma dalam kalangan pesakit yang alah pada debunga rumput. Jadi jangan terperanjat jika menyaksikan pesakit asma mengalami serangan selepas ribut petir.

Kesimpulannya, asma adalah penyakit yang kompleks dan perlu ditangani secara holistik. Langkah yang terbaik bagi pesakit ialah berjumpa pakar perubatan untuk mendapat nasihat serta rawatan supaya serangan asma dan alahan dapat dikawal dengan baik.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

UTAMAKAN MAKANAN SIHAT (SAKIT TUAN)

MASIH ramai lelaki dan wanita tidak tahu perihal kuantiti air mani. Sejak kebelakangan ini banyak e-mel yang saya terima bertanya mengenai air mani.

Baik suami mahupun isteri menyatakan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika tidak mendapat anak walau sudah lama berkahwin.

Dalam pelbagai soalan, saya tertarik kepada individu yang bertanya mengenai ubat dan makanan yang boleh menambah kuantiti air mani.

Isi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur.

Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki menjadi mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowpers dan seminal, kemudian dapat menghasilkan air mani yang banyak.

Bagaimanapun, air mani akan berkurangan jika seseorang lelaki kerap melakukan persetubuhan atau onani. Ini tidak mengira faktor ghairah atau terangsang seseorang lelaki.

Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan air mani juga bertambah.

Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun, rangsangan terhadap pundi tadi menjadi kurang, seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit.

Bagaimanapun, banyak keadaan boleh mempengaruhi jumlah air mani seperti makanan dan makanan tambahan. Lelaki menghasilkan dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali klimaks. Jika kerap klimaks, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak ½ ml atau hanya beberapa titik.

Bagi lelaki, banyak meminum air dapat membantu meningkatkan kuantiti air mani. Anda perlu minum sekurang-kurangnya empat liter sehari.

Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma.

Tiram dan makanan laut pula mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.

Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik.

Buah-buahan tempatan juga mempunyai nutrien baik dan penting untuk penghasilan air mani. Buah nangka dan betik mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan.

Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang.

Perkara yang mendapat kajian klinikal adalah herba akar Tongkat Ali. Ia diuji secara saintifik oleh pakar tempatan dan dilihat boleh menambah isi padu air mani.

Semua makanan dan suplemen yang saya nyatakan di atas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani yang berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun berumur, sekali gus meningkatkan peluang kehamilan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MINDA SIHAT KAWAL EJAKULASI (SAKIT TUAN)

ADAKAH penggunaan ubat kuat seks atau krim seks mendatangkan kesan jangka panjang seperti masalah mati pucuk? Sesuaikah ubat kuat digunakan ketika bersama isteri?

Saya mengalami masalah klimaks yang sangat cepat. Saya mampu bertahan tiga hingga tujuh minit saja.

SYUK
Selangor

BUKAN anda seorang saja mengamalkan penggunaan krim seks atau ubat kuat. Ramai lelaki mengamalkannya tanpa mengira kesan sampingan atau jangka panjang yang berlaku kepada kesihatan mereka dan pasangan.

Sebenarnya, untuk melayari bahtera suami isteri, seseorang itu perlu mempunyai kesihatan baik, tahap fizikal dan stamina mantap.

Anda perlu mempunyai daya kawalan minda yang kukuh bagi mengawal diri daripada ejakulasi cepat atau mampu mengawal ejakulasi sehingga pasangan anda mencapai kemuncak.

Pendek kata, yang jelas mengenai kemampuan syahwat dan daya aksi seksual dengan pasangan ialah minda cergas, daya tumpuan kukuh, tubuh badan sihat dan daya kawalan beraksi ketika bersetubuh.

Krim, ubat kuat atau makanan tambahan hanya berfungsi sebagai bahan sokongan, itupun jika benar-benar berkesan. Kebanyakan produk dalam pasaran tidak pernah dikaji dan hampir keseluruhannya mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Definisi sebenar masalah cepat klimaks ialah apabila ejakulasi berlaku lebih awal daripada diharapkan atau apabila ejakulasi berlaku kurang seminit dari peringkat ereksi memasuki faraj.

Jadi tiga hingga tujuh minit dikira normal jika masa bermula dari saat memasukkan ereksi sehingga ejakulasi berlaku.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

LELAKI BUKAN ISLAM INGIN BERKHATAN (SAKIT TUAN)

SAYA lelaki bukan Islam dan berusia 20-an. Kulit ‘kulup’ menutupi kepala zakar saya dan ia tidak terbuka. Bagaimanapun, jika terbuka, ia pasti terkoyak dan menyakitkan.

Saya terfikir untuk melakukan proses berkhatan namun takut kesannya menjadi lebih buruk.

LIM
Selangor

ANDA mempunyai kulit penutup kepala zakar dikenali sebagai ‘foreskin’ atau ‘kulup’ yang sempit dan ia membuatkan kepala zakar atau ‘glans penis’ tidak dapat keluar.

Jika anda melurutkan kepala zakar keluar daripada kulup secara paksa, ia pasti terkoyak dan dikenali sebagai masalah ‘Phimosis’.

Masalah ini hanya dapat dipulihkan melalui ‘circumcision’ atau berkhatan, di mana kulit kulup kepala zakar atau ‘foreskin’ dipotong. Pembedahan ini boleh dilakukan mana-mana doktor pakar dalam pembedahan ini.

Berkhatan bukan proses menyakitkan. Banyak hospital kini menawarkan program berkhatan. Berkhatan juga bukan hanya bertujuan untuk membuang kulup terbabit.

Ia sebenarnya menjamin kebersihan zakar dan menghindari pelbagai penyakit kelamin. Orang Islam diwajibkan berkhatan kerana ia antara aspek kesihatan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BERHUTANG UNTUK BERKAHWIN (KEWANGAN)

>> Pikul tanggungjawab, komitmen bersama ketika berumahtangga

APABILA melalui alam kedewasaan, kita akan bertemu dengan pasangan hidup yang kita ingin kahwini. Perkahwinan pula adalah satu komitmen atau tanggungjawab yang besar dan kita hanya boleh berumah tangga jika kita sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab itu.

Sambil menikmati alam romantis, kita juga akan berhadapan dengan isu kehidupan sebenar termasuk isu kewangan.

Belanja kahwin

Kita sepatutnya bersikap realistik mengenai perbelanjaan perkahwinan. Kita pastinya terperanjat apabila mengetahui betapa besar jumlah yang terbabit bagi semua perbelanjaan berkaitan seperti hadiah, majlis istiadat, majlis makan, pakaian dan gambar perkahwinan.

Seperti aspek lain dalam kehidupan, sediakan suatu bajet atau anggaran perbelanjaan terlebih dahulu. Senaraikan barangan yang mustahak bagi perkahwinan ini. Bincang bersama pasangan kita jumlah yang mampu bagi menampung perbelanjaan perkahwinan itu.

Dapatkan petua dan nasihat daripada mereka yang sudah melaluinya dan cara berbelanja secara berhemat bagi peristiwa penting ini.

Jangan berbelanja sehingga kita terpaksa meminjam daripada ahli keluarga serta kawan atau dari bank untuk membiayai kos majlis perkahwinan itu semata-mata untuk menjaga hati orang lain.

Malah, kita sepatutnya membuat simpanan awal bagi perkahwinan sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan kita secara menyeluruh. Terdapat banyak kes di mana pasangan mengalami masalah disebabkan hutang besar yang terpaksa ditanggung kerana perbelanjaan perkahwinan.

Sering kali masalah kewangan mengakibatkan kesukaran lain.

Perkahwinan dan keluarga

Wang adalah isu sensitif dan disebabkan itu, ramai pasangan mengharungi alam perkahwinan tanpa berbincang antara satu sama lain secara terbuka mengenainya.

Adalah sangat penting bagi kita serta pasangan bersetuju dalam perkara yang membabitkan kewangan (andaian yang dibuat adalah kita berdua bekerja);

·    • Perancangan kewangan kita sepatutnya beralih daripada perancangan individu kepada perancangan bersama pasangan.
• Buat keputusan bagaimana menangani bil rutin, perbelanjaan untuk keluarga dan anak, bajet isu rumah, termasuk simpanan dan pelaburan.
• Untuk membuat bayaran bagi perbelanjaan bersama, simpan duit dalam akaun bersama setiap bulan. Kaji semula perbelanjaan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melihat sama ada perbelanjaan ini bertambah kerana inflasi atau gaya hidup kita yang baharu.
• Jika kita dan pasangan membuat keputusan untuk menggunakan kad kredit sebagai perbelanjaan bersama, pastikan pasangan yang menggunakan kad kredit mempunyai akses kepada akaun bersama untuk memudahkan
• Seperti mana perancangan semasa kita bujang, kita perlu menyediakan dana kecemasan untuk menghadapi perbelanjaan di luar dugaan yang mungkin membebankan kita, pasangan dan keluarga kita.
• Bincang tentang cara pelaburan kita dan pasangan termasuk jenis risiko dan kecenderungannya. Adalah bijak untuk mempunyai portfolio pelaburan yang serupa bagi memenuhi matlamat kewangan kita seperti persaraan bersama dan hidup dalam keselesaan.
• Pelaburan ini juga adalah untuk menanggung pembiayaan pengajian dan kos sara hidup anak kita nanti.

Kaji kemampuan

Perkara ini mungkin tidak sedap didengar atau dibincang tetapi kita harus berbincang mengenai hutang yang dibebani bersama, jika ada.

Setiap pasangan harus membuat komitmen untuk menyelesaikan hutang masing-masing dalam jangka masa tertentu selepas berkahwin sekiranya hutang itu tidak dapat dijelaskan sebelum berkahwin.

Sekiranya perlu bagi kita untuk mendapatkan pinjaman atau kad kredit selepas berkahwin, berbincanglah terlebih dahulu mengenai komitmen dan kemampuan kita. Kita tiada pilihan mesti bersetuju dengan terma dan tempoh pembayaran untuk menyelesaikan hutang.

Kita dan pasangan tidak perlu berselindung daripada berbincang mengenai hutang. Sesetengah perkahwinan dilaporkan gagal kerana masalah hutang yang dialami oleh pasangan mereka.

(Petikan artikel dari Berita Harian, 26 Januari 2013)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PERSARAAN KITA (KEWANGAN)

>> Buatlah perancangan mulai sekarang untuk kehidupan selesa pada hari tua

KITA tidak terlalu muda atau tua untuk merancang persaraan. Sebenarnya, lagi awal lagi baik, tetapi lebih baik ada daripada tiada langsung.

Bagaimanapun, adalah baik untuk memupuk tabiat menyimpan pada usia muda. Bahkan menabung patut menjadi amalan hidup kita.

Adalah bijak untuk tidak hanya mengharapkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana kemungkinan simpanan kita itu tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selesa ketika persaraan.

Mereka yang berada pada peringkat dewasa, lazimnya tidak memikirkan bahawa suatu hari nanti akan bersara.

Persaraan sememangnya bukan perkara mudah bagi semua peringkat umur. Orang yang berumur dalam lingkungan 40-an juga tidak mahu memikirkan aspek persaraan.

Mereka mempunyai pelbagai tanggungan – rumah, pelajaran anak, kesihatan ibu bapa dan 1,001 macam perkara yang perlu diberi keutamaan.

Takut ketinggalan

Kita juga mempunyai perasaan takut mengenai perkara yang tidak diketahui. Tanpa mengetahui apa yang akan berlaku pada hari tua kadang-kadang menghindarkan kita daripada memikirkan kebajikan kewangan.

Kadang-kadang kita seperti lebih rela hidup pada masa sekarang daripada memikirkan untuk merancang bagi masa hadapan.

Mungkin kita berasa takut kerana jauh ketinggalan dalam perancangan persaraan ini.

Kita mungkin sudah membelanjakan terlalu banyak wang, keupayaan menjana pendapatan pula tidak meningkat dan kita tidak mampu meningkatkan tabungan.

Kalau kita selalu menabung, kita mungkin berada dalam keadaan lebih selesa dan rasa diri berkuasa.

Asas perancangan persaraan

Seperti dalam proses perancangan, kita patut tahu kedudukan kita sekarang:
1) Berapa banyak simpanan dan aset yang kita ada sekarang?
2) Berapakah pendapatan bulanan kita?
3) Berapa peratusan pendapatan diagihkan kepada KWSP dan lain-lain pelan persaraan?
4) Berapa banyak pulangannya yang dikehendaki daripada pelaburan kita?
5) Berapa tahun yang kita boleh menjana pendapatan sebelum bersara?

Selepas menganalisis aset (harta) dan liabiliti (tanggungan) semasa, anggarkan keperluan perbelanjaan dan selaraskannya untuk menangani sebarang inflasi. Kemudian, buat keputusan bila anda ingin bersara – pada umur 45, 55, 60 atau 65 tahun?

Kos kesihatan ketika hari tua

Buat kiraan pendapatan yang diperlukan ketika persaraan mengikut gaya hidup yang diinginkan. Perancangan persaraan perlu merangkumi pengurangan hutang, bajet, mempelbagaikan pelaburan dan pengekalan kesihatan melalui diet dan bersenam.

Persoalan mengenai kesihatan adalah penting semasa hari tua. Kos kesihatan menjadi perbelanjaan besar yang boleh menghakis simpanan persaraan kita. Walaupun kita mempunyai insurans perubatan dan insurans hayat yang meliputi penyakit kritikal, ini mungkin tidak meliputi prosedur dan preskripsi yang kita perlukan.

Kadang-kadang sesetengah penyakit hanya dilindungi secara separuh atau tidak langsung dilindungi di bawah manfaat insurans. Oleh itu, perancangan persaraan yang lengkap harus dilakukan untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Garis masa persaraan

• Bukalah akaun KWSP pada hari pertama bekerja. Namun, disebabkan kesan inflasi, wang dalam simpanan KWSP mungkin tidak mencukupi bagi persaraan kita. Buka akaun simpanan di bank dan buatlah tabungan persaraan peribadi sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan boleh guna pada setiap bulan.

• Untuk setiap peningkatan umur kita, tambahlah tabungan dalam tabung persaraan peribadi dalam peratusan tertentu daripada pendapatan kita setiap tahun.

• Kenal pasti dan masukkan sebahagian daripada setiap kenaikan atau bonus tahunan kita ke dalam tabung persaraan. Pastikan kita mengambil kira tabungan yang perlu dibuat dalam bajet bulanan bagi tujuan persaraan.

• Apabila kita membuat simpanan untuk persaraan, kaji portfolio pelaburan untuk memastikan wang kita bertambah mengikut rancangan persaraan.

Kehidupan yang seimbang

Walaupun wang adalah perkara penting dalam kehidupan, ia bukanlah segalanya. Jangan jadikan sebagai matlamat utama hidup kita. Kesihatan, keluarga dan keseimbangan rohani adalah ciri-ciri penting dalam kesejahteraan hidup.

Kita patut menghulurkan derma dan memberi bantuan kepada yang kurang mampu agar dapat meringankan kesengsaraan dan keperitan hidup mereka. Adalah penting untuk mempunyai keseimbangan dalam hidup kita.

Kesimpulan

• Kita harus mempunyai strategi untuk mengharungi kehidupan.
• Perancangan kerjaya adalah penting supaya kita dapat menjana pendapatan.
• Adalah penting bagi kita untuk membayar balik pinjaman dan membayar cukai pendapatan
• Kita tidak terlalu muda atau tua untuk merancang persaraan.
• Adakan keseimbangan dalam kehidupan kerana wang bukan satu-satunya matlamat hidup.

(Petikan artikel dari Berita Harian, 2 Februari 2013)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MEMBINA KERJAYA SECARA TERANCANG

>> Pilih bidang kerja yang disukai, bijak dan cepat menyesuaikan diri

MENJALANI kehidupan seharian memerlukan anda membuat pilihan bijak sama ada dalam memilih kerjaya, membeli kereta atau rumah.

Membuat pilihan bijak memerlukan perancangan awal, menyelidiki apa yang terdapat di pasaran dan mengelak daripada membuat keputusan secara tergesa-gesa.

Kita mungkin sudah memperoleh pandangan, cadangan dan nasihat bagaimana
merancang dan menguruskan kewangan kita dari bab yang lepas. Apa yang perlu hanyalah untuk mengamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Dalam apa pun pekerjaan yang diceburi atau dipilih, ia adalah pengalaman pertama yang akan seterusnya membentuk kerjaya kita.

Tidak kira apa yang kita pilih, pupuk minat dalam kerjaya yang diceburi dan
pastikan kita menyayangi dan menyenangi kerjaya itu.

Adalah lebih baik kalau kita mempunyai bakat dan kebolehan dalam bidang yang diceburi. Sebagai contoh, jika kita tidak menyukai matematik, jangan paksa diri kita menceburi bidang perakaunan.

Sebaliknya, jika kita suka berurusan dengan orang ramai, kerjaya dalam bidang jualan dan pemasaran mungkin bidang yang sesuai untuk diceburi.

Bukan sekadar gaji semata-mata

Peranan kerjaya amar besar dalam kehidupan kita. Jadi, kita perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Kemajuan kerjaya akan menentukan kualiti hidup kita. Oleh itu, rancang kerjaya kita dengan betul.

Ingatlah! Setiap kali kita bertukar pekerjaan, pastikan ia adalah langkah positif terhadap peningkatan kerjaya serta meluaskan potensi kita untuk terus berjaya, bukan hanya setakat meningkatkan kapasiti pendapatan (gaji) semata-mata.

Walau apapun pekerjaan pertama kita, gunakan pengalaman itu sebagai pengajaran asas untuk menjalani kehidupan di mana-mana tempat bekerja.

Tingkatkan kemahiran komunikasi, baik dalam bentuk tulisan mahupun percakapan kerana mereka yang boleh menulis dan bercakap dengan baik berkemungkinan berdaya maju dalam sesebuah syarikat.

Amalkan kemahiran berinteraksi dengan semua kawan-kawan di tempat kerja dari pelbagai peringkat. Dapatkan tugasan yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kita.

Dalam keadaan tertentu, ambil bahagian secara sukarela dalam aktiviti untuk menonjolkan bakat kita.

Kita juga boleh membina kerjaya dalam syarikat yang sama sepanjang hayat atau bertukar pekerjaan dari satu syarikat ke syarikat lain.

Sekiranya kita ingin menukar pekerjaan, nilai dengan teliti dan berfikir secara mendalam, bagaimana pekerjaan baru boleh menambah, bukan hanya pendapatan sahaja, tetapi juga pengetahuan, kemahiran dan perkembangan kerjaya kita.

Bolehkah ia membantu kita menuju ke arah kerjaya yang ingin kita capai? Atau adakah ia membawa kita lebih hampir untuk mencapai matlamat kewangan kita?

Jadi, apapun alasan yang kita pilih untuk bertukar pekerjaan, pastikan ia memberi manfaat kepada kita bagi jangka masa panjang.

Ketahui dan fahami bahawa kejayaan dan kecemerlangan kita dalam sesuatu pekerjaan adalah tertakluk kepada usaha kita.

Ia tidak akan membosankan kalau kita menggunakannya untuk mengembangkan diri selain menyumbang kepada syarikat.

Boleh melewatkan matlamat

Pinjaman pelajaran adalah suatu tanggungjawab yang tidak boleh dipandang ringan. Apabila kita mula bekerja, sepatutnya kita tidak menangguhkan tanggungjawab untuk membayar semula pinjaman pelajaran.

Kita sudah membincangkan betapa pentingnya bagi kita berbuat demikian. Pinjaman pelajaran adalah sebuah pinjaman, bukannya pemberian hadiah.

Ia adalah satu kewajipan dari segi perundangan dan moral bagi kita untuk membayarnya supaya orang lain juga dapat menikmati faedah sama yang sudah kita nikmati.

Jika kita tidak membayar semula pinjaman pelajaran, ini boleh menjejaskan peluang kita untuk bekerja dengan baik. Kita juga mungkin tidak berpeluang mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan kelak. Ini berkemungkinan melambatkan usaha mencapai matlamat hidupan dan kewangan kita.

(Petikan artikel dari Berita Harian, 19 Januari 2013)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MEMBELI KERETA BARU ATAU TERPAKAI? (KEWANGAN)

SEBAIK sahaja anda mula bekerja, salah satu keputusan penting yang anda akan ambil ialah membeli sebuah kereta. Walaupun kereta merupakan kaedah pengangkutan yang selesa, namun perlu diketahui bahawa memiliki sebuah kereta bukan setakat membayar ansuran bulanan sahaja. Ia juga melibatkan kos lain seperti petrol, bayaran tol, bayaran parkir kereta, cukai jalan, insurans, kos penyelenggaraan serta kos membaiki apabila kereta anda rosak.

Seandainya anda boleh membayar segala kos yang disebutkan tadi dengan selesa, anda masih perlu bertanya kepada diri anda sama ada kereta itu merupakan suatu keperluan atau kehendak?

Apabila kereta adalah keperluan, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membeli kereta baru atau kereta terpakai. Ramai orang beranggapan bahawa membeli kereta baru adalah lebih baik kerana kos penyelenggaraannya rendah, tetapi pada hakikatnya memiliki kereta baru juga ada kelemahannya.

Ketika memutuskan jenis kereta yang diperlukan, anda hendaklah terlebih dahulu menilai kemampuan anda. Jika didapati membeli kereta baru boleh membebankan, belilah kereta terpakai yang masih berkeadaan baik. Lagipun, kereta hanya sebuah kenderaan yang membawa anda bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Tip bijak membeli kereta

• Buat perbandingan untuk mendapatkan kereta yang boleh diharapkan dan memenuhi keperluan anda. Ada baiknya jika anda meminta nasihat daripada ahli keluarga atau sahabat yang mahir/pakar mengenai kereta.
• Jika anda ingin membeli kereta terpakai, dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai atau melakukan pemeriksaan kereta tersebut di PUSPAKOM.
• Pertimbangkan harga jualan semula atau nilai tukar beli kereta sekiranya anda bercadang untuk menukarnya kelak.
• Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik berdasarkan kemampuan anda. Dapatkan maklumat mengenai kadar faedah efektif yang akan dikenakan.
• Rangka bajet mengikut pendapatan anda. Ambil kira ansuran bulanan kereta dan kos-kos lain seperti kos petrol, bayaran tol, parkir kereta, perbelanjaan lain, termasuk cukai jalan, insurans dan servis biasa.
• Cuba tingkatkan tabungan untuk bayaran pendahuluan supaya pinjaman yang diambil lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih singkat. Perlu diingatkan bahawa semakin panjang tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang anda perlu bayar. Ini mungkin akan menyukarkan anda untuk menjual kereta tersebut kerana nilai pasaran kereta jauh lebih rendah berbanding dengan baki pinjaman.
• Jangan gunakan kad kredit untuk membuat bayaran pendahuluan kerana anda terikat dengan pinjaman pada kadar faedah yang sangat tinggi.
• Bersedia untuk menanggung perbelanjaan di luar dugaan seperti membaiki kereta sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan. Ada baiknya untuk mengetahui tentang kemudahan mendapat alat ganti serta kos untuk menggantikannya.
• Pastikan kereta anda mempunyai perlindungan insurans komprehensif yang mencukupi atau sekurang-kurangnya mempunyai perlindungan insurans pihak ketiga.

(Petikan artikel dari Berita Harian, 27 Februari 2013)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MEMBELI RUMAH SEBAGAI PELABURAN (KEWANGAN)

PELABURAN dalam hartanah merupakan salah satu bentuk pelaburan yang membolehkan anda membina kekayaan, terutama jika rumah yang dibeli itu untuk disewakan atau dijual semula.

Berikut adalah soalan yang perlu ditanya sebelum anda membeli rumah untuk tujuan pelaburan:

• Apakah jenis hartanah yang boleh meningkatkan nilai kewangan anda?
• Berapakah jumlah sewa yang boleh anda peroleh daripada hartanah tersebut?
• Adakah anda mampu mengurus dan menyelenggarakan hartanah bagi tempoh jangka panjang, walaupun aliran tunai anda tidak menentu (terutama apabila tiada penyewa?)
• Oleh sebab hartanah adalah aset bukan mudah cair (tidak mudah untuk dijual), adakah ini mendatangkan masalah kepada anda sekiranya anda memerlukan wang tunai kelak?

Jika anda membeli hartanah dan merancang untuk menjualkannya kemudian, ingat bahawa anda mungkin dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (Real Property Gains Tax) ke atas keuntungan bersih daripada penjualan hartanah anda.

Faktor yang perlu dipertimbang

Terdapat dua faktor yang perlu dipertimbang sebelum membeli rumah, iaitu faktor bukan kewangan dan faktor kewangan.

Faktor bukan kewangan

1) Lokasi hartanah

Anda perlu menentukan di mana anda hendak tinggal dan jenis kejiranan anda. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi pilihan lokasi anda. Antaranya ialah:
• Kemudahan asas, seperti kedai, bank, pejabat pos, sekolah, hospital, taman rekreasi dan kawasan kejiranan
• Kemudahan pengangkutan awam
• Jarak dari tempat kerja
• Kesibukan lalu lintas
• Keselamatan

2) Jenis hartanah

Harga rumah bertanah biasanya adalah lebih tinggi, terutama jika ia berhampiran dengan kawasan bandar. Manakala harga rumah bertingkat seperti kondominium dan apartmen biasanya lebih mampu dimiliki. Kebiasaannya nilai pasaran rumah bertanah akan meningkat lebih cepat berbanding dengan rumah bertingkat.

3) Jenis pegangan hak milik

Membeli hartanah pegangan bebas atau dengan hak milik kekal bermakna anda mempunyai hak ke atas tanah tersebut untuk selama-lamanya. Hartanah pegangan pajakan pula bermakna anda hanya memiliki tanah tersebut selama tempoh pajakan, biasanya 99 tahun. Selepas tamat tempoh pajakan, hartanah tersebut hendaklah dipulangkan kepada pihak berkuasa, melainkan tempoh pajakan dilanjutkan dengan membuat bayaran premium. Oleh itu, nilai pasaran hartanah pegangan bebas biasanya lebih tinggi berbanding hartanah pegangan pajakan. Nilai hartanah pegangan pajakan pula biasanya menurun apabila hampir kepada tempoh tamat pajakan.

4) Jenis surat ikatan hak milik

Surat ikatan hak milik membuktikan anda pemilik sebuah hartanah. Anda akan diberikan hak milik individu bagi rumah bertanah, sementara hak milik strata kepada pemilik kondominium atau apartmen. Anda perlu memeriksa sama ada terdapat sebarang halangan atau sekatan ke atas hartanah tersebut kerana ia menjejaskan proses pemindahan hak milik atau penjualan hartanah. Sebaik-baiknya, berbincanglah dengan perunding hartanah, peguam atau dapatkan nasihat daripada pihak yang berpengalaman mengenai pasaran hartanah sebelum anda membayar wang pendahuluan.

5) Reputasi pemaju

Kebanyakan pemaju mengamalkan pendekatan “jual dulu bina kemudian”. Jika anda membeli rumah dalam pembinaan, anda akan mula membayar sebelum rumah anda siap dibina. Oleh itu, anda perlu mengkaji latar belakang pemaju dan rekod prestasi mereka. Anda hendaklah memastikan bahawa pemaju mempunyai lesen sah (belum luput) yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Anda boleh melayari laman sesawang KPKT di www.kpkt.gov.my untuk maklumat lanjut.

Anda juga perlu selidik projek lampau pemaju sama ada mereka menunaikan janji atau tidak. Periksa:

• Projek mereka disiapkan mengikut jadual ataupun tidak.
• Kualiti kerja mereka.
• Semua kemudahan disediakan seperti tertera di dalam brosur.
• Sama ada pembeli terdahulu berpuas hati dengan pembelian mereka.
• Jika projek rumah terbengkalai, anda masih bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman kepada institusi kewangan walaupun anda tidak mendapat hartanah tersebut.

Atas sebab inilah, pemaju terkenal yang memiliki rekod prestasi yang baik biasanya meletakkan premium ke atas harga jualan projek hartanah mereka.

Faktor kewangan

Nilai kemampuan anda. Periksa aliran tunai dan nilai harta bersih anda untuk menentukan keselesaan kewangan anda. Kedua-dua penyata ini merupakan kad skor kewangan dan menjadi rujukan ketika membuat keputusan berkaitan wang.

Biasanya terdapat dua persoalan tentang kemampuan yang perlu dipertimbang:

1) Bayaran pendahuluan dan kos berkaitan

Satu anggaran yang baik untuk bayaran pendahuluan sebuah rumah ialah antara 10% hingga 20% daripada harga rumah. Anda harus menyediakan peruntukan tambahan sebanyak 5% hingga 10% untuk kos sampingan yang berkaitan, terutamanya yuran guaman dan duti setem.

2) Antara sumber kewangan untuk membayar bayaran pendahuluan dan kos berkaitan termasuk:

• Tabungan atau pelaburan peribadi

Gunakan tabungan atau pelaburan anda sebanyak mungkin untuk bayaran pendahuluan. Lebih banyak bayaran pendahuluan, maka lebih rendah kos keseluruhan pinjaman anda.

• Akaun simpanan KWSP

Anda boleh mengeluarkan wang Akaun 2 sebagai bayaran pendahuluan. Sila dapatkan maklumat lanjut tentang kelayakan pengeluaran anda daripada pejabat KWSP.

(Petikan artikel dari Berita Harian, 13 Mac 2013)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN HUTANG (KEWANGAN)

TERDAPAT pelbagai kaedah untuk membayar hutang kad kredit anda. Bagaimanapun, ia bergantung kepada jumlah hutang dan pendapatan semasa anda. Situasi ini akan menentukan keupayaan anda untuk berhadapan dengan bayaran bulanan minimum.

Akses situasi kewangan

Akses kedudukan kewangan anda sebelum merancang mengurangkan hutang kad kredit anda adalah penting untuk mencapai matlamat. Hitungkan semua pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. Baki jumlah tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembayaran atau penggunaan kad kredit anda.

Merancang pengurusan hutang

Anda perlu membuat rancangan untuk mengurangkan hutang kad kredit. Perancangan hutang yang professional dapat menyingkirkan hutang yang tidak diperlukan. Bagaimanapun, pastikan bahawa anda telah mempertimbang dan memasukkan semua pilihan pelepasan hutang bagi mengurangkan jumlah hutang yang perlu dibayar.

Melaksanakan perancangan


Ia bukannya mudah, namun hutang kad kredit anda perlu dikurangkan. Anda mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun bagi menghapuskan hutang anda sepenuhnya, namun ia penting bagi meningkatkan tahap kredit anda. Anda harus menyedari bahawa hutang bukan hanya memberi impak kepada anda, juda rumah tangga anda. Memiliki rekod yang bersih dapat menjamin anda untuk meminjam wang sekiranya diperlukan pada masa hadapan.

Setelah mengenal pasti situasi kewangan dan membuat perancangan keseluruhan bagi mengurangkan hutang, anda perlu mempertimbangkan bagaimana untuk berjimat. Di bawah adalah tip-tip untuk pertimbangan anda:

1) Lebihkan pendapatan, kurangkan perbelanjaan

Terlebih dahulu, anda perlu memastikan bahawa telah mengeluarkan semua perbelanjaan yang tidak penting. Ini adalah penting bagi memudahkan anda untuk mengenal pasti jumlah yang boleh dijimatkan dengan mengubah tabiat pemakanan, misalnya makan di restoran yang murah (kurangkan makan di luar), membeli barangan runcit berjenama pasar raya berbanding jenama biasa. Anda mungkin perlukan pertolongan bagi menguruskan kewangan anda setiap hari untuk mengurangkan hutang anda.

2) Kurangkan perbelanjaan

Anda perlu mengenal pasti tujuan perbelanjaan anda. Peluang untuk anda berbelanja adalah lebih tinggi berbanding pendapatan. Ini adalah situasi yang kritikal di mana hutang tidak boleh dihapuskan. Justeru, anda perlu mengurangkan perbelanjaan harian anda terlebih dahulu. Anda perlu berusaha untuk melalui kehidupan yang sejajar dengan kemampuan anda dan bukannya mewah. Mengurangkan perbelanjaan adalah pilihan yang tepat, mudah dan pantas untuk melihat keberkesanannya.

3) Pendapatan yang lebih baik

Cari pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih baik dan pastikan anda tidak meninggalkan pekerjaan sekarang sehingga anda mendapat pekerjaan baru kerana ia akan menyebabkan stres yang berpanjangan.

4) Pekerjaan kedua

Dapatkan pekerjaan yang kedua, pekerjaan sementara untuk menambahkan pendapatan kerja sepenuh masa. Hal ini akan membantu menambahkan pendapatan bagi menampung perbelanjaan dan hutang yang anda tanggung.

5) Dapatkan khidmat golongan profesional

Sekiranya anda mendapati bahawa anda tidak mampu untuk membayar balik bayaran minimum, pilihan terbaik anda adalah untuk mendapatkan firma pengurangan hutang yang berupaya meringankan beban anda dengan menyediakan pembayaran mengikut keadaan semasa anda.

Anda juga perlu mendapatkan bantuan firma yang pakar yang mampu berunding untuk mendapatkan terma-terma imbalan yang baik bagi pelanggan mereka. Dapatkan juga pertolongan kaunseling kredit yang bukan bermotifkan keuntungan dan syarikat-syarikat konsolidasi perhutangan yang boleh membantu mengurangkan pengenaan bunga atas kad kredit, mengurangkan pembayaran bulanan dan sekaligus memberikan khidmat nasihat kewangan bagi mengelakkan masalah hutang kad kredit anda pada masa akan datang.

(Petikan artikel dari Harian Metro, 18 Mac 2013)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HUTANG DALAM KEHIDUPAN KITA (KEWANGAN)

>> Pengurusan sempurna, berdisiplin wujudkan suasana harmoni

HUTANG memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Kebanyakan daripada kita tidak mampu membeli semua keperluan yang dikehendaki secara tunai.

Oleh itu, kita tidak ada pilihan, terpaksa berhutang untuk membolehkan kita membeli aset seperti rumah dan kereta. Lainlah kalau kita memang daripada keluarga kaya raya yang mempunyai wang menimbun dalam bank untuk membolehkan kita mampu membeli rumah dan kereta secara tunai.

Bagaimanapun, kalau digunakan secara bijak, hutang juga boleh jadi alat berguna untuk membantu mencapai matlamat kewangan kita.

Maknanya, hutang bukan semestinya perkara tidak baik kerana ia juga membolehkan kita memiliki apa yang diinginkankan dengan cepat dan selesa.

Cuma, kalau kita mengambil hutang dengan cara berlebihan, itu yang mungkin menyebabkan kita akan menghadapi masalah untuk membayarnya. Ini seterusnya mendatangkan masalah kewangan kepada kita.

Jadi, adalah penting untuk mengurus hutang secara bijak dan hidup dengan jumlah hutang yang mampu diurus.

Mempunyai hutang yang terurus bermakna kita hidup mengikut kemampuan. Ia tidak melebihi batasan komitmen atau keadaan kewangan kita.

Ingat! Pengurusan hutang yang baik membantu kita mencapai matlamat kewangan dengan lebih cepat. Sebaliknya, pengurusan hutang yang lemah memberikan kesan negatif terhadap kehidupan kita.

Mengapa perlu diurus dengan bijak?

Kita hanya perlu sedikit dorongan serta disiplin mengurus hutang dengan bijaksana. Berikut adalah kebaikan mengurus hutang secara efektif:

• Pengurusan aliran tunai lebih baik

Kalau berjaya kawal hutang, kita akan mempunyai lebihan wang untuk tabungan dan seterusnya mempunyai kedudukan aliran tunai positif.

Memiliki aliran tunai yang positif adalah perlu kerana kita mempunyai dana berlebihan untuk membantu membina tabung kecemasan, mengurangkan hutang dan juga boleh memanfaatkan peluang pelaburan yang baik.

Aliran tunai positif boleh dicapai sekiranya kita mempunyai bajet dan memantaunya dengan baik.

• Pengurusan kekayaan lebih baik

Sebahagian besar proses membina kekayaan memerlukan kita membuat keputusan bijak mengenai hutang. Menerusi pengurusan hutang yang bijak, kita mengurangkan liabiliti sambil meningkatkan kedudukan nilai harta bersih.

Semua ini secara efektif akan membawa kepada pengurusan kekayaan yang lebih baik.

• Mengelak bayaran lewat dan caj penalti

Jadilah seorang pembayar hutang yang berhemah!

Lebih cekap kita mengurus hutang, maka lebih banyak penjimatan faedah dan caj lain yang kita peroleh. Ambillah langkah pertama dengan membayar hutang mengikut jadual.

• Kurangkan kos pinjaman

Kita boleh melangsaikan pinjaman dengan cepat kalau mengurus hutang secara bijak dan sentiasa memantaunya. Lebih cepat kita melangsaikan hutang, lebih banyak penjimatan kos faedah kita peroleh.

• Meningkatkan kedudukan kredit

Pengurusan hutang yang bijak akan membantu kita membina rekod kredit yang lebih baik bagi memudahkan kita mengambil pinjaman di masa hadapan.

Ini kerana rekod pembayaran kita akan dijejak atau diawasi melalui Biro Kredit, Bank Negara Malaysia. Setiap kali kita meminjam daripada institusi kewangan berlesen, semua hutang dan rekod pembayaran kita akan dicatatkan.

Oleh itu, kalau kita pernah terlewat atau gagal menjelaskan pinjaman, ini boleh menjejaskan keupayaan kita untuk mendapatkan pinjaman pada masa hadapan.

• Mengelakkan gangguan atau tindakan undang-undang

Untuk mengelak tindakan undang-undang, pastikan kita membayar ansuran bulanan tepat pada masanya. Kita perlu sedar bahawa kalau kita tertinggal atau tidak membayar ansuran mengikut jadual, kedudukan kredit kita akan terjejas dan si pemiutang akan mencari atau menghubungi kita.

• Hubungan keluarga lebih baik

Semakin cekap kita menguruskan hutang, semakin baik hubungan kita dengan ahli keluarga. Sering kali pertelingkahan atau salah faham yang berlaku antara ahli keluarga adalah berpunca daripada masalah kewangan.

Pengurusan hutang yang baik akan mengeratkan hubungan kita dengan keluarga serta kawan dan rakan sekerja. Ini pasti memupuk suasana lebih harmonis di rumah dan di tempat kerja.

(Petikan artikel dari Berita Harian, 11 Mei 2013)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

FALSAFAH BIAR PAPA ASAL BERGAYA (KEWANGAN)

>> Setiap bulan pening memikirkan hutang menimbun

BERHUTANG adalah perkara yang cuba dielakkan oleh semua orang. Kalau boleh, semua pembelian dilakukan secara tunai. Bagaimanapun, kemampuan untuk berbelanja setiap individu tidak sama. Ada yang terpaksa berhutang demi memenuhi keperluan asas dalam hidupnya.

Namun, ada yang berhutang kerana perkara tidak perlu. Mungkin kerana hendak bergaya, memenuhi nafsu beli-belah atau tidak mahu dianggap sebagai ketinggalan daripada pihak lain walaupun sedar diri sendiri tidak ada kemampuan untuk berbelanja besar.

Akhirnya, kita terperangkap dengan hutang yang menimbun. Memang pening apabila setiap bulan duit gaji terpaksa diagihkan untuk menyelesaikan hutang ansuran rumah, kereta, kad kredit dan mungkin hutang dengan kawan, malahan lebih parah kalau terpaksa berhutang dengan ah long pula.

Dalam keadaan ini mungkin pendapatan kita tidak mencukupi dan terpaksa menggunakan tabungan atau pelaburan untuk membayar hutang.

Satu daripada punca utama menyebabkan keadaan hutang berlebihan adalah kerana tamak. Mahatma Gandhi pernah berkata: “The world has enough for everyone's need, but not enough for everyone's greed!”. Ungkapan membawa maksud, sumber di muka bumi ini memang sudah cukup untuk memenuhi keperluan setiap manusia, tetapi tidak cukup untuk memuaskan ketamakan mereka (manusia).

Ada orang yang terlalu tamak sehingga mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya dan akhirnya menanggung kerugian besar. Lebih teruk, ada dikalangan mereka yang sanggup menggunakan pinjaman untuk melabur dalam skim penipuan itu dan terperangkap pula dalam belenggu hutang lebih besar. Inilah yang dikatakan sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula...

Berhutang untuk jaga imej

Ada orang yang nampak hidup mewah dengan membeli barangan mahal, padahal mereka ini sebenarnya tidak berkemampuan. Mereka berasakan penting mengekalkan imej. Orang dalam golongan ini sentiasa menggunakan kad kredit untuk berbelanja dan membuat bayaran minimum (paling rendah) setiap bulan.

Mereka inilah yang dikatakan berhutang secara berlebihan kerana mengamalkan hidup di luar kemampuan sebenar.

Keadaan tidak diduga

Ada orang terpaksa berhutang disebabkan peristiwa yang tidak dapat dielakkan. Mungkin kita sudah mengambil langkah sewajarnya untuk meminjam mengikut had kemampuan tetapi keupayaan membayar balik hutang boleh terjejas kalau berlaku peristiwa di luar kawalan.

Peristiwa tidak diduga ini seperti kehilangan pekerjaan, hilang upaya, menghidap penyakit kritikal atau lain-lain bentuk kecemasan.

Malangnya ada orang masih tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mengalami masalah kewangan tetapi berterusan menafikan dan menjadikan situasi betambah buruk hari demi hari.

Tanda masalah kewangan

Bacalah senarai perkara dibawah ini. Sekiranya ada antara perkara yang disenaraikan itu memang kita sedang menghadapinya, bermakna kita kena semak dan melihat semula kedudukan kewangan kita. Mengapa ia menjadi hutang menimbun dan segera mencari jalan untuk mengatasinya.

Kad Kredit

• Hanya mampu membayar baki minimum sahaja setiap bulan
• Baki tertunggak meningkat setiap bulan
• Menggunakan kad kredit pada had maksimum
• Tidak membayar atau selalu lewat buat bayaran
• Kad kredit dibatalkan oleh pihak bank

Pinjaman

• Kerap kali menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa
• Menerima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak bayar hutang
• Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit tidak memuaskan
• Meminjam wang dari keluarga atau kawan untuk bayar hutang
• Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang

Simpanan

• Menggunakan simpanan pada kadar membimbangkan
• Mempunyai sedikit atau tiada langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan

Perbelanjaan

• Hidup semata-mata bergantung pada pendapatan bulanan
• Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai sara hidup
• Tidak tahu berapa banyak hutang sehingga penyata diterima
• Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai wang

Padah akibat gagal bayar hutang

Kegagalan membayar ansuran pinjaman atau hutang kad kredit boleh membawa padah buruk. Apabila kita gagal menjelaskan pinjaman, institusi kewangan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kita.
• Kalau pinjaman kereta, institusi kewangan akan menarik balik dan menjualkan kereta kita untuk menampung bayaran hutang kereta tertunggak.
• Kalau pinjaman perumahan, institusi kewangan akan merampas rumah kita dan melelongnya. Kalau hasil lelongan tak cukup untuk menjelaskan hutang sepenuhnya, institusi kewangan akan mengambil tindakan terhadap kita (dan/atau penjamin, jika ada) untuk menuntut baki hutang.
• Bagi pinjaman cagaran, institusi kewangan mempunyai beberapa pilihan untuk melaksanakan penghakiman yang diperolehi untuk mendapatkan semula hutang mereka. Ini termasuk perintah rasmi rampasan dan jualan, saman prosiding ‘garnishee’, saman penghutang penghakiman dan petisyen kebangkrapan ke atas peminjam (dan/atau penjamin, jika ada)

Buat masa ini petisyen kebangkrapan boleh dimulakan kalau hutang terkumpul mencecah lebih RM30,000.

(Petikan artikel dari Berita Harian, 18 Mei 2013)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PERLUKAH TUKAR KERETA BARU? (KEWANGAN)

>> Fikirkan soal kemampuan, antara keperluan dan keinginan

PENGUMUMAN kerajaan menurunkan harga kereta baru-baru ini, antara 0.7 peratus hingga 11 peratus, untuk 10 model terpilih pastinya membuatkan ramai teruja untuk memiliki kenderaan sendiri.

Sekurang-kurangnya ada yang merancang untuk menukar kereta baru dengan harga agak murah bagi mendapatkan ansuran lebih rendah.

Bagi yang berkemampuan, memiliki kereta bukanlah satu kemewahan lagi. Ia adalah satu keperluan seperti kegunaan untuk pergi ke tempat kerja, melawat keluarga atau saudara mara di kampung, tengok anak di asrama atau sekurang-kurangnya membawa keluarga makan angin.

Apabila ada kereta bolehlah kita merancang perjalanan selain menjimatkan kos dan masa, terutama di tempat yang tidak ada pengangkutan awam atau perkhidmatannya pula tidak menentu.

Bagaimanapun, kita masih perlu bertanya pada diri sama ada memiliki kereta itu adalah suatu keperluan atau untuk memenuhi kehendak semata-mata.

Bijak membeli kereta

• Buat perbandingan terlebih dahulu untuk mendapatkan kereta yang boleh diharap dan memenuhi keperluan. Mintalah nasihat daripada kawan, ahli keluarga atau mereka yang arif pasal kereta.

• Kalau nak beli kereta terpakai (second hand), dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai atau kalau perlu, buat pemeriksaan PUSPAKOM ke atas kereta itu.

• Fikirkan juga harga jualan semula atau nilai tukar beli kereta kalau suatu hari nanti bercadang untuk menukarkannya kelak.

• Kalau mengambil keputusan memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik berdasarkan kemampuan kita. Dapatkan maklumat mengenai kadar faedah terbaik.

• Rancang bajet mengikut bajet pendapatan. Ambil kira ansuran bulanan dan lain-lain kos seperti petrol, tol, tempat letak kereta dan perbelanjaan lain termasuk cukai jalan, insurans dan kos penyelenggaraan.

• Cuba tambahkan simpanan untuk bayaran pendahuluan supaya pinjaman yang diambil lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih pendek. Kena ingat, semakin panjang tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang perlu dibayar. Ini mungkin menyukarkan kita untuk menjual kereta itu kerana nilai pasaran menjadi jauh lebih rendah berbanding baki pinjaman.

• Jangan guna kad kredit untuk buat bayaran pendahuluan kerana ia akan menyebabkan kita terikat dengan pinjaman pada kadar faedah sangat tinggi.

• Bersedia menanggung perbelanjaan di luar dugaan seperti membaiki kereta apabila rosak atau kemalangan. Ada baiknya kalau boleh mengetahui mengenai kemudahan mendapatkan alat ganti serta kos untuk menggantikannya.

• Pastikan kereta kita mempunyai perlindungan insurans komprehensif yang mencukupi atau sekurang-kurangnya ada perlindungan insurans pihak ketiga.

Kereta baru atau terpakai

Ramai yang beranggapan beli kereta baru lebih baik sebab kos penyelenggaraan lebih rendah. Itu mungkin betul. Hakikatnya memiliki kereta baru juga ada kelemahan. Misalnya, kadar ansuran bulanan yang tinggi.

Ketika hendak memutuskan jenis kereta, nilai dulu kemampuan kita. Kalau beli kereta baru membebankan, belilah kereta terpakai yang masih berkeadaan baik. Lagipun, kereta hanya sebuah kenderaan yang membawa kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

(Petikan artikel dari Berita Harian, 22 Jun 2013)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ORANG BUJANG BANYAK BERHUTANG (KEWANGAN)

>> Alasan tiada tanggungan, mahu berseronok, boros berbelanja

SELALUNYA sesetengah orang bujang tidak mahu berfikir panjang apabila ada banyak duit. Mereka tidak mahu fikir sangat pasal menguruskan duit.

Maklumlah orang bujang. Tanggungjawab tak banyak. Kalau ada pun, mungkin membayar ansuran kereta atau pinjaman pelajaran seperti PTPTN. Selebihnya, selagi ada duit di tangan, mereka akan berbelanja mengikut kehendak hati. Menukar telefon atau gajet baru berharga yang kadang-kadang tidak diperlukan sangat, membeli pakaian atau aksesori berjenama mahal.

Bagi orang bujang lelaki, kerana hendak menunjuk dirinya ada banyak duit, mereka akan belanja makan teman wanita di tempat eksklusif.

Soal hendak membuat simpanan kadang-kadang tidak terlintas dalam fikiran segelintir orang bujang.

Jadi, atas sebab itulah, orang bujang adalah antara golongan paling banyak berhutang berbanding mereka yang berkeluarga.

Berikut ada cerita yang menggambarkan kehidupan orang bujang yang berjaya tetapi boros.

Ia mengisahkan Dr Azam, lelaki muda dan berjaya. Pada umur 33 tahun, dia hampir memiliki semuanya; dua kereta mewah, tinggal di kondominium mahal dan mempunyai kerjaya membanggakan.

Dr Azam berasakan dia berhak memiliki gaya hidup serba mewah kerana sudah bekerja keras dan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi doktor pakar. Dia yakin mampu membeli apa saja yang diinginkan.

Dr Azam terlalu banyak bergantung kepada kad kredit. Dia berpendapat dengan gaji lima angka sebagai doktor pakar, tidak perlu bimbang dengan masa depannya. Apa yang penting ialah keseronokan serta merta dengan membeli semua kehendaknya menggunakan lima kad kredit yang dimiliki.

Dr Azam tidak ada bajet untuk menjejak aliran tunainya. Lama kelamaan, dia tidak mampu membayar ansuran dua keretanya dan hampir tidak dapat membuat bayaran minimum untuk semua kad kreditnya. Keadaan semakin meruncing apabila sewa kondominium juga tertunggak selama tiga bulan.

Berhadapan dengan tindakan pengusiran, Dr Azam didesak semua pemiutang supaya membayar hutang dengan segera. Sebuah keretanya ditarik oleh pihak bank. Tanpa disedari, Dr Azam dibelenggu hutang yang sudah mencecah RM 120,000. Takut akan diisytiharkan bankrap, dia mengambil keputusan mendapatkan bantuan AKPK.

Pengajaran daripada cerita Dr Azam ini ialah jangan ghairah hidup mewah atau memikirkan keseronokan saja semata-mata masih bujang, bergaji besar dan kerjaya bagus. Hutang juga tidak mengenal mangsa.

Oleh itu adalah penting untuk menguruskan bajet kita. Jangan ghairah sangat memiliki kad kredit. Kalau perlu sangat, cukuplah memiliki satu dan tidak lebih daripada dua kad kredit. Sebaik-baiknya ada satu saja.

Adalah dicadangkan menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan. Lebih baik kalau kita boleh simpan 15 peratus hingga 20 peratus daripada pendapatan bulanan (gaji) kerana kita akan mempunyai lebih banyak duit pada masa depan.

Panduan memupuk tabiat menabung
1. Menabung sebelum berbelanja

• Menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji atau pendapatan kita.
• Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain sepertinya.

2. Dorong diri dengan sasarkan matlamat.
• Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri kita menabung.
• Kita boleh menetapkan matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.

3. Jadikan tabiat.
• Selepas membuat simpanan 10 peratus daripada gaji kita, cabar diri untuk meningkatkan tabungan secara beransur-ansur.

4. Simpan sebahagian ‘durian runtuh’.

• Setiap kali terima duit seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan.
• Kalau kita menerima kenaikan gaji, tingkatkan jumlah simpanan bulanan kita.

Menabung untuk kecemasan
Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang kejadian tidak diduga boleh menyebabkan kita hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Ada kalanya kita mungkin memerlukan jumlah duit yang banyak dalam masa singkat untuk menangani masalah yang kita hadapi.

Kebiasaannya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan kalau kita kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan serius dengan tiba-tiba atau akibat kos membaiki kerosakan rumah atau kereta. Kalau kita atau pasangan kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar.

Dalam keadaan begini, adalah penting bagi kita mempunyai tabungan untuk menanganinya. Sebagai panduan, kita perlu mempunyai simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas kita selama tiga hingga enam bulan. Keadaan akan bertambah buruk jika kita perlu meminjam untuk mengatasi masalah yang timbul.

Selain menabung untuk tujuan kecemasan, bajet atau perancangan perbelanjaan juga boleh membantu kita menyimpan untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang bernilai besar.

(Petikan artikel dari Berita Harian, 29 Jun 2013)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme