Label

MASALAH CEPAT KALAH TIDAK MENGIRA BANGSA, UMUR (SAKIT TUAN)

SAYA lelaki berumur 20-an. Adakah normal bagi lelaki Asia tidak tahan lama di ranjang? Jika dibandingkan dengan orang Barat, mereka lebih lama dan bertenaga sehingga paling kurang 10-15 minit.

Saya akui batin saya lemah, jadi apakah rawatan yang perlu dilakukan atau produk apa diperlukan?

LAN
Kuala Kangsar

MASALAH cepat klimaks dialami lelaki boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira bangsa, umur, darjat atau keturunan. Ia boleh berlaku ketika mula melakukan hubungan intim atau dalam keadaan tertentu seperti keletihan atau sudah lama tidak berintiman atau ketika teruja seks membuatkan kawalan ejakulasi terganggu.

Pendek kata, cepat klimaks merunsingkan semua lelaki dan pasangan mereka. Ia menjadi lebih berat jika kedua-duanya tidak melakukan hubungan kelamin kerana takut dihampakan.

Sepatutnya hubungan kelamin perlu selalu dilakukan kerana jika kerap diamalkan, tentu ia dapat melatih pasangan memanjangkan masa berintiman.

Apabila cepat klimaks menjadi masalah, ia perlu dikendalikan secara bijak. Sekurang-kurangnya jumpa doktor keluarga atau mana-mana doktor bertauliah.

Dalam pengendalian masalah cepat klimaks, sekurang-kurangnya doktor akan beri sedikit tunjuk ajar mengenai cara mengekalkan ereksi ketika berintiman dengan pasangan.

Jika penghujung zakar ngilu, doktor boleh beri ubat dalam bentuk jeli mengandungi ubat anestetik (ubat melap rasa). Doktor juga boleh beri ubat yang dapat meningkatkan kawalan minda supaya tidak mudah klimaks.

Pendek kata, ada pelbagai perubatan dan pendekatan cara moden dan berteknologi yang boleh dilakukan oleh doktor.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MELENDUT, URAT TERSIMPUL PUNCA TAK SELESA (SAKIT TUAN)

BUAH zakar saya melendut serta berurat tebal. Urat berkenaan berada di sebelah kerandut saja dan ia kelihatan timbul serta seakan-akan tersimpul. Bagaimanapun, saya tidak berasa sakit.

Apakah punca ia terjadi? Adakah masalah ini akan membawa keburukan atau petanda sesuatu penyakit berbahaya?

ZAL
Pulau Pinang

JIKA sering melakukan pemeriksaan kendiri kepada buah zakar dan kerandut buah zakar, anda akan dapati pelbagai rasa dan perbezaan.

Jika memeriksa buah zakar ketika kerandut mengendur, anda akan melihat kedua-dua buah zakar dengan mudah, pundi Epidimis di belakang buah zakar dan di atas pula pelbagai urat yang sebilangannya kelihatan tebal dan ada juga seakan-akan mengembang.

Jika berdepan cermin dengan keadaan mendedahkan buah zakar, anda akan kelihatan ia tidak seimbang. Sebilangan besar lelaki mempunyai buah zakar kiri sedikit ke bawah daripada kanan.

Jarang kedua-duanya kelihatan seimbang, kecuali jika anda melihatnya dalam keadaan kerandut mencengkam atau menegang. Jika anda periksa kedua-dua buah zakar dalam keadaan kerandut mencengkam, buah zakar terasa padat.

Urat kembang tadi akan rasa lebih kembang. Sesetengah lelaki mempunyai kerandut labuh dan sentiasa berkeadaan begitu. Ada pula mempunyai kerandut yang sentiasa padat.

Semua ini keadaan biasa dan bukan masalah. Kebiasaan untuk pembuluh darah vena buah zakar kiri lebih kembang dan berpintal berbanding pembuluh darah sebelah kanan.

Ini berlaku kerana pembuluh darah itu panjang, merentasi usus untuk bercantum dengan vena buah pinggang. Lelaki yang kerap mengalami sembelit atau buang air besar keras akan mendapati pembuluh darah kirinya sentiasa kelihatan kembang atau terasa kembang.

Jika pembuluh darah ini berpintal-pintal dan kembang serta kelihatan berdekatan kerandut, ada kemungkinan situasi itu dikenali sebagai ‘varikosel’.

Sebilangan lelaki yang mempunyai varikosel ketara boleh kadang kala rasa senak yang sebenarnya menandakan vena mencengkam untuk menolak darah ke vena besar.

Ada lelaki yang mengalami varikosel mengalami masalah kepada kilang sperma, iaitu bilangan sperma yang kurang dan sperma kurang aktif. Anda tidak perlu risau.

Mana-mana lelaki yang memeriksa buah zakar untuk kali pertama akan rasa macam-macam ‘perubahan’ atau ‘masalah’. Jika curiga, anda boleh rujuk kepada doktor dan bukan tukang urut atau dukun.

Jika tersalah periksa atau mengurut buah zakar atau pembuluh yang kembang, ia boleh merosakkan anggota itu. Jika mahu hubung dengan saya, sila hantar e-mel ke dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KEPERLUAN BELAIAN, USAPAN (SAKIT TUAN)

SEORANG lelaki pernah memberitahu saya bahawa buah zakar dan alat kelaminnya kerap termasuk ke dalam kulit sejak beberapa bulan lalu. Dia juga berkata, kedua-dua buah zakarnya kecut dan zakarnya mengecil.

Dia tidak gemuk dan perkara ini tidak pernah berlaku ketika zaman muda. Dia juga ada seorang anak berumur sembilan tahun.

Apabila saya tanya kenapa hanya seorang, dia menjelaskan sudah berpisah dengan pasangannya enam tahun lalu dan kini masih menduda. Sejak itu, dia tidak melakukan onani, malah tidak mengalami mimpi basah. Berdasarkan semua jawapan itu, saya merumuskan zakarnya menjadi kecil dan kecut kerana tidak digunakan lagi.

Saya teringat cerita beberapa sahabat yang bertanya Imam Al-Nawawi kenapa anggota kelamin mereka kecut dan tidak bermaya apabila kembali daripada pengembaraan selepas berniaga dan pulang ke pangkuan isteri.

Imam Al-Nawawi menyatakan, jika lama tidak digunakan, anggota itu akan menjadi ‘tak berguna’. Dia juga menjelaskan cara mencergaskan kembali anggota itu dengan membelai dan mengusap dengan niat menyegarkannya semula.

Mungkin agaknya cara mengurut dan mengusap anggota kelamin menjadi amalan sebilangan lelaki kita untuk mengekalkan keaktifan anggota kelamin.

Namun, cara ini tidak berguna jika anggota kelamin lelaki tidak berfungsi akibat penyakit atau masalah kesihatan.

Mereka perlu berjumpa doktor untuk menyelesaikan masalah mati pucuk, bukan mencuba ubat daripada pasaran gelap atau mendapat rawatan daripada mereka yang tidak bertauliah.

Memandangkan hubungan seksual satu aktiviti lasak, ia memerlukan tenaga fizikal yang mantap. Jika lemah atau letih, sukar untuk memulakan atau meneruskannya. Pencapaian ereksi pula memerlukan perjalanan darah yang lancar dalam otot zakar dan kekuatan otot benteng zakar untuk mengekalkan ketegangan zakar.

Jika darah tidak lancar, ereksi gagal dan jika otot benteng zakar tidak kukuh, ereksi tidak kekal. Pendek kata, untuk menjayakan hubungan kelamin, badan perlu sihat dan anggota kelamin perlu berfungsi dengan sempurna.

Semua ini boleh tergugat apabila kesihatan tergugat. Cara bijak untuk mengekalkan tahap kesihatan cemerlang ialah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Amalkan pemakanan seimbang, jaga berat badan, hindari rokok dan minuman keras serta urus tekanan dengan baik. Sememangnya semua yang disarankan itu nampak senang tapi ternyata secara rambang, sangat sukar melakukannya. Anda boleh bayangkan keadaan lelaki muda yang sepatutnya mempunyai daya kemampuan syahwat yang mantap, tetapi sebaliknya pula berlaku.

Kegemukan atau obesiti, tidak melakukan senaman berkala, tidak banyak bergerak tapi banyak duduk, merokok, minum minuman keras, penggunaan dadah, banyak aktiviti malam, tekanan, masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dan penyakit kronik (tekanan darah tinggi atau penyakit kencing manis sewaktu umur muda) menggugat fungsi seksual dan mengakibatkan masalah seksual.

Jika mahu jauhkan diri daripada masalah seksual seperti mati pucuk, masalah cepat klimaks yang menandakan kelemahan syahwat dan mengekalkan kesihatan seksual pada tahap terbaik, lakukan apa saya syorkan.

Jika keadaan masih sama, itu bermakna masalah terbabit perlukan sokongan rawatan dan rawatan itu perlu daripada doktor, bukan dengan membeli ubat atau produk daripada Internet atau kawan.

Jumpa doktor dan jalani pemeriksaan serta dapatkan bimbingan dan perawatan berkualiti dan selamat. Lelaki tidak boleh malu untuk mendapatkan rawatan bagi menyelesaikan masalah seksualnya. Masalah seksual adalah penyakit dan ia perlu dirawat oleh doktor.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ISTERI SELERA MAKAN BURGER (SAKIT PUAN)

ISTERI saya hamil anak pertama dan kini dalam tempoh trimester pertama. Dia sering muntah selepas makan dan memberitahu dia hanya lalu makan makanan segera seperti burger. Jika mengambil makanan lain dia akan muntah.

Dari sudut perubatan, adakah mengambil makanan sebegini elok untuk kesihatan ibu dan kandungan? Jika tidak, apakah pandangan doktor untuk mengelak daripada pengambilan makanan sebegini?

Amir,
Selangor.

PEMAKANAN berkhasiat amat penting dalam pertumbuhan janin. Kita semua inginkan anak yang sihat dan cerdik.

Wanita hamil dalam trimester pertama lazim mengalami keadaan loya dan muntah sehingga menyebabkan sedikit penurunan berat badan dan keletihan akibat metabolisme yang bertukar kepada asidosis laktat.

Namun ia perlu ditangani sebelum memberi kesan kepada ibu dan kandungannya. Pemakanan boleh diubah suai kepada memakan dalam kuantiti yang sedikit-sedikit saja kerana isi padu perut lambat mengosong sewaktu hamil.

Bagi menampung jumlah keperluan pemakanan, bolehlah isteri anda makan lebih kerap iaitu mengulangi pemakanan selepas setengah jam. Elakkan berbaring selepas makan untuk mengurangkan keadaan keasidan pada saluran makanan esofagus.

Sesetengah wanita mendapati dengan mengelakkan makanan berminyak, ia dapat mengurangkan loya atau muntah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ENAM BULAN NIKAH BELUM HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 22 dan suami berumur 23 tahun. Kami baru berkahwin selama enam bulan dan saya masih belum hamil. Saya dan suami mempunyai bacaan BMI yang normal.

Kitaran haid saya tetap dan ada sedikit masalah senggugut tetapi cuma sehari haid saja, selepas itu ia hilang. Kami kerap bersama dan saya juga cuba berurut kampung tetapi tidak juga hamil.

Sekarang saya banyak mendengar mengenai tiub fallopio tersumbat. Apakah tanda tiub terbabit tersumbat? Bagaimana hendak mengesannya? Adakah masalah senggugut saya menyebabkan saya lambat hamil? Saya sangat bimbang apatah lagi saya amat menginginkan zuriat.

Ida,
Shah Alam, Selangor.

ANDA bolehlah menjalani pemeriksaan kesuburan. Bagi wanita yang mempunyai masalah berkaitan, tempoh enam bulan mencuba sudah mencukupi untuk mereka mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesuburan pula.

Tiub fallopio tersumbat lazimnya tiada petanda. Status tiub juga tidak dapat diperiksa menggunakan kaedah ultrabunyi kecuali sekiranya terdapat takungan cecair di dalam tiub terbabit (hidrosalping). Status tiub fallopio boleh diperiksa menggunakan kaedah sinaran-X yang dinamakan HSG ataupun lebih lengkap lagi secara pembedahan kecil.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU TOMPOK CECAIR COKLAT (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 33 tahun dengan berat 52 kilogram (kg) dan ketinggian 150 sentimeter. Saya juga ibu kepada sepasang anak perempuan berusia 10 tahun dan anak lelaki berusia enam tahun.

Saya mengamalkan ubat perancang kehamilan Nordette selama ini. Masalah bermula sejak dua bulan lalu apabila tompok cecair coklat hadir walaupun bukan pada waktu haid.

Adakah itu dikira haid atau masalah lain? Situasi ini mengundang masalah bagi saya sama ada masih suci atau tidak untuk mengerjakan solat dan puasa.

Iza,
Kuala Lumpur.

SUKAR untuk menjawab pertanyaan anda tanpa mengetahui maklumat lanjut.

Adakah anda mengambil pil ini seperti yang disarankan atau anda terlupa mengambilnya? Adakah anda mengalami masalah usus yang boleh mengganggu serapan ubat itu?

Bilakah kali terakhir anda menjalani pemeriksaan sakit puan termasuk ujian pap smear dan imbasan ultrabunyi bahagian pelvis?

Eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor sakit puan kerana pendarahan di luar waktu haid boleh juga disebabkan oleh penyakit berbahaya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SENGGUGUT GANGGU RUTIN KERJA (SAKIT PUAN)

SAYA ingin memohon pandangan doktor mengenai masalah saya. Saya berumur pertengahan 30-an dan selalu mendapatkan rawatan sakit puan di sebuah hospital kerajaan.

Sebelum ini saya berjumpa doktor disebabkan masalah haid yang panjang (melebihi tujuh hari dan hampir 15 hari). Doktor berkenaan memberikan saya Diane 35, Loette dan Regivedon tetapi itu beberapa tahun lalu.

Kali ini doktor mengesahkan saya mengalami senggugut dysmenorhea dan endometriosis serta positif fibroid di rahim. Saiz fibroid saya hanya 4 x 4.4 sentimeter. Baru-baru ini mereka memberitahu saya mempunyai rahim jenis terbalik.

Sebelum ini saya pernah mengambil ujian darah dan kemudian ujian ultrabunyi melalui faraj. Hasil ujian terbabit, tiada apa yang perlu dirisaukan dan ovari berada dalam keadaan normal.

Saya ingin tahu kaedah untuk mengatasi masalah senggugut dysmenorhoea kerana ia amat mengganggu rutin kerja saya. Malah ia juga memaksa saya mengambil cuti sakit setiap kali hari pertama haid walaupun doktor sudah membekalkan saya dengan ubat penahan sakit seperti Ponstan, asid mefenamic dan naproxen.

Adakah benar pembedahan fibroid tidak akan dilakukan jika saiznya tidak melebihi lima sentimeter?

Baru-baru ini, doktor di hospital mencadangkan saya mengambil ubat hormon Yaz selama enam bulan tetapi sekarang baru beberapa minggu saya makan, haid saya panjang dan di hujung haid keluar warna coklat.

Adakah benar pengambilan ubat ini boleh mendatangkan kesan sebegini?

Saya juga ingin tahu, adakah wanita yang sudah lama tidak melakukan hubungan seksual (beberapa tahun) perlu menjalani ujian pap smear?

Salmah,
Kuala Lumpur.

WANITA yang mengalami fibroid juga boleh mengalami endometriosis, suatu penyakit yang boleh menyebabkan senggugut (dysmenorhoea), sakit ketika hubungan seks atau sakit berterusan apabila keadaan menjadi kronik.

Kedua-dua penyakit ini sering seiringan kerana kedua-duanya ‘hidup’ atas rangsangan yang sama iaitu hormon estrogen. Sekiranya penyakit endometriosis ini berada dalam peringkat teruk, ia boleh mengganggu kesuburan.

Fibroid lazimnya tidak menyebabkan kesakitan kecuali jika fibroid terbabit berada di dalam ruang rahim (bertangkai atau seperti polip) atau jika fibroid berkenaan mengalami proses degenerasi. Ubat yang anda ambil sepatutnya menjadikan haid anda lebih pendek dan sedikit saja, ia digunakan untuk mengawal pendarahan haid.

Pastikan anda mengambilnya mengikut aturan kerana jika tidak, ini pula akan menyebabkan gangguan haid tidak menentu.

Ujian pap smear pula disarankan untuk wanita yang pernah menjalani hubungan seksual tanpa mengira waktu terakhir hubungan seks terbabit dilakukan. Ujian pap smear disarankan secara berjadual, bukannya sekali seumur hidup atau selang bertahun tanpa aturan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PUSAT BENGKAK, ADA BENJOLAN LEPAS LAHIR ANAK (SAKIT PUAN)

SAYA baru lapan hari melahirkan anak dan masalahnya, saya dapati pusat saya bengkak dan ada benjolan dari dalam.

Saya tidak pernah mengalami perkara seperti ini dan ini membuatkan saya rasa takut. Apakah yang harus saya lakukan?

Lina,
Selangor

ANDA mungkin mengalami hernia. Lapisan kulit dan dinding pada bahagian terbabit menjadi lemah disebabkan tekanan dari dalam menolaknya sehingga ia kelihatan membonjol. Mungkin ia terjadi secara perlahan-lahan akibat tekanan dalam abdomen yang meningkat sewaktu kehamilan semakin membesar dan juga apabila meneran sewaktu bersalin.

Anda boleh mendapatkan pemeriksaan doktor bahagian bedah am. Bergantung kepada saiz ‘lubang’ berkenaan, pilihan boleh jadi pembedahan menutup hernia terbabit ataupun anda boleh memakai ‘tali pinggang’ untuk menahan ia daripada membonjol keluar.

Selepas ini, elakkan atau rawat perkara yang boleh meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti batuk berpanjangan, sembelit, mengangkat barang berat dan seumpamanya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GADIS HADAPI MASALAH HORMON (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 19 tahun dan mempunyai masalah hormon. Ramai mengatakan hormon saya tidak stabil justeru, saya mengalami pelbagai jenis penyakit yang kebiasaannya tidak berlaku pada gadis lain.

Contohnya, masalah jerawat, pertumbuhan bulu badan yang agak ketara di suatu tempat, warna puting yang gelap dan masalah haid yang tidak teratur.

Ada juga yang mengajar saya mengenai kaedah urutan hormon. Benarkah semua kenyataan itu? Kaedahnya agak berlainan iaitu dia menyuruh saya memasukkan jari ke dalam dubur dan menolaknya ke arah kemaluan selepas menekan di antara lubang dubur dan kemaluan.

Jika saya tersalah buat, saya akan menderita pelbagai jenis kanser. Apakah pendapat doktor mengenai perkara ini?

Adakah sebarang rawatan untuk mengubati semua masalah saya itu? Saya benar-benar mengharapkan pandangan doktor.

Nur Fazlin,
Melaka

MASALAH
hormon ada banyak. Jenis hormon juga ada banyak. Apa pun, ada sebahagian masalah hormon ini sebenarnya disebabkan oleh penyakit contohnya ketumbuhan dan seumpamanya.

Anda perlu tahu jenis hormon yang anda hadapi serta sama ada ia mempunyai kaitan atau punca penyakit badan atau sama ada ia hanya disebabkan oleh tekanan saja.

Inilah pertama kali saya mendengar kaedah urutan hormon yang anda terangkan. Secara logiknya, jika dilakukan berulang-kali, ia menjadikan dinding faraj bahagian belakang lemah dan mudah mengalami prolaps sehingga dubur atau usus boleh membonjol ke bahagian faraj.

Jika ini terjadi, seseorang boleh mengalami masalah sukar membuang air besar dan terpaksa memasukkan jari ke dalam faraj untuk menekan dinding atau najis kembali ke dalam usus atau dubur. Faraj mengandungi salur darah dan otot. Faraj tidak mengandungi kelenjar berhormon. Sukar untuk menjelaskan bagaimana teknik ini dapat mengeluarkan atau mengembalikan keseimbangan hormon. Selain itu, apakah jenis hormon yang dimaksudkan itu?

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BUKAN SEMUA KEGUGURAN PERLU CUCI RAHIM (SAKIT PUAN)

SAYA sudah lebih setahun berkahwin. Pada Disember tahun lalu, saya mengalami keguguran dan ketika itu, usia kandungan saya baru dua bulan.

Sehingga kini saya masih tidak hamil. Ketika saya keguguran, doktor mengesahkan rahim saya sudah kosong dan rahim saya tidak dicuci.

Apakah yang harus saya lakukan kerana saya benar-benar ingin menimang cahaya mata.

Noor,
Johor

ADA yang menganggap setiap keguguran perlu dicuci. Ini tidak benar. Sekiranya keguguran terbabit habis keluar, ia disahkan secara penilaian ke atas corak atau kuantiti pendarahan, bukaan pintu rahim dan imbasan ultrabunyi pelvis ke atas bahagian dalam rahim.

Jika ia sudah kosong, perbuatan prosedur cuci (yang sebenarnya prosedur mengikis lapisan terdalam dinding rahim) boleh menyebabkan trauma pada dinding terbabit sehingga ke bahagian otot myometrium. Ini akan menimbulkan komplikasi.

Eloklah anda menjalani pemeriksaan kesuburan. Kadangkala sesuatu penyakit lambat timbul atau memberi kesan. Kadangkala suami pula yang mempunyai masalah sperma. Walaupun jika didapati kedua-dua anda tidak bermasalah, rawatan kesuburan yang mudah secara pemberian pil subur dan mungkin disusuli rawatan IUI dapat meningkatkan peluang kehamilan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

57 HARI DATANG HAID (SAKIT PUAN)

SAYA bersalin anak pertama pada Disember 2011. Selepas itu saya didatangi haid pada April 2012.

Haid saya tidak menentu, tempoh haid sepatutnya 28 hari tetapi pada kiraan saya, antara 40 hingga 57 hari barulah saya didatangi haid.

Kali terakhir haid saya pada 1 April lalu dan selepas itu, tiada haid langsung hinggalah kini.

Saya menyusukan anak dengan susu badan pada waktu malam dan semasa saya bercuti. Berat badan saya juga meningkat dan apabila dilakukan ujian kehamilan, saya tidak hamil. Apakah pandangan doktor mengenai perkara ini?

Ani,
Kuala Lumpur

ADAKAH anda mengambil sebarang ubat berhormon atau produk kesihatan atau kecantikan yang sebenarnya dikhuatiri mengandungi bahan berhormon atau steroid?

Langkah pertama adalah berjumpa doktor untuk mengambil ubat mendatangkan haid, setelah kemungkinan kehamilan dikecualikan. Ini boleh diperoleh daripada kebanyakan klinik pengamal perubatan.

Ia penting untuk tujuan kesihatan kerana membiarkan tidak didatangi haid untuk tempoh yang lama boleh mendorong lapisan endometrium di dalam rahim untuk berterusan menebal di luar kawalan sehingga menyebabkan penyakit berbahaya.

Kemudian seeloknya berjumpalah doktor pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut. Selain itu, imbasan ultrabunyi pelvis akan dilakukan untuk menilai keadaan lapisan endometrium rahim, rahim dan ovari. Ujian darah profil hormon juga penting untuk mengesahkan atau mengecualikan beberapa penyakit.

Berhati-hati dengan apa yang anda ambil. Ubat atau produk yang disediakan dan diambil dalam dos berlebihan memang dapat menunjukkan kesan yang diingini dengan lebih cepat, tetapi kesan sampingannya juga lebih memudaratkan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAKAL PENGANTIN KURANG YAKIN (SAKIT PUAN)

MASALAH ini menghantui saya sejak dulu lagi. Pada bahagian faraj saya terdapat lebihan kulit yang lembik di sebelah kiri yang agak tebal dan banyak.

Ini membuatkan saya kurang selesa dan segan bertanya sesiapa. Lebih membuatkan saya gelisah kerana pada akhir tahun ini saya akan mendirikan rumah tangga. Saya rasa tidak yakin dengan diri saya.

Adakah ini disebabkan semasa kecil saya tidak disunatkan atau ia petanda penyakit kulit? Apakah yang harus saya lakukan? Adakah lebihan kulit itu boleh dibuang? Jika ada, apakah rawatannya dan di mana boleh saya merujuk perkara ini?

Zura,
Selangor

PERNAHKAH anda melakukan hubungan seks? Terdapat beberapa kemungkinan termasuk ketuat virus, lebihan lemak (lipoma) dan seumpamanya.

Berjumpalah dengan pakar sakit puan. Ia boleh dirawat secara ubat sapuan, malah ia juga boleh dibuang secara pembedahan kecil.

Doktor mungkin akan membuat pemeriksaan lanjut mengenai kemungkinan penyakit lain.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HAID LEBIH 15 HARI (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 21 tahun dan mengalami haid sudah lebih 15 hari.

Saya didatangi haid pada 11 Mei hingga kini (3 Jun). Saya ada berjumpa doktor yang memberikan saya kapsul transamin 250 untuk dimakan selama lima hari iaitu tiga kali sehari.

Saya sudah menghabiskan ubat terbabit tetapi darah tetap keluar. Ia keluar pada waktu pagi dan petang dalam kuantiti sedikit.

Bulan lalu saya ada mengadakan hubungan kelamin dan darah keluar ketika melakukan hubungan itu. Harap doktor dapat membantu saya.

Nora,
Selangor

SUDAHKAH anda menjalani pemeriksaan doktor? Pemeriksaan fizikal am dapat mengesan tahap kesihatan darah anda selepas mengalami haid yang panjang.

Kadangkala ia dapat mengesan puncanya misalnya bengkak pada bahagian ari-ari di tengah boleh menandakan anda mengalami fibroid.

Kadangkala terdapat polip yang keluar daripada celah pintu rahim sehinggakan mudah berdarah selepas hubungan seks penetratif ataupun sekiranya diusik misalnya dengan jari.

Dalam kebanyakan kes, tiada petanda lain yang ditemui melalui pemeriksaan fizikal dan memerlukan doktor melakukan imbasan ultrabunyi, mungkin secara kaedah trans-vaginal (melalui faraj) bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas lagi.

Bagaimanakah keadaan lapisan dalaman rahim yang membentuk haid, adakah ia masih menebal walaupun sebahagian haid sudah begitu lama turun keluar?

Bagaimanakah dengan ovari anda, adakah terdapat petanda penyakit seperti ovari polisistik? Eloklah anda berjumpa pakar sakit puan pula untuk pemeriksaan lanjut.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PETANDA AWAL KEHAMILAN (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 25 tahun dan baru saja mendirikan rumah tangga pada Mei 2013. Haid saya sangat tidak teratur sejak remaja.

Pada bulan yang sama sebelum majlis perkahwinan saya itu, saya didatangi haid namun sebelum ini, sejak Januari hingga April, saya langsung tidak didatangi haid.

Sekarang saya masih tidak datang haid dan sudah lewat dari tarikh sebelumnya. Saya pernah berjumpa doktor dan diberitahu, keadaan itu normal sekiranya berlaku sejak awal permulaan haid.

Saya juga mengalami bengkak pada payudara, sakit di ari-ari (seperti mencucuk-cucuk) dan gatal pada bahagian faraj. Sebelum ini saya tidak pernah mengalami bengkak pada payudara ketika haid.

Adakah keadaan ini normal selepas berkahwin? Adakah saya boleh hamil jika haid tidak teratur? Harap doktor dapat memberi pandangan.

Naz,
Kuala Lumpur

ADA kemungkinan anda hamil. Petanda awal kehamilan adalah ketiadaan haid, payudara tegang atau bengkak, puting payudara menjadi sensitif, sakit terhadap sentuhan dan kemudiannya ujian kencing kehamilan positif.

Eloklah anda menjalani ujian kehamilan terlebih dulu sebelum kita membincangkan lebih lanjut jika sebaliknya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

LENDIR BERDARAH SEBELUM HAID (SAKIT PUAN)

ADA lendir berdarah keluar dari faraj dan waktu terbabit kira-kira seminggu sebelum tarikh kedatangan haid.

Adakah keadaan ini normal? Apakah pandangan doktor mengenai perkara ini?

Ryn,
Kuala Lumpur.

ADAKAH anda melakukan hubungan seks? Ia mungkin keadaan yang dipanggil pendarahan implantasi embrio dan tidak perlu dibimbangi.

Adakah pendarahan terbabit berlaku selepas hubungan seks? Jika ada, anda perlu menjalani pemeriksaan doktor terutama jika anda belum melakukan ujian Pap smear dalam setahun kebelakangan ini.

Sukar untuk meletakkannya sebagai suatu yang normal tanpa melakukan sebarang pemeriksaan. Ini kerana pendarahan di luar waktu haid juga boleh menjadi petanda penyakit berbahaya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MENGGARU BOLEH UNDANG JANGKITAN KUMAN (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 23 tahun dan masih bujang. Baru-baru ini saya dapati ada biji yang tumbuh di sekitar kemaluan saya dan ia menyakitkan.

Biji itu seperti biji yang digigit nyamuk. Ia membuatkan rasa gatal apabila bersentuhan dengan seluar dalam. Setiap kali saya mahu membuang air kencing, saya juga berasa sakit di bahagian faraj kerana biji itu juga tumbuh di bahagian bibir kemaluan saya. Semakin hari, semakin banyak pula biji berkenaan dan ini sangat membimbangkan saya.

Adakah biji itu sejenis jerawat? Adakah ia membahayakan bahagian kemaluan saya? Bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini? Diharap puan doktor membantu saya.

Norisah,
Shah Alam, Selangor.

APA pun asal biji terbabit, berkemungkinan ia kini sudah dijangkiti kuman. Perbuatan menggaru atau geseran kulit boleh menyebabkan jangkitan kepada kawasan kulit berhampiran.

Anda dinasihatkan berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan kerana ciri-ciri biji berkenaan boleh memberi maklumat berguna mengenai jenis kuman yang menjangkitinya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU MENOPAUS AWAL (SAKIT PUAN)

BARU-BARU ini saya menjalani pembedahan membuang rahim. Umur saya 28 tahun dan baru setahun berkahwin, kami belum mempunyai anak.

Saya disahkan menghidap kanser tahap satu. Ketika diberitahu menghidap kanser, saya tidak tahu hendak berbuat apa.

Saranan daripada doktor di hospital supaya saya bersetuju untuk menjalani pembedahan membuang rahim. Atas desakan keluarga dan suami, saya bersetuju. Kini sudah hampir dua bulan selepas proses pembedahan pembuangan rahim dan kedua-dua ovari.

Doktor ada memberitahu yang saya akan mengalami simptom menopaus. Soalannya, apakah saya akan benar-benar mengalami semua simptom menopaus seperti yang dialami wanita lebih berumur memandangkan saya masih muda?

Sekarang, saya susah tidur dan keinginan seksual juga kurang. Saya bermohon doktor dapat memberi pandangan mengenai keadaan saya ini.

Aina,
Kuala Lumpur.

SAYA pasti anda sudah mendapatkan penjelasan ini sebelum menjalani pembedahan terbabit.

Menopaus berlaku apabila seseorang wanita kehilangan fungsi kedua-dua ovarinya walaupun usia masih muda. Malah simptom menopaus lebih ketara dan awal muncul bagi mereka yang menjalani pembedahan membuang ovari kerana penurunan paras hormon estrogen berlaku dengan mendadak.

Simptom ini dialami seawal satu hingga dua hari selepas pembedahan. Apa yang anda alami adalah antara simptom menopaus di samping serangan kepanasan sehingga perasaan menjadi mudah marah dan sensitif serta mengganggu tidur, kekeringan kulit, sakit belakang, berdebar-debar dan seumpamanya.

Apakah peringkat sebenar kanser anda? Ini dapat diketahui selepas pembedahan dan maklumat penuh dapat diketahui selepas hasil ujian histologi makmal ke atas rahim diketahui beberapa hari kemudiannya.

Apakah rawatan anda dikira sudah selesai atau lengkap dan tidak memerlukan rawatan tambahan? Seeloknya anda mendapatkan maklumat lanjut daripada doktor anda serta mematuhi lawatan yang dijadualkan.

Bagi wanita yang mendapatkan rawatan pada peringkat awal seperti anda, peluang kejayaan pembedahan masih tinggi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENGANTIN BELUM AKIL BALIGH? (SAKIT TUAN)

SAYA baru sebulan mendirikan rumah tangga. Saya menyedari mempunyai masalah sukar untuk mengeluarkan air mani selain air mazi langsung tidak keluar. Sebulan saya berkahwin tetapi saya belum lagi boleh mengeluarkan air mazi dan mani.

Masalah ini menyebabkan saya tidak berminat melakukan hubungan seks. Saya sudah membeli pelincir di farmasi tapi tetap sakit.

Karim
Perak

LELAKI dewasa yang teruja seksual akan mendapati yang dia mudah mengeluarkan cecair jernih di penghujung anggota kelaminnya. Cecair ini dikenali sebagai air mazi. Apabila mula melakukan hubungan seksual atau mengurut penghujung anggota kelaminnya dan terasa amat terangsang, dia akan mencapai kemuncak rangsangan seksual dan mengeluarkan air mani atau ejakulasi.

Ejakulasi spontan boleh berlaku dalam mimpi dan fenomena ini dikenali sebagai mimpi basah. Jika anda pernah mengalami mimpi basah, itu bermakna anda sudah mencapai akhil baligh dan mempunyai sistem reproduktif yang matang.

Jika ini tidak berlaku dan anda tidak ada ciri atau perubahan akhil baligh yang lain seperti pembesaran halkum, ketumbuhan bulu roma di bahagian anggota kelamin dan tempat yang biasa untuk lelaki dewasa, maka ada kemungkinan anda tidak mencapai akhil baligh.

Situasi ini dikenali sebagai 'Hipogonadisme'. Anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan ujian darah bagi menyukat hormon reproduktif atau hormon testosterone anda. Jika anda sudah baligh dan tahu mengenai ejakulasi serta boleh mencapai ejakulasi ketika onani atau ketika sedang tidur (mimpi basah), itu bermakna anda berkemampuan untuk mencapai ejakulasi.

Jika anda hanya dapat ejakulasi secara sendiri, iaitu ketika anda melakukan onani tetapi tidak dapat mencapai ejakulasi dengan persetubuhan, kemungkinan besar anda mengalami masalah 'Traumatic Mansturbatory Syndrome' atau sindrom trauma akibat onani.

Anda perlu mendapatkan bimbingan dan rawatan. Pendek kata, anda perlu berjumpa doktor untuk mengatasi masalah itu dan bukan sekadar mencuba-cuba. Lagi lama perkara ini dibiarkan kemungkinan besar hubungan antara anda dan pasangan boleh tergugat.

Masalah seksual adalah masalah kesihatan dan perlu mendapat rawatan yang sebaiknya. Jangan berlengah lagi dan terus dapatkan bantuan doktor. Jika anda ingin berhubung dengan saya sila hantarkan e-mel ke dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

'TERKUCIL' KETIKA BATUK (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 17 tahun dan mempunyai masalah sering terkencing apabila batuk. Apakah ia sejenis penyakit? Bagaimanakah cara untuk menghilangkannya? Selain itu, saya juga mempunyai masalah zakar bengkok ke kiri. Adakah zakar saya akan menjejaskan hubungan bersama isteri apabila saya berkahwin kelak?

Zack
Selangor

JARANG untuk seseorang itu terkencing atau 'terkucil' ketika bersin atau terbatuk kecuali apabila pundi kencingnya penuh dengan air kencing. Justeru, kawalan menahan kencing terganggu seketika apabila dia terbatuk atau bersin.

Keadaan ini biasa berlaku kepada individu yang otot pembukaan pundi kencingnya kurang daya dan ditambah kekenduran otot lantai pelvis atau otot kemut.

Ini biasa berlaku kepada wanita selepas bersalin dan mempunyai otot kemut yang kurang langsing. Apabila wanita menguruskan badan dan melakukan senaman kegel atau senaman kemut, keadaan terkucil itu akan hilang atau dapat ditangani.

Bagi lelaki pula, perkara seperti lemah otot lantai pelvis (otot kemut) ditambah pula dengan berat badan berlebihan dan mungkin otot pundi kencing yang meragam boleh menyebabkan dia mengalami masalah terkencing atau terkucil apabila batuk atau bersin. Jika masalah itu akibat obesiti dan lemah otot lantai pelvis, lelaki itu boleh mengatasinya dengan mengawal berat badan dan melakukan senaman Kegel.

Jika masalahnya itu akibat pundi kencing meragam, dia perlu menjalani pemeriksaan untuk mengenalpasti punca seperti keradangan otot pundi kencing atau keradangan pundi prostat. Jadi, jangan berlengah berjumpa doktor jika masih kekal dengan masalah itu walaupun sudah melangsingkan badan atau melakukan senaman kemut.

Mengenai ereksi yang melengkung, sememangnya ia kelihatan begitu dan ini mungkin kerana mengikut posisinya waktu dulu. Jika anda dapat meluruskannya tanpa rasa apa-apa tekanan, anda tidak perlu risau. Tapi jika rasa sakit, anda perlu menjalani pemeriksaan.

Keadaan itu dikenali sebagai 'Peyronies Disease'. Jadi anda perlu rujuk kepada doktor untuk kepastian.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENENTUAN SPERMA SIHAT (SAKIT TUAN)

PERNAH saya ditanya mengenai 'power ejakulasi' iaitu sama ada ejakulasi dinamik seperti air mani terpancut keluar jauh lebih baik daripada ejakulasi yang keluar biasa atau menitis. Jawapan saya ialah jika air mani itu masuk ke dalam faraj, kehamilan boleh berlaku. Ia semudah itu.

Nampaknya, masih ramai yang tidak faham mengenai air mani dan ramai yang berfikiran bahawa ejakulasi yang 'power' itu adalah hebat namun isteri masih belum hamil.

Kepada pembaca, anda jangan salah sangka. Sebenarnya air mani keluar akibat tekanan cengkaman otot sistem ejakulasi dan otot lantai pelvis. Jika ketika anda sedang mencapai ejakulasi, anda mengawal otot lantai pelvis, maka ejakulasi anda akan terbantut atau tidak terasa.

Perkara menahan kemut atau mengemut ketika ejakulasi kebiasaannya dilakukan bagi mengawal masalah cepat klimaks dan kesannya ialah ejakulasi tidak terasa seperti kebiasaannya. Terdapat juga lelaki yang mempunyai otot lantai pelvis (otot kemut) yang kurang aktif, sudah tentu akan mengalami masalah ejakulasi tidak terasa.

Jika itu masalah sebenar, maka cara yang paling mudah untuk mengatasinya dengan mengamalkan senaman kemut atau senaman 'kegel'. Kini dengan terapi Elektro Megnetik Pelvi-Center, lelaki yang mempunyai otot lantai pelvis yang lemah, dapat membina otot lantai pelvis yang lebih kuat. Maklumat mengenai terapi itu ada dalam laman www.Pelvicenter Malaysia.

Jika anda dan pasangan belum lagi berjaya mendapat cahaya mata, lebih baik anda dan pasangan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.

Anda boleh menjalani ujian air mani untuk penentuan sama ada sperma sihat dan isteri boleh menjalani ujian hormon dan pemeriksaan dalaman bagi mengetahui tahap kesuburan.

Masalah ejakulasi tidak hebat itu tiada kena mengena dengan tahap kesuburan lelaki. Ia hanyalah satu salah faham yang sering berlaku kepada kebanyakan lelaki yang menganggap air mani yang keluar secara kuat dapat menolak sperma ke dalam faraj.

Untuk menghamilkan isteri, air mani itu hanya perlu masuk ke dalam faraj tidak kira bagaimana caranya.

Tetapi yang penting adalah isteri mestilah subur dan sperma suami mestilah sihat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SEMBELIT JADI MASALAH (SAKIT TUAN)

SAYA sukar membuang air besar. Najis terlalu keras dan apabila memaksanya, dubur sebelah kiri membengkak. Mengapa ia jadi begitu? Bagaimana dan apa caranya untuk menyembuhkan penyakit ini?

LAN
Negeri Sembilan

NAJIS ialah baki sisa makanan selepas bahan berkhasiat diserap mukosa usus. Pergerakan usus dalam kawalan urat saraf melalui pergerakan ‘peristalsis’ atau pergerakan setiap kali anda makan dan minum.

Senaman seperti berjalan juga dapat mengaktifkan pergerakan otot usus dan memudahkan anda membuang air besar.

Jika makan makanan kurang serat, najis anda sedikit dan liat. Lebih berat lagi jika anda kurang minum air yang akan membuatkan najis anda kering.

Jika anda makan makanan mengandungi banyak serat seperti buah-buahan dan sayuran, serat yang kekal dalam usus memudahkan pergerakan sisi makanan ke usus besar dan memudahkan pengeluarannya daripada usus besar.

Pendek kata, anda perlu makan makanan seimbang, tidak lebih dan tidak kurang, dan ini termasuk makanan banyak serat dan air.

Jika masih mengalami masalah najis keras dan liat, anda perlu berjumpa doktor ‘Gastroenterologis’. Itu bidang mereka dan mereka boleh menjelaskan secara terperinci.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

EMPAT TAHUN NIKAH BELUM ADA ZURIAT (SAKIT TUAN)

SAYA berkahwin hampir empat tahun, namun belum dikurniakan cahaya mata. Saya berusia 29 tahun dan suami 34 tahun. Dalam tempoh itu, saya dan suami melakukan pemeriksaan kesihatan.

Baru-baru ini, doktor pakar Obstetrik & Ginekologi dari Ipoh mengesahkan suami mempunyai hormon tinggi, menyebabkan benih tidak dapat dihasilkan dengan bacaan FSH 25.1 dan Luteinizing Horm 14.6H (paras normal bacaan hormon 10 ke bawah).

Menurut doktor, suami mempunyai masalah ‘Primary Testicular Failure-Non Obstructive Azoospermia’. Suami pernah mengalami pasang surut sewaktu kecil.

Dia tidak merokok, tidak pernah terbabit kemalangan sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Beratnya 115kg dengan ketinggian 162cm.

Doktor tidak dapat meneruskan siasatan terhadap saya kerana menurutnya benih tidak ada untuk disenyawakan dengan saya, baik secara semula jadi atau dengan kaedah tabung uji atau IVF.

Menurut doktor, suami tidak berpeluang memberi saya zuriat kerana setakat ini tiada kaedah yang dapat membantu mengatasi masalah itu.

Adakah benar pesakit ‘Non Obstructive Azoospermia’ tidak berpeluang memiliki zuriat?

Jika ada, apa perlu kami lakukan? Apakah sebenarnya yang menjadi punca masalah ini?

PUAN SYA
Kuala Lumpur

MASALAH kesuburan lelaki lebih rumit berbanding wanita, lebih-lebih lagi jika membabitkan kilang sperma, testis atau buah zakar.

Kilang sperma, iaitu buah zakar ada sepasang yang hasilkan 70,000 sperma setiap minit. Memang buah zakar itu aktif.

Saiz buah zakar menandakan keadaan kilang sperma. Jika ia kecil, iaitu tak sampai setengah ibu jari kaki, kilang sperma tidak berfungsi dan situasi ini dikenali sebagai ‘testicular failure’. Buah zakar kecil tidak dapat dibesarkan dengan apa-apa rawatan kerana kilang sperma rosak.

Jika buah zakar besar, sekurang-kurangnya sedikit tisu dapat diambil melalui pembedahan kecil, kaedah dikenali sebagai ‘testicular biopsi’ untuk meneliti jika kilang sperma rosak atau ada aktiviti. Jika aktif, sedikit sperma boleh dikeluarkan untuk tujuan menyatukannya ke dalam telur perempuan.

Ini asas kepada soalan puan. Bagaimanapun, rumit untuk saya nyatakan semua yang terperinci di sini. Malah, saya tidak tahu apa sebenarnya masalah puan dan suami.

Jika puan inginkan penjelasan atau berjumpa saya, sila hubungi saya menerusi e-mel saya dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RAJIN BERSUKAN JEJAS PRESTASI? (SAKIT TUAN)

SAYA bujang dan berumur 25 tahun serta belum berkahwin. Saya aktif bersukan. Saya ingin bertanya mengenai keadaan alat sulit saya yang mengecut dan tidak dapat menegang. Hari pertama saya sedar, ia masih boleh mengeras tetapi tidak kuat dan pada malam terbabit saya mendapati zakar saya erek dengan kuat.

Namun, ketika waktu kerja, ia tidak lagi menegang sehingga hari ini, iaitu sudah masuk hari ketiga. Adakah ini bersifat sementara atau faktor badan saya tidak kuat kerana bersukan dan jika disebabkan bersukan, berapa lama zakar saya tidak dapat ereksi? Adakah ini simptom awal mati pucuk?

Lan
Melaka

EREKSI atau ketegangan zakar boleh berlaku pada bila-bila masa, baik dalam keadaan sedar tanpa teruja seks ataupun ketika teruja seks.

Selain itu zakar boleh menegang dalam keadaan tidak sedar, yang dimaksudkan ialah ketika tidur nyenyak, tidur ‘REM’ atau tidur dalam keadaan pergerakan mata yang cepat.

Ketika itu ereksi amat padat dan jika kebetulan terjaga, akan dapat rasa kekuatan ereksi berkenaan. Ereksi yang biasa kelihatan pada awal pagi ialah ekoran daripada ereksi padat yang berlaku ketika tidur nyenyak.

Jika dalam riwayat kehidupan lelaki itu tidak kelihatan semua yang saya jelaskan tadi, ada kemungkinan zakarnya tidak dapat berfungsi. Iaitu, zakarnya akan kelihatan kecil dan kecut dan tidak menunjukkan tindak balas ereksi walaupun diurut secara intim.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘mati pucuk prima’. Jadi untuk lelaki yang dapat menghayati dan mendapat ereksi zakar, tidak kira kerap atau sebaliknya, dia mampu mencapai ereksi.

Jika ereksi gagal, maka masalah mati pucuk itu dikatakan mati pucuk sekunder, iaitu atas sebab tertentu.

Anda menyatakan mengamalkan gaya hidup sihat, melakukan senaman berkala, malah aktif dalam sukan dan anda biasa mengalami ereksi spontan ketika sedar dari tidur pada waktu malam, maka kesemua itu menandakan anda sihat dan tidak perlu risau kemampuan ereksi.

Kini anda berasa curiga kerana sedar tidak dapat mencapai ereksi spontan. Di samping itu anda juga pernah mengalami tekanan jiwa dan tertekan apabila memikirkan masalah itu. Sudah tentu dalam keadaan tertekan, pusat kawalan ereksi dalam otot tidak akan berfungsi dengan baik. Anda perlu tahu bahawa minda kita mengawal semua aktiviti dan fungsi tubuh badan.

Semuanya bermula dan berakhir dalam otak kita. Anda muda dan masih ada banyak peluang dalam kehidupan anda. Jangan fikir yang bukan-bukan. Anda mempunyai badan yang tegap dan sihat dan sepatutnya berkemampuan untuk memastikan semua sistem dalam badan anda berfungsi dengan baik.

Jika minda bercelaru dan tiada keyakinan diri, semuanya tidak akan menjadi. Teruskan gaya hidup anda dengan penuh keyakinan.

Insya-Allah, semuanya akan kembali normal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KEGELIAN MELAMPAU (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 42 tahun dan tiada masalah kesihatan. Namun, apabila bersama isteri, alat kelamin saya mengalami kegelian melampau walaupun baru berada dalam faraj untuk seketika. Saya tidak dapat merasai nikmat ketika bersama isteri kerana banyak kali terpaksa menghentikan dayungan disebabkan kegelian melampau.

Walaupun masalah ini sudah lama, ia bertambah teruk sejak enam bulan lalu kerana kerap berlaku pancutan awal. Saya betul-betul tertekan.

Fizi
Perak

SEMEMANGNYA penghujung zakar yang mengandungi banyak penghujung urat saraf dapat menerima rangsangan sentuhan dan tekanan apabila bahagian itu terdedah kepada alat sulit perempuan. Sensasi yang dialami itu boleh bergelora sehingga perasaan kegelian itu tidak dapat dikawal dan mencetuskan klimaks secara spontan.

Kawalan sensasi boleh menjadi lemah apabila umur meningkat. Jadi mereka yang biasa cepat klimaks akan dapati apabila umur semakin lanjut, daya kawalan lebih kukuh. Itu pun jika tidak mengalami masalah mati pucuk.

Ada kalanya tindak balas sensasi itu meningkat kerana masalah kesihatan seperti kencing manis yang secara langsung melemahkan daya kawalan ejakulasi atau memang daya kawalan sudah mula menurun kerana umur. Anda mendapati perkara ini menjadi ketara sejak kebelakangan ini mungkin berlaku kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat. Merokok, obesiti, tekanan dan tidak bersenam antara faktor memberatkan masalah cepat klimaks itu.

Anda mungkin jenis yang meskipun cepat klimaks, masih boleh mengekalkan ereksi, tetapi fungsi ini sudah tiada lagi. Oleh itu dengan senaman kemut, anda akan dapat membina kembali kekuatan otot kemut dan boleh mengekalkan ereksi walaupun sudah klimaks.

Bagaimanapun, selepas mencuba pelbagai cara dan ia tidak juga dapat mengatasi masalah ini, saya syorkan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kini ada pelbagai ubat yang dapat bantu meningkatkan daya kawalan ereksi dan ejakulasi.

Ubat seperti Priligy (hanya boleh dibeli dari doktor) dapat menambah daya tahanan sensasi dan melewatkan ejakulasi. Jika ereksi anda tidak cukup mantap, ada ubat yang boleh memantapkan ereksi. Yang penting ialah berjumpa doktor.

Banyak lelaki menganggap cepat klimaks perkara biasa dan boleh mengatasinya dengan urutan atau memakan jamu dan tak perlu jumpa doktor.

Cepat klimaks adalah masalah kesihatan seksual dan perlu dikendalikan doktor dan bukan sekadar mencuba ubat atau urut dengan segala minyak atau gambir Sarawak. Jika tersalah makan ubat zakar rosak, alahan berlaku kepada kulit atau anggota kelamin isteri bengkak. Jumpa doktor untuk menangani masalah cepat klimaks. Jika ingin berjumpa saya sila kirim e-mel kepada dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BERI KESAN NEGATIF (SAKIT TUAN)

AMALAN menyapu krim atau minyak untuk perapian anggota kelamin bukan yang biasa untuk lelaki atau perempuan, lebih-lebih lagi kerana organ itu digunakan kerap untuk membuang najis. Jadi, berbanding krim atau minyak, ia lebih banyak dibasuh dan dicuci hanya menggunakan sabun.

Bagaimanapun, punca menggunakan krim dan minyak untuk mengurut dan membelai zakar bukan dengan tujuan perapian, tapi lebih kepada untuk membesarkan anggota itu dan untuk membuatkannya berfungsi dengan mantap.

Mengikut kefahaman mereka yang memperkenalkan konsep itu, kononnya anggota kelamin lelaki boleh dibesarkan dengan cara begini, maka mereka rumuskan pelbagai ramuan. Berikutan itu, berlaku perlumbaan pemasaran krim, gel dan minyak untuk memantapkan anggota kelamin lelaki.

Kebanyakan minyak, gel dan krim berkenaan tidak memberi kesan yang sepatutnya, kecuali membazir duit pembeli atau mendatangkan kesan negatif. Sebilangan formula krim, gel dan minyak yang digunakan memberi kesan negatif kepada kulit zakar dan juga mukosa penghujung zakar seperti alahan kulit, iaitu kulit kelihatan lebih gelap dan pucat dan menebal apabila bahan pengebas seperti gambir Sarawak, minyak cengkih atau biji dan kulit lada.

Lebih malang, semua minyak, gel dan krim terbabit tak pernah menjalani ujian klinikal atau dikaji untuk meneliti jika ia selamat digunakan pada kulit lembut anggota kelamin.

Saya terbabit secara langsung dengan satu daripada krim perapian anggota kelamin lelaki, 'Virile’, lebih kurang tujuh tahun lalu. Saya lakukan ujian klinikal dan menguruskan pengusaha krim berkenaan melakukan ujian ‘dermatological’ dan mendapati krim itu sesuai digunakan sebagai krim perapian anggota kelamin lelaki.

Malangnya, sikap tamak pengusaha dan pembekal krim berkenaan mengakibatkan ia tidak lagi dikeluarkan sejak empat tahun lalu. Syarikat yang mengusahakannya pun sudah berpecah. Jika krim itu masih ada di pasaran, ada kemungkinan ia dikilangkan secara haram. Jika digunakan mungkin boleh merosakkan kulit zakar.

Konsep perapian anggota kelamin bukan baru, malah pernah diilhamkan Imam An-Nawawi apabila beliau menyatakan bahawa anggota kelamin perlu digunakan jika mahu fungsinya mantap dan sebaliknya jika tidak digunakan.

Beliau menyarankan para sahabat melakukan urutan anggota kelamin dengan beberapa ramuan yang beliau sarankan ketika itu. Konsep perapian ialah penjagaan dan kawalan dan bukan penderaan atau kekasaran.

Dalam keadaan mengurut anggota kelamin secara lembut menggunakan bahan atau ramuan sesuai, ia dapat memindahkan ramuan yang berkualiti itu supaya meresap ke dalam tisu dalam zakar melalui sistem rangkaian limpatik, jalanan darah dan rangkaian urat saraf. Ini akan membuatkan tisu itu segar, aktif, berdaya tahan dan mantap. Apabila struktur zakar menjadi mantap, ia akan kelihatan besar dan segar. Itu sebenarnya konsep pembesaran zakar kerana fungsi tisu pengembang otot zakar yang aktif akan mengembang padat apabila ereksi berlaku.

Jadi, kepada sesiapa yang ingin membeli krim perapi termasuk Virile, saya cuma khuatir krim itu akan merosakkan tisu zakar anda. Jangan mudah percaya dengan pelbagai produk. Buat kajian terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BIMBANG LEPAS SINARAN-X (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 36 tahun dan mempunyai dua anak iaitu anak pertama berusia sembilan tahun manakala anak kedua tujuh tahun.

Selepas melahirkan anak kedua, saya mengambil keputusan untuk mengambil ubat perancang keluarga iaitu Mercilon selama enam tahun.

Selepas menghentikan pengambilannya, saya kini disahkan hamil. Masalahnya, hari terakhir haid saya adalah pada 5 Mac lalu dan pada 19 Mac pula, saya membuat pemeriksaan perubatan (ujian air kencing dan sinaran-x) untuk pekerjaan baru yang saya pohon tetapi sebelum berbuat demikian, saya didapati tidak hamil.

Hanya selepas dua minggu baru saya disahkan hamil. Adakah kandungan saya kini selamat selepas menjalani ujian sinaran-x terbabit? Saya juga inginkan pandangan doktor mengenai kebaikan dan keburukannya jika saya mengambil keputusan untuk mengikat peranakan saya selepas melahirkan anak ketiga ini.

IBU RISAU
Klang, Selangor

ANDA menjalani ujian sinaran-x terbabit pada hari ke-15 kitaran haid anda. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari (ini dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid berikutnya), hari ke-15 merupakan hari pertama selepas persenyawaan benih lelaki (sperma) dan telur wanita (ovum) berlaku.

Secara amnya, wanita tidak selalunya mempunyai kitaran haid 28 hari, lebih ramai yang mempunyai kitaran haid 30 hari atau lebih, bermakna pada hari ke-15 masih belum berlaku ovulasi.

Faktor kedua adalah kekuatan pancaran sinaran-x yang digunakan. Sinaran-x ada dikaitkan dengan risiko kanser terutamanya leukemia bagi kanak-kanak, namun ia sangatlah kecil. Ia lazimnya berlaku jika pancarannya melebihi kekuatan 5 rad.

Namun, lazimnya sinaran-x yang dipancarkan dalam ujian saringan perubatan adalah jauh lebih rendah daripada kekuatan terbabit. Saya andaikan anda menjalani sinaran-x pada bahagian dada, ujian ini juga tidak memberi pancaran terus kepada bahagian peranakan atau rahim anda.

Sukar untuk menuding punca kelainan pada janin dalam keadaan seperti anda ini kerana, faktor usia wanita juga memainkan peranan penting. Faktor persekitaran dan nutrisi pemakanan juga boleh memainkan peranan.

Dalam kata lain, jika ia berlaku, ia boleh berlaku secara semula jadi, bukannya semestinya disebabkan oleh sinaran-x terbabit. Bagi faktor usia, risiko ketidaknormalan seperti ketidaknormalan kromosom janin bagi usia anda kini adalah lebih tinggi sebanyak kira-kira tiga kali ganda berbanding sewaktu melahirkan anak pertama (sembilan tahun dulu pada usia anda 27 tahun) dan anak kedua (tujuh tahun dulu pada usia anda 29 tahun).

Ini kerana telur yang dihasilkan sudah pun berusia lebih 36 tahun memandangkan ia sudah terbentuk sejak anda berada di dalam kandungan ibu lagi.

Jadual di bawah menerangkan perbandingan risiko ketidaknormalan kromosom secara amnya dan ketidaknormalan kromosom 21 (sindrom Down):

Usia wanita (ibu)

Risiko ketidaknormalan mana-mana kromosom

Risiko ketidaknormalan kromosom 21 (sindrom Down)

36 tahun

1 dalam 156 kelahiran

1 dalam 294 kelahiran

29 tahun

1 dalam 417 kelahiran

1 dalam 1000 kelahiran

27 tahun

1 dalam 455 kelahiran

1 dalam 1111 kelahiran

Anda dinasihatkan menjalani pemeriksaan antenatal seawalnya sekarang untuk berbincang dengan doktor anda mengenai langkah penjagaan seterusnya. Kebanyakan doktor akan merawat anda sama seperti wanita hamil lain yang seusia dengan anda, bermakna sinaran-x yang dijalani secara amnya adalah selamat dan tidak memerlukan pemerhatian khusus atau berlainan daripada wanita lain.

Bagaimanapun, usahlah dianggap ia boleh dijalani sesuka hati, ia seeloknya dielakkan kecuali jika perlu. Pengambilan pil asid folik dan pemakanan berkhasiat hendaklah diamalkan.

Beberapa ujian saringan (ujian darah, ultrabunyi) dan ujian pengesahan (persampelan tisu chorionic villi, amniocentesis) dan seumpamanya dapat membantu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BERAT BERLEBIHAN ANTARA PUNCA KEGAGALAN PENGELUARAN TELUR (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 23 tahun dan sudah dua tahun berumah tangga tetapi belum mempunyai cahaya mata.

Berat badan saya 85 kilogram (kg) dan masalahnya, apabila bersama suami, saya tidak berasa pancutannya ke dalam rahim saya.

Adakah ia menyebabkan saya tidak dapat hamil? Adakah masalah berat badan saya juga menjadi salah satu punca sukar hamil?

NIE
Wakaf Tapai, Kuala Terengganu.

RAMAI yang mempunyai fahaman tidak tepat mengenai pancutan air mani ke dalam faraj sewaktu hubungan seks. Diharap penjelasan di bawah dapat menjawab pertanyaan anda.

Pertama, faraj (vagina), pintu rahim (serviks) dan rahim (uterus) tidak mempunyai saraf deria sentuhan seperti kulit permukaan tubuh kita. Ini bermakna, pancutan air mani (ejakulasi) ke dalam faraj tidak dapat dirasai seperti pancutan air mani ke permukaan badan.

Bagaimanapun, sewaktu ejakulasi terbabit, berlaku pengecutan otot zakar yang boleh dirasai seperti denyutan berulang-kali. Asalkan berlaku ejakulasi ke dalam faraj, ini bermakna air mani berjaya dimasukkan ke dalam faraj, ini sudah mencukupi, tidak perlu dimasukkan ke dalam rahim.

Yang lebih penting adalah sperma yang terkandung di dalam air mani terbabit berjaya berenang memasuki pintu rahim menuju ke dalam ruang rahim sebelum terus ke kedua-dua belah tiub falopio untuk mensenyawakan telur (jika ada).

Setelah ereksi zakar berhenti atau zakar dikeluarkan dari faraj, sekeliling dinding faraj yang tidak mempunyai struktur kukuh ini menjadi bertaup semula menyebabkan air mani juga turut tumpah keluar semula.

Banyaknya air mani tidak bermakna jika bilangan serta mutu sperma di dalamnya kurang atau tiada langsung. Masalah air mani keluar semula dari faraj adalah perkara biasa yang dialami oleh semua wanita, kecuali mungkin jika air mani yang dihasilkan sangat sedikit isi padunya.

Air mani tidak terus masuk ke dalam rahim, sperma juga tidak terus berenang ke dalam rahim selepas berlakunya ejakulasi.

Jenis pancutan air mani (sama ada laju atau perlahan) juga tidak mempengaruhi keadaan.

Bilangan, pergerakan dan sifat normal sperma yang dihasilkan adalah lebih penting. Ini dapat diketahui melalui ujian analisa air mani yang dapat dilakukan di kebanyakan makmal perubatan atau hospital.

Anda tidak menyatakan ketinggian anda untuk mengira indeks jisim badan yang sesuai bagi anda. Mengikut perkiraan bagi berat badan 85kg, ketinggian yang sesuai adalah 185 sentimeter (sm) dan maksimum 211sm, ini adalah ketinggian yang jarang bagi wanita Malaysia.

Berkemungkinan anda lebih rendah daripada ini, bermakna anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Pertambahan mahupun pengurangan berat badan yang mendadak boleh menyebabkan kegagalan pengeluaran telur (anovulasi).

Berat badan yang obes juga menyebabkan kesukaran hamil. Seeloknya anda dan suami menjalani pemeriksaan kesuburan terlebih dulu. Dengan usia anda, tahap kesuburan dijangka masih tinggi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HADAPI MASALAH CAPAI KLIMAKS BERSAMA SUAMI (SAKIT PUAN)

Soalan

KETIKA bersama suami, saya sering menghadapi masalah untuk mencapai klimaks iaitu seolah-olah tiada perasaan menyeronokkan sedangkan kami tidak bermasalah.

Ada kalanya saya mengambil masa 45 minit hingga satu jam manakala kurang air mazi menyebabkan sakit dan kami terpaksa menggunakan gel. Apakah masalah yang saya hadapi?

Kami sudah hampir setahun berkahwin tetapi belum dikurniakan anak dan saya pernah keguguran. Adakah ia menyebabkan saya menghadapi kesukaran untuk hamil? Untuk pengetahuan doktor, ada kalanya saya sakit di bahagian ari atau tiub falopio. Adakah itu petanda kurang baik pada kesihatan saya?

NOR,
Kuala Lumpur.

Jawapan

TIDAK mudah untuk mengenal pasti punca masalah seksual anda melalui perbincangan ini saja. Ia memerlukan perbincangan lanjut serta pemeriksaan fizikal bagi mengetahui terdapat kaitan dengan kesakitan yang anda alami.

Selain itu, anda sendiri mungkin dapat mengetahui punca sebenar, kadangkala punca ini tidak disedari sendiri tetapi hanya melalui perbincangan dengan doktor anda. Berbincang dari hati ke hati dengan suami juga boleh banyak membantu.

Keguguran mempunyai banyak punca, lazimnya ia berkait dengan masalah pembentukan janin yang tiada kaitan dengan kehamilan seterusnya.

Selain itu, jarang wanita dapat mengenalpasti kesakitan bahagian tiub falopio. Tiub falopio ada pada kanan dan kiri bahagian bawah kawasan abdomen (disebut kawasan pelvis).

Tetapi di bahagian kanan serta kiri pelvis juga mengandungi ovari kanan dan kiri, di samping usus dan dinding pelvis. Berjumpalah dengan doktor anda untuk masalah di atas. Perbincangan dengan anda dan suami boleh diaturkan secara bersama atau berasingan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

IBU MUDA TIDAK SEDIA HAMIL ANAK KEDUA (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 29 tahun dan pada 20 November 2007 saya baru melahirkan anak sulung selepas dua tahun keguguran.

Kini saya hamil anak kedua setelah umur anak lima bulan. Saya tidak bersedia untuk kehadiran anak kedua kerana ingin membesarkan anak sulung terlebih dulu.

Pada masa sama, saya terasa sakit di bahagian sulit. Saya rasa tidak bertenaga, tertekan dan letih. Saya sering mengalami loya di waktu pagi. Saya bimbang jika terlalu letih dan tertekan, saya tidak dapat menjaga anak saya.

Ibu saya pula tidak duduk bersama kami dan dia bekerja manakala suami sering bekerja luar daerah. Apakah yang harus saya lakukan?

ZILA,
Petaling jaya

SEMUA permasalahan yang anda nyatakan dapat dijangka sewaktu anda hamil anak pertama. Semua wanita hamil digalakkan berbincang mengenai kaedah pencegah kehamilan yang sesuai dan selamat sewaktu lawatan antenatal kandungan lagi.

Persoalan menggugurkan kandungan di negara ini bukanlah mudah, ia juga masih salah di sisi undang-undang negara kita.

Selain itu, pengguguran kandungan juga mempunyai kemungkinan risiko sama ada menggunakan ubat-ubatan atau prosedur dilation & curettage (D&C).

Pada masa sama, ia juga perlu dipertimbangkan dengan kebajikan bayi dan keluarga anda kelak. Anda dinasihatkan mendapatkan pandangan ulama berkenaan perkara ini.

Selain itu, berbincanglah dengan doktor anda mengenai penjagaan kandungan ini seterusnya. Loya di waktu pagi lazimnya dialami sementara saja sewaktu tiga bulan pertama kehamilan akibat paras hormon ß-hCG yang meninggi.

Ini dapat dikurangkan dengan pengambilan ubat penahan muntah serta mengambil garam rehidrasi yang dicampurkan ke dalam minuman harian anda.

Ia dijangka berkurangan apabila anda memasuki bulan keempat kelak. Doktor juga dapat memeriksa kesakitan bahagian alat sulit yang dialami dan memberi rawatan bersesuaian.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BELUM HAMIL LEPAS KELUAR IUD (SAKIT PUAN)

Soalan

SAYA berusia 25 tahun dan mempunyai seorang anak berusia empat tahun. Sebelum ini saya pernah menggunakan alat dalam rahim (IUD) dan kini sudah lima bulan mengeluarkannya tetapi saya masih belum hamil.

Adakah keadaan itu sesuatu yang normal untuk mereka yang pernah menggunakan IUD?

SHEN,
Kuala Lumpur

Jawapan

LAZIMNYA alat dalam rahim (IUD) yang digunakan untuk mencegah kehamilan tidak mengandungi hormon, hanya logam kuprum saja. Ada juga IUD yang mengandungi hormon, ia jauh lebih mahal dan lazimnya digunakan di kalangan wanita yang mempunyai masalah haid.

Maka, ia sendirinya dijangkakan tidak menyebabkan masalah kesuburan. Namun, IUD diketahui boleh menyebabkan penyakit PID, jangkitan kuman Actinomyces sering dikaitkan dengan kehadiran IUD tetapi bukanlah berkait teknik pemasangannya.

Jangkitan kuman berkait teknik pemasangan IUD mungkin benar jika jangkitan itu berlaku dalam tempoh dua hingga tiga minggu pemasangan terbabit. Selepas tempoh itu, jangkitan PID lazimnya tiada kaitan dengan pemasangan IUD.

Anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan awal berkaitan kesuburan. Suami juga digalakkan menjalani ujian air mani, terutama jika dia merokok.

Anda juga boleh memilih untuk menunggu sehingga cukup setahun mencuba sebelum mula menjalani pemeriksaan atau lebih awal sekiranya anda mempunyai simptom yang mungkin berkait dengan masalah kesuburan seperti gangguan kitaran haid, lelehan faraj berbau dan berulang serta sakit bahagian ari-ari.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

DARAH MASIH KELUAR SELEPAS 40 HARI KEGUGURAN (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 29 tahun dan mengalami keguguran setelah 16 minggu hamil. Selepas 40 hari keguguran, darah masih keluar.

Waktu keguguran itu, bayi saya keluar dengan sendirinya dan selepas itu saya dimasukkan ke hospital untuk mengeluarkan tembuninya.

Masalahnya kini, darah itu masih keluar sedikit demi sedikit tetapi tidak berbau. Saya inginkan kepastian sama ada ia sesuatu yang normal atau mungkinkah saya menghadapi sebarang komplikasi?

SITI,
Kuantan, Pahang

ANDA dinasihatkan berjumpa semula doktor anda untuk pemeriksaan mengesan kemungkinan anda mengalami jangkitan lapisan dalaman rahim (endometritis), antibiotik dijangka dapat merawat keadaan ini.

Kemungkinan sisa kandungan masih tidak keluar sepenuhnya lazimnya jarang memandangkan sudah lebih sebulan anda keguguran, namun ia masih boleh berlaku.

Pemeriksaan fizikal dan ultra bunyi dapat mengesan masalah yang dialami. Kemungkinan penyakit kandungan partial molar juga perlu diberi perhatian. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SUKAR HAMIL KALI KEDUA (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 23 tahun dan sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga serta mempunyai seorang cahaya mata. Dulu saya mengamalkan perancangan keluarga menerusi suntikan.

Tetapi saya sudah pun berhenti mengambil suntikan terbabit selama dua tahun. Saya ingin menimang cahaya mata cuma masih belum berhasil.

Adakah ia disebabkan pengambilan suntikan yang banyak sebelum ini? Apakah yang harus saya lakukan?

CONNIE,
Kuala Kurau, Perak

SUNTIKAN pencegah kehamilan mengandungi hormon progestin yang disuntik ke dalam otot yang bertindak sebagai tempat simpanan (depo) dan kemudian hormon ini dikeluarkan sedikit demi sedikit ke dalam aliran darah.

Kesan hormon progestin ini menyerupai hormon progesteron yang ada dihasilkan oleh badan. Ia bertindak secara:

- Menghalang pengeluaran telur (ovulasi).

- Menjadikan lendir pintu rahim pekat dan ini menyukarkan perjalanan sperma dari faraj ke dalam ruang rahim.

- Menyebabkan penipisan lapisan haid (endometrium) rahim sehingga menjadi tidak sesuai untuk perlekatan janin.

Melalui perkiraan, saya andaikan anda hanya mengambil suntikan ini untuk tempoh yang pendek saja memandangkan anda sudah pun dua tahun berhenti mengambilnya dan perkahwinan baru saja berusia tiga tahun dengan dikurniakan seorang anak.

Suntikan lazimnya diambil setiap lapan minggu (jenis mengandungi hormon norethisteron) atau 12 minggu (jenis mengandungi hormon DMPA depo medroxy-progesterone). Berkemungkinan suntikan bukanlah penyebab masalah kesuburan anda.

Bagaimanapun, memandangkan suntikan ini menyebabkan ketiadaan ovulasi, anda boleh memastikan sama ada anda mempunyai masalah ini melalui ujian darah paras hormon progesteron yang diambil pada sekitar seminggu sebelum haid berikut dijangka keluar.

Sekiranya keputusan menunjukkan anda mengalami ovulasi, berkemungkinan besar suntikan bukanlah punca masalah kesuburan anda.

Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan kesuburan dan rawatan bersesuaian. Usia anda yang masih muda memberi harapan tinggi untuk peluang rawatan berjaya.

Ini kerana pertambahan usia wanita memberi kesan negatif kepada kualiti telur yang dikeluarkan. Usah menunggu lebih lama.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN JAHITAN PADA ALAT KELAMIN MEMBENGKAK (SAKIT PUAN)

SAYA kini berusia 20 tahun dan hamil anak kedua. Masalahnya, kemaluan saya sering kemerahan dan gatal menyebabkan kesan jahitan anak pertama dulu timbul serta membengkak. Apakah punca kemerahan dan kegatalan itu?

NURUL,
Bachok, Kelantan.

KEGATALAN, kemerahan dan bengkak boleh menjadi tanda radang setempat atau sistemik yang mungkin disebabkan oleh jangkitan, penyakit dalaman, alahan bahan tertentu dan seumpamanya.

Pemeriksaan doktor boleh membantu mengenal pasti puncanya. Lelehan yang keluar pula boleh diambil sampelnya dan dihantar untuk ujian makmal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KURANG AIR DALAM BADAN JEJAS KEHAMILAN (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 24 tahun dan kini hamil anak pertama. Saya dijangka melahirkan anak pada 6 Oktober ini, iaitu sekitar musim perayaan.

Kami bercadang untuk balik ke kampung di utara dengan menaiki kereta. Adakah ia boleh membahayakan kandungan dengan perjalanan jauh ini?

MIRA,
Kuantan, Pahang.

RISIKO berkaitan perjalanan darat yang utama adalah kemalangan jalan raya. Pemakaian tali pinggang keledar dapat meminimumkan impak kemalangan, namun ia perlulah dipakai dengan betul iaitu tali bahagian atas dipakai merentangi bahu kiri dan melalui kawasan di antara dua payudara dan kemudiannya ke kawasan atas rahim dan dimasukkan ke bahagian tengah untuk dipasang.

Bahagian bawah tali ini pula hendaklah dipasang melintang merentangi bahagian bawah rahim.

Masalah kedua berkaitan kehamilan adalah kekurangan air di dalam tubuh yang boleh menyebabkan keletihan. Masalah lebih serius adalah penyakit pembentukan darah beku di dalam salur darah yang dinamakan trombosis vena dalaman.

Kehadiran darah beku ini boleh membahayakan nyawa ibu apabila ia menyumbat salur darah bahagian paru-paru. Risiko ini berlaku tidak kira sama ada awal kehamilan mahupun akhir kehamilan.

Penting untuk wanita menjaga kandungan air di dalam badannya dengan meminum air yang mencukupi untuk menampung kehilangan air dari badan yang berlaku dalam pelbagai cara seperti berpeluh dan membuang air.

Tanda awal adalah kesakitan dan bengkak bahagian betis. Anda juga dinasihatkan menggerakkan kedua kaki anda, ini lebih mudah dilakukan secara berjalan iaitu hendaklah keluar dari kereta di kawasan berhenti rehat untuk melakukan senaman kaki secara ringan bagi memudahkan perjalanan atau aliran darah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KUMAN NAJIS KUCING BOLEH JEJASKAN KANDUNGAN (SAKIT PUAN)

ADAKAH benar wanita hamil yang memelihara kucing boleh menyebabkan masalah kepada kandungannya?

FARAH,
Kuala Lumpur

KUCING ada dikaitkan dengan pembawa kuman toksoplasmosis, jangkitan ini boleh menyebabkan kecacatan teruk kepada janin. Yang lebih penting adalah sentiasa menjaga kebersihan, terutama sentiasa mencuci tangan sebelum makan atau minum.

Sisa najis boleh melekat pada tangan sama ada secara sentuhan langsung dengan sisa najis terbabit ataupun sentuhan dengan orang lain yang dicemari oleh sisa najis kucing yang mengandungi kuman toksoplasmosis ini.

Ujian pengesahan boleh dilakukan menerusi ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi terhadap kuman ini.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SELAPUT DARA GADIS TERKOYAK (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 26 tahun dan belum berkahwin. Saya mendapati selaput dara saya terkoyak dan bahagian dalam selaput dara pula kemerah-merahan serta gatal.

Apakah punca selaput dara terkoyak dan bagaimana cara untuk mengatasi kegatalan dalam kawasan selaput dara?

AFRINA
Cheras, Kuala Lumpur

SEELOKNYA anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan bahagian luaran kemaluan. Ini kerana sukar untuk seseorang, terutama bagi gadis untuk memeriksa sendiri selaput daranya apatah lagi bahagian dalam selaput dara.

Selaput dara agak tersorok walaupun lokasinya tidak jauh dari bukaan faraj, rupanya juga seperti tisu kemerahan yang kelihatan berkelopak tanpa bukaan yang nyata kecuali jika diregangkan sewaktu pemeriksaan terbabit. Mungkin apa yang anda lihat adalah bahagian kemaluan yang ada berhampiran bukaan faraj yang dikenali sebagai 'fourchette posterior'.

Selaput dara sebenarnya tidak mudah terkoyak. Ia terlindung oleh faraj, bibir kemaluan kecil serta bibir kemaluan utama. Tusukan terus untuk kali pertama ke dalam faraj boleh menyebabkan trauma koyakan pada selaput dara.

Koyakan pula tidak berlaku pada keseluruhan selaput ini yang berbentuk seperti cincin pipih, tetapi pada satu atau beberapa titik tempat koyakan. Di mana berlakunya koyakan pula dapat memberi gambaran sama ada tusukan itu berlaku secara paksaan ataupun sukarela.

Selain daripada tusukan terus ke dalam faraj, trauma kemalangan akibat terjatuh atau terhentak ke atas benda terus ke kawasan kemaluan juga boleh menyebabkan koyakan selaput dara, ia lazimnya disertai dengan trauma ke atas struktur yang berada lebih terkeluar daripadanya seperti bukaan faraj, fourchette posterior serta bibir kemaluan. Aktiviti senaman pula jarang menyebabkan koyakan selaput dara.

Mungkin selaput dara sebenarnya masih utuh. Anda mungkin mengalami kegatalan bahagian bukaan faraj yang mungkin disebabkan oleh jangkitan. Berjumpalah doktor anda untuk kepastian.

Jika ia disebabkan jangkitan, seeloknya anda mengambil rawatan bersesuaian. Panduan berikut boleh digunakan untuk mengurangkan risiko jangkitan faraj:

- Mencuci dan mengesat kemaluan dari arah hadapan ke arah belakang (dubur) dan bukan sebaliknya. Ini dapat mengelakkan kuman dubur daripada menjangkiti faraj.

- Lebih kerap menukar seluar dalam jika mudah berpeluh atau selepas senaman. Keadaan seluar dalam yang lembap atau basah memudahkan jangkitan.

- Mengamalkan teknik 'rendaman Sitz' secara duduk merendamkan punggung anda ke dalam besen berisi air bercampur sedikit garam. Terlebih dulu, kemaluan termasuk dubur harus dibersihkan.

- Mengambil rawatan bersesuaian. Jangkitan faraj juga boleh mengundang jangkitan pundi kencing. Ini kerana bukaan saluran kencing wanita terletak sangat berhampiran dengan bukaan faraj dan pendek ukurannya. Ini menyebabkan wanita lebih mudah mengalami jangkitan pundi kencing berbanding lelaki.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MUSYKIL SUAMI TIADA SPERMA (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 30 tahun, sudah berkahwin enam tahun dan masih belum mempunyai anak. Baru-baru ini kami menjalani pemeriksaan doktor dan diberitahu suami saya mempunyai masalah sperma.

Suami saya tidak mempunyai sperma dan menasihatkan kami mengambil anak angkat saja. Saya musykil kerana suami saya tidak mempunyai penyakit dan kelihatan seperti lelaki lain.

Suami saya berusia 32 tahun dan tidak merokok. Air maninya juga banyak, malah setiap kali selepas bersama, saya dapati air mani suami saya banyak keluar semula. Adakah ini juga menyebabkan saya tidak hamil? Apakah pandangan doktor?

MILAH
Kuala Lumpur.

KETIADAAN sperma di dalam air mani dinamakan azoospermia. Azoospermia boleh memberikan tanggapan atau impak yang negatif terhadap peluang kehamilan.

Tidak semua keadaan azoospermia bermakna seseorang lelaki itu tidak menghasilkan sperma sama sekali. Ada kemungkinan laluan perjalanan spermanya terhalang akibat penyumbatan kongenital atau jangkitan, ada juga kemungkinan disebabkan gangguan hormon pada kelenjar pituitari ataupun testes.

Lazimnya, jika analisa air mani memberikan keputusan azoospermia, seseorang diminta menjalani ujian air mani sekali lagi setelah tiga hingga lima hari menyimpan air mani di dalam badan.

Pemeriksaan fizikal dan beberapa ujian darah turut dilakukan. Pemeriksaan fizikal ke atas testes (buah zakar) dapat mengesahkan lokasinya dan saiz serta kekenyalannya.

Ujian darah menilai hormon FSH, LH, testosteron dan kromosom juga boleh dilakukan. Ketiadaan testes di dalam kerandut zakar boleh menandakan keadaan ‘undescended testes’ di mana testes masih berada di dalam badan dan lazimnya rosak akibat suhu badan yang lebih tinggi.

Saiz testes yang normal dan ujian yang normal pula menandakan kemungkinan sperma ada dihasilkan tetapi terhalang laluannya akibat saluran tersumbat.

Dalam kebanyakan kes, masalah ini membabitkan saluran epididimis atau vasa deferens akibat kecacatan kongenital ataupun akibat jangkitan kuman. Ini boleh disahkan melalui prosedur kecil mengambil epididimis untuk dilihat kehadiran spermanya.

Rawatan secara persenyawaan tabung uji (ICSI) menggunakan teknik tambahan mengambil sperma dari epididimis dan kemudian menyuntik sperma ke dalam telur isteri (ICSI-MESA, ICSI-PESA) boleh dilakukan namun ia memakan kos yang cukup mahal.

Dalam keadaan tiada sperma didapati dari epididimis disebabkan oleh ketiadaan epididimis kongenital atau trauma kesan parut pada epididimis, pilihan rawatan ICSI menggunakan teknik tambahan mengambil sperma daripada biopsi testes (ICSI-TESE) boleh dilakukan, namun peluang kejayaannya lebih rendah.

Sebaliknya jika ujian darah tidak normal seperti FSH, LH dan testosteronnya rendah serta saiz testesnya kecil, puncanya lebih berkait dengan kurang rangsangan oleh hormon FSH kelenjar pituitari bahagian otaknya. Keadaan ini dinamakan hipogonadotrofi hipogonadism.

Rawatan suntikan hormon gonadotrofin boleh membantu. Masalah ini mungkin tiada pada suami anda memandangkan fizikal lelaki sebegini lazimnya kurang sifat kelelakian atau kurang maskulin.

Rawatan suntikan hormon gonadotrofin ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan sebelum testes mula menghasilkan sperma, namun berpotensi untuk membuahkan kehamilan kemudiannya tanpa bantuan persenyawaan tabung uji.

Jika hormon FSH meningkat dan testosteron rendah, ini boleh menandakan masalah ketiadaan penghasilan sperma oleh testes yang lebih rumit. Lazimnya, saiz testes juga lebih kecil. Biopsi testes mungkin menunjukkan gangguan proses spermatogenesis dengan kehadiran hanya sel sertoli saja.

Jika sperma didapati ada, rawatan ICSI-TESE secara mendapatkan sperma melalui biopsi testes dan kemudiannya bantuan persenyawaan tabung uji boleh dilakukan. Jika biopsi testes menunjukkan ketiadaan sperma, peluang kehamilan amat tipis memandangkan tiada benih daripada pihak lelaki untuk mensenyawakan telur.

Ini mungkin ada kaitan dengan ketidaknormalan kromosom Y. Rawatan kesuburan menggunakan sperma penderma ada ditawarkan oleh beberapa pusat kesuburan, namun ia tidak dibenarkan oleh Islam. Pilihan lain adalah mengambil anak angkat atau menerima hakikat meneruskan hubungan suami isteri tanpa zuriat.

Varikosel juga boleh menyebabkan azoospermia. Ini boleh dirawat secara pembedahan membaikinya. Suami dinasihatkan meneruskan rawatan dengan pakar kesuburan yang berpengalaman dalam rawatan pensenyawaan tabung uji serta pakar bedah urologi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GANGGUAN HAID LEPAS PEMBEDAHAN (SAKIT PUAN)

Soalan

SAYA pernah membuat pembedahan pada 31 Mei 2007 disebabkan darah haid yang tidak keluar sepenuhnya menyebabkan ia melekat pada ovari sebelah kanan.

Doktor memberitahu ia sejenis penyakit endometriosis. Walaupun sudah masuk sembilan bulan selepas pembedahan, saya dapati darah banyak keluar dan selepas 14 hari masih ada darah yang keluar tetapi berwarna coklat dalam kuantiti sedikit. Kadangkala darah keluar, kadangkala tidak.

Saya risau, adakah penyakit ini berulang atau sebaliknya. Saya dapat rasakan perut saya berdenyut dengan tiba-tiba. Apakah pandangan doktor mengenai hal ini?

ANA,
Kuala Lumpur

Jawapan

NAMA endometriosis diambil daripada perkataan endometrium (endometrium adalah lapisan terdalam dinding rahim, ia juga disebut lapisan haid). Ini kerana endometriosis mempunyai ciri yang sama dengan tisu endometrium.

Ada teori yang menyatakan endometriosis berpunca daripada tisu haid ini (endometrium) yang tidak keluar turun melalui faraj tetapi sebaliknya melalui tiub falopio dan tumpah ke dalam ruang pelvis. Ia kemudiannya 'hidup' sama seperti yang dialami oleh endometrium iaitu berkembang mengikut pusingan haid dan 'berlaku pendarahan' pada waktu haid.

Tisu endometriosis boleh didapati di mana-mana bahagian badan (ia turut mempunyai teori lain kewujudannya). Namun lazimnya, ia didapati pada kawasan berhampiran tumpahan darah haid ini iaitu pada ovari (membentuk cyst yang dinamakan endometrioma, endometriotic cyst atau chocolate cyst), jauh ke dalam otot dinding rahim (dinamakan adenomyosis), permukaan rahim terutama permukaan belakang, ligamen utero-sakrum, pouch of Douglas dan seumpamanya.

Endometriosis paling kerap berlaku pada ovari memandangkan bukaan tiub falopio paling hampir kepada ovari. Sewaktu ia melalui tiub falopio, ia juga boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem silia yang berfungsi menggerakkan sperma, telur atau embrio, lazimnya ia tidaklah sehingga menyebabkan penyumbatan tiub falopio ini.

Walaupun endometriosis boleh berpunca daripada darah haid yang tidak habis keluar melalui faraj, kuantiti darah haid yang keluar melalui faraj tidak melambangkan penyakit endometriosis seseorang.

Tidak semestinya haid yang sedikit bermakna banyak darah haid yang tumpah ke dalam ruang pelvis. Kuantiti haid lebih bergantung kepada ketebalan dan pematangan pembentukan lapisan haid yang dikawal oleh hormon kesuburan seseorang.

Dalam keadaan anda, seeloknya teruskan rawatan doktor. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada doktor anda mengenai beberapa perkara seperti peringkat endometriosis yang anda alami dulu, pengulangan endometriosis, pilihan rawatan selanjutnya, pemeriksaan kesuburan (jika dikehendaki) serta ujian berkaitan (seperti ujian darah Ca125 boleh membantu memantau penyakit endometriosis dan seumpamanya).

Secara amnya, endometriosis boleh berlaku pada mana-mana wanita yang masih didatangi haid dan hanya tidak akan muncul selepas wanita putus haid (menopaus). Sesiapa saja wanita kumpulan usia reproduktif termasuk anda boleh mengalami endometriosis.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PAYUDARA KIRI KENA BISUL (SAKIT PUAN)

Soalan

SAYA ibu muda kepada dua anak lelaki mempunyai masalah menyusukan anak sulung saya pada payu dara sebelah kiri kerana puting agak pendek. Bagaimanapun, saya dapat mengatasinya selepas kelahiran anak kedua.

Masalahnya kini, saya sering terkena bisul di bahagian payu dara sebelah kiri saja. Kesakitan yang amat sangat menghalang saya untuk meneruskan penyusuan sehingga menyebabkan payu dara saya terus membengkak. Apakah masalah yang saya hadapi kini?

LIZA
Damansara

Jawapan

MUNGKIN bisul yang anda alami belum pernah dirawat sepenuhnya. Bisul boleh menyebabkan pengumpulan nanah (abses) yang perlu dibuang dan dibersihkan melalui prosedur kecil (incision & drainage atau I&D) selain mengambil ubat antibiotik.

Jika benar ia berulang, anda juga perlu menjalani ujian darah untuk mengesan penyakit kencing manis. Berjumpalah doktor untuk kepastian dan rawatan.

Sementara itu, payu dara kiri ini perlu diperah susunya bagi mengelakkan ia membengkak. Ini kerana pengumpulan susu di dalam kelenjar payu dara masih berlaku berterusan, jika ia tidak dikeluarkan payu dara akan terus membengkak dan ini akan lebih menambah kesakitan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

WANITA KAHWIN LEWAT INGIN HAMIL (SAKIT PUAN)

Soalan

SAYA berusia lingkungan 40-an dan agak lewat bertemu jodoh. Kini sudah lima bulan saya berumah tangga. Bolehkah saya mendapat zuriat pada usia sebegini?

Haid saya datang setiap bulan cuma ada kalanya awal dan ada kalanya lewat. Setiap kali didatangi haid, saya mengalami sakit perut di sebelah kiri dan keluar semacam ketulan tetapi kesakitan hilang selepas dua hari.

Saya juga mual dan asyik muntah air yang dialami setiap bulan. Adakah keadaan ini juga menjejaskan peluang saya untuk hamil?

SU
Linggi, Negeri Sembilan.

Jawapan

SEELOKNYA, anda dan suami berjumpa pakar sakit puan untuk membincangkan beberapa perkara dengan lanjut seperti risiko mengalami keguguran serta risiko ketidaknormalan kromosom anak mengakibatkan keguguran, kematian dalam kandungan, atau kelahiran anak dengan sindrom tertentu.

Selain itu, perkara lain termasuk risiko masalah sewaktu hamil seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, uri bawah dan seumpamanya serta kemungkinan kaitan senggugut dan ketulan yang dirasai dengan kesukaran hamil.

Setelah betul-betul memahami risiko dan jika masih berhasrat untuk hamil serta bersedia menghadapinya, terpulanglah pada anda dan suami untuk meneruskan hasrat.

Lebih elok ia dimulakan sekarang daripada menunggu lebih lewat lagi. Namun, sebelum itu, untuk memulakan kehamilan bukanlah mudah. Ini kerana kesuburan wanita sangat dipengaruhi oleh usianya.

Anda mungkin memerlukan teknik bantuan kehamilan tertentu yang lazimnya dimulakan dengan ubat hormon kesuburan sama ada semudah menggunakan pil atau secara suntikan yang jauh lebih mahal. Kaedah permanian berhadas dan persenyawaan tabung uji juga tambah membantu.

Mual dan muntah air yang dialami juga perlu diperiksa, ia tidak sepatutnya berlaku. Selain itu, mulakanlah pengambilan pil asid folik sebanyak 5 miligram setiap hari untuk mengurangkan risiko kecacatan otak dan saraf tunjang bayi.

Suami juga dinasihatkan menjalani ujian air mani. Walaupun peluang kehamilan rendah berbanding wanita yang berusia kurang 40 tahun, siapa tahu anda mungkin termasuk dalam lima peratus kumpulan yang berjaya hamil. Selamat mencuba.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

JAHITAN TERBUKA SELEPAS 2 MINGGU DALAM PANTANG (SAKIT PUAN)

Soalan

SAYA mempunyai dua anak di mana anak kedua dilahirkan normal seberat 3.9 kilogram lalu saya menerima banyak jahitan kerana anak saya besar. Semasa dua minggu berpantang, jahitan itu terbuka. Saya terpaksa ke hospital untuk mencantum kembali jahitan yang terbuka itu.

Dalam masa tiga hari berikutnya, ia terbuka sedikit dan saya membiarkan saja tanpa jahitan. Adakah saya akan menghadapi masalah jika saya hamil anak ketiga nanti? Ini kerana, pintu rahim saya terbuka dan tidak sama seperti dulu.

SITI
Sungai Yan, Kedah.

Jawapan

SAYA berpendapat jahitan yang terbuka terbabit adalah di kawasan bukaan faraj dan bukannya pintu rahim. Pintu rahim (serviks) terletak jauh di penghujung faraj dan tidak boleh dilihat sendiri.

Pintu rahim hanya boleh dilihat menggunakan alat bantuan spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj untuk membuka faraj sehingga nampak pintu rahim di penghujungnya.

Sewaktu kelahiran, doktor mungkin sudah melakukan potongan pada penghujung faraj secara bersudut ke tepi bagi mengelakkan terkena dubur. Potongan ini mungkin kemudiannya dilebarkan secara guntingan apabila menyedari bayi besar atau ia terkoyak sendiri.

Luka koyak yang anda alami mungkin panjang dan bercabang sehingga ke kawasan bukaan dubur. Tidak mustahil berlaku kemasukan kuman dari kawasan dubur ini menjangkiti luka jahitan terbabit dan mengganggu proses penyembuhan sehingga menyebabkan jahitan terbuka.

Keadaan lembap akibat pendarahan nifas pada tuala wanita pula tambah menggalakkan perpindahan kuman yang berasal dari kawasan dubur ini. Ini bukannya kesalahan anda kerana sukar untuk memastikan keadaan tuala wanita kering sepanjang masa memandangkan pendarahan nifas berlaku berterusan.

Namun, wanita masih dinasihati lebih kerap menukar tuala wanita terutama dalam seminggu pertama selepas bersalin agar keadaan kemaluan tidak terlalu basah sehingga menggalakkan jangkitan.

Maka, kandungan berikutnya lazimnya tidak dipengaruhi oleh koyakan kelahiran kedua terbabit. Namun, memandangkan berat bayi anda besar, doktor mungkin mencadangkan anda menjalani ujian darah untuk mengesan penyakit kencing manis.

Selain itu, secara amnya, bayi ketiga lazimnya dijangka mempunyai berat lahir yang melebihi berat bayi pertama dan kedua, terutama jika ia dilahirkan pada tarikh lebih lewat daripada usia kandungan bayi sebelumnya dilahirkan.

Begitu juga dengan kelahiran seterusnya dijangka mempunyai berat lahir bayi yang lebih. Jadi, tidak mustahil jika bayi ketiga ini lebih berat, anda juga boleh mendapat luka faraj yang lebih lebar, malah luka pada pintu rahim.

Kebanyakan doktor akan mencadangkan kelahiran secara pembedahan Caesarean jika bayi ketiga ini lebih besar. Ini penting bagi mengelakkan trauma kelahiran bukan saja kepada anda, malah kepada bayi seperti badan tersekat (dystocia bahu), kerosakan saraf brakial tangan dan seumpamanya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

URUT TAK DAPAT BETULKAN URI (SAKIT PUAN)

Ibu alami plasenta previa mahu lakukan sengkak selepas pembedahan Ceasarean

SAYA berusia 34 tahun dan mempunyai empat anak. Semasa hamil anak keempat pada 2006, saya menghadapi plasenta previa type I/II dan saya bersalin secara pembedahan.

Untuk pengetahuan doktor, ketiga-tiga anak sebelum ini bersalin secara normal. Persoalannya, bolehkah sengkak dilakukan seperti mana lazimnya dibuat selepas bersalin normal sebelum ini?

Bagaimana untuk mengelakkan berlakunya plasenta previa? Adakah ia boleh dilakukan secara urutan?

UMI
Kajang, Selangor

UNTUK makluman umum, plasenta previa adalah nama perubatan untuk keadaan uri di bawah. Pada awal ketibaan embrio dari tiub falopio ke dalam ruang rahim, saiznya amat kecil berbanding saiz ruang rahim.

Embrio ini kemudian akan melekat pada mana-mana bahagian atau permukaan terdalam dinding rahim ini, proses ini dinamakan implantasi.

Embrio ini kemudiannya akan berkembang lanjut dan membahagi kepada janin dan uri manakala selaputnya membentuk selaput ketuban (membran amnion). Titik atau lokasi perlekatan embrio inilah yang menentukan kedudukan uri.

Cuma dengan berlakunya pembentukan segmen bawah dinding rahim selebar kira-kira lima sentimeter (sm) yang berlaku selepas minggu ke-28 kehamilan, ia memberi peluang untuk uri yang berada pada kawasan bawah ini untuk seolah-olah dianjakkan ke atas.

Peluang ini bergantung kepada sejauh mana lokasi uri berada di bawah. Jika hanya sebahagian saja yang berada di bahagian bawah, kemungkinan untuk ia 'naik' ke segmen atas lebih tinggi.

Sebaliknya, jika berada betul-betul di bahagian bawah, ia lebih berkemungkinan untuk kekal di segmen bawah.

Plasenta previa tidak mempunyai punca. Tidak ada faktor mempengaruhi embrio awal ini melekat di mana-mana bahagian permukaan dinding rahim. Namun, secara kajian plasenta previa didapati lebih kerap berlaku pada keadaan berikut:

* Pernah menjalani pembedahan Caesarean.

* Kehamilan kerap. Ia kurang berlaku dalam kehamilan pertama.

* Usia meningkat. Ini mungkin berkait dengan kemungkinan wanita ini pernah menjalani pembedahan atau kerap hamil.

* Kehamilan kembar (saiz uri lebih besar).

* Pernah mengalami plasenta previa dalam kehamilan sebelumnya.

* Pernah menjalani prosedur D&C

* Merokok

Kedudukan uri pada awal kehamilan seawal 15 minggu (tiga setengah bulan) kehamilan. Sekiranya ia didapati berada melangkaui lingkungan satu sentimeter dari pintu rahim interna, ia lebih berisiko untuk kekal sebagai plasenta previa.

Uri tidak seperti janin, uri tidak boleh bergerak sendirinya atau digerakkan. Uri yang berbentuk seperti piring berdiameter selebar sekitar 20 sm ini melekat keseluruhannya pada permukaan dinding rahim sepanjang kehamilan sehinggalah setelah lahirnya bayi.

Ramai wanita membuat salah tanggapan bahawa plasenta previa boleh dibetulkan kedudukannya atau dielakkan. Berurut juga tidak dapat membetulkan kedudukan uri.

Berurut mungkin dapat mengubah kedudukan janin memandangkan janin boleh berpusing atau bergerak tetapi ini juga mendedahkan anda dan bayi kepada komplikasi bahaya.

Berurut secara perubatan moden ada dilakukan untuk membetulkan kedudukan janin tetapi prosedur ini dilakukan dalam keadaan ibu dan doktor serta kakitangan hospital bersedia untuk menghadapi kemungkinan pembedahan Caesarean terpaksa dilakukan serta-merta.

Dengan penerangan di atas, anda mungkin dapat lebih memahami bahawa plasenta previa tidak boleh dielakkan melainkan anda membuat keputusan untuk tidak hamil lagi.

Anda juga lebih terdedah kepada risiko plasenta previa memandangkan anda lebih berusia sekarang, kehamilan berikutnya adalah kehamilan kelima (disebut multipara), pernah mengalami plasenta previa dan pernah menjalani pembedahan Caesarean.

Sengkak sewaktu berpantang dilakukan berdasarkan andaian rahim terjatuh daripada tempat asalnya dan perlu dinaikkan semula. Ini mungkin ada logiknya jika rahim pada asalnya berada dalam kawasan atau takuk tertentu pada ruang pelvis, namun sebenarnya ia tidak.

Bahagian tertentu rahim dipegang oleh struktur berotot dan berligamen yang kemudian melalui tekanan atau trauma pemanjangan sewaktu hamil serta tekanan meneran kelahiran.

Trauma ini boleh menyebabkan rahim jatuh sedikit atau lebih teruk sehingga kelihatan terjulur keluar dari faraj. Berurut sewaktu berpantang bagaimanapun dapat memberi kelegaan serta sokongan moral oleh bidan yang juga menjadi teman berbual mengenai panduan penjagaan diri dan keluarga.

Lazimnya bidan akan mengelakkan kawasan perut sewaktu mengurut wanita bersalin pembedahan, ia lebih kepada anggota lain seperti tangan dan kaki serta bahu.

Selepas tempoh berpantang, kebiasaannya luka pembedahan sembuh sepenuhnya, namun ada juga yang mengambil masa sehingga tiga hingga empat bulan.

Sebelum berurut, anda dinasihatkan membuang air kencing terlebih dulu agar tidak berlaku trauma pundi kencing akibat tekanan urutan terbabit. Kes pundi kencing pecah selepas berurut juga pernah berlaku dan memerlukan pembedahan kecemasan untuk membaikinya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RASA PEDIH BERSAMA SUAMI SELEPAS KEGUGURAN (SAKIT PUAN)

Soalan

SAYA berusia 24 tahun dan sudah berkahwin. Pada Disember 2006, saya mengalami keguguran.

Walaupun sudah lebih setahun, saya masih berasa pedih apabila bersama suami. Doktor menyatakan rahim saya bengkak dan akan pulih dengan sendiri.

Kitaran haid saya berjalan seperti biasa dan tiada masalah. Apakah keguguran itu menyebabkan saya rasa pedih bila bersama suami? Apakah yang harus saya lakukan?

NOR
Taman Imigresen, Johor Bahru.

Jawapan

SESEORANG yang keguguran lebih setahun jarang mengalami masalah seperti anda. Pedih apabila bersama mungkin disebabkan luka pada pintu rahim akibat kesan prosedur dilation & curettage (D&C), jika ada dilakukan, namun ia tidaklah kekal untuk tempoh lama.

Anda dinasihati menjalani pemeriksaan dalaman untuk memeriksa keadaan faraj dan pintu rahim. Pada masa sama, ujian pap smear boleh dilakukan.

Bengkak rahim juga mempunyai beberapa punca, anda mungkin ingin bertanya doktor anda lebih lanjut mengenai apa yang dimaksudkan dengan bengkak rahim.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENDARAHAN ABNORMAL (SAKIT PUAN)

RAMAI wanita yang mengalami keganjilan pendarahan yang bukan berkaitan dengan darah haid bulanan. Ada yang serius dan ada juga yang sembuh tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Walau apa pun cara persembahan pendarahan tersebut, puan haruslah mengetahui penyebab-penyebab pendarahan tersebut, bagaimana ia didiagnosis dan kaedah rawatan yang mungkin diberikan.

Kitaran haid

Ovari yang berada di kedua-dua belah rahim puan mengeluarkan dua jenis hormon yang penting untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron.

Hormon-hormon tersebut berganding dalam fungsi menyediakan benih serta penebalan dinding dalaman rahim untuk kemungkinan penanaman selepas persenyawaan sperma dan telur. Ovulasi berlaku sekitar 12 hingga 14 hari sebelum datangnya kitaran haid yang berikutnya.

Benih yang dikeluarkan akan melalui tiub fallopian di mana persenyawaan mungkin (atau tidak) berlaku dengan sperma. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, paras hormon akan jatuh dan memberi isyarat pada dinding dalaman rahim untuk gugur sebagai darah haid. Kebanyakan kitaran berlangsung selama 28 hari dan kitaran yang sedikit pendek atau panjang sehingga 35 hari adalah normal.

Pendarahan abnormal

Pendarahan abnormal mungkin melibatkan pendarahan di antara kitaran haid (iaitu di peringkat antara dua kitaran haid), pendarahan selepas hubungan kelamin, pendarahan tidak menentu harinya dalam kitaran haid, pendarahan yang banyak serta bilangan harinya panjang dari hari-hari sebelum ini, atau pendarahan yang berlaku selepas menopaus (putusnya haid secara fisiologi). Segeralah dapatkan rawatan sekiranya kitaran haid puan melebihi 35 hari ataupun pendek kurang dari 21 hari. Tidak hadirnya haid selama tiga hingga enam bulan juga abnormal dan memerlukan pemeriksaan kesihatan lanjut.

Jika keganjilan kitaran haid hanya berlaku sekali atau kadang kala, puan tidak perlu berasa cemas kerana mungkin itu adalah normal. Juga sesuatu yang normal jika jadual haid gadis yang baru akil baligh (antara sembilan hingga 16 tahun) tidak dapat diramalkan di awal kehadiran haid dalam hidup mereka. Apabila puan menghampiri umur 35 tahun, kitaran haid mungkin menjadi pendek dan makin pendek apabila menghampiri usia menopaus. Haid juga mungkin menjadi lebih sedikit (atau lebih banyak) dan kadangkala haid pada bulan tertentu tidak langsung tiada.

Punca

Pendarahan abnormal mempunyai banyak punca dan lazimnya doktor akan menumpukan pemeriksaan pada penyebab yang biasa mengikut umur. Sejarah kesihatan dan pengambilan ubat juga akan direkodkan. Untuk ramai wanita, ketidakseimbangan paras hormon mungkin menyebabkan keganjilan kitaran haid.

Di antara penyebab-penyebab yang akan disiasat termasuklah mengandung, keguguran, mengandung di luar rahim atau masalah berkaitan penggunaan alat dalam rahim dan pil perancang keluarga. Selain itu, jangkitan pada rahim atau pangkal rahim, fibroid, polip, masalah dengan sistem pembekuan darah, kanser wanita (rahim, ovari, pangkal rahim, faraj) atau masalah kesihatan kronik seperti penyakit tiroid dan kencing manis mungkin menjadi puncanya.

Semasa di klinik, doktor akan merekodkan sejarah kesihatan puan serta keluarga. Penggunaan ubat-ubatan, sama ada tradisional ataupun yang dipreskripsikan, penggunaan pil perancang keluarga, tabiat pemakanan, senaman, berat dan tinggi juga direkodkan. Ketegangan dan kestabilan emosi juga perlu diamati. Puan juga akan diberikan carta bagi menandakan hari-hari berlakunya keabnormalan kitaran haid.

Pemeriksaan lanjutan yang lazim disyorkan, berdasarkan pada simptom dan tanda-tanda yang dipersembahkan termasuklah;

- Pemeriksaan ultrasound untuk meneliti keadaan di dalam kawasan pinggul

- Biopsi dinding dalam rahim dengan menggunakan kaedah aspirasi vakum (ujian ini dilakukan di klinik)

- Sonohisterografi pula merupakan kaedah ultrasound di mana sebelum dijalankan, cecair steril dimasukkan ke dalam rahim melalui bukaan pangkal rahim untuk menjelaskan lagi pengimejan dalaman rahim apabila ultrasound digunakan.

- Histeroskopi pula seperti kaedah binokular untuk melihat secara langsung keadaan dalaman rahim

- Histerosalfingografi pula kaedah sinar-X, di mana bahan pewarna dimasukkan ke dalam rahim dan kedua-dua tiub fallopian untuk tujuan visualisasi dengan kaedah sinar-X

- Dilatasi serta pengkuretan adalah kaedah pembedahan kecil di mana pensampelan tisu diambil dari bahagian dalam rahim untuk diperiksa di bawah mikroskop

- Laporoskopi adalah kaedah visualisasi langsung anatomi di bahagian pinggul, sejenis alat visual dimasukkan ke bahagian pusat dan rongga abdomen dikembangkan supaya visualisasi tidak terhalang (prosedur ini dijalankan di bawah bius keseluruhan)

Rawatan

Rawatan yang diberikan bergantung kepada apakah punca pendarahan yang dialami. Lazimnya terdapat tiga pilihan kaedah perawatan;

i) Rawatan menggunakan hormon. Ianya mengambil masa untuk menormalkan kembali kitaran haid. Hormon ini mungkin diberikan secara oral, suntikan, krim yang diletakkan di dalam faraj dan juga alat dalam rahim yang mengandungi hormon (IUS). Mungkin puan mengalami hiperplasia dinding rahim, keadaan ini boleh dirawat dengan hormon progesteron.

ii) Ubat-ubat lain seperti NSAID (NonSteroidal AntiInflammatory) dapat mengurangkan jumlah pendarahan. Ubat ini juga berkesan sekiranya puan mengalami senggugut. Antibiotik diberikan sekiranya puan mengalami jangkitan kuman. Pembedahan disyorkan apabila pendarahan berpunca daripada ketumbuhan seperti polip dan fibroid. Mungkin pembedahan ini dilakukan secara histeroskopi. Kaedah ablasi dinding dalam rahim juga digunakan untuk mengawal pendarahan. Lazimnya kaedah ini berbentuk kekal dan puan mungkin tidak dapat mengandung selepas menjalani prosedur ablasi ini. Pembedahan membuang rahim iaitu histerektomi disyorkan apabila kaedah lain mengalami kegagalan. Pembedahan ini merupakan satu pembedahan besar dan puan tidak lagi mengalami kitaran haid selepas itu.

Jangan takut serta segan untuk berbincang dengan doktor apabila puan mengalami masalah pendarahan. Berbincanglah dengan doktor mengenai kaedah rawatan yang terbaik dan terkini untuk memulihkan keadaan.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme