Label

RISAU JEJAS IBADAH (SAKIT PUAN)

Wanita mahu berangkat mengerjakan umrah bimbang ibadat dibatasi haid

Soalan

SAYA berumur 40 tahun. Saya akan mengerjakan umrah bermula 24 Mac hingga 7 April depan. Haid saya teratur di mana selalunya bermula pada 26 hingga 2 hari bulan setiap bulan.

Jika kitaran haid saya bermula pada bulan Mac, saya akan berada di dalam hadas besar ketika mengerjakan umrah dan ini menyebabkan banyak ibadat yang saya tidak dapat laksanakan.

Soalan saya, apakah ada ubat yang boleh saya ambil untuk membuatkan haid saya datang awal dan kering sebelum saya berangkat ke Makkah pada 26 Mac. Atau mungkin doktor ada nasihat untuk saya atasi persoalan ini.

Sekian, terima kasih.

Noor,
Selangor

JAWAPAN

ADA dua cara bagaimana kita boleh melambatkan haid tetapi kedua-dua kaedah ini menggunakan hormon. Pada kitaran haid yang normal, ada dua jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron yang memainkan peranan penting.

Progesteron adalah hormon yang terhasil selepas ovulasi berlaku pada hari ke 14 haid. Paras progesteron akan memuncak tinggi dan terus berada pada tahap tinggi sekiranya berlaku persenyawaan dan implantasi embrio dalam rahim.

Sekiranya kandungan tidak menjadi, maka paras progesteron yang turun dan dinding akan luruh menjadi haid. Oleh itu berpandukan fakta di atas, kita boleh cuba mengawal atau melambatkan haid untuk turun.

Sekiranya puan mengamalkan pil perancang keluarga sebagai langkah mencegah kehamilan, puan boleh mengambil pil ini secara ‘back-to back’. Apa yang saya maksudkan di sini ialah selepas habis pil 21 biji itu, puan perlu teruskan dengan paket 21 biji yang baru tanpa mengambil ‘cuti rehat selama tujuh hari’.

Sesiapa yang mengambil pil perancang tahu mereka perlu mengambil pil satu biji sehari selama 21 hari (satu paket mengandungi 21 biji). Selepas itu, mereka perlu tunggu haid datang beberapa hari kemudian dan memulakan paket yang baru selepas hari terakhir haid.

Mengambil pil ‘back-to back’ ini boleh dilakukan berterusan selama tiga paket berturut-turut. Berikutan puan akan berada di Makkah lebih kurang dua minggu, saya cadangkan ambil dua paket saja.

Bagi sesiapa yang menginginkan kaedah pil perancang sebagai cara melewatkan haid, saya syorkan gunakan lebih awal beberapa bulan sebelum pergi umrah atau haji kerana ia lebih berkesan. Ketika mengambil ini, dinding rahim akan terus menebal tetapi ovulasi tidak akan berlaku. Ada beberapa kesan sampingan ketika mengambilnya seperti ‘break through bleeding’, sakit perut dan ‘bloating’.

Jika puan tidak menggunakan pil perancang diatas, kaedah lain adalah menggunakan hormon noretisterone. Contohnya, Primolut-N. Noretisterone adalah hormon progesteron. Banyak hormon-hormon pregesteron yang lain di pasaran.

Noretisterone ini perlu diambil tiga hari sebelum haid dijangka keluar. Ia boleh selama dua minggu sebelum ‘break through bleeding’ berlaku. Saya rasa ini cukup untuk puan mengerjakan umrah di Makkah. Pil ini boleh diambil sebiji tiga kali sehari atau tiga biji sekali sehari dan berterusan selama dua minggu maksimum.

Selepas berhenti mengambil pil noretisterone ini, haid akan datang dalam masa dua hingga tiga hari. Perlu saya ingatkan di sini bahawa haid turun selepas ditahan untuk beberapa minggu akan banyak, berketul dan sakit. Pengambilan progesteron ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan, tekanan, pening, demam, sakit kepala, fluid retention dan gangguan pada paras glukosa dalam darah.

Saya syorkan puan berjumpa dengan doktor mengenai masalah untuk melewatkan haid puan. Mengambil hormon-hormon tidak 100 peratus menjamin haid dapat ditangguhkan sehingga puan kembali ke Malaysia kerana masalah ‘break through bleeding’ agak sukar dibendung kerana dinding rahim yang terlalu tebal tetap akan luruh. Tambahan, jika puan selalu terlupa atau tidak mengikut waktu mengambilnya, maka pendarahan boleh terjadi. Semoga puan selamat mengerjakan umrah dan kembali dalam keadaan sihat.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN SAMPINGAN CEGAH HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA mempunyai seorang anak berusia tujuh bulan. Selepas melahirkan anak pertama, saya mengambil suntikan perancang iaitu suntikan Depo Provera. Saya baru mengambil suntikan itu dua kali iaitu pada November 2012 dan Januari 2013.

Masalahnya, sejak awal Januari lalu sehingga kini, haid saya masih tidak kering sehinggakan setiap masa saya perlu memakai tuala wanita.

Namun kuantiti darah haid yang keluar hanya sedikit. Saya dijadualkan untuk menerima suntikan ketiga pada 9 Mac lalu, tetapi tidak berbuat demikian kerana khuatir masalah haid saya berkaitan dengan suntikan terbabit.

Adakah masalah ini berkaitan dengan suntikan atau ada masalah lain? Bantulah saya kerana saya tidak dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba Allah dan seorang isteri.

Kartini,
Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur.

SEBELUM menggunakan sesuatu kaedah pencegah kehamilan, anda sepatutnya menjalani pemeriksaan doktor.

Pada masa sama, doktor akan menerangkan kebaikan serta kesan sampingan setiap kaedah yang terdapat di situ. Penting untuk seseorang mengetahui kesan sampingan sesuatu kaedah supaya dia tidak cemas apabila mengalaminya.

Selain itu, sekiranya dia tidak sanggup menerima kesan sampingan itu, bolehlah dia memilih kaedah lain dari awal.

Kaedah suntikan pencegah kehamilan adalah kaedah yang sangat berkesan.

Namun ia boleh menyebabkan gangguan haid seperti yang anda alami. Namun sebaliknya, selepas setahun penggunaannya, ramai pengguna yang mengalami ketiadaan haid pula. Ini tidak membahayakan dan tidak perlu dibimbangkan, asalkan anda sudah menjalani pemeriksaan doktor.

Sekiranya anda lebih gemarkan ketiadaan haid berbanding masalah haid anda sekarang, anda perlu bersabar sehingga penghujung setahun penggunaannya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KELUHAN PESAKIT BARAH RAHIM (SAKIT PUAN)

SAYA kini berumur 58 tahun dan suami saya 56 tahun. Hubungan kelamin kami mempunyai masalah selepas saya mengalami menopaus.

Pada 1997, saya menerima rawatan radioterapi luar dan dalam faraj di Singapura dalam tempoh lebih sebulan kerana saya menghidap barah rahim.

Doktor mencuba untuk membuang melalui pembedahan tetapi gagal disebabkan rahim saya melekat pada dinding. Justeru, saya dihantar ke Singapura dan sejak itu saya tidak lagi datang bulan yang dikira menopaus.

Doktor sakit puan menyatakan selepas beberapa tahun, saya sudah bebas daripada penyakit itu, barangkali doa daripada keluarga. Sejak mendapat tahu saya menghidap penyakit terbabit, saya berpantang makan daging.

Hubungan kelamin kami pada permulaannya berjalan lancar, tetapi sejak tahun lalu, kami seperti ada masalah seolah-olah faraj saya sukar menerima.

Menurut doktor sakit puan, ukuran faraj saya semakin pendek selepas menerima rawatan berkenaan.

Saya dalam kebingungan kerana suami saya masih aktif dan seperti biasa, kami menggunakan pelincir.

Saya ingin tahu sekiranya ada rawatan lain supaya ukuran faraj saya normal kembali. Harap doktor dapat membantu hubungan kami suami isteri.

Bingung,
Kuala Lumpur

SEKIRANYA anda berada di Kuala Lumpur, eloklah anda berjumpa pakar sakit puan yang turut mempunyai kemahiran tambahan dalam bidang kanser sakit puan. Terdapat pakar sedemikian di Lembah Klang sama ada di beberapa hospital kerajaan mahupun swasta.

Adakah anda mengalami kanser rahim (lebih merujuk kepada kanser endometrium dalam dinding rahim) atau sebenarnya serviks (pangkal rahim)?

Apa yang anda alami adalah kesan daripada radioterapi itu. Radioterapi dalam faraj (brachy-terapi) boleh memberikan kesan sedemikian sehingga sebahagian faraj tertutup atau bercantum. Untuk makluman puan, rawatan radioterapi ini sudah ada di negara kita seawal 1997.

Pemeriksaan doktor mungkin mendapati hanya sebahagian iaitu penghujung faraj saja yang dapat dilihat menggunakan alat spekulum bersaiz paling kecil (itu pun anda mungkin mengalami kesakitan) manakala serviks atau pangkal rahim yang terdapat di pangkal faraj pula tidak kelihatan.

Jika keseluruhan faraj dapat dilihat sehingga menampakkan serviks di pangkalnya, maka lazimnya ia bukanlah akibat kesan radioterapi tetapi kesan menopaus yang menipiskan dinding faraj sehingga anda berasa kekeringan dan tidak selesa sewaktu hubungan seks penetratif. Cuma dalam keadaan ini, keluhan yang diberi bukanlah faraj yang terasa pendek tetapi sempit dan kering.

Penting juga untuk doktor menilai sama ada masih terdapat aktiviti kanser terbabit. Dalam keadaan rahim yang melekat pada dinding sehingga pembedahan terpaksa dihentikan, ia bukanlah kanser peringkat awal. Seeloknya anda teruskan menjalani rawatan susulan dengan doktor.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SETAHUN KAHWIN BELUM HAMIL (SAKIT PUAN)

SELEPAS datang haid, saya ada melakukan hubungan seks bersama suami kerana menyangkakan haid saya sudah habis.

Selepas hubungan itu, keluar darah kehitaman seperti darah pada penghujung haid. Adakah perkara ini memudaratkan saya? Adakah sebarang kesan sampingan?

Untuk pengetahuan doktor, saya berkahwin pada Januari 2012 dan sampai sekarang masih belum mempunyai zuriat. Saya juga pernah keguguran sebanyak dua kali dan kini masih belum hamil.

Saya masih berusaha untuk hamil. Apakah nasihat doktor? Adakah saya perlu berjumpa pakar sakit puan?

Ema,
Shah Alam, Selangor

JIKA pendarahan terbabit berlaku sekali itu saja, kemungkinan tiada masalah. Mungkin ia disebabkan sisa haid yang masih ada di dalam faraj atau penghujung rahim.

Namun eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor kerana pendarahan selepas hubungan seks penetratif boleh juga merupakan salah satu simptom penyakit contohnya penyakit serviks.

Anda tidak memberikan maklumat lanjut berkaitan masalah kesuburan anda kecuali tempoh perkahwinan yang sudah melebihi satu tahun.

Ya, anda perlu berjumpa doktor sakit puan. Pada masa sama, masalah pendarahan selepas hubungan bersama yang anda alami itu boleh diketahui puncanya. Doktor anda boleh memeriksa bahagian dalaman anda termasuk melakukan ujian Pap smear.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

OVARI BERFUNGSI WALAUPUN TIUB FALLOPIO DIBUANG (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 36 tahun dan sudah berkahwin selama lapan tahun tetapi belum dikurniakan zuriat.

Saya pernah keguguran pada 2009 dan pada tahun lalu, saya membuat rawatan kesuburan di hospital dan ujian HSG. Didapati tiub fallopio kanan saya tersumbat. Saya kemudian melakukan rawatan IUI sebanyak tiga kali tetapi gagal, disusuli dengan rawatan IVF.

Hasilnya saya hamil tetapi saya mengalami kehamilan ektopik. Pembedahan dijalankan dan saya sudah membuang tiub yang rosak itu.

Persoalannya, bagaimana fungsi ovari tanpa tiub fallopio? Adakah keadaan ini boleh mendatangkan risiko kanser?

Shaja,
Kuala Lumpur

TANPA tiub fallopio, ovari masih boleh berfungsi. Ini kerana ovari mempunyai bekalan atau salur darahnya sendiri. Hormon daripada ovari pula memberi tindakan melalui salur darah dan bukannya melalui saluran tiub fallopio.

Haid anda juga sepatutnya teratur seperti sebelumnya. Cuma mungkin anda boleh mengalami pendarahan berwarna coklat berpanjangan selepas haid dijangka habis jika sebahagian pangkal tiub masih ada.

Malah secara kajian, risiko kanser ovari dijangka menurun bagi mereka yang menjalani pembedahan menutup tiub fallopio. Namun anda harus faham risiko kanser juga boleh meningkat disebabkan faktor lain.

Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehamilan ektopik yang dialami termasuk di bahagian mana letaknya kandungan ektopik pada tiub fallopio itu serta kemungkinan lain ia berlaku.

Dalam rawatan IVF, embrio yang sudah terbentuk dimasukkan ke dalam ruang rahim, maka secara logiknya perlekatan embrio itu juga sepatutnya berlaku di dalam rahim. Mungkin kandungan ektopik anda berada di pangkal tiub fallopio di kawasan bucu rahim. Ini dipanggil kehamilan kornual di mana kawasan bucu rahim terbabit juga mungkin terpaksa dipotong.

Maklumat ini penting untuk kehamilan akan datang. Maklumat lain termasuk penyebab kehamilan ektopik yang dikesan sewaktu pembedahan itu. Adakah anda mempunyai penyakit jangkitan pelvis atau endometriosis serta bagaimanakah keadaan dalam pelvis anda?

Adakah anda turut menerima rawatan bagi penyakit terbabit? Doktor juga mungkin akan menilai semula keperluan ubatan untuk mengawal aktiviti rahim anda dalam rawatan IVF akan datang bagi mengelakkan masalah embrio sebaliknya ditolak masuk ke dalam tiub fallopio.

Anda juga tidak menyatakan tiub fallopio mana yang mengalami ektopik itu. Jika ia tiub fallopio kanan, adakah ini bermakna hanya penghujung tiub kanan yang tersumbat sebelum ini? Bagaimanakah keadaan tiub fallopio kiri sewaktu pembedahan itu, adakah ia masih elok?

Jika tiub fallopio kiri yang mengalami ektopik (dan terpaksa dibuang), adakah tiub kanan dilakukan prosedur membuka tiub atau adakah tiub kanan juga dibuang kerana terdapat pembengkakan berair (hidrosalping)?

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ISTILAH HILANG DARA SUBJEKTIF (SAKIT PUAN)

BAGAIMANAKAH caranya kita ingin mengetahui sama ada seseorang perempuan itu masih dara atau sebaliknya?

Adakah pemeriksaan doktor boleh dilakukan untuk mengesahkannya?

Ingin tahu

ISTILAH kehilangan dara adalah subjektif. Ada yang mentafsirkan dara sunti sebagai masih belum disentuh tubuhnya oleh lelaki lain, ada pula yang lebih bersyarat iaitu masih belum disentuh mahupun dilihat tubuhnya oleh orang lain.

Ada yang memilih untuk mentakrifkan dara sebagai belum mengalami kemasukan zakar ke dalam faraj dan masih mempunyai selaput dara yang utuh saja.

Jika anda maksudkan selaput dara, ia tidak mudah dilihat melainkan dengan pemeriksaan doktor sakit puan yang berpengalaman. Memandangkan terdapat beberapa bentuk atau jenis selaput dara, ada yang bersifat sangat elastik sehinggakan masih tidak koyak walaupun setelah menjalani hubungan seks penetratif atau kemasukan alat lain seperti jari.

Ada pula jenis selaput dara yang nipis dan sensitif sehingga mudah koyak dengan trauma pada kawasan pelvis misalnya terjatuh atau akibat bersukan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KELENJAR TIROID BENGKAK DI LEHER (SAKIT PUAN)

ADAKAH normal bagi seorang perempuan mempunyai seakan-akan halkum di leher? Saya pernah membaca di Internet dan dinyatakan keadaan ini amat jarang berlaku. Terima kasih atas pandangan doktor.

Musykil,
Kuala Lumpur

ELOKLAH anda menjalani pemeriksaan doktor. Wanita tidak mempunyai halkum. Bagaimanapun, pembengkakan di bahagian hadapan (dan tengah) leher kemungkinan kelenjar tiroid yang membengkak.

Keadaan ini dinamakan goiter dan perlu diperiksa dengan lanjut. Terdapat juga organ lain di kawasan ini yang juga boleh membengkak tetapi ini sangat jarang berlaku.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BIMBANG BAHAYA JANGKITAN KULAT (SAKIT PUAN)

SAYA mengalami masalah keputihan yang teruk sejak sebulan lalu. Keadaan ini dialami buat pertama kali.

Berdasarkan pemerhatian saya, lendir yang keluar berwarna kehijauan dan kadangkala kekuningan.

Malah semasa melakukan hubungan seks, faraj saya mengeluarkan ketulan kecil. Saya bukannya mengamalkan seks rambang malah setia dengan pasangan.

Persoalannya, mengapa saya boleh dijangkiti kulat sedangkan saya tidak mengamalkan seks rambang? Adakah jangkitan kulat ini terjadi disebabkan saya dan pasangan suka melakukan seks oral?

Sehingga kini, saya masih belum berani berjumpa pakar sakit puan kerana khuatir mengenai bayaran yang mahal bakal dikenakan. Adakah jangkitan kulat ini boleh membawa kemudaratan untuk jangka panjang seperti mandul dan faktor tidak didatangi haid?

Masalah keputihan saya beransur pulih kini walaupun lendir berwarna hijau masih ada. Semoga doktor dapat membantu saya.

If
Kuala Lumpur

JANGKITAN kulat bukan semestinya berlaku akibat seks rambang, malah jangkitan kulat bukanlah sejenis penyakit jangkitan seksual.

Jangkitan kulat berlaku apabila ketiadaan atau kekurangan bakteria elok (normal flora) di dalam faraj, justeru berlakunya kekurangan penghasilan asid laktik sehingga menyebabkan keadaan asid faraj berkurangan dan ini merangsang kulat untuk membiak dengan berleluasa.

Secara teori, air liur mengandungi enzim yang bersifat alkali, ini mungkin boleh menyumbang kepada kekurangan keasidan faraj sehingga merangsang jangkitan.

Jangkitan kulat tidak menyebabkan ketiadaan haid. Jangkitan kulat juga tidak semestinya menyebabkan kemandulan kerana ia lazimnya terhad kepada faraj saja.

Bagaimanapun, tidak mustahil seseorang yang dijangkiti kulat turut dijangkiti kuman lain.

Kuman yang menyebabkan masalah kesuburan lazimnya kuman penyakit jangkitan seksual seperti Chlamydia.

Persoalannya, adakah anda benar-benar pasti yang anda dijangkiti kulat dan bukannya kuman lain?

Anda boleh berjumpa doktor sakit puan di hospital atau klinik kerajaan kerana kosnya amat minimum. Kita semua maklum kos perubatan doktor pakar di hospital swasta yang lebih tinggi kerana ia membabitkan pelbagai pihak seperti doktor, hospital dan makmal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KEPUTIHAN MELAMPAU (SAKIT PUAN)

SAYA sudah berkahwin dan mengalami keguguran sebanyak dua kali tahun lalu. Keguguran terakhir saya alami pada Disember 2012.

Sejak Januari lalu, saya mengalami keputihan yang terlalu banyak dan berbau yang kurang menyenangkan. Haid saya normal iaitu biasanya dalam dua hingga tiga hari.

Sejak kebelakangan ini, saya tidak dapat menjalani hubungan seks dengan suami kerana saya rasa terlalu sukar untuk memasukkan zakar dalam faraj saya. Saya juga berasa sangat sakit.

Saya sudah mengambil ubat untuk keputihan namun tidak sembuh. Saya berharap doktor dapat memberi cadangan kepada saya.

Pesakit
Perak

LELEHAN faraj yang berbau lazimnya disebabkan jangkitan kuman. Anda tidak menyatakan jenis ubat yang anda ambil untuk masalah keputihan itu.

Tidak semestinya sesuatu ubat sesuai untuk semua jenis kuman. Contohnya, kuman bakteria biasanya dirawat menggunakan antibiotik, kuman kulat pula dirawat dengan ubat antikulat dan seumpamanya.

Jangkitan berulang atau berterusan boleh menyebabkan peradangan pada kawasan itu. Tidak mustahil dinding faraj menjadi kemerahan, mudah luka, bengkak dan seumpamanya. Eloklah anda menunggu sehingga petanda terbabit sembuh sebelum melakukan hubungan seks semula.

Dapatkan pemeriksaan doktor. Ujian mudah menggunakan swab untuk mengambil sampel lelehan boleh dihantar ke makmal untuk ujian pengesahan kuman dan rawatan.

Namun tidak semua kuman dapat dikesan menggunakan ujian kultur ini. Anda mungkin akan menjalani ujian tambahan seperti swab untuk ujian PCR kuman tertentu dan ujian Pap smear.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

3 TAHUN HADAPI MASALAH KENCING TAK LAWAS (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 18 tahun tetapi saya mengalami masalah kencing tak lawas sejak berusia 15 tahun. Sejak mengalaminya, saya memakai tuala wanita 24 jam sebab saya tidak dapat menahan diri daripada kencing.

Penyakit ini tidak hanya berlaku apabila saya ketawa, bersin atau batuk malah saya rasa hampir setiap masa.

Sebagai wanita, saya amat risau sekiranya penyakit ini dan pemakaian tuala wanita yang terlalu lama boleh mendatangkan kemudaratan kepada saya apabila saya berkahwin kelak.

Ibu sudah membawa saya ke klinik swasta, hospital dan saya sudah melakukan pemeriksaan buah pinggang ketika berusia 16 tahun. Doktor memaklumkan buah pinggang saya tiada masalah cuma pundi kencing saya yang lemah.

Saya juga melakukan senaman kemut dan makan produk kesihatan tetapi masih tiada perubahan. Saya juga kerap terbatal wuduk akibat masalah ini. Adakah penyakit kencing tidak lawas ini juga ada kaitan dengan kerap terkentut?

Di manakah harus saya dapatkan rawatan supaya penyakit kencing tidak lawas ini boleh segera sembuh?

Miza
Kedah

ANDA boleh berjumpa sama ada pakar bedah urologi ataupun pakar sakit puan gine-urologi. Tidak ramai pakar sakit puan gine-urologi tetapi hampir semua hospital mempunyai pakar bedah urologi. Mungkin anda ingin memilih pakar bedah urologi memandangkan mereka lebih banyak pengalaman kes kerana merawat kedua-dua pesakit lelaki dan wanita.

Anda mungkin diminta melakukan ujian yang memerlukan anda membuang air kencing di bawah pemerhatian pada kadar kencing dan kedudukan atau perubahan paras otot berkaitan membuang air kencing.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ALAMI TUMPAH DARAH, RAHIM TERBUKA 3sm (SAKIT PUAN)

Saya mengalami keguguran sebanyak tiga kali. Kali pertama keguguran ialah pra-kehamilan (dalam masa dua minggu). Kali kedua doktor memberitahu denyutan jantung bayi sudah tidak ada (kandungan empat bulan) dan kali ketiga akibat rahim terbuka (kandungan lima bulan) iaitu bersalin lahir tidak cukup bulan.

Mengenai keguguran kali ketiga ini, ketika kandungan hendak memasuki lima bulan, saya mengalami sedikit tumpah darah dan saya membuat pemeriksaan di klinik kesihatan. Doktor memberitahu rahim saya terbuka tiga sentimeter manakala keadaan kandungan dan jantung bayi masih sihat.

Untuk tindakan susulan saya dimasukkan ke hospital. Dalam masa dua hari di hospital, saya hanya berehat, baring dan makan, tiada tindakan susulan dilakukan walaupun setiap kali datang, doktor memberitahu mereka akan lakukan imbasan terhadap kesihatan kandungan untuk mengetahui sama ada perlu dijahit rahim atau tidak tapi tidak melakukan apa-apa sehinggalah lewat malam pada hari kedua, saya mengalami sakit di bahagian perut.

Pemeriksaan doktor mendapati rahim saya terbuka sepenuhnya. Selanjutnya pemeriksaan mendapati jantung kandungan masih ada tapi doktor memberitahu saya perlu bersalin dan kesan kelahiran tidak cukup bulan.

Untuk pengetahuan doktor saya menghidap kencing manis. Sejak sebelum hamil saya mengawal kandungan paras gula dengan bantuan ubat diberikan doktor dan pemakanan. Alhamdulillah paras gula antara enam hingga lapan.

Mengenai keguguran ketiga itu, doktor di hospital menjelaskan ia membabitkan diabetes, rahim tidak dapat menampung kandungan dan jangkitan kuman.

Saya ingin tahu adakah rahim terbuka seperti keadaan saya tidak boleh dijahit semula? Adakah di masa akan datang, rahim terbabit perlu dijahit supaya kejadian ini tidak berulang? Apakah saranan doktor untuk saya di masa hadapan?

Zek,
Kuala Lumpur.

Keadaan serviks (pangkal rahim) terbuka ini dinamakan inkompetens serviks.

Memang ada rawatan menjahit serviks dalam keadaan inkompetens serviks ini bagi membantu menampung kandungan yang semakin membesar, contohnya jangkitan kuman (korio-amnionitis) sehingga boleh membahayakan kesihatan ibu serta keadaan janin (terutama struktur organ atau fizikalnya) yang boleh diimbas menggunakan pengamatan teknik ultrabunyi lebih-lebih lagi sekiranya ibu menghidap kencing manis dan paras gulanya tidak dikawal.

Setelah itu, barulah keputusan dibuat berdasarkan penilaian yang dibuat terhadap keadaan ibu dan janin dikandungnya dan pilihan diambil setelah menimbangkan perkara yang lebih baik.

Inkompetens serviks lazimnya menyebabkan keguguran trimester kedua seperti keguguran kedua dan ketiga anda. Malah, corak waktu keguguran berlaku boleh dijangka; dalam keguguran berikut, usia kandungan lazimnya lebih daripada usia keguguran sebelumnya.

Justeru sebagai langkah berhati-hati, doktor akan terus memantau keadaan anda dengan lebih kerap berbanding ibu hamil yang lain sehinggalah kandungan anda melepasi usia enam bulan. Sebelum itu, doktor mungkin akan melakukan prosedur menjahit serviks apabila kandungan memasuki bulan keempat.

Saya percaya doktor anda melakukan pemantauan tanpa anda sedari. Ini termasuk bacaan kadar denyutan nadi, suhu badan, ketegangan atau sensitiviti rahim terhadap sentuhan, hasil ujian swab faraj, ujian darah, ultrabunyi dan seumpamanya.

Kadangkala, percubaan menyelamatkan kandungan secara prosedur menjahit sedangkan ibu mengalami jangkitan korio-amnionitis boleh mengundang lebih komplikasi kepada ibu itu sendiri.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU KESAN UBAT PERANCANG (SAKIT PUAN)

Saya musykil dengan ubat perancang jenama Yaz. Adakah ubat perancang ini boleh mendatangkan kesan sampingan misalnya darah beku dan kanser?

Saya bersalin secara pembedahan anak pertama dan ingin merancang keluarga. Adakah sebarang panduan yang selamat untuk merancang? Sekiranya saya menggunakan Yaz, adakah saya boleh kembali hamil selepas penggunaannya?

Adakah kemungkinan saya bersalin normal untuk anak kedua kerana saya mengalami masalah air ketuban sedikit dan bayi kecil semasa kandungan bulan kelapan sebelum ini?

Wawa
Johor Bahru, Johor

Saya akan menjawab secara umum bagi pil perancang berhormon kombinasi, tanpa merujuk kepada mana-mana jenama.

Sebenarnya, risiko darah beku terjadi lebih tinggi apabila wanita itu hamil daripada dia mengambil pil perancang berhormon kombinasi.

Pil perancang berhormon kombinasi juga sebenarnya menurunkan risiko kanser ovari dan kanser endometrium rahim sehingga 50 peratus. Kajian juga sebaliknya mendapati risiko kanser serviks meningkat dengan pengambilan pil ini tetapi ini disanggah oleh pendapat bahawa kumpulan kajian itu mungkin turut mengamalkan seks rambang dan itulah (seks rambang) yang secara tidak langsung menaikkan risiko kanser serviks.

Apapun, kanser serviks boleh dibantu pencegahannya dengan ujian Pap smear berkala dan ditambah perlindungannya dengan vaksin HPV. Kanser ovari dan kanser endometrium pula tidak dapat dicegah menggunakan ujian saringan atau vaksin, kedua-duanya hanya dapat dikesan pada peringkat awal.

Banyak kaedah merancang keluarga yang termasuk dalam kategori sangat berkesan. Ini termasuk kaedah pil, suntikan hormon progestin, alat dalam rahim dan implan. Anda perlu diperiksa atau disaring oleh doktor sebelum diberikan pilihan yang sesuai, kemudian barulah anda membuat keputusan. Ini kerana setiap kaedah terbabit sememangnya berkesan dalam mencegah kehamilan, tetapi mempunyai kesan sampingan yang tidak semestinya sedia diterima oleh setiap wanita.

Semestinya kaedah pil membolehkan seseorang hamil semula. Pil juga termasuk dalam kaedah merancang sementara saja, bukannya kekal. Kebanyakan wanita kembali subur seperti sebelumnya dalam masa enam bulan hingga setahun selepas berhenti penggunaannya.

Anda tidak memberi maklumat lanjut mengenai keadaan yang menyebabkan air ketuban sedikit dan bayi bersaiz kecil. Kebiasaannya ia tidak berkaitan, kecuali jika ia disebabkan oleh faktor dalaman anda seperti pemakanan, namun ini sangat jarang.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MAHU ANAK TAPI HAID TIDAK TERATUR SELEPAS KEGUGURAN (SAKIT PUAN)

Saya sudah berkahwin lebih setahun. Pada Disember 2012, saya mengalami keguguran ketika kandungan saya berusia 11 minggu. Saya berpantang seperti orang bersalin selama dua minggu.

Sebelum mengandung, kitaran haid saya teratur dalam kitaran antara tarikh 27 dan 28 tetapi selepas keguguran, kitaran haid saya menjadi tidak teratur.

Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 21 tahun dan suami pula 22 tahun. Saya juga ingin bertanya adakah wanita selepas keguguran akan mengalami haid tidak teratur dan adakah saya masih ada harapan tinggi untuk mengandung semula?

Lin
Kuala Lumpur

Anda kini mengalami kitaran haid yang tidak menentu walaupun putaran haid anda dalam keadaan yang dapat menghasilkan telur.

Kajian menunjukkan putaran haid yang kurang dari 21 hari atau lebih dari 38 hari berkemungkinan jenis putaran haid yang tiada ovulasi atau gagal ovulasi (ovulasi bermaksud menghasilkan telur).

Putaran haid anda menjadi tidak menentu sejak anda mengalami keguguran kandungan pertama dan ini mungkin terjadi akibat pergolakan hormon.

Pada peringkat awal hamil, hormon Prolactin akan keluar dari bahagian bawah otak anda (Pundi Endokrin Pituitari) dan membuatkan pundi susu dalam payu dara anda bersedia untuk proses laktasi.

Hormon Prolactin secara langsung menghalang pengeluaran hormon kesuburan FSH.

Ada kemungkinan hormon Prolactin ini masih pada tahap yang tinggi walaupun anda sudah keguguran janin dan mengganggu ketumbesaran telur.

Situasi ini akan berubah dan hormon kesuburan anda akan kembali berfungsi dengan baik.

Jika dalam masa setahun, putaran haid anda masih tidak teratur, anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Ada kalanya kenaikan berat badan boleh mengganggu kesuburan wanita. Jika berat badan anda tinggi (obes atau ‘overweight’) elok anda berusaha untuk mengurangkannya.

Tentang kekerapan persetubuhan untuk tujuan meningkatkan kemungkinan hamil, saya cadangkan anda lebih kerap bersama pada peringkat petanda pengeluaran lendir (seperti hingus) yang keluar daripada faraj. Ini petanda permulaan kesuburan wanita dan biasa selepas beberapa hari jika ovulasi berlaku, wanita akan mengalami perasaan sengal atau kurang selesa di paras ari-ari untuk seketika.

Memandangkan anda sudah pernah hamil, jadi kemungkinan untuk anda hamil lagi masih ada.

Anda perlu menjalani pemeriksaan awal kehamilan untuk memantau kehamilan anda supaya ia berjalan lancar dan sempurna. Teruskan usaha anda dan pasangan untuk menimang cahaya mata.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

AIR MANI ATAU MAZI? (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 30-an dan mengalami masalah air mani keluar selepas membuang air kecil atau ketika meneran buang air besar. Saya menjadi pelik apabila perkara ini berlaku.

Adakah ia petanda kepada sesuatu penyakit ataupun sebenarnya normal? Saya minta doktor menerangkan masalah saya ini. Terima kasih.

Haimi
Kuala Lumpur

Air mani keluar apabila lelaki dewasa mencapai ejakulasi atau klimaks. Ada kalanya ejakulasi berlaku dalam mimpi dan dikenali sebagai mimpi basah.

Tidak ada kemungkinan untuk air mani keluar ketika kencing atau ketika meneran waktu buang air besar. Cecair yang keluar itu yang menyerupai air mani sebenarnya ialah air mazi.

Malah, sebelum mencapai klimaks, lelaki juga mengeluarkan air mazi ketika teruja seksual. Air mazi yang keluar ketika lelaki itu teruja seksual dihasilkan oleh pepundi yang terdapat dalam salur kencing. Air mazi yang keluar ketika meneran ialah cecair yang keluar daripada pundi Cowper.

Jarang kali cecair daripada pundi seminal dan pundi prostat terkeluar apabila najis keras keluar melalui usus besar dan lubang najis. Secara langsung, najis yang keras itu menekan kedua-dua pundi tadi dan cecair itu akan keluar di penghujung zakar.

Jarang kali juga lelaki yang mengalami keradangan salur kencing mengeluarkan air mazi secara menitis-nitis. Apabila keradangan itu tiada, pengeluaran air mazi tidak berlaku lagi.

Jangkitan kepada salur kencing juga boleh membuatkan air mazi keluar bersama nanah. Apabila jangkitan itu dapat diatasi dengan ubat antibiotik maka cecair itu tidak akan kelihatan lagi.

Jangkitan ini boleh berlaku akibat hubungan seks rambang yang juga termasuk seks oral. Jika jangkitan ini tidak dibendung, ia boleh menular ke kawasan dalaman dan boleh mengakibatkan kerosakan salur sperma, buah zakar dan pundi prostat.

Justeru anda tidak perlu bimbang.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RANCANG KEHAMILAN (SAKIT TUAN)

DOKTOR, saya berumur 25 tahun dan baru berkahwin sebulan yang lalu. Saya ingin bertanya mengenai persetubuhan suami isteri kerana kami tidak merancang untuk mempunyai anak dalam masa dua tahun ini kerana pelbagai faktor.

Soalan saya, ketika penetrasi, apakah kebarangkalian untuk air mani suami boleh terkeluar sedikit walaupun tiada ejakulasi?

Kadangkala saya dapat rasakan ejakulasi itu tetapi zakar tetap menegang dan masih meneruskan penetrasi, adakah yang keluar itu air mani?

Selain itu, apakah cara-cara untuk mengelakkan air mazi keluar secara tiba-tiba kerana saya selalu perasan ada cecair pada seluar dalam walaupun ketika sekadar bercumbuan dengan isteri.

Lelaki keliru
Selangor

Anda dan pasangan anda merancang untuk menimang cahaya mata selepas dua tahun berkahwin dan kini anda dan pasangan anda sedang berjaga-jaga bagi mengelakkan mencapai kehamilan setiap kali anda dan pasangan anda berintiman.

Anda mudah teruja seks dan mudah sangat menghasilkan air mazi. Ini perkara biasa untuk orang muda seperti anda. Didapati sperma juga ada di dalam air mazi, iaitu air mazi yang keluar ketika anda teruja seks, walaupun bilangannya tidak banyak jika dibandingkan dengan sperma di dalam air mani.

Jadi ada kemungkinan isteri anda boleh hamil. Anda juga menyatakan yang anda terasa seperti mencapai klimaks atau terasa ejakulasi. Sudah tentu cecair yang keluar itu air mani dan sudah tentunya ia mengandungi sperma.

Jadi selama ini anda dan pasangan anda terdedah kepada kemungkinan mencapai kehamilan kerana anda tidak mengamalkan apa-apa kaedah merancang. Anda dan pasangan anda perlu mendapatkan maklumat dan keterangan tentang proses perancangan keluarga daripada doktor.

Malah ada pelbagai maklumat tentang merancang keluarga yang anda dan pasangan boleh baca di Internet. Jika anda was-was anda boleh gunakan kondom ketika melakukan seks.

Anda perlu tahu cara untuk menggunakan kondom. Selain kaedah itu, pasangan anda boleh mengamalkan memakan pil hormon perancang keluarga atau mendapatkan suntikan hormon serta menggunakan susuk hormon atau tempel hormon (pelekat kulit badan) dan pelbagai cara yang boleh menjadi pilihan anda berdua.

Anda dan pasangan anda boleh pergi ke mana-mana klinik perancang keluarga LPPKN atau KKM atau Persatuan Merancang Keluarga terdekat atau dapatkan maklumat dari mana-mana pengamal perubatan yang berdekatan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GETARAN KEMALUAN (SAKIT TUAN)

PERNAHKAH anda berasa getaran seperti menggigil di beberapa bahagian badan? Seandainya pernah, ia adalah perkara biasa yang turut dialami oleh semua dan ia terjadi dalam keadaan spontan.

Namun, pernahkah anda berasa getaran seperti itu pada bahagian zakar? Fenomena ini sering kali disalah anggap oleh kaum lelaki jika ia pernah terjadi kepada mereka.

Getaran ini berlaku dalam zakar dan apabila disentuh bahagian itu, ia tidak memberi apa-apa rasa. Memang suatu fenomena yang pelik. Soalnya ialah sama ada getaran ini petanda sesuatu penyakit atau masalah kepada zakar?

Sebilangan besar lelaki yang mengalaminya mengaitkan perkara itu kepada pakaian seluar dalam yang ketat dan membuatkan kedudukan zakar luar biasa maka ia akan mengakibatkan zakar menggeletar seketika atau mungkin disebabkan tekanan, maka getaran itu dapat dirasai.

Lelaki yang kerap melakukan onani yang kebetulan terasa getaran itu pasti akan berfikir bahawa amalan onani itu yang membuatkan zakarnya meragam.

Jika kebetulan ia berlaku setelah selesai bersetubuh, sudah tentu proses hubungan kelamin pula akan dikaitkan dengan tekanan akibat persetubuhan. Bagaimanapun, tiada satu pun alasan di atas adalah tepat.

Getaran otot boleh berlaku pada bila-bila masa. Jika sekumpulan otot besar mencengkam, keadaan itu dikenali sebagai cengkaman otot atau 'cramps'. Jika sekumpulan kecil otot mencengkam, keadaan yang berlaku ialah otot itu menggetar, istilah yang digunakan ialah 'fasciculations' seperti tarikan kelopak mata misalnya.

Sesetengah orang dikaitkan dengan fenomena itu kepada petanda yang sesuatu tidak baik akan berlaku. Ini juga adalah tidak benar. Sememangnya kumpulan otot itu tidak mengikut kawalan minda dan ia boleh terjadi pada bila-bila masa saja.

Ini mungkin akibat tahap keasidan yang berlebih dan apabila tahap keasidan itu menjadi seimbang, maka getaran itu akan kurang atau tiada. Jadi perkara yang sama juga boleh dikaitkan kepada getaran yang berlaku kepada otot zakar. Otot zakar dalaman mengandungi otot lembut. Jika otot itu bergetar, sudah tentu getarannya tidak dinamik, tidak seperti getaran kelopak mata.

Kejadian yang berlaku itu bukan petanda kepada sesuatu yang serius. Jika kebetulan ia berlaku beberapa ketika kemudian lelaki itu mengalami masalah cepat klimaks atau hilang kawalan ereksi, itu berlaku secara kebetulan dan bukan akibat getaran yang dialaminya suatu ketika dahulu.

Oleh kerana perkara ini dianggar perkara remeh, maka ia jarang dibincangkan di dalam forum di Internet. Walau bagaimanapun, jika perkara itu merunsingkan anda, anda boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Sesiapa juga boleh berhubung dengan saya melalui e-mel: dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU LENDIR ANAK PEREMPUAN (SAKIT PUAN)

PEMERIKSAAN terhadap discaj dapat menentukan punca jangkitan


Kuman, kurang hormon estrogen punca discaj

ASSALAMUALAIKUM doktor,

SAYA
mempunyai anak perempuan berusia tujuh dan empat tahun. Saya dapati kedua-dua anak saya mengalami lendiran atau cecair berwarna kekuning-kuningan di seluar dalam mereka.

Saya dapati ada masa, kesan lendiran berkenaan agak berbau. Pernah saya membuat pemeriksaan sendiri ke atas anak saya sulung, didapati vaginanya mengeluarkan bau agak kuat dan agak kemerah-merahan.

Kedua-dua mereka mengadu mengalami kegatalan. Saya pastikan mereka mencuci vagina setiap kali mereka membuang air kecil.

Adakah perkara ini normal bagi usia semuda mereka? Atau berlakunya jangkitan kuman dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Sila bantu saya kerana ia adalah aset penting apabila mereka dewasa kelak.

Terima kasih.

Miah
Tanjung Kling, Melaka

ASSALAMUALAIKUM,

MASALAH discaj ini, saya fikir sering berlaku pada kanak-kanak yang belum balikh. Tetapi tidak ramai ibu bapa yang membawa anak mereka berjumpa doktor untuk nasihat dan rawatan. Kebiasaannya, discaj ini berwarna kuning disertai dengan kulit di bibir faraj kemerahan dan gatal.

Ada beberapa sebab ia senang terjadi pada kanak-kanak ini. Pertama, ia persoalan kebersihan pada bahagian sulit. Ini perlu diajar dari kecil. Selepas ke tandas, cara yang baik untuk mencuci bahagian bawah adalah dengan mencuci dari arah depan ke belakang dan bukan sebaliknya.

Ini bertujuan bagi mengelak najis dari dibawa ke depan dalam vagina dan pundi kencing. Selepas itu lap hingga kering. Kalau digunakan pencuci, elak sabun terutama yang berparfum.

Segelintir kanak-kanak boleh mengalami allergi atau alah pada bahan kimia berkenaan. Pencuci yang baik antaranya Lactasyd dan Sebamed yang mempunyai pH sama seperti kulit manusia.

Selepas itu, lap hingga kering. Seluar dalam yang baik jika mempunyai alahan atau kegatalan pada bahagian bawah adalah jenis kapas. Elak memakai seluar yang ketat kerana boleh menyebabkan perpeluhan.

Kedua-dua discaj ini boleh disebabkan jangkitan kuman. Discaj dari jangkitan kuman selalunya banyak dan berbau. Contohnya ialah Candida. Candida boleh menyebabkan seseorang mengalami discaj yang berketul dan gatal.

Tetapi bagi kanak-kanak ini adalah amat jarang terjadi. Ini lebih pada golongan dewasa terutama yang mengandung. Kuman lain boleh juga menjangkiti vagina dan memerlukan penyiasatan bagi memastikan punca sebenar.

Kadangkala cacing kerawit dan benda asing seperti pasir boleh masuk ke dalam vagina dan menimbulkan masalah discaj ini.

Dari pengalaman saya, ada kes-kes kanak-kanak yang dibawa oleh ibu mereka kerana discaj pada seluar dalam. Ujian bakteria kebanyakannya negatif. Discaj yang bukan berpunca dari jangkitan kuman adalah disebabkan oleh kekurangan hormone estrogen pada kanak-kanak ini.

Ada dua peringkat umur di mana seseorang itu akan mengalami kekurangan hormone estrogen iaitu semasa zaman kanak-kanak dan menopaus. Akibatnya vagina akan menjadi kering. Lapisan dinding vagina menjadi nipis dan sedikit jangkitan kuman akan menyebabkan discaj kuning dan kadangkala perdarahan.

Tambahan lagi perlindungan semula jadi vagina iaitu asid amat berkurangan. Ini mengakibatkan mudah vagina dijangkiti. Jika kekurangan estrogen adalah puncanya rawatan yang kami beri adalah sedikit krim estrogen untuk disapukan dan bukannya antibiotic.

Puan tidak perlu khuatir mengenai masalah ini kerana ia bersifat sementara di mana apabila ovari mula aktif, masalah akan hilang. Jika puan risau bawalah anak puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU KEPUTIHAN TAMBAH TERUK (SAKIT PUAN)

Gambar Hiasan


Soalan:

ASSALAMUALAIKUM
doktor, saya ibu berumur 33 tahun dan memiliki lima anak yang berumur antara empat tahun hingga 12 tahun. Saya bekerja di jabatan kerajaan.

Saya mengambil pil perancang keluarga selepas anak kelima saya yang kini berusia empat tahun tiga bulan. Masalah saya ialah sejak awal 2010, saya mula mengalami keputihan. Keputihan saya sedikit pada mulanya dan berwarna putih cair serta akan hadir antara dua hingga tiga hari dalam sebulan.

Sehingga pertengahan 2010, keputihan semakin banyak malah boleh dikatakan setiap hari ada. Kadangkala berwarna kekuningan, coklat, seperti nanah pekat dan gatal-gatal sehinggalah saya terpaksa menggunakan pantiliners kerana merasa tidak selesa.

Ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan walaupun saya memakai pantiliners. Kadangkala, saya rasa kesakitan di bahagian ari-ari dan juga perut seperti urat kejang. Keadaan ini menyebabkan saya malu untuk banyak bergerak di pejabat kerana takut bau kurang menyenangkan mengganggu orang lain.

Hubungan intim dengan suami juga saya jarang lakukan. Ini kerana saya malu dan saya terpaksa beritahu suami keadaan saya sebenarnya dan bukanlah kerana saya menolak tanpa sebab.

Saya kasihankan suami tapi dalam masa yang sama saya tidak mahu suami rasa tak selesa dengan keadaan saya. Keadaan ini juga menyulitkan saya untuk beribadat dan saya terpaksa bersihkan alat sulit saya setiap kali sebelum solat atau bersama suami.

Suami pernah menasihatkan saya supaya membuat pemeriksaan doktor, tetapi saya malu dan merasa takut.

Kali terakhir saya melakukan ujian pangkal rahim (pap smear) ialah pada Disember 2009. Apa pendapat doktor mengenai masalah ini dan apa yang harus saya lakukan?

Ida
Sandakan, Sabah.

Jawapan:

ASSALAMUALAIKUM
Puan Ida, pendapat saya sama dengan suami puan. Mudah saja, puan perlu berjumpa dengan doktor. Jika puan boleh menolak perasaan malu dan takut sekarang, saya fikir puan tentu bersyukur pada masa depan selepas puan mendapat rawatan dengan doktor.

Perkara yang paling saya takut berlaku di kalangan wanita adalah kanser servik. Puan tentu tahu yang kanser servik pada masa sekarang banyak berlaku di kalangan wanita muda dan kanser servik adalah penyebab kematian kedua selepas kanser payudara.

Sedangkan saringan awal boleh dilakukan dengan pap smear. Banyak masalah wanita di negara ini mereka tidak melakukan pap smear kerana perasaan malu dan takut sakit walaupun mereka hanya mendengar dari cakap orang saja.

Apa yang saya ingin kemukakan ialah puan perlu melakukan ujian pap smear ini secara konsisten dan tidak boleh ponteng.

Kanser servik mempunyai gejala-gejala seperti yang puan jelaskan. Antara gejala lain adalah lelehan berdarah, darah keluar selepas hubungan seksual dan susut berat badan serta kurang selera makan.

Walaupun kanser servik jarang sekali jika dibandingkan dengan jangkitan vagina, tetapi ia akan memberikan kemudaratan kepada puan. Dari apa yang puan nyatakan saya berpendapat, mungkin ini adalah jangkitan vagina yang merebak ke dalam pelvis atau perut.

Di peringkat awal 2010, puan mempunyai masalah ‘erosion’ pada permukaan servik. Pil perancang boleh menyebabkan pintu servik yang dindingnya diselaputi sel endothelium terbuka dan terdedah pada jangkitan dalam vagina. Lelehan berbentuk lendir jernih dan banyak serta jika sudah dijangkiti, ia bertukar menjadi hijau-kekuningan, berbau dan gatal jika terlalu banyak.

Jika jangkitan kulat candidiasis lelehan menyerupai dadih kental dan amat gatal. Jangkitan parasit trichomoniasis juga menyebabkan lelehan kehijauan yang banyak dan gatal. Banyak kuman-kuman lain seperti streptococci dan vaginosis boleh menyebabkan lelehan yang sama.

Oleh kerana sukar menentukannya, kami akan mengambil contoh lelehan ini untuk dihantar ke makmal bagi menentukan punca sebenar. Ujian ini memerlukan puan berjumpa dengan doktor. Setelah disahkan punca kuman ini, rawatan sebenar dan tepat dapat diberikan.

Apabila jangkitan menjadi serius dan kronik, jangkitan akan merebak ke dalam rahim, saluran fallopian dan seterusnya ke dalam pelvis. Ini di kenali sebagai penyakit Inflamatori Pelvis (PID). Tanda-tanda PID adalah sakit di bahagian ari terutama bila diperiksa, rasa demam yang tidak kebah dan lelehan berupa nanah.

Darah haid semasa ada PID ini selalunya banyak dari biasa, panjang dan berketul. Rawatannya mudah dengan mengambil antibiotik sama ada dalam bentuk kes kecil dan sederhana dan suntikan melalui darah kalau serius.

PID jika tidak dirawat dengan betul boleh menyebabkan nanah terjadi dalam pelvis dan juga saluran fallopian. Jangkitan boleh menyebabkan saluran fallopian tersumbat dan sukar untuk mengandung. PID juga boleh menyebabkan sakit pada perut berpanjangan.

Sehubungan itu, untuk kebaikan puan dari segi kebersihan diri, kebahagiaan rumah tangga saya syorkan puan berjumpa dengan doktor dengan segera. Puan akan berterima kasih pada suami puan kerana membantu puan menyelesaikan masalah ini segera.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RUNSING ALAMI KESAN GEMAR SYOK SENDIRI (SAKIT TUAN)

SAYA lelaki berusia 25 tahun. Alat kelamin saya tidak bertahan lama dan ini merisaukan saya jika berkahwin nanti. Saya akui gemar beronani waktu muda.

Adakah saya mengalami masalah mati pucuk? Selain itu, apabila saya mengusap zakar, air mani keluar sedikit.

MAT
Selangor

SOALAN yang anda ketengahkan ini bukan luar biasa.

Memandangkan anda bakal berkahwin, apa yang berlaku tentu membimbangkan anda. Anda tidak perlu risau kerana anda masih muda, tiada penyakit dan boleh selesaikan masalah ini dengan mengamalkan gaya hidup sihat, mengurangkan berat badan jika obes, elak merokok dan amalkan senaman berkala.

Anda boleh melakukan senaman Kegel atau senaman kemut untuk memantapkan otot kemut dan maklumat ini boleh didapati daripada Internet.

Anda juga boleh membelai anggota kelamin sekadar menyegarkannya setiap kali mandi dan belaian itu boleh dilakukan dengan losyen pelembap.

Apabila anda berkahwin dan mula beraksi bersama pasangan, sistem seksual dan perasaan syahwat akan kembali bergelora dan aktif.

Jika selepas berkahwin anda masih lemah dan kurang kemampuan melakukan hubungan kelamin dengan pasangan, sampai masanya anda berjumpa pakar.

Mereka yang ingin merujuk kepada saya boleh hubung terus melalui e-mel dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TINDIK KEMALUAN TINGKAT RISIKO PENYAKIT KELAMIN (SAKIT TUAN)

SAYA pernah menindik kemaluan kononnya untuk memberi kepuasan ketika mengadakan hubungan seks. Namun bolehkah doktor jelaskan apakah kesannya dan adakah ia mempunyai kesan negatif terhadap alat kelamin?

Anak Muda
Kuala Lumpur

MENINDIK kemaluan ialah perbuatan aneh. Ia mungkin pelik bagi sesetengah pihak tetapi untuk mereka yang berminat dan suka perkara itu, ia sesuatu yang menyeronokkan dan mungkin menggembirakan.

Hiasan badan itu dikenali sebagai ‘intimate jewellery’ yang biasa diamalkan suku kaum purba dan mungkin kini kembali sebagai fesyen atau gaya terkini.

Berdasarkan pendapat ahli perubatan, penggunaan hiasan kepada bahagian kemaluan boleh meningkatkan lagi kemungkinan mendapat jangkitan hubungan kelamin kerana kecederaan boleh berlaku akibat geselan hiasan kepada kulit kemaluan.

Bagaimanapun, untuk meningkatkan prestasi hubungan seks, ia dakwaan yang tidak munasabah. Kita boleh meningkatkan prestasi hubungan seks dengan cara mengekalkan gaya hidup sihat dan selalu bersenam.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MILIKI SATU BUAH MAMPU BERI ZURIAT (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 19 tahun dan mempunyai satu buah zakar sejak dilahirkan. Dulu saya tidak terlalu risaukannya kerana sangka ia perkara biasa.

Kini, semakin dewasa saya sedar mengalami masalah besar. Saya takut masalah ini akan memberi masalah apabila mendirikan rumah tangga nanti.

Saya ingin tahu adakah ia akan memberikan kesan buruk kepada saya. Saya berharap doktor dapat membantu saya menyelesaikan perkara ini.

Pemuda risau
Terengganu

ANDA perasan mempunyai satu buah zakar sejak kelahiran dan kesedaran mengenai diri sendiri yang kini mencapai kemuncak akil baligh membuatkan anda resah terhadap keadaan itu.

Anda mungkin tahu bahawa buah zakar yang tiada itu mungkin tersangkut dalam perut ketika anda masih dalam rahim ibu dan tidak turun ke dalam kerandut.

Perkara ini boleh berlaku kepada kurang satu peratus daripada semua bayi lelaki yang baru dilahirkan.

Biasanya doktor tidak akan buat apa-apa kerana lebih 85 peratus daripada situasi ini akan menjadi kepada normal.

Lagi pun terdapat situasi yang mana buah zakar itu tertarik ke atas tundun dan menurun. Keadaan itu juga mengelirukan doktor dan ibu bapa.

Jadi bagi ibu bapa yang lupa mahu merujuk anak lelaki mereka yang mempunyai satu buah zakar yang tidak masuk ke kerandut secara langsung membuatkan keadaan itu kekal sehingga kanak-kanak itu dewasa.

Keadaan itu menyebabkan remaja itu megalami tekanan apabila sedar mereka tidak seperti lelaki lain yang ada sepasang buah zakar.

Anda tidak perlu resah jika anda sihat dan mempunyai tubuh badan lelaki dengan fungsi seksual, iaitu pencapaian ereksi yang sihat. Hanya anda mempunyai satu buah zakar. Satu buah zakar sudah cukup untuk membekalkan hormon testosterone dan juga sperma untuk reproduksi.

Jadi apa kesudahan buah zakar yang tersangkut itu? Ada kemungkinan ia bukan tersangkut, tetapi ia tidak menjadi. Situasi ini dikenali sebagai ‘Anorchia’.

Adakalanya buah zakar itu kecil dan berdekatan tundun. Ini boleh disahkan melalui ujian imbasan atau MRI. Sama juga buah zakar yang tersangkut dalam perut juga dapat dikesan melalui MRI.

Buah zakar yang kekal dalam perut tidak perlu dikeluarkan. Ia mungkin terselindung dengan organ lain dan sukar diasingkan. Maka ia dibiarkan begitu.

Namun, mungkin apa yang meresahkan kebanyakan lelaki yang mempunyai satu buah zakar ialah kemungkinan buah zakar yang tersangkut itu berubah menjadi kanser.

Untuk makluman anda kemungkinan kanser buah zakar untuk mana-mana lelaki normal ialah kurang daripada satu peratus dalam 100,000 kes setahun. Kadar kemungkinan kanser di kalangan buah zakar yang tersangkut ialah empat kali ganda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU TIADA ZURIAT (SAKIT TUAN)

SAYA berusia awal 40-an dan berkahwin lima tahun lalu, namun belum dikurniakan cahaya mata. Saya mempunyai masalah kerandut zakar, yang apabila disentuh saya merasa bengkak pada urat di kedua-dua buah zakar.

Saya juga cepat klimaks hingga berlakunya pancutan pramatang. Zakar saya juga makin mengecil dan jarang mengeras pada waktu pagi.

SUAMI DERITA
Perak

RAMAI mengalami masalah kesihatan lelaki seperti yang berlaku kepada anda dan mereka masih mengharapkan ‘mukjizat’ atau keajaiban untuk pulih.

Perkara ini tidak akan berlaku selagi anda dan mereka tidak berusaha. Anda sepatutnya berjumpa doktor keluarga untuk merujuk masalah dialami.

Sekurang-kurangnya doktor boleh melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti keadaan buah zakar sama ada ia bermasalah atau normal.

Jika doktor tidak dapat membantu, anda boleh memintanya merujukkan anda kepada pakar. Daripada pemeriksaan pakar akan dapat jelaskan masalah anda. Tanpa pemeriksaan, doktor sukar memberi penjelasan daripada maklumat diberi.

Daripada apa yang anda nyatakan, sukar saya memberi penjelasan tepat. Yang jelas, anda dan pasangan belum dikurniakan cahaya mata.

Anda dan pasangan sepatutnya berjumpa doktor supaya kedua-dua pihak menjalani pemeriksaan mencari masalah kesuburan.

Untuk mendapatkan anak, asalkan ereksi boleh berlaku dan disalurkan ke dalam faraj dan ejakulasi berlaku di dalamnya, kemungkinan kehamilan boleh berlaku.

Mengenai masalah cepat klimaks dan saiz zakar, itu lebih kepada isu kepuasan seks kedua-dua pihak.

Ia boleh diselesaikan dengan rawatan dan bantuan seperti ubat yang mampu memanjangkan tempoh hubungan kelamin dan peralatan diluluskan untuk membesarkan zakar secara selamat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

USAH BIAR MASALAH MELARAT (SAKIT TUAN)

Keadaan posisi zakar ketika dalam keadaan ereksi ialah mendongak ke atas dan bahagian penghujung melentur sedikit ke bawah seperti huruf ‘S’. Adakalanya bahagian belakang batang zakar boleh mendekati perut apabila ia menegak dengan padat.

Ini hanya berlaku apabila tusukan dilakukan dengan menusuk ke dalam faraj sambil mengemut dengan kuat. Maka bahagian atas pembukaan faraj akan rasa seperti terkoyak serta pembukaan lubang kencing pasangan wanita tertekan. Jadi cara yang terbaik ialah untuk menyalurkan ereksi dalam keadaan tegang, tapi mendayung dengan mengurangkan kemutan.

Apabila pasangan sudah mula selesa dengan keadaan zakar dan gerakkan yang dilakukan, lama kelamaan pasangan akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan zakar yang mendongak.

Keadaan posisi zakar akan berubah mengikut acuan faraj dan faraj mengikut acuan zakar! Terdapat situasi keadaan zakar mendongak secara ketara sehingga sukar untuk menyalurkan ereksi ke dalam faraj kerana bahagian penghujung zakar yang ereksi itu melengkung ke belakang dan menekan rapat bahagian perut.

Keadaan ini dikenali sebagai posisi ereksi melengkung ke atas atau ‘hyperextended’. Jika situasi ini terjadi, sukar untuk melakukan hubungan seks kerana kesukaran untuk menyalurkan hujung zakar ke dalam faraj.

Suatu ketika dulu, masalah ini dikendalikan dengan pembedahan bagi melonggarkan otot atau ligamen antara pangkal zakar ke atas tundun. Kini dengan alat rengangan otot dan ligamen zakar, seperti ‘andro-extender’ maka keadaan ini dapat dipulihkan dalam masa empat bulan.

Saya cadangkan anda atau sesiapa yang mempunyai posisi zakar luar biasa yang boleh dikatakan menyukarkan hubungan kelamin dengan pasangan, jangan biarkan keadaan itu begitu tanpa berbuat apa-apa.

Saya tidak mengesyorkan berjumpa dukun atau bomoh atau tukang urut atau sesiapa yang bukan pakar dalam bidang ini.

Jika tersalah rawat, ia akan menjadi kes berat. Jangan juga merawat secara sendiri dengan membeli alat regangan zakar tiruan atau tersalah saiz daripada mana-mana laman web. Ia hanya akan merugikan wang anda. Jika mahu berhubung saya sila hantarkan e-mel melalui dr_tambi@yahoo.com.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU SAKIT SARAF MULTIPLE SCLEROSIS JEJAS BAYI (SAKIT PUAN)


Soalan:

ASSALAMUALAIKUM Doktor,

Saya seorang penghidap multiple sclerosis berusia 28 tahun dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga. Kini saya sedang hamil anak pertama di mana usia kehamilan mencecah tujuh bulan.

Sebaik mengambil keputusan menimang cahaya mata, saya dinasihat menghentikan sebarang rawatan terapi tiga bulan lebih awal sebelum disahkan hamil. Ini bagi memastikan kesan ubat hilang sekali gus melindungi janin dalam kandungan.

Persoalannya, saya mahu menyusukan anak secara eksklusif selama dua bulan sebelum kembali bekerja. Tetapi doktor menasihatkan saya supaya melupakan hasrat itu dan kembali menjalani terapi MS sebaik selesai bersalin kerana bimbang gejala MS akan berulang.

Bagaimanapun, saya perlu mendapatkan pandangan kedua dari doktor wajarkah tindakan saya untuk terus menyusukan anak selepas bersalin. Adakah dengan menyusukan anak gejala MS saya akan berulang dan membahayakan bayi.

Terima kasih doktor.

Munira
Labis, Johor

Jawapan:

ASSALAMUALAIKUM Puan Munira,

Saya amat bersimpati dengan apa yang puan alami sekarang dan berdoa semoga puan dapat menghadapinya dengan sabar. Terima kasih kerana sanggup berkongsi masalah puan dengan pembaca.

Bagi pembaca, penyakit multiple sclerosis (MS) adalah penyakit berpunca dari masalah autoimmune. Penyakit autoimmune berlaku apabila sel-sel imuniti melawan sel-sel normal yang lain walaupun dalam satu badan yang sama. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana sel-sel imuniti sepatutnya kenal akan rakan sel-sel yang lain.

Kesan dari autoimmune ini adalah radang yang boleh merosakkan lapisan myelin (myelin sheath) iaitu penutup perlindungan bagi sel-sel saraf pada sistem saraf. Sistem saraf adalah termasuk otak, saraf tunjang dan saraf optik. Kerosakan pada lapisan myelin menyebabkan isyarat-isyarat saraf akan menjadi lembap atau terhenti dari menghantar isyarat.

Pesakit-pesakit MS akan mengalami pelbagai masalah yang berkaitan dengan saraf. Contohnya mereka mengalami masalah mengimbangi badan dan koordinasi; kebas; kejang otot; mengawal koordinasi tangan dan kaki terutama ketika berjalan dan lemah badan. Mereka juga sukar mengawal kencing dan buang air besar dan percakapan mereka juga sukar difahami. Semua ini mempunyai pelbagai darjah permasalahan berbeza.

Semua gejala tadi boleh berlaku dalam beberapa hari, minggu atau bulan. Gejala MS juga boleh berkurangan atau hilang sama sekali (remission) sebelum berulang semula (relapse). Penyakit MS boleh menjadi kronik dan lebih teruk.

Puan Munira, saya rasa anda sangat bernasib baik kerana pakar neurologi membenarkan puan hamil dan puan dapat hamil dalam masa yang singkat. Memang banyak kajian menunjukkan pesakit-pesakit MS tidak ada masalah semasa mengandung mahupun ketika bersalin nanti.

Anda memang boleh bersalin secara normal. Sebenarnya hamil adalah satu perlindungan bagi pesakit MS kerana pada waktu puan hamil sistem imun menjadi kurang aktif dan steroid yang banyak dapat mencegah ia berulang semula dari berlaku.

Apa yang menjadi masalah pertamanya walaupun ‘remission’ berlaku semasa puan mengandung (kiraan 12 bulan iaitu tiga bulan sebelum hamil dan sembilan bulan semasa hamil), ‘relapse’ adalah tinggi selepas bersalin iaitu kira-kira 20 hingga 40 peratus. Relapse kebiasaannya berlaku pada tiga hingga enam bulan pertama selepas bersalin.

Ini yang membuatkan pakar neurologi puan bersungguh-sungguh mahu mempercepatkan rawatan sebaik saja puan bersalin bagi mengelak ‘relapse’ berlaku. Puan boleh bayangkan bagaimana puan dapat menjaga bayi puan ketika ‘relapse’ tanpa bantuan orang lain dan mungkin juga puan tidak bermaya dan sukar untuk berjalan.

Keduanya, walaupun pesakit MS mempunyai risiko komplikasi mengandung seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain lagi adalah sama dengan pesakit hamil tanpa MS. Tetapi disebabkan rawatan MS memerlukan ubat yang ‘toksik’, maka puan diberhentikan dari ubat-ubat itu tiga bulan sebelum puan merancang untuk hamil dan sembilan bulan semasa hamil.

Adakah ubat-ubat itu patut juga diberhentikan selepas puan bersalin? Seperti yang saya terangkan di atas, ‘relapse’ adalah tinggi selepas bersalin. Oleh itu, doktor tidak membenar puan menyusukan bayi puan kerana beliau mahu memulakan rawatan ubat-ubatan secepat mungkin selepas setahun diberhentikan. Puan sudah diberitahu oleh doktor mengenai ubat MS yang boleh masuk ke dalam susu puan dan boleh menjejaskan kesihatan bayi puan.

Perkara yang doktor puan bimbangkan adalah kesan sampingan ubat itu terhadap bayi puan dan bukannya penyusuan badan itu sendiri. Penyusuan badan dan penyakit MS tidak menyebabkan ‘relapse’ meningkat tetapi lambat memulakan rawatan adalah punca ‘relapse. Biarpun peratusan ‘relapse’ tidak berlaku selepas bersalin adalah 60 hingga 80 peratus, persoalannya adakah puan sanggup mengambil risiko itu?

Saya kira kalau puan sangat berhajat hendak menyusukan bayi untuk jangka masa pendek, eloklah berbincang dengan doktor puan. Ramai pesakit MS memilih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu formula dan memulakan rawatan secepat mungkin. Saya harap puan faham dengan penjelasan ini.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU BEDAH WAKTU HAID (SAKIT PUAN)


Mahu buang fibroid, cyst tetapi jadual bertembung tempoh datang bulan

Soalan

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya berumur 38 tahun dan seorang obes. Saya akan menjalani pembedahan membuang fibroid dan cyst, tidak lama lagi. Masalah saya, tarikh pembedahan itu adalah pada hari yang lazimnya saya datang haid.

Apakah pembedahan boleh dilakukan ketika saya datang haid? Apakah kesan sampingan akibat pembedahan itu? Saya amat risau memikirkan perkara ini. Harap doktor dapat memberi jawapan sebelum saya menjalani pembedahan.

Zunaini Zakaria
Kuala Lumpur

Jawapan

ASSALAMUALAIKUM Zunaini, secara amnya, pembedahan ketika haid tidak membawa apa-apa kesan sampingan yang lebih daripada pembedahan yang dilakukan selepas haid. Bagi kebanyakan wanita, mereka akan merasa kurang selesa jika pembedahan dilakukan ketika haid kerana mereka menganggap, darah haid adalah darah kotor.

Jadi, mereka merasakan tidak sesuai melakukan perkara yang berhubung dengan rahim. Dari segi perubatan, darah haid adalah bersih. Maksudnya, ia adalah lelehan dinding rahim yang steril yang berbentuk darah.

Kebiasaannya, doktor akan menunggu sehingga haid habis kecuali pembedahan itu amat kritikal di mana jika ditangguhkan, ia boleh membawa kemudaratan kepada pesakit. Ini disebabkan pesakit berasa kurang selesa ketika itu. Kami juga berasa kurang sesuai terutama pembedahan atau prosedur yang membabitkan vagina, servik dan rongga rahim.

Contohnya, ujian pap-smear, histeroskopi, kolposkopi dan sistoskopi. Semasa haid, keputusan ujian mungkin tidak tepat.

Anda tidak jelaskan sama ada anda akan menjalani pembedahan pembuangan fibroid dan cyst secara laparaskopi atau laparatomi. Kaedah secara laparaskopi selalunya memerlukan satu peralatan yang dipanggil ‘uterine manipulator’ untuk membantu kami dalam pembedahan.

‘Manipulator’ ini perlu dimasukkan ke dalam rahim bagi mengangkat atau mengubah posisi rahim ketika pembedahan. Jadi, jika anda sedang haid, amat kurang sesuai melakukan laparaskopi.

Laparaskopi adalah satu kaedah pembedahan yang menggunakan satu set kamera kecil dan beberapa peralatan pembedahan dan dilakukan melalui lubang-lubang kecil di atas perut.

Pembedahan secara laparatomi adalah kaedah biasa di mana fibroid dan cyst dikeluarkan melalui pembedahan di atas perut seperti pembedahan caesarean. Kaedah ini tidak memerlukan apa-apa peralatan untuk dimasukkan ke dalam rongga rahim atau vagina.

Selalunya, pada pengalaman saya, pembedahan ketika haid akan mengalami pendarahan yang lebih sedikit. Ini kerana ketika ini, saluran darah akan timbul dan bengkak kerana reaksi dari hormon.

Tetapi tidaklah membawa perkara yang buruk kerana doktor dapat mengawalnya ketika pembedahan. Salah satu risiko pembuangan fibroid adalah pendarahan yang berlaku.

Kami tahu pembedahan fibroid akan menyebabkan pendarahan yang lebih, kadangkala membimbangkan. Salah satu cara kami lakukan sekiranya fibroid ini terlalu besar atau banyak, kami akan memberi satu suntikan gonadotrofin satu atau dua bulan sebelum pembedahan.

Ini dapat mengecutkan fibroid dan menyebabkan saluran darah di keliling fibroid mengecil. Kaedah ini dapat mengurangkan pendarahan.

Kesimpulannya, saya berpendapat, anda perlu berbincang dengan doktor jika haid berlaku pada tarikh ditetapkan untuk menjalani pembedahan. Kes ini tidak kritikal. Jika anda berasa kurang selesa dan khuatir ada perkara yang kurang baik berlaku, anda boleh meminta doktor menangguhkan pembedahan itu sehingga selepas haid.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ASPIRIN KETIKA HAMIL (SAKIT PUAN)


Dos rendah bantu ibu lelah elak risiko lebih bahaya

Soalan:

ASSALAMUALAIKUM
Dr Suhaimi, saya kini hamil 22 minggu anak keempat. Oleh kerana kehamilan sebelum ini saya disahkan pre-eclampsia (PE), bagi kehamilan kali ini saya terpaksa mengambil aspirin 100mg bagi mengelak PE seawal genap sebulan kehamilan lagi. Malangnya selepas saja saya mengambil aspirin, saya mengalami batuk-batuk yang sangat teruk pada sebelah malam dan tidak dapat tidur langsung.

Pelbagai jenis ubat batuk sudah saya cuba atas nasihat doktor di klinik-klinik biasa tetapi tidak mendatangkan hasil sehinggalah saya dimasukkan ke sebuah hospital swasta di bawah penjagaan pakar. Alhamdulillah, saya sembuh dengan penggunaan ubat sedut ‘symbicort’ dan saya disahkan menghidap asma. Saya ada terbaca beberapa sumber dari internet bahawa, penggunaan aspirin boleh menyebabkan asma ketika hamil, tetapi apabila berjumpa dengan dua pakar pusat perubatan berbeza termasuk tempat saya menjalani pemeriksaan bulanan kehamilan, mereka menafikannya. Bolehkah doktor memberi lau doktor dapat mengupas lanjut mengenai kaitan penggunaan aspirin yang menyebabkan asma ketika hamil.

Terima kasih, Normy

Jawapan:

WAALAIKUMSALAM Puan Normy. Kira-kira 20 peratus pesakit asma mengalami sensitiviti kepada aspirin dan ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) iaitu ubat-ubatan yang kerap digunakan bagi untuk sakit dan demam.

Pengidap asma yang alah dengan aspirin dan NSAID mestilah menjauhi ubat-ubat ini kerana asma mereka mungkin akan menjadi serius. Saya berpendapat, mungkin puan mengalami asma semasa mengandung kali ini. Kalau puan sememangnya pengidap penyakit asma, penyakit ini mungkin menjadi lebih kerap sewaktu mengandung terutama pada waktu malam yang sejuk. Tetapi dari cerita puan tidak pula menyatakan puan adalah pengidap asma.

Jangkitan kuman dalam paru-paru seperti pneumonia boleh menyebabkan gejala seperti asma kerana bronkus-bronkus kecil dalam paru tersumbat kerana lelehan akibat dari inflamasi. Jadi puan, sementara waktu ini teruskan rawatan dengan doktor pakar dan gunakan nebuliser seperti yang dinasihatkan.

Jika puan takut akibat pengambilan aspirin ini boleh menyebabkan asma puan bertambah teruk, pakar ginekologi atau perbidanan dan sakit puan akan memikirkan bagaimana hendak mengelakkan pre-eclampsia berulang lagi seperti kandungan yang lalu dan jawapannya adalah aspirin.

Adapun aspirin yang puan ambil setiap hari adalah dalam dos yang amat rendah. Dos biasa adalah lebih tinggi daripada itu dan pengambilan aspirin dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan masalah termasuk pendarahan semasa bersalin dan plasenta ‘abruption’. Plasenta abruption adalah keadaan yang mana uri terpisah daripada dinding rahim sebelum bayi dilahirkan.

Puan tidak perlu risau kerana doktor pakar sudah membuat pertimbangan yang sebaik mungkin untuk kebaikan puan dan bayi yang akan dilahirkan. Puan sedia maklum mengenai risiko preeclampsia seperti sawan, kerosakan hati dan buah pinggang serta pendarahan di organ-organ, terutama otak.

Bayi pula akan mengalami tumbesaran yang terbantut, berat badan yang rendah dan pramatang. Jadi risiko-risiko ini adalah lebih merbahayakan daripada alahan puan terhadap aspirin. Bagi mengelak masalah pre-eclampsia ini, doktor puan memberi aspirin dos rendah sejak puan mula mengandung lagi. Ini adalah langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko pre-eclampsia.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MENOPAUS USIA 40-AN? (SAKIT PUAN)


Putus haid hanya berlaku selepas 'ketiadaan' darah selama 12 bulan

Soalan:

SAYA berumur 43 tahun dan mempunyai lima anak dengan anak bongsu berusia 10 tahun. Saya sendiri pernah diserang gastrik agak teruk Ramadan lalu dan masih belum pulih sepenuhnya.

Masalahnya, saya sepatutnya haid pada 20 atau 21 hari bulan tapi sehingga kini, belum haid lagi. Sudah dua kali saya buat ujian kehamilan tapi kedua-duanya negatif.

Apakah ini disebabkan masalah gastrik atau kerana tekanan. Apakah ia ada kaitan dengan menopaus memandangkan ada ibu saudara yang putus haid pada usia 40-an.

Norasiah

Jawapan:

SUKAR bagi saya memastikan sama ada gastrik dan tidak haid atau datang bulan ada kaitan dengan menopaus. Saya berpendapat, ia dua masalah berbeza.

Adakah tekanan boleh mengganggu haid? Jawapannya boleh. Tetapi berapa banyak tekanan diperlukan untuk memberhentikan haid. Maksud saya ia bukanlah punca utama haid tidak datang.

Ujian air kencing untuk pengesahan kehamilan masih tepat dan boleh diterima pakai walaupun ia tidak tepat 100 peratus. Saya juga tidak berpendapat yang puan sudah menopaus. Mengikut definisi menopaus, ia berlaku apabila seseorang itu tidak didatangi haid selama 12 bulan. Ini bermakna puan belum boleh dikategorikan mengalami menopaus. Pramatang menopaus iaitu menopos sebelum 45 tahun amat jarang sekali berlaku.

Malah, lazimnya ada gejala menopaus dialami sebelum itu. Kadang-kala haid boleh tiba-tiba berhenti tanpa sebab jelas. Tetapi kenaikan atau penurunan mendadak berat badan boleh menjejaskan haid puan. Secara saintifiknya pada Ramadan lalu, ovari puan tidak berfungsi iaitu telur tidak dapat terbentuk pada bulan itu, maka dinding rahim puan tidak terbentuk dan akibatnya haid terhenti.

Puan mempunyai dua pilihan. Pertama, puan bersabar menunggu haid ini turun sendiri manalah tahu ia akan pulih sendiri seperti dulu. Tetapi puan perlu bersedia, mungkin ia lebih banyak daripada biasa.

Keduanya, puan boleh berjumpa doktor untuk mencetuskan (induce) haid dengan mengambil pil-pil hormon. Jika menginginkan haid berjalan lancar dan mencegah daripada hamil, saya cadangkan puan mengambil pil perancang supaya puan mendapat dua faedah sekali gus.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU KANSER TIROID (SAKIT PUAN)


Anak bimbang ketumbuhan pada leher ibu makin membesar, sukar tunduk

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya ingin bertanya mengenai masalah ketumbuhan pada leher yang dihadapi oleh ibu saya. Untuk makluman doktor, ketumbuhan pada bahagian depan leher itu makin membesar sejak dua tahun lalu.

Namun, ibu saya tiada masalah untuk makan dan bercakap kerana ketumbuhan itu tidak menyakitkan. Cuma ia membuatkan ibu sukar untuk menundukkan kepala.

Adakah ibu saya mengalami masalah yang berpunca dari tiroid? Harap doktor dapat membantu, terima kasih.

Muna
Labis

PADA pandangan saya, anda patut segera membawa ibu berjumpa doktor pakar. Ini disebabkan ketumbuhan pada bahagian leher yang cepat membesar. Sudah tentu sekali kami sebagai doktor akan berfikir adakah ini kanser tiroid?

Sebenarnya, ada beberapa diagnosa yang paling serius adalah kanser tiroid. Saya berpendapat ini adalah masalah pada kelenjar tiroid. Goiter adalah masalah kelenjar tiroid yang membesar.

Lazimnya, tiroid tidak dapat dilihat tetapi kadangkala ketika mengandung tiroid boleh membesar sedikit. Jika kelenjar tiroid ini menjadi terlalu besar, ia dipanggil goiter. Goiter berpunca dari pelbagai faktor seperti genetik, persekitaran, pemakanan, endokrin dan pelbagai lagi. Goiter boleh membesar keseluruhannya atau dalam bentuk ketulan pada leher.

Ada goiter yang menghasilkan banyak hormon tirosin sehingga menyebabkan jari jemari mereka menggeletar, badan susut, kuat makan dan mata tersembul keluar. Majoriti goiter tidak mempunyai masalah itu.

Pesakit tiroid kebanyakannya tidak mempunyai gejala kecuali ketulan pada leher yang bergerak ketika menelan air atau makanan. Jarang sekali goiter boleh memberi tekanan pada leher sehingga menyebabkan sukar bernafas, sukar menelan, perubahan suara dan bengkak urat darah pada leher.

Kanser tiroid lazimnya didapati dalam bentuk ketulan atau nodul. Risiko nodul tiroid adalah kanser, rendah berbanding dengan nodul tiroid yang bukan kanser. Nodul tiroid yang disyaki kanser mempunyai ciri-ciri keras dan melekat selain membesar dengan cepat terutama wanita berusia.

Keadaan lain yang boleh menyebabkan bengkak pada bahagian leher adalah sista branchial, sistil higroma dan kelenjar limfatik yang mungkin membesar disebabkan oleh kanser dari organ lain seperti mulut, nasofarink, payudara dan esophagus.

Di hospital, beberapa ujian perlu dilakukan seperti ujian darah untuk hormon T4 dan TSH. Selain itu, x-ray dada, Ct scan dan ultrasound pada leher. Jika mengesyaki kanser, biopsy menggunakan jarum halus untuk mengambil contoh tisu tiroid.

Rawatannya bergantung kepada ujian makmal dan biopsy. Sehubungan itu, saya sarankan anda membawa ibu berjumpa doktor secepat mungkin.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU URI MELEKAT (SAKIT PUAN)


Ibu hamil bimbang fibroid, anak lahir tak cukup bulan

Soalan:

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya berusia 33 tahun dan memiliki tiga anak. Anak ketiga lahir secara normal pada minggu ke-28 dengan berat 950 gram pada September 2010. Ketika itu, air ketuban mula turun selama dua minggu dan saya mengalami kontraksi.

Saya turut alami masalah uri melekat dan pendarahan yang banyak. Selepas bersalin, saya mengambil pil perancang. Namun, dua bulan lalu saya mengesyaki diri kembali hamil dan berhenti mengambil pil perancang.

Hasil ujian air kencing juga positif. Baru-baru ini, saya melakukan ujian ultrasound dan mendapati kandungan sudah berusia 12 minggu. Namun, ada satu lapisan tompok hitam sebesar janin kandungan saya di bawah rahim yang berkemungkinan fibroid.

Walapun saya diberitahu fibroid ketika hamil tidak merbahaya, namun persoalan sekarang ialah apakah saya berdepan kemungkinan anak tidak cukup bulan lagi serta uri melekat? Bolehkah bersalin secara normal? Jika kandungan ini memudaratkan, apa pilihan yang ada untuk saya?

Zalina
Cheras

Jawapan:

WAALAIKUMSALAM
Puan Zalina. Sukar dipastikan punca sebenar air ketuban kandungan yang lalu pecah seawal 28 minggu. Majoriti kes air ketuban pecah awal adalah berpunca jangkitan kuman dalam vagina.

Kuman yang kerap memberi masalah adalah kumpulan B streptococcus. Radang jangkitan kuman ini menyebabkan membran atau selaput ketuban lembut dan mudah pecah. Apabila air ketuban pecah, majoriti kandungan akan dilahirkan secara pramatang dalam masa seminggu. Komplikasi pramatang bergantung kepada usia janin dan berat badan. Lebih awal bayi dilahirkan, maka banyak komplikasi boleh berlaku.

Bagaimana kita boleh mencegah kelahiran pramatang berulang lagi? Sekiranya ia berpunca dari jangkitan kuman, maka anda perlu menjalani ujian kultur lelehan vagina sedari peringkat awal kandungan.

Dengan cara ini kita dapat mengetahui wujudnya kuman yang berpotensi untuk menyebabkan air ketuban pecah. Rawatan antibiotik boleh mengurangkan risiko air ketuban pecah awal.

Selain itu, imbasan ultrabunyi boleh digunakan untuk mengukur ketebalan serviks. Sekiranya serviks kian menipis, ia boleh diikat supaya dapat bertahan sehingga bayi mencapai usia yang diingini dan selamat apabila dilahirkan.

Masalah kedua, uri melekat ketika bersalin adalah di luar jangkaan. Ini kerana anda ada dua anak sebelum ini dan kedua-duanya dilahirkan secara normal cukup bulan dan tiada masalah uri.

Masalah ini mungkin boleh berulang dan tiada cara boleh dilakukan bagi mengelaknya. Nasihat saya, anda mesti bersalin di hospital yang lengkap dengan dewan bedah, darah dan pakar. Ketulan sebesar janin yang ditemui ketika ultrabunyi tempoh hari sukar untuk ditentukan. Ia mungkin fibroid dan mungkin tidak.

Saya berpendapat tiada apa boleh dilakukan sekarang. Lazimnya, saya akan memantaunya dengan ultrabunyi. Kebanyakannya akan hilang sendiri walaupun mengalami fibroid ketika mengandung.

Saya amat prihatin dengan kehamilan anda yang rapat. Adakah anda bersedia menerima anak keempat pada waktu terdekat? Sebaiknya, anda perlu mengambil langkah seperti menggunakan cara moden bagi mengelak kehamilan awal.

Saya berharap, anda melakukan rawatan susulan antenatal dengan doktor di hospital kerana masalah di atas yang sudah saya bincangkan.

Risiko pramatang memang ada jika seseorang pernah mengalaminya. Oleh itu, saya syorkan berjumpa dengan doktor pakar untuk ujian dan pemeriksaan seperti saya terangkan. Cara untuk bersalin tidak ada kena mengena dengan masalah anda kecuali uri anda di bawah atau fibroid menghalang pintu rahim.

Saya juga cadangkan anda menggunakan IUCD selepas bersalin anak keempat ini sebaik habis berpantang bagi mengelak kehamilan luar jangkaan.

(Sumber Berita Harian)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme