Label

SAKIT PINGGANG SETIAP PAGI (SAKIT TUAN)

SAYA mengalami masalah sakit pinggang kronik pada setiap pagi selepas bangun daripada tidur, terutama selepas melakukan hubungan suami isteri.

Bagaimanapun, ia beransur-ansur kurang apabila saya melakukan senaman pada setiap pagi. Apakah punca kesakitan ini?

MAN
Manjung, Perak

TINJAUAN rambang mengenai seks dan sakit belakang yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 60 peratus lelaki dan 40 peratus perempuan yang pernah mengalami sakit belakang atau 'low back pain' mengalami masalah disfungsi seksual.

Jadi masalah anda bukan perkara luar biasa kerana mengikut pakar yang pernah membicarakan mengenai seks dan sakit belakang, beliau berpendapat kegagalan melakukan persetubuhan yang sering dialami individu yang mengalami sakit belakang disebabkan beberapa masalah.

Yang utama sekali ialah perasaan tekanan yang berlaku akibat sakit belakang, tindak balas atau kesan sampingan ubat yang digunakan untuk menahan sakit.

Pakar juga menjelaskan, rawatan sakit belakang yang kronik adalah secara pengambilan ubat, senaman atau fisioterapi dapat membantu mengubahkan tekanan pesakit supaya mereka dapat menghayati seks dengan sempurna.

Jika amalan senaman yang anda lakukan itu dapat membantu mengembalikan keseronokan syahwat dengan pasangan anda, teruskan usaha untuk mengatasi masalah sakit belakang anda.

Lebih baik jika anda dapat bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan mengenai sakit belakang anda. Doktor akan jalankan pemeriksaan rapi untuk mengesan sebab ia berlaku.

Doktor akan periksa tulang belakang anda sama ada posisinya normal. Otot belakang turut diperiksa sama ada wujud 'spasm' atau cengkaman yang menandakan tekanan kepada otot itu.

Jika anda pernah mengalami kecederaan di bahagian belakang yang menyebabkan 'disc' tulang belakang terjojol, anda perlu dapatkan rawatan sewajarnya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIADA BERASA APA-APA (SAKIT TUAN)

SAYA sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sebelum ini saya seperti tidak dapat menahan nafsu seks dan hampir setiap hari melakukan hubungan dengan isteri tanpa masalah.

Namun masalah timbul selepas saya bekerja di tempat baru, menyebabkan nafsu saya berkurangan kerana tidak dapat berasa nikmat ketika pancutan berlaku.

Ketika bersama isteri, saya masih dapat menikmati hanya di bahagian zakar tetapi ketika pancutan saya tidak berasa apa-apa! Saya juga tidak terasa apa-apa bila air kencing sudah penuh. Saya ingin tahu mengapa boleh terjadi begini? Adakah kerana kerja saya yang memerlukan saya menunggang motosikal terlalu lama iaitu antara empat hingga lima jam setiap hari menyebabkan ia terjadi?

SUAMI BUNTU
Klang, Selangor

ANDA sudah pun menjelaskan sebab masalah perasaan kebas dan tiada rasa yang berlaku kepada anggota kelamin anda iaitu terpaksa menunggang motosikal terlalu lama.

Isu kebas di bahagian kelangkang dan kesudahannya kegagalan untuk mencapai ereksi atau menikmati rangsangan seksual yang membina seperti penghayatan orgasma yang anda alami itu biasa dikaitkan dengan amalan duduk di atas basikal atau motosikal.

Perkara ini bukan saja dialami lelaki, tetapi wanita juga boleh mengalaminya apabila mereka duduk lama di atas basikal atau motosikal atau duduk bertenggek di atas bahagian antara lubang najis dan anggota kelamin, bahagian yang dikenali sebagai 'perineum'.

Apabila bahagian perineum tertekan, perjalanan darah ke anggota kelamin lelaki dan juga perempuan tergendala, sama juga dengan tindak balas urat saraf yang juga terganggu apabila tertekan.

Dalam keadaan tertekan, anggota kelamin mengalami perasaan kebas, perjalanan darah terganggu dan mengakibatkan anggota kelamin tidak mudah mengembang ketika teruja dan kurang menghayati perasaan orgasma.

Semua simptom ini dikenali sebagai 'perineum'. Jadi apabila perjalanan darah dan urat saraf bahagian anggota kelamin tergendala, mereka yang menunggang motosikal atau basikal akan mengalami simptom perineum dan mengalami kegagalan untuk menikmati rangsangan pada anggota kelamin.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BIMBANG VARIKOSEL TANPA RAWATAN (SAKIT TUAN)

SAYA menghidap penyakit varikosel, saya ingin tahu adakah saya perlu membuat rawatan? Jika saya tidak membuat rawatan, apakah kesan buruk yang akan berlaku pada saya?

MUIZ
Gombak, Selangor

VARIKOSEL atau pembuluh darah ven yang mengembang dan memintal itu bukan penyakit. Ia berlaku begitu kerana darah dalam ven itu tidak dapat keluar sepenuhnya dan membuatkan ven itu mengembang dan berpintal.

Keadaan sedemikian ada tiga tahap iaitu yang pertama ialah perasaan 'pulsation' atau 'kembang kuncup' apabila ven itu dipegang dengan jari apabila individu itu batuk. Tahap kedua ialah ven itu memang rasa kembang dan tahap ketiga ialah pembuluh darah ven itu kelihatan berpintal.

Sebilangan besar lelaki yang menghidap varikosel peringkat pertama kekal di peringkat itu tanpa menjejaskan buah kerandutnya.

Hanya sebilangan kecil saja yang mana varikosel itu dalam peringkat ketiga yang mengalami masalah sperma. Jadi, anda tidak perlu khuatir jika memikirkan mengenai harapan untuk mendapatkan zuriat.

Untuk permulaan, anda perlu menjalani pemeriksaan doktor untuk kepastian sama ada anda benar-benar menghidap varikosel. Jika benar, tahap varikosel anda perlu diketahui dan jika ujian air mani menunjukkan sesuatu yang ada kaitan dengan varikosel, maka rawatan sewajar akan diberi.

Terdapat sebilangan besar kes yang mana selepas sudah mengikat ven, timbul masalah lain muncul dan ven lain mengembang kembali menyebabkan masalah yang sama berlaku. Tidak semestinya mengikat ven yang berpintal itu dapat memulihkan masalah sperma.

Yang mustahak ialah anda tahu mengenai varikosel dan hubungannya dengan masalah kesuburan lelaki.

Jika anda sudah berkahwin dan belum mendapat anak, anda dan isteri boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Itu yang paling baik daripada mendiamkan diri dan menyangka yang bukan-bukan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ALAT SULIT SAYA MENEGANG KE ATAS SERTA TIDAK MENENTU (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 38 tahun dan masalahnya apabila ereksi, alat sulit saya menegang ke atas serta tidak menentu. Apabila berjimak, isteri saya mengadu sakit kerana alat kelamin saya tidak boleh digerakkan mengikut posisi dikehendaki yang membuat saya juga kurang selesa. Bagaimana mengatasi masalah ini?

MAHU TAHU
Kuala Lumpur

ANDA mengalami posisi ereksi yang menegak keras mendongak ke atas yang bergelar 'hyperextension'. Keadaan ini mungkin berlaku akibat amalan anda memposisikan alat kelamin ke atas ketika memakai seluar dalam sejak kecil lagi.

Ketika tidur ereksi berlaku dan keadaan meniarap membuatkan alat sulit mendongak ke atas! Jadi, dalam keadaan begitu memang sukar bagi anda melakukan posisi yang beraneka kerana ereksi luar biasa itu.

Keadaan ini dapat diatasi dengan anda menjalani pembedahan kecil untuk memotong sedikit tisu ikatan antara pangkal alat sulit itu dengan tundun. Cara tanpa pembedahan ialah menggunakan alat penarik kelamin yang bergelar andropenis dan memposisikan alat itu ke bawah supaya alat sulit itu akan melengkung ke bawah ketika ereksi kelak.

Saya tidak syorkan anda mengurut atau menarik alat kelamin dan jangan membeli alat dari Internet kerana apa yang anda akan dapat ialah alat ciplak yang boleh merosakkan alat sulit anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN UBAT KUAT TERHADAP KESUBURAN LELAKI (SAKIT TUAN)

SAYA ada satu kemusykilan, adakah bahan kimia perangsang seks seperti sildenafil dan tadalafil seperti yang terdapat dalam viagra dan cialis boleh mengganggu tahap kesuburan seorang lelaki atau merosakkan sperma itu?

NAZ
Johor Bahru, Johor

VIAGRA dan cialis ialah beberapa ubat yang tersenarai dalam ubatan bergelar PDE-5 Inhibitor dan ubat ini berinteraksi dengan beberapa jenis PDE dalam badan yang mengawal beberapa fungsi dalam badan.

Secara kebetulan viagra atau kompaun kimia bergelar sildenafil citrate menghalang enzim PDE-5 dalam tisu otot alat kelamin yang keluar untuk memusnahkan kompaun penjana tenaga bernama Cyclic GMP yang mengembangkan otot alat kelamin untuk memudahkan otot alat sulit padat penuh dengan darah agar mencapai kepadatan otot zakar ke arah ereksi yang tegap.

Kebetulan pula, sildenafil juga menghalang fungsi enzim PDE yang lain secara ringan dan secara langsung tidak memberi kesan negatif kepada fungsi sistem tubuh badan yang lain. Sama juga dengan cialis yang juga memberi kesan yang seakan-akan sama dengan sildenafil, hanya kesannya kekal untuk 36 jam, walhal kesan sildenafil ialah lebih kurang lapan jam.

Hanya cialis berinteraksi dengan enzim PDE-6 yang boleh mengakibatkan cengkaman otot pinggang. Kedua-dua ubat itu tidak memberi apa-apa kesan kepada enzim PDE-11 yang ada kaitan dengan fungsi sperma. Jadi, anda tidak perlu bimbang. Setakat ini, semua PDE-5 inhibitor seperti viagra, cialis, levitra dan juga yang terkini bernama Zydena tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada fungsi sperma dan tidak mengganggu tahap kesuburan lelaki.

Bayangkan lelaki yang mati pucuk tidak dapat menyalurkan air mani dalam faraj perempuan dan secara tidak langsung menyebabkan masalah kesuburan. Ubat PDE-5 yang dinamakan tadi dapat mengatasinya!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

DADA BESAR SEBELAH (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 21 tahun dan sebelah buah dada saya besar sedikit. Ini sangat memalukan dan ia juga menyebabkan saya sukar memilih pakaian kerana sesetengah pakaian menyerlahkan tempat menonjol itu.

Selain itu, puting pada buah dada itu asyik ke dalam dan hanya keluar pada waktu sejuk. Keadaan ini menyebabkan saya susah hati kerana bimbang ia menjadi kanser buah dada lelaki.

AHMAD
Arau, Perlis

BUAH dada besar di kalangan lelaki dikenali sebagai 'gynecomastia' atau seakan-akan buah dada wanita. Buah dada lelaki mengalami sedikit ketumbesaran ketika peringkat awal baligh, yang mana ketika itu hormon daripada pundi adrenal mengeluarkan hormon mineralocorticoids DHEA yang boleh bertukar kepada hormon testosterone, progesterone dan estrogen.

Progesterone dan oestrogen ialah hormon kewanitaan. Hormon estrogen mengakibatkan ketumbesaran salur buah dada dan hormon progesterone menyebabkan ketumbesaran pundi susu.

Bagaimanapun, ketumbesaran itu hanya seketika dan kemudian terbantut. Kadangkala ketumbesaran itu hanya berlaku kepada satu buah dada, maka akan kelihatan ketidakseimbangan seperti anda alami. Ini bukan perubahan kanser.

Gynecomastia boleh berlaku kepada lelaki yang mengalami kanser buah dada dan kemungkinan berlaku kanser buah dada untuk lelaki Asia ialah kurang satu kes dalam sejuta orang setahun.

Ketumbesaran buah dada berlaku akibat tindak balas hormon kewanitaan yang terhasil oleh buah dada akibat kanser.

Jadi lelaki yang mengalami perubahan kanser buah dada didapati ketumbesarannya berlaku selepas baligh dan pada usia lebih dewasa. Ini perbezaan antara gynecomastia akibat baligh dan gynecomastia akibat kanser buah dada.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

EREKSI SUDAH TIDAK 'BERKUALITI' (SAKIT TUAN)

SAYA masih bujang dan berusia 24 tahun. Saya mengalami masalah pada alat sulit dan risau dengan kemampuannya kerana sukar mengalami ereksi seperti biasa. Ini mungkin kerana kekerapan beronani sejak zaman sekolah. Kebelakangan ini saya mengalami sakit pinggang, adakah ia berpunca daripada perbuatan ini?

JEJAKA RISAU
Selangor

EREKSI dan lelaki tidak boleh dipisahkan kerana fenomena ini sinonim untuk lelaki dan ia muncul sejak janin lelaki masih dalam kandungan, yang mana ereksi janin lelaki dapat kelihatan melalui imbasan ultrasound.

Fenomena ereksi menjadi lebih ketara apabila lelaki itu akil baligh dengan ketumbesaran anggota kelamin dan perkembangan sistem kawalan syahwat.

Tidak hairan jika lelaki itu sangat mudah mencapai ereksi pada bila-bila masa selepas mencapai akil baligh, terutama jika kerap merangsangkan anggota kelamin (onani) dan mencapai keghairahan dengan menonton video atau Internet yang menghangatkan perasaan syahwat.

Lelaki itu akan terasa tindak balas syahwatnya berkurangan apabila mula mengurangkan aktiviti mengghairahkan itu sehingga dia rasa kemampuan ereksinya kurang walaupun masih muda.

Istilah mati pucuk atau impotensi digunakan untuk menggambarkan kegagalan lelaki mencapai ereksi atau ketegangan alat sulit yang mencukupi untuk tujuan persetubuhan.

Ada lelaki tidak pernah mengalami atau menghayati ereksi dalam hidupnya, dan fenomena ini dikenali sebagai mati pucuk prima. Ini jarang berlaku.

Kebanyakan kes mati pucuk ialah mati pucuk sekunder atau mati pucuk kerana berlaku perubahan kesihatan sama ada perubahan fizikal (organic impotence) atau mental (psychological impotence).

Anda menganggarkan mengalami masalah mencapai ereksi berkualiti atau ereksi tidak seperti dulu dan anda kaitkan masalah ini kepada amalan onani.

Kini anda sudah kurangkan amalan itu dan tidak lagi terbabit dengan aktiviti yang mengapi-apikan atau merangsangkan perasaan syahwat.

Dalam keadaan begitu, keadaan ereksi anda tentu berubah. Jika anda mencapai ereksi secara spontan dan ia tidak 'bergelora' seperti sebelum ini, yang penting anda masih mencapai ereksi.

Ereksi spontan yang berlaku pada sebelah awal pagi itu menggambarkan sistem fungsi ereksi normal, hanya kualiti atau tahap ereksi berbeza. Ereksi ini akan mengendur apabila anda terbangun atau selepas buang air kecil, ia juga normal.

Anda tidak perlu risau dengan apa yang berlaku kepada keadaan ereksi. Ia berlaku kerana anda tidak terbabit dengan onani dan aktiviti merangsang syahwat dengan bahan lucah.

Anda sepatutnya tumpukan kepada pelajaran atau pekerjaan dan amalkan gaya hidup sihat, bebas daripada tekanan dan amalan tidak sihat seperti merokok dan minuman keras. Anda perlu lebihkan aktiviti fizikal seperti bersukan dan rekreasi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BENJOLAN DI BAWAH KETIAK (SAKIT TUAN)

SAYA ada masalah benjolan kecil di bawah ketiak dan ia mengeluarkan isi seperti jerawat apabila dipicit. Ia sudah lama berlarutan tapi masih sama.

MEL
Pontian, Johor

LELAKI dan perempuan yang suka mencabut bulu roma atau mencukur bulu roma ketiak akan mengalami benjolan kecil seakan-akan jerawat itu.

Ia berlaku akibat radang kulit ketiak yang berpunca daripada mencukur atau mencabut bulu roma, dan radang kulit itu menyebabkan salur pundi peluh dan pundi pelembap kulit tertutup, radang dan bengkak.

Benjolan akan reda jika radang reda dan infeksi terkawal. Benjolan itu dikenali sebagai 'hidradenitis supprativa'. Memicitnya membuatkan radang itu menular dan benjolan menjadi lebih ketara.

Malah, perkara ini boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh badan mengandungi bulu roma seperti anggota kelamin dan untuk lelaki, dada yang banyak bulu.

Anda perlu bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan jika keadaan benjolan itu tidak surut kerana kemungkinan masalah lain atau cara anda lakukan tidak sesuai.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KRIM ELAK SAKIT SEMASA SEKS (SAKIT TUAN)

ADAKAH berbahaya sekiranya saya dan pasangan mengamalkan penggunaan krim 'vaseline ointment' untuk mengelakkan rasa sakit dan berasa kesat apabila melakukan hubungan kelamin?

INSAN KELIRU
Kuala Lumpur

JARANG wanita muda mengalami kekeringan pada alat sulitnya. Jika wanita itu seriau dan tidak mudah teruja, anggota kelaminnya kurang terangsang dan jalanan darah ke anggota kelaminnya tidak lancar, maka mukosa dalam alat sulitnya kurang menghasilkan rembesan.

Dalam keadaan begini, hubungan seks penetratif boleh menyakitkan dan ini, secara tidak langsung, meningkatkan kekeringan yang asalnya berlaku itu kerana perasaan sakit itu.

Tidak salah menggunakan pelicin untuk keselesaan seks penetratif bagi pasangan perempuan tetapi anda perlu pastikan pelicin itu selamat dan sesuai untuk mukosa alat sulit wanita dan kesihatan sperma atau benih lelaki.

Pelicin yang berasaskan minyak seperti krim atau jeli seperti 'vaseline' tidak mesra mukosa alat sulit dan boleh membunuh sperma. Lagipun ia sukar untuk dibasuh.

Saya cadangkan anda lebihkan dengan pemanasan dan gunakan air liur untuk melembapkan pembukaan alat sulit ketika menggesel bahagian itu dengan penghujung ereksi anda.

Kadangkala menggeselkan bahagian antara bibir kecil iaitu bahagian vestibule dengan penghujung ereksi dapat 'membarakan' perasaan syahwat pasangan anda dan merangsang rembesan yang mencukupi untuk melicinkan kemasukan ereksi.

Anda boleh cadangkan pasangan anda melegakan pembukaan alat sulitnya sambil dia memasukkan penghujung ereksi anda ke dalam corong alat kelaminnya. Ini lebih selesa daripada anda mencuba menolakkan ereksi anda sebelum dia melegakan kemutan. Jika anda dan pasangan masih perlukan pelicin, saya syorkan pelicin bernama Top Gel keluaran Durex yang boleh dibeli di mana-mana farmasi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KHATAN ATASI MASALAH (SAKIT TUAN)

MASALAH yang saya hadapi adalah berkaitan 'fore skin' (atas alat sulit) kerana ia sukar untuk membuka ketika melakukan hubungan seks. Pada masa yang sama, sperma yang dihasilkan berbau busuk akibat sukar untuk membersih selepas melakukan hubungan serta ketika mandi.

Adakah membuat pembedahan atau berkhatan adalah cara yang baik? Untuk pengetahuan doktor, saya bukan beragama Islam.

KRIS
Petaling Jaya, Selangor

SEMEMANGNYA bahagian penghujung aggota kelamin lelaki atau 'glans penis' diselindungi kulit penutup bergelar kulop atau 'fore skin'. Untuk lelaki Islam dan Yahudi, kulit penutup alat sulit itu dipotong atau 'circumcised' dan istilah yang digunakan untuk menggambarkan situasi ini ialah berkhatan atau 'circumcision'.

Prosedur berkhatan menjadi rawatan untuk lelaki yang mempunyai kulop sempit seperti yang anda alami. Keadaan ini dikenali sebagai phimosis dan cara menyelesaikan masalah anda itu ialah melalui prosedur berkhatan.

Selain phimosis, terdapat juga lelaki yang mempunyai pembukaan kulop yang separa sempit iaitu penghujung alat sulit boleh keluar tetapi sukar kembali ke dalam corongnya dan jika keadaan itu berlaku kepala alat kelamin lelaki itu akan tercerut! Keadaan ini dikenali sebagai paraphimosis.

Masalah ini juga boleh diatasi melalui prosedur berkhatan. Kini ia menjadi amalan biasa untuk kebanyakan lelaki yang mahu anggota kelamin mereka sihat, bersih dan berdaya tahan.

Kajian yang pernah dijalankan Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan prosedur berkhatan ialah satu-satunya prosedur yang disyorkan kepada lelaki untuk mencegah penyakit kelamin berbahaya HIV/AIDS.

Jadi jika anda bercadang untuk menjalani prosedur berkhatan ini, maka anda sudah masuk dalam golongan lelaki yang sihat. Perkara seperti penghujung alat sulit tidak keluar dan selepas mencapai klimaks, air mani bertakung dan memberi bau yang kurang menyenangkan seperti yang anda alami tidak akan berlaku lagi jika anda menjalani prosedur berkhatan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAKAL PENGANTIN MALU KAKI BERBULU LEBAT (SAKIT TUAN)

SAYA lelaki yang berusia 25 tahun dan mempunyai ketinggian 160 sentimeter (cm) dengan berat badan 70 kilogram (kg) dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Masalah saya sekarang ialah saya mengalami pertumbuhan bulu roma yang sangat banyak dan lebat dari kaki hingga ke pangkal paha, ini amat merunsingkan saya kerana terasa malu untuk bergaul dengan teman dan bersama dengan isteri nanti, untuk pengetahuan doktor saya kurang melakukan aktiviti sukan dan tidak ada keturunan dalam keluarga saya mengalami masalah seperti ini.

INSAN RUNSING
Perak

KEMUNCULAN bulu roma bermula apabila individu itu masuk ke alam akil baligh. Bulu roma halus yang bergelar rambut 'vellus' yang didapati di kulit lelaki dan perempuan bertukar kepada rambut yang lebih kasar, berat dan berwarna gelap di bahagian kulit yang sensitif kepada hormon testosterone.

Memandangkan lelaki mempunyai tahap hormon testosterone yang berlebihan, maka ketumbuhan bulu roma menjadi lebih luas jika dibandingkan dengan perempuan.

Bagi lelaki, bulu roma tumbuh di beberapa tempat yang biasa tumbuh seperti misai, janggut, jambang, dada, bahagian bahu dan belakang, bahagian tundun dengan mengelilingi anggota kelamin, paha dan kaki, malah keseluruhan badan boleh diselubungi bulu roma dan situasi ini dikenali sebagai 'hirsutisme'.

Biasa istilah 'hirsutisme' digunakan untuk menggambarkan wanita yang mana corak lebat bulu roma seperti lelaki. Anda pula mengalami bulu roma yang lebat hanya dari kaki ke pangkal paha.

Jika situasi ini memang biasa kelihatan di kalangan lelaki dalam keluarga seperti bapa atau saudara terdekat, maka situasi ini ada kaitan dengan baka dan bukan suatu penyakit yang luar biasa. Situasi ini juga berlaku akibat peningkatan sensitiviti kulit bahagian itu kepada tindak balas hormon testosterone.

Anda boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan untuk diteliti corak dan keluasan ketumbuhan bulu roma, sekiranya perlu doktor akan lakukan ujian tertentu seperti ujian hormon testosterone dan DHEA (testosterone dari pundi adrenal) untuk mengesan jika tahap hormon itu lebih daripada biasa.

Jika semua ujian itu normal, maka keadaan yang anda alami itu bukan masalah kesihatan dan jika anda tidak selesa dengan bulu roma yang lebat itu, anda boleh mencukur atau mengurangkannya dengan menggunakan krim penghapus bulu roma atau krim 'depilator' seperti Veet atau Immac.

Untuk makluman anda, bulu roma yang lebat menggambarkan tahap testosterone yang mantap, maka anda boleh dikatakan amat seksi. Manalah tahu bakal isteri anda mungkin seorang yang tertarik kepada bulu roma lebat!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RESDUNG ZAKAR / ISTERI HISAP DAN TELAN AIR MAZI (SAKIT TUAN)

SAYA mengeluarkan air mazi yang terlalu banyak sewaktu teruja atau dikenali sebagai resdung zakar. Adakah selamat bagi isteri saya yang menghisap dan menelan air mazi berkenaan?

INGIN TAHU
Muar, Johor

AIR mazi yang keluar membasahi mukosa salur kencing mengurangkan keasidan cecair dalam ruang salur kencing dan membersihkan saluran itu daripada kuman dan bekas kencing.

Air mazi itu juga boleh digunakan untuk melicinkan penghujung alat sulit lelaki supaya mudah dimasukkan ke dalam pembukaan kelamin pasangannya.

Jika air mazi berlebihan, ia boleh membuatkan keadaan yang kurang selesa kepada pasangan kerana akan membuatkan corong alat sulit wanita tersangat lembap dan hubungan tidak seronok kerana keadaan 'becak'.

Bagi lelaki pula, pengeluaran air mazi yang banyak seolah-olah menggambarkan dia hilang perasaan teruja sebelum sempat klimaks kerana dia akan dapati apabila air mazi keluar dengan banyak, tahap kekerasan ereksinya mula menurun!

Bagi sesetengah budaya (seperti di Bangladesh dan Pakistan) pengeluaran air mazi yang banyak menggambarkan ereksi yang lemah dan lelaki yang mengalami perkara itu rasa tertekan kerana takut pasangannya tidak puas! Dalam pandangan Islam, air mazi itu najis dan menelan air mazi itu hukumnya menelan najis!

Jadi jika anda masih amalkan seks oral bersama pasangan, anda boleh gunakan kondom kering membalut ereksi. Cara ini dapat mengelak isteri tertelan air mazi dan terhindar daripada terkena jangkitan jika secara kebetulan wujud kuman dalam air mazi anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KUAT MAKAN, KURANG SENAM (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 25 tahun dan mempunyai berat badan 125 kilogram. Sejak kebelakangan ini, saya menghadapi masalah dengan ketegangan alat sulit saya.

Saya merancang untuk berkahwin tahun depan. Saya jenis kurang bersenam dan kuat makan. Adakah masalah yang saya hadapi sekarang akan membawa kesan buruk kepada kehidupan seks saya?

LEE
Shah Alam, Selangor

FUNGSI seksual yang normal memerlukan sisten urat saraf yang berfungsi normal, perjalanan darah yang sempurna, tahap hormon seks yang normal dan sistem kawalan seks yang cergas. Anda muda dan sudah tentu mempunyai sistem kawal seks yang cergas serta boleh dan mudah teruja serta mampu mencapai ereksi.

Hanya apa yang berlaku ialah ereksi anda tidak bertahan lama dan kurang cergas. Ini kerana keadaan kesihatan anda yang kurang cemerlang, tidak melakukan senaman dan mempunyai berat badan yang berlebihan (obesiti).

Anda mungkin tahu obesiti membuatkan tubuh badan anda tidak berdaya atau lembab. Secara langsung, badan anda menjadi kurang aktif dan ini menyebabkan penghasilan hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi syahwat menurun, kesudahannya ialah perkara yang berlaku kepada anda.

Apabila anda mula melakukan aktivit fizikal iaitu bersenam secara berkala dan mengawal berat badan, keadaan anda yang tidak bermaya itu akan berubah kepada lebih aktif. Jadi amalkan gaya hidup sihat dan anda akan dapat ganjaran seperti yang dihajati.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MASALAH KERAP MIMPI BASAH (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 22 tahun. Masalah saya ialah kerap mimpi basah, walaupun ada ketikanya tidak mengalami mimpi berkaitan seks. Ia berlaku apabila saya letih disebabkan tidak cukup tidur pada waktu malam.

Akhir-akhir ini saya memang selalu tidak tidur malam. Saya sebelum ini kerap melakukan onani, tetapi kini berjaya mengawalnya. Apa nasihat doktor mengenai masalah saya? Apa pendapat doktor mengenai penggunaan minyak lintah? Adakah ia boleh membantu?

MEL
Kemaman, Terengganu

MIMPI basah fenomena semula jadi untuk lelaki dan wanita. Lelaki kerap mengalaminya kerana anggota sulit lelaki lebih terdedah dan sentuhan ke bahagian itu akan mencetuskan ejakulasi, walaupun dalam tidur.

Lelaki yang kerap onani biasanya jarang mengalami mimpi basah. Ada juga situasi yang mana mimpi basah kerap berlaku dan mengakibatkan lelaki itu letih dan lesu. Ini kerana keadaan ketidakstabilan sistem saraf.

Apabila fungsi sistem itu pulih, keadaan menjadi baik. Biasanya mimpi basah ialah pengalaman badan ketika tidur dan bukan masalah kesihatan.

Lintah ialah parasit yang kehidupannya bergantung kepada darah sebagai pemakanan. Lintah digunakan untuk perubatan daripada spesis Eropah untuk melegakan bengkak serta melancarkan pengedaran darah.

Banyak lintah digunakan untuk melegakan bengkak kecil. Lintah perubatan ini mengeluarkan air liur mengandungi 'peptide hirudin' yang mencairkan darah, jadi mudah untuk darah memasukinya.

Selain itu, lintah perubatan mengandungi kimia yang melegakan pembuluh darah dan juga sejenis kimia untuk memberi kebas.

Lintah jenis lain tidak mempunyai kimia itu. Jadi daripada segi perubatan, lintah perubatan dari Eropah yang dikenali sebagai lintah 'medicinalis' yang didapati menghasilkan 'peptide hirudin'.

Kini, hirudin diproses secara sintetik di makmal dan tidak lagi diekstrak daripada lintah. Minyak lintah di pasaran tempatan mungkin tidak mengandungi peptide.

Lagipun peptide hanya mencairkan darah. Menggunakan minyak lintah untuk membesarkan zakar memang perbuatan sia-sia. Saya cadangkan anda baca dulu sebelum mencuba ramuan bukan-bukan yang dipasarkan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

CUBA TETAPI TIDAK BERHASIL UNTUK ANAK KEDUA (SAKIT TUAN)

SAYA dan suami merancang mendapatkan anak kedua. Namun selepas tujuh bulan mencuba, tiada tanda positif hamil. Saya mencadangkan suami melakukan ujian air mani tetapi dia ragu-ragu.

Bagaimanakah prosedur ujian air mani dilakukan dan dimanakah tempat sesuai untuk menjalani ujian itu?

LINDA
Keramat, Kuala Lumpur

MANA-MANA pasangan yang pernah mendapat cahaya mata dan merancang menambah bilangan anak dan mendapatkan kehamilan tetapi dalam setahun tiada apa-apa berita sememangnya perlu menjalani pemeriksaan kesuburan.

Bagi suami, pemeriksaan fizikal dan buah zakar serta ujian air mani dilakukan manakala bagi si isteri, pemeriksaan kepastian kemampuan menghasilkan telur dan ujian X-ray salur reproduksi iaitu rahim dan salur telur untuk menentukan sama ada wujud masalah atau sebaliknya.

Jika semua ujian normal, mungkin mereka berdua boleh mencuba kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi serta penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI. Jika masih tiada apa-apa hasil, cuba kaedah bayi tabung uji atau IVF.

Tiada jaminan kehamilan akan berlaku kerana itu kuasa Tuhan. Yang mustahak ialah kedua-dua pasangan itu berusaha dan bukan sekadar berdiam diri atau tidak mahu buat apa-apa kerana ego.

Ujian air mani perlu dilakukan di makmal dan atas rujukan doktor. Jadi suami perlu jumpa doktor terlebih dahulu dan mendapatkan borang melakukan ujian air mani di makmal yang disyorkan doktor. Puan juga perlu menjalani pemeriksaan seperti saya senaraikan di atas.

Kadar kehamilan untuk wanita menurun sebanyak 80 peratus selepas umur 40 tahun. Lelaki berumur lebih 40 tahun pula banyak menghasilkan sperma kurang aktif dan berbentuk tidak normal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAKIT SELEPAS CUKUR (SAKIT TUAN)

SAYA lelaki berusia 25 tahun. Saya mendapati bulu pada bahagian zakar saya sangat lebat! Saya pernah mencukur bulu itu tetapi ia tumbuh dengan lebih lebat lagi, malah terasa sakit pada bahagian yang dicukur.

Jadi saya mengambil keputusan menggunakan krim pencukur jambang dan misai untuk mencukur bulu pada zakar saya. Adakah tindakan menggunakan krim pencukur jambang dan misai akan membahayakan zakar saya?

ZACK
Alor Setar, Kedah

JARANG bulu roma tumbuh di keseluruhan kulit alat sulit. Kalau ada pun hanya pada pangkal zakar dan ia tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada pasangan ketika melakukan persetubuhan kerana bahagian itu tak masuk dalam alat sulit wanita ketika dayungan ereksi dilakukan suami.

Bagaimanapun, jika bulu roma itu dicukur dan kebetulan sudah mula tumbuh 'stubs' atau tumbuhan awal bulu roma yang terpacak, itu boleh mencucuk bahagian luar anggota kelamin pasangan wanita.

Lain pula jika bulu roma yang tumbuh mula panjang, ia menjadi lembut dan tidak tercacak dan tidak menyakitkan. Jadi lebih baik membuang bulu roma anggota kelamin bahagian pangkal alat kelamin daripada mencukur!

Jika masih mahu mencukur bulu roma, anda perlu lakukan secara kerap kerana tak mahu 'stubs' menjadi.

Untuk keselesaan mencukur bulu roma pangkal alat sulit atau keseluruhan anggota kelamin, anda boleh gunakan krim pencukur untuk melembutkan kulit dan bulu roma dan menyenangkan pergerakan pencukur.

Penggunaan krim pencukur tidak berbahaya kepada kulit alat kelamin, malah lebih selesa dan kulit jadi lembut dan tidak mudah radang, lebih-lebih lagi jika krim itu ada bahan pelembut dan bahan nyah radang.

Jika kulit lepas cukur radang, salur pundi apokrin (pundi yang menghasilkan pelembap kulit semula jadi) di kawasan itu akan terkandas dan pundi menjadi radang dan timbul sebagai 'jerawat'.

Pada kebiasaannya tidak berlaku jika krim pencukur digunakan. Jadi anda boleh gunakan krim pencukur untuk mencukur bulu roma anggota kelamin tanpa was-was.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN GUNA KONDOM (SAKIT TUAN)

ADAKAH penggunaan kondom boleh menyebabkan penyakit kudis pada alat kelamin?

SUAMI RESAH
Kangar, Perlis

JARANG kondom diperbuat daripada getah asli mengakibatkan alahan kulit kepada individu yang mengamalkan pemakaiannya. Jika ia berlaku, ini mungkin akibat tindak balas kimia dalam getah yang diproses itu atau jarang kali akibat kandungan protein.

Oleh itu, jarang sekali alahan berlaku akibat bahan pelicin yang disalurkan kepada kondom. Jadi anda terpaksa mengelak menggunakan kondom diperbuat daripada getah asli.

Anda boleh dapatkan kondom sintetik yang diperbuat daripada plastik lembut. Namun tidak semua kedai farmasi membekal kondom itu. Anda juga boleh cuba masuk laman yang menjual kondom plastik dan buat tempahan melalui pos.

Anda juga boleh menggunakan jentera pencari di Internet seperti 'Google' atau 'Yahoo' dan mencari perkataan masukkan perkataan 'plastic condom' bagi dapatkan maklumat mengenai kondom plastik.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIADA ZURIAT SELEPAS KAHWIN 14 TAHUN (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 43 tahun dan bertaraf orang kurang upaya (OKU). Saya menghidapi penyakit polio ketika kecil dan pada usia remaja saya pernah terbabit dengan kemalangan yang mengakibatkan kerosakan buah pinggang kiri hingga terpaksa dibuang melalui skrotum kiri.

Saya berkahwin 14 tahun lalu dan isteri kini berusia 31 tahun. Usia yang semakin meningkat membuatkan saya tertekan kerana kami belum berjaya mendapatkan zuriat.

Saya juga pernah mendapatkan rawatan kesuburan dan doktor memberitahu air mani saya tiada sperma. Menurutnya, sperma saya mati ketika air mani keluar dan ia benar-benar menghampakan saya.

Adakah lelaki yang mempunyai satu skrotum sememangnya tidak dapat memperoleh zuriat? Saya juga cepat berasa penat dan tidak bertenaga ketika bersama isteri. Adakah ia disebabkan saya mempunyai satu buah pinggang? Selain itu, adakah air mani yang tiada sperma membawa maksud saya mandul dan adakah rawatan untuk masalah saya?

DAN
Johor Bahru

ANDA menjelaskan yang anda seorang OKU. Anda sudah berkahwin 14 tahun dan belum dikurniakan zuriat. Anda juga pernah menjalani pemeriksaan doktor dan diberitahu anda tiada sperma.

Jika anda kebetulan hanya memiliki satu buah zakar, bagi memastikan ia berfungsi secara normal atau sebaliknya hanya boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan teliti seperti mengambil secebis tisu dari buah zakar (pengambilan biopsi dan pemeriksaan mikro) untuk pemeriksaan kedudukan kilang sperma, sama ada berfungsi atau tidak.

Pemeriksaan ini boleh dilakukan oleh pakar urologis yang mahir dalam bidang kesuburan lelaki atau dengan pakar andrologis. Secara rambang, jika air mani tiada sperma, keadaan ini dikenali sebagai 'azoospermia'.

Keadaan 'azoospermia' boleh berlaku jika kilang sperma rosak dan gagal menghasilkan sperma atau salur sperma tersumbat. Jadi pemeriksaan susulan oleh pakar dapat memastikan salur tersumbat atau kilang rosak.

Jika tiada sperma dalam air mani, keadaan ini dikenali sebagai mandul. Sebaliknya, jika sperma ada tetapi kaku atau tidak bergerak, keadaan itu tidak menunjukkan tanda mandul.

Jika perlu, sperma boleh disuntik ke dalam telur isteri melalui kaedah ICSI (Intracytoplasmic Sperm Injection Technique) dan jika cantuman benih berlaku, embrio yang terhasil akan dimasukkan ke dalam rahim isteri.

Gambaran ini adalah satu rawatan canggih dan memerlukan perbelanjaan tinggi. Kaedah ICSI rumit dan kadar kehamilan boleh menghampakan. Lebih baik fikirkan pengambilan anak angkat bagi mengatasi masalah ini.

Mengenai keletihan dialami ketika bersama isteri, ia mungkin kerana keadaan OKU anda.

Sebenarnya, satu buah zakar mencukupi untuk menghasilkan hormon testosterone lelaki. Bagaimanapun, anda hanya boleh dapat kepastian mengenai tahap hormon itu melalui ujian darah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

WAKTU SESUAI HUBUNGAN SEKS SELEPAS ISTERI BERSALIN (SAKIT TUAN)

ISTERI saya baru bersalin. Bilakah masa sesuai untuk melakukan kembali hubungan intim suami isteri? Ada pendapat mengatakan selepas 100 hari baru boleh bersama isteri.

SUAMI INGIN TAHU
Johor

SELEPAS melahirkan anak, salur reproduktif wanita akan menjalani proses pemulihan. Tisu yang melecet dan radang akan beransur pulih. Jahitan dalaman mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk pulih dan jahitan luar pula antara 7-14 hari untuk pulih.

Jika wanita itu menjalani prosedur pembedahan Caesarean untuk melahirkan anak, pemulihan luka melebihi tiga minggu. Tidak hairan jika purata angka 100 hari diberi sebagai waktu pantang sebelum isteri boleh melakukan semula hubungan seks.

Bagaimanapun, wanita disyorkan menjalani pemeriksaan fizikal dan kesihatan seksual enam minggu lepas bersalin untuk doktor pastikan anggota reproduktifnya pulih dan parut kulit tidak radang sebelum doktor memberi kata putus, sama ada suami isteri boleh melakukan hubungan seks.

Ketika doktor melakukan pemeriksaan lepas bersalin, pasangan boleh meminta doktor menjelaskan perancangan keluarga dan hubungan seks ringan jika isteri sihat.

Mungkin sebelum seks penetratif dilakukan, pasangan boleh mencuba seks tanpa penetrasi dengan rangsangan luaran.

Apabila semua percubaan itu berjaya dan selesa, mungkin cara biasa seperti kedudukan suami di atas boleh dilakukan dan mengikut keselesaan isteri. Untuk enam bulan pertama, memang hubungan seks menjadi cabaran untuk kedua-dua pihak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RAHSIA TAHAN LEBIH LAMA (SAKIT TUAN)

SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan kesan jangka panjang seperti masalah mati pucuk di kemudian hari? Sesuaikah ubat kuat digunakan ketika bersama isteri?

Untuk pengetahuan doktor, saya mengalami masalah klimaks yang sangat cepat. Paling lama saya mampu bertahan untuk tiga hingga tujuh minit saja. Harap doktor dapat memberi ulasan mengenai produk yang saya nyatakan tadi. Terima kasih.

ZAIMI
Kajang

ANDA mungkin tahu bahawa bukan anda seorang saja yang mengamalkan penggunaan krim seks atau ubat kuat. Sebenarnya, lebih ramai lelaki kerap mengamalkannya untuk tujuan yang sama tanpa mengira kesan sampingan atau kesan jangka panjang yang boleh berlaku kepada kesihatan mereka dan pasangan.

Anda mengamalkan bahan berkenaan kerana mahu beraksi lama. Anda juga hanya mampu bertahan tiga hingga tujuh minit apabila beraksi dan anda percaya masa itu tidak cukup atau tidak normal seperti orang lain.

Sebenarnya, untuk melayari bahtera suami isteri, seseorang itu perlu mempunyai kesihatan yang baik, tahap fizikal dan stamina yang mantap.

Selain itu anda perlu mempunyai daya kawalan minda yang kukuh supaya dapat mengawal diri daripada ejakulasi cepat atau dapat mengawal ejakulasi sehingga pasangan anda mencapai kemuncak.

Pendek kata, apa yang jelas mengenai kemampuan syahwat dan daya aksi seksual dengan pasangan ialah minda yang cergas, daya tumpuan yang kukuh, tubuh badan yang sihat dan daya kawalan beraksi ketika bersetubuh.

Krim, ubat kuat atau makanan tambahan hanya berfungsi sebagai bahan sokongan, itupun jika ia benar-benar berkesan. Kebanyakan produk dalam pasaran tidak pernah dikaji dan hampir keseluruhannya mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Anda perlu berwaspada dengan iklan ubat kuat atau krim ajaib yang kononnya dapat membantu melewatkan ejakulasi. Mengenai masalah cepat klimaks, definisi sebenar ialah apabila ejakulasi berlaku lebih awal daripada yang diharapkan atau apabila ejakulasi berlaku kurang seminit dari peringkat ereksi masuk dan pencapaian ejakulasi.

Jadi tiga hingga tujuh minit itu dikira normal jika masa yang anda kira itu bermula dari saat memasukkan ereksi sehingga ejakulasi berlaku.

Jika anda mengira dari mula beraksi, termasuk aksi pemanasan dan penetrasi, masa itu boleh dikira agak cepat. Anda perlu memahami dan mempelajari teknik persetubuhan yang tepat.

Contohnya, tekanan kepada penghujung kemaluan dikurangkan dengan cara mengekalkan ereksi di dalam kemaluan isteri tanpa dikeluarkan, sambil meningkatkan geselan bahagian pangkal kemaluan ke langit kemaluan isteri. Ia dikenali sebagai 'Coital Alignment'.

Cara ini dapat mengurangkan geselan hujung zakar dan secara langsung dapat memanjangkan aksi hubungan suami iseri. Jika penghujung zakar amat sensitif, mungkin dengan cara menggunakan gel 'local anaesthetic' (pengebas) dapat membantu mengurangkannya.

Krim pengebas yang dijual di luar sana sebenarnya tidak tulen. Hakikatnya, ia hanya sejenis ubat peradang kulit dan tidak selamat untuk digunakan secara kerap. Anda boleh dapatkan gel pengebas daripada doktor.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

INGIN SAIZ ZAKAR BESAR (SAKIT TUAN)

SAYA lelaki berusia 27 tahun dan mempunyai saiz zakar sepanjang empat inci.

Untuk pengetahuan doktor, saya inginkan kemaluan yang lebih besar.

Adakah pengambilan 'Vimax pills' benar-benar berkesan bagi membesarkan zakar dan bolehkah ia didapati di farmasi?

LIM
Pulau Pinang

SEPULUH tahun lalu, Persatuan Kajian Impotensi Antarabangsa (International Society of Impotence Research atau ISIR) menubuhkan satu jawatankuasa untuk meninjau sejauh mana keberkesanan kaedah dan pendekatan rawatan yang dipaparkan oleh organisasi dan agensi produk kesihatan melalui laman web mereka.

Mengikut jawatankuasa berkenaan, maklumat diberi sebilangan besar daripada laman itu mengelirukan dan tidak boleh diterima secara saintifik kerana tiada kajian mengenai kaedah dan pendekatan untuk pembesaran anggota kelamin lelaki yang dipaparkan.

Jawatankuasa itu menyatakan, masalah berkaitan saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki adalah isu yang perlu diberi perhatian. Mereka berpendapat ramai lelaki yakin mengalami masalah berkenaan dan perlu rujuk kepada doktor yang diiktiraf bagi menjalani pemeriksaan dan mendapat bimbingan dan rawatan.

Malangnya mesej ini tidak sampai kepada anda di luar sana dan juga kepada semua lelaki yang tidak yakin mengenai saiz dan bentuk anggota kelamin mereka walaupun anggota itu normal daripada segi baka dan keturunan.

Kembali kepada produk herba 'Vimax' yang kononnya dapat bantu memantapkan anggota kelamin lelaki, boleh dikatakan kekuatan produk itu terletak kepada 'strategi pemasarannya' saja.

Produk ini tidak dikaji dengan baik. Jika anda benar-benar mengalami isu saiz atau tidak yakin dengan bentuk anggota kelamin anda, anda perlu rujuk kepada doktor.

Anda menyatakan anggota kelamin anda kecil ketika ereksi dan anda tidak yakin anda boleh memuaskan pasangan anda selepas berkahwin kelak.

Bagaimanapun, anda boleh membayangkan situasi apabila anggota kelamin dibesarkan secara luar biasa. Kesannya, anda pasti sukar berlari atau berjalan cepat kerana terasa sakit di bahagian tundun yang menampung anggota kelamin.

Jika anda tidak percaya, tanyalah lelaki yang menjalani proses pembesaran alat kelamin secara suntikan. Jika berlaku keradangan, anggota kelamin kelihatan besar dan berat serta mempunyai benjolan di keliling zakar.

Secara amnya, pembesaran zakar secara suntikan tidak bagus dan lebih mendatangkan pelbagai kesan negatif. Jika anda masih berhajat, saya sarankan anda mendapatkan pandangan doktor terlebih dulu dan ikuti kaedah disarankan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SALUR DARAH BUAH ZAKAR MEMUNTAL (SAKIT TUAN)

SAYA terbaca di Internet mengenai pembuluh buah zakar atau varises buah zakar. Adakah ia berbahaya atau boleh menyebabkan kemandulan? Bagaimana ia boleh berlaku dan sekiranya seseorang mengalaminya, bagaimana kaedah rawatan yang perlu diambil oleh pesakit. Bolehkah ia sembuh?

Zul
Johor

PEMBULUH vena yang menerima darah dari tisu dalam buah zakar menyalurkan darah ini kembali ke dalam sistem penyaluran darah boleh mengembang dan memuntal apabila takungan darah mendap dan berkumpul dalamnya apabila sistem penahan (valve) dalam vena itu tidak dapat menolak darah kembali ke dalam sistem penyaluran darah.

Apabila ini berlaku pembuluh vena kepada buah zakar itu akan mengembang dan kelihatan terjojol. Apabila keadaan ini berpanjangan, tisu buah zakar akan terdedah kepada kepanasan dan ini boleh membuatkan kilang sperma terencat dan tidak dapat menghasilkan sperma berkualiti.

Keadaan ini dikenali sebagai 'varicocele' dan ia boleh berlaku kepada kedua-dua pembuluh vena buah zakar. Kemungkinan ia berlaku dalam kehidupan lelaki itu ialah antara 15 hingga 20 peratus.

Kemungkinan varikosel berlaku kepada pembuluh vena buah zakar kiri ialah 80 peratus. Biasa perkara ini bukan isu kecuali lelaki itu sudah berkahwin dan belum lagi dikurniakan cahaya mata dan kebetulan isterinya tiada masalah kesuburan dan ujian air maninya menunjukkan masalah kepada kedudukan profil spermanya.

Jika ini berlaku, cara yang bijak ialah untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan untuk mengatasi masalah kemendapan darah vena itu, melalui pembedahan mengikat salur vena yang sudah kembang itu.

Sekiranya masalah sperma itu akibat kepanasan, maka cara yang dilakukan itu sudah tentu akan memulihkan keadaan. Jarangkali pembuluh vena baru yang muncul setelah vena yang kembang itu diikat, mengembang kembali dan membuatkan perkara itu berulang.

Apabila situasi ini berlaku dan lelaki itu didapati ada masalah sperma, maka varikosel yang kembang itu perlu diikat supaya kilang sperma kembali aktif. Ada sebilangan lelaki yang mengalami varikosel kepada kedua-dua buah zakar dan mempunyai masalah kesuburan.

Pembedahan yang sama juga akan dicadangkan dengan harapan profil sperma dapat dipulihkan. Boleh juga berlaku profil sperma masih kekal bermasalah dengan kualiti sperma yang merosot walaupun varikosel sudah dirawati.

Ada juga kes profil sperma normal walaupun lelaki itu mengandungi varikosel. Pendek kata, varikosel ini hanya dikendalikan apabila kesuburan lelaki itu tergendala.

Jika kualiti sperma normal dan dia tiada apa-apa masalah, tiada sebab kenapa dia perlu jalani pembedahan varikosel.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ANAK LIMA TAHUN SELALU TEGANG KEMALUAN (SAKIT TUAN)

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun empat bulan (sekarang memasuki tadika usia 5 tahun). Anak saya selalu mengalami tegang di kemaluannya (zakar), dan dia tidak selesa dengan keadaannya itu.

Jadi, anak saya selalu memegang kemaluannya supaya zakarnya dapat turun. Untuk pengetahuan doktor, anak saya pernah menjalani pembedahan hernia semasa umurnya dua tahun.

Soalan saya, adakah perkara ini normal pada kanak-kanak seperti anak saya? Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan adakah keadaan ini dapat dipulihkan dan bagaimana?

IBU RESAH

EREKSI spontan boleh berlaku kepada semua lelaki baik muda, mahu pun yang tua, cuma tahap, kekuatan dan masa ereksi berbeza.

Sedangkan bayi lelaki dalam rahim ibu pun boleh mengalami ereksi dan kadangkala doktor yang melakukan ujian imbasan dapat memastikan jantina bayi dalam rahim ibu melalui ereksi spontan bayi lelaki.

Anda tidak perlu bimbang yang anak anda mudah sangat mencapai ereksi. Dengan dia memegang ereksinya tidak akan menimbulkan masalah dan anda tidak perlu melakukan apa-apa kecuali membiarkannya berlaku.

Lambat-laun dia tidak akan menumpukan perhatiannya kepada ereksinya apabila perkara itu menjadi biasa, lebih lagi jika anda tidak mengingatkannya tentang perkara itu.

Jadi ereksi spontan yang belaku kepada kanak-kanak kecil seperti anak anda, itu perkara normal dan bukan penyakit. Biarkan sahaja dan keadaan akan menjadi biasa.

Berkaitan dengan angin pasang yang anak anda alami dan sudah pun menjalani pembedahan pemulihan, perkara itu tiada kaitan dengan perilaku dia memegang dan mudah mencapai ereksi spontan.

Secara kebetulan, komunikasi atau jalanan antara kerandut dan perut kekal setelah buah zakar itu masuk ke dalam kerandut dari tempat asalnya, iaitu berdekatan buah pinggang dalam perut ketika bayi lelaki itu masih dalam perut ibu.

Apabila jalanan itu kekal, ketulan usus boleh termasuk dan bahagian itu akan terjojol apabila bayi itu menangis. Apa yang doktor lakukan itu iaitu melakukan pembedahan pemulihan, menutup jalanan dan memasukkan usus kembali ke dalam perut, memang tepat sekali.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KERAP AMBIL UBAT SAMPINGAN (SAKIT TUAN)

SAYA berusia 26 tahun dan berkahwin empat bulan lalu. Saya melakukan persetubuhan dengan suami dua hingga tiga kali seminggu. Saya mendapati lelehan banyak keluar dari kemaluan setelah suami menarik keluar alat sulitnya.

Adakah itu air mani suami yang keluar sehingga tidak dapat sampai ke rahim yang membuatkan saya belum hamil hingga sekarang? Cecair itu masih keluar selepas saya mencuci kemaluan selepas persetubuhan.

Saya juga ingin tahu, adakah pengambilan ubat-ubatan untuk sakit biasa seperti panadol atau pil herba dengan kerap boleh mengurangkan peluang untuk hamil memandangkan saya pernah menggunakannya sebelum berkahwin.

Saya berharap doktor dapat memberikan penjelasan memandangkan saya benar-benar ingin menimang cahaya mata.

ISTERI SETIA
Kelana Jaya

ANDA dan pasangan merancang mendapat cahaya mata. Apa yang anda lakukan, iaitu kerap bersetubuh, sangat digalakkan untuk meningkatkan peluang hamil.

Begitupun, selepas bersetubuh anda tidak digalakkan bangun dan mencuci anggota kelamin. Ini kerana bergerak dan berjalan membuatkan air mani yang bertakung dalam penghujung faraj terkeluar. Selepas hubungan kelamin, anda perlu kekalkan posisi kangkang dan tidur mengikut posisi yang anda selesa.

Untuk mengelak angin memasuki faraj yang mungkin menyebabkan air mani keluar, pasangan anda perlu menggerakkan alat sulitnya dalam faraj.

Gerakan keluar masuk alat sulit suami menyebabkan angin masuk dan faraj menjadi sendat. Apabila selesai hubungan suami isteri, angin keluar bersama air mani.

Pengambilan pil tambahan atau herba dan panadol jarang memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan anda. Jika dalam setahun anda dan pasangan belum mencapai kehamilan, anda berdua harus berjumpa doktor.

Pasangan anda perlu menjalani ujian air mani untuk menentukan bilangan dan kualiti sperma dan anda pula perlu menjalani ujian pengesahan ovulasi.

Tekanan juga menggugat tahap kesuburan. Hubungan kelamin lebih seronok jika anda dan pasangan bercuti ketika anda dalam waktu subur. Kadangkala ubah tempat dan cuaca ada hikmah untuk mencapai kesuburan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HUBUNGAN HAMBAR (SAKIT TUAN)

SAYA isteri berumur 30 tahun dan suami pula 42 tahun. Kami berkahwin enam tahun dan belum ada anak. Kitaran haid saya tidak tetap iaitu antara 30 hingga 40 hari, manakala suami pula perokok tegar.

Pada awal perkahwinan, hubungan seks kami berjalan seperti biasa iaitu tiga hingga empat kali seminggu. Namun, masuk tahun ketiga hubungan seks berkurang kepada seminggu sekali hinggalah tahun keenam dan akhirnya sebulan sekali.

Hubungan seks yang hambar membuatkan saya terfikir ia mungkin menjadi sebab mengapa kami belum mendapat zuriat.

Saya pernah menyarankan suami melakukan ujian kesuburan air mani tetapi reaksi yang diterima menghiris hati saya. Saya akui kitaran haid saya tidak tetap dan kerap mengalami senggugut ketika datang haid.

Sebelum ini saya tidak pernah mendapatkan rawatan moden dan hanya berurut serta meminum akar kayu. Sampai satu tahap saya menjalankan ujian kesuburan melalui darah.

Begitupun, sehingga kini saya belum mampu mengandung. Dapatkah doktor membantu saya?

ISTERI RUNSING

ANDA dan pasangan berkahwin pada abad serba moden tetapi anda masih mempunyai sikap dan minda lama.

Dalam masalah anda, suami mengelak apabila isu kesuburan diketengahkan dan dia juga enggan menjalani pemeriksaan. Bagaimanapun, jika anda saja yang menjalani pemeriksaan kesuburan ia tidak memberi apa-apa manfaat.

Apabila kekerapan hubungan kelamin kurang, kadar pencapaian kehamilan juga kurang, lebih-lebih lagi jika umur semakin meningkat.

Memandangkan tahap kesuburan warga Malaysia (Total Fertility Rate) menurun daripada 3.1 (Kadar TFR 2003) kepada 2.67 (Kadar TFR 2011), kadar ini akan menjunam jika banyak pasangan berkahwin berlengah-lengah mendapatkan cahaya mata atau mendapat rawatan.

Saya syorkan anda dan pasangan berjumpa doktor di mana-mana pusat kesuburan atau Jabatan Sakit Puan di klinik dan hospital kerajaan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan kesuburan.

Mencuba menggunakan ubat 'subur' untuk wanita tanpa pemeriksaan asas bukan cara bijak. Sebenarnya pemeriksaan kesuburan komprehensif membabitkan ujian air mani si suami, ujian penentuan pengeluaran telur untuk isteri melalui ujian hormon progesterone dan ujian kepastian keadaan rahim dan salur isteri melalui x-ray yang dikenali sebagai HSG atau pembedahan kecil laparoskopi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

DAKI PUTIH BUKAN BAHAN KOTOR (SAKIT TUAN)

SAYA mempunyai masalah dengan zakar saya. Saya pernah menggunakan krim Virile pada zakar tapi selepas beberapa minggu, daki putih kelihatan pada zakar dan berbau busuk.

Setiap hari, saya mencuci zakar dua hingga tiga kali dengan air sabun dan lap sehingga kering selepas mandi tetapi daki dan bau busuk tetap ada selepas seharian bekerja. Apakah cara yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?

MAHU BERSIH
Kulim, Kedah

DAKI putih yang anda maksudkan adalah smegma. Ia lapisan pelembap semula jadi yang dihasilkan kulit penutup kepala zakar (prepuce).

Walaupun sudah berkhatan, smegma masih ada tetapi jumlahnya kurang kerana prepuce telah tiada. Smegma aktif ketika umur 20 hingga 40 tahun, dan semakin berkurangan dan berkemungkinan tiada apabila usia mencecah 60 tahun.

Walaupun smegma kelihatan seperti daki dan berbau busuk sehingga membuatkan anda tidak selesa ia bukanlah bahan kotor dan tidak memudaratkan kesihatan.

Faktor seperti umur muda menyebabkan smegma dihasilkan dengan kerap. Jadi tidak hairan walaupun anda selalu membersihkan zakar, smegma masih lagi ada.

Namun, bagi mengatasi masalah bau busuk, anda boleh memakai seluar dalam yang longgar seperti boxer agar kulit anggota kelamin lebih selesa dan kering. Anda juga boleh menggunakan pewangi bagi menghilangkan bau busuk berkenaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SARUNG PAKAIAN DALAM LONGGAR BAGI ELAK MASALAH VARIKOSEL (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 26 tahun dan akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini. Apa yang membimbangkan, saya mungkin mengalami penyakit varikosel. Adakah penyakit ini berbahaya dan boleh menyebabkan kemandulan?

BAKAL SUAMI
Klang, Selangor

MASALAH varikosel atau pembuluh darah vena buah zakar mengembang boleh berlaku secara semula jadi pada segelintir lelaki.

Ia sebenarnya tidak dikategorikan sebagai penyakit sebaliknya hanyalah perubahan struktur dinding vena pada buah zakar yang hilang fungsi elastik atau keanjalan sehingga menyebabkan darah mendap di dalamnya.

Keadaan ini menyebakan buah zakar berdekatan vena yang kembang itu terdedah kepada kepanasan bagi tempoh lama, sekali gus menjejaskan kilang sperma.

Kadangkala anda akan berasa senak pada bahagian yang ada varikosel. Ini berlaku apabila vena yang kembang, mencengkam untuk menolak darah mendap itu memasuki vena dalaman yang lebih besar.

Varikosel ini biasanya dikaitkan dengan masalah kesuburan lelaki, apatah lagi sekiranya buah zakar berada dekat dengan saluran vena akibat pemakaian pakaian dalam yang ketat (buah zakar terdedah kepada kepanasan).

Jika ini berlaku, cara paling berkesan untuk pemulihan kesuburan ialah melalui pembedahan mengikat salur vena yang kembang dan mengurangkan kebengkakan vena.

Namun, ini tidak bermakna lelaki itu akan dapat memulihkan tahap kesuburannya. Jika sel kilang sperma rosak, maka pemulihan kesuburan tidak akan berlaku.

Anda tidak perlu khuatir mengenai varikosel. Sebilangan besar lelaki mengalami bengkak pada vena sebelah kiri berbanding sebelah kanan dan tidak semua mereka yang mengalami masalah kesuburan.

Anda juga boleh memakai pakaian dalam yang longgar dan selesa. Sekiranya anda sudah berkahwin tetapi masih belum mendapat anak dalam tempoh setahun, barulah anda dan pasangan menjalani ujian kesuburan.

Jangan bimbang, teruskan niat anda untuk mendirikan rumah tangga. Insya-Allah semua akan berjalan lancar.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

LELAKI BIMBANG NAFSU SESAMA JANTINA (SAKIT TUAN)

WALAUPUN mempunyai teman wanita, nafsu dan keinginan saya terhadap kaum sejenis berbangsa Cina dan berumur terlalu kuat.

Kini saya menjalin hubungan dengan tiga lelaki dan kami selalu mengadakan seks setiap hujung minggu. Saya tahu ia salah dan saya ingin kembali ke pangkal jalan.

LELAKI KELIRU
Kuantan

ANDA kategori biseksual kerana mempunyai teman wanita dan dalam masa sama menjalin hubungan dengan lelaki. Di samping itu, anda obses terhadap lelaki berbangsa Cina yang berumur (tua).

Anda juga sering mengadakan hubungan seks dengan lelaki. Alhamdulillah, anda menyedari perbuatan itu salah dan ingin keluar dari kancah seks songsang.

Jika bersedia untuk berubah, bermakna anda juga bersedia menghentikan hubungan dengan ketiga-tiga lelaki berkenaan dan fokus perhatian anda pada teman wanita.

Selagi anda berhubung dengan tiga lelaki berkenaan atau mana-mana lelaki, anda sukar melepaskan diri daripada terus menjalin hubungan songsang yang sebenarnya memberi mudarat kepada saudara dalam jangka panjang.

Selain itu, anda perlu mengelak apa jua bahan berunsurkan seksual, lelaki tua dan berbangsa Cina, termasuk menerusi Internet, dan bersosial dengan mereka bagi mengurangkan seterusnya menghilangkan perasaan obses itu.

Dalam hal ini anda perlu ada azam tinggi, iman serta jati diri dalam peralihan ke arah positif.

Anda juga boleh mendapatkan bimbingan pakar kaunseling bagi mengatasi masalah itu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAKIT BILA BERGESEL (SAKIT TUAN)

SAYA rasa sakit dan senak jika testis bergesel dengan benda keras. Kerandut juga banyak urat dan tidak berasa sakit jika saya memicitnya. Selain itu, ada satu ketulan pada testis dan saya berasa was-was mengenainya.

SYAM
Langkawi

LELAKI mempunyai sepasang buah zakar. Kedudukan buah zakar tidak sama, kedua-duanya mempunyai kerandut atau skrotum sama tapi kantung (spermatic cord) berasingan.

Buah zakar juga diselaputi tiga lapisan pembalut yang berfungsi menyerap tekanan apabila buah zakar bergesel antara satu sama lain.

Jarang buah zakar terasa sakit kecuali dalam keadaan yang tertentu seperti pembuluh darah vena buah zakar kembang dan berpintal hingga membuatkan ia terasa sensitif ketika tersentuh sesuatu atau ketika ereksi.

Begitu juga dengan penurunan batu karang dalam salur ureter memberi rasa sengal kepada buah zakar.

Selain itu, kebengkakan pada testis seperti ketumbuhan, hernia atau keradangan buah zakar boleh menyebabkan kesakitan.

Anda perlu berjumpa doktor untuk mengetahui punca sebenar testis menjadi sensitif. Jangan picit apa-apa bahagian dalaman buah zakar anda tanpa menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu kerana bimbang perbuatan itu boleh memudaratkan keadaannya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU AIR MANI SUAMI BERCAMPUR DARAH (SAKIT TUAN)

KETIKA melakukan hubungan, air mani suami akan keluar bersama-sama darah.

Kadangkala ia berwarna gelap seperti coklat. Apakah masalah yang mungkin berkaitan dengan keadaan ini?

RISAU SUAMI
Selangor

JARANG kandungan dalam faraj diteliti setelah selesai hubungan kelamin kecuali dalam keadaan tertentu seperti ketika membersihkan faraj dengan tisu atau kain dan ternampak perubahan kepada cecair yang keluar dari faraj.

Atau ketika isteri mencuci dan kelihatan perubahan warna cecair dari faraj selepas bersetubuh atau suami kelihatan bekas cecair campuran air mani dan cecair faraj melekit kepada zakar.

Bagaimana dan dari mana ia berlaku? Jika isteri datang haid atau mengalami pengeluaran tompok darah dari faraj, bermakna ia berpunca dari faraj atau pangkal rahim.

Sebaliknya jika suami meneliti air mani dengan cara mengeluarkannya di luar dan kelihatan bercampur darah, ia berpunca daripada suami.

Darah dalam air mani dikenali sebagai hematospermia. Darah itu boleh datang dari pundi prostat iaitu akibat daripada proses keradangan pundi berkenaan.

Semua ini boleh dikenal pasti oleh doktor dan rawatan sewajar akan diberi bagi mengatasi masalah itu.

Anda jangan khuatir. Anda sudah pun mengenal pasti yang darah bercampur air mani yang keluar dari faraj anda adalah daripada suami.

Anda perlu mengesyorkan pasangan anda berjumpa doktor pakar urologis atau andrologis untuk mengatasi masalah itu. Doktor akan membuat pemeriksaan dan memberi rawatan sewajar selepas mengenal pasti puncanya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU SEKS KETIKA HAMIL (SAKIT TUAN)

ISTERI kini hamil anak pertama kami dan usia kandungan mencecah tujuh bulan. Masalahnya isteri mahukan hubungan seks tetapi saya bimbang akan menjejaskan kandungan kerana takut terkena bayi di dalamnya.

Selain itu, saya sering menggunakan pelicin kerana keadaan kemaluan isteri yang kering. Adakah ia mendatangkan sebarang kesan sampingan kepada bayi kami?

ZIE
Negeri Sembilan

PERKARA ini sering diajukan kepada saya. Siapa tidak sayangkan isteri, lebih-lebih lagi ketika dia hamil dan suami menunggu kehadiran orang baru dalam keluarga.

Bayangkan keadaan pasangan yang sudah lama berkahwin dan isteri hamil lewat, sudah tentu kehamilan itu sungguh bernilai bagi mereka.

Ada suami sanggup menghentikan hubungan seksual kerana bimbang ia akan menjejaskan kandungan dan isteri. Konfliknya apabila si isteri pula mengidamkannya.

Isteri anda tahu kandungannya berjalan lancar. Malah, doktor yang memeriksanya juga tidak menyatakan apa-apa yang perlu isteri dan anda bimbangkan.

Jika berlaku sesuatu pada kandungan, sudah tentu isteri akan memberitahu anda dan dia tidak akan memujuk anda untuk bersetubuh.

Hubungan intim dapat meningkatkan silaturahim antara anda dan isteri, termasuk juga bayi dalam kandungan. Oleh itu, anda boleh menggunakan posisi mengikut keselesaan isteri serta tidak memberi tekanan kepada kandungan selagi doktor tidak melarang anda melakukannya.

Mengenai penggunaan pelicin pula, anda boleh menggunakannya jika perlu. Semua jenis pelicin jeli selamat digunakan.

Namun bagi sebilangan wanita, kehamilan dapat membuka pintu syahwat dan mukosa faraj mudah mengeluarkan rembesan pelicin yang akan membantu merancakkan hubungan kelamin. Jika ini berlaku, tak perlu gunakan pelicin lagi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

USIA SESUAI UNTUK BERKHATAN (SAKIT TUAN)

BERAPAKAH umur sesuai untuk kanak-kanak dikhatankan?

Masyarakat Arab mengkhatankan anak mereka ketika masih kecil berbanding di negara kita yang biasanya melakukannya ketika anak berumur 11 atau 12 tahun. Bilakah usia paling sesuai untuk tujuan itu?

INGIN TAHU
Grik, Kedah

TIADA satu had umur afdal untuk berkhatan. Yang penting, lelaki yang akan berkhatan sesuai untuk prosedur itu.

Tidak dinafikan, berkhatan jika dilakukan kepada lelaki ketika dalam peringkat bayi lebih mudah dijaga ibu berbanding peringkat kanak-kanak.

Kulit kulup yang dipotong itu kecil dan luka boleh sembuh dengan cepat. Jika ada masalah, hanya sedikit, iaitu apabila kulit dipotong itu terpotong pendek atau kulit kulup melekat pada kulit mukosa penghujung zakar.

Ketika umur muda, kemungkinan kulit penutup penghujung zakar melekat (adhesion) dan menyakitkan jika dilucutkan ketika proses berkhatan.

Jika budak itu gemuk, kemungkinan kulit terpotong pendek. Jangan bimbang. Ia jarang berlaku jika dilakukan oleh doktor berpengalaman.

Umur 10 tahun ke atas sesuai untuk dikhatankan. Oleh itu, berkhatan ketika umur anak lelaki mencecah 11 atau 12 tahun, ia boleh diterima.

Berkhatan menjadi wajib apabila pembukaan penghujung kulup zakar kecil, air kencing tak mudah keluar dan membuatkan kanak-kanak terasa sakit.

Ia dikenali sebagai phimosis apabila kulit kulup tak dapat dilurutkan untuk mendedahkan penghujung zakar.

Melalui berkhatan ia akan merawat masalah ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengisytiharkan, berkhatan baik untuk lelaki daripada segi pencegahan jangkitan penyakit kelamin, HIV dan kawalan kebersihan atau higen seksual.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GEMUK PUNCA MUDAH JEMU? (SAKIT TUAN)

SAYA dan suami jarang melakukan hubungan intim, iaitu hanya sekali seminggu dan ada kalanya tiada langsung.

Saya menyuarakan perkara ini kepada suami dan suami menyatakan dia mudah jemu. Saya kurang faham, sedangkan saya tidak pernah jemu untuk bersama kecuali ketika haid. Adakah ia disebabkan bentuk badan saya yang gemuk atau perkara lain? Tolonglah doktor, saya ingin menambah bilangan anak.

ANIS
Marang, Terengganu

DALAM hal ini, masalah puan ialah kurang mendapat kerjasama suami dalam melakukan hubungan intim. Puan juga sedar puan tidak mempunyai tubuh menarik seperti dulu dan ini mungkin antara punca masalah itu berlaku.

Mungkin ia juga disebabkan suami keletihan dan tertekan dengan kerja. Nampaknya suami memerlukan motivasi puan. Ikutlah kesesuaian supaya suami mudah dan hendak bersama tanpa puan 'memaksanya'.

Kadangkala lelaki agak pelik. Sewaktu isteri dingin, suami akan hangat dan ketika isteri subur dan mempelawa, mereka pula menolaknya. Malah ada juga suami mati pucuk ketika isteri subur dan pulih apabila isteri dalam keadaan biasa.

Suami seperti ini perlu diberi ubat perangsang dan ubat yang dapat melancarkan peredaran darah dalam zakar, terutama apabila isteri subur.

Yang penting, dalam perkahwinan perlu ada wawasan dan perancangan bersama untuk membina keluarga, termasuk bilangan anak dan keadaan ekonomi. Tanpa komunikasi baik, memang sukar meluahkan perasaan dan fikiran masing-masing.

Cuba bermuafakat dan bekerjasama untuk membina keluarga sejahtera. Insya-Allah apa jua hajat anda berdua yang baik akan dimakbulkan Tuhan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KELUAR CECAIR PUTIH DARI ALAT KELAMIN (SAKIT TUAN)

SAYA melakukan hubungan seks dengan teman wanita tanpa menggunakan kondom.

Seminggu kemudian, saya mendapati lubang zakar saya mengeluarkan cecair putih seperti nanah dan semakin hari ia semakin banyak. Selain itu, zakar terasa pedih apabila kencing dan sakit apabila ereksi ketika hendak tidur.

JACK
Puchong, Selangor

ANDA mendedahkan gaya hidup orang muda yang mengamalkan seks bebas dan terdedah kepada risiko jangkitan penyakit kelamin. Perlu difahami, walaupun menggunakan kondom, anda juga berkemungkinan terkena jangkitan jika kondom itu koyak, terlucut atau bocor.

Selain jangkitan dari faraj, anda boleh mendapat jangkitan (jika pasangan pembawa jangkitan) dari mulut dan lubang najis jika melakukan seks atau menyental zakar melaluinya.

Pada masa sama, anda boleh mendapat jangkitan penyakit kelamin yang tiada ubat seperti HIV dan Hepatitis B. Sedikit sebanyak, anda mula berasa takut apabila mendapati salur kencing sakit seperti disula besi panas. Ini ialah kesan penyakit virus Chlamydia.

Oleh itu, anda perlu segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Jika tidak, saya khuatir jangkitan itu menular ke bahagian dalaman seperti salur sperma dan buah zakar, seterusnya boleh menyebabkan anda mandul.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

UJIAN TAHAP KESUBURAN LELAKI (SAKIT TUAN)

SAYA ingin bertanya, bagaimana cara melakukan ujian tahap kesuburan seorang lelaki?

YANG BERTANYA
Pekan, Pahang

TAHAP kesuburan seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti umur, tahap kesihatan, alam sekitar, penyakit yang boleh mengancam kesuburan seperti penyakit kelamin dan pelbagai perkara lain, termasuk kecederaan dan kemalangan membabitkan anggota kelamin.

Jika anda menjalani ujian tahap kesuburan sebelum berkahwin, berkemungkinan ia boleh berubah selepas anda berkahwin. Yang penting, anda perlu mengenali ciri-ciri kesuburan. Jika anda lelaki, perkara utama ialah mempunyai aggota kelamin yang normal iaitu mempunyai sepasang buah zakar yang normal dan dapat menghasilkan sperma mencukupi, sperma aktif dan normal.

Mempunyai salur sperma dan semua organ anggota reproduktif dalaman yang normal, seperti pundi epidemis, pundi prostat, pundi seminal dan pundi Cowpers (normal), anggota kelamin yang boleh mencapai ereksi secara mantap, padat dan mampu melakukan penetrasi faraj perempuan, sekali gus dapat menyalurkan sperma dalam faraj.

Namun jika masih hendak tahu tahap kemampuan menghasilkan sperma, anda boleh menjalani ujian air mani. Cara mengeluarkan sampel air mani ialah melalui onani iaitu mengurut zakar sehingga mencapai ejakulasi air mani.

Sampel air mani hendaklah dihantar ke makmal secepat mungkin, iaitu tidak lebih dari sejam. Jika ada sperma dalam air mani, ini petanda anda tidak mandul.

Profil sperma normal ialah mempunyai isi padu air mani tidak kurang daripada dua mililiter (ml). Jika kurang, mungkin pengambilannya tidak sempurna dan perlu diulangi lagi sekali selepas seminggu. Biasanya 1ml air mani mempunyai tidak kurang daripada 20 juta sperma.

Peratusan sperma yang aktif tidak kurang daripada 40 peratus dan peratusan sperma berbentuk normal tidak kurang daripada 30 peratus. Anda perlu tahu profil sperma boleh berubah secara positif atau sebaliknya.

Oleh itu, jika sudah berkahwin serta belum dikurniakan cahaya mata, anda perlu menjalani ujian air mani untuk mengetahui profil sperma, walaupun sudah melakukannya sebelum berkahwin.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BIMBANG EJAKULASI PRAMATANG (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 19 tahun, masih belajar dan aktif bersukan. Saya jarang melakukan onani kerana tahu keburukannya.

Namun, ketika mengalami mimpi basah, saya dapati saya sering terpancut awal. Adakah mimpi itu petanda saya akan mengalami ejakulasi pramatang jika berkahwin nanti?

DIN
Kuala Lumpur

SUDAH tentu perkara yang menyeronokkan anda dalam mimpi akan membuatkan anda teruja dan mudah hilang kawalan. Lebih-lebih lagi dalam mimpi. Tidak hairan jika anda sedar daripada mimpi dan mendapati anda mencapai ejakulasi dan tak boleh mengawalnya.

Kadangkala anda tidak sedar anda mengalami mimpi basah dan hanya tahu apabila terjaga. Semua perkara itu normal dan bukan petanda masalah.

Jelas anda mempunyai sistem seksual yang berfungsi dan aktif. Teruskan aktiviti sukan dan amalkan gaya hidup sihat. Jauhi menonton atau membaca bahan berunsurkan seks walaupun anda tidak beronani.

Kerap mimpi basah atau mencapai ejakulasi ketika bercumbuan dalam mimpi bukan petanda anda akan cepat klimaks setelah berkahwin.

Anda hanya akan tahu selepas berkahwin. Itupun melalui pengalaman hubungan seksual dengan pasangan anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU KESAN KOPI, ROKOK (SAKIT TUAN)

DI pejabat ada mesin air kopi berjenama terkenal.

Apabila meminum kopi itu lalu menghisap sebatang rokok, saya merasakan dada saya berubah seperti buah dada wanita dan tiada masalah untuk ereksi. Apa perlu saya lakukan?

MARK
JB, Johor

KINI penjualan produk gaya hidup (life style) semakin banyak. Bagi yang mudah terpengaruh, mereka mendapati produk diamalkan itu memberi kesan diingini seperti kekuatan ereksi atau fizikal dan ini sebenarnya berlaku atas keyakinan kita.

Jadi, ia lebih memberi kesan pada aspek psikologi (minda) berbanding kesan sebenar. Mungkin sesuatu produk itu tidak berkesan langsung kerana kandungan herba terlalu sedikit.

Berbalik pada masalah anda yang merokok dan minum kopi jenama itu, kemudian perasan buah dada anda berubah seperti perempuan, ia seperti magis kerana boleh berlaku secara tiba-tiba. Mustahil ia boleh memberi kesan dengan cepat.

Jenama itu mengandungi kafein dan sedikit tongkat ali. Kedua-duanya mempunyai fungsi 'vasodilator' atau pelancar darah. Jika terasa buah dada anda membesar di samping berasa perasaan segar, itu mungkin kesan vasodilator.

Tambahan pula rokok yang mengandungi nikotin meningkatkan tahap 'neurotransmitter dopamine' yang merangsang minda, tidak hairan jika anda perasan apa yang anda lakukan itu membuatkan buah dada besar.

Jika anda tidak mahu perkara itu berlaku, hentikan semua amalan itu. Ia lebih sihat dan mungkin dapat membuatkan anda lebih selesa.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PUNCA KERAP GATAL PADA ZAKAR (SAKIT TUAN)

SAYA sering mengalami rasa gatal pada kemaluan walaupun kerap mencucinya.

Adakah ini mendatangkan masalah pada zakar saya dan bagaimana cara mengatasinya?

INGIN TAHU
Klang, Selangor

TERDAPAT banyak faktor yang menyebabkan kegatalan pada anggota kelamin. Zakar terdiri daripada kulit lembut, tidak bersisik dan ada lapisan pelembap semula jadi. Mencuci kemaluan dengan sabun biasa akan menyebabkan lapisan pelembap itu hilang, lalu kulit menjadi kering dan tegang. Ini membuatkannya terasa gatal. Jika digaru ia boleh menjadi radang dan rasa gatal itu akan berulang.

Kulit yang lembut dan tidak bersisik akan bertukar sebaliknya iaitu kering dan bersisik. Biasanya kulit sebegini mudah diserang kulat. Apabila ia berlaku, kegatalan pada anggota sulit semakin ketara.

Akibatnya kulit anggota kelamin semakin tebal, bersisik dan berwarna lebih gelap serta pudar. Perkara yang sama juga akan berlaku apabila bulu roma pada alat sulit dicukur. Kulit akan menjadi kesat seterusnya meradang serta terasa gatal. Oleh itu, jangan cukur bulu roma sebaliknya 'trim' saja bagi mengelakkan masalah itu berlaku.

Jika anda terkena penyakit kudis buta atau diserang kutu pubik, anggota kelamin juga akan terasa gatal. Begitu juga sekiranya ada jangkitan kulat.

Anda perlu berjumpa doktor, menjalani pemeriksaan seterusnya mengesan masalah sebenar anda. Jangan sesekali ambil mudah masalah kegatalan pada anggota kelamin.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAIZ ZAKAR BUKAN UKURAN (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 17 tahun dan mempunyai ukuran zakar 7 hingga 8 inci (ereksi), lebih besar daripada rakan sebaya serta melebihi pusat.

Masalah saya ialah ketika ereksi di khalayak ramai saya terpaksa menahan kesakitan kerana zakar tersekat pada pinggang seluar. Selain itu saya juga sukar menumpukan perhatian dan kerap beronani bersama adik dan rakan sebaya.

Teruna rimas
Kuala Lumpur

ANDA menghuraikan diri anda sebagai lelaki tulen dengan mengaitkannya dengan saiz zakar yang 'luar biasa'. Apa yang anda dapat (anggota badan) sama ada kurang atau lebih, semua itu pemberian Allah.

Anggota badan termasuklah alat kelamin adalah amanah Allah dan anda perlu menjaganya dengan baik. Anda perlu menjauhi perkara yang ditegah dalam agama seperti melakukan aktiviti onani tidak kira bersendirian atau bersama rakan, menonton video lucah, melayari atau membaca bahan bacaan lucah.

Bayangkan jika anda ketagih beronani, sudah tentu alat sulit tidak berfungsi dengan sempurna dan berkemungkinan mati pucuk ketika usia masih muda.

Jangan terlalu memikirkan saiz zakar anda kerana ia tidak menandakan anda hebat dalam hubungan kelamin. Ia bukan senjata tetapi lebih berfungsi untuk mengikat kemesraan dengan pasangan apabila berkahwin kelak.

Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda kerana itulah yang akan menentukan kedudukan anda dalam keluarga dan masyarakat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TEMAN LELAKI DADA BERLEKUK (SAKIT TUAN)

TEMAN lelaki saya ada masalah dada berlekuk. Saya pernah mencadangkan dia melakukan pembedahan, tetapi dia takut. Adakah kaedah lain yang boleh digunakan?

NUR
Alor Gajah, Melaka

ANDA nampaknya peka dengan masalah kecacatan dada yang dikenali sebagai 'Pectus Excavatum' atau dada lekuk. Ia jarang berlaku di kalangan lelaki Asia berbanding lelaki 'caucasian'. Namun ia juga sering dialami lelaki berbanding wanita.

Mungkin anda tahu kecacatan ini memberi kesan kepada pernafasan dan fungsi kardio pesakit yang kemudian memberi tekanan kepada fungsi badan secara keseluruhan.

Saya bukan pakar dalam masalah ini. Oleh itu, saya syorkan anda dan pasangan berjumpa doktor pakar dada (chest physician) bagi membuat pemeriksaan lanjut mengenainya.

Jika tahap lekukan itu ketara, kesihatan pasangan anda akan terganggu dan berkemungkinan mengalami masalah 'kardiopulmonari' serius pada umur muda.

Mungkin juga keadaan lekuk pada dadanya tidak ketara atau serius dan tidak memerlukan pembedahan pemulihan. Jangan berlengah, segera berjumpa pakar dada.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

LECET PETANDA AWAL PRAKANSER KULIT (SAKIT TUAN)

SETIAP kali bersama isteri, kulit di bawah kepala zakar saya melecet sehingga terasa sakit dan pedih. Sepanjang enam tahun berkahwin, ini kali kedua berlaku tetapi ia berlarutan dua bulan, menyebabkan saya jarang berintiman dengan isteri.

NAS
Terengganu

KULIT sarung zakar membabitkan jenis licin, lembut, tidak menggerutu atau bersisik serta ada lapisan bawah dari jenis tisu pengembang. Biasanya, selepas kulit penutup penghujung zakar dibedah (berkhatan), cantuman kulit yang tidak rapat boleh menjadi nipis akibat tisu parutan.

Tisu jenis ini bukan berdaya tahan dan mudah menggerutu serta mengelupas. Oleh itu, tidak hairan jika anda mengalami masalah kulit melecet. Akibat keradangan (disebabkan kulit melecet), tentu anda merasa sakit dan pedih, terutama jika terkena air. Anda perlu menggunakan krim pelindung kulit bagi mengatasi masalah melecet.

Ia perlu untuk melembutkan kulit bermasalah. Jika hendak melakukan hubungan seks dengan isteri, anda boleh menggunakan jeli pelembap.

Saya syorkan anda berjumpa doktor kulit jika masalah ini berlarutan. Kadangkala ia boleh membawa sakit prakanser kulit jika menjadi kronik.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MASALAH BUANG AIR BESAR (SAKIT TUAN)

SEJAK kebelakangan ini suami saya sukar buang air besar. Malah, setiap kali membuang, najisnya berwarna hijau.

Selain itu, setiap kali meneran, air mani turut keluar. Adakah masalah ini berbahaya?

Diq Nor
Pontian, Johor

SAYA dapati ramai keliru mengenai air mani dan air mazi. Sebenarnya air mani keluar melalui ejakulasi hasil kemuncak rangsangan seksual untuk lelaki dan juga ketika dalam mimpi yang digelar mimpi basah lelaki.

Wanita juga boleh menghasilkan air mani jika berlaku pancutan dari lubang kencing ketika kemuncak seksual dan juga mengalami mimpi basah.

Air mazi pula ialah cecair yang keluar dari salur kencing ketika lelaki teruja akibat rangsangan seksual. Kadangkala jika cecair itu banyak, ia akan keluar dengan sendirinya. Keadaan ini dikenali sebagai resdung zakar.

Air mazi juga boleh keluar ketika lelaki meneran sewaktu membuang air besar atau selepas selesai buang air kecil.

Ini ialah cecair yang terkeluar dari pundi 'Cowpers' ketika kemutan dilakukan. Kadangkala cecair itu berwarna putih dan kadangkala berwarna kelabu.

Biasanya cecair yang keluar itu berwarna jernih. Begitupun, ia adalah fenomena semulajadi.

Semua perubahan ini normal dan bukan petanda penyakit. Ada juga situasi cecair keluar dari salur kencing akibat keradangan salur kencing. Keradangan ini akibat jangkitan yang mungkin dialami melalui hubungan seks rambang.

Mengenai najis berwarna hijau, ia mungkin mengandungi cecair dari hempedu (boleh berlaku ketika sakit perut) atau warna itu hasil dari klorofil (pewarna hijau) sayuran.

Jika suami anda terlalu kerap sakit perut dan membuang air besar dengan najis berwarna hijau, lebih elok dia mendapat rawatan doktor.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

LEBIHAN TISU KETIKA KHATAN (SAKIT TUAN)

SAYA mengalami pangkal kemaluan yang kasar kerana terdapat lebihan tisu ketika sunat.

Difahamkan tisu ini tidak boleh dipotong kerana akan menyebabkan pendarahan. Adakah terdapat krim yang boleh menanggalkan tisu ini?

Risau
Sarawak

KULIT anggota kelamin jenis kulit yang lembut, licin, tidak bersisik dan mudah bergayut kerana bawah kulit mengandungi tisu lembut dan tisu pengembang. Jadi sukar diterima jika anda nyatakan yang kulit di pangkal atau di bawah penghujung kemaluan anda 'kasar'.

Jika bukan kulit lebihan tapi 'ketuat' (akibat jangkitan kuman ketuat HPV), maka dengan memotongnya akan mengakibatkan pendarahan yang kronik dan infeksi.

Ketuat hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan teliti oleh doktor, maka cara untuk mengurangkan kekasaran kulit itu ialah dengan menggunakan krim yang boleh membunuh kuman ketuat itu. Krim berkenaan ada pelbagai dan yang terbaik ialah 'Aldara'.

Walau bagaimanapun, sebelum anda gunakan apa-apa krim kepada tempat yang 'kasar' di bahagian kemaluan anda itu, lebih baik jumpa doktor untuk pengesahan, sama ada kulit kasar itu kulit lebihan hasil daripada berkhatan ataupun ketuat.

Jika ketuat, mustahak untuk memperbaiki keadaan kerana pasangan anda boleh terkena jangkitan melalui hubungan seks.

Kira-kira 80 ke 90 peratus daripada 'ketuat genital' yang disebabkan oleh kuman virus HPV menyebabkan kanser pangkal rahim. Jadi mustahak untuk pastikan keadaan kulit anda itu seberapa cepat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ZAKAR TERASA SENAK (SAKIT TUAN)

MASALAH saya ialah kepala kemaluan saya asyik basah dan bila diperhatikan terdapat cecair putih seakan warna susu pekat. Kepala kemaluan juga terasa senak apabila bergesel dengan boxer dan ada kalanya terasa ngilu.

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya cuba untuk tidur bogel pada malam hari tetapi tiada sebarang perubahan. Adakah ini masalah serius atau sekadar perubahan hormon?

Syam
Alor Setar, Kedah.

NAMPAKNYA anda mengalami jangkitan anggota kelamin daripada maklumat yang anda jelaskan. Anda berkemungkinan mengalami jangkitan 'kendida' atau 'yis' iaitu jangkitan kulat. Jika anda sudah berkahwin, kemungkinan anda terkena jangkitan kulat itu daripada pasangan anda.

Kebetulan, wanita mudah terkena jangkitan 'yis' kerana anggota kelamin berdekatan lubang najis dan kencing yang mana kedua-dua tempat itu tempat penginapan kulat. Jika anda belum berkahwin, jangkitan itu berlaku kerana terdedah kepada kulat itu secara kontaminasi (kekotoran).

Mustahak untuk anda menjalani pemeriksaan doktor daripada mendiamkan diri atau melakukan perkara bukan-bukan seperti tidur bogel dan lain-lain. Ini semua tidak akan membantu mengurangkan rasa senak atau sakit anggota kelamin anda. Masalah yang anda hadapi itu tiada kena mengena dengan perubahan hormon. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor secepat mungkin. Pasangan anda juga perlu diberi rawatan jika apa yang anda alami itu benar-benar jangkitan 'yis'.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

WARGA TUA MASIH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS (SAKIT TUAN)

AYAH saya yang berusia 70-an menghidap penyakit kencing manis (keturunan) dan dua buah pinggangnya sudah rosak. Soalan saya, mengapa ayah masih ingin melakukan hubungan seks dengan ibu walaupun dia sudah tua dan dianggap mati pucuk?

KELIRU
Sandakan, Sabah

Naluri seks dan nafsu syahwat adalah anugerah Tuhan kepada semua makhluk-Nya. Untuk manusia, ia fitrah yang berkekalan hingga ke akhir hayat. Hanya pendekatannya berubah mengikut umur, kesihatan dan kemampuan fizikal.

Hubungan seks bukan sekadar hubungan penetratif antara zakar dan faraj, sebaliknya ia lebih daripada itu. Jika anggota kelamin tidak mampu atau berfungsi dengan sempurna, sentuhan anggota kelamin dengan tangan dan mulut boleh dilakukan jika kedua-dua pihak setuju.

Belaian kepada tubuh badan seperti kucupan, ciuman, sentuhan, pelukan, picitan, urutan, sentalan dan gentelan dapat memberi semangat dan melegakan perasaan berahi. Ayah anda masih bernafas dan masih ada nafsu seks dan syahwat.

Dia masih memerlukan belaian dan sentuhan isterinya, iaitu ibu anda. Tidak salah jika dia masih berkehendakkan pelukan ibu anda selagi dia masih hidup. Mungkin apa yang dikehendakinya ialah sentuhan dan belaian mengikut keupayaan ibu anda.

Anda mungkin akan faham apabila anda masuk ke peringkat umur seperti ayah anda. Tiada sebab kenapa orang tua tidak boleh bermesra, hanya pendekatan mereka tidak macam orang muda.

Seks bukan sentuhan antara anggota kelamin saja. Ia sentuhan emosi, spiritual dan belaian mesra antara pasangan yang masih memerlukannya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN KEKUNINGAN DAN BERBAU BUSUK PADA BAHAGIAN DUBUR (SAKIT TUAN)

SAYA sering menemui kesan kekuningan dan berbau busuk pada bahagian dubur seluar dalam suami. Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi suami saya?

ISTERI RISAU
Kuala Lumpur

KEMUNGKINAN masalah dialami suami anda ialah 'kentut basah' atau 'wet flatulency'. Perkara ini menggambarkan bahagian dalam seluar dalam yang kelihatan kekuningan dan berbau, akibat hasil angin dan najis yang terkeluar ketika individu melepaskan angin.

Jika suami anda tidak sedar perkara itu berlaku, dia akan terus bekerja dengan pakaian itu dan kembali ke rumah tanpa melihat pakaian dalamnya seperti yang berlaku dalam situasi suami anda.

Buat permulaan, suami anda boleh pakai 'adult diapers', iaitu lampin guna hapus untuk orang tua, jika perkara itu ketara dan kerap berlaku. Dia perlu jumpa pakar gastro untuk diperiksa.

Sebahagian besar masalah gastro boleh menyebabkan 'kentut basah' seperti IBS (irritable bowl syndrome), gastrik dan dispepsia atau angin dalam usus.

Jika suami gemar makan kobis, brokoli dan kekacang yang mudah menghasilkan angin dalam perut, dia mudah melepaskan angin.

Jika usus badannya ada bakteria yang menghasilkan gas makanan, ia akan menjadi lebih ketara. Pastikan dia jumpa doktor segera.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ZAKAR SAKIT BILA TEGANG DAN KELUAR NANAH (SAKIT TUAN)

KEMALUAN saya sakit apabila tegang dan keluar cecair (macam nanah) hampir seminggu. Apakah masalah yang saya hadapi?

AMIR
Ampang, Selangor

ANGGOTA kelamin lelaki mempunyai dua fungsi, iaitu menyalurkan air kencing dari pundi kencing dan air mani iaitu campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal dan salur sperma ketika ejakulasi.

Salur kencing atau salur urethra boleh radang jika wujud kandungan kuman dalam pundi kencing.

Sama juga jika pundi prostat mengandungi jangkitan dan ia menular ke keseluruhan salur kencing. Kedua-dua situasi ini jarang berlaku kerana jangkitan itu tiada kaitan dengan hubungan kelamin.

Jika salur kencing radang, zakar sakit ketika ereksi dan wujud cecair kekuningan keluar dari salur kencing, semua petanda ini menggambarkan jangkitan yang berlaku kepada salur kencing akibat hubungan seksual, sama ada hubungan seks penetratif, seks anal, liwat atau seks oral.

Jika jangkitan itu kuman virus chalymidia, tanda pengeluaran cecair dari salur kencing selepas beberapa hari atau minggu.

Saya syorkan anda supaya jangan mendiamkan diri atau mencuba ubatan alternatif tanpa pemeriksaan doktor. Jika sudah berkahwin dan melakukan seks dengan pasangan, pasangan anda juga perlu menjalani pemeriksaan doktor.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAIZ ZAKAR UNTUK KEPUASAN SEKS (SAKIT TUAN)

BERAPAKAH saiz zakar yang sewajarnya bagi seseorang lelaki sejati untuk memuaskan isteri apabila sudah berkahwin kelak?

INGIN TAHU
Serdang, Selangor

ANDA perlu tahu bahawa saiz dan bentuk zakar ditentukan mengikut keturunan, bangsa dan baka. Zakar ialah anggota kelamin untuk melakukan hubungan seks penetratif.

Bentuk dan saiznya berubah mengikut tahap rangsangan seksual dan paling mustahak, ia cukup tegang untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jika gagal, keadaan ini dikenali sebagai disfungsi erektil atau mati pucuk. Mengikut kajian mengenai panjang dan ukur lilit ketika zakar ereksi, purata saiz panjang antara 12 sentimeter (sm) dan 16sm manakala ukur lilit antara 8sm dan 11sm.

Tidak dinafikan sebilangan kecil lelaki memiliki saiz zakar besar secara luar biasa seperti 18sm dan ukur lilit 14sm.

Kesudahannya saiz dan bentuk zakar tidak mempengaruhi kualiti hubungan seksual antara pasangan, asalkan mereka berdua puas dengan apa yang mereka lakukan. Malah, hubungan intim seksual boleh dilakukan walaupun tiada penetrasi zakar faraj.

Bagaimanapun, sebilangan lelaki sememangnya tidak cukup puas dengan saiz dan bentuk zakar mereka serta mungkin mengalami masalah 'body dismorphism' yang tidak senang dengan keadaan tubuh badan tertentu, seperti saiz dan bentuk zakar.

Untuk mereka, lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan perbincangan daripada berjumpa pak karut atau mencuba apa-apa dalam laman tertentu yang boleh memudaratkan kesihatan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MACAM ADA BENDA TERSEKAT PADA ALAT KELAMIN (SAKIT TUAN)

SAYA remaja Melayu berusia 15 tahun. Panjang zakar ketika menegang antara lima hingga enam inci dan ia mempunyai fizikal baik. Begitupun, sejak akhir-akhir ini zakar sering terasa sakit keterlaluan seperti ada sesuatu tersekat di dalamnya. Namun, saya tidak rasa sakit sewaktu membuang air kecil.

Apakah penyakit saya? Mampukah masalah ini menyebabkan saya mandul? Saya akan menjalani rawatan ultrasound pada akhir bulan berikutan masalah kencing kerap dan keluar lelehan selepas kencing.

Lelaki Runsing
Kelantan

NAMPAKNYA anda mempunyai kesihatan sempurna, termasuk perubahan dan tumbesaran anggota kelamin.

Anda kini dalam peringkat awal remaja dan hormon testosterone bergelora. Dalam keadaan begitu, anda mudah mengalami ereksi spontan.

Jika kebetulan mencapai ereksi padat ketika tidur dan kebetulan anda renyah ketika tidur, ada kemungkinan zakar tercedera apabila ereksi tertindih atau bengkok ketika tidur.

Apabila sedar, anda terasa sakit di pangkal atau pertengahan zakar secara langsung atau ketika ereksi. Jika kecederaan itu ketara dan ada parut dalam zakar, lama kelamaan ia boleh bengkok atau melengkung.

Ini hanya berlaku jika berlaku kecederaan ketara. Untuk meredakan sakit pada zakar, anda boleh tuamkannya menggunakan pek ais.

Ini sedikit sebanyak dapat melegakan keradangan dan bengkak akibat 'kecederaan' atau 'trauma' zakar. Bagaimanapun, situasi ini tidak menyebabkan anda mandul kerana yang tercedera ialah zakar, bukan buah zakar.

Mengenai cecair jernih yang keluar dari salur kencing selepas membuang air kecil, itu ialah air mazi dan ia keluar ketika anda mencengkam atau mengemut selepas selesai membuang air kecil.

Mencengkam otot lubang najis atau mengemut berkali-kali boleh membuatkan pundi Cowpers terangsang dan mengeluarkan cecair jernih seperti yang anda alami. Namun, ia adalah normal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme