Label

DERITA TERPEDAYA (SAKIT TUAN)

KEBELAKANGAN ini kita sering membaca laporan akhbar dan dakwaan individu yang tampil sebagai 'pakar kesihatan lelaki'.

Mereka yang tidak bertauliah ini mendakwa menghasilkan pelbagai pendekatan dan teknik yang tidak pernah diuji, kononnya dapat membantu lelaki tanpa menjalani pemeriksaan betul.

Peliknya pula, ramai lelaki sangat mempercayainya dan mendapatkan 'rawatan' daripada 'pakar' terbabit akhirnya terpaksa menanggung derita akibat amalan dan penggunaan produk tanpa preskripsi serta tidak tentu keberkesanannya.

'Doktor' karut ini juga mempunyai laman web yang mempamerkan barangan mereka dengan memasukkan maklumat dan nota yang diceduk daripada laman web profesional untuk menipu pelanggan.

Jadi tidak hairan jika produk yang bukan-bukan seperti minyak lintah, krim lintah, pam vakum dan segala cincin penambat zakar pelbagai bentuk dan nama diketengahkan sebagai produk profesional.

Malangnya, semua produk ini tidak pernah dikaji atau diuji secara klinikal sebelum dijual. Ada juga sebilangan pengeluar produk tanpa ujian ini mengiklankan produk mereka di televisyen (TV).

Saya beri penjelasan yang panjang lebar ini kerana seorang pembaca mengadu ada masalah mempunyai tiga biji buah zakar iaitu dua bercantum sebelah kanan dan sebiji sebelah kiri dengan semuanya sama saiz.

Dia juga mengalami masalah zakar tertarik ke dalam dan cuba menggunakan sensa pump, tetapi gagal. Saya percaya dia kena tipu kerana membeli pam untuk menyelesaikan masalahnya.

Apa tujuan dia membeli pam juga tidak jelas. Pam vakum hanya untuk lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil atau mati pucuk, bukan untuk membesarkan zakar atau untuk senaman zakar.

Kegunaan pam vakum satu ketika dulu ialah untuk lelaki yang mengalami mati pucuk, tetapi kini ada banyak pilihan lain yang lebih sesuai seperti ubat PDE5-Inhibitor antaranya Viagra, Cialis dan Levitra.

Pam vakum hanya digunakan apabila tiada pilihan lain. Jadi waktu hendak bersama, baru pam vakum digunakan untuk menyedut darah ke dalam liang otot zakar dan apabila ereksi berlaku, getah penambat dilepaskan ke pangkal zakar supaya ereksi kekal dan lelaki itu boleh melakukan seks penetratif dengan pasangan.

Penambatan zakar tidak boleh melebihi setengah jam, jika lebih, zakar jadi sejuk dan lebam. Malah jika tekanan pam dilakukan secara kuat, kulit zakar boleh gelembung.

Lelaki yang kerap menggunakan pam vakum untuk 'senaman' akan dapati kulit zakar gelebeh dan berwarna gelap dan zakar akan kelihatan kendur.

Sebenarnya pam vakum ini banyak disalahgunakan, terutama untuk tujuan membesarkan anggota kulit. Malangnya, alat ini tidak membesarkan anggota sulit lelaki dan ia perbuatan sia-sia yang boleh merosakkan zakar.

Banyak lelaki sedar yang mereka hanya ada sepasang buah zakar dalam kerandut. Ada juga sebilangan kecil lelaki yang hanya mempunyai satu buah zakar dalam kerandut dan paling jarang sekali, tiada buah zakar.

Buah zakar mereka sebenarnya tersangkut dalam perut pada peringkat kanak-kanak lagi. Sepatutnya buah zakar itu diturunkan ke dalam kerandut buah zakar dari peringkat kanak-kanak lagi.

Namun dalam kes pembaca, dia ada 'tiga' buah zakar. Sebenarnya jika anda rasa buah zakar anda melalui pemeriksaan kendiri buah zakar, anda akan dapati pundi epididimis di sebelah buah zakar. Ia lembut dan ada terasa macam ketulan di bahagian bawah.

Ini normal, jarang kali ada cista di pundi epididimis. Cista atau ketumbuhan salur dalam pundi epididimis ini boleh membesar sehingga ia boleh terasa macam 'buah zakar'.

Cista ini boleh berlaku akibat keradangan salur dalam pundi epididimis dan kekal untuk seketika. Jarang kali ia ketumbuhan barah.

Jadi untuk semua lelaki, mustahak untuk melakukan pemeriksaan kendiri buah zakar dari semasa ke semasa untuk mengesan perubahan yang boleh berlaku pada buah zakar.

Jika was-was, mustahak untuk merujuk kepada doktor dan bukan tukang urut. Salah urut, anda boleh jadi mandul. Jika barah, lagi serius!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KENCING KOTOR (SAKIT TUAN)

WUJUD satu kaedah merancang keluarga dinamakan al-Azaal yang bertujuan menjarakkan kehamilan iaitu dengan memancutkan air mani di luar faraj isteri.

Lelaki yang mengamalkan kaedah ini perlu mempunyai daya kawalan ejakulasi kukuh. Jika tidak, air mani boleh tercicir ketika melucut keluar kemaluan daripada faraj.

Daripada kajian yang pernah dilakukan di Pakistan mengenai amalan al-Azaal, didapati kadar lelaki Pakistan yang menghidap peyakit kencing kotor meningkat berbanding mereka yang tidak mengamalkan kaedah merancang secara semula jadi ini.

Ini berlaku ketika lelaki yang mengamalkan kaedah merancang ini menahan pengeluaran air mani ketika hampir klimaks dan air mani termasuk ke dalam pundi kencing.

Jika ada kuman dalam salur kencing, ia juga termasuk ke dalam pundi kencing dan membiak sehingga pundi kencing mengalami keradangan dan lelaki itu mengalami masalah kencing kotor.

Sedikit perbezaan jika air mani dikeluarkan dengan tangan. Dalam cara ini kemuncak belum tiba dan zakar dilucut keluar dan langsung dirangsang untuk mencapai klimaks.

Tidak mengapa jika pasangan perempuan sudah puas. Jika sebaliknya iaitu pasangan perempuan belum sampai kemuncak dan zakar dilucut keluar untuk dirangsang sehingga klimaks, ini menimbulkan ketidakpuasan pada pasangan perempuan.

Oleh itu, kena tunggu sampai klimaks dan baru lucutkan zakar. Ikut mana yang sesuai pada pasangan itu sama ada hendak melakukan sedemikian atau cara lain. Yang mustahak, pasangan itu bermuafakat dan selesa dengan kaedah diamalkan.

Hubungan seksual perlukan tenaga dan keselesaan. Kedua-dua ini ada kaitan dengan jalinan hubungan yang baik dan amalan gaya hidup sihat.

Pastikan mengambil makanan seimbang dengan vitamin dan zat galian mencukupi (biasanya boleh didapati dalam makanan tambahan di farmasi), lakukan senaman secara berkala, elak merokok dan minuman keras serta tekanan.

Hubungan mesra mengeratkan lagi keharmonian rumah tangga dan memantapkan hubungan silaturahim antara pasangan. Kedua-dua itu satu formula pemantapan hubungan seksual yang lebih intim dan membina.

Amalan mengeluarkan ereksi dan melakukan onani sehingga klimaks tidak menyebabkan masalah mati pucuk. Yang penting ialah jika anda merancang mendapatkan anak, anda perlu salurkan air mani ke dalam faraj.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PERBEZAAN AIR MANI DAN AIR MAZI (SAKIT TUAN)

SAYA banyak menerima soalan mengenai kekeliruan dan perbezaan mengenai air mani dan air mazi serta ramai yang bertanyakan sama ada terdapat sperma pada air mazi.

Biar saya jelaskan di sini supaya tidak timbul lagi kekeliruan hingga boleh mengganggu hubungan seks seseorang itu hanya kerana terkeliru atau kurang mendapat maklumat mengenainya.

Air mazi sebenarnya adalah cecair yang meleleh keluar dari salur kencing ketika lelaki dalam keadaan teruja seks. Ketika itu pundi dalam salur kencing dan pundi cowpers terangsang dan mengeluarkan cecair jernih yang berlikat.

Cecair ini mengurangkan asid pada ruang salur kencing, membersihkan bekas kencing dalam salur kencing dan membantu perjalanan air mani apabila ejakulasi berlaku. Air mazi mengandungi cecair seakan air mani kecuali ia tidak mengandungi sperma (jika ada sperma sekalipun, hanya bekas daripada ejakulasi terdahulu!) dan tidak mengandungi cecair dari pundi prostat dan cecair dari pundi seminal serta pundi epididimis.

Pengeluaran air mazi berubah dari masa ke semasa mengikut umur lelaki itu. Pengeluarannya lebih waktu muda dan kurang waktu lanjut usia. Terdapat sebilangan lelaki yang menghasilkan banyak air mazi sehingga pakaian dalam basah.

Keadaan seperti itu boleh dikatakan mengalami 'resdung zakar' dan ini boleh mengganggu hubungan keintiman seksual dengan pasangan jika pengeluaran cecair itu membuatkan pasangan rasa kurang selesa!

Air mazi mengandungi sperma jika lelaki itu baru mengeluarkan air mani (melalui onani atau bersetubuh). Jika lama tidak bersetubuh, kemungkinan besar tiada sperma.

Bagaimanapun, ia mengandungi kuman dan virus jika pernah dijangkiti HIV atau kuman Gonorrhea (atau virus Chalymidia), jadi jika seseorang itu melakukan seks rambang dengan mana-mana lelaki berisiko tinggi kepada semua wanita walaupun lelaki itu tidak ereksi ke dalam vagina!

Air mazi najis dan membatalkan air sembahyang. Pakaian perlu ditukar dan anggota kelamin perlu dibersihkan untuk kesucian badan sebelum melakukan solat.

Air mani pula ialah cairan dalam bentuk ejakulasi atau lelehan daripada kemuncak syahwat selepas mengalami klimaks dan ia mengandungi cecair dari pundi prostat, seminal, cowpers, epididimis dan sperma (jika lelaki itu tidak mandul!). Air mani bukan najis dan pakaian yang terkena padanya (selepas kering) boleh digunakan untuk melakukan solat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PERIKSA BUAH KERANDUT ATAU "TESTIS" (SAKIT TUAN)

LELAKI mempunyai sepasang buah kerandut atau 'testis' yang mula aktif dan membesar selepas lelaki itu mencapai akil baligh.

Bentuk dan saiz buah kerandut menggambarkan keaktifan kilang dan sebagai bandingan, saiz buah kerandut lelaki matang tidak kurang daripada tiga per empat saiz ibu jari kakinya.

Jika digunakan pengukurnya (Prader's Orkidometer) saiz buah kerandut yang normal untuk lelaki Asia ialah antara 12 mililiter (ml) hingga 25 ml.

Ukuran 10 ml boleh dikatakan yang terendah normal dan kurang daripada itu akan menjadi tidak normal. Buah kerandut kecil kurang menghasilkan sperma. Jika sangat kecil, kemungkinan buah kerandut tidak dapat menghasilkan sperma. Buah kerandut sebegitu dinamakan 'atrophic testis'.

Saiz buah kerandut boleh berubah dari semasa ke semasa dan lelaki berkahwin akan mendapati kilang sperma aktif dan buah kerandut akan kelihatan besar jika hubungan kelamin kerap dilakukan. Jika kurang melakukan hubungan seks, lama-kelamaan buah kerandutnya kelihatan kecil dan mengecut.

Perubahan suhu buah kerandut juga boleh mempengaruhi saiznya dan jika terdedah kepada kepanasan untuk jangka masa lama, kilang buah kerandut menjadi kurang aktif dan mengecut.

Jadi pakaian dalam ketat, yang menolak buah kerandut berdekatan badan, dan lebih-lebih lagi jika lelaki itu gemuk dengan banyak lemak di tundun dengan kedua-dua buah kerandut berkedudukan mengelilingi lemak, lama-kelamaan buah zakar boleh mengecut.

Kecederaan atau trauma kepada buah kerandut dan lebih-lebih lagi kecederaan kepada pembuluh darah yang berlaku secara tidak sengaja (seperti tertendang) atau sengaja seperti mengurut juga boleh membuatkan kilang dalaman tercedera dan buah kerandut mengecil beberapa bulan kemudian.

Sama juga dengan infeksi atau radang buah kerandut disebabkan jangkitan seperti penyakit beguk atau 'mumps' boleh membuatkan ia mengecil selepas beberapa tahun.

Jika pembuluh darah kepada buah kerandut tersekat atau jalanan darah terganggu, kedua-dua buah kerandut itu juga boleh mengecut dan mengecil.

Cara tepat untuk mengesan perubahan kepada buah kerandut ialah menerusi pemeriksaan kendiri atau 'self testicular examination' sebulan sekali. Cara pemeriksaan ialah seperti berikut:

Lihat kedudukan buah kerandut depan cermin. Tujuh puluh peratus lelaki mempunyai buah kerandut kiri sedikit ke bawah daripada kanan dan ia perkara biasa. Kemudian guna tangan kiri untuk mengampu kerandut sambil tangan kanan menelitinya dari depan ke belakang dan dari atas ke bawah, meneliti pundi epididimis dan pembuluh darah. Lakukan perkara sama untuk memeriksa buah kerandut kiri dan kali ini tangan kanan mengampu kerandut. Jika terasa sesuatu yang memusykilkan, jumpa doktor.

Jika sudah bertemu doktor dan tidak puas hati dengan hasil pemeriksaan, jumpa pakar untuk pendapat kedua. Untuk kepastian, pemeriksaan imbasan boleh dilakukan dan diagnosis tepat dapat diberi.

Perasaan kebas pada anggota kelamin anda ada kaitan dengan tekanan urat saraf dan perjalanan darah di bahagian 'perineum' atau kelangkang akibat menunggang motosikal. Anda boleh gunakan kusyen lebih lembut dan ubah posisi menunggang supaya bahagian kelangkang tidak tertekan lama. Jika terus mengalami tekanan itu, kemungkinan anda mengalami ED atau disfungsi erektil.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SUAMI SELALU LETIH (SAKIT TUAN)

SAYA ada menerima rintihan daripada seorang isteri yang mendedahkan perasaannya terhadap hubungan intim dengan suaminya, ingin saya nyatakan di sini bahawa masalah sebegitu kini banyak dialami oleh kebanyakan wanita yang sudah berkahwin.

Berdasarkan kepada rintihan wanita itu, dia nyatakan bahawa sudah berkahwin selama lima tahun dan mempunyai dua orang anak dan suaminya bekerja tidak tentu masa dan banyak menghabiskan masa di tempat kerja. Dakwanya rutin harian suaminya hanya tertumpu pada kerja dan apabila berada di rumah hanya lebih suka tidur serta tidak pernah beriadah atau bersenam.

Yang menjadi kebimbangannya adalah suami dia mempunyai tahap klimaks yang sangat cepat dan kurang bersemangat untuk 'bersama'. Alasan yang sering diberi adalah penat dan apabila bersama, akan cepat ejakulasi walaupun cuma beberapa minit menjalinkan hubungan. Keadaan itu menyebabkannya kebingungan dan tidak puas hati dan ia jelas menunjukkan prestasi si suami tidak dapat memenuhi dan memberi kepuasan kepada si isteri. Situasi sedemikian seharusnya tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan penyelesaian segera.

Seperti juga yang saya katakan, masalah sebegini dihadapi ramai lagi isteri dan pelbagai cara dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian, sebilangan mereka cuba berbincang dengan suami dan sebilangan suami mereka hanya mendiamkan diri saja dan ada juga suami yang cakap akan berubah tetapi tidak berbuat apa-apa.

Daripada rintihan isteri yang saya pernah dengar ialah sebilangan suami mereka menjauhkan diri apabila ditegur isteri mengenai kelemahan mereka, si suami bagai tertekan untuk melakukan hubungan intim kerana takut perkara yang sama berulang. Lebih-lebih lagi suami yang cepat klimaks. Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah seperti didedahkan itu, mudah sangat untuk memberi alasan keletihan. Mereka enggan mengakui kesalahan mereka dan sepatutnya menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui tahap kesihatan mereka.

Jika mereka amalkan gaya hidup tidak sihat seperti tidak mengawal makanan atau tidak makan makanan seimbang, tidak menjaga berat badan, tidak melakukan senaman secara berkala, merokok dan minum minuman keras dan tidak mengurus tekanan, sudah tentu keadaan ini melemahkan tenaga batin dan syahwat mereka.

Lebih-lebih lagi jika mereka mengalami masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dalam darah, tekanan darah, perubahan awal menghidap kencing manis atau penyakit koronari, sudah tentu masalah lemah tadi akan menjadi lebih ketara selagi masalah kesihatan itu tidak ditangani.

Perkara yang saya amat khuatir untuk suami yang sebegini ialah dalam keadaan terdesak mereka mencuba ubat kuat yang dijual secara langsung atau menjalani rawatan karut seperti urut dan makan jamu dan majun yang mungkin mengandungi ubat larangan atau menggunakan pam vakum tanpa rujukan doktor, apa yang terjadi bukan pemulihan, malah kesengsaraan yang menjejaskan kesihatan mereka.

Saya tidak tahu apa yang boleh disyorkan kepada pengadu, sebenarnya yang mengalami masalah ialah si suami dan dia tidak terfikir langsung yang masalahnya itu perlu rujukan doktor.

Dia juga perlu sedar yang perkara itu tidak akan hilang dengan mendiamkan diri saja. Dia perlu sedar yang dia ada tanggungjawab kepada anda dan anak dan apa yang dia buat itu hanya mensia-siakan dirinya dan keluarganya.

Saya harap semua lelaki yang membaca huraian ini terbuka hati untuk berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan menjalani rawatan moden dan yang selamat jika mereka mengalami masalah yang sama. Jangan cuba rawatan secara sendirian atau melalui iklan mengarut.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

CARA RANCANG KELUARGA LELAKI (SAKIT TUAN)

AGAMA Islam memang menggalakkan penganutnya berkeluarga dan diharamkan bagi mereka yang sengaja tidak mahu berkahwin.

Pada masa sama, Islam mengambil berat aspek kesihatan wanita dan keluarga kerana jika tahap kesihatan seseorang wanita bermasalah, pasti kesihatan keluarga secara keseluruhan akan terjejas.

Di sinilah pentingnya amalan perancangan keluarga. Namun, perlu diingatkan yang lelaki juga memainkan fungsi penting dalam perkara ini. Ini kerana tanpa izin suami, isteri tidak boleh mengamalkan perancangan keluarga.

Bagaimanapun, perlu diingatkan juga kaedah perancangan keluarga bukan terhad kepada wanita, tetapi turut membabitkan pihak lelaki kerana ia memerlukan persetujuan bersama.

Kaedah yang boleh diamalkan lelaki ialah 'Al-Azal', di mana lelaki melucutkan alat kelaminnya sebelum ejakulasi ketika bersama, manakala kaedah lain ialah menggunakan kondom.

Selain itu, kaedah 'kasi' atau pembuangan buah zakar boleh dilakukan. Bagaimanapun, ia bukan kaedah merancang keluarga, tetapi lebih kepada penyeksaan kepada lelaki apabila bukan saja kilang benih dibuang, tetapi juga kilang menghasilkan hormon kelelakian yang penting untuk kehidupan sebagai lelaki.

Kaedah seterusnya ialah mengikat salur sperma atau 'vasectomi' atau 'sterilisasi lelaki'. Ia membabitkan prosedur mengikat kedua-dua salur sperma, sekali gus tiada sperma dalam air mani ketika ejakulasi.

Walaupun kaedah itu bunyinya menakutkan, kaedah berkenaan mudah dan tidak dibebankan dengan peralatan yang banyak. Lebih penting ialah apabila tidak diperlukan, kaedah sedemikian boleh dipulihkan dengan menyambung salur yang diikat.

Selain kaedah merancang keluarga dinyatakan tadi, tiada kaedah moden lain yang lelaki boleh amalkan.

Kajian mengenai kaedah moden seperti 'pil perancang lelaki' untuk mencegah persenyawaan sperma dengan telur seperti menghalang pemprosesan sperma pada waktu tertentu atau membantutkan penghasilan sperma tidak berjaya menghasilkan penemuan diharapkan.

Kebanyakan kajian mengenai ekstrak biji kapas dan beberapa biji palmaria yang didapati mengandungi kimia yang mengganggu pemerosesan sperma seperti 'kontrsperm' dan 'gossipol' didapati tidak berkesan secara purata dalam menghalang pembiakan sperma.

Malah. 'gossipol' dalam tahap tinggi boleh mengakibatkan tekanan kepada fungsi jantung dan menjadi punca kematian. Pil untuk lelaki berbentuk suntikan hormon diperkenalkan baru-baru ini sebagai kaedah dalam kajian.

Hormon dimaksudkan ialah hormon 'progesterone' dan 'testosterone' kerana didapati hormon berkenaan dapat menghalang pembiakan sperma dalam masa terdekat, antara empat hingga lapan minggu.

Bagaimanapun, kajian yang diselenggarakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai kaedah hormon masih peringkat permulaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

UJIAN TENTU KESUBURAN (SAKIT TUAN)

PASANGAN yang berkahwin tentu mahukan zuriat tetapi ramai juga yang terus hampa walaupun cuba bermacam cara. Malah, keadaan tentu lebih menyukarkan kepada pasangan yang lewat mendirikan rumah tangga.

Mengikut kajian, kemungkinan hamil untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, terutama yang ingin cepat dapat anak, ialah 15 hingga 20 peratus.

Ini membabitkan kekerapan hubungan seksual atara tiga hingga empat kali seminggu atau lebih dan dilakukan pada waktu wanita itu subur.

Peratusan ini menurun kepada 10 hingga 12 peratus selepas enam bulan perkahwinan dan menurun lagi jika pasangan itu masih gagal mencapai kehamilan.

Dalam masa setahun atau enam bulan untuk pasangan yang kahwin lewat, jika tiada tanda hamil, mustahak untuk berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.

Mendapat nasihat profesional daripada mereka yang tidak bertauliah adalah amalan berbahaya. Jika terpengaruh dengan cerita dongeng, ia boleh menimbulkan perbalahan dalam rumah tangga.

Bagi pasangan berumur, hanya menerusi pemeriksaan doktor, baru boleh tahu sama ada air mani pasangan lelaki mengandungi sperma mencukupi, berbentuk normal dan aktif atau sebaliknya.

Lelaki berusia mengalami perubahan kepada fungsi ereksi serta ejakulasi dan perubahan ini semula jadi. Lelaki berusia mengambil masa untuk mencapai ereksi dan kekuatan ereksinya tidak sama seperti ereksi ketika muda, walaupun ia mencukupi untuk masuk ke dalam alat sulit wanita.

Pancutan air mani lelaki berumur kurang berbanding tekanan ejakulasi lelaki muda. Air mani lelaki berumur lebih cair dan kekuningan. Ini bukan masalah, tetapi hanya perubahan fizikal air mani. Daripada warna air mani, tidak akan tahu kesuburan air mani itu.

Ramai lelaki tidak tahu masalah kesuburan lelaki berkaitan dengan sperma mengambil masa lama untuk pulih kerana ubat diberi untuk pemulihan benih hanya dapat diketahui keberkesanannya selepas tiga bulan.

Kadangkala rawatan itu memerlukan dua hingga empat putaran dan boleh mengambil masa hingga setahun. Jadi. lagi cepat diperiksa doktor, lebih cepat masalah sebenar dapat dikesan dan rawatan sewajar diberi.

Jika lambat, masalah lain pula timbul seperti mati pucuk atau masalah andropause, selain kemungkinan penyakit kronik pula seperti tekanan darah tinggi dan diabetis yang memberi kesan buruk kepada fungsi syahwat dan kesuburan lelaki.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GRED SAIZ ZAKAR (SAKIT TUAN)

TIDAK dinafikan, segelintir lelaki atau suami menghadapi masalah mengekalkan ketegangan alat sulit ketika menjalin hubungan kelamin bersama pasangan mereka.

Ketegangan alat sulit individu ditentukan mengikut gred tertentu. Biasanya, lelaki dalam keadaan ghairah seksual akan mencapai ereksi zakar.

Zakar mengembang dan membesar akibat kemasukan banyak darah ke dalam liang otot pengembang zakar dan membuatkannya keras serta padat.

Pada masa sama, ruang kavernosa otot erektil dalam liang otot zakar memudahkan banyak darah masuk untuk membuatkan zakar tegang dan padat.

Ini dikenali sebagai tahap ketegangan Gred 4, yang mana penetrasi boleh dilakukan walaupun wanita itu belum bersedia.

Ereksi Gred 3 hanya mampu melakukan penetrasi jika wanita itu bersedia, iaitu jika faraj cukup pelembap dan pelicin dan wanita itu melegakan pembukaan faraj. Jika tidak berbuat begitu, zakar tidak dapat masuk dengan penuh dan hanya tersempal di pembukaan faraj.

Untuk Gred 2 dan 1, zakar nampak besar tapi jika dipegang, pejalnya seperti zakar yang kena suntikan minyak bunga yang pernah saya jelaskan beberapa minggu lalu - nampak besar tapi tidak berguna. Jadi, ereksi Gred 2 ke bawah menyebabkan individu terbabit sukar melakukan tusukan.

Ada situasi di mana ereksi menjadi kurang padat akibat keciciran darah yang bertakung dalam ruang kavernosa otot erektil. Situasi ini dikenali sebagai 'venous leak' dan cara mengatasinya ialah menggunakan alat 'cincin penambat zakar' yang sesuai.

Cincin ini mudah ditemui di pasaran dengan pelbagai nama. Perkara yang mustahak, jika mahu mencuba cincin berkenaan, pastikan ia selamat dan diperbuat daripada bahan yang tidak memberi kesan negatif kepada zakar atau anggota kelamin pasangan perempuan.

Cincin diperbuat daripada getah mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan kepada kulit zakar dan faraj. Jika suami boleh mencapai ereksi tetapi gagal dalam keadaan mengekalkannya untuk tujuan tusukan, mungkin cincin itu dapat membantu.

Jika memang tak dapat ereksi mencukupi, dia perlu jumpa doktor untuk rawatan ED. Untuk permulaan, dia boleh jumpa doktor keluarga dan jika tiada perubahan, dia boleh jumpa pakar.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TAMBAH ANAK (SAKIT TUAN)

SEBAHAGIAN pasangan suami isteri hanya memiliki seorang cahaya mata. Ada yang inginkan anak kedua dan seterusnya, namun rezeki tidak berpihak kepada mereka.

Bagaimanapun, masalah itu boleh diselesaikan. Jika mempunyai masalah ini, saranan saya jangan hanya menunggu. Sebaliknya, buat pemeriksaan dengan doktor keluarga atau pakar kesuburan.

Biasanya, pasangan tidak sedar mereka mengalami masalah kesuburan sekunder atau 'secondary infertility'. Maksudnya ialah kegagalan menambah bilangan cahaya mata setelah mencuba dalam setahun.

Jika anda berjumpa pakar kesuburan, suami akan menjalani ujian air mani di makmal dan isteri menjalani ujian hormon fertiliti untuk mengesan kemampuan menghasilkan telur.

Jika tiada masalah pengeluaran telur, doktor akan meninjau salur reproduktifnya melalui ujian X-ray dikenali sebagai HSG. Ia bertujuan mengenal pasti jika rahim dalam keadaan sihat dan salur telurnya tidak tersumbat.

Jika ujian X-ray gagal, mungkin doktor lakukan pembedahan kecil (laparoskopi) dengan memasukkan alat teropong kecil melalui pusat untuk meneliti 'organ pelvis', iaitu rahim dan salur telur.

Bagi si suami, jika ujian air mani normal, doktor akan mencadangkan kaedah bantuan konsepsi seperti hubungan kelamin berjadual selepas memberi ubat untuk menghasilkan beberapa telur. Jika cara itu tidak berjaya, doktor akan mencadangkan kaedah IUI atau penyemaian benih dalam rahim.

Cara lain pula ialah seperti bayi tabung uji. Begitupun, kaedah rawatan kesuburan sekarang adalah canggih dan kosnya juga tidak mahal seperti dulu kerana banyak pusat kesuburan memberi khidmat itu.

Pasangan yang ada masalah seperti ini harus meninjau mana-mana pusat kesuburan melalui Internet dan dapatkan bimbingan daripada pusat berkenaan.

Berbalik kepada masalah kesuburan sekunder, setiap pasangan perlu tahu bahawa tahap kesuburan lelaki dan wanita menurun apabila umur meningkat. Jika anda dan pasangan melengah-lengahkan pemeriksaan dan rawatan, kemungkinan besar anda tidak akan mendapat cahaya mata.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIADA 'SELERA' (SAKIT TUAN)

MENYERIKAN kebahagiaan rumah tangga adalah satu cabaran yang amat besar, lebih-lebih lagi jika pasangan suami isteri itu sudah berkahwin lebih 20 tahun.

Dalam keadaan ini, bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya pasangan terbabit sudah hilang rangsangan mengadakan hubungan kelamin, dalam bahasa mudahnya, hubungan mereka sudah mula dingin.

Boleh saja berlaku, sama ada si suami hilang 'selera' atau si isteri dalam keadaan sebaliknya. Apa yang penting, bagi menangani masalah ini salah seorang dari pasangan terbabit perlu mengambil inisiatif untuk memulihkan hubungan mereka.

Tidak dinafikan, menghangatkan keadaan untuk berintiman dengan pasangan bukanlah semudah yang disangka. Anda perlu pastikan, adakah pasangan anda kurang sihat? Ataupun dia letih atau tekanan (stress)?

Semua faktor itu boleh membuatkan pasangan anda kurang minat kepada seks atau membuatkannya tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Wanita, seperti lelaki memerlukan tahap kesihatan yang sempurna untuk menikmati hubungan intim.

Jika wanita itu stress, dia tidak dapat beri tumpuan kepada hubungan intim dan dia akan layani suaminya setakat memberi kepuasan kepada suami dan bukan untuk dirinya.

Sama juga jika dia mengalami masalah kesihatan kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah kolesterol tinggi, penyakit koronari dan ubat tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi, semua itu boleh mengganggu fungsi syahwatnya dan mengganggu pencapaian klimaks untuknya.

Bayangkan lelaki yang mengalami masalah kesihatan itu, dia juga akan gagal untuk mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan, wanita juga boleh mengalami masalah yang sama, tapi kegagalan untuk menghayati rangsangan atau lewat untuk mencapai rangsangan dan gagal untuk klimaks.

Keadaan ini dikenali sebagai 'mati putik' atau 'disfungsi seksual wanita'. Jadi cara yang baik untuk anda menangani masalah itu ialah untuk anda berbicara dengannya secara terbuka dan mencadangkannya berjumpa doktor untuk menjalani saringan kesihatan untuk mengesan masalah kesihatan supaya rawatan sewajar dapat diperoleh.

Selain itu dia perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Menjaga berat badan, mengawal makanan dan melakukan senaman secara berkala supaya daya fizikal dan stamina kukuh.

Jika dia didapati mengalami kekurangan hormon syahwat DHEA atau Testosterone, dia boleh mengamalkan suplemen yang dapat menambahkan penghasilan hormon tersebut.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PADAH TABIAT LAMA GEMAR ONANI (SAKIT TUAN)

GOLONGAN lelaki sering menghadapi masalah lemah pancutan air mani. Malah, kebanyakannya turut mengalami masalah sukar mencapai kemuncak rangsangan seksual.

Bagi golongan Adam, ia menjadi masalah berat kerana tidak dapat berasa kepuasan seks ketika bersama isteri dan rata-ratanya juga tidak menemui jalan penyelesaian.

Ini semua mungkin berlaku kerana beberapa perkara seperti mengalami masalah kegagalan klimaks (retarded ejaculation atau anejaculation), klimaks tanpa ejakulasi (mental climax without ejaculation) atau ejakulasi yang berlaku dalam pundi kencing (retrograde ejaculation).

Sesetengah lelaki hanya boleh mencapai klimaks dengan cara onani kerana dengan cara itu dia dapat menghayati imaginasi seksnya. Begitupun, ketika bersama, perasaan berkenaan sukar diperoleh dan dalam masa sama, si isteri tidak dapat mengandung.

Secara ringkas, lelaki seperti ini hanya dapat mencapai ejakulasi dengan onani dan tidak dengan persetubuhan! Ini terjadi kerana mungkin lelaki berkenaan sering melakukan onani ketika zaman bujangnya dan ia antara risiko yang perlu dihadapi lelaki.

Kerana itu, onani tidak digalakkan kerana pengamalnya boleh terikat dengan 'keseronokan' tersendiri yang boleh mengganggu hubungan intim seksual dengan isterinya. Perkara sama juga boleh berlaku kepada wanita yang hanya dapat kepuasan atau kemuncak syahwat dengan menggunakan tangan atau alat lain tetapi tidak melalui hubungan seksual dengan suami! Jika pancutan dan ejakulasi tidak dilakukan di dalam faraj, sukar untuk mendapatkan cahaya mata. Bagaimanapun, jika air mani dapat disalurkan ke dalam faraj dengan cara menyemburkan air mani dalam faraj menggunakan picagari, kemungkinan besar isteri dapat mengandung. Begitupun, ia bukan mudah dilaksanakan, sebaliknya perlu dilakukan ketika isteri dalam subur dan sperma normal.

Jika dengan cara ini pasangan berkenaan masih gagal menimang cahaya mata, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesuburan.

Berbalik kepada keadaan lelaki yang tidak dapat melakukan ejakulasi, pastinya hubungan suami isteri menjadi hambar dan sia-sia.

Jika dibiarkan berlarutan, ia mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan berlakunya perceraian. Pasangan yang mengalami masalah seperti ini harus segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pengetahuan dan cara tepat untuk menyelesaikannya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BENJOLAN DI CELAH KANGKANG (SAKIT TUAN)

MUNGKIN ada di antara anda pernah atau sedang mengalami benjolan, ketulan atau ketumbuhan di celah kangkang atau di buah zakar.

Berdasarkan e-mel yang saya terima, saiz ketulan berbeza-beza. Ada kes ketulan berkenaan mempunyai saiz seperti mata ikan, malah ada juga yang sebesar saiz bola golf.

Namun, sebahagian besar lelaki biasanya bersikap endah tak endah mengenai sebarang perubahan kecil pada anggota badan terutamanya apabila berkaitan bahagian alat sulit.

Apabila ia mula membesar sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka, barulah mula terasa bimbang.

Nasihat saya segera berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti masalah berkenaan.

Ini kerana dikhuatiri ketulan atau benjolan itu adalah perubahan pra kanser atau tanda awal penyakit berbahaya.

Sebaiknya cepat-cepat merujuk kepada doktor pakar kerana ada kalanya penyakit itu boleh mengancam nyawa sekiranya ia berada pada tahap kritikal dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Kebanyakan kes yang saya kendalikan, ramai lelaki tidak mengambil berat ketulan di buah zakar sehingga ia benar-benar jelas kelihatan atau membesar.

Selepas menjalani pemeriksaan, benjolan atau ketulan berkenaan adalah kanser buah zakar.

Oleh itu, pemeriksaan sokongan seperti ujian imbasan dan sebagainya akan dilakukan doktor untuk mengetahui kandungan benjolan berkenaan dan selepas itu, barulah dapat dipastikan sama ada benjolan itu berbahaya atau tidak.

Seperkara lagi, walaupun negara kita boleh dianggap maju dan moden, masyarakat masih lagi percaya dengan bomoh dan dukun.

Bukan hendak menafikan keupayaan perubatan tradisional untuk mengendalikan masalah kesihatan, tetapi sebaiknya anda perlu merujuk kepada rawatan saintifik sekiranya berhadapan dengan masalah benjolan di celah kangkang atau di buah zakar.

Perlu diingat, jangan ambil mudah sekiranya anda berhadapan dengan masalah seperti ini. Segera mendapatkan rawatan dengan doktor bertauliah dan diiktiraf bagi menjamin rawatan selamat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

EJAKULASI TANPA ORGASMA (SAKIT TUAN)

MUNGKIN ramai berpendapat tiada rasa nikmat ketika ejakulasi ibarat makanan yang tiada garam. Kebiasaan ketika lelaki mengalami kemuncak rangsangan seksual, dia akan mencapai orgasma atau klimaks serta ejakulasi atau pancutan air mani.

Ini kerana lazimnya orgasma dan ejakulasi berlaku serentak atau bersama, iaitu seawal zaman remaja lagi.

Sebenarnya fenomena orgasma dan ejakulasi adalah dua perkara berasingan. Oleh itu ejakulasi tanpa orgasma atau sebaliknya memang wujud.

Perlu difahami, penghayatan orgasma berlaku seawal peringkat kanak-kanak lagi. Anggota kelamin kanak-kanak yang terangsang membolehkannya mencapai orgasma tetapi tidak membabitkan pancutan air mani.

Namun, apabila tiada rasa nikmat atau klimaks ketika ejakulasi, seseorang lelaki akan mula bimbang kerana menganggap ia tidak normal.

Malah, lelaki sukar menerima fenomena itu berlaku pada diri sendiri kerana mereka sukar memahami dan pada masa sama sukar menceritakan perkara itu kepada orang lain (akibat rasa malu).

Uniknya masyarakat kita, apabila sesuatu perkara yang tidak masuk akal berlaku seperti ejakulasi tanpa orgasma, biasanya akan menganggap ia buatan orang (terkena sihir atau ilmu hitam).

Mengikut statistik, kurang satu peratus fenomena ejakulasi tanpa orgasma. Ini bermakna ia memang wujud tetapi jarang berlaku.

Fenomena ini juga dikenali sebagai 'Anaesthetic Ejaculation' dan 'Ejaculatory Anhedonia' yang bermakna pancutan air mani tanpa apa-apa rasa yang biasa dialami ketika kemuncak seksual.

Ia masih lagi dalam kajian. Namun, jika dilihat kembali fenomena ini, kita faham, semua kawalan sistem fungsi badan dikawal oleh otak.

Mesej dari badan ke otak dan penghantaran maklum balas dari otak ke badan memerlukan sistem otak dan sistem fungsi urat saraf yang kukuh.

Apabila dua sistem ini terganggu, keadaan ejakulasi tanpa orgasma boleh berlaku.

Satu punca ialah amalan onani yang kerap. Ini kerana ia boleh menyebabkan orgasma dan ejakulasi hanya dihayati dengan cara melakukannya sendiri tetapi tidak ketika bersama isteri.

Apabila individu itu berusaha, dia boleh mencapai sedikit ejakulasi secara paksaan, tetapi tidak dapat merasa orgasma.

Ada juga kes di mana orgasma dan ejakulasi berkurangan apabila lelaki itu memasuki usia emas atau mengalami penyakit yang menggugat fungsi saraf seperti kencing manis dan tekanan urat saraf.

Selain itu, penurunan tahap hormon testosteron dan pengambilan ubat mengawal fungsi mental boleh menyebabkan fenomena ini berlaku, sekali gus menyebabkan hubungan seksual lelaki menjadi hambar.

Lelaki yang mengalami masalah ini perlu merujuk kepada doktor pakar untuk membantu anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KENCING MANIS JEJAS KEUPAYAAN (SAKIT TUAN)

KENCING manis adalah penyakit digeruni, apatah lagi ia satu rantaian penyakit kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Bagi lelaki pula, mereka berdepan risiko masalah ereksi dan kemandulan jika mengalaminya.

Sesiapa saja berisiko menghidap sakit ini tanpa mengira peringkat umur. Jika ia berlaku ketika peringkat kanak-kanak, individu itu dikatakan penghidap penyakit kencing manis juvenil.

Mereka akan diberikan suntikan hormon insulin sepanjang hayat kerana sel yang memproses insulin dalam organ pankreas tidak berfungsi lagi.

Namun bagi individu menghidap kencing manis selepas baligh (dewasa), ia berlaku akibat badan tidak dapat menggunakan insulin atau hormon insulin berkurangan serta tidak dapat menampung metabolisme karbohidrat.

Dengan tahap glukosa tinggi dan tidak stabil itu, keseluruhan fungsi sistem tubuh badan seperti perjalanan darah, fungsi dan tindak balas urat saraf tergendala.

Kedua-dua fungsi ini penting dan jika ia terganggu, fungsi tubuh badan turut terganggu seperti kegagalan lelaki mengekalkan atau mencapai ereksi ketika terangsang. Individu itu juga mungkin gagal mencapai atau mengawal ejakulasi dan cepat klimaks.

Sebilangan besar pesakit kencing manis yang mematuhi nasihat doktor dan makan ubat untuk mengawal tahap glukosa dapat mengekalkan kemampuan melakukan persetubuhan.

Oleh kerana penyakit kencing manis hanya boleh dikawal dan tiada penawarnya, lelaki yang tidak peka dengan nasihat dan rawatan doktor akan mengalami masalah kemampuan seksualnya.

Individu itu akan sukar mencapai ereksi mencukupi untuk melakukan persetubuhan atau ereksinya tidak kekal serta tidak sempat melakukan penembusan faraj atau mati separuh jalan.

Kesudahannya, individu itu mengalami mati pucuk tetap. Ada juga penghidap kencing manis tidak dapat mencapai ejakulasi walaupun dia rasa sudah mencapai orgasma.

Selain itu, ada individu boleh mencapai ejakulasi tapi merasa macam air maninya masuk ke pundi kencing (kencing selepas klimaks dan mendapati air kencingnya keruh atau mengandungi keladak putih).

Jangan mudah percaya cakap yang kononnya makan ubat kencing manis menyebabkan mati pucuk. Ia tidak benar. Semua pesakit kencing manis lambat-laun akan mengalami mati pucuk atau kegagalan ejakulasi.

Walaupun ada ubat boleh melancarkan aliran darah di zakar dan dilihat dapat mengatasi masalah itu, ia tetap bermasalah jika tidak mengawal penyakit itu.

Yang penting, ikut nasihat dan rawatan doktor. Jika anda mula mengalami masalah itu, segera berjumpa doktor pakar.

Jangan pula mendiamkan diri atau mendapatkan ubat mengarut tanpa nasihat doktor, termasuk mendapatkan rawatan daripada tabib atau tukang urut. Nanti padah!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MUAFAKAT BARU PUAS (SAKIT TUAN)

SEJAK kebelakangan ini saya banyak menerima e-mel mengenai ketidakpuasan suami terhadap layanan isteri di ranjang, begitu juga sebaliknya. Antara masalah dihadapi ialah pasangan tidak suka melakukan pelbagai aksi mengikut kehendak individu, tiadanya sentuhan sebelum bersama dan sebagainya.

Ada juga yang merasakan tidak mendapat kenikmatan mengadakan seks disebabkan pasangan cepat ejakulasi, kurang berminat mengadakan seks dan tidak puas kerana pasangan tidak mahu mengadakan seks oral. Masalah ini dialami pasangan berkahwin tanpa mengira tempoh perkahwinan.

Misalnya, ada pasangan belum merasakan kepuasan seks walaupun berkahwin sembilan tahun dan mempunyai dua anak. Berdasarkan masalah di atas, hampir semuanya berkaitan kerjasama pasangan berumah tangga.

Memang hubungan seks itu memerlukan kerjasama suami isteri, jika tidak sudah tentu hubungan itu tidak dapat dilakukan.

Namun, pernahkah kita bertanya diri sendiri, bagaimana pula dengan pasangan kita? Adakah dia juga puas ketika bersama kita? Kit perlu memahami bahawa si dia juga ada kehendaknya. Misalnya dalam masalah cepat ejakulasi, pasangan tidak sempat menghayati keseronokan sentuhan seksual, tetapi anda sudah selesai.

Dalam hal ini permuafakatan dalam hubungan intim suami isteri adalah perlu. Begitu juga dengan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain.

Dalam perilaku hubungan seksual, setiap pasangan perlu berpegang pada hubungan intim yang berpandukan kepada ajaran dan hukum Islam. Hubungan seksual antara suami isteri dikira ibadat. Melayani nafsu pasangan ketika pasangan berkehendakkan (berintiman) pula satu sedekah.

Oleh itu, kita boleh membayangkan kebaikan dan ganjaran akhirat yang akan diterima jika hubungan seksual mendatangkan keseronokan bersama.

Kini, kita boleh mendapatkan banyak buku di pasaran berkaitan panduan berjimak. Jika kita dan pasangan tidak faham gaya hidup hubungan seksual, boleh rujuk kepada pakar kaunseling dan pembimbing untuk mendapatkan bimbingan serta tunjuk ajar. Berdiam diri bukan jalan penyelesaian terbaik.

Merujuk kepada kes yang saya berikan (sembilan tahun berkahwin tetapi belum dapat merasai nikmat), bagaimana hendak meneruskan perkahwinan jika hubungan intim hambar? Begitu juga dengan pasangan. Jangan pula ikatan perkahwinan itu terjalin hanya disebabkan kehadiran anak.

Tanpa persefahaman dalam hubungan intim, saya kurang yakin perkahwinan itu bertahan lama. Cuba bermuafakat dengan pasangan untuk berjumpa pembimbing seks atau pakar berkaitan dan bersama-sama berusaha berhubungan melebihi sempadan seksual suami isteri.

Penting bagi suami isteri bekerjasama untuk membina keluarga bahagia. Apabila pasangan itu ikhlas dalam menjalin hubungan, insya-Allah semuanya berjalan lancar.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAKIT SELEPAS 'MIMPI' (SAKIT TUAN)

SEBELUM ini, saya banyak menjawab kemusykilan mengenai kesakitan pada salur kencing iaitu ketika kencing dan ejakulasi. Ada masalah seperti air mani lelaki berwarna coklat, berdarah, kekuningan seperti nanah dan berbau akibat kecederaan atau jangkitan pada salur berkenaan.

Namun, pernahkah anda mengalami kesakitan dan kepedihan pada kemaluan ketika ereksi? Masalah itu bukan merujuk pada kesakitan salur kemaluan seperti saya terangkan pada awal perenggan, ia hanya menyebabkan kesakitan pada kemaluan yang biasa dialami dan tidak membabitkan kecederaan anggota itu.

Pengenalan lelaki mengenai anggota kelaminnya bermula daripada peringkat bayi lagi. Kemudian ia mengalami perubahan ketara apabila seseorang memasuki peringkat remaja.

Perlu diketahui kulit yang menyarung kemaluan adalah licin, lembut serta mempunyai lapisan bawah yang boleh mengembang apabila disentuh.

Tindak balas sensitif ini menyebabkan seseorang itu mudah mencapai ereksi pada bila-bila masa, terutama selepas bangun tidur dan mengalami mimpi basah. Namun, ereksi itu kadangkala menyakitkan.

Bagi yang mengalami situasi ini, jangan risau. Rasa sakit dan pedih pada penghujung kemaluan adalah normal ketika ereksi. Ia mungkin disebabkan tisu lembut kemaluan terhimpit ketika tidur (tidur dalam keadaan meniarap) dan ketika sedar, baru terasa sakit.

Selain itu, kepedihan pada penghujung kemaluan boleh disebabkan bahagian salur kencing tergesel akibat pancutan air mani yang pekat, keluar secara deras ketika mimpi basah mahupun ereksi.

Masalah kesakitan ini reda perlahan-lahan sehingga menjadi biasa semula.

Satu lagi kesakitan yang boleh dialami ialah sakit di testis ketika mencangkung atau membuang air kecil. Memang ketika mencangkung, kedudukan buah kemaluan bergayut dan ada kalanya buah kemaluan tertarik akibat cengkaman otot (otot kremester) yang menampung buah kemaluan.

Cengkaman otot kremester boleh menyakitkan, dan ia boleh dilegakan dengan membelainya. Begitupun, pesanan saya, jangan picit dengan kuat.

Namun, jika was-was dan mendapati masalah kesakitan yang saya kongsi kali ini menjadi semakin ketara, segera jalani pemeriksaan doktor dan bukan mendapat rawatan bomoh atau lebih mudah, urutan batin.

Perlu ingat, buah dan zakar tidak boleh diurut!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TENTU JANTINA ANAK (SAKIT TUAN)

ANAK adalah anugerah Allah kepada pasangan suami isteri. Kita hanya boleh merancang kehidupan, tapi semua yang berlaku ditentukan oleh-Nya. Begitu juga dalam hal berkaitan jantina anak, baik lelaki atau perempuan, ia ditakdirkan bagi pasangan itu.

Sejak zaman silam lagi pelbagai kaedah dilakukan manusia untuk menentukan jantina janin sebelum dilahirkan berdasarkan kepercayaan dan cara hidup masing-masing, tetapi semuanya tiada kepastian.

Banyak kaedah yang sering diamalkan kononnya mampu menentukan jantina anak. Misalnya kaedah mengikat buah zakar kiri untuk mendapatkan anak lelaki dan ikat buah zakar kanan untuk anak perempuan. Kesudahannya membawa risiko kesihatan serius kepada suami.

Malah petua kuno seperti cara bersetubuh dengan mengikut masa dan tarikh tertentu yang kononnya bertujuan menentukan jantina anak dicuba ramai orang, namun kesudahannya hampa.

Perubahan arus global dengan pertumbuhan teknologi canggih hari ini pula menemukan beberapa kaedah moden yang lebih berkesan. Kaedah pengasingan sperma misalnya, ia mengasingkan Gen Y (yang menghasilkan anak lelaki) daripada Gen X (menghasilkan anak perempuan).

Kemudian pakar akan melakukan percantuman dalaman melalui proses IUI atau suntikan sperma ke dalam rahim, atau kaedah luaran seperti tabung uji, tetapi kedua-dua kaedah ini memerlukan kos besar.

Daripada sudut etika perubatan, mana-mana kaedah perubatan untuk mempengaruhi imbangan jantina manusia dalam dunia diharamkan kerana dikhuatiri menyebabkan taburan penduduk yang tidak seimbang.

Kaedah penentuan jantina hanya diharuskan jika ia untuk tujuan kebaikan seperti mengelak jantina janin tertentu kerana khuatir ia mengalami masalah kesihatan serius. Misalnya jika anak lelaki berisiko hidup sengsara, pasangan malang itu akan berusaha mendapatkan anak perempuan.

Sebelum ini, kaedah pemilihan jantina pernah dikeluarkan dalam ruangan ini, namun ia berdasarkan maklumat daripada beberapa pakar terdahulu yang pernah meninjau cara penentuan jantina sebelum melahirkan anak.

Antaranya jika seseorang isteri klimaks ketika bersetubuh, kemungkinan mendapat anak lelaki. Itupun jika telur wanita itu keluar dalam tempoh 24 jam dan kandungan asid kurang dalam cecair faraj (ketika wanita itu klimaks).

Secara keseluruhannya, saya ingin tegaskan, tiada kaedah boleh menentukan jantina anak secara tepat.

Bagi saya, pasangan suami isteri perlu bersyukur dengan anugerah Allah. Sama ada lelaki atau perempuan, kita perlu menerimanya dengan hati terbuka dan penuh rasa kesyukuran serta menjaganya dengan baik.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MAKAN BANYAK SAYUR PENGARUHI KUANTITI AIR MANI? (SAKIT TUAN)

MINGGU ini saya tertarik untuk mengetengahkan masalah kuantiti air mani. Ini kerana sejak kebelakangan ini banyak e-mel yang saya terima dan juga disiarkan mengemukakan masalah berkaitan air mani.

Baik suami mahupun isteri, ramai menyatakan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika tidak mendapat anak walaupun sudah lama berkahwin. Dalam puluhan e-mel yang diterima, saya tertarik dengan e-mel yang bertanyakan ubat atau makanan untuk menambah kuantiti air mani.

Isi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur.

Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki itu mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowpers dan seminal, kemudian dapat menghasilkan cairan yang banyak.

Lagi kerap lelaki itu bersetubuh, semakin kurang pengeluaran air mani, walaupun dia sangat terangsang ketika itu. Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan air mani juga bertambah.

Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun, rangsangan terhadap pundi-pundi tadi kurang, seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit. Begitu juga sebaliknya.

Bagaimanapun, banyak keadaan boleh mempengaruhi jumlah air mani seperti makanan dan suplemen. Lelaki menghasilkan antara dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali pancut. Jika pancutan kerap, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak 1/2 ml atau hanya beberapa titik.
Air mustahak kerana ia juga boleh mempengaruhi isi padu air mani. Perlu minum air yang cukup sekurang-kurangnya empat liter sehari.

Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma.

Selain itu, tiram dan makanan laut mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.

Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli, bendi dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik.

Namun, jangan memperkecilkan keupayaan buah-buahan tempatan.

Buah nangka dan betik misalnya mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang.

Selain itu, herba akar Tongkat Ali teruji secara saintifik oleh pakar tempatan bertujuan menambah isi padu air mani. Kesimpulannya, semua makanan dan suplemen yang saya utarakan di atas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun yang berumur.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KETUAT, KUTIL KELAMIN PERLU DIRAWAT PAKAR KULIT (SAKIT TUAN)

LELAKI sering mengalami masalah anggota kelamin seperti kemunculan kutil, ketuat, gelembung, bijian, kudis dan ketulan. Sebenarnya, ia tidak perlu dirisaukan. Bagaimanapun, ia petanda anda ada penyakit kulit dan kes itu perlu dikendalikan doktor pakar kulit.

Anda harus menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan jika masalah itu memudaratkan kesihatan dan mengganggu hubungan seksual dengan pasangan atau membahayakannya.

Untuk makluman, kutil atau ketulan kulit seperti 'daging' yang berjuntai di keliling penghujung zakar, tempat jahitan berkhatan atau ketulan isi yang timbul di pangkal zakar mungkin ketuat atau 'warts'.

Kadangkala, bekas parut yang berlaku selepas berkhatan disangka ketuat kerana cantuman kulit tidak sempurna. Maksud kutil sebenar ialah lebihan kulit yang berjuntai dan ia bukan penyakit kulit, manakala ketuat pula penyakit kulit akibat jangkitan virus atau HPV (Human Papilloma Virus).

Ketuat di penghujung zakar berbeza daripada di kulit tundun atau pangkal zakar kerana kulit bahagian itu berbeza.

Bagaimanapun, jangkitan itu sama walaupun jenis virus ketuat mungkin berbeza. Jika anda mendapati kutil di keseluruhan anggota kelamin dan tidak tahu ia jangkitan atau sebaliknya, anda harus berjumpa doktor untuk kepastian.

Ketuat boleh merebak cepat dan keseluruhan kulit zakar boleh terkena jangkitan. Begitupun, ia boleh mengecut apabila virus musnah kerana tindak balas sistem daya kawalan atau 'sistem immune'.

Jika benar jangkitan kulit itu adalah ketuat, doktor boleh memberi ubat untuk disapu dan ketuat itu boleh hilang dan pulih seperti sedia kala. Bagaimanapun, jangan risau kerana ketuat jarang berubah kepada kanser.

Saya syorkan lelaki yang ada masalah ini supaya berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan.

Ramai tidak tahu sebenarnya ketuat boleh dijangkiti daripada hubungan seks. Buat masa ini golongan lelaki tidak perlu mendapat suntikan pelalian HPV seperti mana yang digalakkan kepada perempuan berumur sembilan hingga 26 tahun.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

EJAKULASI PRAMATANG (SAKIT TUAN)

MINGGU ini saya akan mengetengahkan satu lagi isu yang menjadi igauan buruk setiap pasangan berumah tangga. Istilah cepat klimaks atau 'ejakulasi pramatang' yang digunakan menggambarkan ketidakupayaan lelaki mengawal ejakulasi sebelum dia dan pasangannya puas dalam hubungan intim seksual.

Terdapat sebilangan lelaki yang dapat mengekalkan ereksi walaupun mereka tidak dapat mengawal ejakulasi dan terdapat juga sebilangan lelaki yang mengalami perkara sebaliknya, iaitu tidak dapat mengekalkan ereksi dan gagal untuk mencapai ejakulasi.

Justeru, fenomena ereksi, iaitu kekerasan alat kemaluan hasil kemasukan darah yang banyak ke dalam otot kemaluan akibat rangsangan seksual dan ejakulasi, iaitu pencapaian kemuncak rangsangan seksual dengan diiringi pancutan air mani, adalah dua fenomena berasingan.

Mungkin ini yang membuatkan lelaki memikirkan ereksi dan ejakulasi adalah fenomena sama. Jadi, anda tidak dapat mengawal ejakulasi dan juga tidak dapat mengekalkan ereksi.

Apabila seseorang lelaki mencapai ereksi hasil tindak balas perasaan teruja seksual, tahap kekuatan dan kekerasan ereksi dapat ditingkatkan dengan kemutan. Jika otot kemut lemah, daya ereksi pun lemah dan tidak bertahan.

Jika mempunyai daya dan kekuatan otot kemut hebat, maka lelaki dapat mengawal daya dan kekuatan ereksi ke tahap mantap dan dapat mengawal pergerakan dayungan serta boleh memilih masa kemuncak dan ejakulasi.

Kawalan ejakulasi pula memerlukan tumpuan minda kepada rangsangan yang tidak akan mencetuskan kemuncak. Memandangkan penghujung alat kemaluan amat sensitif, sudah tentu rangsangan kepada bahagian itu akan mempercepatkan klimaks dan ejakulasi.

Justeru, jika melebihkan geselan pangkal alat kemaluan suami yang tidak sensitif itu ke langit kemaluan isteri dengan dayungan yang terkawal, maka seseorang itu akan dapat mengawal klimaks. Teknik ini dikenali sebagai 'Coital Alignment Technique' dan anda boleh dapatkan maklumat mengenai teknik ini di dalam Internet.

Anda perlu terus mengamalkan gaya hidup sihat dan tambahkan senaman untuk mengukuhkan otot lantai pelvis atau otot kemut melalui senaman kemut. Jika masih gagal, anda perlu berjumpa doktor yang dapat membantu anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BUAH ZAKAR YANG TIDAK SEIMBANG (SAKIT TUAN)

SEJAK kebelakangan ini saya banyak mengendalikan kes lelaki muda yang sangsi mengenai fungsi dan keadaan anggota kelamin mereka kononnya ereksi tidak padat dan air mani tidak pancut laju seperti ketika remaja.

Kebanyakannya mengeluh situasi ini berlaku selepas memberhentikan amalan onani dan kini anggota kelamin mengecil serta tidak seperti dulu. Sebenarnya apa berlaku ialah perubahan semula jadi dan bukan masalah besar.

Anggota kelamin lelaki mantap dalam peringkat perkembangannya ketika lelaki memasuki alam remaja. Tahap hormon lelaki, iaitu hormon testosteron meningkat secara ketara dan ketika itu tumbesaran anggota kelamin berlaku secara ketara dengan kemunculan ereksi spontan.

Anggota itu mudah teruja dan terangsang apabila disentuh, oleh itu lelaki yang seronok dengan fenomena itu mudah terikut dengan amalan mengurut untuk mencapai kepuasan dan kelegaan.

Apabila amalan onani kurang atau dihentikan, anggota itu tidak lagi bergelora kerana tiada rangsangan, oleh itu ia kelihatan lega dan 'kurang mantap'.

Jika anggota itu digunakan selalu setelah berkahwin, tentu ia berfungsi dengan mantap, anggota kelamin kelihatan segar dan kedua-dua buah zakar kelihatan seimbang.

Dalam keadaan biasa, buah zakar dalam kerandut tidak seimbang dan keadaan ini normal dan bukan petanda masalah kesihatan.

Kepercayaan kononnya buah zakar yang tidak seimbang petanda mati pucuk atau masalah penyakit itu kepercayaan mengarut yang diutarakan sesetengah tukang urut untuk menakutkan pelanggan.

Kos pemeriksaan di hospital atau klinik kerajaan tidak mahal. Pemeriksaan kesihatan ini dikenali sebagai pemeriksaan kesihatan praperkahwinan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SERBA SALAH RAWAT BIPOLAR (SAKIT TUAN)

SATU daripada aspek penting alam berumahtangga adalah hubungan seks. Sememangnya janggal membicarakan soal seks dalam rumah tangga, tetapi mahu tidak mahu itulah realitinya.

Namun perlu difahami, tahap seksualiti seseorang berbeza iaitu terbahagi kepada beberapa kategori dan satu daripadanya ialah bipolar atau lebih mudah dikenali dengan istilah kuat seks.

Jika pasangan anda larat melayan tuntutan nafsu anda, ia tidak menjadi masalah. Jika sebaliknya, ia akan memberi tekanan mendalam pada pasangan anda yang mahukan layanan biasa.

Memang ada rawatan boleh digunakan bagi mengawal masalah itu, tetapi ia juga boleh mendatangkan satu lagi masalah lain iaitu hilang keinginan melakukan seks dan hubungan intim.

Pada situasi ini, libido akan merudum dan lelaki biasanya tidak dapat lagi beraksi seperti dulu.

Kesannya, ia akan memberi tekanan kepada pasangan jika individu berkenaan sudah mendirikan rumah tangga. Bagi isteri, biasanya anda akan diberitahu oleh doktor mengenai kesan dan cabaran ketika rawatan bipolar dilakukan.

Isteri perlu berbincang dengan doktor yang melakukan rawatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan terhadap kesihatan diri dan seksual si suami.

Misalnya ada kes suami kelihatan lesu dan enggan mengadakan hubungan seks selepas mendapatkan rawatan itu. Dalam situasi ini, suami tidak boleh menghentikan rawatan kerana penyakit bipolar boleh berulang. Namun hilang keinginan bersama juga menjadi satu masalah.

Oleh itu pasangan suami isteri perlu berbincang terlebih dulu dengan doktor untuk melakukan pengubahsuaian dalam pengambilan ubat supaya suami boleh melakukan hubungan intim semula.

Ini termasuk penggunaan ubat perancang bagi membolehkan suami mencapai ereksi, tetapi ingat, ia perlu mendapat khidmat pandangan doktor terlebih dulu supaya tidak memudaratkan dan tiada kesan sampingan lain.

Isteri pula perlu banyak bersabar dan terus memberi sokongan kepada suami ke arah menjalani kehidupan rumah tangga yang lebih sempurna dan berusaha mengelakkan tekanan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KE MANA PERGI DARAH KOTOR? (SAKIT PUAN)

Soalan

SAYA baru berusia 28 tahun. Pada 2009 lalu saya telah melahirkan anak yang sulung dan saya mengalami masalah pendarahan yang teruk selepas proses bersalin. Doktor memberitahu bahawa rahim saya terpaksa dibuang kerana rahim tidak kecut setelah berbagai usaha dijalankan. Menurut doktor, saya cuma tidak akan datang haid dan tidak boleh beranak kerana kilang telur saya tidak dibuang. Di sini saya mempunyai dua soalan iaitu:

1. Jika wanita yang normal, mereka akan mengalami haid sekiranya telur tidak disenyawakan di mana darah yang terkumpul di dinding rahim akan gugur sebagai haid. Dalam kes seperti saya, ke mana telur yang tidak disenyawakan itu akan pergi?

2. Adakah saya akan mengalami masalah hormon dalam masa yang terdekat? Atau adakah ia akan menjejaskan hubungan intim bersama suami?

Di harap Doktor dapat bantu saya untuk menjawab persoalan saya ini. Terima kasih.

Jawapan

SAYA sungguh simpati dengan situasi saudari yang terpaksa dibuang rahim dalam umur muda dan hanya punyai seorang anak. Tetapi itu dilakukan demi untuk menyelamatkan nyawa anda. Alhamdulillah anda masih dipanjangkan umur oleh Allah dan anda dan suami perlu banyak redha kepada Allah SWT.

1. Darah haid terbentuk hanya jika pendarahan berlaku dari dalam rahim disebabkan penurunan tahap hormon progesterone ekoran kegagalan untuk hamil pada pusingan bulan berkenaan. Dipanggil darah haid atau 'darah kotor' kerana ia bercampur dengan lapisan/dinding rahim iaitu endometrium. Tisu-tisu ini akan hancur berkecai dari tindakan berbagai enzim dan keluar dari pintu rahim ke dalam faraj/vagina di mana ia dikotori dengan berbagai kuman bakteria dan virus. Campuran inilah yang menjadikan darah kotor.

Untuk diri anda, darah kotor tidak terbentuk langsung kerana rahim tidak wujud lagi, darah hanya lalu sahaja di bahagian peranakan tanpa keluar ke dalam faraj.

Sel-sel telur seperti sel-sel sperma lelaki jika tidak disenyawakan akan mati dalam masa 2-3 hari dan sel-sel telur tersebut akan ditelan oleh sel-sel penyapu (phagocytes).

2. Anda tidak akan mengalami masalah kurang hormon kerana biasanya dalam pembedahan ini, kedua-dua kilang telur akan dikekalkan dan ia menjadi sumber hormon wanita. Walaupun tiada haid, anda tidak lagi menopaus (umur menopaus biasanya 50 tahun). Kejelitaan dan ciri-ciri kewanitaan tidak terjejas langsung. Anda akan terus mempunyai daya tarikan dan suami tidak akan merasai perubahan fizikal ketika melakukan hubungan kelamin. Hanya dari segi sikologi, suami mungkin terganggu mentalnya memikirkan apa jadi dengan ruang yang dulunya dipenuhi rahim. Sebenarnya ruang itu tidak kosong, usus dan lemak akan mengisi ruang itu.

Walaupun rahim dibuang, tapi pangkal rahim (serviks) masih kekal dan di sinilah tertumpunya saraf-saraf seksual. Oleh itu kenikmatan tidak mungkin berubah, dan anda akan merasai klimaks seperti biasa.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RAWATAN ENDOMETRIOSIS (SAKIT PUAN)

Rawatan Penyakit Endometriosis

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami masalah ketidaksuburan telahpun berulangkali gugur disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk mempercepatkan wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil ini boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. Kehamilan itu sendiri merawat endometriosis daripada merebak.

Pembedahan Untuk Membuang Endometriosis

Jika terdapat pengumpulan darah yang banyak dan busuk iaitu 'chocolate cyst' ataupun keadaan kedudukan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya doktor akan mencadangkan pembedahan secara laparoskopi disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat 'cautery' yakni tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena pertumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim yang terbalik dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopio ketika pembedahan, keadaan ini juga akan diperbetulkan sekali.

Selain daripada cara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubatan sering juga dilakukan untuk merawat penyakit ini. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana di antara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lain-lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan pertumbuhan endometriosis ini.

Dalam beberapa tahun yang lepas terdapat ubat-ubatan terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dalam bentuk berbagai jenama seperti Zoladex. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid. Kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan juga.

Doktor sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat tersebut untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah ketidaksuburan atau keguguran yang berulangkali. Doktor lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya-Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GEJALA DAN PENGESAHAN ENDOMETRIOSIS (SAKIT PUAN)

Simptom-simptom endometriosis?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada sesetengah lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadangkala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, sama ada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak, mereka tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan:

1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2. Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopio menyebabkan sperma lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.

3. Endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embrio.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.

Tetapi di kalangan penghidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.

Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulangkali.

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau mengganggu pertumbuhan janin. Kadangkala wanita yang menghidap penyakit endometriosis boleh gugur berulangkali.

Tanda-tanda atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, di bawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah pendarahan sama ada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku pendarahan di luar waktu haid.

Mengdiagnosa penyakit endometriosis

Daripada tanda-tanda/simptom-simptom tersebut kita sering mengesyaki penghidap berpenyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan ialah untuk pesakit yang disyaki mempunyai tanda-tanda endometriosis, mereka menjalani pemeriksaan ultrasound melalui bahagian kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila di bahagian dalam ditekan dengan jari doktor, bahagian belakang rahimnya akan merasa sakit. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) juga adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

APA PUNCA ENDOMETRIOSIS (SAKIT PUAN)

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulangkali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah Sebenarnya Penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar 'darah kotor' atau darah haid.

Bagaimana Endometrium Terjadi?

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopio, pundi-pundi kencing, kadangkala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui tiub fallopio. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi IQ nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu-tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari), lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cyst atau chocolate cyst kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BILA KENA SENGGUGUT (SAKIT PUAN)

SENGGUGUT

SAKIT ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baligh, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar 'Prostaglandin'. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.

Ramai di kalangan wanita yang risau sama ada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin menghidap penyakit 'endometriosis'. Ini menyebabkan sakit seperti senggugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sakit senggugut yang biasa.

Gadis-gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit/analgesic seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain-lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon 'Norethisterone'.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RAWATAN PROLAPSE (SAKIT PUAN)

Rawatan dan Pencegahan

Langkah yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antara langkah-langkah tersebut ialah:

- Jaga kesihatan dan kawal berat badan

Kegemukan adalah salah satu faktor yang bukan sahaja menjadi satu gangguan terhadap kecantikan seseorang wanita, malah ia mempunyai banyak kesan-kesan yang buruk terhadap wanita seperti menyebabkan masalah prolapse di kemudian hari. Oleh itu eloklah jaga berat badan dengan mengawal makanan dan membuat senaman.

- Amalan senaman

Amalan untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan wanita-wanita Malaysia. Tetapi tabiat ini sering dilakukan oleh wanita-wanita Barat khususnya mereka yang terpelajar. Banyak video-video yang memberi panduan tentang kaedah senaman ini terdapat di pasaran. Panduan untuk melakukan senaman atau gerak tubuh khas untuk otot lantai punggung juga boleh dipelajari daripada pakar physiotherapist atau jurupulih anggota di hospital atau klinik swasta.

Ini sangat penting kerana jika ia dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin, pemulihan pada bentuk badan kepada tubuh badan yang asal seperti sebelum hamil akan dapat dicapai dan ia boleh mencegah masalah kegemukan, kekenduran otot perut dan lain-lain gangguan yang dikaitkan dengan prolapse rahim. Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang. Malah dalam pantang adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan menentukan makanan yang seimbang, berkhasiat, melakukan penyusuan bayi serta melakukan senaman yang tertentu.

- Senaman kemut atau 'grip'

Senaman untuk mengemut atau grip adalah bertujuan untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj dan otot-otot yang mengawal perkencingan. Cara melakukannya ialah kita bayangkan seperti melakukan persetubuhan dan ketika itu kita mengemut atau mencengkam alat zakar suami. Jika dilakukan berulang kali untuk beberapa saat, misalnya dua tiga minit sekali dalam waktu pantang dan seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian. Insya-Allah otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia kala.

Pembedahan

Berbagai jenis pembedahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kekenduran faraj dan prolapse. Di antaranya ialah pembedahan untuk membuang rahim serta membetulkan saluran faraj atau vaginal repair (Vaginal Hysterectomy and Repair). Pembedahan ini dilakukan dalam kes-kes yang teruk 'prolapse'nya dan di kalangan wanita yang telah meningkat umur.

Tetapi bagi mereka yang lebih muda dan masih bercadang untuk meneruskan zuriatnya, kekenduran faraj boleh diatasi dengan pembedahan hanya untuk menguatkan atau membetulkan saluran faraj (vaginal repair). Ini pun hanya dilakukan jika lain-lain usaha seperti senaman atau 'physiotherapy' gagal.

Pembedahan juga kadangkala dilakukan ke atas wanita yang tidak dapat mengawal kencing. Biasanya ini dilakukan bersama dengan vaginal repair, tetapi kadangkala jika ini gagal dan masalah stress incontinence atau kencing yang tidak terkawal masih berlaku, pembedahan melalui perut atau di bahagian ari-ari mungkin perlu dilakukan untuk menjahit otot di permukaan pundi kencing.

Pembedahan adalah satu jalan terakhir jika usaha-usaha lain yang dilakukan menerusi senaman, kegunaan alat PSX atau kaedah rangsangan elektrik pada otot dan lantai punggung telah dibuktikan gagal.

Kegunaan Pessary


Bagi wanita yang berumur dan mengalami masalah prolapse yang teruk dan tidak sesuai menjalani pembedahan khususnya tidak sesuai menerima bius, maka cara yang lain ialah untuk menggunakan satu alat yang dimasukkan ke dalam faraj. Alat ini dinamakan 'Ring Pessary'. Alat ini boleh mencegah rahim daripada jatuh ke bawah. Wanita yang menggunakan pessary perlu menjaga kebersihan faraj untuk mencegah jangkitan kuman, biasanya pemeriksaan perlu dilakukan antara tiga hingga enam bulan sekali.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PUNCA PROLAPSE (SAKIT PUAN)

Apakah punca-punca berlakunya prolapse?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya 'prolapse'. Di antaranya adalah seperti berikut:

Faktor Baka

Sesetengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara mereka khusunya ibu, ibu saudara atau nenek mengalami masalah sama. Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada peranakan. Kekenduran atau kelemahan otot dan tisu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan yang agak rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang dan mencukupi dari segi semua zat seperti protein dan vitamin.

Senaman

Proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim. Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak 100% jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau senaman untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Amalan senaman waktu hamil dan selepas kelahiran adalah sangat penting untuk mencegah prolapse. Oleh itu kelalaian atau tidak melakukan senaman ini adalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.

Kehamilan dan Kelahiran

Kehamilan dan kelahiran memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan mendukung rahim. Kelahiran normal atau secara forceps atau vakum memang dianggap satu kecederaan yang merosakkan ligamen-ligamen dan otot sekeliling faraj.

Seringkali mereka yang melahirkan di rumah mengalami koyakan tetapi tidak dijahit dan ini salah satu faktor yang menimbulkan kelemahan atau kekenduran otot peranakan. Kelahiran yang memakan masa yang lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang memerlukan ibu meneran dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang memerlukan kegunaan alat seperti vakum atau forceps adalah faktor-faktor yang mungkin menyumbangkan kepada berlakunya prolapse di kemudian hari.

Menopaus

Keadaan menopaus atau kekurangan hormon sama ada yang berlaku secara natural iaitu ketika umur 50 tahun ke atas, ataupun ekoran daripada pembedahan oleh sebab-sebab penyakit yang mana ovari dibuang boleh menyebabkan keadaan kekurangan hormon dan seterusnya menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan.

Proses atrophy atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolapse. Nyata sekali prolapse yang teruk sering berlaku pada wanita-wanita yang berumur 60 tahun ke atas akibat daripada ketandusan hormon ekoran daripada menopaus. Kegunaan hormon sebagai rawatan menopaus nyata dapat mengurangkan berlakunya prolapse.

Tumbuhan Dalam Rahim


Pada wanita yang mengalami tumbuhan seperti fibroid yang tidak menimbulkan masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku dalam umur 40-an ke atas ataupun selepas putus haid apabila otot dan ligamen rahim telah lemah, mempunyai risiko berlakunya prolapse kerana tumbuhan fibroid yang kecil juga merupakan satu tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah. Tetapi fibroid ini biasanya yang berukuran besarnya adalah sederhana dan tidak melebihi saiz bola golf.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

APAKAH PROLAPSE (SAKIT PUAN)

KEKENDURAN RAHIM

Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar 'tombong'). Di antara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.

Gangguan Perkencingan

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa-apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal. Keadaan ini digelar Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudhu'nya.

Gangguan Hubungan Kelamin

Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi di antaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot di sekeliling faraj.

Ketidakselesaan dan Sakit Pinggang

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh, ia menarik otot dan seringkali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan


Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeselan yang berpanjangan. Malah ada sesetengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

APA PUNCA FIBROID? (SAKIT PUAN)

FIBROID adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa-apa simptom atau gejala. Bila meningkat umur empat puluhan, 30% wanita ada tumbuhan fibroid.

Ada yang tumbuh satu sahaja dan besar, ada yang banyak ketul dan sebagainya.

Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau 'myometrium' yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Lapisan paling dalam ialah lapisan 'endometrium'. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan 'darah kotor'. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang dinyatakan tadi.

Mengapa Tumbuh Fibroid?


Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau mengganggu kesihatan.

Ada yang menyatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Fibroid juga sering dijumpai di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon

Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu 'estrogen' dan 'progesteron'. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GEJALA FIBROIDS (SAKIT PUAN)

Apakah Gejala-Gejala Fibroid?

Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadangkala ia tidak memerlukan rawatan langsung.

Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen. Ketika seseorang wanita itu putus haid, paras estrogen akan jatuh ke tahap yang sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.

Gangguan Haid

Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.

Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.

Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan


Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun berkahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.

Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadangkala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.

Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing

Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerapkali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.

Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)


Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENYUSUAN ANAK ANGKAT (SAKIT PUAN)

Soalan

SAYA telah berkahwin selama 15 tahun tetapi tidak mempunyai anak. Saya dan suami telah mencuba pelbagai rawatan sama ada secara moden atau tradisional. Malangnya kami masih tidak berjaya. Kami juga mencuba rawatan secara persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali namun saya masih tidak hamil. Kami reda dan bercadang mengambil anak angkat. Mohon doktor membantu cara untuk mencetuskan penyusuan ibu bagi anak angkat tersebut. Bilakah cara yang patut dimulakan? Bagaimanakah hukum berkenaan bayi susuan ini?

Artikah
Selangor

Jawapan

SAYA amat memahami keadaan puan dan suami. Saya tahu puan ialah seseorang yang amat tabah. Insya-Allah saya amat yakin puan akan berjaya untuk menyusukan anak angkat puan nanti.

Mencetuskan penyusuan ibu atau induce lactation bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak angkat bukanlah suatu perkara yang mudah kerana biasanya ibu-ibu ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu-ibu ini. Namun ini tidak boleh menjadi penghalang kepada ibu-ibu angkat berusaha menghasilkan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka.

Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula. Seperti dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu formula adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.

Semasa kehamilan, badan wanita akan meningkatkan penghasilan hormon progesteron dan estrogen (dirembeskan oleh ovari) dan hormon prolaktin (dirembeskan oleh kelenjar pituitari) untuk menyediakan payudara bagi penyusuan ibu. Di akhir kehamilan, aras hormon progesteron dan hormon estrogen akan menurun manakala aras hormon prolaktin akan bertambah untuk memulakan penghasilan dan pengeluaran susu ibu di payudara. Prosedur inilah yang cuba ditiru untuk membolehkan ibu-ibu yang tidak pernah hamil mengalami proses mencetuskan susu ibu di payudara mereka. Apabila susu ibu sudah berjaya dihasilkan maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah iaitu meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu.

Pil perancang

Bilakah induce lactation harus bermula? Sebaik-baiknya lebih awal bermula lebih baik hasil yang akan diperoleh dalam usaha mencetuskan susu ibu. Sebagai contoh, ibu boleh bermula enam bulan atau lebih awal sebaik sahaja mengambil keputusan menerima bayi angkat untuk menyediakan susu ibu kepada bakal bayinya.

Ringkasnya, mencetuskan susu ibu ada empat fasa. Fasa satu adalah dengan memakan pil perancang dan Domperidone untuk memudahkan badan 'meniru' proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan. Fasa dua pula adalah menghentikan pil perancang tetapi teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu. Fasa ketiga adalah memerah susu untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu dan fasa empat dengan memberi bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.

Nasihat

Nasihat saya kepada ibu (ibu angkat) ialah susu ibu tetap makanan terbaik bagi bayi baru lahir. Sebaik-baiknya susukan bayi sekurang-kurang selama enam bulan pertama hayatnya, ibu harus berfikiran positif, cekal, sabar dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya mencetuskan susu ibu.

Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada 'arahan' daripada otak. Jadi didiklah otak supaya mahu bekerjasama dengan kita untuk menghasilkan susu ibu yang mencukupi untuk bayi anda.

Latih bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan bagi menghasilkan lebih banyak susu. Jika perlu alat SNS boleh digunakan. Jangan sesekali memperkenalkan puting tiruan kepada bayi. Walaupun ketika susu ibu masih belum mencukupi dan ibu terpaksa memberi susu formula kepada bayi, gunakan sudu atau cawan kecil bagi mengelak bayi keliru puting. Jika masalah keliru puting berlaku lebih sukar memujuk bayi menyusu daripada payudara ibu. Kesannya payudara kurang dirangsang maka penghasilan susu akan berkurangan.

Dapatkan nasihat doktor dan pakar laktasi untuk membincangkan penggunaan pil dan ubat-ubatan di atas. Kenal pasti juga kesan sampingan yang mungkin berlaku dengan penggunaan ubat-ubatan tersebut.

Hukum


Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat seorang wanita telah mencapai umur baligh sama ada berkahwin atau sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tidak mengandungi sebarang unsur najis atau mudarat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.

Jumhur fuqaha' juga sepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung daripada payudara dan secara tidak langsung menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya.

Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

(i) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.

(ii) Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi.

(iii) Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

Hujah thabitan ini kerana susu ibu tersebut menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan. Muzakarah juga memutuskan wanita beragama Islam tidak dilarang menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada akidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.

Muzakarah juga memutuskan susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama' mazhab Shafie dan Hambali, kerana untuk sah atau sabit menjadi anak susuan perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.

Lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut sah menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme