Label

TIP PIKAT ISTERI

1. SENTIASA mengingati masa indah dan kenangan bersama isteri seperti tarikh mula berkenalan, tempat pertemuan, janji temu pertama, ulang tahun perkahwinan, tarih lahir isteri.

2. UCAPKAN perkataan sayang sekurang-kurangnya sekali sehari. Wanita itu amat suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat itu apatah lagi yang sudah lama berkahwin.

3. APABILA isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik, lelaki perlu peka bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti tarikh hari lahir.

4. PAKAI pakaian yang cantik dengan bauan yang memikat ketika bersama isteri kerana isteri sukakan sesuatu yang harum dan menyegarkan. Sering kali lelaki lupa tanggung jawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama yang lama berkahwin.

5. JANGAN terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri kurang sedap, tawar atau masin. Sebaiknya beri teguran yang lembut yang tidak menyinggung isteri.

6. UNTUK menghidupkan suasana romantik terutama pasangan yang lama berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah untuk isteri.

7. SERING kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan mempunyai lebih masa dengan anak. Cuba bahagikan masa sama rata antara anak dan isteri.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SEKSUAL MENURUN PADA USIA EMAS

Soalan

ADAKAH apabila usia meningkat 60 tahun tahap seksual menurun? Adakah sebarang ubat untuk memulihkan tenaga seksual lelaki?

KHAN
Kuala Lumpur

Jawapan

UMUR memainkan peranan dari segi kemampuan seksual. Bagaimanapun, jika tahap kesihatan individu itu baik dan mengamalkan gaya hidup sihat, dia akan melakukan aktiviti seksual dengan pasangan walaupun dalam usia emas.

Apabila seseorang lelaki mencecah usia 40 tahun, dia perlu mengambil berat mengenai kesihatannya bagi mengelak penyakit kronik (penyakit keturunan) seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit jantung yang mempengaruhi kesihatan seksual dan punca lemah tenaga batin.

Kajian mendapati 40 peratus lelaki mengalami lemah tenaga batin dalam usia 40 tahun manakala 60 peratus apabila berusia 60 tahun.

Rawatan sedia ada termasuk ubat seperti Viagra, Cialis atau Levitra yang boleh diberi doktor atau menggunakan pam vakum dan suntikan ubat pengembang otot zakar seperti Caverjet. Bagaimanapun, rawatan itu tidak mungkin dapat mengembalikan kemampuan syahwat seperti berusia 20-an.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BANTU PASANGAN CAPAI KLIMAKS

Soalan

SEKIRANYA ejakulasi berlaku dan saya masih bersetubuh bersama pasangan, adakah baki air mani berkenaan akan mengalir masuk ke faraj atau meleleh keluar?

HAS
Kedah

Jawapan

SEBAHAGIAN besar lelaki mampu mengekalkan ketegangan zakar selepas ejakulasi dan ia membantu pasangan perempuan mencapai klimaks jika pancutan air mani berlaku awal.

Bagaimanapun kemampuan ini akan hilang apabila usia lelaki itu meningkat dan ketegangan zakarnya tidak seperti waktu muda dulu. Keadaan ini selalunya akan mendatangkan masalah dalam hubungan kelaminnya dengan pasangan.

Jika selepas ejakulasi lelaki itu masih meneruskan geselan zakar ke faraj, sudah tentu kemasukan angin yang berlaku mengakibatkan air mani keluar dari faraj.

Perkara ini boleh dikurangkan jika wanita mengangkat punggung ke atas serta merapatkan paha ke dada dan ia menyebabkan faraj menjadi lebih panjang.

Mungkin anda perlu mengubah posisi dengan mengadakan persetubuhan dari belakang yang dapat mengelak dari berlakunya keciciran air mani.

Air mani juga boleh melimpah keluar jika pasangan perempuan bangun selepas bersetubuh untuk mencuci kemaluan atau meluruskan dan merapatkan serta mengemut faraj selepas bersetubuh.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SUKAR EREKSI SELEPAS BEDAH JANTUNG

Soalan

SAYA berusia 35 tahun dan sudah berumah tangga. Selepas menjalani pembedahan jantung, zakar saya lemah dan sukar ereksi. Apakah masalah ini berpunca daripada jantung?

LEMAN
Pahang

Jawapan

SALAH satu penyakit mempengaruhi fungsi ereksi ialah jantung terutama penyakit koronari yang berkaitan kesempitan saluran darah ke jantung akibat peningkatan kolesterol dan lemak disebabkan amalan gaya hidup tidak sihat.

Sesetengah lelaki yang masih mampu melakukan hubungan kelamin sebelum menjalani pembedahan pemintasan salur darah koronari, selepas selesai pembedahan itu akan mendapati mereka hilang kemampuan seksual.

Ini kebiasaannya berlaku akibat 'berehat' menunggu pembedahan pulih yang biasanya memakan masa. Ada lelaki yang menjalani pembedahan jantung dan kembali pulih dengan cepat, dapat mencapai ereksi secara spontan.

Biasanya mereka yang menjalani pembedahan jantung akan rasa lemah dari segi nafsu dan kemampuan syahwat.

Jika masalah lemah syahwat itu berlaku dan mengikut doktor pakar jantung, anda boleh mengambil 'Viagra', 'Cialis', 'Levitra' atau ubat 'PDE5 Inhibitor', lakukan jika ini membantu melancarkan kemasukan darah ke otot zakar supaya ia mampu ereksi.

Jika tidak disyorkan doktor, cuba kaedah lain seperti menggunakan alat pam vakum (medical standard device) atau kaedah penyuntikan ubat pengembang salur darah ke dalam otot zakar iaitu 'Caverject'.

Selain itu jumpa doktor pakar dalam pengurusan disfungsi erektil (DE).

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

4 TAHUN KAHWIN TAK RASA NIKMAT

Soalan

SAYA berusia 31 tahun dan sudah empat tahun berkahwin. Saya menghadapi masalah tidak merasai nikmat bersetubuh.

Setiap kali mengadakan persetubuhan dengan isteri, saya tidak merasai keseronokan atau kepuasan walaupun dalam keadaan ghairah malah kesakitan.

Akibatnya, zakar mengendur dan tidak mampu mengeluarkan mani. Sejak berkahwin, air mani tidak pernah keluar. Harap doktor membantu.

LELAKI MALANG
Johor

Jawapan

PUSAT kawalan ejakulasi air mani dalam sistem ejakulasi terletak pada urat saraf di tulang belakang. Poses ejakulasi tercetus dari otak akibat tindak balas rangsangan seksual dan air mani yang terkumpul dalam penghujung salur sperma akan terpancut melalui otot sistem pancutan apabila lelaki klimaks.

Pancutan air mani atau ejakulasi ialah kemuncak rangsangan seksual dan ia dikawal urat saraf dan hormon testosterone. Jika urat saraf terganggu, pancutan air mani tidak berlaku.

Masalah seperti keradangan urat saraf akibat penyakit kencing manis dan 'multiple sclerosis' ialah antara penyakit kepada masalah itu. Tekanan mental juga boleh menyebabkan kegagalan ejakulasi selain kekurangan hormon testosterone yang berlaku kepada lelaki berumur.

Bagaimanapun sebahagian besar masalah kegagalan ejakulasi tidak dapat dikesan. Ada yang diberi rawatan dengan mengambil vitamin B1, B6 dan B12 serta ubat untuk memantapkan tindak balas urat saraf.

Alat getaran atau ejakulator dapat membantu. Ia membabitkan proses pengumpulan air mani untuk disalurkan ke faraj pasangan bagi kehamilan.

Ada juga lelaki mendapat kenikmatan ketika tidur (mimpi basah) tetapi tidak ketika bersetubuh atau onani. Ada juga lelaki yang ketagih dengan amalan onani hanya boleh mencapai ejakulasi melalui amalan itu.

Kehamilan boleh terjadi jika air mani dapat dikumpul melalui onani dan menyalurkan ke faraj pasangan untuk kehamilan.

Apabila sesuatu hubungan seksual itu mendatangkan tekanan kepada satu pasangan seperti si suami tidak dapat mencapai ejakulasi, isteri juga tidak akan merasai nikmat bersetubuh.

Saya nasihatkan anda dan isteri berjumpa doktor yang mahir bagi mengelak masalah ini berpanjangan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HORMON KAWAL NAFSU SYAHWAT

Peningkatan hormon testosterone tidak bererti individu jadi hiper seks

Soalan

PENGAMBILAN pil penambah hormon testosterone dan ubat herba dikatakan boleh memulihkan tenaga batin. Jika berkesan, adakah ia boleh menyumbang kepada peningkatan kes rogol, sumbang mahram dan mengadakan hubungan sulit?

MAHU TAHU
Shah Alam, Selangor

Jawapan

NALURI seksual dan nafsu syahwat adalah anugerah Tuhan kepada manusia dan binatang. Bagaimanapun hanya manusia boleh melakukan hubungan seks pada bila-bila masa berbanding binatang yang melakukan mengikut musim.

Naluri seksual dan syahwat dikawal oleh Pusat Kawalan Seks di kawasan hyphotalamus dan para ventricular nucleus dalam otak.

Jika seseorang itu terangsang, bahagian berkenaan akan terangsang dan tindak balasnya, lelaki akan mengalami ketegangan zakar (ereksi) dan bagi wanita, faraj akan mengeluarkan cecair seperti pelincir.

Hormon testosterone mengawal nafsu syahwat manusia. Namun, tanpa kerelaan dan izin minda, rangsangan tidak akan berlaku.

Makanan tambahan atau ubat herba dan peningkatan hormon testosterone tidak bererti individunya menjadi hiper seks.

Jika terdapat banyak hormon testosterone dalam badan, pusat kawalan hormon akan mengarahkan organ yang menghasilkan testosterone mengurangkan pengeluaran hormon terbabit sehingga sampai paras yang biasa untuk individu itu. Ia adalah sistem tindak balas semulajadi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GAGAL BERTAHAN LAMA KETIKA BERSAMA

Soalan

SAYA berusia 44 tahun dan mempunyai lima anak. Masalahnya zakar saya hanya mampu menegang kira-kira seminit setiap kali melakukan persetubuhan bersama isteri.

Ia sudah berlarutan selama lapan bulan.

Saya pernah mengambil pil viagra 50 mg dan 100 mg, tetapi tidak memberi kesan.

Ketika bersetubuh, saya akan mengepit kedua-dua belah kaki dan barulah zakar dapat mengekalkan ketegangan dan mencapai ejakulasi.

Apakah cara berkesan menyelesaikan masalah ini?

SIDIK
Kluang, Johor

Jawapan

KETEGANGAN zakar berlaku akibat pengaliran darah ke ruang otot zakar. Kadang kala kemasukan darah tidak mencukupi menjadikan otot zakar tidak mencapai ketegangan yang dikehendaki.

Keadaan ini dikenali sebagai keciciran darah daripada otot zakar atau 'venous leakage'. Inilah yang mungkin berlaku kepada anda.

Cara mengepit peha untuk mengekalkan ketegangan seberapa lama yang boleh supaya anda dapat mencapai kepuasan ialah cara yang dapat mengawal darah ke dalam otot zakar.

Jika anda bergerak sedikit atau mengubah posisi, pengaliran darah akan berkurangan dan zakar akan kendur tanpa sempat menghabiskan persetubuhan.

Cara untuk mengatasi masalah 'venous leakage' ialah menggunakan alat penambat zakar seperti cincin zakar atau 'penile ring'.

Ia boleh disarung ke pangkal zakar sewaktu menegang supaya ketegangan dapat dikekalkan.

Ubat untuk melancarkan pengaliran darah dalam zakar seperti viagra, levitra atau cialis berkesan untuk mencapai ketegangan, tetapi ia tidak mengekalkan darah dalam otot zakar dan kemungkinan darah tercicir keluar dari otot.

Jika gagal mengekalkan ketegangan selepas memakainya, anda boleh gunakan dua atau tiga cincin berkenaan.

Senaman kegel atau kemutan juga menambah ketegangan zakar dan dibantu cincin penambat. Jika masih gagal juga, jumpa doktor pakar.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENING, SAKIT KEPALA KETIKA EJAKULASI

Soalan

SAYA berkahwin selama 13 tahun dan biasanya melakukan hubungan seks dua atau tiga kali seminggu.

Sejak akhir-akhir ini saya kerap mengalami pening dan sakit kepala setiap kali bersetubuh terutama ketika ejakulasi.

Ia membimbangkan saya kerana sebelum ini ia tidak pernah berlaku.

ROSLI
Batu Gajah, Perak

Jawapan

PENING atau sakit kepala ketika klimaks sebenarnya jarang berlaku. Malah, jika berlaku pun ia jarang berulang.

Ia mungkin petanda awal anda menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi atau petanda gaya hidup tidak sihat seperti merokok, berat badan berlebihan dan tidak melakukan aktiviti fizikal.

Masalah itu kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita dengan nisbah 4 : 1. Jika berlaku ia boleh memberi tekanan kepada hubungan intim.

Cara bijak menghadapinya ialah pemeriksaan kesihatan. Jika terdapat sesuatu yang luar biasa dan rawatan diberi, kemungkinan pening kepala ketika ejakulasi itu akan berkurangan.

Kadang kala ia berlaku akibat kesinambungan pening kepala biasa. Biasanya ia akan berkurangan dalam masa yang singkat dan jarang berlarutan untuk beberapa jam, tetapi ada juga yang berlarutan sehingga beberapa hari.

Ia juga mungkin disebabkan masalah pendarahan dalam otak. Bagaimanapun jika anda bimbang mengenainya, anda boleh melakukan ujian imbasan otak.

Bagaimanapun, janganlah masalah itu menjadi penghalang untuk anda menunaikan kewajipan terhadap isteri. Sila jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti tahap kesihatan anda.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SENAK GUNA PAM VAKUM

Soalan

SAYA menggunakan alat pam vakum untuk membesar dan memanjangkan zakar. Bagaimanapun selepas sebulan, saya berasa sakit dan senak di pangkal zakar.

Adakah saya salah menggunakan alat pam vakum?

MAN
Puchong, Selangor

Jawapan

LELAKI hanya memiliki satu saja alat kelamin dan ia tidak boleh ditukar ganti. Jika tidak dijaga dengan baik, ia mungkin mendatangkan masalah. Antaranya menggunakan alat yang salah membesarkan zakar.

Alat pam vakum tidak sesuai bagi tujuan membesarkan zakar yang kecil. Bagi lelaki Asia, saiz normal zakar ketika menegang ialah 10 hingga 14 sentimeter (sm) dan ukur lilit ialah 9 hingga 13 sm.

Jika saiz yang dimiliki kurang dari 6 sm, mungkin sukar untuk melakukan persetubuhan dan hanya sedikit dapat dimasukkan ke faraj (ukuran kedalaman faraj antara 7 hingga 9 sm).

Jika pam vakum digunakan selalu dan lama, kemungkinan darah dalam otot zakar membeku atau otot zakar cedera akibat tekanan alat berkenaan.

Ia boleh menjadikan zakar berparut dan semakin membengkok ketika menegang. Ia dikenali penyakit Peyronie, disebabkan penggunaan pam vakum yang salah.

Kaedah tanpa pembedahan yang sesuai serta sudah diiktiraf ialah alat penarik otot zakar atau Andropenis.

Bagaimanapun jangan disalah guna seperti menambah tarikan kepada otot zakar. Ia perlu digunakan mengikut panduan dan nasihat pakar.

Lebih baik hentikan  mengguna pam vakum itu sebelum zakar tercedera.

Saya hanya syorkan penggunaan alat pam vakum yang mendapat piawaian perubatan. Alat pam vakum perlu dikendalikan profesional seperti ahli farmasi, ahli teknologi perubatan atau doktor bukan orang biasa.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

CEPAT KLIMAKS, KECEWAKAN ISTERI

Soalan

SAYA berusia 37 tahun dan sudah 16 tahun berkahwin. Masalahnya zakar saya sudah tidak semantap dulu setiap kali mengadakan persetubuhan dengan isteri.

Saya kerap mencapai klimaks terlebih dulu daripada isteri dan membuatkan dia kecewa. Malah, hubungan saya bersama isteri tidak semesra dulu berikutan masalah ini.

Bolehkah doktor berikan tips untuk mengubati masalah ini?

ZMAN
Kuantan, Pahang

Jawapan

JIKA ketegangan padat, zakar akan berada dalam keadaan mantap dan kekal untuk bergerak tanpa hilang kawalan. Sehubungan itu, ejakulasi dapat dikawal sehingga kedua-dua pasangan puas.

Jika ketegangan kurang padat, ia tidak dapat dikekalkan malah akan mengendur jika kurang rangsangan. Jika dalam keadaan begitu terpaksa digesel luar kawalan dan mudah hilang daya kawalan, maka akan cepat klimaks.

Dalam memadatkan ketegangan, otot kemut (otot lantai pelvis) memainkan peranan penting. Jika otot berkenaan dicengkam ketika zakar menegang, maka ketegangan akan menjadi lebih padat dan kental. Jika dimasukkan dalam faraj dan gerakan dilakukan dengan mengemut, maka geselan menjadi lebih bersemangat dan ketegangan zakar tidak akan mengendur kerana kemutan tadi dapat mengelakkan pengaliran keluar darah dan ia akan kekal sehingga lelaki itu klimaks. Malah selepas klimaks, ketegangan masih ada walaupun tahapnya kurang, tetapi masih boleh digerakkan lagi ke faraj.

Mungkin cara yang baik untuk memantapkan ketegangan zakar ialah dengan mengamalkan senaman kemut atau kegel. Caranya ialah dengan merapatkan peha dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing (seperti menahan membuang air besar), tarik nafas dan tahan selama lima minit. Lakukannya sebanyak 10 kali dalam setiap sesi dan dalam sehari lakukan sebanyak lima hingga enam sesi.

Selain itu, sapukan losyen pelembap supaya kulit zakar lebih selesa. Sentuh seluruh zakar dengan hujung jari, tetapi jangan sehingga klimaks pula!

Seterusnya amalkan gaya hidup positif seperti tidak merokok, elak minum minuman keras, lakukan senaman berkala, jaga berat badan dan kurangkan tekanan. Herba seperti tongkat ali dapat membantu merangsangkan pengeluaran hormon syahwat selain meningkatkan tenaga batin.

Jika cara yang saya cadangkan itu masih tidak berkesan selepas tiga minggu, eloklah jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Jangan bazirkan duit berjumpa orang tidak bertauliah.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIMBUL RUAM SELEPAS BERSAMA

Soalan

JIKA saya melakukan persetubuhan seminggu sebelum datang haid, suami saya akan terasa gatal pada zakarnya dan timbul bintik-bintik merah pada hujung zakar.

Kenapa ia berlaku? Adakah jangkitan itu berpunca daripada saya?

ISTERI MANJA
Kuala Lumpur

Jawapan

PENYAKIT kelamin atau jangkitan akibat hubungan kelamin boleh berlaku dalam persetubuhan tertutup (tanpa pembabitan orang ketiga!) antara suami dan isteri. Pasangan perlu merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan yang sewajar untuk mengelakkannya daripada berulang.

Kuman, kulat dan parasit boleh mendekati kawasan anggota sulit akibat kontaminasi dan tinggal di sana tanpa memberi apa-apa kesan kepada anggota sulit individu (lelaki atau wanita).

Apabila individu itu bersetubuh dengan pasangan, sama ada dia atau pasangannya atau kedua-duanya sekali boleh terkena jangkitan apabila jangkitan itu memasuki kulit yang radang akibat hubungan seksual dan tanda seperti kegatalan dan ruam boleh berlaku.

Jika jangkitan itu ketara, keradangan anggota sulit akan lebih lama dan menyulitkan individu itu. Kadang-kadang jangkitan itu terkawal dan keadaan menjadi normal beberapa hari kemudian. Jika persetubuhan dilakukan lagi, jangkitan mungkin tidak berlaku lagi pada waktu itu kerana jumlah kuman, kulat atau parasit berkurangan.

Bagaimanapun ia boleh berubah apabila jumlah kuman, kulat dan parasit berkenaan meningkat akibat persekitaran tempat tinggal anda sesuai untuk pembiakannya atau persetubuhan dilakukan dengan kerap sehingga kulit anggota sulit luka dan mudah mendapat jangkitan kuman.

Saya syorkan anda berjumpa doktor bersama suami untuk menjalani pemeriksaan. Mungkin doktor akan lakukan pemeriksaan pada salur faraj anda dan mengambil sedikit cecair untuk diperiksa sama ada terdapat kuman, kulat atau parasit.

Pemeriksaan yang sama akan dilakukan kepada suami dan jika dia tidak berkhatan, kemungkinan kulat, kuman atau parasit itu terdapat di bahagian yang terselindung oleh kulit kepala zakar (jika berkhatan, kulit kepala zakar akan terdedah dan jarang mengandungi kuman).

Jika satu daripada pasangan kelamin itu didapati ada jangkitan, kedua-dua mereka akan diberi rawatan supaya jangkitan tidak berulang.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SUAMI RISAU TIADA HARAPAN DAPAT ZURIAT

Soalan

SAYA berusia 38 tahun dan sudah lebih dua tahun berkahwin, tetapi belum dikurniakan cahaya mata.

Baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan kesuburan dan doktor memberitahu air mani saya tiada sperma. Puncanya buah zakar saya rosak dan saiznya mengecut daripada normal.

Doktor berkenaan tidak pasti punca kerosakan buah zakar saya, tetapi bagi saya mungkin berpunca daripada memakai seluar ketat.

Doktor itu berterus terang mengatakan saya tiada harapan untuk mendapat zuriat sendiri. Bagaimana pendapat doktor?

TERUNG
Kuala Lumpur

Jawapan

SIAPA yang tidak mahukan anak? Lebih-lebih lagi daripada zuriat sendiri. Jika diizinkan Tuhan, segala impian itu akan termakbul.

Adalah penting bagi mana-mana pasangan yang lama berkahwin berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya isteri masih belum hamil.

Pemeriksaan yang akan dilakukan kepada suami ialah pemeriksaan fizikal untuk mengetahui sama ada anggota reproduktif suami sihat atau tidak. Selepas itu ujian air mani akan dilakukan untuk mengetahui sama ada dia mampu menghasilkan sperma atau tidak.

Sperma itu pula akan diperiksa sama ada ia sihat, berbentuk normal, aktif dan bilangannya mencukupi. Jika perlu pemeriksaan susulan seperti ujian hormon dan pembedahan kecil akan dilakukan kepada buah zakar (testicular biopsy) untuk mengambil secebis tisu bagi meneliti kilang sperma sama ada ia normal atau tidak.

Biasanya ujian air mani dilakukan berulang dalam tempoh beberapa minggu. Jika pada ujian kali ketiga masih tiada sperma, sahlah air mani itu tidak mengandungi sperma.

Oleh itu, pemeriksaan susulan seperti penyukatan hormon kesuburan FSH akan dilakukan dan jika perlu pembedahan biopsi buah zakar juga perlu dilakukan. Jika semua ujian ini menunjukkan kilang sperma tiada atau rosak, kemungkinan mendapat zuriat sendiri memang tiada.

Pemeriksaan kedua-dua buah zakar dengan menggunakan alat Orkidometer atau alat pengukur buah zakar dapat memberi gambaran mengenai kedudukan buah zakar itu dari segi kemampuan kilang sperma.

Ukuran kurang dari 12 cc menandakan ia mempunyai masalah. Kadang-kadang isi padu buah zakar normal tetapi tiada sperma. Keadaan sebegini memerlukan pemeriksaan susulan seperti ujian tahap hormon FSH dan kadang-kadang pembedahan biopsi buah zakar untuk mengenalpasti kedudukan kesuburan lelaki itu.

Punca kenapa lelaki itu tidak subur atau tidak menghasilkan sperma memang banyak. Antaranya, masalah baka dan ia memang sukar dipulihkan.

Kerosakan buah zakar juga boleh berlaku akibat kecederaan. Selain itu jangkitan kuman dan virus (seperti virus beguk) boleh mengakibatkan keradangan dan kerosakan kilang sperma. Pendedahan kepada bahan kimia seperti racun rumpai, racun serangga (DDT), pancaran sinar-x dan kimia anti kanser juga boleh merosakkan buah zakar.

Begitu juga dengan buah zakar yang terdedah kepada suhu tinggi seperti bahang dari alat kimpalan atau ketuhar. Sebahagian besar sebab kilang buah zakar rosak tidak diketahui.

Memang sukar mengesan masalah sebenar. Bagaimanapun jika tiada penawar, kedua-dua pasangan boleh mengambil anak angkat.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KERANDUT TAK SEIMBANG, ALAT SULIT BENGKOK

Soalan

KEDUDUKAN buah zakar saya tidak seimbang di mana bahagian sebelah kanan terletak di bawah dan sebelah kiri ke atas sikit. Selain itu zakar saya bengkok ke kanan.

Adakah ia sesuatu yang normal? Jika tidak, bagaimana untuk menyembuhkannya?

AMAT
Kelantan

Jawapan

KEDUDUKAN buah zakar tidak seimbang adalah sesuatu yang normal. Kebanyakan lelaki memiliki buah zakar kiri yang sedikit ke bawah berbanding kanan dan kurang satu peratus lelaki mempunyai buah zakar seimbang.

Bagaimanapun, ada juga ketidakseimbangan yang terlalu ketara. Ia berlaku akibat angin pasang (hernia), air pasang (hidrosel), pembuluh darah buah zakar berpintal (varikosel) atau terdapat ketumbuhan cista.

Jika ini berlaku, lelaki berkenaan perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Kedudukan zakar yang bengkok juga perkara biasa terutama apabila ia menegang. Jika sebaliknya berlaku, besar kemungkinan terdapat masalah seperti kekerasan sebahagian zakar yang menyebabkannya tertarik oleh tisu yang keras itu.

Kadang-kadang zakar tertolak oleh buah zakar yang tertekan akibat angin pasang. Apabila angin pasang itu disembuhkan melalui pembedahan, kedudukan zakar akan kembali kepada kedudukan biasa.

Semua masalah yang saya jelaskan tadi dapat dikesan jika seseorang lelaki itu melakukan pemeriksaan sendiri terhadap buah zakar dan zakarnya. Amalan ini sebenarnya penting untuk kebaikan anggota tubuh dan jika boleh lakukannya sekali dalam sebulan.

Cara melakukannya dengan berdiri di depan cermin. Kemudian sentuh buah zakar dengan jari serta ibu jari. Jika ada sesuatu yang luar biasa, segeralah berjumpa doktor.

Jadilah lelaki yang cemerlang dan lakukan pemeriksaan sendiri untuk kesejahteraan anggota sulit anda. Jangan malu berjumpa doktor.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ISTERI TAK BERMINAT LAKUKAN SEKS

Soalan

SAYA bapa kepada empat anak dan bakal menimang cahaya mata kelima. Perkahwinan saya sudah berusia 18 tahun.

Masalahnya, isteri saya dingin dalam hubungan seks terutama sejak mengandung anak kelima ini. Sikapnya amat mendukacitakan saya, sehinggakan saya terasa seolah-olah mati pucuk. Jika ingin bersamanya, dia langsung tidak berminat untuk mengadakan hubungan seks.

Sejak kebelakangan ini, saya tidak dapat mengawal nafsu seks untuk bersetubuh. Paling trauma saya kerap bermimpi keluar mani (seperti baru baligh).

Saya juga mengalami tekanan jika tidak mengeluarkan mani sehinggakan seluruh badan saya sakit terutama pada bahagian pinggang. Jadi untuk meredakan kesakitan saya terpaksa melakukan onani untuk memuaskan nafsu seks.

Adakah saya tergolong dalam lelaki yang kuat seks? Apakah kesannya pada zakar saya jika kerap onani? Betulkah jika air mani kita tidak keluar begitu lama badan akan terasa sakit?

SUAMI RESAH
Pulau Pinang

Jawapan

HUBUNGAN seksual menyeronokkan kedua-dua pasangan jika itu yang dihajatkan. Kepada individu yang memang bersemangat dalam aspek hubungan syahwat, dia akan bersemangat dan seronok jika hajatnya untuk bersetubuh tercapai.

Tanda-tanda seperti lenguh badan, sakit kepala, sakit belakang dan kurang mood akan muncul. Ada juga lelaki yang mengalami kesakitan pada buah zakar seperti rasa kencing tak lawas.

Bagaimanapun, semua ini akan hilang jika dia mencapai klimaks akibat onani. Tanda-tanda yang dialami sebelum itu ialah kesan tekanan atau stress kerana tidak dapat melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Apabila dia mendapat kelegaan sama ada melalui onani atau mimpi basah, dia akan rasa selesa seketika dan selagi perkara ini tidak dapat penyelesaian, tanda berkenaan akan berulang.

Jika anda dan isteri bekerjasama mengatasi masalah ini, tekanan sekarang tidak akan berterusan dan terkawal. Anda juga perlu tahu hubungan seks sememangnya memerlukan tenaga dan tahap kesihatan yang sempurna.

Bagi wanita, mood adalah penting. Dalam keadaan letih selepas seharian bekerja termasuk menguruskan rumahtangga dan anak, wanita kebiasaannya tiada tenaga untuk suaminya.

Keadaan mungkin boleh berubah jika anda membantu mengurangkan beban pengurusan rumahtangga dan memberi layanan yang baik.

Mood isteri boleh berubah dan dia boleh memberi layanan yang diidamkan suami dan dirinya tanpa melakukannya sebagai satu tanggungjawab.

Ada banyak cara wanita boleh memuaskan suami tanpa bersetubuh seperti mengurut dan membelai anggota kemaluan suami sehingga klimaks.

Nafsu syahwat atau naluri seksual adalah anugerah Tuhan. Keperluannya juga berbeza bagi lelaki dan wanita. Soal kuat seks tidak timbul. Apa yang penting ia terkawal dan dilakukan tanpa mengikut hawa nafsu.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ELAK DIUSUNG KE HOSPITAL

Soalan

SAYA berusia 25 tahun dan menghadapi masalah angin pasang atau hernia. Saya dimaklumkan masalah ini boleh disembuhkan melalui pembedahan.

Selepas pembedahan, adakah wujud kesan sampingan seperti sakit ketika melakukan aktiviti sukan?

RAZ
Selangor

Jawapan

RAWATAN moden satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah anda itu. Jika anda takut dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau hanya mencuba kaedah mengurut, besar kemungkinan hernia itu lebih parah. Anda mungkin diusung ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan.

Jadi, pembedahan adalah lebih baik. Dalam pembedahan itu, usus yang termasuk ke kerandut akan diletakkan kembali ke dalam perut dan ruang di antara perut dan kerandut akan diperkukuhkan.

Anda mungkin dilarang melakukan aktiviti lasak buat seketika, tetapi apabila sembuh anda boleh aktif bersukan.

Pembedahan untuk pemulihan, bukannya kemudaratan. Bayangkan jika hernia itu dibiarkan. Ia akan membesar dan menolak buah zakar dan zakar ke belakang. Lama-kelamaan ia akan merosakkan alat kelamin anda.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TAK MAMPU TINGGAL KETAGIH ONANI

Soalan

SAYA berusia 30 tahun dan masih belum berkahwin. Masalahnya, saya mengalami ketagihan seks dan kerap melakukan onani. Malah, saya sudah lakukannya sejak saya berusia 17 tahun.

Ketagihan saya kadang-kadang cukup kronik dan saya pernah melakukannya sebanyak lima kali sehari! Saya tahu ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada saya, tetapi saya tidak mampu meninggalkan tabiat itu.

Saya bimbang jika berkahwin kelak, saya tidak mampu menghasilkan zuriat ataupun memuaskan kehendak batin isteri.

JAR
Pulau Pinang

Jawapan

ANDA tidak perlu bimbang kerana anda sudah sedar akan keburukannya. Bagaimanapun, anda perlu kurangkan tabiat itu. Lakukannya jika anda begitu tertekan supaya anda tidak terjebak dengan seks rambang.

Amalan onani ketika usia muda sebenarnya tidak memberi kesan ketara kerana jarang kilang sperma rosak akibat tabiat onani. Buat masa ini anda tidak perlu buat apa-apa.

Bagaimanapun jika berkahwin dan masih tidak mendapat anak, anda perlu memeriksa air mani untuk mengetahui ia mengandungi sperma atau tidak.

Jika normal, anda tidak perlu bimbang dan jika ada masalah, pemeriksaan susulan akan dilakukan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

EJAKULASI TERLALU AWAL

Soalan

SAYA berusia 35 tahun dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun. Sejak lima bulan lalu setiap kali mengadakan hubungan seks dengan isteri, saya mengalami ejakulasi terlalu awal dan air mani pula terlalu cair. Selain itu, saya kerap sakit pinggang terutama waktu pagi dan tengah hari.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Kami juga merancang untuk mendapatkan anak kedua. Apa yang perlu saya lakukan?

AMY
Selangor

Jawapan

EJAKULASI awal atau cepat klimaks berlaku kerana daya kawalan ejakulasi lemah. Kadang-kadang jika ereksi kurang padat, geselan pada faraj dilakukan dengan cepat dan luar kawalan boleh menyebabkan ejakulasi awal.

Cuba gunakan cincin penambat zakar supaya ereksi menjadi lebih padat. Ia dapat membantu meningkatkan daya kawalan dan mengekalkan ereksi. Pastikan cincin dipakai ketika ereksi padat supaya zakar tidak kembali kendur.

Air mani memang akan cair untuk memudahkan sperma bergerak. Air mani cair bukanlah petanda lelaki itu kurang subur, sebaliknya ia adalah air mani yang sihat.

Kandungan sperma cukup, bergerak aktif dan bentuknya normal adalah ciri air mani yang sihat. Untuk mengetahuinya ujian air mani perlu dilakukan. Jika ada masalah, rawatan sewajarnya akan diberi doktor.

Memandangkan anda sudah mempunyai anak, peluang untuk menambah bilangan anak memang ada. Cuba lakukan seks sekerap mungkin sewaktu isteri dalam keadaan subur.

Jika gagal juga dalam masa setahun, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesuburan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ALAT SULIT TIDAK PADAT

Soalan

SAYA berusia 26 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Zakar saya terlalu kecil, pendek dan tidak padat ketika menegang.

Saya bimbang tidak dapat menjalankan tanggungjawab seksual terhadap isteri kelak. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

BAKAL SUAMI
Kuala Lumpur

Jawapan

APABILA umur lelaki mencecah 20 hingga 24 tahun, tumbesaran zakar akan mencapai tahap maksimum. Keadaan zakar pada peringkat awal baligh berbeza jika dibandingkan dengan peringkat pertengahan baligh dan akhir baligh dari segi kekerapan mencapai ereksi.

Biasanya ereksi lebih kerap berlaku sewaktu peringkat awal dan pertengahan baligh. Pada peringkat akhir baligh atau dewasa, ia akan berkurangan dan lebih terkawal.

Keadaan zakar juga berbeza antara zakar individu yang kerap, kurang dan tidak melakukan onani. Bagi yang tidak pernah melakukan onani, zakarnya akan kelihatan tidak begitu padat, kecil dan lebih kecut.

Semua ini adalah semula jadi. Dalam keadaan terangsang, otot zakar akan mengembang kerana pengaliran darah yang banyak ke dalam rongga otot. Apabila lelaki itu mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis (seperti menahan membuang air kecil atau besar), zakar kelihatan lebih padat dan besar. Ini juga perubahan semula jadi.

Memang keadaan zakar berbeza dari semasa ke semasa. Ini kerana pengaruh aktiviti hubungan seks bagi individu yang sudah berkahwin. Jika hubungan seks kerap dilakukan, zakar akan lebih pejal dan besar.

Jadi, jangan bimbang jika zakar kelihatan kecil dalam sesuatu masa kerana ia perkara biasa. Paling penting zakar dapat berfungsi dengan sempurna. Jika masih bimbang dan was-was, sila berjumpa doktor.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ENGGAN KECEWAKAN ISTERI

Soalan

SAYA baru melangsungkan perkahwinan kira-kira dua bulan lalu. Seperti lelaki lain, saya memang mempunyai naluri melakukan hubungan seks dengan isteri. Bagaimanapun, keinginan itu terhalang berikutan zakar saya sukar untuk menegang.

Contohnya, jika malam ini saya bersetubuh dengan isteri, pada malam berikutnya saya tidak mampu melakukannya. Keadaan ini amat mengecewakan saya.

Saya gagahkan untuk bersetubuh kerana tidak mahu mengecewakan isteri. Pelik juga kerana saya baru berusia 30 tahun.

Buat pengetahuan doktor, saya kerap sengal di sendi jika mengambil minuman berais. Selain itu selepas ejakulasi, kadang-kadang sendi lutut sakit dan saya pernah jatuh terduduk (punggung terhentak kuat), tetapi tidak memberi masalah pada tulang dan urat.

ZAM MD
Kelantan

Jawapan

EREKSI boleh berlaku pada bila-bila masa, baik lelaki muda ataupun tua. Bezanya cuma tahap kekerasan dan kepadatan ereksi itu saja.

Lelaki muda dapat mencapai ereksi padat dan keras dengan cepat berbanding lelaki tua. Begitu juga dengan kekerapan ereksi.

Kekerapan dan tahap ereksi juga bergantung kepada tahap kesihatan, persediaan minda yang mudah terangsang dan kedudukan emosi. Dalam keadaan letih tentu sukar mencapai ereksi.

Seks adalah aktiviti memerlukan tenaga. Jika seseorang itu tidak aktif dengan sebarang aktiviti fizikal, dia akan penat selepas bersetubuh dan jika mahu mengulanginya, dia perlu mengambil masa.

Jika masalah itu ada kaitan dengan keletihan, tahap kecergasannya perlu ditingkatkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, mengawal pemakanan, berat badan, tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan jauhi tekanan.

Jika masih tidak berkesan, berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Mengambil minuman berais tidak melemahkan tenaga syahwat, tetapi jika kerap membuang air kecil atau besar, ia memang boleh mengganggu pencapaian ereksi.

Sakit sendi dan otot selepas bersetubuh adalah perkara biasa bagi individu yang baru mula melakukan persetubuhan. Ia bukan penyakit, cuma kelesuan tubuh anggota akibat tekanan seks tadi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

LEMAH SELEPAS BEDAH

Soalan

BEBERAPA bulan lalu, saya menjalani pembedahan di hospital kerajaan kerana kencing tidak lawas. Apa yang merunsingkan saya, selepas pembedahan dan rawatan susulan, zakar saya gagal menegang seperti dulu lagi.

Bagaimanakah, masalah ini boleh berlaku, adakah berkaitan pembedahan berkenaan. Bolehkan ia pulih seperti sediakala?

KAMIL
Kuala Terengganu

Jawapan

MASALAH kencing tidak lawas atau tidak tus memang perkara merunsingkan lelaki dan perempuan serta perlu dirujuk kepada doktor bagi penyelesaian.

Kebiasaannya doktor menjalankan ujian kencing bagi mengenal pasti sama ada individu mempunyai jangkitan salur kencing yang termasuk pundi kencing. Bagi lelaki yang berumur, masalah kencing tidak tus mungkin akibat masalah bengkak pundi prostat.

Secara amnya, masalah kencing boleh menimbulkan gangguan ereksi. Dalam keadaan kesakitan atau ketidakselesaan, susah buat lelaki itu terangsang dan minat melakukan hubungan seksual menurun.

Lelaki yang pernah menjalani pembedahan pembuangan pundi prostat, kemungkinan boleh mengalami masalah mati pucuk. Ini kerana urat saraf yang mengawal ereksi tercedera dalam prosedur pembedahan.

Pembedahan prostat yang lebih selamat daripada kecederaan urat saraf adalah pembedahan pundi prostat dengan prosedur 'nerve sparing'.

Masalah kencing tidak tus memang menyulitkan dan mengganggu ereksi malah, lelaki yang mengalaminya perlu merujuk kepada doktor bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TERTEKAN MIMPI BASAH

Soalan

SAYA berusia 18 tahun. Mempunyai masalah setiap kali keluar air mazi, zakar saya sakit. Ia keluar dengan banyak setiap kali saya tidur.

Bagaimanakah masalah ini boleh berlaku, harap doktor dapat jelaskan.

EDD
Kuala Lumpur

Jawapan

MIMPI basah adalah perkara biasa yang dialami lelaki baligh. Perkara ini berlaku tanpa kesedaran lelaki dan hanya sedar selepas pancutan berlaku.

Dia akan terjaga ketika pancutan, apabila terasa bahagian kelangkang basah atau terasa zakarnya sengal. Rangsangan itu akibat mimpi yang menyeronokkan. Ia juga boleh berlaku apabila zakar yang menegang ketika tidur nyenyak tersentuh kepada tempat yang sensitif.

Pancutan sedemikian berlaku tanpa mimpi. Bagi lelaki yang pernah melakukan hubungan seksual, dia akan bermimpi sama yang akan mengakibatkan tercetusnya ejakulasi dalam mimpi itu.

Pendek kata, mimpi basah perkara normal untuk lelaki dan perempuan malah tidak perlu khuatir atau rasa tertekan.

Kepada mereka yang tertekan, kemungkinan perkara ini boleh menyebabkan kekejangan, kadangkala perlu merujuk pakar psikologi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

AIR MANI BERCAMPUR DARAH

Soalan

TERDAPAT darah dalam air mani saya. Saya bimbang ia akan menjejaskan kesihatan dan kesuburan saya. Apakah punca sebenar masalah saya ini?

AMAT
Johor

Jawapan

HAEMATOSPERMIA atau campuran darah dalam air mani jarang sekali berlaku. Jika berlaku pun hanya pada sebilangan kecil lelaki yang mungkin sama ada disedari atau tidak.

Haematospermia boleh berlaku pada bila-bila masa. Ia juga boleh berlaku secara mikroskopik di mana hanya sel darah merah saja kelihatan apabila air mani dilihat menerusi mikroskop.

Kadang-kadang lelaki yang mengalami haematospermia akan berasa sakit setiap kali mencapai ejakulasi. Air maninya pula berwarna merah jernih dan seolah-olah berlaku geselan air mani dalam salur kencing sama ada di bahagian hujung atau pangkal zakar.

Jika terasa perit pada penghujung zakar, kemungkinan salur kencing pada bahagian itu melecet. Jadi, akan terdapat campuran darah dalam air mani.

Bagaimanapun, jika rasa sakit pada bahagian pangkal zakar, kemungkinan ada kaitan dengan penyakit batu karang.

Walaupun air mani mengandungi darah, tetapi kandungan sperma masih aktif dan lelaki itu masih mampu menghamilkan pasangannya. Kebiasaannya, apabila ia berlaku, kedua-dua pasangan akan terasa cemas dan dalam keadaan sedemikian mereka akan berfikir perkara negatif seperti kemungkinan menghidap kanser dan jangkitan sehingga mereka takut untuk meneruskan hubungan seksual.

Haematospermia bukanlah petanda lelaki itu mandul atau membawa kuman atau jangkitan yang boleh mejangkiti isteri. Jika sperma normal bercantum dengan telur wanita, janin tidak akan terencat walaupun lelaki itu menghasilkan sperma bercampur darah. Ia juga bukan petanda kanser dan lazimnya haematospermia akan reda serta kembali normal.

Saya pernah mengendalikan kes lelaki yang mengalami masalah berkenaan. Semua mereka memang amat cemas dan lebih-lebih lagi isteri masing-masing. Selepas diberi rawatan, semua mereka sembuh seperti sedia kala.

Bagi lelaki yang mengalami haematospermia, jangan cepat panik dan segera rujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika terdapat batu karang doktor akan memberi ubat untuk melegakan salur kencing dan salur prostat supaya batu karang dapat dikeluarkan.

Kebiasaannya tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan batu karang dalam salur prostat kerana batu karang itu sangat kecil dan mudah hancur.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIADA MASALAH JIKA PUAS

Soalan

SAYA difahamkan petang adalah waktu terbaik untuk mengadakan hubungan seks, terutama pada jam lima petang ke atas. Ini kerana pada waktu itu sperma dikatakan sangan aktif. Adakah kenyataan ini benar?

SUDIN
Selangor

Jawapan

SEBENARNYA hubungan seks boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut kehendak masing-masing. Sesetengah wanita suka melakukan pada waktu petang dan lelaki pula lebih gemarkan waktu pagi kerana ketegangan zakar lebih mantap pada waktu itu.

Jika setiap hubungan seks itu menyeronokkan dan kedua-dua pasangan puas, ia tidak menjadi masalah dan sudah tentu bilangan sperma juga tinggi.

Lelaki dewasa yang sihat mampu menghasilkan 70 ribu sperma seminit atau 100 hingga 300 juta sperma sehari. Sperma ini tersimpan dalam penghujung salur sperma atau salur 'Vas Deferens'. Apabila seseorang lelaki itu melakukan hubungan seks, air mani yang mengandungi sperma akan terkeluar.

Bagaimanapun, pengeluaran air mani dan sperma bergantung kepada tahap rangsangan dan keseronokan semasa melakukan persetubuhan. Sehubungan itu, air mani akan keluar dengan banyak jika tahap rangsangannya tinggi dan begitu juga sebaliknya.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TERKENA HENTAKAN KETIKA EREKSI

Soalan

ZAKAR saya pernah terkena hentakan kuat ketika ia ereksi. Berikutan itu, ia kini tidak mampu untuk ereksi lagi. Bagaimana untuk merawat masalah ini?

TAPA
Melaka

Jawapan

KECEDERAAN yang berlaku kepada zakar boleh mengakibatkan fungsi anggota berkenaan terjejas. Antaranya disebabkan hentakan atau tarikan ketika zakar itu sedang menegang atau ereksi. Hentakan secara terus kepada zakar boleh mengakibatkan ia 'terpatah' dan hujung zakar terbengkok serta lebam kerana darah menyerap keluar daripada otot zakar yang tercedera.

Jika ada darah beku dalam otot, ia perlu dikeluarkan melalui pembedahan kecil. Apabila ia pulih, ereksi boleh berlaku secara spontan tetapi pada peringkat permulaan, ia agak menyakitkan sebelum kembali normal.

Ini kerana mungkin di tempat yang cedera itu mengandungi tisu parut yang seraput tetapi zakar masih boleh digunakan lagi. Namun, ia jarang mengakibatkan mati pucuk.

Bagi zakar yang tersentap atau tertarik dengan kuat, mungkin otot dan sendi lekatan otot zakar ke tundun terkoyak. Untuk melegakan keradangan dan bengkak, 'cold compress' akan digunakan.

Apabila lega, pemeriksaan dilakukan untuk mengenal pasti tahap kecederaan. Jika ringan, pemulihan akan berlaku secara spontan, tetapi jika kecederaannya berat mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menyambung ligamen (otot sendi) yang terkoyak.

Bagaimanapun, elok berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Mungkin masalah itu kecil tetapi kerana takut, ereksi tidak berlaku!

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

JANTINA ANAK KURANG JELAS

Soalan

SAYA baru mendapat seorang anak lelaki, tetapi saya mendapati zakarnya tidak normal sebagaimana bayi lelaki lain. Kerandut zakarnya terlalu kecil manakala bahagian hujung zakar seperti kulit saja dan seolah-olah tidak ada zakar.

Adakah bayi saya normal?

AMANG
Pahang

Jawapan

KEBIASAANNYA zakar bayi lelaki mempunyai kerandut dan ada buah zakar di dalamnya. Selain itu penghujung zakar mempunyai kulit untuk menutup kepala zakar.

Jika semua ini tiada, sudah tentu jantina bayi berkenaan meragukan. Adalah lebih baik dirujuk kepada doktor dan jika perlu, bayi berkenaan akan menjalani ujian baka untuk menentukan jantina sebenarnya.

Jika baka XX, jantinanya perempuan manakala XY menunjukkan bayi itu lelaki. Pemeriksaan susulan juga dilakukan seperti ujian hormon.

Jangan biarkan bayi dalam keadaan begitu kerana ia akan mendatangkan tekanan apabila ia dewasa kelak.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HUBUNGAN BERTERUSAN JEJAS URAT SARAF

Soalan

JIKA saya bersetubuh dengan isteri dua hari berturut-turut, saya kerap berasa senak pada buah zakar, tapak kaki terasa sengal dan sakit pada sendi lutut.

Zakar saya juga sukar bertahan jika menegang. Kadangkala isteri saya perlu mengusapnya sebelum air mani terkeluar.

AMZI
Johor

Jawapan

RANGSANGAN kepada zakar yang dilakukan secara bertalu-talu akan memberi kesan kepada urat saraf itu. Jadi, tidak hairan jika lelaki yang melakukan hubungan kelamin yang bertalu-talu akan berasa tidak selesa seperti yang anda maksudkan akibat cengkaman otot penampung buah zakar.

Bagaimanapun ia akan pulih beberapa hari kemudian apabila tekanan atau keradangan urat saraf itu lega. Jadi, untuk menghindar rasa kurang selesa itu, amalan itu perlu dihentikan.

Anda juga sukar mencapai ereksi kerana keradangan urat saraf itu. Jika anda paksa, sudah tentu akan mengakibatkan tekanan kepada urat saraf dan ejakulasi awal boleh berlaku.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KETULAN PADA ALAT SULIT

Soalan

BARU-BARU ini saya mendapati ada ketulan pada buah zakar saya. Saya sudah menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan saya normal tanpa apa-apa masalah.

Kemudian saya terbaca artikel mengatakan lelaki berusia 15 tahun hingga 34 tahun berisiko menghidap kanser buah zakar. Saya bimbang jika tergolong dalam golongan itu.

Apakah masalah sebenar pada buah zakar saya? Adakah saya turut berisiko menghidap kanser?

ZEN
Pulau Pinang

Jawapan

SETIAP individu bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan dan kebersihan alat kelamin mereka. Bagi lelaki yang kerap melakukan pemeriksaan sendiri zakar dan buah zakarnya, sudah pasti tahap kesihatan alat kelamin itu terkawal.

Pemeriksaan boleh dilakukan sebulan sekali menggunakan jari meneliti buah zakar dari bawah ke atas serta depan dan belakang. Apa yang penting, anda perlu tahu apa yang disentuh.

Bahagian atas dan belakang buah zakar ialah pundi epidimis. Kadangkala pada pundi berkenaan terasa seperti ada ketulan. Jangan panik, ia mungkin ketulan cista (ketumbuhan mengandungi cecair) dan bukannya buah zakar ketiga!

Jika ketika pemeriksaan anda terasa seperti ada urat berpintal pada bahagian atas buah zakar, itu mungkin salur darah 'vain' berpintal atau varikosel. Jika ada takungan air dalam pembalut buah zakar, ia berkaitan dengan masalah hidrosel. Pendek kata banyak manfaat boleh didapati dengan melakukan pemeriksaan sendiri.

Masalah itu bukanlah petanda anda menghidap kanser buah zakar. Kemungkinan berlaku ialah kurang satu peratus daripada 100,000 lelaki setahun.

Ujian darah untuk mengesan AFT dan Beta HCG adalah sebahagian ujian yang dilakukan untuk mengenal pasti kanser buah zakar. Jika masih kurang pasti, elok berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GAGAL BERI KEPUASAN KEPADA ISTERI

Soalan

SAYA berkahwin dua bulan lalu, tetapi saya gagal memberikan kepuasan kepada isteri.

Entah mengapa zakar saya tidak mampu ereksi, sekali gus membuatkan hubungan seks bersama isteri gagal. Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi zakar saya masih tidak mampu untuk ereksi.

Adakah saya mempunyai masalah lemah syahwat atau mati pucuk? Untuk pengetahuan doktor, sewaktu remaja saya kerap beronani. Adakah ia boleh menjadi puncanya?

IZ
Jasin, Melaka

Jawapan

PASANGAN yang mempunyai masalah dalam hubungan seksual perlu berbincang dan mencari kata sepakat bersama. Sama ada masalah itu datang daripada suami atau isteri, ia perlu diselesaikan bersama kerana ia bukannya masalah individu.

Hubungan seksual atau persetubuhan hendaklah dilakukan dalam keadaan selesa dan seronok. Dalam keadaan sedemikian kemuncak rangsangan atau ejakulasi boleh berlaku dengan penuh nikmat. Jika tidak, ereksi dan rangsangan akan hilang begitu saja!

Apabila bersetubuh dengan isteri, dia tidak dapat mengecapi nikmat seks. Ini mengakibatkan dia tertekan dan lama-kelamaan, ereksi semakin sukar dicapai. Masalah ini dikenali sebagai 'situational impotence' atau mati pucuk akibat tertekan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BEKAS GAY DISERANG GATAL

Soalan

SATU ketika dulu saya pernah menjalani kehidupan sebagai seorang gay. Bagaimanapun, saya begitu menyesal dengan jalan songsang yang dipilih itu dan kini saya sudah insaf.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan saya sekarang ialah badan saya mula terasa gatal-gatal. Saya kerap menggaru sehingga luka. Adakah ia petanda saya menghidap penyakit kelamin? Saya harap doktor dapat membantu saya.

JOJO
Selangor

Jawapan

JANGKITAN penyakit kelamin berlaku apabila individu yang sihat melakukan hubungan seks dengan individu yang membawa atau menghidap penyakit kelamin.

Petanda penyakit kelamin seperti gonorrhea ialah ada pengeluaran cecair berwarna putih yang banyak daripada zakar atau faraj. Jika tidak dikawal, radang akan berlaku dengan ketara.

Jangkitan penyakit berkenaan boleh berlaku dalam masa 24 jam selepas terdedah dengan kuman 'nisseria gonorrhea'. Virus HIV/Aids juga dijangkiti melalui hubungan seks rambang dengan pasangan yang membawa atau menghidap penyakit berkenaan.

Cara mengesannya dengan menjalani ujian darah. Jika negatif virus HIV, ujian itu perlu dilakukan lagi selepas tiga bulan kerana antibodi virus terbabit mengambil masa antara tiga minggu hingga tiga bulan untuk muncul.

Naluri seksual sesama jenis adalah sebahagian daripada naluri seksual yang dialami individu yang mungkin berlaku secara kebetulan. Jika individu itu tidak selesa dengan hubungan itu, dia boleh tinggalkan perilaku terbabit.

Ada juga individu yang boleh melakukan hubungan seks dengan lelaki dan wanita. Mereka dikenali sebagai biseksual kerana mempunyai naluri seksual 'bi'.

Bagaimanapun, jangan diamkan diri dibelenggu dalam keadaan begitu. Dapatkan bimbingan dan kaunseling untuk meningkatkan daya ketahanan diri mengetepikan naluri sesama jenis. Tidak mudah untuk melakukannya jika sudah terikat dengan amalan itu.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SUAMI MUDA RISAU

Soalan

SAYA baru berusia 27 tahun dan sudah berkahwin. Setiap kali bersetubuh dengan isteri, saya mencapai klimaks seperti semua lelaki normal lain. Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah tiada setitis pun air mani yang keluar! Sebaliknya hanya cecair jernih dan likat seperti air mazi. Ia juga tidak terpancut, sebaliknya hanya meleleh dengan kuantiti yang sedikit.

Saya tidak tahu apa puncanya masalah ini. Bagaimanapun, saya memang terasa keadaan klimaks itu. Cuma air mani saja yang tidak keluar.

Jika ia berterusan, bagaimana saya mahu mendapatkan zuriat? Adakah saya perlu menjalani proses permanian berhadas?

MURALI,
Taiping, Perak

Jawapan

MASALAH yang dialami anda sebenarnya jarang berlaku kepada lelaki muda, kecuali jika dia menghidap kencing manis.

Kemungkinan anda mengalami pancutan air mani ke dalam pundi kencing setiap kali anda klimaks. Ini boleh disahkan dengan menjalani pemeriksaan air kencing untuk memastikan sama ada sperma masuk ke dalamnya.

Jika ada, ia menandakan anda mengalami pancutan ke dalam pundi kencing atau dikenali sebagai 'retrograde ejaculation'.

Satu cara yang boleh dilakukan ialah menapis air kencing supaya sperma aktif dapat dikumpul dan dibersihkan untuk dimasukkan ke dalam rahim isteri ketika dia dalam waktu subur melalui prosedur permanian berhadas.

Sebelum dikumpul anda diberi minum soda berkarbonat untuk mengurangkan keasidan air kencing supaya sperma yang terpancut ke dalam pundi kencing tidak mati akibat terdedah kepada tahap keasidan yang tinggi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU ISTERI TAK PUAS

Soalan

SAYA baru berkahwin beberapa bulan lalu. Saya dapat merasakan ada masalah dalam hubungan seksual, isteri saya seperti tidak mendapat kepuasan.

Kebiasaannya selepas ejakulasi, saya sudah tidak mampu meneruskan lagi persetubuhan. Saya tahu isteri saya tidak mendapat nikmat persetubuhan dan mahu meneruskannya lagi, tetapi masalahnya saya sudah tidak bertenaga lagi.

Bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini supaya masing-masing dapat merasai kenikmatannya?

USIN
Sepang, Selangor

Jawapan

KEPUASAN seksual sememangnya penting dalam hubungan perkahwinan. Tinjauan yang pernah dijalankan melalui laman web www.drismailtambi.com mendapati 34.6 peratus lelaki gagal memuaskan pasangan. Justeru, isu ini memang mustahak kepada lelaki.

Hubungan seksual ialah satu-satunya hubungan yang menyeronokkan pasangan kelamin yang sudah bersedia dan berkemampuan dari aspek fizikal. Bagi pasangan yang baru berkahwin, hubungan seks adalah satu faktor yang dapat menjalin kemesraan.

Kebiasaannya, pasangan baru berkahwin cukup sensitif dengan rangsangan seksual. Seterusnya mereka tergesa-gesa atau gelojoh untuk melakukan sentuhan zakar ke faraj. Ini akan membuatkan mereka kecewa apabila seorang daripada pasangan cepat klimaks.

Lelaki sering klimaks awal kerana terlalu mudah terangsang. Jika anggota yang terangsang itu ditingkatkan rangsangannya, maka sudah tentu klimaks lebih awal. Anda dan isteri digalak bercumbu terlebih dulu dan jangan terus memasukkan zakar ke dalam faraj walaupun berlaku ereksi.

Tumpukan perhatian kepada tubuh isteri dengan menyentuh bahagian tertentu. Anda juga boleh gunakan losyen aromatik atau pewangi dan lakukan dengan penuh erotik. Apabila pasangan sudah bersedia dan cukup terangsang, barulah zakar ditusukkan ke dalam faraj.

Bagi memastikan ereksi kekal walaupun sudah berlaku ejakulasi, anda boleh melakukan teknik kemutan (seperti menahan membuang air kecil). Walaupun air mani sudah terkeluar (ejakulasi), teruskan dayungan sambil mengemut sehingga pasangan anda klimaks dan puas!

Alat penahan ereksi iaitu 'penile band' atau 'penile ring' ada dijual di pasaran atau sila layari laman web www.drismailtambi.com.

Ia boleh dipakai ketika ereksi berlaku dan dapat mengekalkan ereksi walaupun ejakulasi sudah berlaku.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KENCING TAK LAWAS

Soalan

SAYA mengalami masalah kencing tidak lawas. Apabila membuang air kecil saya dapati cairan jernih berwarna putih dan ada biji kejernihan.

IVAN
Seremban, Negeri Sembilan

Jawapan

MENAHAN air kencing kadangkala mengakibatkan perasaan kencing tidak tus atau tidak lancar dan jika ketika kencing, meneran pada peringkat penghabisan kencing, cecair pekat berketul-ketul boleh terkeluar.

Ia bukanlah satu masalah atau penyakit dan ia berlaku kerana ketika meneran dan mengemut, otot pelvik mencengkam dan mengakibatkan cecair daripada pundi Cowpers dan prostat terkeluar.

Bagi lelaki yang berkahwin, kadangkala semasa bercumbu mereka akan mendapati pengeluaran cecair pekat yang banyak. Ini bukan masalah cepat klimaks atau ejakulasi kerana yang keluar itu ialah air mazi.

Ada sesetengah orang percaya jika perkara itu berlaku, ia petanda mati pucuk atau petanda lemah syahwat, kepercayaan ini tidak betul.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIDAK LAGI RASA NIKMAT

Soalan

MENGIKUT kenyataan doktor dalam ruangan ini, air mani perlu cair supaya sperma mudah bergerak apabila ia memasuki faraj. Dalam erti kata lain, air mani yang cair adalah lebih berkualiti berbanding yang pekat.

Sejak akhir-akhir ini, sebahagian daripada air mani saya agak pekat. Adakah ini menandakan sperma saya akan bermasalah?

Seperkara lagi yang membimbangkan saya ialah saya tidak lagi dapat merasai nikmat ketika ejakulasi.

ANAS
Kota Kinabalu, Sabah

Jawapan

AIR mani kebiasaannya pekat ketika ia keluar dan kepekatannya hilang dalam tempoh lima hingga 20 minit. Ia memudahkan sperma yang terkandung dalamnya bergerak untuk masuk ke pangkal rahim dan seterusnya mencari telur untuk percantuman.

Jika air mani itu kekal pekat, sperma terperangkap dan mungkin akan mati! Ada juga air mani yang terus cair kerana isi padu yang luar biasa melebihi enam mililiter atau akibat kekurangan bahan pemekat kerana kekerapan mengeluarkan air mani. Ini pun bukan masalah kerana sperma masih dapat bergerak aktif.

Paling penting bagi air mani ialah ia perlu mempunyai kandungan sperma melebihi 20 juta dalam setiap mililiter atau aktif dan dapat bergerak sehaluan (sekurang-kurangnya 40 peratus sperma perlu aktif dan bergerak sehaluan) serta berbentuk normal (sekurang-kurangnya 30 peratus).

Semua ini hanya dapat dikenal pasti jika lelaki itu menjalani ujian air mani. Ujian ini akan disyorkan kepada semua lelaki yang menjalani pemeriksaan kesuburan.

Klimaks rangsangan seksual untuk lelaki berakhir dengan pancutan air mani atau ejakulasi dan ia adalah kemuncak rangsangan syahwat. Kualiti kemuncak bergantung kepada tahap rangsangan yang mana ia ada kaitan dengan tahap hormon testosterone.

Bagi lelaki yang kerap melakukan onani sudah tentu tahap hormon itu tinggi dan apabila dia menghentikan perbuatan itu, maka tahap hormon testosterone akan lega. Apabila menerima rangsangan seksual, dia masih mampu untuk terangsang tetapi kualitinya mungkin tidak seperti dulu.

Ini adalah perkara biasa dan bukannya satu masalah. Apabila lelaki itu mula aktif kembali dan mempunyai isteri yang mudah mencapai kemuncak, kualiti rangsangannya mungkin lebih kerana dia mempunyai pasangan yang boleh mengghairahkannya.

Untuk meningkatkan keghairahan, anda boleh amalkan pemakanan suplemen Tongkat Ali yang disahkan Kementerian Kesihatan. Ia dapat memantapkan hormon testosterone dan dijual di farmasi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KENCING BERDARAH SELEPAS BERSETUBUH

Soalan

SETIAP kali selepas bersetubuh dengan isteri, saya mengalami kencing berdarah. Apa yang membimbangkan saya ialah darah keluar terlalu banyak dan beku.

Peliknya, darah tidak keluar jika saya melakukan onani. Malah, air kencing akan jernih kembali selepas dua tiga kali membuang air kecil.

Saya pernah menjalani pemeriksaan beberapa kali, tetapi doktor mengatakan saya normal dan tidak mempunyai apa-apa penyakit. Apakah masalah ini sebenarnya?

PEZZOZ
Muar, Johor

Jawapan

MEMANG memeranjatkan apabila sedang bersetubuh, tiba-tiba berlaku pendarahan! Bagi wanita, ia adalah perkara biasa apabila selaput daranya pecah akibat penembusan zakar melalui faraj. Memang pelik jika yang mengalami pendarahan itu adalah lelaki! Lebih-lebih lagi jika pendarahan itu berulang-ulang secara kerap. Bagaimana ia boleh berlaku?

Ada lelaki yang mempunyai kulit nipis dan padat di bahagian hujung zakar (frenulum). Kulit itu akan terkoyak jika penghujung zakar ditolak secara paksa ke dalam faraj yang sempit itu. Pendarahan boleh berlaku dengan banyak walaupun luka kecil.

Apabila ereksi kendur, pendarahan berhenti serta-merta dan kulit yang terkoyak itu akan kelihatan luka. Kadang-kadang luka itu pulih serta-merta dan tidak perlu dirawat. Tetapi ada juga luka yang perlu dijahit. Fenomena ini dikenali sebagai 'pecah dara' bagi lelaki!

Selain itu, pendarahan berlaku akibat luka di pembukaan lubang kencing. Namun, jarang sekali pendarahan dari salur kencing (jika tergesel dengan 'batu karang' kecil) atau di pundi prostat akibat radang kerana jangkitan kronik.

Jika luka dalam salur kencing akan terasa sakit. Jika tidak sakit, mungkin pendarahan datang dari dalam iaitu pundi prostat. Kadang-kadang air mani bercampur darah atau darah beku bercampur air mani.

Jika pemeriksaan sudah dilakukan dan doktor mendapati tidak ada apa-apa yang luar biasa, kebiasaannya doktor akan memberi ubat nyahkuman (antibiotik) untuk jangkitan pundi prostat.

Jadi, jangan rasa was-was jika doktor pakar mendapati tiada masalah kesihatan. Jika perkara itu berlaku lagi jumpa doktor kembali.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KERANDUT LANJUT KE BAWAH

Soalan

BUAH zakar saya agak kendur dan lanjut ke bawah sehingga menyukarkan pergerakan saya. Adakah keadaan itu boleh memberi kesan sampingan kepada daya seksual saya?

ZAWAWI
Kuala Kubu Baru, Selangor

Jawapan

KEDUDUKAN kedua-dua buah zakar ialah di dalam kerandut buah zakar. Kerandut buah zakar pula mengandungi kulit yang lembut. Apabila ia mengecut, kulit jadi menggerutu akibat lapisan otot Dartos di dalam kulit yang berperanan dalam menegang dan menguncupkan kulit.

Ketika kulit kerandut menguncup,  buah zakar ternaik dan menjadi padat. Ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan lazimnya berlaku apabila lelaki itu mengalami ketakutan atau terperanjat dan juga ketika ereksi.

Buah zakar mempunyai otot penampung, iaitu otot kremester dan kerandut buah zakar membantu menstabilkan kedudukan buah zakar dalam kerandut buah zakar.

Lelaki yang mempunyai kerandut buah zakar yang padat tidak perlu memakai seluar dalam kerana ia tidak perlu ditampung lagi. Lelaki yang mempunyai kerandut kendur pula perlu memakai seluar dalam yang dapat membantu mengaturkan kedudukan buah zakar supaya dia selesa dan dapat melakukan aktiviti fizikal dengan selesa.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

JIMAK SEPANJANG KEHAMILAN

Soalan

SAYA berusia 50 tahun dan isteri saya 40 tahun. Pada Disember lalu, isteri saya hamil tiga bulan untuk anak kelima. Zakar saya berukuran kira-kira 14 sentimeter.

Dengan saiz begitu, adakah kandungan akan selamat jika saya melakukan hubungan seks dengan isteri dan sampai bulan berapakah kandungan isteri saya masih selamat untuk kami melakukan seks?

GABRIEL
Johor

Jawapan

SELAMA ini anda dan isteri tiada apa-apa masalah dari segi hubungan seksual. Anda juga sudah memiliki empat anak dan ia menandakan isteri anda pernah hamil dan melahirkan anak. Selain itu anda juga ada melakukan hubungan seksual dengannya ketika dia hamil.

Jadi, tidak ada sebab kenapa dia tidak dapat menikmati hubungan seksual dengan anda dalam keadaan dia sedang hamil melainkan jika dia rasa tidak selesa walaupun ada mencuba mengubah posisi atau memang dia tidak berminat untuk melakukan hubungan seksual lagi. Hubungan seksual boleh dilakukan sehingga wanita itu masuk ke peringkat akhir kehamilan.

Ada juga wanita yang melahirkan anak ketika dia sedang seronok menikmati hubungan seksual dengan pasangan!

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BINTIK PUTIH TIDAK BERBAHAYA

Soalan

ADA bintik-bintik putih pada zakar saya. Adakah ia berbahaya dan boleh menjejaskan hubungan seks bersama isteri? Bagaimana untuk menghindari masalah ini dan apakah ubatnya?

ZAM
Banting, Selangor

Jawapan

SEBAHAGIAN daripada perubahan semula jadi yang berlaku kepada zakar lelaki ialah tumbesarannya dan kemunculan bintik-bintik di kepala zakar. Bintik itu dikenali sebagai 'papilla' dan ia kelihatan jelas dan menonjol bagi sesetengah lelaki.

Ia bukanlah penyakit kulit atau boleh mendatangkan masalah. Jadi, anda tidak perlu bimbang. Bagi lelaki muda, bintik itu kelihatan putih atau merah jambu, manakala untuk orang yang kebiasaannya lebih gelap.

Anggota sulit perlu dijaga dan boleh dibasuh dengan menggunakan sabun pelembap yang selesa dan sesuai untuk kulit anggota berkenaan. Sabun biasa atau sabun kosmetik yang mengandungi bahan pengering seperti alkohol boleh mengeringkan kulit.

Jika kulit anggota sulit kering, lelaki itu akan terasa gatal dan jika digaru kulit menjadi radang dan boleh terdedah kepada kuman dan kulat.

Bulu roma pada anggota sulit boleh dipotong untuk kelihatan kemas. Mencukur bulu roma tidak salah tetapi apabila rambut halus keluar, kulit menjadi gatal akibat tercucuk bulu roma.

Penjagaan kebersihan anggota sulit mustahak untuk lelaki yang telah berkahwin untuk menjaga kesihatan hubungan kelamin. Gunakan pencuci yang sesuai yang tidak merosakkan kulit.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MALU KERAP BERPELUH

Soalan

SAYA seorang lelaki bertubuh besar. Masalah yang saya hadapi ialah saya amat mudah berpeluh. Kadang-kadang kerja yang saya lakukan tidaklah seberat mana, tetapi saya tetap berpeluh dengan banyak.

Perkara ini kadang-kadang memalukan saya apabila kawan-kawan berkata saya seperti mandi setiap kali melakukan kerja yang memerlukan tenaga fizikal.

Bagaimanakah cara mengatasi masalah ini? Adakah saya ini berpenyakit akibat kerap berpeluh dengan banyak dan bolehkah ia dikurangkan dengan meminum air misai kucing (orthosiphon aristatus)?

AIZ
Kangar, Perlis

Jawapan

PELUH dihasilkan pundi peluh dalam kulit. Ia adalah sebahagian daripada sistem pembuangan sisa metabolisma badan dan sistem kawalan suhu badan.

Jika seseorang itu berpeluh ia menandakan metabolisma badan tinggi dan ada kegunaan tenaga, maka suhu badan meningkat. Dengan adanya pengeluaran peluh, kulit dapat mengeluarkan panas badan dan lapisan peluh serta bulu roma dapat memerangkap udara untuk meredakan kepanasan badan.

Individu yang berbadan besar memang mudah berpeluh terutama jika dia melakukan aktiviti fizikal kerana dalam keadaan sedemikian, metabolisma badannya meningkat dan proses kepeluhan berlaku seperti yang dijelaskan tadi. Ia bukanlah satu penyakit.

Teh misai kucing sudah dikaji pakar urologi Kementerian Kesihatan untuk mengenali kesan jangka panjang pengambilan herba itu dari segi mengurangkan kemungkinan terjadi batu karang. Secara tradisional misai kucing diamalkan sebagai bahan 'mencuci darah' dan untuk menstabilkan tekanan darah, sakit sendi dan kencing manis. Tidak pernah terdengar pula ia juga digunakan untuk mengurangkan peluh.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SEKS PERLU KERJASAMA

Soalan

BAGAIMANA untuk mengetahui isteri saya mencapai kepuasan maksimum ketika melakukan hubungan seks?

AZIZAINAL
Putrajaya

Jawapan

DALAM konteks perkahwinan, hubungan seks adalah satu interaksi atau perhubungan yang penuh tanggungjawab. Suami dan isteri perlu saling membantu untuk mengecapi dan menghayati nikmat serta keseronokannya.

Tanpa kerjasama dan jalinan yang mesra, hubungan seks hanya akan menjadi satu rutin dan hanya dilakukan atas dasar tanggungjawab atau terpaksa. Situasi sebegini akhirnya akan bertukar kepada kebencian apabila hubungan seks tidak lagi memberi apa-apa nikmat kepada pasangan.

Hubungan seks yang intim memberi manfaat kehidupan kepada kedua-dua pasangan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka.

Ia hanya boleh berlaku apabila kedua-dua pasangan berinteraksi dengan baik dan membantu pasangan mencapai klimaks dengan melakukan rangsangan yang mencukupi mengikut panduan pasangan. Tanpa kerjasama antara pasangan untuk memberi panduan dan galakan, pasangan tidak akan sampai kemuncak kepuasan dan hubungan seksual menjadi hambar.

Memang sukar bagi mana-mana pasangan untuk memberi rangsangan seksual tanpa panduan daripada pasangan masing-masing. Contohnya suami tidak boleh membaca apa yang tersirat dalam fikiran isterinya atau apa yang boleh memuaskan berahi isterinya melainkan kedua-duanya dapat berinteraksi dan bersama-sama memberi tunjuk ajar serta dorongan sehingga mendapat kepuasan seks bersama.

Jika boleh, sewaktu melakukan hubungan seks dengan isteri, nyatakan apa yang anda hajati supaya dia boleh memainkan peranan. Bukannya melakukan sesuatu yang mungkin tidak memberi kepuasan atau ketidakselesaan kepada anda.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GUSAR HADAPI MALAM PERTAMA

Soalan

SAYA akan berkahwin pada hujung tahun ini, tetapi agak gusar apabila memikirkan bagaimana untuk menghadapi malam pertama. Saya ingin mengetahui cara untuk meyakinkan pasangan supaya masing-masing mendapat keselesaan dan kepuasan.

Mungkin doktor boleh cadangkan pelbagai posisi untuk bersetubuh sebagai panduan kepada saya.

JAI
Ampang, Selangor

Jawapan

MEMANG fobia apabila memikirkan mengenai seks malam pertama. Ia seolah-olah sesuatu yang paling mustahak untuk menentukan masa depan kedua-dua pasangan.

Hubungan seksual bukan satu pertarungan, apatah lagi sebagai penentu kehidupan. Ia adalah aspek fizikal hubungan kemesraan yang terjalin antara dua insan yang cukup mesra dan intim.

Melalui hubungan ini kedua-dua insan itu dapat mencurahkan perasaan kasih sayang dan syahwat melalui sentuhan erotik yang akan memberikan mereka keyakinan kepada hubungan mereka.

Proses interaksi fizikal semula jadi iaitu lelaki akan terangsang apabila dia mula melakukan sentuhan fizikal kepada isteri. Seterusnya akan berlaku ereksi dan bersedia untuk meneruskan sentuhan yang lebih intim kepada pasangannya.

Dalam masa yang sama isteri akan terangsang dengan sentuhan intim yang dilakukan kepadanya dan dia akan dapati anggota sulitnya mengembang dan mungkin bahagian antara bibir lembap yang menandakan hubungan penetratif seksual boleh dilakukan.

Isteri yang takut akan mendapati rasa terangsang tadi terbantut dan faraj menjadi kering. Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama.

Jika hubungan penetratif dilakukan juga, isteri itu akan terasa sakit. Mungkin jika mahu teruskan juga, si suami boleh menggunakan jeli pelicin dan apabila isteri berasa selesa atau tidak sakit seperti yang dijangkakan, dia akan mula yakin dan tidak akan keberatan untuk melakukan hubungan seksual penetratif pada bila-bila masa.

Lelaki yang fobia kerana gementar atau akibat situasi yang berlaku yang mana pasangan isteri panik, akan juga mengalami kegagalan untuk mengekalkan ereksinya kerana dalam keadaan itu, hormon adrenalin keluar dan merencatkan perjalanan darah ke dalam zakar. Maka dia akan mengalami mati pucuk sekunder atau mati pucuk malam pertama.

Jangan fikirkan sangat perkara itu. Paling mustahak cuba berkerjasama.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ANAK KERAP TARIK HUJUNG ALAT SULIT

Soalan

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun. Apa yang membimbangkan saya ialah tabiatnya kerap menarik hujung zakarnya sebelum tidur atau ketika menonton televisyen.

Walaupun saya sering menegurnya tetapi dia tetap berkelakuan sedemikian. Apakah cara yang sesuai mencegahnya daripada melakukan perbuatan itu. Saya bimbang tabiat itu diteruskannya sehingga dewasa.

AMAN
Melaka

Jawapan

DALAM peringkat pembangunan seksual manusia, sebahagian daripadanya adalah fasa urethral atau membuang air kecil.

Pada peringkat ini kanak-kanak lelaki kebiasaanya memegang zakar apabila terasa hendak membuang air kecil manakala perempuan akan mengepit celah kangkangnya.

Pada peringkat usia lapan hingga 12 tahun, kanak-kanak lelaki memasuki fasa phallic. Ketika itu dia suka menyentuh zakar sama ada menonton televisyen atau sebelum tidur seperti dilakukan anak anda.

Anda tidak perlu bimbang kerana ia tabiat normal dan hilang apabila umurnya meningkat. Mungkin cara paling baik ialah suruh anak anda mencuci tangannya dan tekankan kepadanya bahawa ia tabiat tidak bersih.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

JANGKITAN PADA ALAT KELAMIN

Soalan

SAYA mempunyai masalah jangkitan pada alat kelamin. Dulu saya pernah melakukan hubungan seks dengan pelacur. Adakah saya terdedah kepada risiko?

AHMAD J
Perak

Jawapan

MASALAH jangkitan pada alat kelamin tidak saja berpunca daripada melakukan hubungan seks dengan pelacur. Ia juga boleh berlaku dengan pasangan halal (isteri) atau dengan mana-mana pasangan yang dikenali jika hubungan itu berbentuk hubungan alat kelamin dan pasangan anda menghidap jangkitan.

Jangkitan daripada pasangan boleh berlaku secara rambang. Contohnya dia mungkin terkena jangkitan kutu pubik dari tempat tidur kawan, parasit trikomonas akibat menggunakan tuala pelembap, jangkitan sewaktu membersih kemaluan dalam tandas dan kemudian terpercik air kotor serta jangkitan kulat kandida dan monilia serta kuman basillus dari lubang najis sebagai kontaminasi sewaktu membersih najis dengan menyapu tangan ke arah kemaluan juga boleh berlaku.

Ini termasuk jangkitan kuman virus hepatitis dan HIV daripada pemindahan darah yang dicemari virus berkenaan.

Pendek kata jangkitan penyakit kelamin boleh berlaku sekiranya satu daripada pasangan menghidap jangkitan dan ia terjangkit kepada mangsa.

Jika tiada apa gejala yang berlaku kepada pasangan dan anda sendiri yakin bahawa diri anda tidak mempunyai masalah, maka anda tidak perlu risau untuk memulakan hubungan dengan pasangan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAHAYA TAHAN EJAKULASI

Soalan

SETIAP kali mengadakan hubungan seks bersama isteri, saya memancutkan air mani di luar dan bukannya di dalam faraj. Tindakan ini boleh membuatkan ereksi di zakar saya dapat bertahan lama. Adakah perbuatan ini boleh mendatangkan kemudaratan?

Dengan cara itu saya boleh mencapai klimaks lagi dan ketika ejakulasi pada kali kedua, saya mengeluarkan air mani menggunakan tangan. Adakah perbuatan ini selamat dan bolehkah ia menyebabkan mati pucuk?

Selain itu, boleh doktor berikan cara pemakanan atau amalan yang boleh mengekalkan kekuatan dalam hubungan seksual?

LAN71
Kuala Lumpur

Jawapan

APA yang anda lakukan itu adalah satu daripada kaedah merancang keluarga yang dikenali sebagai al-Azal. Lelaki yang mengamalkan kaedah berkenaan perlu mempunyai daya kawalan ejakulasi yang kukuh yang mana air mani tidak boleh terpancut ke dalam faraj.

Kajian yang pernah dibuat di Pakistan mendapati kadar lelaki negara berkenaan yang menghidap penyakit kencing kotor meningkat berbanding mereka yang tidak mengamalkan kaedah merancang keluarga konvensional itu.

Ia berlaku akibat menahan pengeluaran air mani ketika dalam keadaan klimaks sehingga air mani termasuk ke dalam pundi kencing. Jika ada kuman dalam salur kencing, ia juga akan termasuk ke dalam pundi kencing dan membiak sehingga pundi kencing mengalami keradangan dan lelaki itu mengalami masalah kencing kotor!

Ada perbezaan jika air mani dikeluarkan dengan tangan. Cara itu memerlukan lelaki terbabit menarik zakar keluar dari faraj sebelum klimaks dan dirangsang dengan tangan sehingga klimaks.

Cara itu tidak menjadi masalah jika isteri anda puas, tetapi jika zakar dicabut ketika isteri belum mencapai klimaks, tentu ia akan mengecewakan isteri. Apa yang penting, sebelum mengamalkan kaedah itu, anda dan isteri perlulah berbincang dan bermuafakat demi kenikmatan hubungan seks.

Hubungan seks memerlukan tenaga dan keselesaan. Kedua-dua ini ada kaitan dengan jalinan hubungan yang baik dan amalan gaya hidup sihat. Pastikan pengambilan makanan seimbang dengan vitamin dan zat galian yang mencukupi, lakukan senaman secara berkala, elak merokok dan mengambil minuman keras dan elakkan tekanan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAHAYA GUNA PAM VAKUM TIADA PIAWAIAN

Soalan

SELAIN membeli ubat dan peralatan yang mahal, apakah cara terbaik untuk membesarkan saiz zakar?

EZAT
Bahau, Negeri Sembilan

Jawapan

ZAKAR yang panjangnya kurang enam sentimeter ketika ereksi dan sukar bergerak dalam corong faraj boleh dikategorikan sebagai zakar kecil. Jika itu berlaku anda digalak mendapatkan nasihat doktor. Mungkin anda perlu menjalani pembedahan atau disyorkan memakai alat penarik otot zakar 'andropenis' yang mempunyai piawaian yang berkesan dan tidak memudaratkan.

Alat pam vakum atau ubat pembantu pembesaran zakar tidak dapat memberi kesan yang dikehendaki. Ia hanya perbuatan sia-sia. Sila berjumpa doktor, bukannya individu yang tidak bertauliah. Golongan ini sering memperdayakan lelaki atau remaja dengan memaparkan laman penjualan peralatan seks yang boleh memberi risiko kepada kesihatan anggota seksual.

Bayangkan menggunakan alat penarik palsu dan tiada piawaian, zakar boleh tercedera dan kesudahannya mengalami penyakit peyronie (zakar bengkok dengan ketara) akibat kerosakan zakar.

Begitu juga jika menggunakan pam vakum atau alat cincin penahan atau penambat zakar yang tidak pernah diuji. Saya syorkan remaja dan individu jangan mudah terpedaya dengan peralatan berunsur seks yang diketengahkan oleh orang tidak bertauliah. Jika berlaku kemudaratan, mereka tidak terjejas, sebaliknya anda yang merana!

Apa tujuan anda mahu membesarkan zakar? Jangan mudah terpengaruh dengan saiz zakar. Jika normal kenapa mahu membesarkannya? Jumpa doktor untuk pemeriksaan, hanya doktor yang lebih arif dan layak membuat pemeriksaan dan rawatan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KERANDUT KELUAR CECAIR

Soalan

SAYA seorang remaja berusia 20 tahun. Apa yang merisaukan saya ialah bahagian kerandut zakar saya sering mengeluarkan cecair. Ini menyebabkan ia sering terlekat pada seluar dalam.

Paling merunsingkan saya ia mengeluarkan bau hanyir. Bagaimana ia boleh berlaku?

REMAJA RISAU
Subang Jaya, Selangor

Jawapan

KERANDUT buah zakar diselaputi kulit yang licin dan tidak berkuping atau kering. Kulitnya berkedut kerana cengkaman selaput otot yang menyelaputi bahagian dalam kerandut.

Kulit kerandut mengandungi banyak pundi peluh dan pundi apokrin yang menghasilkan bahan pelembap kepada kulit. Kadang-kadang pengeluaran bahan pelembap berlaku dengan banyak dan apabila kering akan mengakibatkan kulit terlekat pada seluar dalam.

Kadang-kadang campuran peluh dan bahan pelembap berlaku dan tindak balas kuman terhadap persekitaran membiak dalam cecair berkenaan menyebabkan bauan yang kurang menyenangkan.

Jika berlaku jangkitan, kulit boleh menggelupas dan keradangan. Kadang-kadang boleh menjadi parut jika kulit melecet.

Ada juga ketulan sebesar kepala mancis kepada bahagian kulit seperti jerawat. Ia berlaku apabila salur pundi yang menghasilkan cecair pelembap tersekat.

Kadangkala terdapat perubahan kepada kulit kerandut yang berlaku akibat alahan atau sakit kulit dan cecair banyak keluar akibat tindak balas alahan itu. Eloklah berjumpa doktor untuk kepastian dan dapatkan rawatan yang sewajarnya.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RAKAN TERSEPAK ALAT SULIT

Soalan

SEWAKTU remaja, saya pernah mengalami kesakitan pada buah zakar akibat tersepak rakan sewaktu bermain bola sepak.

Saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya bimbang jika ia boleh menjejaskan tahap kesuburan saya. Adakah ia boleh berlaku?

ARMAN
Johor Bahru

Jawapan

BUAH zakar amat penting bagi lelaki kerana ia adalah pusat penghasilan sperma dan hormon testosterone. Kedua-duanya penting untuk penghasilan zuriat dan watak kelelakian. Bayangkan apabila fungsi kedua-dua terbantut akibat kecederaan atau jangkitan kepada buah zakar. Sudah tentu semangat dan kemampuan zuriat kelelakian musnah sama sekali.

Lelaki yang mengalami masalah kekurangan hormon boleh dirawat dengan pengambilan testosterone. Tetapi jika tidak ada benih, sukar untuk mengatasinya dan terpaksa menerima kemungkinan mandul seumur hidup.

Lelaki perlu peka dengan keselamatan buah zakar mereka. Ini kerana ia berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan terutama ketika bersukan atau melakukan aktiviti lasak.

Jangkitan kuman atau virus kepada buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa. Penyakit beguk (akibat kuman virus mumps) yang dialami lelaki dewasa berkemungkinan boleh merebak ke buah zakar.

Apabila buah zakar membengkak akibat keradangan, sel asal sperma atau 'germinal epithelium' terhimpit dan musnah. Dalam masa beberapa hari, buah zakar akan menjadi lembik dan kecut (akibat kemusnahan sel asal sperma).

Pada peringkat awal penyakit beguk, jangkitan kepada buah zakar dapat dihindari jika lelaki terbabit mengambil ubat Gammaglobulin secara suntikan. Jika keradangan atau bengkak buah zakar berlaku, ia perlu dikawal dengan 'cold compress' atau pek air batu sehinggalah ia susut.

Jika buah zakar cedera, tekapkan pek air batu sehingga dapat melegakan keradangan dan menyelamatkan kilang sperma.

Jika buah zakar sudah rosak dan tidak mampu menghasilkan sperma, tiada apa-apa yang boleh dilakukan. Namun, jika masih ada sedikit sperma, anda boleh mendapatkan prosedur ICSI, iaitu kaedah menyuntik sperma ke dalam telur wanita untuk menghasilkan janin. Bagaimanapun, kosnya agak mahal dan kemungkinan untuk berjaya juga agak tipis.

Saya ingin mencadangkan supaya semua kanak-kanak lelaki mendapatkan suntikan pelalian Mumps (MMR) yang sudah diperkenalkan Kementerian Kesihatan. Jika aktif dalam sukan lasak, pastikan anda memakai peralatan perlindungan buah zakar. Selain itu, elakkan memakai seluar dalam atau jean ketat.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN AKIBAT KEMALANGAN

Soalan

BENARKAH kesan akibat kemalangan yang teruk terutama pada bahagian tulang belakang boleh menjejaskan kemampuan zakar?

ZAHID
Selangor

Jawapan

EREKSI berlaku apabila isyarat rangsangan menuju ke urat saraf yang mengawal anggota kemaluan lelaki. Seseorang yang urat sarafnya terputus seperti dalam kes SCI (spinal cord injury), ketegangan tidak berlaku jika isyarat itu datang dari otak.

Jika isyarat itu hasil tindak balas sentuhan, contohnya (zakar terangsang dengan sentuhan dengan tangan) ketegangan berlaku secara refleksi tetapi ketegangan tidak kekal dan hubungan penetratif tidak dapat dilakukan, kecuali jika sentuhan berpanjangan.

Lelaki mengalami kecederaan tulang belakang dan urat saraf dalam tulang belakang menghadapi masalah itu, iaitu tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar.

Untuk mengatasi masalah ini, amalkan beberapa kaedah rawatan seperti penggunaan pam vakum. Ia boleh digunakan pada zakar dengan bantuan pasangan wanita. Apabila ketegangan berlaku, ia boleh dikekalkan dengan menambat cincin getah ke pangkal zakar dan hubungan kelamin boleh dilakukan.

Selain itu, anda boleh mengambil pil Viagra yang dapat membantu mengekalkan ketegangan zakar akibat rangsangan sentuhan kepadanya.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

DUA TAHUN KAHWIN TIADA ANAK

Soalan

SAYA sudah dua tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan anak. Saya mengambil keputusan untuk melakukan ujian kesuburan dan keputusannya menunjukkan sperma saya lemah atau dipanggil Oligoszoospermia.

Doktor yang saya rujuk menyarankan saya mengambil ubat herba selama enam bulan yang dibekalkannya. Apakah punca masalah ini berlaku dan bagaimana cara untuk mengubatinya? Bolehkah saya memperolehi zuriat sekali pun saya mengalami masalah ini?

MIDIE
Klang, Selangor

Jawapan

LELAKI yang sihat menghasilkan berjuta-juta sperma berkualiti sehari atau 70,000 sperma seminit. Proses pembiakan sperma untuk satu pusingan mengambil masa 90 hari. Jika lelaki itu diberi ubat untuk merangsangkan pembiakan sperma, ubat itu perlu dimakan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

Mungkin ujian air mani adalah satu-satunya penentuan lelaki untuk menghasilkan sperma. Walaupun mempunyai sperma, tidak bermakna lelaki itu tidak mandul.

Jika bilangannya kurang, ia dikenali sebagai 'oligospermia' atau 'oligozoospermia'. Jika banyak sperma tidak berbentuk normal (kurang 30 peratus berbentuk tidak normal), ia dikenali sebagai 'teratospermia' dan jika kurang 40 peratus sperma tidak bergerak aktif, ia dipanggil 'asthenospermia'.

Kadang-kadang berlaku kekurangan bilangan sperma dan termasuk peratusan sperma yang aktif dan berbentuk normal. Keadaan itu dikenali sebagai sindrom OTA (Oligo, Terato dan Astheno). Pemeriksaan dilakukan dengan mengukur kedua-dua buah zakar dengan alat orkidometer.

Jika perlu, ujian hormon kesuburan FSH dilakukan dulu sebelum apa-apa rawatan diberi. Aspek fizikal juga dititikberatkan seperti pakaian ketat, merokok dan suasana tempat kerja (sama ada panas atau terdedah kepada bahan kimia).

Punca ia berlaku memang tidak diketahui. Sesetengah lelaki mempunyai buah zakar yang kecil dan kurang sperma. Ada di kalangan mereka mengalami masalah hormon dan jika ubat penyubur diberi, keadaan akan pulih.

Ada juga yang mengalami pembuluh darah buah zakar berpintal atau varikosel dan jika pembedahan pemulihan dilakukan, keadaan akan pulih.

Sebahagian daripada rawatan masalah kesuburan lelaki ialah penyemaian benih dalam rahim isteri atau IUI dan bayi tabung uji. Insya-Allah peluang menjadi seorang ayah masih cerah jika kena dengan penawarnya.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KENCING TIDAK TUS, KOTOR

Soalan

SAYA mengalami masalah kencing tidak tus sejak tujuh tahun. Selain itu, sejak empat tahun lalu saya mengalami masalah kencing kotor pula. Maksudnya, setiap kali saya membuang air kecil, ada cecair putih yang keluar daripada zakar dan ia mengambil masa yang lama untuk kering.

Dalam masa yang sama, saya mengalami masalah sukar menahan kencing. Masalah ini membebankan saya sehingga terpaksa memakai kondom untuk mengelakkan air kencing terkena pakaian.

M NUR
Kuala Lumpur

ISTILAH kencing tidak puas atau tidak tus lazimnya dikaitkan dengan masalah perjalanan air kencing ketika individu itu membuang air kecil. Kebiasaannya apabila air kencing itu keluar, pintu pembukaan pundi kencing terbuka dan otot pundi kencing akan lega.

Bagaimanapun, sekiranya pada bahagian tertentu salur kencing menjadi sempit, perjalanan air kencing menjadi tersekat-sekat. Jika ada radang pundi kencing, kelegaan otot pundi kencing mengakibatkan rasa kurang selesa dan individu itu terasa seolah-olah masih ada air kencing lagi dalam pundi kencing!

Jika masalah yang anda hadapi agak kronik, anda dinasihatkan merujuk kepada pakar untuk mengenal pasti masalah sebenar supaya rawatan yang lebih mujarab dapat diberi doktor.

Cairan lendir berwarna jernih atau kelabu itu ialah lelehan daripada pundi yang ada dalam mukosa salur kencing yang mungkin mengalami keradangan sehingga pengeluarannya banyak dan luar biasa. Ia sebenarnya bukan 'lelehan kotor' tetapi dikenali sebagai lelehan air mazi dan bukannya najis.

Dalam keadaan biasa lelehan itu akan keluar secara sederhana untuk melembapkan salur kencing untuk memudahkan perjalanan air kencing. Bagaimanapun, pengeluarannya menjadi lebih banyak apabila ejakulasi berlaku.

Lelehan berlebihan berlaku apabila pundi berkenaan mengalami rangsangan akibat rangsangan seksual. Jika ini berlaku agak ketara, ia dikenali sebagai 'resdung zakar'!

Bagi lelaki yang kerap mengalami kencing tidak tus, pundi yang menghasilkan lelehan ini mengembang secara luar biasa dan menghasilkan lelehan berlebihan.

Jika mahu mengelakkan pengeluaran cairan yang ketara dari lubang kencing, anda perlu pastikan setiap kali selepas membuang air kecil, lurutkan salur kencing beberapa kali sambil mengemut sekali saja.

Jika ada lelehan yang tercicir, lapkan dengan tisu dan jangan mengemut lagi. Lelehan berkurangan atau berhenti terus. Berikutan ia hanya lelehan air mazi, jadi tidak perlu menukar pakaian kerana air mazi bukanlah najis.

Kini ada sejenis alat penutup salur kencing yang boleh digunakan untuk menutup salur kencing dari luar untuk tujuan menunaikan sembahyang. Alat ini boleh didapati dari laman www.drismailtambi.com tidak lama lagi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BIMBANG TIDAK SUBUR

Soalan

SAYA remaja berusia 19 tahun dengan ketinggian hanya 161 sentimeter. Saiz zakar saya ketika ereksi 12 sentimeter. Adakah saiz berkenaan normal?

Selain itu air mani saya juga sedikit. Apabila ejakulasi, ia hanya meleleh dan tidak seperti kebiasaannya. Saya cukup bimbang jika itu petanda tidak subur atau mandul.

REMAJA BIMBANG
Johor

Jawapan

SAIZ zakar yang anda miliki itu memang normal bagi remaja seperti anda. Ia mungkin boleh membesar lagi jika usia meningkat kepada 22 hingga 24 tahun. Kadang-kadang tumbesarannya boleh meningkat lagi, tetapi bergantung kepada tahap kesihatan dan aktiviti fizikal anda lakukan kerana kedua-duanya mempengaruhi tahap hormon testosterone yang ada kaitan dengan tumbesaran kemaluan lelaki.

Memang biasa anggota reproduktif yang sedang membesar berfungsi dengan lancar dan mengalami mimpi basah sebagai sebahagian daripada perubahan itu.

Jika zakar kerap dirangsang, ejakulasi selepas itu kelihatan kurang seperti air mani hanya meleleh. Ia perkara biasa dan bukannya masalah kesuburan.

Anda tidak perlu bimbang mengenai kemampuan fizikal dan reproduktif anda. Apa yang penting, berikan tumpuan pada pelajaran, kerjaya dan masa depan.

Apabila sampai masanya nanti dan jika ada kemusykilan mengenai masalah seksual, bolehlah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

'LEWAT SAMPAI' KETIKA BERSAMA PASANGAN

Soalan

SAYA mempunyai tabiat buruk iaitu gemar beronani walaupun sudah berkahwin. Masalahnya ialah apabila beronani saya akan klimaks terlalu cepat, tetapi jika bersetubuh dengan isteri, klimaks saya agak lambat. Adakah saya kurang subur atau kurang rangsangan daripada isteri?

LELAKI KELIRU
Perak

Jawapan

NIKMAT yang dikecapi ketika onani berbeza berbanding melakukan persetubuhan dengan pasangan. Bagi mereka yang biasa dengan onani dan selesa dengan teknik sendiri untuk merangsangkan syahwat, mereka lebih seronok dengannya daripada bersetubuh dengan pasangan.

Kebiasaannya memang lelaki akan cepat klimaks ketika onani kerana dia yang mengawal pergerakan zakar. Selain itu dia tahu kawasan paling sensitif pada zakar dan merangsangkannya hingga klimaks.

Ia berbeza jika dia bersetubuh dengan pasangan. Rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh, jadi dia perlu tumpukan sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan.

Ini akan memakan masa dan kadangkala boleh membosankan kedua-dua pasangan jika terlalu lama dan letih!

Masalah ini bukan masalah kesuburan atau kurang rangsangan daripada pasangan. Sudah tentu individu itu seronok dan terangsang dengan isteri, tetapi dia tidak dapat rangsangan yang dapat mencetuskan klimaks yang dia biasa dapat dengan onani.

Mungkin jika mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, masalah itu akan dapat diatasi. Memang mustahak untuk pasangan kelamin bekerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim seksual yang lebih mengghairahkan antara mereka.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RESDUNG ALAT SULIT MUDAH DIATASI

Soalan

AIR mazi saya mudah terkeluar walaupun hanya terdetik sedikit saja imaginasi berkaitan seksual tanpa melakukan apa-apa. Adakah ia menunjukkan saya menghadapi masalah pada zakar?

JEJAKA INGIN TAHU
Melaka

Jawapan

MEMANG kebiasaan bagi mana-mana lelaki yang sudah baligh mempunyai perasaan syahwat dan mencapai rangsangan seksual serta mengeluarkan air mazi ketika zakar dalam keadaan ereksi. Ada juga lelaki yang mudah sangat mengeluarkan air mazi dengan banyak sehingga membasahi seluarnya.

Jika itu berlaku, ia dikenali sebagai resdung zakar. Ia berlaku akibat rangsangan pundi kecil yang ada dalam salur kencing untuk menghasilkan air mazi.

Pengeluaran air mazi yang banyak itu seolah-olah menandakan yang air mazi itu sudah habis. Demikian kepercayaan sesetengah lelaki sehingga memberi tekanan kepada mereka terutama dalam hubungan seksual sehingga mereka gagal menghayatinya bersama pasangan.

Masalah resdung zakar boleh dikurangkan dengan mengambil ubat yang mengurangkan selesema seperti Piriton. Jadi lelaki yang mempunyai resdung zakar tidak perlu bimbang kerana ia memang jarang berlaku dan mudah diatasi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KAWAL EJAKULASI

Soalan

AMALAN 'coitus interruptus' atau mengeluarkan air mani di luar rahim dilihat sebagai satu kaedah berkesan untuk merancang keluarga. Apakah kebaikan dan keburukannya dari sudut perubatan?

SEPEIE
Kelantan

Jawapan

KAEDAH 'coitus interruptus' atau dikenali sebagai al-azal adalah kaedah merancang keluarga secara tradisional dan tanpa menggunakan sebarang peralatan. Ia dilakukan lelaki kepada pasangannya dengan mengeluarkan zakar dari faraj sebelum mengeluarkan air maninya di luar faraj ketika bersetubuh.

Amalan ini sesuai bagi lelaki yang dapat mengawal ejakulasi dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Jika air mani terlepas walau sedikit pun ke dalam faraj, besar kemungkinan kehamilan masih boleh berlaku.

Penting bagi lelaki yang merasakan dirinya tidak mempunyai kawalan daripada ejakulasi yang sempurna, dia harus memberitahu pasangan sekiranya dia terasa ada pengeluaran air mani sedikit. Jadi, dengan amaran itu pasangan wanita boleh mencuci kemaluannya untuk membunuh sperma berkenaan.

Kajian mengenai air mazi yang biasanya keluar sebelum air mani mendapati kadang-kadang ada sperma di dalamnya dan ia mencukupi untuk mendatangkan kehamilan.

Ada sesetengah wanita tidak seronok dengan kaedah itu. Ini berikutan mereka tidak dapat menikmati kepuasan dalam persetubuhan.

Dalam satu kajian yang pernah dijalankan terhadap lelaki Pakistan yang mengamalkan kaedah berkenaan mendapati sebahagian besarnya mengalami masalah kencing kotor berbanding lelaki Pakistan lain yang tidak melakukan kaedah ini.

Jadi, terpulang kepada lelaki untuk mengamalkannya jika itu yang diinginkan. Inilah satu-satunya kaedah merancang keluarga yang ada dalam kawalan lelaki.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme