Label

SUAMI HILANG NAFSU

Soalan

SAYA sudah berkahwin sembilan bulan, tetapi tidak pernah sekalipun ‘bersama’ suami.

Menurut ‘ustaz’ yang cuba menyelesaikan masalah kami, suami terkena sihir tahap tinggi.

Saya yakin selain masalah sihir, ada kemungkinan masalah psikologi antara punca suami hilang nafsu terhadap saya.

Saya juga yakin dia bukan tidak cintakan saya kerana ketika hendak kahwin dulu, suamilah yang paling beriya-iya.

Bolehkah doktor memberi pendapat mengenai jalan terbaik untuk saya dan suami ambil bagi menyelesaikan masalah kami?

WANI AFFENDI
Kuala Lumpur

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

TIDAK DINAFIKAN ada banyak kes pasangan diijabkabul tidak dapat melangsungkan hubungan keintiman seksual.

Apa yang berlaku ialah ketika hendak bersama, isteri ‘menutup’ atau mengemut lubang najis dan lubang kencing yang secara tidak langsung menutup pembukaan farajnya. Ini menyukarkan suami melakukan seks penetratif.

Jika suami gagal banyak kali, perasaan ghairahnya menurun dan dia hilang nafsu syahwatnya. Saya dapati kedua-dua pihak kurang arif teknik bersetubuh. Perasaan gementar menyebabkan pengeluaran hormon adrenalin berlaku.

Ini mengakibatkan jalanan darah dalam otot zakar terencat, ereksi yang membina langsung kendur.

Jika berlaku kepada wanita, iaitu dia kemut dan mencengkam lubang najis dan kencing, pembukaan farajnya tertutup.

Masalah ini dapat diatasi apabila pasangan sedar dan bersama-sama berkerjasama untuk mengatasinya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

TAKRIFAN 'TERUNA' DAN 'DARA'

Soalan

SAYA pemuda berusia 23 tahun dan ingin kepastian mengenai fakta teruna dan dara. Ketika berusia 20 tahun, saya melakukan hubungan seks kali pertama dengan seorang wanita dan tidak pasti sama ada dia masih dara atau tidak.

Kami kemudian melakukannya banyak kali dengan hanya seks pertama saya memakai kondom dan selepas itu tidak lagi.

Selepas itu saya tidak lagi melakukan hubungan seks dengan mana-mana wanita sehingga sekarang, tetapi saya sering melakukan onani untuk memuaskan nafsu.

Namun, ketika onani saya cepat berasa geli dan tidak sampai seminit sudah terpancut. Persoalan, adakah teruna saya hilang walaupun memakai kondom?

Ada juga yang mengatakan jika seorang lelaki itu kali pertama melakukan hubungan seks dengan wanita yang tiada dara, lelaki itu masih dianggap teruna. Betul ke?

FAZLI,
Perlis

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

TAKRIF ‘teruna’ dan ‘dara’ memberi maksud lelaki yang belum pernah melakukan seks penetratif.

Jika menggunakan kondom untuk bersetubuh, dia BUKAN teruna, dan wanita dara juga ialah yang belum pernah melakukan hubungan seks penetratif (walaupun dia tiada selaput dara mungkin akibat aktiviti lasak).

Jadi maksud lain yang anda nyatakan itu tidak tepat sama sekali. Mengikut takrif ini, anda bukan teruna lagi.

Mengenai cepat klimaks, ia isu lemah daya kawalan ejakulasi.

Apabila daya ejakulasi dalam kawalan, iaitu anda dapat melewatkannya atau memilih mencepatkannya, isu cepat klimaks tidak timbul.

Untuk ini anda perlu mengawal geselan anggota sulit supaya setiap geselan dilakukan dengan kawalan. Gerakan zakar dalam faraj dipendekkan bagi mengelak bahagian sensitif tergesel.

Jadi jika dalam faraj geselan dilakukan lebih ke pangkal zakar dan tidak di hujung, ejakulasi dapat dikawal.

Apabila terasa hendak klimaks, geselan dihentikan atau dilakukan secara perlahan supaya dapat mengawal perasaan hendak pancut. Jika sampai ke peringkat hendak pancut, geselan boleh dilakukan cepat dan lebih berfokus kepada penghujung zakar yang sensitif itu.

Jika cara ini sukar, anda boleh menggunakan cincin tambat zakar, iaitu memasang cincin ke pangkal zakar ketika ereksi dan ketika gerakan dalam faraj sambil menumpukan perhatian kepada cincin yang tertambat itu.

Perasaan kurang selesa digunakan untuk mengetepikan perasaan nyilu atau sensitif pada hujung zakar.

Apabila pasangan seronok, tumpuan diberikan pula kepada penghujung zakar supaya cepat klimaks. Teknik ini perlu diamalkan selalu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

BELUM DAPAT ANAK

Soalan

SAYA mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal.

Cuma haid saya tidak teratur. Sejak saya pendarahan selepas makan ubat hormon dan memakan ubat untuk menghentikan pendarahan itu, haid terus tidak keluar hampir tiga bulan.

Saya hampir mengambil anak angkat, tetapi risau berikutan ayah saya tidak bersetuju. Apa patut saya lakukan doktor? Adakah teknik hubungan kelamin saya tidak betul?

FAZLIN
Putrajaya

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

BAGI mana-mana pasangan berkahwin dan inginkan cahaya mata, mereka perlu merancang untuk mendapatnya dan jika tiada tanda kehamilan dalam setahun atau sekurang-kurangnya enam bulan (bagi wanita berusia melebihi 30 tahun), mereka berdua perlu berjumpa doktor untuk mendapat nasihat, bimbingan dan rawatan sewajarnya.

Mungkin untuk permulaan mereka boleh jumpa doktor keluarga. Biasanya doktor keluarga melakukan pemeriksaan awal untuk mengenal pasti masalah kesihatan yang boleh mengugat kesuburan.

Pemeriksaan ini termasuk ujian air mani untuk suami dan pemeriksaan ujian tahap hormon kesuburan untuk isteri.

Jika itu normal, pemeriksaan susulan termasuk ujian HSG atau x-ray rahim dan salur rahim isteri untuk mengenal pasti kedudukan rahim dan salur rahim. Jika ada masalah tertentu, mereka dirujuk kepada pakar berkaitan.

Misalnya, jika suami ada masalah sperma, mungkin dia perlu dirujuk kepada pakar sakit tuan atau pakar Andrologi. Jika isteri ada masalah, mungkin dia perlu dirujuk kepada pakar sakit puan yang mahir dalam pengurusan kesuburan wanita.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

TIADA PEWANGI GHAIRAH

Soalan

SAYA pernah terbaca dalam Internet mengenai ‘Pheromones’. Adakah benar ia berfungsi untuk mengeluarkan bau kelelakian bagi mengghairahkan pasangan kita? Boleh atau tidak saya gunakannya bagi memikat isteri untuk melakukan hubungan seks?

KADIR
Raub, Pahang

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

BANYAK syarikat penjual ubat kuat dan ubat ghairah seks memperkatakan mengenai Pheromones yang kononnya dapat mengghairahkan lelaki atau wanita yang baunya dikatakan akan menaikkan syahwat.

Mengikut pendapat dan pengetahuan saya, ia mengarut dan yang membelinya tentu individu berfikiran cetek kerana membazir wang tanpa usul periksa. Kajian yang pernah dilakukan mengenai Pheromones ialah terhadap binatang.

Bahan kimia semula jadi ini dihasilkan melalui peluh atau cecair dari anggota sulit, najis atau air kencing yang dapat memberi ‘signal’ atau tanda tertentu kepada binatang lain yang sama spesies bagi memahami keadaan tertentu.

Sebagai contoh, anjing kencing di merata kawasan untuk memberitahu anjing lain yang itu adalah kawasannya. Jika anjing betina hendak memberitahu ia dalam keadaan subur yang mana telurnya akan keluar, ia mengeluarkan cairan dari bahagian berdekatan anggota seksnya.

Lelaki kononnya mengeluarkan bauan badan spesifik daripada peluh ketiak yang dapat menggelorakan perasaan syahwat wanita yang terhidu atau yang sengaja menghidu pakaiannya yang dibasahi peluh.

Mungkin ini boleh berlaku jika minda wanita itu terbuka untuk membuat begitu. Jika tidak, ia tidak berlaku.

Sehubungan itu, jangan fikir adanya minyak wangi mengandungi Pheromones dapat membangkitkan perasaan syahwat isteri jika mindanya tidak terbuka untuk tujuan itu. Lagipun, minyak wangi itu perlu ada Pheromones yang datang daripada anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

SPERMA LEMAH

LELAKI sihat menghasilkan 200 hingga 300 juta sperma berkualiti sehari atau secara purata 70,000 sperma seminit.

Proses pembiakan sperma untuk satu pusingan mengambil masa 90 hari.

Justeru, jika seseorang lelaki diberi ubat untuk merangsangkan pembiakan sperma, dia perlu memakan ubat itu sekurang-kurangnya 90 hari atau tiga bulan.

Pada masa ini, ujian air mani satu-satunya kaedah yang dapat menentukan sama ada seseorang lelaki itu ada menghasilkan sperma. Jika ada sperma, ini bermakna lelaki itu tidak mandul.

Namun jika bilangan sperma dihasilkan kurang, keadaan itu dikenali sebagai ‘Oligospermia’ atau ‘Oligozoospermia’.

Bagi lelaki yang ada banyak sperma tetapi sebilangan besar tidak berbentuk normal atau kurang 30 peratus berbentuk tidak normal, keadaan itu dikenali sebagai ‘Teratospermia’, manakala jika sebilangan besar sperma itu tidak bergerak aktif dan sehala atau lebih 40 peratus sperma tidak bergerak aktif, masalah itu dikenali sebagai ‘Asthenospermia’.

Kadangkala semua masalah sperma itu berlaku sekali gus dengan bilangan sperma kurang, termasuk peratusan sperma yang kurang aktif dan yang berbentuk tidak normal. Keadaan itu dikenali sebagai Sindrom OTA (Oligo, Terato dan Astheno).

Pemeriksaan yang akan dilakukan ialah mengukur kedua-dua buah zakar dengan alat Orkidometer dan jika perlu menjalani ujian hormon kesuburan FSH sebelum apa-apa rawatan.

Aspek fizikal juga perlu dalam mengatasi masalah sperma seperti perlu mengelak pakaian ketat, merokok, terdedah kepada bahang dan suasana tempat kerja yang berisiko merosakkan sperma seperti panas dan terdedah kepada kimia.

Masalah sperma sama ada kurang bilangan, kurang aktif atau kurang sperma berbentuk normal boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ada lelaki yang satu ketika dulu mempunyai bilangan dan kualiti sperma cemerlang kemudian menghadapi masalah berkenaan.

Perlu diingatkan, masalah sperma boleh berlaku kepada lelaki yang sebelum ini dapat menghamilkan pasangannya tetapi kemudian mendapati dirinya gagal berikutan masalah sperma yang tercetus.

Sebilangan lelaki ada buah zakar kecil, sekali gus kilang spermanya tidak dapat menghasilkan sperma atau menghasilkan kurang sperma. Ada yang mengalami masalah hormon dan jika ubat penyubur diberikan, keadaan mereka akan pulih.

Jalani pemeriksaan kesuburan bersama pasangan.

Usah berlengah mendapatkan rawatan kerana lagi cepat masalah dikesan, lebih mudah dan cepat kaedah untuk mengatasi masalah kesuburan itu dapat dijalankan.

Ada juga lelaki mengalami masalah pembuluh darah buah zakar yang berpintal-pintal dan ini dikenali sebagai Varikosel.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

ISTERI SELALU LETIH

Soalan

ISTERI saya guru dan berusia 38 tahun. Masalah saya adalah, beliau selalu kepenatan dan cepat tidur, biasanya sekitar jam 8.30 malam.

Kami biasa melakukan hubungan seks dua kali seminggu. Apabila saya memerlukannya, saya terpaksa mengejutkan beliau dan saya berasa bosan serta tercabar.

Adakah ubat di pasaran untuk mengelakkan beliau keletihan dan cepat tidur?

DINIE
Batu Pahat, Johor

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

TIDUR mustahak untuk kelegaan tekanan yang dialami tubuh badan. Jika letih, tentu kita berasa lemah dan mengantuk. Jika kebetulan tidak cukup tidur, seseorang itu berasa lebih mengantuk.

Namun, ada kemungkinan kelemahan itu berlaku akibat kurang sihat seperti tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Sehubungan itu, amalkan gaya hidup sihat seperti senaman berkala, makan makanan seimbang dan jaga berat badan ke peringkat unggul, tidak obesiti dan tidak kurus serta jauhi tekanan atau urus tekanan dengan bijak.

Semua itu dapat membantu meningkatkan daya fungsi badan dan kecerdasan otak dan minda, selain dapat menahan daripada mengantuk.

Bagaimanapun, tidur itu mustahak dan jika dapat terlelap seketika, itu baik untuk mendapat minda lebih cergas. Tidak apa jika pasangan anda terlelap dan setuju dia dibangunkan untuk berintiman dengan anda.

Mungkin jika dia dapat lelap seketika sebelah petang, ia dapat membantumemberi kelegaan untuk dia aktif sebelah malam.

Dia boleh minum kopi untuk memberi kesegaran minda atau cuba makan herba yang dapat membantu mengawal tekanan, umpamanya herbal Adaptogenseperti ‘Nhance-X’.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

RISIKO PAYUDARA BESAR

JIKA saiz dan bentuk zakar penting untuk lelaki, wanita tidak terkecuali untuk mengambil berat saiz payu dara mereka. Sebenarnya, saiz dan bentuk payu dara wanita tertakluk kepada keturunan dan baka.

Jarang ada wanita mengalami masalah payu dara ‘Glandular Hyperplasia’, iaitu pepundi susu mengembang dan membesar, sekali gus mengakibatkan payu dara membesar secara luar biasa.

Wanita yang mengalami masalah ini sukar mencari baju dalam atau ‘bra’ sesuai. Keadaan payu dara yang besar juga menyakitkan dada kerana memikul beban berat.

Kajian terbaru menunjukkan payu dara besar berisiko tinggi mendapat kanser.

Tiada kaedah membesarkan payu dara tanpa membabitkan pembedahan. Ia dikenali ‘Breast Augmentation’ atau pembedahan pembesaran payu dara.

Kaedah penggunaan krim dan herba belum ada bukti kukuh keberkesanannya.

Satu ketika dulu di Thailand, wujud herba dikenali ‘Pueriaria Mirifica’ yang kononnya membantu memantapkan payu dara dan kini herba itu dalam kawalan kerajaan Thailand.

Sejauh mana keberkesanan herba itu sukar dipastikan, namun kerajaan Thailand menafikan herba itu sesuai untuk ketumbesaran payu dara.

Malah, kerajaan Thailand mencadangkan wanita yang ingin membesarkan payu dara melakukan senaman pemantapan otot dada. Pakar sakit puan dan payu dara di Thailand juga menafikan herba itu mampu membesarkan payu dara.

Sehubungan itu, jangan membazir duit membeli herba, terutama di tepi jalan, untuk membesarkan payu dara. Ia bukan sekadar pembaziran, tetapi dibimbangi kesan jangka pendek atau panjang penggunaan produk berkenaan.

Ada juga berpendapat makan kacip fatimah memantapkan payu dara. Itu juga tiada kepastian, walaupun kacip fatimah mengandungi ‘Biboflavinoids’ yang dapat diproses dalam badan menjadi hormon Estrogen yang ada kaitan dengan ketumbesaran payu dara.

Namun, kajian sekumpulan pakar di Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati kacip fatimah hanya baik menaikkan syahwat kerana kesannya kepada kelenjar Adrenal untuk menghasilkan hormon syahwat DHEA.

Malah, satu ketika dulu wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga mendapati payu dara mereka tegap dan padat, seolah-olah besar.

Selepas kejadian tidak disangka itu, ramai wanita mengunakan hormon Estrogen dan kini amalan berkenaan diketahui berbahaya dan boleh mendedahkan wanita itu kepada kanser payu dara.

Seperti zakar, payu dara kadangkala kelihatan kecut dan lembek dan kadangkala menonjol dan tegap, sama dengan keadaan puting dan tompok Areola yang juga kembang dan kuncup.

Senaman mengukuhkan otot dada dapat menegapkan payu dara ke atas dada dan ini digalakkan daripada melakukan pembedahan, mengunakan krim atau gel atau menyedut payu dara dengan pam penyedut kerana alat ini juga didapati mengarut.

Kehamilan dan kelahiran bayi dapat memantapkan kedudukan payu dara dan inipaling berkesan serta selamat, selain memakai baju dalam yang sesuai dan pengunaan krim pelembap yang baik untuk kulit payu dara.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

AMALAN SERONG SAKIT LUTUT

Soalan

SAYA mengalami masalah sakit lutut selepas melakukan onani. Adakah sakit lutut ini berpunca daripada perbuatan saya melakukan onani?

MATT
Raub, Pahang

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

AMALAN merangsang anggota sulit dan mendapat keseronokan membuatkan onani adalah amalan yang sukar dihentikan kecuali jika pengamalnya mengalami sesuatu yang kurang menyenangkan seperti kebengkakan anggota sulit atau pening kepala setiap kali klimaks atau sakit badan, sakit lutut atau sakit anggota sulit.

Kepada mereka yang memang mendapat keseronokan, tanpa pengetahuan mereka sebenarnya ketagih dengan amalan itu. Apabila tidak onani, mereka kurang selesa dan mesti membuatnya walaupun tiada sebab untuk melakukannya.

Sehubungan itu, tidak menghairankan jika mereka mendapati sukar menghentikan amalan berkenaan walaupun sudah berumahtangga.

Ada juga yang hanya seronok dengan amalan itu daripada bersetubuh dengan pasangan. Ini tentu memberi tekanan kepada pasangan apabila mendapat tahu dia melakukan onani secara senyap dan tidak melayannya. Ini boleh mengakibatkan perpecahan rumah tangga.

Masalah tidak selesa ketika melakukan onani seperti sakit lutut berlaku akibat tekanan otot paha yang kejang ketika ejakulasi berlaku. Ia bukan kerana ‘air’dalam kepala lutut kering!

Jika tidak selesa, perbuatan itu perlu dihentikan segera kerana banyak lagi kesan negatif yang boleh berlaku seperti ketagihan kepada onani, cepat klimaks dan mati pucuk.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

RESAH BAKAL PENGANTIN

Soalan

SAYA berusia 24 tahun dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Ketika berusia 10 tahun, saya pernah termakan ubat kepunyaan ibu saya, yang rasanya manis seperti gula dan berwarna kuning gelap.

Saya tidak tahu ubat apa tetapi selepas beberapa kali mengambilnya, baru saya mendapat tahu ubat itu untuk menopaus (putus haid).

Adakah ubat itu memberi kesan kepada organ seks saya? Pada masa ini, organ seks saya masih berfungsi dengan baik dan mampu mengeluarkan air mani apabila saya melakukan onani.

Bagaimanapun, saya masih bimbang jika sejarah saya makan ubat kepunyaan ibu akan memberi kesan negatif kepada alat zakar dan kualiti serta kandungan sperma saya.

SAM
Kajang

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

MENJADI kebiasaan mana-mana individu yang bakal mendirikan rumah tangga akan mula memberi tumpuan lebih ke atas aspek kesihatan diri, terutama kesihatan anggota reproduktif.

Mereka bimbang anggota itu bermasalah akibat ‘sejarah’ silam, sekali gus menjejaskan masa depan dengan pasangan mereka.

Masalah anda ialah pernah termakan ubat ibu anda tanpa mengetahui kandungan ubat berkenaan. Ini berlaku sudah lama. Jika ada apa-apa kesan atau implikasi sudah diketahui sekarang. Jika tiada, anda tidak perlu khuatir kesan jangka panjang.

Masalah tidak berlaku kerana anda mempunyai sistem reproduksi yang berfungsi, dapat mencapai ereksi dan boleh mencapai ejakulasi.

Perkara yang anda perlu khuatir yang mungkin boleh memberi kesan kepada hubungan seksual dengan pasangan ialah amalan onani.

Jika anda ketagih dengan perbuatan onani itu, tentu anda tidak dapat mengurangkannya dan akan menjejaskan hubungan keintiman dengan pasangan apabila anda lebih seronok dengan cara onani daripada hubungan seks dengan pasangan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

AMBIL MAKANAN TAMBAHAN JAGA PENAMPILAN

UNGKAPAN kehidupan bermula pada usia 40 tahun begitu sinonim dengan lelaki, namun bagi wanita pula usia itu dianggap permulaan kepada detik sukar, termasuk diketepikan suami daripada aspek seksual dan kemungkinan juga hidup bermadu.

Perlu diingatkan, hubungan seks adalah keperluan naluri dan batin manusia selain pada masa sama mengeratkan hubungan silaturahim antara pasangan.

Pasangan muda berkemampuan menikmatinya kerana tahap kecergasan dan kesihatan mereka yang optimum berikutan hubungan seks memerlukan daya tenaga dan kesihatan yang baik.

Peningkatan usia tidak bermakna pasangan itu tidak lagi dapat mengecapi kehidupan seksual menarik dan membahagiakan. Namun, ia tidak mungkin berlaku jika pasangan berkenaan tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan.

Bagi seseorang wanita, peningkatan usia tidak bermakna mereka tidak dapat menggembirakan suami, manakala bagi lelaki pula bukan hanya wanita muda dapat memuaskan mereka di bilik tidur.

Yang utama ialah selain menjaga penampilan, pastikan berat badan dalam tahap unggul. Kurang makan makanan berlemak dan lebihkan bijirin, sayuran dan buah-buahan.

Makan makanan tambahan seperti multi-vitamin dan zat galian yang sesuai untuk orang yang semakin meningkat usia. Lakukan senaman secara berkala untuk daya kegergasan badan atau ‘stamina’.

Pastikan juga anda menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala kerana penyakit kronik boleh muncul bila-bila masa. Jika disahkan menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung, gout dan sakit sendi, tentu ia menjejaskan kemampuan dan keselesaan hubungan seks.

Wanita yang memasuki ambang putus haid perlu tahu tahap hormon Estrogen akan berkurangan. Pada masa sama, hormon Testosterone dan DHEA akan berkurangan dan ini adalah proses normal apabila seseorang meningkat usianya.

Sebagai peringatan, apabila hormon ini berkurangan, ia mengakibatkan seseorang itu mengalami simptom kelesuan, keletihan, tidak bermaya, sakit sendi dan otot serta emosi meragam, selain kurang minat kepada hubungan seksual.

Golongan ini boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan bimbingan mengenai masalah yang mereka hadapi atau mungkin dengan rawatan alternatif dan pengambilan hormon, kesihatan mereka kembali normal.

Tidak salah jika wanita itu mencuba makanan tambahan yang dapat membantu mengurangkan simptom merunsingkan mereka atau mendapat pandangan seterusnya cadangan ahli farmasi mengenai apa sepatutnya diambil mereka untuk kecergasan diri.

Buat pengetahuan, herba seperti ‘Remifemin’ dan ‘Phyto Kacip Fatimah’ dapat membantu dan boleh dibeli tanpa preskripsi. Sebagai amaran, jangan beli ubat di kaki lima kerana dibimbangi mengandungi bahan berbahaya atau tidak mengandungi sukatan herba sebenar.

Perkara mustahak ialah wanita itu perlu berusaha membina keluarga harmoni dan hubungan seks — satu-satunya hubungan yang dapat merapatkan kemesraan dengan pasangan — perlu dijaga supaya kekal mengikut kemampuan dan keselesaan kedua-dua pasangan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

FIRMA SALAH GUNA NAMA DOKTOR

Soalan

SAYA terjumpa satu laman web yang memaklumkan produk dijual dicipta oleh doktor. Saya ingin pengesahan doktor mengenai kesahihan produk itu.

Adakah ia benar dicipta oleh doktor atau pengendali laman web itu hanya menggunakan nama doktor sebagai menambah keyakinan pengguna? Saya memerlukan penjelasan doktor bagi mengelak membeli produk tiruan.

HAIRIL
Georgetown

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan, saya diundang memberi ceramah kesihatan oleh agensi dan syarikat swasta yang menjual produk kesihatan.

Saya hanya memberi maklumat kesihatan dan tidak mengulas produk kesihatan kerana etika perubatan melarang pembabitan doktor secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat penjualan produk.

Memberi maklumat kesihatan dan penjagaan kesihatan secara am menjadi tanggungjawab doktor. Bagaimanapun, memang ada kes nama saya dikaitkan dengan produk tertentu. Ia dilakukan tanpa persetujuan dan pengetahuan saya.

Sehubungan itu, orang ramai harus peka dengan penulisan saya kerana ada sesetengah produk saya kaji dan hasil kajian saya paparkan, sama ada dalam jurnal perubatan atau rencana kesihatan.

Saya memang ada mencipta cincin getah penambat zakar dan kini ia dipasarkan sebagai alat pembantu memantapkan ereksi serta mengawal cepat klimaks, selain berfungsi sebagai penahan kondom daripada terlucut.

Kini, ia dipaten dan hak pengedarannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta. Laporan kajian mengenai cincin ini disiarkan dalam Asian Journal of Andrology keluaran Oktober 2006.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

NAFSU NAIK HIDU ALAT KELAMIN ISTERI

Soalan

SAYA berusia 52 tahun dan sudah berkahwin 28 tahun. Yang membimbangkan saya ialah, nafsu saya naik apabila menghidu alat kelamin isteri. Semakin kuat baunya seperti bau ikan kering, saya akan terangsang. Masalahnya, saya tidak terangsang jika bau alat kelamin isteri tidak kuat. Boleh doktor menjelaskan punca keadaan ini?

BANG MAN
Pulau Pinang

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

TERANGSANG dengan bauan anggota sulit bukan perkara luar biasa, walaupun membau anggota sulit itu perbuatan aneh. Memang biasa untuk manusia mengaitkan anggota sulit dengan najis dan kekotoran.

Sehubungan itu, minda manusia tentu tidak terbuka untuk menghidu baunya kerana tentu bauan itu kurang menyenangkan.

Kajian mengenai bauan mendapati, sesetengah bauan merangsang urat saraf dalam mukosa hidung dan memberi rangsangan kepada otak, seterusnya merangsang sesuatu sistem secara positif. Maka wujud terapi aroma yang menggunakan pendekatan itu.

Kimia tidak berbau yang dikenali sebagai Pheromones dapat membangkitkan perasaan syahwat dan merangsang selera seksual apabila kimia ini dihidu. Perkara ini wujud di kalangan binatang dan jarang dikaitkan dengan manusia.

Bagaimanapun, pakar dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat menyatakan, manusia berkemampuan menghasilkan Pheromones yang dapat merangsang atau mempengaruhi sistem reproduksi dan seksual.

Untuk anda, kebetulan bauan yang dikeluarkan pasangan dapat membangkitkan selera seksual anda untuk melakukan hubungan mengikut nafsu anda.

Keadaan ini lebih terserlah apabila anda lebih selesa dengannya dan dapat menerima bauan yang kurang menyenangkan itu.

Perkara ini tidak berlaku kepada semua manusia. Wanita juga berkemampuan mengalami rangsangan seksual apabila terhidu bau peluh kekasih.

Konsep Pheromones kini dikomersialkan. Kononnya wujud wangian yang boleh menyemarakkan perasaan syahwat wanita kepada lelaki yang memakainya. Ini memang karut!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

KECELARUAN JANTINA

“SAYA dilahirkan dengan sijil kelahiran mencatat jantina lelaki. Namun saya ingin tahu, kenapa bentuk badan dan rupa saya menyerupai perempuan? Bukan itu saja, dada saya besar menyerupai payu dara perempuan, manakala suara saya halus hinggakan orang di sekeliling sering menyangka saya perempuan.

“Saya mengaku naluri saya lebih kepada sifat keperempuanan sejak kecil lagi. Sehingga sekarang saya selalu cuba menjadi lelaki sebenar, tetapi tidak berjaya.

“Ini membuatkan saya rendah diri dan malu berdepan orang ramai. Ia memberi tekanan dahsyat kepada saya. Doktor, saya ingin tahu adakah saya mempunyai dua jantina? Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan?”

Itu antara soalan yang kerap saya terima yang menunjukkan fakta kurang menyenangkan, tetapi kita memerlukan kaedah untuk menghadapi fenomena kecelaruan jantina yang bukan saja dihadapi di negara ini, tetapi juga seluruh dunia.

Buat pengetahuan, penetapan jantina, sama ada individu itu lelaki atau perempuan, ditentukan ketika dia dilahirkan. Penentuan dilakukan dengan melihat anggota sulitnya. Jika wujud keraguan mengenai anggota sulit, ujian kebakaan akan dilakukan untuk mengenal pasti kedudukan baka jantinanya, sama ada XX (perempuan) atau XY(lelaki).

Maka, seseorang itu akan dibesarkan mengikut aliran jantinanya. Namun, kadangkala ini tidak berlaku. Seseorang itu dibesarkan sebagai jantina sebaliknya walaupun dia bukan dalam jantina itu. Sehubungan itu, perilakunya tidak normal seperti mereka sejantinanya.

Ini menyebabkan apabila baligh, individu itu mendapati dia tidak menonjolkan jantina sepatutnya dan ini membuatkan dia berasa tertekan.

Ada juga keadaan individu itu dibesarkan sebagai jantina sahihnya, tetapi jiwanya memberontak dan dia lebih suka memainkan fungsi dan perilaku jantina sebaliknya. Keadaan ini dikenali sebagai kecelaruan jantina (gender).

Nasihat saya kepada mereka yang mengalami masalah kecelaruan jantina ini ialah jika anda yakin dan percaya anda lelaki, anda tidak perlu risau mengenai anggapan atau pandangan orang lain terhadap anda.

Golongan ini mungkin mempunyai sifat lembut semula jadi dan kurang ‘macho’, tetapi masih ada banyak sifat kelelakian.

Bagi yang ragu mengenai diri sendiri, mereka perlu selesaikannya dengan berjumpa pakar psikologi.

Mendiamkan diri dan merana keseorangan bukan cara yang baik.

Jika masih menuntut, anda boleh jumpa kaunselor anda. Mungkin dia boleh bantu anda atau merujukkan anda kepada pakar berkaitan. Perkhidmatan saya pula boleh didapati di Damai Service Hospital beralamat 115-119 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau telefon 03-40434900.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

PENYAKIT ED BOLEH DIPULIHKAN

Soalan

ASSALAMUALAIKUM. Saya menghidap penyakit kencing manis kronik. Saya menyedari sejak sebulan lalu saya seperti mengalami penyakit erektil disfungsi (ED) atau bahasa mudahnya mati pucuk. Saya ingin bertanya, adakah penyakit ED yang saya alami boleh disembuhkan atau adakah cara lain untuk memulihkannya?

LAN
Sabah

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

EREKSI memerlukan kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar supaya ia keras padat dan kekal tegang untuk tujuan hubungan seks penetratif.

Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis kronik lambat laun akan mengalami masalah kesempitan salur darah dan gangguan fungsi urat saraf yang mengawal fungsi jalanan darah.

Masalah ini menyebabkan lelaki itu gagal mencapai ereksi walaupun ada rangsangan, tetapi tiada tindak balas sepatutnya.

Kajian juga menunjukkan jika perubahan itu, iaitu kesempitan salur darah dan gangguan urat saraf berlaku kepada salur darah dan urat saraf, ereksi jarang berlaku walaupun penyakit kencing manis terkawal.

Bagaimanapun, masalah itu ada rawatan iaitu pesakit boleh mencapai ereksi untuk tujuan persetubuhan menggunakan kaedah moden seperti penggunaan alat pam vakum (alat pam vakum piawaian perubatan dan bukan yang dijual di pasar atau iklan) memakan ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra atau Cialis selepas menjalani pemeriksaan doktor.

Selain itu, ada cara rawatan dengan terapi suntikan atau ‘Intracavernosal Injection Therapy’.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

SUAMI DINGIN

Soalan

SAYA mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu. Bagaimanapun, sepanjang melakukan hubungan seks, suami tidak dapat mengeluarkan air mani secara normal walaupun sudah mencapai ejakulasi. Air mani hanya dapat keluar jika menggunakan tangan. Suami saya juga dingin dalam hubungan kelamin. Diharap pihak tuan dapat membantu.

ISTERI KELIRU
Bangi

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

BIASANYA untuk lelaki, ejakulasi berlaku apabila mencapai kemuncak rangsangan seksual. Sebahagian lelaki mudah mencapai ejakulasi dalam tempoh singkat dan ia dikenali sebagai ‘ejakulasi pramatang’.

Ada pula yang lambat mencapai ejakulasi dan mengakibatkan pasangan berasa tidak selesa dan kadangkala menyakitkan pasangan apabila faraj kering.

Situasi ini dikenali sebagai ‘retarded ejaculation’. Ada juga yang tidak mencapai ejakulasi, tapi dia mencapai klimaks!

Untuk masalah suami anda, barangkali dia tidak mencapai ejakulasi. Ini boleh berlaku jika dia tidak terangsang dengan persetubuhan itu kerana apa yang dilakukannya dengan puan tidak merangsangkannya.

Masalah itu biasa berlaku kepada lelaki yang ketagih dengan rangsangan seksual seperti onani. Dia akan mencapai ejakulasi jika seronok dengan cara yang dilakukan kepada anggota sulitnya.

Ia dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’ dan dia perlu mendapat rawatan profesional untuk mengatasi masalah ini jika dia tidak klimaks dengan pasangannya.

Ada juga sebahagian lelaki yang tidak ejakulasi di depan, iaitu pancutan air mani berlaku di dalam di bahagian pundi kencingnya. Ini dikenali sebagai ejakulasi di belakang atau ‘retrograde ejaculation’.

Masalah itu boleh berlaku jika pundi prostat dibedah atau akibat penyakit kencing manis yang dialami lelaki muda. Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis boleh berdepan risiko tidak mencapai ejakulasi walaupun berasa sudah mencapai ejakulasi. Keadaan ini dikenali sebagai ‘dry ejaculation’!

Saya syorkan suami puan berjumpa doktor. Jangan biarkan perkara ini mengancam perkahwinan anda. Saya boleh dihubungi di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

SANGGUP MEMBUJANG

KEBAHAGIAAN perkahwinan terletak pada alat sulit? Kedengarannya melucukan, tetapi itulah ungkapan yang kerap dijadikan bahan bualan di kalangan lelaki. Malah, ada yang terpengaruh sehingga sanggup membujang, bimbang apabila berkahwin kelak tidak mampu memuaskan pasangannya.

Tidak dinafikan, hubungan keintiman seksual mustahak dalam perkahwinan. Bagaimanapun, hubungan seksual bukan satu-satunya keperluan yang dapat membina rumah tangga.

Keperluan lain seperti kemesraan, kasih sayang, keprihatinan, belaian, penjagaan dan nafkah zahir juga mustahak.

Dalam Islam, perkahwinan digalakkan. Perkahwinan itu sebahagian daripada agama dan yang lain, iaitu kemesraan, kedamaian rumah tangga dan zuriat memantapkan keluarga itu.

Sentuhan intim mencetuskan perasaan syahwat dan membuka selera untuk hubungan seksual. Anggota seksual anugerah Tuhan kepada kita dan memang padan untuk kita mengikut baka dan keturunan.

Memang alat sulit satu keajaiban yang dianugerah Tuhan kepada manusia tetapi ia tidak perlu ditokok tambah, melainkan jika ada masalah yang hanya dapat dikenal pasti oleh doktor, bukan dukun, tukang urut atau rakan.

Alat sulit kelihatan kecil dalam keadaan biasa dan untuk lelaki gemuk ia termasuk dalam lemak tundun. Keadaan menjadi luar biasa apabila ereksi berlaku dan kelihatan terjojol.

Justeru, jangan terpedaya dengan cerita orang yang tidak tahu mengenai keadaan zakar yang tidak sama antara satu individu dengan individu lain.

Dapatkan pemeriksaan doktor sebelum melakukan usaha bukan-bukan untuk tujuan membesarkan zakar. Jangan membeli pam vakum untuk membesarkan alat sulit kerana ia tidak mujarab dan mungkin memudaratkan.

Ada sistem tertentu (alat ‘penile extender’) yang dikenali sebagai Andropenis yang dapat mempengaruhi bentuk dan saiz zakar. Ia boleh digunakan dengan bimbingan doktor dan hanya disyorkan jika benar alat sulit individu itu kecil.

Jangan terpengaruh dengan maklumat di Internet mengenai ubat, senaman atau makanan yang dapat membesarkan alat sulit kerana ia karut belaka.

Berwaspada dengan pihak tidak bertauliah yang mengesyorkan cara suntikan untuk membesarkan alat sulit.

Ia berbahaya dan mengakibatkan isi zakar kelihatan besar, tetapi ketika ereksi berlaku, kekerasan tiada atau membuatkan zakar kelihatan kecil dan luas. Jika itu berlaku, cara pemulihan hanya melalui pembedahan.

Berdasarkan maklumat yang diterima, kaedah berisiko itu kini diamalkan sebilangan lelaki di Kuala Lumpur dan Pantai Timur dengan kos kira-kira RM500.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang mencuba berdepan pelbagai masalah. Nasihat saya, jangan kerana mahu membesarkan zakar, nyawa tergadai!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

INGINKAN ANAK

Soalan

SEMUA orang sedia maklum bahawa air mani lelaki berwarna putih. Masalah yang merunsingkan saya ialah air mani saya kekuningan.

Saya mempunyai seorang anak berusia tiga tahun, namun belum ada tanda untuk anak kedua walaupun kerap melakukan persetubuhan.

Adakah kerana faktor warna menghalang saya daripada mendapatkan zuriat kedua? Kenapa ia boleh berwarna kekuningan? Adakah disebabkan faktor jangkitan?

Harap doktor dapat membantu menerangkannya serta memberikan alamat dimana pemeriksaan dapat dijalankan.

RMNAR
Shah Alam

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

WARNA air mani antara kelabu, putih dan kekuningan itu ada kaitan dengan kandungan cecair daripada pundi prostat (kelabu dan putih) serta cecair daripada pundi seminal (kekuningan).

Kadangkala air mani kelihatan cair dan jernih. Ini kerana proses kecairan air mani cepat. Ketika terangsang dan cairan jernih keluar, itu ialah cairan daripada pundi salur kencing dan cecair jernih yang keluar ketika mengemut selepas membuang air kecil ialah cairan daripada pundi Cowpers.

Jika ada jangkitan, tentu semua pundi itu diserang radang dan cairan lebih kekuningan. Untuk kepastian mengenai jangkitan, ujian air mani perlu dilakukan.

Jika anda dan pasangan pernah menimang cahaya mata dan kini mengambil masa, kemungkinan anda dan pasangan mengalami infertiliti sekunder.

Anda dan isteri perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan akibat ‘infertiliti sekunder’. Pemeriksaan untuk anda ialah ujian air mani dan untuk isteri ujian hormon untuk kepastian kemampuan untuk mengeluarkan telur (ovulasi) dan x-ray rahim yang bergelar HSG.

Tempat paling terdekat untuk anda ialah Klinik Kesuburan, Kompleks Keluarga, LPPKN, Seksyen 16, Shah Alam. Tel:03-55101231. Anda boleh membuat temujanji.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

PRIHATIN NALURI ISTERI

ADA suami yang hanya memikirkan kepuasan diri ketika menjalin hubungan intim. Natijahnya, si isteri kecewa sehingga beranggapan kepentingannya tidak dipedulikan. Bagi pasangan suami isteri, situasi seperti itu berisiko menghakis keharmonian rumah tangga.

Justeru, penting bagi suami mengambil berat kepuasan isteri. Ia bukan sesuatu yang sukar kerana situasi itu boleh diubah jika suami tahu kemuncak syahwat atau klimaks isteri.

Klimaks tercapai apabila anggota seksual itu mencapai kemuncak rangsangan. Pencapaian kemuncak berbeza untuk semua wanita dan untuk sebilangan wanita pula perasaan puas itu mencukupi untuk mereka.

Ada wanita mencapai klimaks dengan sentuhan intim saja dan belum sempat suami melakukan persetubuhan penetratif. Ada yang mencapai klimaks dengan sentuhan kepada klitoris atau dengan sentuhan intim menggunakan jari atau lidah.

Ada juga yang mencapai kemuncak dengan menggesel lelangit faraj atau ‘G-Spot’ (tiga sentimeter dari pembukaan faraj).

Sebilangan wanita susah mencapai klimaks dengan sentuhan atau persetubuhan penetratif kerana masih ada perasaan risau dan takut jika mereka cedera atau terluka kembali.

Mereka berasa sukar memberi tumpuan kepada bahagian faraj ketika hubungan penetratif berlaku, terutama apabila mereka seolah-olah menjaga dan mengawal kemasukan zakar ke dalam faraj kerana khuatir suami hilan gkawalan diri.

Mungkin apabila perasaan risau kepada hubungan penetratif kurang atau langsung tiada, wanita itu tahu cara menggunakan faraj untuk berinteraksi dengan ereksi suami.

Perasaan sebelum kemuncak rangsangan faraj adalah bahagian ‘G-Spot’ berasa seperti hendak membuang air kecil dan sudah tentu ia boleh mengelirukan wanita itu dan dia akan cuba menahannya.

Jika dibiarkan dan tidak mengawal perasaan itu serta ditingkatkan lagi rangsangan, dia akan mencapai klimaks dengan ejakulasi wanita, yang mana cecair itu datangnya dari ‘pundi paraurethral’ yang berdekatan lubang kencing.

Jika dia dapat menikmati tindak balas rangsangan ‘G-Spot’, pengalaman ini boleh digunakan sebagai sandaran untuk hubungan intim pada masa akan datang.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

RISAU TIDAK BERFUNGSI

Soalan

SAYA pemuda berusia 25 tahun, tidak merokok dan tidak pernah melakukan hubungan seks. Bagaimanapun, baru-baru ini alat sulit saya tidak tegang, malah seperti tidak berfungsi. Adakah saya akan mengalami masalah ereksi ketika berkahwin nanti?

MAT BINGUNG
Dungun, Terengganu

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

KETIKA remaja, alat sulit melalui perubahan tumbesaran dan ketika itu memang ereksi kerap dan sukar dikawal. Lama-kelamaan kekerapan ereksi terhad kepada waktu tertentu seperti ketika lelaki itu mengalami rangsangan seksual atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi atau malam.

Memang kekurangan ereksi pada waktu pagi menjadi tanda awal masalah ereksi.

Bagaimanapun, jika anda boleh mencapai ereksi ketika dalam keadaan terangsang dan kerap mengalami ereksi pagi dan ketika terasa hendak membuang air kecil dan bangun pada waktu pagi, ia membuktikan anda sihat dan fungsi ereksi anda normal.

Anda tidak boleh bandingkan situasi masa kini berbanding ketika anda remaja. Kini, anda ada kawalan minda dan tidak akan mencapai ereksi jika anda tidak mengizinkannya. Ini yang dikenali sebagai kawalan diri.

Justeru, jangan salah faham kerana jika anda mengalami tekanan dan tidak yakin kepada kemampuan syahwat anda, anda boleh mengalami masalah ‘disfungi erektil psikologikal’.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

HALA KEDUDUKAN

Soalan

SAYA pemuda berusia 21 tahun dan kini menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Saya ingin tahu, bagaimanakah kedudukan alat sulit yang betul ketika memakai seluar dalam?

Adakah kedudukan alat sulit perlu dihalakan ke atas atau membengkok kebawah?

Saya sangat risau mengenai perkara ini. Saya harap doktor dapat memberipenjelasan.

PEMUDA RISAU
Tampin, Negeri Sembilan

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

DALAM keadaan biasa dan tanpa pakaian, kerandut mengendur atau padat, dan alat sulit terjuntai atau naik sedikit jika ia dalam keadaan separa ereksi(tegang) atau pejal.

Jika memakai seluar dalam, keselesaan badan penting. Jika seluar dalam tidak padat, anggota sulit dalam keadaan selesa, manakala kedudukan alat sulit mengikut keadaannya iaitu jika ke bawah, maka ke bawah kedudukannya, jika ereksi mungkin lebih selesa jika di atas.

Ada juga lelaki sengaja memposisikan alat sulit di depan, atas atau bawah. Semua itu terpulang kepada keselesaan masing-masing.

Memakai seluar dalam ketat dan memposisikan zakar ke bawah ketika tidur akan membuatkan ia melengkung ke bawah di kemudian hari.

Ini berlaku kerana otot sangkutan zakar di bawah tundun menjadi renggang. Jarang alat sulit membengkok atau ‘patah’ kecuali ia terhempap badan sendiri.

Saya syorkan anda memakai seluar dalam longgar kerana ia memberi keselesaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

ELAK SALAH GUNA PAM

SEBUT saja pam vakum, ia memang popular di kalangan lelaki yang ‘tidak berpuas hati’ dengan alat sulit mereka. Justeru, tidak hairan wujud lambakan produk itu di pasaran. Bagaimanapun, realitinya alat yang terkenal sebagai ‘alat senaman’ untuk lelaki itu tidak sesuai membesarkan alat sulit yang kecil.

Pam vakum adalah alat yang dapat menyedut darah masuk ke anggota tertentu jika ia digunakan untuk tujuan meningkatkan kemasukan darah ke dalam anggota itu. Apabila sedutan itu dilepaskan, darah yang masuk itu keluar semula.

Jika sedutan itu dikekalkan, kemungkinan darah yang masuk tadi membeku, menyebabkan anggota itu rosak. Barangkali, ada yang keliru kerana penggunaan alat itu memang membuatkan alat sulit kelihatan besar. Bagaimanapun ia hanya seketika, iaitu ketika proses sedutan.

Selepas sedutan dilepaskan, bentuk alat sulit kembali seperti biasa. Jika kerap digunakan dan dibiarkan dalam tempoh lama, otot alat sulit boleh rosak dan kulit menjadi panjang. Jika otot alat sulit rosak dan ada parutan, ia berisiko menyebabkan zakar menjadi bengkok (Peyronie Disease).

Kadangkala kulit menggelembung akibat sedutan. Semua itu kesan negatif pam vakum dan berbahaya jika digunakan untuk tujuan membesarkan alat sulit.

Pam vakum direka khas untuk meningkatkan kemasukan darah ke dalam alat sulit untuk tujuan ereksi (ketegangan) dan getah penambat ereksi dipasang sebelum sedutan dilepaskan.

Dalam keadaan sedemikian, ia memang berkesan untuk masalah seperti mati pucuk dan untuk mendapat kekerasan ketika mahu menjalin hubungan intim.

Bagaimanapun, pam yang boleh digunakan hanya yang menjalani kawalan piawaian atau ‘standard’ yang disyorkan. Ketika ini, ramai pengguna tertipu apabila menggunakan pam yang tiada piawaian dan sesuai ditakrifkan sebagai ‘pam mainan’.

Begitupun, kaedah tanpa pembedahan yang sesuai serta diiktiraf untuk masalah zakar kecil atau bengkok ialah alat penarik otot zakar atau ‘penile extender’ seperti Andropenis. Ia perlu digunakan mengikut panduan dan nasihat pakar.

Bagi lelaki, fikirkan semula hasrat menggunakan pam vakum. Anda hanya memiliki satu alat kelamin dan ia tidak boleh ditukar ganti. Jika tidak dijaga dengan baik, termasuk menggunakan alat yang salah untuk membesarkan alat sulit, ia mungkin mendatangkan masalah.

Jika teringin, gunakan pam vakum yang menjalani pemeriksaan piawaian dan perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar dalam bidang berkaitan.

Jika ada masalah, anda perlu berjumpa doktor dan bukan penjual pam itu kerana mereka tidak tahu apa perlu dilakukan terhadap masalah anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

MASALAH SENGGAMA

Soalan

SAYA baru mendirikan rumah tangga Januari lalu. Yang merunsingkan saya ialah, sehingga hari ini saya belum dapat memasukkan zakar ke dalam kemaluan isteri.

Isteri saya mengadu sakit kerana zakar saya terlalu besar. Usia saya 37 tahun manakala isteri saya 28 tahun. Apa perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?

RAHMAN
Johor Bahru

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

ZAKAR ialah anggota kemaluan lelaki yang disalurkan ke dalam faraj wanita apabila ia keras dan padat untuk tujuan seks penetratif.

Lelaki memerlukan kerjasama wanita untuk menyalurkan zakarnya ketika hendak bersetubuh manakala pasangannya perlu melegakan pembukaan faraj, memegang dan menghalakan ereksi pasangan ke pembukaan faraj.

Pada masa sama, wanita perlu melegakan ruang faraj supaya zakar mudah masuk. Tanpa melegakan pembukaan dan ruang faraj, memang sukar menyalurkan zakar ke dalam faraj.

Dalam keadaan gugup dan takut, wanita sukar memberi tumpuan. Sebaliknya, dia akan mencengkam faraj dan sudah tentu pembukaan faraj tidak akan kelihatan.

Apabila pembukaan faraj dilegakan, ia akan kelihatan berdekatan pembukaan lubang najis. Jika bayi yang besar itu boleh keluar dari faraj dengan mudah, tiada sebab kenapa zakar tidak dapat disalurkan ke dalam faraj.

Kemungkinan besar isteri anda mengalami masalah mengawal pembukaan farajnya. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Vaginismus’. Isteri anda perlu berjumpa pakar untuk menyelesaikan masalahnya.

Dapatkan juga cakera padat ‘Cinta, Perkahwinan & Kesihatan Seksual’ di pasaran. Banyak maklumat mengenali cara mengendalikan malam pertama.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

SOAL 'DARA' TIDAK PENTING

BANYAK soalan diterima daripada lelaki yang ingin tahu ‘rahsia’ sama ada wanita yang bakal dikahwininya masih dara atau tidak.

Ada yang berazam meninggalkan kekasih mereka jika tiada dara, dengan ada yang menggelar mereka ‘wanita kotor’.

Saya berasa perlu mengingatkan golongan ini yang perkahwinan adalah tuntutan dan sebahagian daripada agama. Ia bukan sekadar soal dara atau tidak.

Perkahwinan jauh melangkaui perkara itu. Ia proses menambah zuriat di muka bumi dan ini memerlukan satu ikatan sejati, penuh tanggungjawab dan bukan sekadar mencuba dan mencari jalan keluar apabila keadaan menjadi keruh.

Saya mengambil contoh satu soalan di mana seorang jejaka mendakwa kononnya dia berdepan dilema berat apabila wanita yang bakal dikahwininya mengaku tiada dara.

Mengikut jejaka itu, bakal isterinya mendakwa dirogol bekas teman lelakinya kira-kira empat tahun lalu, sekali gus menghadirkan kesan psikologi teruk.

“Sekarang hubungan kami renggang. Bagaimana saya hendak menerimanya lagi apabila dia kehilangan dara kepada lelaki yang bukan suaminya.

“Saya juga risau kejadian itu mengubah keadaan alat sulitnya, dan bimbang apabila mengadakan hubungan seks, saya tidak mendapat apa yang diharapkan,” kata jejaka itu.

Nasihat saya kepada lelaki dan juga wanita ialah, jika boleh, kisah lampau dibiarkan berlalu kerana bimbang menjadi igauan kepada pasangan dan hubungan anda berakhir dengan episod sedih.

Namun, bagi kes di atas, kebenaran sudah diceritakan. Bagi lelaki, anda harus melihat keikhlasan pasangan anda manakala perkara lampau tidak perlu diperbesarkan kerana saya pasti ia berlaku bukan di atas kerelaan.

Yang pasti, bukan hanya sekali ternoda, alat kelamin wanita bakal menjadi sama seperti mereka yang melahirkan anak. Malah, jika wanita itu tidak ikhlas, banyak cara untuk dia menyembunyikan perkara yang berlaku.

Perlu diingatkan juga, pada zaman serba canggih dan moden sekarang, dengan wanita turut ada di alam pekerjaan yang lasak, selaput dara mungkin pecah atas banyak sebab dan bukan hanya kerana aktiviti seksual.

Aktiviti bersukan seperti berbasikal adalah contoh. Onani juga boleh menyebabkan selaput berkenaan terkoyak, walaupun tanpa melakukan seks penetratif.

Sehubungan itu, nasihat saya ialah jangan terlalu memikirkan mengenai dara bakal isteri. Yang penting ialah mendapat isteri beriman dan mampu membahagiakan anda dalam hidup penuh kejujuran.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

'MATI' SETENGAH JALAN

Soalan

SAYA ada beberapa soalan. Yang pertama, di manakah klinik atau hospital yang sesuai untuk saya membuat rujukan berkenaan sakit tuan. Adakah klinik khas untuk rujukan?

Soalan kedua, setelah membaca ruangan Sakit Tuan, saya mungkin mengalami DE tahap awalan iaitu tidak dapat masuk ke dalam faraj kerana zakar tidak cukup keras dan mengendur atau ‘mati’ setengah jalan. Hal ini kerap berlaku pada saya.

Oleh itu saya mencari kaedah rawatan sesuai untuk mengatasi masalah ini. Untuk pengetahuan doktor, saya baru mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu dan belum ada tanda kehamilan pada isteri.

Adakah saya menghadapi masalah seksual kerana kerap bermimpi basah, dengan paling kurang tiga kali seminggu?

ZAINAL
Dungun

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

BAGI melakukan seks penetratif, ereksi perlu kekal keras supaya dapat disalurkan ke dalam anggota sulit wanita. Jadi tahap ereksi patut pada gred 5 jika tidak gred 4.

Untuk makluman, Gred 0: Tiada apa-apa. Gred 1: Hanya zakar kembang/tidak keras. Gred 2: Zakar kembang dan keras, tetapi tidak cukup keras untuk disalurkan ke dalam faraj. Gred 3: Zakar kembang dan keras dan dapat masuk 50 peratus. Gred 4: Zakar kembang dan keras, kadangkala bengkok ketika hendak salurkan ke dalam faraj. Gred 5: Zakar kembang dan keras, tiada masalah untuk masuk.

Tahap ereksi dapat dipertingkatkan dengan mengemut, iaitu mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing, sebelum langsung sorong. Jika ereksi kurang memuaskan, kemungkinan besar darah tidak cukup masuk dalam liang otot zakar.

Makan ‘ubat kuat’ yang biasa dijual di pasaran jualan langsung (MLM) dan farmasi boleh dilakukan jika ‘ubat’ itu tidak mengandungi ubat larangan.

Yang membimbangkan ialah, kebanyakan ‘ubat kuat’ mengandungi sedikit PDE5 Inhibitor saperti Viagra atau Cialis yang dianggap haram atau salah atau disalahgunakan pengusaha dan pengedar ubat kuat.

Jadi saya tidak syorkan ubat sebegitu kerana takut kesan sampingan. Yang paling baik ialah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat bimbingan dan rawatan profesional.

Mengenai pengalaman anda mengalami mimpi basah beberapa kali seminggu, ia perkara biasa dan bukan masalah serta tiada kaitan dengan masalah yang anda alami. Jika anda hendak berjumpa, saya ada di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau telefon 03-40434900.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

RISIKO ZURIAT PASANGAN SEPUPU

Soalan

SAYA ingin mendapat penjelasan daripada pandangan perubatan moden apakah implikasi terhadap zuriat yang bakal dilahirkan nanti bagi mereka yang berkahwin dengan sepupu, terutama sepupu rapat.

Benarkah anak yang bakal dilahirkan nanti akan mengalami kecacatan, kurang cerdik, berpenyakit turun temurun atau seumpamanya? Saya berharap doktordapat memberikan penjelasan terperinci.

EUSOFF
Subang Jaya

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

PERKAHWINAN antara sepupu dihebohkan bakal melahirkan zuriat yang kurang mantap, termasuk kemungkinan terencat.

Mengikut kajian yang pernah dijalankan beberapa pakar kebakaan atau geneticist ke atas perkahwinan antara sepupu, didapati risiko mendapat anak terencat ialah 4-6 peratus lebih kurang sama dengan anggaran keterencatan janin yang dihasilkan wanita berusia 40 tahun ke atas.

Ini menunjukkan risiko kahwin dengan sepupu dan mendapat anak terencat tidak begitu serius dan mungkin disalah tafsirkan banyak pihak.

Nenek moyang kita mungkin berkahwin antara sepupu dan didapati cendakiawan seperti Albert Einstein dan Charles Darwin berkahwin dengan sepupu, tetapi anak mereka bijak dan handal.

Jika ditinjau kadar kekerapan, perkahwinan antara sepupu adalah besar di dunia. Di Arab Saudi sebagai contohnya, 30 hingga 80 peratus daripada rakyat mereka berkahwin dengan sepupu masing-masing.

Di dalam Islam tiada halangan untuk berkahwin dengan sepupu, kecuali itu bukan pilihan atau keluarga mereka diketahui mempunyai penyakit keturunan.

Bagi saya sendiri, tiada sebab kenapa pasangan yang secara kebetulan sepupu tidak boleh berkahwin jika mereka sangat mencintai satu dengan yang lain.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

SUKAR DAPAT ANAK KEDUA

Soalan

SAYA mempunyai seorang anak yang lahir pada tahun pertama perkahwinan saya. Selepas itu, saya dan isteri merancang keluarga menggunakan kondom. Pada tahun keempat, kami bercadang mendapatkan seorang lagi cahaya mata.

Namun, setelah setahun setengah mencuba kami masih gagal. Buat pengetahuan doktor, aktiviti seks kami tiada masalah dan berjalan seperti biasa. Kami sudah berjumpa doktor dan diberitahu isteri saya sihat (mengalami ovulasi) tetapi masalah adalah di pihak saya.

Doktor mengatakan jumlah sperma saya tidak cukup dan saya diberi pil herba Tribestan keluaran Sopharma untuk meningkatkan bilangan ‘Motility Spermatozoa’. Untuk melihat kesannya, saya dinasihatkan memakan pil itu dua hari sekali selama enam bulan.

Soalan saya ialah, apa menyebabkan jumlah Motility Spermatozoa saya tidak cukup dan apakah cara lain yang lebih berkesan untuk saya mendapatkan anak? Selain itu, apakah kesan pengambilan pil ini?

ADAN
Kepong

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

ZURIAT ialah anugerah Tuhan dan hanya Dia yang maha mengetahui masalah sebenar dan dapat mengatasinya jika Dia izinkan.

Justeru, sambil berjumpa doktor untuk berusaha merancang anak kedua, anda suami isteri perlu sentiasa berdoa supaya hajat anda tercapai.

Mengikut maklumat, isteri anda dapat menghasilkan telur. Hanya anda mempunyai sperma yang kurang mantap dan mungkin kurang aktif.

Sehubungan itu, ada beberapa perkara yang anda perlu amalkan sebelum mencuba ubat atau herba penyubur.

Jika merokok, berhenti terus kerana bahan dalam asap rokok menekan kilang sperma dan mengakibatkan sperma kurang aktif serta tidak berbentuk normal.

Anda perlu memakai seluar dalam longgar supaya buah zakar tidak berada dalam suasana kepanasan.

Dalam kepanasan, kilang sperma akan menjadi kurang aktif dan sperma mudah kelihatan ‘letih’ atau tidak aktif.

Teruskan makan Tribestan. Ia bukan ubat, tetapi herba yang didapati dapat membantu mengaktifkan kilang sperma dan sel Sertoli dan sel Leydig untuk pemantapan sperma.

Herba ini tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan.

Jika dalam masa enam bulan, keadaan masih tidak berubah, anda perlu berjumpa semula pakar sakit tuan untuk ‘second opinion’ (pandangan sekali lagi).

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

KETUMBESARAN DADA

Akibat tindak balas hormon Estrogen yang dihasilkan pundi Adrenal.

BAGI lelaki sejati, mempunyai buah dada besar adalah perkara yang memalukan.

Namun jika disebabkan obesiti dan lemak, ia bukan sesuatu yang membimbangkan kerana hanya perlukan disiplin diet yang ketat.

Namun, perkara yang perlu diberi perhatian ialah buah dada membesar di kalangan lelaki akibat Gynecomastia.

Ia adalah istilah teknikal perubatan mengenai fenomena buah dada lelaki membesar.

Antara Gynecomastia paling kerap berlaku dikenali sebagai ‘Pubertal Mastitis’ atau ketumbesaran buah dada akibat akil baligh, yang mana isu ini pernah saya kupas sebelum ini.

Ia berlaku akibat tindak balas hormon Estrogen yang dihasilkan pundi Adrenal dan pada masa sama akibat buah zakar membesar pada peringkat awal baligh tetapi mengecut dua atau tiga tahun kemudian.

Bagaimanapun, perkembangan dunia perubatan baru-baru ini mendedahkan, keghairahan lelaki untuk meningkatkan kemampuan seksual mereka tanpa memikirkan bahan yang diambil akan memberi kesan dahsyat.

Antaranya ialah beberapa krim herba yang mengandungi butea superba, minyak lavender dan minyak tea tree jika digunakan sebagai krim badan atau untuk anggota sulit sebagai krim ‘pembesar’ zakar boleh mengakibatkan kemunculan buah dada di kalangan lelaki muda.

Sehubungan itu, adalah penting untuk berhati-hati apabila mengguna losyen atau krim untuk alat sulit bagi mengelak tindak balas sampingan sehingga mengakibatkan buah dada anda membesar.

Berbalik kepada masalah Gynecomastia, anda tidak perlu bimbang kerana dengan rawatan bersesuaian, masalah ini dapat diatasi.

Misalnya, kes Hipogonadisme atau keadaan kekurangan hormon Testosterone di kalangan lelaki yang menyebabkan tindak balas hormon Estrogen merangsang ketumbesaran buah dada.

Apabila hormon Testosterone diberikan sebagai mengganti hormon yang kurang, masalah ketumbesaran buah dada terkawal.

Kadangkala ubat tertentu seperti ubat Cimetidine (untuk gastrik) atau Ketoconazole (ubat nyah kulat) jika dimakan lama boleh menyebabkan kemunculan buah dada di kalangan lelaki.

Lelaki yang mengalami kerosakan buah zakar atau kanser buah zakar mempunyai buah dada besar seperti anak dara sunti.

Justeru, sangat mustahak untuk mana-mana lelaki sudah baligh dua atau tiga tahun tetapi mendapati buah dadanya masih membesar supaya merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan buah zakar.

Kadangkala barah buah zakar itu kecil dan tidak dapat dirasa dengan cara pemeriksaan kendiri.

Ujian darah Beta HCG dan Alfa-Feto Protein jika positif menggambarkan kemungkinan barah buah zakar.

Lemak yang banyak di paras dada memberi gambaran seolah-olah buah dada besar, tetapi itu bukan buah dada, sebaliknya lemak.

Sama juga dengan kes otot dada yang mantap akan kelihatan seperti buah dada besar.

Lelaki gempal tidak perlu khuatir jika buah dada mereka besar.

Yang mustahak jika besar agak luar biasa, mustahak untuk berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

HUBUNGAN INTIM HALAL IBADAH

Soalan

SAYA melakukan oral seks bersama isteri dan ketika melakukannya, saya menjilat air mazinya. Apakah saya akan dijangkiti penyakit kelamin?

Soalan kedua pula ialah, ketika berusia belasan tahun, saya kerap melakukan onani menggunakan sabun. Apakah kesan yang akan saya hadapi? Adakah saya akan menjadi mandul kerana sehingga hari ini saya belum mendapat zuriat?

AKHIR
Perlis

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

MENGIKUT Islam, hubungan seksual untuk mereka yang sudah berkahwin adalah satu ibadah. Tiada apa batasan, kecuali melakukan hubungan seksual melalui lubang najis dan ketika dalam waktu haid isteri.

Wajib untuk suami merangsang isteri sebelum mendekatinya. Mengikut Imam Al-Nawawi dan Al-Suyuti, tiada masalah untuk pasangan merangsang antara satu dengan yang lain sama ada menggunakan tangan atau mulut yang juga termasuk lidah.

Yang mustahak ialah ia perlu dilakukan tanpa paksaan. Memandangkan hubungan seksual itu satu ibadah, mustahak untuk pasangan lelaki dan wanita membersihkan diri serta mengharumkan badan sebelum berintim.

Dalam keadaan itu, tiada masalah bauan yang sering menjadi punca kehambaran seks.

Onani untuk pencegahan daripada berlakunya maksiat, boleh dilakukan dan jika sudah berkahwin, ia dilakukan dengan pengetahuan pasangan dan semata-mata untuk melegakan tekanan berjauhan daripada pasangan.

Untuk keselesaan, elok mengunakan krim atau jeli. Sabun mengeringkan. Tiada sebab onani penyebab kemandulan lelaki atau wanita, jika anggota sulit dan salur reproduktif wanita tidak tercedera.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

RISAU ISTERI KEGUGURAN

Soalan

SAYA mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu. Yang merisaukan saya ialah, saya cepat terpancut awal sebelum isteri klimaks. Isteri mengatakan, pancutan pramatang saya adalah punca menyebabkannya sukar mengandung.

Awal tahun ini, isteri disahkan mengandung oleh doktor tetapi selepas dua bulan, darah terkeluar sedikit demi sedikit seperti orang datang haid.

Apabila membuat pemeriksaan semula, doktor mengesahkan isteri saya keguguran disebabkan kandungan tidak berapa sihat.

Soalan saya ialah, adakah pancutan pramatang boleh menyebabkan saya sukar mendapat zuriat dan bagaimana hendak mengatasi masalah ini?

JOE
Kedah

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

JARANG klimaks cepat atau ejakulasi pramatang menyebabkan masalah kesuburan. Ini hanya berlaku jika air mani tidak sempat disalurkan ke dalam faraj, iaitu pancutan air mani berlaku di luar faraj.

Mengenai kemungkinan masalah kesuburan berlaku akibat air mani terkeluar dari faraj, ini juga jarang berlaku jika bilangan sperma mencukupi dan banyak sperma aktif dan berbentuk normal.

Yang menjadi masalah apabila bilangan sperma sangat kurang, kerana ia tidak membantu pencapaian kehamilan jika air mani keluar dengan banyak dari faraj setiap kali selesai bersetubuh.

Untuk mengurangkan kemungkinan cepat klimaks, mungkin anda perlu memberi lebih tumpuan kepada teknik bersetubuh. Mungkin cara yang saya jelaskan ini dapat membantu sedikit sebanyak masalah anda.

Apabila ereksi (zakar menjadi keras), anda kemut untuk menyalurkan ereksi sehingga masuk sedalam-dalamnya di dalam faraj. Lakukan dayungan ketika zakar keras dengan mengemut.

Dayungan perlu dalam kawalan kemut dan geselan lebihkan ke langit faraj.Apabila pasangan hendak dayungan yang cepat, lakukan juga dalam kawalan kemut. Jika terpancut juga, dayung selagi ereksi ada.

Saya juga ingin mengingatkan, anda harus memendekkan dayungan bagi mengekalkan ereksi lebih lama. Semoga anda dan pasangan mencapai hasrat menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

TANGGUH DAPAT ANAK

Amalan biasa pasangan keluarga, terutama di bandar

"SAYA baru berumahtangga. Namun, kami merancang untuk tidak mempunyaianak bagi tempoh tiga tahun akan datang. Bukan kerana tidak suka, tetapi kami ingin menikmati kehidupan sebagai suami isteri sepuas-puasnya."

“Apakah kaedah terbaik untuk mencegah kehamilan dengan tidak memakan pil pencegah? Dan untuk pengetahuan doktor, kami tidak suka memakai kondom sebab tidak mendatangkan kepuasan dan kenikmatan kepada kami.”

Ini soalan lumrah yang saya terima. Fakta menunjukkan amalan merancang keluarga kini menjadi perkara biasa di kalangan pasangan lelaki dan wanita yang berumahtangga, terutama di bandar.

Buat pengetahuan, tiada kaedah merancang keluarga yang boleh dikatakan ‘ideal’, dan tiada kaedah merancang yang 100 peratus berkesan.

Namun, beberapa kaedah boleh dicadangkan kerana memberi kesan tinggi menghalang kehamilan, dengan SYARAT diamalkan dengan baik seperti kaedah mengambil pil hormon, selain suntikan hormon.

Sama juga dengan kaedah kondom. Jika tidak digunakan dengan baik, ia boleh terlucut. Ada juga kemungkinan bocor atau koyak, sekali gus mendedahkan pasangan wanita kepada kehamilan jika perkara ini berlaku.

Bagaimanapun, ada sesetengah kaedah yang tidak boleh diamalkan jika belum mendapat anak seperti meletakkan alat mencegah kehamilan di dalam rahim.

Sehubungan itu, jika kita fikir dan berasa tidak selamat atau sangsi dengan semua kaedah merancang keluarga yang disebut di atas, tiada kaedah lain untuk membantu selain cara semula jadi.

Kaedah ini boleh dilakukan dengan merancang hubungan kelamin ketika telur sudah keluar. Ia dikenali sebagai kaedah semula jadi atau ‘natural method’.

Namun, perlu diingatkan yang ia juga hanya berkesan jika putaran haid wanita itu tetap dan tepat.

Justeru, dalam satu bulan mungkin ada lebih kurang 10 hari yang mana kedua-dua pasangan itu dapat melakukan hubungan seksual.

Bagi pasangan baru berkahwin, mungkin mereka sukar mengamalkan kaedah ini berikutan daya kawalan nafsu masih terlalu ‘bergelora’ dan kerap memikirkan untuk melakukan hubungan intim, sama ada wanita atau lelaki.

Sehubungan itu, kaedah ini tidak disyorkan kepada mereka, terutama melihat kebekersanan untuk mengelak kehamilan adalah 50 hingga 70 peratus, walaupun diamalkan dengan baik.

Keadaan ni kerana ada kemungkinan telur boleh keluar cepat atau lewat. Adajuga sperma yang boleh tahan lama dalam salur reproduktif wanita, dan ini boleh menyebabkan wanita itu hamil.

Saya syorkan pil merancang yang kini ada bermacam-macam formula yang mungkin sesuai untuk wanita yang ingin merancang keluarga secara berkesan.

Pil terkini kurang kesan sampingan dan selamat jika dibandingkan dengan pil dulu. Bagi yang masih berasa was-was, saya syorkan anda kunjungi klinik merancang keluarga terdekat untuk maklumat dan keterangan lanjut.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

HUBUNGAN SEKS VS DEMAN SELESEMA (SAKIT TUAN)

SEKS bukan sahaja bermanfaat kepada kesihatan fizikal suami isteri tetapi lebih penting dari itu, ia menjadi mimpi ngeri kepada beberapa jenis penyakit.

Melakukan hubungan seks dapat membina sistem pertahanan badan manusia yang kuat, membolehkan tubuh seseorang menyerang serta membunuh penyakit-penyakit seperti demam selesema.

Saintis dari Switzerland, Manfred Schedlovski mendapati, jumlah fagosit meningkat dengan ketara semasa melakukan hubungan kelamin. Malah, ia melonjak sekali ganda apabila pasangan mencapai orgasma.

Fagosit merupakan sel-sel di dalam mekanisme pertahanan tubuh atau sistem imun yang berupaya menelan dan mencerna bakteria, protozoa, sel-sel dan puing sel serta kumin-kumin lain.

Schedlovski tidak bersendirian di dalam penemuan ini. Hasil kajiannya disokong oleh seorang pakar imun dari Amerika Syarikat, Peter Schleicher: “Seks bukan sekadar memulihkan organisma tubuh badan kita tetapi turut mengekalkan sistem imunnya.”

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ZAKAR KECIL DAN MENGECUT (SAKIT TUAN)

PENGAMBILAN makanan kesihatan oleh segelintir ahli bina badan selain individu yang gemar bersenam secara mengangkat besi boleh menyebabkan buah dada membesar, manakala zakar pula mengecut dan kecil, menjadikannya kurang mantap ketika ‘beraksi’.

Kesan sampingan itu bukan perkara baru, malah sering dialami ahli bina badan dan angkat besi hasil pengambilan makanan kesihatan mengandungi steroid tanpa mendapat nasihat doktor.

Pada mulanya, individu yang berdepan perkara terbabit mempunyai saiz zakar normal, tetapi masalah timbul apabila mereka mula bersenam dengan mengangkat besi untuk membentuk anggota tubuh.

Individu yang mengambil steroid untuk membuatkan otot mantap, tegap, timbul dan membesar, perlu mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin ia kelihatan seperti makanan kesihatan biasa tetapi sebenarnya mengandungi bahan berkenaan.

Steroid yang diambil tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan hormon testosteronnya menurun hingga membuatkan zakar mengecil selain mengecut.

Mereka perlu memastikan apa yang diambil sebagai makanan kesihatan itu tidak mengandungi steroid atau hormon Androgen (selain hormon testosterone) seperti Androsteindion dan DHEA yang menjadi makanan kesihatan biasa dalam produk bina badan.

Androsteindion boleh berubah kepada hormon estrogen dalam badan dan ini akhirnya menyebabkan buah dada pengambilnya besar, manakala zakar pula mengecil selain kurang mantap.

Mereka digalak meneruskan senaman tetapi dinasihatkan berhenti mengambil steroid bagi mengelak masalah terbabit berpanjangan hingga mengganggu kelancaran hubungan seksual.

Individu yang terbabit dalam sukan bina badan atau angkat besi tanpa menggunakan steroid juga berdepan risiko zakar mengecut.

Bagaimanapun, ia berlainan kerana jika zakar mengecut, ia disebabkan kekerapan bersenam dan mengangkat besi membuatkan semua otot badan, termasuk otot kemut, dalam keadaan mencengkam untuk mengukuhkan struktur tubuh ketika senaman lasak dilakukan.

Ketika itu, zakar yang tidak menegang tertarik ke dalam dan selepas otot lega ia kembali kepada keadaan normal.

Dr.Ismail Thamby

 Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme